Wednesday, April 29, 2009

Mengukir Impian 1

“Suara kau tak sedaplah tak payah nyanyi lah. Nanti hujan ,banjir kilat pulak kampung kita ni..”suara Aisyah mematikan rentak nyanyian Raidah yang sedang leka mengalunkan lagu. Raidah memandang ke arah adiknya Aisyah yang hanya sedepa darinya. Kalau diatas tanah sudah tentu dia akan menghampiri Aisyah,tetapi sekarang mereka diatas pokok jambu air dibelakang rumah, mana mungkin dia akan boleh menghampiri Aisyah sejauh itu. Kalau dua-dua berada didahan yang sama sudah tentu mereka akan jatuh, maklumlah badan Aisyah berisi sedikit dari Raidah.
“Eh! ikut suka hati aku lah. Suara aku sedap ke tak sedap ke kau kena dengar juga, kalau tak nak dengar sumbat telinga kau tu dengan daun jambu ni..”Raidah mengunjukkan sehelai daun jambu yang besar melebar. Aisyah hanya tersengih menggeleng.
“Kau nak jadi penyanyi ke bila besar nanti Idah… Tak payah la, penyanyi kat melaysia ni punyalah banyak nak ingat nama pun susah, lagu pun bukannya best sangat, glamour aja lebih, pakai seksi-seksi lagi” Aisyah mengibas-ngibas badanya dengan daun jambu, cukup nyaman sekali bilamna angina lembut membelai badannya yang sedikit berisi itu.
“Ala kau ni tak sokong aku langsung lah. Kawan apa macam ni.” Raidah geram dengan kata-kata Aisyah, walaupun kata-kata itu ada betulnya.
“Kawan kau kata. Hei aku ni adik kau tahu tak. Bila mak beranakkan kau sorang aja.” Aisyah berang. Raidah suka sangat menyebutnya kawan.
“Ala itu pun nak terasa ke..” Raidah tersengih memandang Aisyah yang menjeling ke arahnya. Mereka adik beradik namun berlainan wajah. Raidah wajahnya seakan-akan cina Aisyah pula wajah kemelayuan.” Sekali pandang macam bukan adik beradik.
“Kau tu takde cita-cita sebab tu dengki dengan aku.” Kata-kata Raidah membangkitkan rasa marah dihati Aisyah. “Siapa kata aku takde cita-cita, kalau aku besar nanti aku nak jadi Polis tau..”
“Hik..hik..badan badak macam kau ni ada hati nak jadi polis...kalau aku ni lain lah.”dia berpusing sedikit beberapa kali, gerakannya perlahan bimbang juga jatuh dari pokok..
“Kau pun sama gak tak bagi sokongan langsung arr..”Aisyah menjeling geram.

“Hei kamu berdua ni sampai bila nak duduk bertenggek atas pokok tu. dah la asyik melalak dari tadi lepas tu bertekak. Dah pekak telinga mak ni. Tolong mak kat dapur lagi baik. Apa nak jadi lah anak dara macam korang ni. Balik abang kamu nanti siaplah.” Mak Yam menjerit dari halaman rumah dia yang baru terlihat akan anaknya yang masih lagi bertenggek diatas pokok jambu air dari pagi tadi masih lagi tidak turun-turun.
“Alamak! mak dah mengamuk lah. Cah cepat turun nanti kita kena rotan pulak kang, tak pasal-pasal berbirat free.” Raidah memulakan langkah. Dia perlahan-lahan turun dari dahan pokok jambu air bimbang juga takut terjelupuk ketanah jika tersalah memijak dahn yang reput.
“Cepat lah sikit.” Jerit Aisyah
“Hei sabarlah, aku turun lah ni oii..isk tak reti sabar langsung arr.” Raidah geram dengan jeritan Aisyah tadi. Setelah kaki mereka mencecah ke tanah Aisyah dan Raidah menyapu habuk-habuk yang bertenggek dibaju. Bimbang juga Mak Yam akan marah mereka nanti.
“Lapar lah. Kau tak rasa lapar ke?” Tanya Aisyah yang kuat makan itu pada kakaknya Raidah.
“Kau ni asyik fikir makan aja. Takde benda lain. Kata nak jadi polis, tapi tak jaga makan pun.”
“Ala tu lambat lagi lah. Kita pun baru umur berapa. Sempat lagi lah kalu aku nak diet pun.”
“Hahaha..mka macam kau ni nak diet. Tak payah lah Aisyah oii. Buat lawak aja kau ni.” Gelak Raidah menambahkan geram dihati Aisyah. “Mentang-mentanglah dia kurus gelakkan aku pulak. Takpe-takpe satu hari aku akan kurus juga. Kau tengok lah nanti.” Hati kecilnya berbisik.
“Jom masuk rumah nanti mak membebel pulak.” Ajak raidah kepada adiknya
“Yea lah. Nak masuk lah ni.”
“Kasut sekolah kau dah basuh belum..Aisyah. Laung Mak Yam dari arah dapur. Anak-anaknya cukup liat jika disuruh membasuh kasut sekolah. Kadang-kadang dibiarkan kasut itu terperuk dibilik air.
“He..he..belum lagi. Lupa lah” jawab Aisyah selamba.
“Patut la mak selalu aja membebel dapat anak macam kau. Eee teruk betullah.” Bebel Raidah
“Yea lah tu.” katanya Aisyah geram, dia memuncungkan bibirnya. Raidah hanya tersenyum menjeling.
“Mak masak apa tu mak..Ermm..Sedapnya bau!” Raidah memuji masakan Mak Yam yang sedang mengacau gulai kari ikan merah.
“Ha.. itulah yg kau tahu nak memuji aja pastu letihnya aku sorang-sorang.” Bebelan Mak Yam makin bertambah. Raidah memandang Aisyah yang sedang membawa kasut sekolahnya itu. Sambil berlalu kebilik air dia mengankat ibu jari kananya kea rah Raidah. Kakaknya mengangkat penumbuk ke arahnya tanda marah. Aisya tersenyum lebar.
“Ala.. mak sesekali aja lah”.
“Ni dah buat kerja sekolah belum” Mak Yam malas berleter panjang kepada anak daranya itu. Makin naik lagi darah tingginya nanti.
“Dah mak, tapi tak siap lagi. Malam nanti sambung balik.” Terangnya lagi
“Kenapa tunggu malam pulak, buat lah sekarang kan senang, sipa kerja sekolah baru lah sambung kerja lain. Mak Yam merenung wajah anaknya yang tersengih-sengih sambil mengacau gulai di atas dapur.
“Sekejap lagi orang ada uji bakat lah mak.”
“Hah! ujibakat apa pulak ni.” Tanya Mak Yam kehairanan.
“Sesajalah mak. Kat belakang rumah ni aja.”
“Dah jangan nak mengada-ngada, pergi siapkan kerja sekolah kau dulu baru buat yang lain. Dah pergi jangan kacau mak nak masak ni.” Arah Mak Yam pada anak gadisnya. Raidah memuncungkan bibir. Dia terpaksa menundakan rancangannya pada sebelah petang, jika dia berdegil maknya akan bertambah marah.. Read More..
Thursday, April 23, 2009

Semarak Cinta 16

Rumah Nek Mah meriah sekali. Hari ini mereka sekeluarga menjemput keluarga kak Yam ke rumah menjamu selera. Suara anak-anak kak Yam kelihatan seronok mendengar jenaka dari Adi Hamidi. Sesekali Adi Hamidi menjeling isterinya yang sedang menyusun pinggan.Kelihatan abang Mail baru mengatur langkah menuju ke rumah Tok Aki.
“Assalamualaikum..” Abang Mail memberi salam
“W’salam..Sila naik bang. Kami semua tengah tunggu abang ni. Suara Adi Hamidi kedengaran ramah menyambut kedatangan Abang Mail iaitu suami kak Yam.
“A’aa. Yea lah. Maaflah lambat sikit adi.”
“Takpe bang. Tapi kalau lambat sikit lagi nampaknya abg kena makan sorang-sorang lah jawabnya. Tak dapet den nak nolongnya…”Selorohnya. Anak-anak abg Mail ketawa, mereka seronok melihat Along Adi mengenakan ayah mereka.
“Jom makan. Semua dah terhidang tu.” Pelawa Tok Aki yang sudah pun berada di ruag makan. Mereka duduk bersila beralaskan tikar mengkuang. Cara kampung masih tidak dilupakan lebih-lebih lagi Tok Aki. Selesai Tok Aki mengaminkan doa, mereka sekeluarga menjamu selera.

“Lama ke cuti ni.” Soal abg Mail sambil memangku anak bongunya Munirah. Anak bongsunya terlalu manja dengannya.
“Tak lama, tiga hari aja. Esok balik lah bang. Lagipun Murni petang esok dah balik. Nanti takde sesiapa pulak kat rumah tu, tingal dia seseorang pulak.” terang Adi Hamidi. Sesekali tangannya gatal mencuit hidung Munirah.
“Murni kemana? Tak bawak dia sekali ke?”
“Murni tak ikut bang. Dia ada kem motivasi anjuran sekolahnya. Kan tahun ni dia nak periksa.” Jelas Adi Hamidi
“Ooo..patutlah abg tak nampak pun batang hidung dia.” Ujarnya
“Banyak dapat ikan memancing hari tu bang.” Adi Hamidi beralih topik setelah mereka sama-sama terdiam. Abg Mail seorang yang pendiam tidak banyak bercakap, kecuali topic yang menarik minatnya.
“Tak dapat langsung. Takde rezeki kali ni. Cadangnya bulan depan nak turun lagi.” Adi Hamidi dan Abg Mail semakin rancak bersembang, sesekali Tok Aki akan menyampuk.

Nur Alia membasuh pinggan mangkuk dibantu oleh Siti anak Kak Yam. Siti tidak langsung kekok bila mekukan kerja bersama Nur Alia. Malah kanak-kanak itu rancak bercerita. Sesekali pecah ketawa mereka mendengar celoteh Siti.
“Petang ni kamu buat apa Alia?” soal Kak Yam
“Entah la rasanya takde buat apa kak.” Terangnya sambil matanya memandang Nek Mah yang sedang meneguk air masak.
“Petang ni Kak Yam nak ke bendang. Kamu nak ikut? Darpada tak buta apa. Alia pun bukan selalu dating sini” Pelawa Kak Yam.
“Boleh jugak kak.” Nur Alia bersetuju. Wajahnya mula mengukir senyum.Nek Mah hanya tersengih memandang. Cucunya ini langsung tidak kekok, malah makin teruja mengenali budaya hidup dikampung.
“Boleh kan nek.” Nur alia meminta izin dari Nek Mah.
“Boleh. Apa tak bolehnya. Kamu kena kenal dengan pokok nasi yang kamu makan tu. Lain kali orang tanya kamu bolehlah ceritakan bentuk pokok padi tu.”Nek mah sengaja mengenakan cucunya. Nur alia hanya tersenyum.
“Pokok nasi.” Nur Alia menggaru-garu kepala nya.“Pokok beras lah nek.” Jawab Siti dengan bangga. Lalu pecah ketawa mereka
“Nah! Alia bawakan ubi rebus ni kedepan. Boleh mereka makan sambil bersembang.” Ujar Nek Mah sambil menghulurkan sepiring ubi rebus dan sepiring kecil kelapa parut yang digaul dengan garam dan gula.
“Baik lah nek. Balasnya. Nur Alai membawa dulang yang berisi ubis rebus dan seteko air kopi ke beranda.
“Jemput makan tok, abg Mail.” Dengan sopan Nur Alia mempersilakan mereka makan.
“Hai tok ngan abg Mail aja ke. Abang tak pelawa ke?” Adi Hamidi yang memandang wajah Nur Alia yang menatang dulang tadi sengaja mahu mengenakan isterinya.
“Jemputlah makan bang kalau rasa muka tak malu.” Nur alia mengenakan Adi Hamidi. Dia sudah dapat mengagak pasti ada aja hal yang hendak dikenakanya.Tok Aki dan abg Mail ketawa berdekah-dekah. Tak terduga Nur Alia akan mengenakan Adi Hamidi kembali.Adi Hamidi hanya tersenyum kelat. “Ni tak boleh jadi Alia dah pandai kenakan aku.” Getusnya didalam hati.

“Kami pun dah kenyang ni tok, nek, terima kasih banyak-banyak. Sedap Alia masak, kalah kak Yam Adi, beruntung kamu. Kak Yam memandang Adi Hamidi yang tersengih.
“tengoklah siapa suaminya.”Jawabnya dengan bangga.
“Apa kena pulak suaminya dengan masakan Alia.” Adi malu sendiri. Mulut nak kenakan orang aja tak sedar makan diri sendiri. Mereka semua ketawa setelah Adi Hamid terdiam tanpa kata.
“Minta diri dululah yea, petang nanti kita ke bendang yea Alia. Nanti Kak Yam suruh Siti datang kesini panggilkan kamu.” Terang Kak Yam.
“Yea lah kak.”
“Nak kebendang kak. Adi pun nak ikut juga.”
“Hai tak boleh berenggang langsung dengan bini.” Tegur Nek Mah memandang sekilas wajah cucunya. Pecah ketawa mereka mendengar kata-kata Nek Mah.
“Ala nenek ni. Adi nak pergi cari siput la. Teringin nak makan siput.”
“Dah teringin nak makan pulak. Sengaja alih topic lah tu. mengidam agaknya.” Sakat Kak Yam. Mereka ketawa melihat wajah kelat Adi Hamidi tersenyum.
“Ajis petang nanti kita pergi cari siput yea. Kita berkubang nak.”
“Horey... boleh long. Beresss…!”
“Eh siapa benarkan ni.”
“Ala mak. Sesekali berkubang takkan tak boleh bukannya pergi ngan siapa pun ajis pergi ngan Along Adi.” ujar Ajis mempertahankan diri.
“Ikut sangatlah perangai tak betul Along kau tu. celah Nek Mah.
“Kita tangkap banyak-banyak nanti kita jual kan Ajis..”
“Erm..tak sempat nak jualnya kamu dah habiskan dulu Adi.” Sanggah to kaki.Ketawa meledak lagi. Adi Hamidi. Tiada kata, dia terpaksa mengalah dan menelan semua kata-kata tok dan neneknya.

*******
Hampir pukul empat petang barulah Adi Hamidi dan Nur Alia menuju ke rumah kak Yam. Munirah sudah terlompat-lompat melihat kehadiran Adi Hamidi dan Nur Alia. Rupanya Kak Yam dan anak-anaknya dah lama tunggu.
“Maaf lah kak, lambat sikit. Dah lama akak tunggu. Adi sakit perut tadi, memulas sangat tak tahan makan pedas tadi lah ni. Kot-kot sengaja ada orang taruk cili lebih nak kenakan Adi agaknya.” Adi Hamidi menjeling Nur Alia. Dia sengaja mengusik. Sambal belacan tadi dia tahu Nur Alia yang sediakan. Sebab itu dia berani kata macam tu.
“Hiss… kamu ni Adi, dah tak boleh makan tu kenapa kamu makan juga. Jangan nak menyalahkan orang pulak. Bebel Kak Yam. Nur Alia hanya tersenyum. Dia tahu suaminya ingin mengenakannya.
“Lupa la Alia nak pesan sebelum makan tadi kak. Orang ada buasir tak boleh makan ni.” Ejek Nur Alia. Kak Yam ketawa gelihati mendengar jawapan dari Nur Alia untuk mengenakan Adi Hamidi.
“Erk ala..suka-suka aja mengata orang ada buasir.” Jeling Adi Hamidi sambil menjuihkan sedikit bibirnya.
“Bila pulak saya mengata. Takde kan kak. Saya cuma bagitahu orang yang ada buasir tak boleh makan. Bukannya saya sebut nama awak pun. Siapa makan hempedu dialah yang terasa pahitnya.” Nur Alia menjawab dengan pantas.
“Sudah-sudah. Tak habis-habis nak gaduh, kalau kamu berdua ni anak akak dah lama akak piat telinga tu.” sangah Kak Yam yang mula pening melihat pertelingkahan kecil antara Adi Hamidi dan Nur Alia. Ada saja yang tidak kena.Nasib baik bukan anak akak, kalau dapat mak garang macam ni bertompok-tompok lah badan Adi jawabnya…Adi Hamidi mengurut dada, saja mengenakan Kak Yam yang sudah membulatkan mata mendengar usikannya. Nur Alia hanya tersenyum menahan tawa.
“Jom lah. Dah nak petang ni. Nanti lambat pulak baliknya karang.” Ajak Kak Yam.
“Ajis mana kak?” Soal Adi Hamidi setelah dia tidak nampak kelibat anak sulong Kak Yam.“Dia dah pergi dulu. Dia pesan pada akak nanti dia tunggu kamu kat tali air tu.”
“Jom lah kak. Adi dah tak sabar ni.”
“Macam dia pulak yang baru datang ke kampung ni.” Adi Hamidi hanya tersengih. Kak Yam mengelengkan kepala, sedikit pun dia tidak bosan dengan kerenah Adi Hamidi. Ada-ada saja ideanya.

“Ooo..tak tunggu Along yea." Laung Adi Hamidi setelah melihat kelibat Ajis dan Epie sedang berendam. Baldi yang dibawanya tadi telah diletakkan bersebelahan pakaian Ajis dan Epie. Dua beradik itu hanya tersengih bila melihat Adi Hamidi mula melangkah dengan berhati-hati menuruni tebing tali air.
“Dapat banyak tak?”
“Belum cari lagi Long, tengah berdendam ni. Best.”
“La kenapa tak cari lagi. Ingatkan dah penuh baldi kecil tu.”
“Kami tunggu Along lah. Sementara menunggu ketibaan putera katak yang tak rupa seperti katak ni kami mandi dulu.” Terang Epie yang mula berkuak didalam air. Sengaja dia menguak Air dengan kuat agar percikan air terkena Adi Hamidi.
“Apa…. tunggu putera katak. Banyak la kau punya putera katak. Nah!” Adi Hamidi membaling selut ke arah meraka. Keadaan menjadi riuh dengan hilai tawa setelah kehadiran Adi Hamidi menyertai mereka.
“Best juga mandi kat sini kan Ajis. Dah lama benar Along tak mandi kat sini. Nasib baik dapat berkawan dengan korang, tak la malu sangat Along nak mandi kat sini.”Ajis dan Epie hanya tersengih. Dibiarkan Along Adi mereka mengelamun. Ibarat si luncai dengan labu-labunya. “Jangan ambik yang kecik sangat. Yang anak-anak tu tak payah ambik lah Jis..kita buah benih. Kita ambik mak ngan bapak aja.”
“Banyak lah kat sini along.” Jerit Ajis. Tangannya mula mengagau siput. Keruh air mula kelihatan bila dia mengangkat beberapa ekor siput didalam gemgamannya yang bersalut lumpur.“Ajak Epie cari sama kat situ. Along cari kat sini.” Mereka mengagau siput dengan penuh semangat. Sesekali terdengar ketawa Ajis dan Epie bila Adi Hamidi melawak. Read More..

Semarak Cinta 15

Suasana diawal pagi begitu segar sekali. Tok Aki dan Nek Mah telah pun ke kebun dibelakang rumah mereka seawal pagi. Adi Hamidi masih lagi berselimut ketika Nur Alia selasai mandi. Suaminya masih lagi menyambung tidur sesudah selesai solat berjemaah dengan Tok Aki dan Nek Mah. Pagi-pagi begini kesejukan masih lagi terasa ditambah lagi dengan kabus pagi yang masih belum mahu beransur pergi menambahkan lagi keenakkan tidurnya. Badan Adi Hamidi berkerikuk seperti huruf K menahan sejuk. Nur Alia hanya menggelengkan kepala melihat keadaan suaminya begitu. Selesai dia mengenakan pakaiaan, Nur Alia mengatur langkah turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan mereka. Hari ini dia akan menyediakan nasi goreng.Neh mah muncul setelah dia selesai menyiapkan nasi goring. Bau haruman nasi goremg menyucuk hidung Nek Mah dan Tok Aki yang baru selesai menyiram kebun sayuran mereka.
“Sedapnya bau. Kamu masak apa tu Alia. Tanya Nek Mah sambil tersenyum memandang cucunya itu.
“Masak nasi goreng nek. Dah siap ni nek marilah kita makan sama-sama. Panas-panas lagi sedap.”
“Suami kamu manaAlia, tak bangun lagi ke?”.
“Belum nek,tgh berbungkus lagi tu. Sejuk sangat agaknya.”
“Erm..dah pukul berapa ni. Hari dah makin tinggi, suka sangat bangun lambat. Nek Mah mula berleter. Nur Alia faham akan maksud Nek Mah.Alia kejutkan abang Adi dulu lah nek, nanti kita makan sama-sama yea.” Suaranya lembut meredakan rasa tidak puas hati Nek Mah.Nur Alia berlalu meninggalkan Nek Mah yang sedang mengibas badannya yang sedikit berpeluh. Pagi-pagi berpeluh memang baik untuk kesihatan badan pun jadi segar.
“Erm..awak bangunlah hari dah tinggi ni. Nur Alia mengejutkan suaminya yang masih tidak bergerak.“Awak..bangun jom sarapan nenek dan tok dah tunggu kat dapur tu’’. Suaranya masih perlahan mengejutkan Adi Hamidi yang kelihatan mengeliat.
“Errmm !’’..suara erengan Adi Hamidi kedegaran seakan tidak mahu bangun dari tidurnya.
“Dah..dah la tidurnya hari dah tinggi ni. Nur Alia cuba menarik selimut suaminya.Mata Adi Hamidi terpisat-pisat ketika cuba membuka mata. Cahaya matahari yang menusuk ke retina matanya menyebabkan matannya beberapa kali berkerdip.
“Yealah. Nak bangun lah ni.” Tangannya masih menarik selimut yang berada digengaman Nur Alia, lalu menutupi seluruh badannya. Nur Alia masih lagi tercegat dibirai katil menanti suaminya bangun.
“Aik! bangun apa macam ni.”Nur Alia malas hendak melayan kerenah suaminya yang masih lagi liat membuka mata. Dia beredar meninggalkan Adi Hamidi didalam bilik menyambung tidur.
“Mana Adinya Alia. Dah bangun ke belum..”
“Belum nek. Alia dah kejutkan dia tapi lagi liat pulak nak bangun.” Terangnya.
“Takpelah biar nenek aja yang kejutklan. Dengan kamu dia tak layan biar nenek pulak pergi kejutkannya.” Nek Mah mengatur langkah menuju kebilik mereka. Nur Alia hanya tersnyum melihat gerak geri Nek Mah dari dapur rumah. Nur Alia menyudahkan kerja Nek Mah yang tertangguh tadi, dia membancuh air kopi kedalam cawan yang telah tersedia.
“Astagfirullahalazim..masih berlengkar lagi budak ni.” Nek Mah terkejut melihat Adi Hamidi yang masih berkelubung dengan selimut berada diatas katil.
“Adi..bangun hari dah tingg ini. Nek Mah duduk dibirai katil cucunya.
“Ermmm..”
“Bangunlah’’.“Panggil sayang dulu, baru abang bangun’’. Katanya didalam selimut. Niat jahatnya untuk mengenakan Alia masih tidak berkurangan.
“Hah!”. Nek Mah terkejut. “Buang tebiat ke cucunya pagi ni.’’ Bisik hatinyaTimbul kelucuan dihati Nek Mah.
‘’Ooo.. kau ingat nek ni Alia yea.
“Ermm..! Nek Mah membetulkan suaranya seketika.
"Abang bangun sayang hari dah tinggi ni, nek dan tok dah tunggu tu.’’
‘’Amboi lembutnya suara. Tapi kenapa lain.. Adi Hamidi didalam selimut kehairan. Dia menarik selimut yang menutupi wajahnya keparas dada.
“Allahuakbar!..terkejut Adi nek. Dia bingkas bangun kerana yang bersamanya kini adalah Nek Mah. Malunya semakin menebal. Nur Alia kenakan dia pagi-pagi ini. Nek Mah yang melihat tindakan cucunya itu ketawa sakan. Dia tidak menyangka Adi Hamidi akan terkejut sebegitu melihatnya dirinya dibirai katil.
“Ooo…nak kena pangil sayang dulu baru bangun yea. Nah! ambik kamu,suka sangat sakat Nur Alia dah kena batang hidung sendiri padan ngan muka kamu tu." Nek Mah berdiri membaling bantal yang berada berhampiran dengannya ke arah Adi Hamidi, dia tersenyum menampakkan baris-baris gigi palsu yang tersusun elok ketika tersenyum.Adi Hamidi yang masih lagi terkejut dan malu, bergerak turun dari katil. Dia mencapai tuala mandi lalu bingkas keluar dari bilik tidurnya.
"Apa yang bising sangat dalam bilik tu neknya oii…" tegur Tok Aki ketika Nek Mah sudah berada didepannya.
"Apa tak bisingnya cucu awak tu lah liat sangat nak bangun pagi. Saya suruh Alia kejutkan dia tak bangun-bangun. Jadi saya pergilah kejutkan dia. Mengigau agaknya tu,dia ingatkan saya ni Alia, ada ke patut dia suruh saya panggil dia sayang baru nak bangun. Apalagi saya panggillah sayang. Suara saya tak sama dengan suara lembut si Alia ni toknya. Dia buka selimut terperanjat lah cucu awak tu tengok saya. Itu yang kecohnya." Terang Nek Mah panjang lebar sambil mengeleng kepala mengingati peristiwa tadi.Tok Aki dan Nur Alia sama-sama ketawa mendengar cerita Nek Mah. Mereka sama-sama memandang wajah Adi Hamidi yang baru keluar dari bilik air. Ketawa meletus lagi. Adi Hamidi dapat mengagak Nek Mah telah menceritakan hal yang memalukan tadi kepada Tok Aki dan Nur Alia. Adi Hamidi yang bertuala berlagak selamba menuju kebilik. Dia ingin cepat sampai ke biliknya. Rasa malu masih belum hilang. Matanya tidak lepas memandang wajah isterinya yang sedang menahan ketawa.
“Jaga kau Alia. Siap kau nanti.” Gumamnya.

“Hari ni kita pergi ke kebun nenek nak cabut ubi. Boleh makan ubi rebus cicah kelapa parut petang nanti’’. Nek Mah membawa cawannya ke singki menolong Nur Alia yang sedang membasuh pinggan.
“Boleh juga nek. Dah lama Alia tak turun masuk kebun. Dulu selalu juga tolong abah buat batas ubi,batas terung dan kacang. Seronok nek." Nadanya seakan gembira dengan pelawaan Nek Mah. Terbayang wajah abah dan mak yang membebel ketika tanpa sengaja dia memijak anak benih cili yang baru mengeluarkan 2 helai daun kecil, sudahnya dia diarahkan membuat batas dihujung kebun. Senyummannya melebar bila teringatkan peristiwa itu.
“Kamu pun suka berkebun ke Alia?” Soal Nek Mah seakan tidak percaya.“Suka nek.Alia suka sangat tengok pokok membesar. Seronok. Terangnya lagiNek Mah tersenyum mendengar jawapan Alia.
"Bertuahnya si Adi ni.’ bisiknya
“Jomlah kita ke kebun. Nanti makin panas pulak.” Selesai sahaja Nur Alia menyudahkan basuhannya yang terakhir, dia mengambil bakul raga yang terletak dipenjuru pintu dapur. Mereka berdua menuju ke kebun yang terletak dibelakang rumah berhampiran dengan sungai. “Banyak juga nek nagn tok tanam yea. Nur Alia kagun dengan usha yang dilakukan oleh Nek Mah dan Tok Aki. Kebun mereka penuh dengan tanaman yang boleh dijual.“Rajinnya nenek ngan tok kerjakan kebun ni.”
“Dah biasa Alia. Kalau tak buat semua ni rasa macam kurang pulak. Memang tak habis kalau nak makan ni. Nenek bahagi-bahagi kan pada jiran-jiran. Yang lebih tu nenek suruh Tok Aki jual aja.’ ujarnya Nur Alia mengangguk perlahan. Langkahannya perlahan ketika Nek Mah melibas-libas parangnya membuang daun-daun kering yang berjuntaian. Dia suka akan suasana seperti ini, nyaman sekali.
“Jom.. kat situ Tok Aki tanam ubi. Pucuk ubi nanti kita boleh buat gulai lemak. Adi mesti suka ni.” Nenek usahakan kebun ni berdua dengan Tok Aki ke? Tanya Nur Alia matanya tidak lepas memandang kehijuan kebun yang penuh dengan pepohon syuran dan buah-buahan..“Tak lah kadang-kadang Mariam yang tolong kalau dia takde buat apa kat rumah tu.”
“Ooo..macam tu.”
“Kamu dah kenal ke dengan Mariam sekeluarga.”
“Dah. Tapi hari tu bersembang sekejap aja nek. Tak nak berlama pun.”
“Hari ni kita ajak diaorang makan kat rumah kita. Lagi ramai lagi seronok.” Nur Alia hanya tersenyum mengangguk menerima saranan Nek Mah.
“Kita nak masak apa nek.” Soalnya
“Kita masak gulai lemak pucuk ubi, ikan keli goring berlada, jantung pisang rebus cicah sambal belacan. Neneknya memberi cadangan.
“Ermm..ok juga tu nek.”
“Nanti nenek suruh Adi jemput Mariam sekeluarga.
“Yea lah nek. Nur Alia mula bergerak ke arah batas-batas ubi. Dia mula memetik pucuk-pucuk ubi yang kehijauan.
“Nenek nak cantas bantang ubi ni Alia. Nanti kita cabut. Ubinya kita rebus yea.”
“Baiklah nek.”Nek Mah mula mencantas beberapa batang ubi. Dia masih bertenaga menghayunkan parang. Dua tiga batang ubi sudah dicantasnya separas pinggang.“Biar Alia cabutkan nek.” Dia menghulurkan bantuan.Nek Mah berdiri ketepi membiarkan Nur Alia mencabut ubi. Beberapa kali sentapan sahaja ubi kelihatan tersembul keluar dari tanah lembut itu.
“Yang itu pulak. Arah Nek Mah. Peluh mula membasahi pipi, kain tudungnya nampak sedikit lembab. Nur Alia ke hadapan menghampri Nek Mah. Dikerahkan semua tenaganya mengeluarkan isi tanah, namun tidak sedikit pun ubi itu berganjak dari kedudukannya.
“Hiss..tak nak keluar la pulak nek.” Tuturnya kepada Nek Mah.
“Mari kita sama-sama tarik yea.”
“Satu..dua..tiga… lagi sekali Alia. Ujar Nek Mah ketika sentapan mereka masih lagi tidak dapat mengeluarkan ubi.
“Satu..dua..tiga..”
“Hah!..Kira apa tu nek macam main tarik tali aja ni.” Suara garau Adi Hamidi mengejutkan mereka. Ketawanya meletus ketika melihat aksi isteri dan neneknya menarik ubi.
“Hiss kamu ni Adi, tak boleh tegur baik-baik sikit ke.” Marah Nek Mah kerana terperanjat dengan sapaan Adi yang tiba-tiba muncul dari arah belakang. Nur Alia cuba menarik sendirian setelah Nek Mah melepaskan batang ubi ditanganya.
“Tak payah susah-sudah Alia. Ni ha orang kuat nenek ni dah mai dah..”perli Nek Mah memandang sekilas cucunya yang sedang memerhatikan Nur Alia.
“Ha itu lah, makan pandai. Tarik ubi yang senang macam ni pun susah ke…” Dia menyindir Nur Alia. Tangannya dihulurkan lalu memegang batang ubi yang berada digengaman isterinya. Nur Alia menjarakkan beberapa langkah. Dia menjeling melihat suaminya yang angkuh.
“Hiahhhh!!..teriakan Adi Hamidi mengejutkan Nek Mah dan Nur Alia. “Aik kenapa tak bergerak nek.” Soalanya kehairanan setelah ubi yang cuba ditariknya dengan sepenuh tenaga tidak berganjak. Nek Mah dan Nur Alia ketawa melihat aksi spontan Adi Hamidi yang cuba berlagak hero yang akhirnya malu sediri.
“Bunyi dah macam Hulk tapi bergeraknya tidak. Ha itu lah berlagak sangat. Padan muka kamu.”
“Ini ubi ke akar pokok ketapang nek.”
“Mana datangnya akar pokok Ketapang pulak ni Adi. Kau nampak ada batang pokok ketapang ke kat sini. Dah jangan nak mengarut, kalau tak kuat tu cakap aja tak kuat.” Nur Alia menahan gelak. Dia gembira Nek Mah mengenakan suaminya. Cepat-cepat dialihkan wajahnya dari pandangan mata Adi Hamidi yang sedang merenung tajam kewajahnya.
“Mari nenek tolong cungkilkan sikit tanahnya. Nanti kamu cuba tarik dengan Alia.” Nek mah memberi cadangan.
“Biar Adi yang cungkilkan nek. Nenek berehat aja kat situ.” Ujarnya mengahalang Nek Mah yang mahu mengerahkan tenaga mencungkil tanah disekitar ubi kayunya.Nek mah menghulurkan parang yang berada ditangannya kepada Adi Hamidi. Dia menghampiri Nur Alia dan tersenyum mesra. Adi Hamidi mula mengali tanah dengan menggunakan parang kecil.
“Dah la tu cuba tarik pulak. Alia tolong Adi tu.” Arah Nek Mah ketika Adi hamidi mula memegang batang ubi kayu. Nur Alia serba salah.
“Err..” suaranya seakan tidak terkeluar. Dia memandang Adi Hamidi. Baginya meminta pertolongan Adi Hamidi samalah seperti masuk mulut kambing keluar mulut harimau.
“Cepatlah karang nak masak lagi.” Neneknya mengarahkan Nur Alia yang masih ragu-ragu. Adi Hamdi yang menunggu dengan penuh senyuman, dia mengenyitkan matanya ke arah isterinya. Nur Alia menundukkan wajah. Mahu sahaja dia menghilang kan diri ketika ini. Nur Alia mengambil tempat bersebelah suaminya, bahu mereka bersentuhan.
“Ok biar nenek kira yea.” Kata neneknya mematkan kekalutan yang ada dijiwa masing-masing.
“Satu..dua.tiga..”
“Hiaahhhh…suara Adi memecah sunyi.“Aduh!..sentapan yang kuat dari Adi Hamidi tadi telah menyebabkan mereka terpelanting ke belakang dan akhirnya mereka jatuh ke tanah bersama. Berat badan Nur Alia menambahkan lagi rasa sakit yang ada. Belakang badan Adi Hamidi penuh diselaputi tanah yang sedikit lembab. Nur Alia tidak menyangka yang dia akan rebah didada suaminya. Cepat-cepat dia bingkas bangun setelah tersedar badanya menghimpit tubuh sasa suaminya, Adi Hamidi seakan mengambil peluang memeluk Nur Alia.Nek Mah ketawa melihat aksi cucunya. Dia tidak menyangka kedua-duanya akan jatuh tergolek.Adi bangun perlahan-lahan. Rasa sengal dibelakang nya akibat jatuh tadi masih bersisa. Dia cuba menyapu belakang badannya yang penuh dengan tanah. Nek Mah mengelengkan kepala sambil memotong ubi yang berada dipangkal. Read More..

semarak Cinta 14

Adi Hamidi yang sedang menuju ke bilik air terhenti langkahannya apabila terpandang akan Nur Alia yang sedang termenung di paip air luar rumah Nek Mah. Dia yang tergerak untuk melihat apa yang dibuatnya Nur Alia disitu memperlahankan langkah, berhati-hati agar derap tapak kakinya tidak kedengaran.
“Hoi!.”jerkahannya memeranjatkan Nur Alia yang ralit melihat aksi ikan keli.
“Kenapa kau tak siang lagi ikan keli tu hah!…sergah Adi Hamidi yang melihat Nur Alia yang hanya duduk bertinggung diatas bangku kayu tadi telah menyebabkan pinggulnya sedikit terangkat akibat terjahan Adi Hamidi. Ditanganya tergengam sebilah pisau.
“Kenapa apanya?, Saya tunggu ikan tu matilah.” Jawabnya sambil mendongakkan kepala memadang wajah Adi Hamidi dengan perasaan geram debaran akibat terkejut tadi masih bersisa. Kalau didepannya kini adalah Abg Ngah mahunya dikejar sekeliling rumah. Tapi realitinya ini bukan Abg Ngah. Ini Adi Hamidi insan yang selalu mencari pasal dengannya. Sentiasa mencari gaduh. Ada saja yang tidak kena.
“Hei Minah!, kalau kau tunggu ikan tu mati, besok baru aku boleh dapat makan, kau tahu tak. Adi Hamidi sengaja meninggikan suaranya, dia tahu Nur Alia akan menarik muka masam nanti.
“Habis tu saya nak buat maca mana. Bukannya saya tahu siang ikan hidup ni.Dah la misai panjang sedepa.” Tangannya didepakan mengukur misai ikan keli yang tak masuk dek akal. Dia cuba menguis dengan pisau ikan keli itu ke arahnya setelah ikan itu terkedek-kedek kelihatan melarikan diri.
“Suka-suka aja panggil kita ni Minah.” marahnya.
“Cuba awak tengok saya baru angkat pisau, dia dah cabut lari!” tangannya diunjukkan ke arah ikan keli yang sedang tergolek ke kiri dan kanan mencari air. “Macam manalah saya nak siang kalau macam tu.” Suaranya perlahan memohon simpati. Adi hamidi hampir tergelak mendengar sungutan Nur Alia, namun ditahannya agar Nur Alia tidak perasaan dengan tingkahnya. Nur Alia geli apabila memegang ikan keli yang sedikit berlendir. Lagipula dia bukan lah manusia yang makan ikan air sungai. Dia hanya mengenali ikan keli yang dah siap digoreng masak berlada yang tersedia dijual digerai-gerai makan sekitar pejabat dan rumah bujangnya. Itu pun hanya diperkenal oleh kawan-kawannya setelah dia bertanya ikan apa yang lain macam rupanya.
“Ketepi!. Pinta Adi Hamidi, dia mula kesian melihat Nur Alia yang masih menguis ikan keli supaya tidak lari jauh darinya.Alia sedikit berensot.
“Ketepilah…tinggalkan! biar aku yang buat ni.” Ditinggikan sedikit suaranya apabila Nur Alia masih tidak bangun dari duduknya.
“La ingatkan suruh beralih ketepi. Cakaplah nak ambik alih tugas. Kan senang. Terang dan jelas.” Nur Alia geram dengan suaminya, dia bangun dan berdiri dibelakang Adi Hamidi. Dua ekor ikan keli yang berada jauh darinya terus dicapai oleh Adi Hamidi. Dia memegang kepala ikan keli dengan berhati-hati takut disengatnya, bimbang bisa sengatannya akan membengkak. Adi Hamidi mula menyiang ikan. Bau hanyir darah ikan menusuk hidung, Alia menutup hidungnya dengan dua jari dan berundur selangkah kebelakang.
Aduhhh!!…sakit. Jerit Adi Hamidi. Tangannya kelihatan berlumuran dengan darah. Dia mengengam kedua tanganya. Darah merah pekat menitis ke lantai.Nur Alia yang terperanjat dengan jeritan suaminya tadi terus menerpa, dia mengengam tangan Adi Hamidi yang kelihatan penuh dengan darah. Wajahnya sedikit pucat. Bimbang tangan Adi Hamidi terluka dek sengatan ikan keli. Adi yang melihat tindakan Nur Alia tadi tergamam. Dia terkesima. Sentuhan lembut tangan isterinya mengalirkan satu debaran halus dihatinya. Seingatnya itulah kali kedua mereka bersentuhan, setelah upacara membatalkan air sembahyang 2 bulan yang lalu. Dia memandang curi wajah Nur Alia.
"Kah..kah..kena tipu." Adi Hamidi sengaja ketawa bagi menutupi rasa gugupnya.Nur alia bingkas bangun ketika mengetahui dia telah ditipu Adi Hamidi.Dia berlalu dengan wajah kelat meninggalkan suaminya sendirian di sana.

Jam menunjukkan ke angka 7 malam. Nur Alia dan Nek Mah baru sahaja selesai memasak makan malam. Malam ini mereka berlaukkan ikan keli bakar, gulai ayam kampung dan juga belut digoreng kunyit, sambal belacan dan juga sedikit ulam-ulaman. Betul-betul masakan kampung. Tok Aki dan suaminya sedang bersiap-siap ke surau untuk sembahyang berjemaah. Kebiasaanya tok Aki akan ke surau dengan Nek Mah. Namun hari ini oleh kerana Adi Hamidi ada bersamanya, tok aki ke surau dengan cucunya. Lepas Mahgrib baru mereka makan bersama.Nur Alia menekan perutnya beberapa kali. Terasa seakan senak.
“Kenapa pula perut aku memulas ni.”Wajahnya sedikit pucat. Dia bingkas bangun menuju kebilik air. Sah. Dia keuzuran. Nur Alia bergegas kebiliknya untuk mengambil ‘tuala wanita’. Dia tercari-cari didalam beg pakaian mereka. Tiada. Nur Alia mengelabah. Seingatnya dia sudah menyimpan “Accessories peribadi” itu sebelum berangkat.
“Takkan aku tertinggal. Hiss..cuainya aku. Alamak! Apa aku nak buat ni, mana nak dapatkan benda ni.” Dia mengomel sendirian.
“Alia..oo..Alia.”kedengaran suara nek mah memangil namanya. Nur Alia melangkah perlahan. “Yea nek.” Jawabnya setelah Nek Mah muncul dari dapur.“Jom kita sembahyang berjemaah bersama.” Ajak nek mah.Nur alia hanya tersengih. Dia malu-malu.
“Alia tak boleh solat nek. Uzur.” Jawabnya. Nek Mah tersenyum tanda faham. Lalu dia masuk kebiliknya mengerjakan solat sendirian.
“Macam mana aku nak buat ni.” Nur Alia duduk meringkuk kedinding kedua-dua lututnya dipeluk. Duduknya serba tak kena. Wajahnya sedikit pucat. Nur Alia terlelap dalam menahan sakit ketika Adi Hamidi muncul didepannya. Adi hamidi terkejut. Dia tergesa-gesa ke arah isterinya. Nur Alia yang tersedar ketika bunyi lantai dipijak membuka mata. Hampir dia terjerit ketika melihat wajah suaminya betul-betul didepan mata.
“Kenapa ni Alia? Mana nenek.?” Soal Adi Hamidi yang sedikit cemas.“Nek Mah ada dalam biliknya solat. Kenapa?” Soalnya kehairanan.
“Kenapa apanya? Yang kau duduk macam orang kena rasuk ni kenapa? Buat orang terkejut ajalah.” Marah Adi Hamidi. Dia betul-betul terperanjat tadi melihat isterinya dalam keadaan begitu.
“Erm..”Nur Alia serba salah.
“Kenapa ni?” Soal Adi Hamidi suaranya sedikit kendur.
“Saya uzur. “Jawab Nur Alia perlahan. Wajahnya sudah membahang. Dia malu menyatakan hal sulit perempuan kepada Adi Hamidi.
“Erm..Adi Hamidi faham. Lalu dia bangkit ingin beredar keluar. Nur Alia yang tersedar akan langkahan Adi Hamidi itu memanggilnya perlahan.
”Awak..”.Adi yang mendengar tetapi sengaja memekakkan telinga. Entah kenapa hati nakalnya terasa ingin mengusik Nur Alia lagi.
“Awak..”langkahan Adi Hamidi semakin menjauh. “Errr..Abang!.” Laung Nur Alia. Dia geram. Panggilan ‘awak’ langsung tidak dapat mematikan langkahan Adi hamidi.Adi Hamidi senyum. Langkahannya terhenti ketika Nur Alia memanggilnya abang. Wajah Nur Alia kelihatan tertunduk sedikit apabila Adi hamidi telah memusingkan badannya dan mula mengatur langkah ke arahnya. Dia tahu pasti Adi Hamidi akan berada dekatnya sebentar nanti. Adi Hamidi tersenyum kerana beroleh kemenangan. Dia tidak menyangka Nur Alia akan membahasakannya begitu. Dia cukup seronok. Dia tidak mahu menunjukkan rasa hatinya sekarang. Disembunyikan senyuman kemenangan jauh-jauh dilubuk hatinya.“Ada apa.” Suaranya betul-betul dicuping telinga isterinya. Nur Alia yang masih lagi kaku sedaya upaya menahan debar. Apa yang tak kena dengan suaminya malam ini.
“Err..”Nur Alia tergagap-gagap. Perutnya semakin memulas.
“Ada apa..” Tanya Adi Hamidi tidak berpuas hati degan kebisuan isterinya.
“Err..boleh tolong tak.?” Nur Alia semakin menunduk ketika Adi Hamidi merenungnya.
“Tolong..tolong apa? Tolong dokong erk…boleh. Pucuk dicita ulam men……” belum pun sempat suaminya menghabiskan peribahasa tersebut Nur Alia cepat-cepat memintas. “Bukan!..Bukan!..” jawabnya pantas.“Dah tu tolong apa.” Adi Hamidi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Tolong belikan saya ‘tuala wanita’ “. Tuturnya perlahan.
“Hah! apa tu. Tuala wanita?” Adi Hamidi kehairanan.Nur Alia perasaan akan kebingungan suaminya. Dia hampir tergelak melihat wajah suaminya ketika itu. Nur Alia masih lagi tidak berganjak dari kedudukannya. Dia harus menghadkan pergerakannya bimbang makin banyak darah keluar.
“A’aa..tulaa wanita. Awak pergi aja kat kedai nanti diaorang tahu lah.”Adi Hamidi memandang Nur Alia. Perasaan kesian mula merajai hati. Tak sampia hati dia membiarkan Nur Alia berterusan begitu. Nanti nenek panggil makan lagi susah. Dia berkira-kira.Adi bingkas bangun dari duduknya tadi. Alia sempat menahan sebelum dia menghampiri pintu bilik."Beli jenama Kotex yea yang ada wings." Pintanya lembut.Hah..ada jenama juga siap ada sayap lagi, pelik ni. Hiss macam-macam.Tentu mahal. Adi Hamdi membuat telahan sendiri. Inilah pertama kali dia menghadapi situasi macam ini. Walaupun dia tahu keusuziran yang dialami setiap wanita akil baligh namun dia tidak pernah mengambil pusing tentang apa yang perlu dipakai oleh perempuan ketika uzur.

Sebelum keluar Adi Hamdi sempat memberitahu neneknya yang baru terjengul dari muka bilik. Dia menghidupkan enjin kereta dan mencari kedai disekitar kampung itu. Nasib baik ada sebuah kedai yang belum ditutup kalau tak makin haru jadinya. Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan berhampiran kedai tersebut. Kebanyakan kedai dikampung akan menamatkan operasinya pada pukul lapan malam, itupun bergantung kepada pemilik kedai. Adi hamidi memasuki kedai yang menjual barang-barang runcit. Dia melilau didalam kedai seketika. Tidak ramai dalam kedai itu namun kehadiaran tiga gadis yang sudah sedia ada didalam kedai itu menambahkan rasa kalutnya. Dia menghampiri kaunter.
“Err.. Bang tuala wanita jenis Kotex yang ada sayap ada jual kat sini tak bang?” Soal Adi Hamidi perlahan. Dia tersengih-sengih menahan malu. Penjual itu juga turut tersenyum memandangnya.
“Untuk isteri ke?” Soal penjual itu yang masih lagi tidak berkurangan senyuman. Adi hamidi yang masih segan hanya mengangguk kecil.
“Tu ha kat hujung sana, warna biru.” Penjual itu menunjukkan arah tempat susunan pelbagai jenama tuala wanita. Adi hamidi memandang penjual itu sekilas lalu menuju ke arah rak tersusunnya tuala wanita. Tiga orang gadis yang berada di rak yang hampir dengannya memadang dan tergelak kecil. Adi hamidi membalas senyuman yang sedikit sumbing kerana menahan segan.
“Bedal ajalah yang biru ni. Lagi lama aku kat sini lagi malu.” Dia mencapai Kotex yang berwarna biru yang berada betul-betul di rak hadapan gadis bertiga itu.
“Ooo..beli roti kering rupanya.” Dia terdengar seorang gadis memberitahu rakannya. Mereka sama-sama gelak. Adi hamidi mengatur langkah, dia ingin cepat beredar dari situ. Malu apabila diketawakan oleh ketiga-tiga gadis itu.Adi Hamidi membayarnya dikauter. Dia sempat bertanya penjual apa yang dimaksugkan dengan ‘roti kering’. Penjual itu menerangkan kepada Adi Hamidi serba sedikit. Adi Hamidi baru mengerti ‘roti kering’ yang dimaksudkan oleh gadis tersebut itu tadi dalah panggilan kedua untuk tuala wanita. Dia tersenyum sendirian. Penjual itu mengeleng kepala beberapa kali melihat gelagat Adi Hamidi.

“Kamu dari mana ni Adi?”. Tok Aki menyapa Adi Hamidi ketika dia melihat kelibat Adi Hamidi dari arah beranda rumahnya, ditangannya terjinjit satu plastik yang dibungkus.
“Dari kedai tok..”. Jawabnya sambil tersenyum ke arah Tok Aki.
“Buat apa?”
“Beli roti kering.”
“Roti kering. Kan biskut kering dah ada banyak lagi kat dapur tu. Buat apa lah dibelinya lagi. Takde orang nak menghabiskannya. Tok Aki telah tersalah anggap ‘roti kering’ yang dimaksudkan oleh Adi Hamidi tadi. Panjang pula leteran Tok Aki. Dia bukan suka anak cucunya membazir. Makanan yang ada sudah cukup untuk mereka berdua.
“Ooo neknya. Kenapa dibiarkan Adi beli roti kering, kan biskut kita masih banyak lagi.”
“Roti kering apa pulak.. mana lah saya tahu toknya. Dia cakap nak ke kedai aja tadi takde lah la pulak cakap nak beli roti ke apa.” Nek Mah memandang Tok Aki dengan wajah masam.Leteran Tok Aki berjangkit pula kepada neneknya. Itulah padahnya berkias dengan orang tua. Adi Hamidi hanya tersengih.
“Ini untuk Alia nek.” Jawabnya lalu berlalu kedalam bilik. Tok Aki dan Nek Mah berpandangan sesame sendiri. ‘Tidak makan kah Nur Alia dengan lauk yang akan dihidangkan nanti.’ Kata hati Tok Aki.
“Eh! Neknya Alia tak makan masakan kampung ke?” Tanya Tok Aki perlahan, bimbang didengari cucunya.“Awak tak masak lauk lain untuk dia?”
“Semalam masa sampai dia cakap dia makan, takde lah pulak kata tak boleh.” Nek Mah menggaru kepala memikirkan lauk yang dimasaknya. Nur Alia sendiri yang menolongnya memasak.
“Dia sendiri pun dah tak sabar nak makan ikan keli bakar katanya tadi masa memasak lauk dengan saya didapur tadi.” Ulas Nek Mah
“Takpe lah toknya kalau Alia tak makan, saya masak lauk lain aja nanti.” Nek Mah berlalu ke dapur memanaskan lauk yang dimasaknya tadi.
“Nah! roti kering.” Adi Hamidi menghulurkan bungkusan tuala wanita itu kepada nur Alia. Isterinya masih lagi tidak berganjak dari keduduk asal.Kalau dia tak balik-balik mau isteri jadi seperti patung cendana, mengeras disitu juga. Bisik hatinya, Nur Alia menahan malu. Tahu pulak ‘roti kering’ tadi masa aku sebut tuala wanita bukan main lagi garu kepala.. Nur Alia mengomel sendirian.Dia menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh suaminya. Dibeleknya.
“Aik kenapa bukan yang ada wings”. Tanyanya kehairanan
“Manalah aku tahu. Guna aja lah. Kalau takde wings kat situ mai abang tolong pakaikan wings nak?” Usik adi hamidi sambil ketawa.
“Terima kasih.” Jawabnya sepatah wajahnya kembali berbahang. Nur Alia bingkas bangun dan mencapai kain batik yang sudah disediakan tadi. Dia bergegas ke bilik air, meninggalkan suaminya yang masih lagi mentertawakannya.

“Dah tak sabar nak makan ikan keli bakar ni nek.” Adi Hamidi bersila didepan lauk pauk yang dihidangkan oleh Nek Mah dan isterinya.kecur air liurnya menikmati bau yang menyelerakan itu menambahkan lagi rasa laparnya.Tok Aki hanya memadang gelagat adi yang masih tidak berubah. Dia senang dengan cucunya ini. Mereka duduk bersila dihadapan hidangan. Setelah Adi Hamidi membaca dan mengaminkan doa. Mereka menjamu selera. Nur Alia menceduk lauk kedalam pingan suaminya. Nek Mah dan Tok Aki berpadangan dan tersenyum. Mereka cukup senang dengan layanan Nur Alia kepada cucunya itu.
“Kamu makan tak lauk kampung ni Alia.” Nek Mah bertanya ketika Nur Alia menceduk lauk gulai ayam kampung kedalam pinggannya.
“Makan nek.” Jawabnya kehairanan.
“Kenapa nek?”
“Takde lah nek ingatkan kamu tak makan. Kalau tak makan nanati nenek masak lauk lain untuk kamu.”
“Eh lauk ni pun dah cukup menyelerakan nek. Jawabnya sambil merenung wajah Nek Mah, minta dijelaskan kenapa pula Nek Mah bertanya begitu.
“Agaknya kamu tak tahan lapar kot tadi.” Nek mah memandang wajah nur Alia.
“Ermm...”. dia memandang suaminya yang ketiak ini sedang enak melikmati masakkan kegemarannya.
“Maksud nenek kamu tak boleh makan lambat, sebab tu Adi pergi belikan roti kering untuk kamu.” Terang Nek Mah yang melihat Nur Alia yang masih lagi nampak kebingungan.‘Roti kering.’ Adi Hamidi yang mendengar penjelasan Nek Mah tadi hampir menyemburkan nasinya yang masih berada dimulut. Dia cepat-cepat mencapai air putih yang berada disebelahnya.
“Kamu ni kenapa Adi gelojoh sangat.” Marah Nek Mah yang geram melihat Adi hamidi tersedak tadi.“Takde lah nek Adi tercekik tulang ikan. Adi Hamidi tersenyum memandang Nur Alia yang kini seakan dapat membaca pa yang dikatakan oleh Nek mah tadi.Sekarang baru Nur Alia faham maksud Nek Mah bertanyakan soal makannya tadi. Dia merenung dengan tajam ke arah suaminya yang menahan ketawa. Nur Alia geram melihat tingkah suaminya lalu tangnya pantas mencubit peha Adi Hamidi yang berada tidak jauh darinya.
“Aduh! sakitlah. Dia menjeling namun sengihanya masih lagi bersisa.
“Kamu berdua ni kenapa.” Soal Tok Aki. Kehairanan. Kelihatan Nur Alia menunduk.
“Takde apa-apa lah nek, tok. Jawab Adi Hamidi selamba.“Pasal ‘roti kering’ tu Adi bergurau aja tok. Dia menjelaskan tanpa dipinta oleh Nur Alia. Tok Aki dan Nek Mah mengeleng kepala.
“Budak bertuah ni kenakan kita pulak.” Nek Mah mengeleng lagi sambil tersenyum mesra. Nur Alia tetunduk merenung lauk. Dia tidak mampu mengangkat muka ketika ini kerana menahan malu. Adi Hamisi semakin melebarkan senyumanya. Read More..

Semarak Cinta 13

“Sunyi aja ni. Macam takde orang la pulak. Takkan diaorang keluar, baru kejap tadi aku keluar. Adi Hamidi melangkah menaiki anak tangga. Dia menolak daun pintu namun tidak terbuka. Dicubanya lagi. Hai berkuci lah pulak.”
“Assalamualaikum…"Adi memberi salam beberapa kali, namun tiada sahutan dari isi rumah. Beberapa minit kemudian baru dia dapat meneka kemana lagi Tok Aki dan Nek Mah melepak kalau bukan ditali air belakang rumah mereka. Dia menuju ke belakang rumah tempat selalu dia dan Tok Aki memancing. Barang-barang yang dibelinya tadi dibawakan sekali.
“Assalamualikum nek!..amboi seronok nampak. " Sakat Adi Hamidi yang mucul tiba-tiba dibelakang Nek Mah. Barang-barang yang dibimbitnya tadi diletakkan ditepi pangkin.
“Eh kamu ni Adi, bila baliknya. Nek tak dengar pun bunyi kereta kamu. Kamu kemana? Soal Nek Mah mengesot sedikit ketepi.
“Mana nak dengarnya nek kalau mata tu kearah sana aja, tersenyum-senyum macam orang angau aja, takkan rindukan Tok Aki pulak nek..” Adi Hamidi menambahkan lagi usikkannya. Nek Mah menampar lembut lengan sasa cucunya, dia seronok dengan usikan cucunya itu. “Mari minum sekali.” Pelawa Nek Mah menuangkan secawan air kopi lalu dihulurkan kepada Adi Hamidi.
“Mana Alia nek.” Tanya Adi kepada Nek Mah setelah kelibat Nur Alia tidak kelihatan hanya kelibat Tok Aki sahaja yang kelihatan.
“Hai tadi bukan main cakap kat nenek, yang awak tu pun sama juga baru tak jumpa bini lima minit dah resah gelisah. Tu ha… Bini kamu nak belajar jadi nelayan pulak.” Muncungnya dihalakan kearah kawasan yang banyak pokok-pokok renek. Mata Adi Hamidi melilau mencari kelibat isterinya. Terpandang dia akan isterinya yang sedang bertengek keseorangan seakan termenung.
“Eh! reti ke dia memancing tu nek. Tekun aja gayanya. Soalan itu ditanya kepada Nek Mah yang turut memerhatikan Nur Alia dihujung sana.
“Nak tahu reti ke tak reti pergilah sana. Nek nak tengok siapa dulu yang boleh naikan ikan, kamu ke Alia.” Nek Mah seakan mencabar dalam senyuman.
“Mestilah Adi nek, kalau tak caya tengok lah nanti. Cucu jantan nek ni yang akan dapat ikan dulu.” Adi Hamidi berlagak sambil mendabik dada. dia akan menyahut cabaran dari neneknya lalu turun perlahan dari pangkin dan melangkah kearah Tok Aki dihujung sana.
“Tok mana kail Adi tok? Soal Adi Hamidi bila langkahnya sudah hampir benar dengan Tok Aki. Dah dapat ikan ke tok?” Dia memandang bakul raga yang kosong, lalu tersengih.
“Ini tok mesti tak dapat ikan lagi ni. Kalau aku dapat ikan bolehlah aku kenakan Tok Aki. Alia budak hingus tu sampai esok pun takkan dapat ikan.” Kata hatinya. Tok Aki memandang kearah Adi Hamidi, lalu senyum. Dia tahu apa yang berada dibenak cucunya sekarang. Selalunya mereka begitu. Sengihan Adi Hamidi mengandungi maksud untuk mengalahkannya.
“Tu ha kat sana, tok sandarkan pada dahan pokok manggis tu.” muncungnya dihalakan kearah pohon manggis bersebelahan pohon duku tempat Nur Alia bertengek tadi. Kail itu hanya dikhaskan untuk Adi Hamidi, dia sendiri pun tidak menggunakan kail yang dibuatnya untuk cucunya itu. Adi Hamidi melangkah untuk mengambil batang pancingnya. Setelah menyiapkan umpan dia memadang Nek Mah yang sedang tersengih diatas pangkin, dia mencuit sedikit hidungnya tanda berlagak hero. Nek Mah mengelengkan kepala. Adi Hamidi melangkah lalu berlabuh tidak jauh dari tempat Nur Alia memancing. Nur Alia yang melihat tingkah Adi Hamidi dari tadi hanya diam membisu, sepatah pun tidak disapanya. Dia membiarkan Adi Hamidi dengan pancingnya. Adi memandang Nur Alia dengan sengihan mengejek.
“Memancing tak reti ada hati nak dapat ikan.” Adi sengaja meninggikan kata-katanya sengaja mahu menyakitkan hati iserinya. Nur Alia hanya mencebik. Malas dia melayan Adi Hamidi yang sengaja mencari fasal dengannya.. Anak-anak ikan yang sedang berkejaran dipermukaan air lebih menarik minatnya dari bertekak dengan suaminya.

Hampir setengah jam Adi Hamidi membenamkan mata kailnya didalam sungai, namun tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah hidanganya.
“Apa kena pulak ikan hari ni, biasanya pantang nampak umpan aku, nak meyambar aja.” Rungutnya. Tangannya diligas ke kiri kanan menghalau nyamuk. “Boleh tahan juga Alia ni. Tak takut kena gigit nyamuk, kalau perempuan yang aku kenal dah tentu pantang bebirat sikit mengadu pada, eee...Rimas dibuatnya. “ bebelnya sendirian.Nur Alia yang sedang ralit memandang pancingnya sedikit terkejut, apabila pelampungnya sesekali tergelam timbul.. dadanya berdebar. Dia pasti sekejap lagi dia akan merasai nikmatnya menaikkan ikan ke darat. Dan dia sangat berharap beroleh kemenangan, akan ditayangkan kepada Tok Aki dan juga Adi Hamidi yang menjeling ke arahnya kini.
“Alamak Alia dah dapat ikan lah.” Adi Hamidi sedikit cuak.Nur Alia mengangkat batang kailnya, dia cukup seronok, kesabarannya kini membuahkan hasil terbit senyuman panjang menyerikan wajahnya yang sedikit kemerahan menahan panahan mentari. Dengan sekuat hati Nur Alia menarik batang kailnya, ‘Zapppp’….teroleng-oleng makhluk panjang berwarna gelap yang berada dihujung mata kailnya. Alia kaget. Batang kail terlepas dari gengamannya. Nur Alia sedikit terjerit berlari sekuat hati ke arah pangkin, melarikan diri dari makhluk itu. Makhluk panjang yang memakan umpanya itu sedang elok berlabuh dipangkuan suaminya, setelah Nur Alia tanpa sengaja melepaskan batang kailnya. Adi Hamidi yang terkejut dan kegelian terus melompat kedalam air. Habis basah semuanya. Tok Aki yang melihat kejadian itu, bergegas berlari ke arah tempat Adi Hamidi duduk tadi.. dia ingin memastikan makhluk apa yang dikailnya Nur Alia sehingga cucunya bertindak begitu.
“Kah..kah..”Tok Aki yang ketawa melihat makluk panjang yang berwarna keperangan berukuran setengah meter panjangnya meronta-ronta diatas tanah minta dilepaskan, ketawanya hampir membuatkan dirinya tersungkur ke tanah. Dia tidak menyangka makhluk panjang yang disangkanya ular itu adalah belut. Adi Hamidi yang baru sahaja memanjat tebing kehairanan, Tok Aki masih memegang makluk panjang itu. Cuba megeluarkan mata kail yang ditelan tadi.Adi Hmaidi cuba melangkah perlahan-lahan kearah Tok Aki bimbang juga akan disengat ular air, sangkanya. Tok Aki menyuakan belut itu kerah Adi Hamidi. Ini belut lah. Bertuah betul budak Alia tu, tak pernah-pernah orang memancing dapat belut,alih-alih dia sekali memancing aja terus dapat menundukkan belut. Adi hanya mencebik. Dia tak menyangka Tok Aki akan memuji isterinya.

Nur Alia yang berada disisi Nek Mah, kelihatan pucat. Dia ditenangkan oleh nek Mah yang masih tersenyum. Nek Mah juga menyangka Nur Alia memancing ular. Adi Hamidi dan Tok Aki kelihatan mengemas perkakas memancing. Adi Hamidi kelihatan basah kuyup, belut yang tadi diisi kedalam raga. Tok Aki menjinjit sekarung guni kecil warna coklat yang berisi beberapa ekor ikan. Nur Alia yang terpandang akan Adi Hamidi yang turut sedang memandangnya sedikit menunduk, dia takut bertentangan mata dengan suaminya ketika ini. Dia takut akan dimarahi oleh Adi Hamidi. Nur Alia mengesot sedikit kesisi Nek Mah.
“Nah! siang ‘ikan panjang’ ni buat goring kunyit.” Arah Adi Hamidi kepada Nur Alia sambil mengunjukkan bakul yang berisi belut itu. Sengaja ditekankan perkataan ‘ikan panjang” untuk melihat mimik muka isterinya yang kegelian. Nur Alia terpinga-pinga dia memandang Nek Mah, mohon simpati.
“Apa yang dia dapat tadi tu Adi. Ular air ke?” Soal Nek Mah meredakan ketegangan Nur Alia. Tok Aki yang masih lagi terbayang insiden tadi, ketawa kecil.
“Cucu awak tu memang bertuah, tak pernah-pernah kita dapat belut. Malam ni dapat lah makan belut hasil pancingan cucu awak tu Nek Mah nya.” Nek mah membulatkan mata, dia sedikit pun tidak menyangka Nur Alia memancing belut. Adi Hamidi yang sering memancing bersama suaminya itu pun tidak pernah memperolehi belut. Alih-alih Nur Alia yang baru datang sehari disini boleh memancing belut. Rezeki mereka. Tok Aki cuba mengeluarkan belut dari raga untuk ditunjukkan kepada Nek Mah. Adi Hamidi geram. Neh Mah dah mula menyebelahi Nur Alia. Tadi baru sahaja Tok Aki memuji isterinya, dan sekarang Nek Mah pula yang memujinya. Adi Hamidi kalah. Nur Alia hanya tersenyum memandang suminya sebagai sindiran dia mencuit sedikit hidungnya. Dia mula merasa kemenangan. Read More..

Semarak Cinta 12

********
“Tok Aki nak kemana tu nek?”. Soal Nur Alia yang baru melabuhkan punggungnya disisi nek mah yang sedang menyudahkan lipatan kain yang terakhir, matanya terpandang akan kelibat tok aki mengatur langkah ke tali air yang beberapa meter dibelakang rumahnya.
“Nak ke tali air belakang sana tu, katanya nak memancing ikan keli. Si Adi tu suka sangat dengan ikan keli bakar cicah air asam dah puas makan tu dia makan ikan keli gireng masak cili pulak. Kuat betul dia makan tapi badan macam tu juga. Selalunya kalau balik ke sini dia ngan Tok Aki memancing kat sanalah.” Neh Mah memuncungkan bibirnya mengaerahkan ke sana. Dia menyambung lagi
“Dulu Adi suka bawak sekali kawannya budak Khairul dan Hamid, tapi sejak mereka dah kahwin ni jarang pulak datang kesini. Masing-masing sibuk dengan kelurga agaknya.” Luahnya lagi. Nek Mah turut memandang suaminya ditangannya terdapat beberapa batang kail yang diperbuat dari buluh serta seberkas umpan.
“Khairul, macam pernah dengar nama tu.” Nur Alia seakan mengingati nama yang disebutkan oleh Nek Mah tadi. Seketika kemudian baru dia teringat Khairul lah yang menelefon suaminya semalam. Dia tersenyum teringat kembali ucapan yang didengarya bila menjawab panggilan darinya.
“Ooo..yea ke. Tentu seronok kan nek. Alia nak ikut Tok Aki lah nek, boleh.”pintanya lembut.
“Jom lah, kalau kamu nak ikut. Nenek pun nak duduk bawah pangkin sana tu. Kita makan kat bawah sana bawak air ngan bekal sekali yea.” Tangan tuanya diunjukkan kearah pangkin dibawah pohon ketapang yang batangnya sebesar pemeluknya.
“Adi kemana?” Nek Mah bertanya setelah dia teringat yang dia terdengar ejin kereta Honda Accord dihidupkan setengah jam yang lalu.
“Tadi dia kata nak ke pekan sekejap. Buat apa entah.” Soalan Nek Mah di jawab dengan senyuman dan bahunya dijungkitkan.
“Kenapa kamu tak ikut sekali..” nek mah semakin galak bertanya.
“Saja nek, malas la nak ke pekan, dah muak asyik hidu asap jer, lubang hidung ni ha dah hitam legam macam bontut kuali dah jadinya.” Nur Alia menunjukkan jari telunjuknya ke hidung dan memandang wajah tua didepannya itu. Kedut-kedut diwajah tua itu semakin kelihatan bila ketawa. Mereka sama-sama ketawa
“Ada-ada je lah kamu ni…” Cepat benar kemesraan terjalin diantara mereka. Baru semalam Nur Alia diperkenalkan oleh Adi Hamidi kepada Nek Mah dan Tok Aki. Nur Alia tidak sedikit pun kekok bermesra dengan Tok Aki dan Nek Mah. Nek mah mengeleng kepala, lalu dia bangun dari duduknya, Nur Alia turut serta bingkas bangun apabila Nek Mah mula mahu melangkah. Dia menjinjit sebuah bakul yang berisi air dan beberapa jenis kuih yang dimasakkan oleh Nek Mah tengah hari tadi. Walaupun usia Nek Mah menjangkau hampir 70 tahun namun kudratnya masih lagi mampu menyaingi wanita berusi 50 tahun. Petua yang selalu diamalkan oleh Nek Mah adalah dengan sentiasa membasahkan anggota wajib dengan wuduk dan juga mengamalkna solat-solat sunat. Terutamanya solat sunat Tahajut diwaktu malam.Nur Alia menutup pintu dapur setelah diarahkan oleh Nek Mah. Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin sana. “Wah! Bestnya duduk melepak kat sini nek, petang-petang macam ni lagi lah. Nyaman betul lah. Nur Alia manarik nafas sedalam-dalamnya. Angin petang menyapa lembut pipinya seolah-olah merestui kedatangannya disini. Serta merta ingatannya melayang kepada abah. Apa yang abah buat sekarang ini. Dia selalu mengikut abahnya berkebun jika pulang ke kampung. Tentu dah berbuah terung yang ditanamnya bersama abah 3 bulan lalu. Nek Mah tersenyum melihat aksi Nur Alia yang mendepakan tangan menghirup udara segar.Tok Aki yang ralit dengan pancingnya memandag kearah pangkin dibawah pokok ketapang setelah kosentrasinya terganggu dek suara Nur Alia. Dia tersenyum sendirian, melihat cucu menantu angkatnya itu yang tidak kekok berada dikediamannya. Malah keramahan Nur Alia melayani dia dan isterinya menambat hati tuanya. Sejuk matanya melihat Nur Alia yang bertudung itu sewaktu pertama kali bertemu.Nur Alia berjalan menghampiri Tok Aki yang baru mengalihkan batang kailnya ke tempat lain. Mungkin lokasi tersebut tidak ada banyak ikan. Raga yang berada disebelah Tok Aki masih lagi kosong. Dia mengagak tentu Tok Aki belum lagi menaikkan sebarang ekor ikan.
“Tok.. Alia nak cuba mancing boleh tok?” Soal Nur Alia yang sedikit teruja bila melihat air yang semakin galak berkocak. Tentu banyak ikan. Tapi kenapa Tok Aki belum dapat seekor ikan pun.”
“Kamu tu reti ke memancing Alia.” Tok aki menjawab juga dengan soalan.
“Tak tahulah tok, Alia tak pernah memancing lagi. Alia nak cuba lah ni, manalah tahu nasib Alia baik dari tok, dapat ikan keli besar, boleh buat ikan bakar cecah air asam.” Alia cuba memancing simpati dari tok Aki. Orang tua itu hanya tersengih mendengar jawapan Nur Alia.
"Kamu ingat senang ke nak memancing ni, macam beli ikan kat pasar ke? Belum memacing dah sobong diri.” Tok Aki merenung Nur Alia, dia tersengih melihat Nur Alia seperti bersungguh.Alia tersengih dengan jawapan Tok Aki, dia melabuh punggungya diatas akar pokok duku, sambil memandang kearah ikan kecil yang sedang berkejaran dipermukaan air entah apa yang digaduhkan, merebut makwe agaknya, dia ketawa kecil dengan telahan bodohnya.Tok Aki berjalan kearahnya, dihulurkan sebatang kail untuk Nur Alia. Nur Alia bangkit dari duduknya lalu batang kail beralih tuan Tok Aki dan Nur Alia sama-sama tersenyum.
“Pegang baik-baik. Nanti tercucuk mata kail tu.” Pesan Tok Aki sebelum mengatur langkah. Nur Alai hanya mengangguk kecil. Dia bertambah teruja ketika mendengar beberapa kali air sungai berkocak mesra.Nur Alia menghampiri gigi air. Dia terus mencampakkan tali halus yang berada dihujung batang kail itu kedalam air. Dia meniru aksi yang dilakukan oleh Tok Aki yang dilihatnya dari jauh tadi. Tok Aki membatalkan langkahnya ketika Nur Alia mencampakkan kailnya ke sungai.
“Eh kamu dah taruk umpan ke belum?..”tanya tok aki yang sudah tercegat dibawah pohon duku tempat Nur Alia menapak tadi.
“Umpan!....umpan apa tok.” Nur Alia terpinga-pinga mendengar soalan Tok Aki. Dia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Tok Aki.
Tok Aki hanya mengeleng kepala apabila melihat Nur Alia masih kebingungan. Dia menghampiri Nur Alia lalu manarik batang kail itu. Mata kail yang kosong tanpa umpan itu kelihatan bersinar berpadu dengan cahaya matahari.
“Kat mana kamu belajar memancing ni Alia. Tengok….” Tok Aki memperlihatkan mata kail yang kosong tanpa umpan itu. Nur Alia hanya tersengih. Dia sendiri tidak tahu kenapalah dia tak terfikir pasal umpan. Tok Aki terus mencucuk umpan perut ayam dihujung mata kail. Lalu dia menghulurkan kepada Nur Alia untuk dilemparkan ke mana-mana tempat yang dia suka. Nur Alia mengambil huluran batang kailnya dari Tok Aki. Hati-hati pesan Tok Aki. Alia membaling mata kail yang berisi umpan perut ayam itu kedalam air. Balingannya kuat sehingga Tok Aki yang berada disebelah terperanjat. Dia mengelengkan kepala.
"Dushhh!…alamak kuatnya." Nur Alia hanya tersengih lalu tunduk menatap bumi. Dia tersenyum. Nampak sangat dia tiada bakat memancing. Nek Mah yang melihat dari tadi ketawa terbahak-bahak disertakan dengan gelengan kepala, dia seronok melihat Nur Alia yang terkial-kial memancing ikan, lagaknya seperti pro tetapi asasnya pun tak tahu. Nur Alia melayan perasaan sementara menunggu umpannya dimakan ikan. Satu kepingan kecil selipar menerapung di permukaan air, kata to kaki tadi, kalau pelampung itu tengelam timbul dan dilarikan kedasar sungai ,maknanya ikan memakan umpan itu. Jadi untuk mengelakkan ikan itu tertelan mata kail lebih dalam. Kita perlu menarik batang kail dengan cepat. Matanya terarah tepat ke pelampung, bimbang andai seliper kecil dipotong kecil yang dijadikan pelampung tenggelam kerana dilarikan ikan. Read More..
Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 11

**********

“Mid, Adi ada telefon kau tak?” Khairul memilih meja yang selalu mereka melepak bila keluar minum dikedai mamak tepi Jalan Pejabat. Suasana agak bingit maklumlah esok tidak bekerja cuti hujung minggu, ruang Restoran Mamak malam ini pula penuh dengan manusia.
“Takde pun. Dah lama dia tak contact aku sejak kahwin hari tu, sekali aja call aku. Sibuk dengan puteri dia lah tu agaknya.” Hamid membuat telahannya sendiri.
“Eh! kau rasa Adi boleh terima ke isteri dia tu. Dia kan masih tak percayakan perempuan. Susah nak betulkan apa yang dah dianggapnya tu. Adi tu kan bapak segala kepala batu tahu tak..”. Dia mengosok hidungnya yang sedikit gatal.
“Entah la.. tapi aku rasa macam isteri dia tu boleh cairkan dia aja.”
“Erm..maksud kau. Nur Alia tu dapat melembutkan hati kawan kita si kepala batu tu?” suaranya seakan mengejek.
“A’aa.. ala lelaki mana tahan duduk sebilik dengan perempuan cantik macam isteri dia tu, kalau aku mahu seminggu tak keluar bilik.”
“Hesy..Engkau ni gatal sangat. Bini kat rumah kau tu tak cantik ke.” Khairul menjuihkan bibirnya memandang Hamid yang sedang tersengih.
“Eh, mestilah cantik. Kalau tak takkan aku kahwin dengan dia. Aku sayang bangat sama dia.” Jawab Hamid pertuturannya sengaja dicampurkan dengan bahasa Indonesia.
“Uwekk..sudahlah bro, cerita kisah kau buat apa bukan best pun.” Mereka sama-sama ketawa.“Eh cuba kau call Adi ajak dia minum. Dah lama kita tak minum sama ni.” Hamid meminta Khairul menelefon Adi Hamidi.
“Sekejap aku call. Kau orderkan aku milo ais okey.”
"Okey..beres bro." Hamid melambai pelayan restoran yang semakin ligat menjalankan kerja-kerja mereka. Pelayan yang memakain uniform restoran warna hijau dan bertopi yang putih giginya menghampiri meja mereka, lalu Hamid membuat pesanan.“Eh mana pergi ni lama sangat. Tak angkat pun.” Khairul memandang Hamid yang sedang merenungnyaCuba lah kau dail lagi mana tahu dia kat luar ke. Khairul menuruti kata-kata Hamid.
“Hello.. hoi bro kau buat apa lama sangat nak angkat telefon, dalam bilik dengan bini kau ke? Naik jenuh aku tekan nombor kau dah bengkak ibu jari aku ni tahu tak? Khairul bercakap lepas, dia tidak tahu dihujung talian bukannya Adi Hamidi sahabatnya
“Assalamualaikum..Siapa ni,” Nur Alia memberi salam kepada suara lelaki yang yang berada ditalian.
“Errr..Wa’alaikummussalam, maaf saya ingatkan Adi tadi. Adi ada?”
“Adi takde, dia ke surau dengan Tok Aki. Boleh saya tahu siapa ni
"Erm..saya Khairul kawan dia. Kalau dia takde takpelah, lain kali saya telefon dia. Terima kasih yea.”
“Sama-sama.”
“Klik” talian dimatikan..
“Sekali bini dia yang angkat daaa.. terkena. Khairul menepuk dahinya beberapa kali. Dia tidak menyangka isteri Adi Hamidi yang menjawab oanggilannya tadi.“Hahaha..itulah engkau, kan dah dapat sebijik, lain kali bagi salam lah dulu. Ini tak, main redah aja.” Gelak Hamid menambahkan lagi rasa malu Khairul.
“Yea lah mana aku tahu bini dia yang nak angkat. Adi ke surau dengan Tok Aki. Rupanya dia balik kampung lah. Bukan nak bagitahu kita pun blah macam tu aja.” Khairul terasa hati.
“Mesti dia nak perkenalkan bini dialah tu. Bagitahu kita buat apa bukan kita ni mak bapak dia pun.” Hamid mengeleng kepala sedikit tersenyum dengan gelagat Khairul yang mencebik kearahnya.
“Oit kau tengok sana, itu Mimie kan?” Hamid mengarahkan Khairul melihat orang yang dimaksdukan tadi.
“A’aa.. yea lah. Dia dengan siapa agaknya.” Soal khairul
“Entah la. Aku tak Nampak siapa-siapa pun lagi hanya dia sorang aja”. Mata Hamid melilau ke kiri dan kanan dia ingin memastikan betul kah Mimie seorang diri atau datang berteman.
“Cuba kau panggil dia ajak minum sekali dengan kita”. Saran Khirul kepada Hamid
“Boleh juga tu.” Hamid bangun lalu menuju ke tempat duduk Mimie yang sedang membelek handphonenya.
“Ermm,.. Mimie U buat apa kat sini? Sorang-sorang ke? Tegur Hamid mematikan lekaannya tadi.
“Oh Hamid!” Mimie tersenyum kearahnya dia memandang kiri kanan mencongak kalau ada Hamid mesti ada Adi juga.
“I tengah cabut gigi ni. A’aa sorang-sorang.” Mimie cuba berjenaka. Hamid yang tahu dia tersilap soalan turut tergelak ketawakan dirinya sendiri.
“Bodoh betullah soalan I. U datang sini tentulah nak minum or makan kan.” Hamid menyalahkan dirinya.
“Eh jom lah joint kitaorang kat sana tu.” Mimie memandang kearah yang ditunjukan Hamid. Bibirnya mengukir senyum. Dia nampak kelibat Khairul dari jauh namun dia tidak nampak pun Adi Hamidi. Senyuman yang terukir menjadi hambar.
“U pun sorang-sorang kan. Jom lah” Pujuk Hamid.
“Okey. Jom!.. Mimie melangkah beringan. Dia membawa gelas yang berisi air tembikai yang baru sedikit diteguknya tadi.
“Hai.” Sapa mimie kepada khairul yang sedang tersenyum kearahnya.
“Hai..duduk arr.” Khairul mempersilakan Mimie duduk dan saling berbalas senyuman.

*********
“Tadi ada call dari kawan awak. Namanya Khairul. Saya angkat pasal banyak kali berbunyi.” Nur Alia memberi jawapan sebelum sempat Adi Hamidi menyoalnya. Adi Hamidi menyangkutkan songkoknya. Dia memandang isterinya sekilas.
“Apa dia kata. Soal Adi Hamidi memusingkan sedikit badanya memandang kearah Nur Alia dan menantikan jawapan seterusnya. Nur Alia memberhentikan seketika bacaannya. Dia menutup majalah Mastika dan memandang tepat ke wajah suaminya yang sedang menanti jawapan.
“Dia cakap “Hello.. Hoi bro kau buat apa lama sangat nak angkat telefon, dalam bilik dengan bini kau ke? Naik jenuh aku tekan nombor kau dah bengkak ibu jari aku ni tahu tak?” Nur Alia mengulangi apa yang dicakapkan oleh Khairul ketika mula-mula dia menjawab panggilan tersebut.Adi Hamidi hampir tergelak apabila Nur Alia menutur sebaris yang diucapkan oleh Khairul dia memalingkan wajahnya ke tingkap bilik. Adi Hamidi melangkah ke meja solek, dia mengambil handphonenya lalu mendail kembali nombor telefon Khairul.
“Hello bro. what up man.” Tutur Adi Hamidi yang mula melangkah keluar bilik.Nur Alia yang mendengar tutur bicara suaminya mengelengkan kepala. Patutlah kawannya macam tu suaminya pun jenis macam tu juga. Marahkan orang rupanya suaminya sendiri pun macam tu. Nur Alia tersenyum kelat.
“Assalamualaikum. "Kedengaran suara ditalian memberi salam. Adi kehairanan dia melihat di screen handphone nya. Betullah nama Khairul takkan salah orang kot. Bisik hatinya.
“Err.. Wa’alaikummussalam.” Jawab Adi Hamidi dengan perasaan yang masih sangsi.
“Ha macam ni lah baru betul, kawan.
" Itu suara Khairul. Betullah. Tapi kenapa dia bagi salam.
“Betul ke kau ni Khairul.” Soal Adi Hamdid
“Betullah habis tu kau ingat siapa lagi. Takkan kau ada nama kawan sama macam nama aku ni.” Khairul hampir terkejut bilamana Adi Hamidi menyoalnya begitu.
“Cess.. kau kenakan aku ke.”
“Tak lah. Masa aku call engkau tadi isteri kau yang angkat. Ayat aku lebih kurang sama aja macam kau tadi. Dia terus bagi salam kat aku. Terdiam juga lah aku sekejap tadi.”
“Hahaha…kau kenakan aku balik lah ni.” Adi Hamidi melepaskan gelak. Dia teringat isterinya mengajuk apa yang dikatakan Khairul tadi.
“A’aa.. sikit aja.” Balas Khairul selamba.
“Kau kat mana ni. Bising aja bunyinya. Apa hal kau telefon aku.
“Aku kat tempat biasa arr. Nak ajak kau minum tapi kau pulak balik kampung. Tak bagi tahu pun.” Khairul sengaja menuturkan suaranya seakan-akan merajuk.
“Ala bro itupun nak merajuk ke. Kau dengan siapa, Hamid. Soal Adi Hamidi.
“A’aa.. Mimie pun ada.”Jawab Khairul memandang wajah Mimie dan tersenyum.Mimie yang berpaling ketika namanya disebut terasa ingin tahu siapa gerangan yang sedang bercakap dengan Khairul ketika ini, adakah Adi Hamdi. Tapi takkanlah Adi Hamidi ada isteri. Mana datangya isterinya itu. Setahunya Adi Hamidi masih bujang.
“Hah Mimie ada kat situ ke? Alamak kenapa kau tak cakap. Adi Hamidi mengelabah. Dia tidak menyangka Mimie juga turut bersama mereka.
“Kenapa ,manalah aku tahu.” Khirul pula bertanya.
“Wei kalau Mimie tanya kau cakap dengan siapa, kau cakap aja nama kawan kita yang lain okey. Aku tak nak mimie tahu yang aku ni dah kahwin.” Ujar Adi Hamidi.Khairul kehairanan. Selama ini Mimie belum tidak tahukah ke Adi Hamdi sudah berkahwin. Takkan Adi sudah jatuh hati pada Mimie kot. Khairul membuat telahannya sendiri.
“Erm..masih buaya darat rupanya Adi ni.” Bisik hatinya
“Tapi kenapa?” Soalnya Kharul yang diam seketika bermonolog dengan hati sendiri. Dia tidak puas hati dengan jawapan kawan baiknya.
“Jangan tanya lah kenapa ok. Kau buat aja apa aku suruh. Dah la nanti lama-lama dia syak pulak. Aku balik nanti aku call kau okey lagipun ada benda aku nak bagitahu kau berdua ni.
“Apa dia.” Tanya Khairul tidak sabar.
“Nantilah aku sampai kl aku bagithau lah.” Adi Hamidi bertegas.
“Yea lah..yea lah..”balas Khairul mengalah.“Ok lah kirim salam kat hamid tu. Bye.”Talian dimatikan.
“Siapa”. Tanya Hamidi sambil mengangkat kening. Dia dapat mengagak mesti Adi Hamidi, kalau tak takkan Khairul diam seketika.
“Osman! Dia Tanya aku kat mana. Kan tadi aku call dia ajak minum. Khairul mengenyitkan mata kepada Hamid., nasib baik Mimie tidak perasan akan perbuatannya.Hamid faham bahasa isyarat yang dilakukan Khairul tadi. Dia mengangguk.
“Osman? Siapa tu. Kenapa dia macam kenal aja bila U sebut nama I. Tanya Mimie pula. Dia terasa hairan. Setahunya dia belum mengenali Osman kawan ciptaan Khairul itu, tapi namanya sudah disebut-sebut.
“Oh! Osman tu kawan kita orang ni, biasalah lelaki bila duduk semeja pasti tak lekang bercerita pasal perempuan. So U termasuk sekali lah dalam kategori perempuan yang menjadi igauan lelaki. Khairul tergelak menghabiskan ayat rekaannya, dia terpaksa memancing Mimie moga-moga termakan akan pembohongannya. Bohong sunat kata hatinya.
“Errmm. U umpat I lah bila keluar ramai-ramai yea.
“Takdelah umpat kami memuji aja.” Khairul tersengih membariskan giginya yang tersesun kemas.
“Memuji? Maksud U.” Mimie tidak berpuas hati dengan jawapan Khairul tadi. Mesti ada sesuatu yang dikatakan oleh mereka tentang halnya.
“Ya lah, U kan cantik, manis pulak tu, berani lagi. Mana lelaki tak terpikat. Osman tu salah seoarang lah diantaranya.” Skripnya diatur semakin mengembangkan hidung mimie. Dia suka dipuji macam tu.
“Yea lah tu. Jawab Mimie dengan gaya manja.Hamid turut tersenyum dengan ayat rekaan Khairul. Pandai juga kawannnya mereka cerita bagi menutup rahsia sebenar. Sudahnya persoalan tentang Adi Hamidi mati disitu. Read More..

Semarak Cinta 10

“Assalamualaikum Tok, Nek.” Adi menyalami tangan Tok Aki dan Nek Mah yang sedang berdiri dihadapannya. Nur Alia juga menyalami tangan keda orangtua itu tanpa disuruh. Dia tersenyum manis memandang kedua-dua orang tua yang disayangi oleh Adi Hamidi dan juga Murni.
“Siapa ni..Ermm mesti menantu nenek ni kan?” Nur Alia menganguk kecil dan tersenyum manis, Nek Mah memeluknya erat. Diciumnya Nur Alia seperti telah lama terpisah. Nur Alia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh Nek Mah yang baru sekali bersua dengannya.“Kenapa datang tak bagitahu. Dah lama kamu sampai?”
“Ala ingatkan nak buat kejutan untuk nek, rupanya kami pulak yang terkejut.” Jawab Adi.
“Eh! Neknya takkan nak borak aja kat luar tak nak bagi menantu awak tu naik rumah ke.” Celah Tok Aki yang diam dan tersenyum dari tadi
“A’aa lupa pulak nenek. Jom Adi bawak orang rumah kamu naik ke teratak buruk nenek ni.”
“Buruk apanya cuma dah lama aja sikit. Orang bandar kata dah berumur. Sakat Adi, Nek Mah dan Tok Aki ketawa mendengar usikan Adi Hamidi.
“Ada-ada ajalah kamu ni.Lupa nenek siapa nama kamu.”
“Nur Alia. Panggil Alia aja nek”
“Ooo..cantiknya nama macam tuannya juga tak gitu toknya.” Tok Aki hanya senyum memandang Nur Alia isterinya cukup gembira ketika ini.“Kalau tak cantik takkan kamu nak kahwin dengan dia kan Adi. Seloroh Tok Aki, Adi Hamidi buat-buat tak tahu dia melangkah ke arah keretanya untuk mengambil semua barang yang dibawanya tadi
“Jangan puji sangat nek nanti perasan lah nanti tu”
“Isk kamu ni."
"Jom naik Adi, angkat barang-barang kamu tu. Mari Alia kita naik.” Pelawa Nek Mah sambil melagkah kerumahnya.
“Malam ni nek masak yang sedap-sedap untuk kamu yea. Tapi masakan kampong ajalah.”
“Alia tak kisah nek, masakan kampung pun makanan juga, makan dengan nasi juga kan nek.”Nek mah ketawa mendengar jawapan Nur Alia.
Adi Hamidi membawa masuk semua barang-barangnya kedalam bilik. Nur Alia yang mucul dari dapur menatang sedulang air dan juga kerepek pisang mengejutkan Adi yang baru keluar dari bilik. Nasib baik tak terlanggarnya Nur Alia kalau tidak bermandi air kopi lah jawabnya. “Mari minum.” Pelawa Nur Alia spontan.Adi Hamidi hanya mengekori dari belakang.

“Mana bilik air ni. Nur Alia tercari-cari bilik air disekitar dapur.Kebetulan Adi Hamidi yang menjegah ke dapur mencari Tok Aki terpandang akan Nur Alia yang melilau mencari sesuatu.
“Apa yang kau cari tu.” Tegur Adi Hamidi sambil menuruni tangga.
“Erm..bilik air.” jawab Nur Alia sepatah
“Tu kat belakang sana tu. Adi Hamidi meluruskan jari telunjuknya.Nur Alia memandang kearah yang dimaksudlan oleh suaminya tadi. Satu pondok kecil yag terletak lima meter jauhnya dari dapur rumah Nek Mah.
“Tapi kau kena angkut air dari telaga kat sebelah sana tu.” Jari telunjuk di arah kan ke sebelah kiri. Terdapat satu perigi tua dihujung sana.Nur Alia kehairanan zaman sekarang masih ada lagi ke orang menggunakan tanas diluar rumah jauh pula tu.Adi Hamidi hanya tersengih memandang wajah Nur Alia yang terpinga-pinga. Dia sengaja mengenakan Nur Alia. Seronok melihat wajah nur Alia yang bertukar wajah.Nur Alia melangkah keluar, dia perlu sgera membersihkan diri takut pula hari semakin gelap. dia mengambil timba yang tergantung ditepi perigi menimba air, sedikit termengah Nur Alia menghabiskan timbaan terakhirnya. Air yang ditimbanya telah pun penuh. Dia melangkah pula ke tandas yang terletak disebelah kanan. Beberapa kali juga dia berhenti rehat. Adi Hamdi yang terhendap dibalik pintu hanya ketawa memandang, tak sangka isterinya seorang lurus bendul. Namun ketawanya menjadi simpati pula apabila melihat Nur Alia mengesat peluh. Rasa simpatinya tidak mampu membantu Nur Alia kerana Nur Alia telah pun sampai ke bilik air.
“Apa kamu terhendap-hendap ni Adi.” Tok Aki juga terjenguk ke luar.
“Eh! Tok… takde lah.” Adi gugup, bimbang jika diketahuinya nanti marah pula orang tua itu.Tok aki ingin melangkah kebilik air yang terselindung sedikit dari bilik stor, langkahnya terhenti seketika ketika mendengar bilik air lama yang tidak digunakan itu seperti ada orang mencurah air. Dia memandang ke arah bilik air lama yang sudah tidak digunakan lagi. Tok Aki menghampiri Adi Hamidi yang masih lagi tercegat dipintu dapur.
“Siapa yang guna bilik air tu Adi?” Soal Tok Aki memandang tepat ke arah Adi Hamidi yang seakan gelisah.
“Err..” “Alia?” Tok Aki dapat mengagak siapa yang ada dibilik air itu kalau buka Nur Alia cucu menantunya yang baru bersua hari ini.Tok Aki mengeleng kepala, perangai cucunya ini tidak berubah-ubah. Dengan isteri pun dibulinya.
“Kamu ni Adi tak tahulah tok nak kata, tahu dek nenek kamu tidur luar lah kamu malam ni.”
“Err..”Tok Aki berlalu sambil menggelengkan kepala. Adi sudah melampau menganiaya isterinya sendiri.
Nur Alia yang telah siap mandi dari bilik air lama, terserempak dengan Nek Mah yang baru sahaja hendak ke dapur dari kebun sayur.
“Kamu dari mana ni Alia?” Soal Nek Mah kehairanan melihat Nur Alia yang sudah pun betukar pakaian, senja-senja begini berada diluar rumah.
“Mandi nek.”
“Mandi! Kat mana?”
"Eh! kenapa Nek Mah tanya mandi kat mana pula. Takkan lah nenek menyangka aku mandi sungai." Dia kehairanan namun soalan itu hanya bermukim dihati.
“Kat bilik air sana lah nek.” Dia mengarahkan tangannya ke bilik air hujung sana.
“Astagfirullahalazim… siapa yang suruh kamu mandi kat sana.”
“Abg Adi lah nek. Dia yang tunjukkan Alia bilik airnya.”
“Isk nak kena budak ni. Nanti kau Adi, suka sangat main-main.” Kedengaran suara Nek Mah seperti marah
“Adi..Adi..ooo..Adi mana kamu ni.” Nek Mah melaug mencari Adi Hamidi.
“Budak bertuah..”
“Yea nek.” Adi keluar dari bilik.
“Ada apa nek.” Soalnya dia dapat meneka apa yang menyebabkan neneknya marah. Nur Alia terpacak dibelakang Nek Mah. Nur Alia yang masih belum dapt menangkap apa yang hendak dimarahkan oleh Nek Mah kepada suaminya hanya diam memandang wajah suaminya.
“Kamu yang suruh isteri kamu ni mandi bilik air sana ke?”
“Err..”
“Apa nak jadi kamu ni Adi. Dah besar panjang nak main-main lagi. Buatnya disampuk benda-benda halus tak ke satu kerja pulak.”Nur Alia memandang wajah gelabah suaminya. Dia geram sanggup Adi mederanya sebegitu.
“Takpelah nek. Dia tak sengaja nak kenakan alia tu. suara Nur Alia seakan menyindirnya dia berlalu langsung tidak memandang wajah suaminya.Hatinya sedih. Kenapa Adi Hamidi tidak habis-habis ingin megenakannya.Adi hamidi serba salah, dia sudah melampau.
“Adi minta maaf nek.”
“Minta maaf bukan pada nenek tapi pada isteri kamu tu.” Nek mah berlalu meninggalkan Adi Hamidi terpinga-pinga. Nur Alia menyudahkan doanya selepas solat. Dia tahu Adi Hamidi telah masuk ke bilik. Nur Alia cepat-cepat melipat telekung solatnya dan ingin berlalu seberapa segera dari bilik itu. Dia masih terasa degan layanan suaminya sebentar tadi. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sayu. Adi Hamidi tahu Nur Alia masih marahkannya. Dia tidak tahu macam mana mahu meminta maaf.Akhirnya dia membuka mulut ketika Nur Alia ingin melangkah keluar
“Ermm.. Alia… pasal hal petang tadi aku minta maaf. “katanya sambil memandang wajah Nur Alia.Nur Alia berlalu tanpa kata. Biar suaminya rasa dirinya juga ada had untuk bergurau.“Isk!..macam mana ni.” Gerutu Adi Hamidi, dia mati akal memikirkan cara untuk bercakap dengan isterinya. Memang tadi dia dah melampau dan dia akui silapnya.

Nek Mah tahu Nur Alia terasa hati denganya Adi Hamidi, dia perlu menjernihkannya. Kalau tak, nanti tak bertegur sapalah mereka tu.“Alia pergi panggil suami kamu tu makan.” Tegur Nek Mah seraya Nur Alia baru ingin melabuhkan pungungnya disisi Nek Mah.
“Yea lah nek.” Dia melangkah menaiki anak tangga dengan perlahan, langkahnya juga lambat-lambat. Dia kaku didepan pintu bilik.
“Erm…” Nur Alia membetulkan suaranya. Kalau ikutkan hati dia akan biarkan aja suaminya keluar sendiri. Tapi takkan dia nak melakukannya didepan nenek dan tok. Nur Alia masih tercegat diluar bilik dia serba salah ingin diketuk pintu itu atau biarkan sahaja. Lama dia berdiri disitu. Terdengar derapan tapak kaki yang berpijak dilantai dari arah belakangnya. Nur Alia sedikit mengelabah. Dia pasti bunyi derapan tapak kaki tadi adalah Tok Aki, mungkin dari arah beranda rumah agaknya.
“Abang nenek panggil makan.” Nur Alia memanggil Adi Hamidi dengan paggilan “abang”, kalau dia bahasakan awak atau Adi pasti Tok Aki akan mengesyaki sesuatu.Adi Hamidi yang terdengar suara tadi terpinga-pinga. Betul ke suara Nur Alia tadi. Jangan-jangan dia salah dengar.
“Bang nenek panggil makan.” kelunakkan suaranya yang dilembutkan disertakan sesekali ketukan dipintu, membuat Adi Hamidi nanar.Sah itu suara Nur Alia. Adi Hamidi tersenyum. Mahu juga Nur Alia bercakap dengannya malah ganti nama juga sudah bertukar. Adi Hamidi tersenyum riang, cepat-cepat dia membukakan pintu, dia harus berlagak selamba didepan isterinya, takut nanti Nur Alia akan perasan akan kegirangan hatinya. Read More..

Semarak Cinta 9

*********

Nur Alia sedang mengemas pakaian dibiliknya sebentar sahaja lagi dia dan Adi Hamidi akan ke Kampung Sungai Chua menziarahi Nek Mah dan Tok Aki. Seminggu yang lepas Adi Hamidi meminta Nur Alia mengambil cuti sehari-dua, dia akan memperkenalkan Nur Alia kepada Nek Mah dan Tok Aki. Orang tua itu mesti gembira dengan kunjungan nya kali ini. Maklum lah sudah lama mereka teringin melihat Adi Hamidi berumahtangga dan sekaligus membawakan cucu menantu untuk mereka, walaupun mereka tidak dapat meraikan hari perkahwinnan Adi Hamidi dan Nur Alia tetapi Adi Hamidi tidak pernah melupakan mereka. Kebetulan pula tarikh kahwin Adi Hamidi jatuh pada hari Nek Mah dan Tok Aki ke Mekah mengerjakan Umrah.



“Dah siap kemas pakaian belum. Baju aku dah kemas?” Soal Adi Hamidi ketika masuk kebilik dia berbaring diatas katil sementara Nur Alia masih lagi berkemas. Nur Alia yang hanya menganguk kepala. “Saya dah letakkan atas meja tu.”Adi Hamidi memandang sebuah beg besar warna hitam yang terletak dihujung meja kerjanya. Dia menghalakan pula mukanya ke arah Nur Alia.

“Habis yang kau kemas tu beg siapa pula.” Tanya Adi Hamidi kehairanan.

“Beg saya lah takkan dua-dua beg awak.” Jawab Nur Alia tanpa memandang wajah Adi Hamidi

“Takkanlah nak bawak dua tiga beg, kau nak duduk sana berapa lama. Nak menetap terus ke hah?” Adi Hamidi terus memandang tepat kewajah Nur Alia. Suaranya kedengaran sedikit keras. Namun ketika Nur Alia bertentang mata dengannya dia sempat melarikan anak matanya. Entah kenapa matanya kini sering mencuri pandang pada seraut wajah mulus itu. Nur Alia geram, dia terpaksa mengeluarkan kembali pakaian yang telah tersedia didalam begnya tadi berpindah kedalam beg pakai Adi Hamidi.

“Hai takkan nak campur baju aku dengan baju dia. Baju-baju kecik aku pun nak kena taruk sekali ke.” Nur Alia mengarau kepala. Masalah lagi menimpanya.“Cepat lah, aku bagi masa 5 minit aja. Kalau kau lambat kita tak payah pergi. Kita berbulan madu aja kat sini berdua.” Gertak Adi Hamidi, dia tersengih ketika melihat Nur Alia sedikit mengelabah. Nur Alia cepat-cepat mengemas beg pakaian ketika Adi Hamidi keluar dari biliknya.“Adik dah siap belum?” Laung Adi Hamidi ketiaka menuruni tangga.

“Dah. Orang dah lama kat bawah ni. Tunggu abang lah buat apa entah dalam bilik lama sangat ngan kak Alia.” Murni mencebik ketika abangnya tersengit sambil mengenyitkan sebelah matanya.“Mana Kak Alia. Tak siap lagi ke bang. Macam mak juga kan.” Murni tersengih ketika abangnya hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.Nur Alia menuruni tangga dengan menjinjit sebuah beg hitam yang sederhana besar. Adi Hamidi tersenyum dalam hati, dia tidak menyangka Nur Alia menurut katanya walaupun tadi Nur Alia sedikit membantah.



“Abang, nanti jangan lupa kirim salam pada Nek Mah dan Tok Aki yea. Bagitahu nenek lepas habis periksa adik balik kampung.”

“Yea la, belajar rajin-rajin. Nanti dalam hutan mulut tu jangan nak celupar pulak. Nanti tak pasal-pasal tidur ngan cik Han…”

“Yea la orang tahu lah abang ni. Abang ni teruk betullah. Kenapa erk cikgu tak buat kem motivasi kat bandar kenapa kat hutan yang takde orang tu yea.” Soal murni kepada abangnya.

“Pasal cikgu dah fikir masak-masak, kalau bawak budak sekolah macam adik ni menyusahkan aja masuk bandar pasal nak kena kejar sana sini pulak, usia macam adik ni mana reti nak dengar cakap orang. Kalau tinggal dalam hutan nak lari kemana, semuanya kena inform kat cikgu kan. Yang degil macam adik ni pun boleh jadi baik macam abang ni ha…” Nur Alia hanya tersengih dalam kereta mendengar usikan Adi Hamidi.

“Erk eleh siapa cakap.”

“La abang lah cakap tak dengar ke tadi..” Dia menjeling sekilas ke arah Nur Alia yang berada disisinya.

“Eeee..geram betullah bercakap dengan abang ni. Teruk! Pukul berapa abang nak gerak ni.”

“Lepas adik pergi lah.”

“Tak payah tunggu lah. Lepas abang hantar adik kat sekolah abang terus pergi yea. Nanti lambat pulak sampai. Tentu nenek dah tak sabar nak jumpa Tuan Puteri ni.”

“Yea lah tu..”



“Kak Alia, kalau abang buli akak lagi nanti tulis report dan serahkan pada Murni. Nanti Murni hantar pada Bos Besar.”Nur Alia ketawa lembut ketika mendengar kata-kata Murni, bos besar yang dimaksudkan oleh Murni itu adalah ayah mentuanya. Adi Hamidi yang berada disebelah tempat duduk pemandu itu tertawan apabila mendengar ketawa kecil yang keluar dari bibir Nur Alia itu. Satu perasaan yang sama dirasainya ketika makan bersama dengan keluarganya seminggu yang lalu. Namun cepat-cepat dia menepis. Masakan aku jantuh cinta. Tak mungkin. Dia mengelengkan kepala menafikan kata hatinya.Nur Alia yang memandang gelagat Adi Hamidi, mengangkat kening tanda ingin tahu kenapa suaminya mengeleng.Adi Hamidi yang faham maksud isyarat Nur Alia, hanya diam membisu. Dia meruskan perjalan setelah menghantar Murni kesekolah dan menyalaminya.



“Jauh lagi ke.” Nur Alia bersuara setelah Adi Hamidi hanya diam membisu.“Kenapa nak berhenti rehat ke?”

“Taklah… Cuma nak tahu jauh lagi ke.”

“Dalam 2 jam aja lagi. Tapi kalau nak berhenti kita berhenti kat restoran jejantas nanti.” Suara Adi tidak lagi kedengaran keras seperti hari-hari sebelumnya. Ada sedikit perubahan. Nur Alia bersyukur.

“Tak payah la. Kita teruskan aja. Saya dah tak sabar nak berada di kampung tu. Nur Alia sedikit teruja dia ingin cepat sampai ke kampung Sungai Chua, dia ingin melihat sendiri pemandangan yang diceritakan oleh Murni katanya kg atuknya cantik, sawah padi dikiri kanan terbentang luas, ada anak sungai dan juga kebun buah-buahan. Dia tersenyum sendiri bila mengingati perbualannya dengan adik iparnya semalam.

“Ni kenapa senyum sorang-sorang.” Teguran Adi Hamidi mematikan lamunanya. Nur Alia memandang wajah Adi Hamidi yang masih tertanya-tanya kenapa dia tersenyum sendirian. Hanya gelengan kepala sahaja sebagai tanda menjawab pertanyaan Adi Hamidi. Timbul idea untuk mengusik isterinya.“Duduk kat kampung ni bukan macam di bandar. Kat sini dulu kawasan yang tak berpenghuni, keras. Selalunya yang tinggal bukan makhluk seperti kita ni ha.” Adi hamidi tidak meneruskan katanya, dia dapat mengagak Nur Alia akan faham maksdunya, dia tersenyum kecil. Nur Alia tediam, mukanya sedikit berubah. Dia tahu maksud mahkluk yang dikatakan suaminya. Dalam hatinya berdoa agar tidak ada perkara yang tidak baik berlaku.

Kereta Honda Accord dipandu perlahan ketika melewati kawasan ke kampung Nek Mah. Nur Alia terpegun melihat pemandangnya disekelilingnya. Tanpa disedari sepasang mata sedang merenung wajahnya yang sedikit terlindung oleh tudung biru yang dipakainya. Adi Hamidi terpesona dengan keayuan wajah Nur Alia, sebelum ini dia tidak pernah memandang isterinya seperti hari ini. Nur Alia yang berkalih pandang ke sebelah kanan terdiam. Wajah mereka bertaut, terasa panas menyerbu wajahnya. Adi Hamidi yang turut terkaku dengan kelakuannya tadi terus memandang ke hadapan. Dia menekan minyak kereta agar cepat sampai. Malu dengan tingkahnya tadi. Nur Alia terus membisu disisinya.



“Assalamualikum.."

Assalamualaikum..Nek, ooo. Nek.” Jerit Adi Hamidi setelah salam yang diberi tiada jawapan. Matanya melilau mencari kelibat Nek Mah dan Tok Aki. Dia kebelakang. Nur Alia hanya berdiri didepan tangga rumah Nek Mah dan Tok Aki, walapun tidak semoden hidup dibandar rumah yang masih mengekal ciri-ciri tradisioanal ini menambat hatinya.

“Err..Maaf dik? Kamu cari Nek Mah yea. Satu suara menyapa Nur Alia dari, hatinya sedikit berdebar takut juga dia untuk berkalih ke belakang, namun dikuatkan, dia berhati-hati pusing ke belakang, seorang perempuan yang nampak berusia sedikit darinya sedang menanti jawapannya. Dia memandang ke bawah. Sah manusia, kakinya memijak tanah.

"A’aa kak. Kami cari Nek Mah dan Tok Aki." Jawab Nur Alia jujur dengan nada yang perlahan.

"Mereka takde keluar dengan tok penghulu katanya nak pergi tengok tanah kat hujung kampung sana. Adik ni siapa?” soal perempuan itu.

“Ooo..dah lama ke kak? Saya Nur Alia isteri kepada Adi Hamidi cucu Nek Mah. Dia menyuakan tangan untuk bersalaman. Tangan disambut mesra oleh perempuan yang baru dikenalinya itu.

“Oooo..Isteri Adi lah ni yea. Panggil aja akak ni kak Yam. Mariam memperkenalkan diri. “Adi mana? Tak Nampak pun..”

“Ada kat belakang tadi kak, pergi cari Nek Mah agaknya. Dia ingatkan ada kat belakang tu tadi.”

“Kamu datang sini tak bagitahu lah ni. Patut lah Nek Mah ngan Tok Aki keluar. Kalau dia tahu Adi nak dating tak kemananya mesti dah tercongok kat depan pintu tungu kamu.” Terang Kak Yam.“Ingatkan nak buat kejutan kak, alih-alih kami pulak yang terkejut.” Mereka sama-sama gelak. Adi masih dibelakang.

“Kalau macam tu marilah kerumah akak dulu. Dekat sana tu aja. Nampaklah kelibat Nek Mah kamu nanti tu kalau dia balik.".

“Eh tak menyusahkan akak ke ni.”

“Takde lah. Kami ni dah lama kenal Adi. Dari kecik-kecik lagi. Si Murni tak ikut sekali ke? Dah lama akak tak jumpa dia. Kalau datang kerumah Nek Mah, mesti dia singgah sekejap jumpa Munirah. Anak akak yang bogsu tu suka sangat kalau si Murni tu datang.”

“Ooo...yea ke. Dia tak datang ada kem motivasi anjuran sekolahnya. Sekejap yea kak nanti saya panggilkan Abg Adi dulu."



Mariam menyediakan minuman untuk tetamu, anaknya yang kelima dan yang bongsu baru balik dari bermain dipadang.

“Ada orang datang ke mak. Su Ani yea.” Dia melilau mencari kelibat tuan punya ketera. Su Ani panggilan untuk Murni, akan datang singgah ke rumah mereka jika mereka sekelarga balik kampung.

“Eh taklah Along Adi yang datang bawak isterinya jumpa Nek Mah. Nek mah ngan Tok Aki takda, jadi mak ajak la diaorag singgah sini sementara tunggu Nek Mah balik. Dah bawak kamu tu adik pergi mandi. Dah petang sangat ni.” Arah Mariam kepada anaknya Siti berusia 10 tahun. Kedua beradik itu melankah perlahan sambil ekor matanya terarah ke rumah Nek mah mencari kelibat isteri Along Adi yang dikatakan oleh emaknya. Mariam hanya mengelengkan kepala melihat telatah anaknya.Kelihatan Nur Alia berjalan beringan bersama Adi Hamidi kearah rumahnya. Mariam tersenyum melihat Adi Hamidi dan Nur Alia berjalan beriringan bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.“Kahwin juga Adi Hamidi tu ingatkan nak menbujang sampai ke tua.” Suaranya hanya terluah dibibir. Nur Alia dan Adi hamidi mengahmpiri beranda rumah kak Yam. Dia melangkah menaiki anak tangga rumah kak Yam diikuti oleh Nur Alia dibelakangnya.

“Buat susah kak Yam ajalah.” Adi Hamidi bersila diberanda rumah jiran Nek Mah merangkap kawan baiknya semasa kecil. “Air bujang aja, kalau akak tahu nak datang sini akak masak lemak pucuk ubi untuk kamu Adi.”

“Wah mesti sedapkan. Lain kali aja yea kak Yam lagipun adi kat sini dua tiga hari masih banyak lagi masa. Tak baik susahkan kak Yam tapi Adi ni degil nak juga menyusahkan kak Yam. Nanti sebelum balik Adi singgah la, nanti akak masakkan pucuk ubi gulai lemak yea. Dah lama betul Adi tak makan masakan kak Yam. Abg Mail apkahabar kak. Tak Nampak pun.”Kak Yam ketawa dengan pujian dan gurauan Adi hamidi. Memang macam tu lah Adi Hamidi, ada-ada aja ideanya“Abg Mail kamu tu ke pekan tadi katanya nak cari alat memancing nak ikut kawan-kawannya memancing dilaut petang esok.”

“Abg mail tak kerja ke kak.”

“Dia ambil cuti. Dah lama tak memancing sesekali teringin juga katanya. “Eh jemputlah minum Alia, Adi. Asyik berborak aja sampai sejuk air ni.” Dia mengujukkan cawan menhampiri Nur Alia dan Adi Hamidi.

“A’aa..yea lah kak. Anak- anak akak mana tak nampak sorang pun ni.” Soal Nur Alia dia tidak mendengar suara anak-ank kak Yam sejak dari tadi

“Ada kat belakang tu akak suruh diaorag pergi mandi. Baru balik dari bermain lah tu. lagi tak tenggelam matahari tu tak baliklah mereka ni.”

“Budak-budak macam tu lah Kak, masa kecik-kecik dulu akak pun macam tu jugakkan.”Kak Yam tersengih kecil rupanya Adi Hamidi masih ingat akan kisah semasa mereka kecil-kecil dahulu. Adi Hamidi sekilas terkenang akan arwah emak Kak Yam yang sering membawa rotan keliling kampung mencari Kak Yam dan adiknya Hassan. Apabila nampak aja kelibat Makcik Senah, Kak Yam dan Hassan akan cepat-cepat bersembunyi dan pulang kerumah tanpa disedari oleh Makcik Senah. Kak Yam tua tujuh tahun darinya manakala Hassan seusia dengannya . Semasa kanak-kanak dulu dia dan kak Yam sering bermain bersama ketika dia pulang menjengah Nek Mah dan Tok Aki. Permainan yang sering menjadi kegemaran Adi Hamidi ialah tarik Upih, kak Yam lah yang sering berpasangan dengannya. Kak Yam akan menarik upih dan dia hanya duduk bersila sambil memegang pelepah dengan kuat, merekelah yang sering menjadi juara.



“Mak! Nek Mah dah balik lah.” Siti yang baru keluar ke berenda ternampak akan kelibat Nek Mah dan juga Tok Aki yang baru turun dari kereta Tok Penghulu. Mereka serentak berpaling kearah Nek Mah dan Tok Aki yang terjenguk-jenguk mencari kelibat tuan punya kereta.“Eh macam kereta Adi aja toknya, mana tuannya. Takkan kereta bergerak sendiri.” Nek Mah berjalan laju kearah kereta Adi Hamidi, dia terigin sekali menatap cucunya yang telah lama dirindunya. Lebih teruja dia ingin sekali mengenali siapa cucu menantu yang berjaya menambat hati cucu lelakinya yang keras kepala itu. “Mana pulak perginya ni.”

“Sabarlah neknya oii, tak kemananya cucu kamu tu, dah keratanya ada kat sini tuannya adalah tu.” Tok Aki cuba menenangkan isterinya.

“Kami minta diri dulu lah kak Yam yea.” Nenek pun dah tercari-cari tu tentu risau pulak orang tua tu. Adi hamidi meminta diri. Dia pun dah tak sabar ingin berjumpa Nek Mah dan Tok Aki. Read More..

Semarak Cinta 8

Kenduri kesyukuran rumah Kpt Mohamad berjalan dengan baik sekali, majlis ini adalah sempena menyambut menantu dan juga kenduri kesyukuran sempena dia dan isterinya akan berangkat menunaikan Haji tahun ini. Tambahan Adi Hamidi sendiri yang meminta majlis sambut menantu dan kesyukuran diadakan sekali. Lagipun dia tidak mahu majlis besar-besaran, hanya sekadar menjemput rakan-rakan rapatnya. Kpt Mohamad dan Isterinya menerima permintaan Adi Hamidi, walaupun mereka sebenarnya bercadang untuk menyewa sebuah dewan bagi meraikan perkahwinan anaknya. Ramai tetamu memuji menantunya, cantik dan sopan. Kembang juga hati Pn Suzi. Bibirnya sentiasa terukir senyum melihat Adi Hamidi dan Nur Alia sama cantik sama padan.

“Penatnya!..” rungut Murni setelah majlis kesyukuran selesai. Dia merebahkan badannya ke atas sofa diruang tamu.Adi Hamidi yang baru masuk diekori oleh Nur Alia dari belakang menyampuk apabila mendengar rungutan Murni.“Penat apanya, bukan adik yang buat kerja tu. abang tengok adik duk tayang gigi aja kat depan sana tu. tahulah gigi awak tu gigi arnab. penat konon!”.Nur Alia hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya dia berlalu ke tingkat atas bilik Adi Hamidi yang akan dikongsinya. Dia ingin segera membersihkan badan dan menyempurnakan solat asar yang belum ditunaikannya.“Ketepi… biar abang pulak baring..” Adi Hamidi menolak sedikit tubuh Murni ketepi supaya berkalih. Tolakannya hampir membuatkan Murni terjatuh dari sofa.“Apa abang ni rumah punya lah besar tempat orang juga dia nak kacaunya.” Murni geram, lalu dia mencubit lengan abangya.“Aduh..! sakitlah jerit abangnya.” Adi Hamidi bingkas bangun mengejar Murni yang sudah melarikan diri ke raung tamu utama lalu bersembunyi dibelakang ayahnya. Murni terkekeh-kekeh ketawa apabila melihat Abangnya hampir terlanggar tubuh sasa ayah. Beberapa pasang mata ibu dan bapa saudaranya hinggap ke wajahnya, mungkin pelik dengan tingakh laku Adi Hamidi yang masih kebudak-budakkan. Adi Hamadi terkedu dia buat-buat tak tahu lalu mengatur langkah terus naik ke tingkat atas lalu masuk kebiliknya, takut ayahnya akan berleter.

Nur Alia terkejut ketika Adi Hamidi yang masuk kebilik secara tiba-tiba ketika dia sedang membuka bajunya ingin menyalin pakaian, dia hampir terjerit, mukanya bertukar kemerah-merahan menahan malu. Sangkanya Adi Hamidi masih lagi ditingkat bawah, tidur disofa atau sedang bergelak ketawa menyakat Murni.Adi hamidi yang ternampak bahagian belakang tubuh Nur Alia yang sedikit terdedah tadi tertunduk sedikit namun dia buat-buat selamba seakan-akan tidak nampak, dia menuju ke meja tulisnya. Adi Hamidi juga terkejut sebenarnya, salahnya juga kerana tidak mengentuk pintu bilik sebelum masuk. Lagipun dia terlupa ada teman baru yang akan menghuni biliknya. Nur Alia berlalu kebilik air. Dia tidak sanggup berada sebilik dengan Adi Hamidi ketika ini. Perasaan malunya semakin menebal.“Hoi apa kau buat kat dalam tu lama-lama, mengeram ke?” Adi Hamidi sedikit meninggikan suara, apabila isterinya tidak keluar dari bilik air setelah setengah jam berada dibilik air. “Takkan malu kot, tadi gatal sangat tayang kat aku..” dia mula mengatur strategi untuk mencari gaduh dengan Nur Alia. Nur Alia yang terkejut mendengra suara suaminya, gelabah. Ayat terakhir tadi menambahkan rasa hangat diwajahnya.Nur Alia memulas tombol bilik air, dia melihat Adi Hamidi tercegat didepan pintu bilik air menanti dia keluar, dibahunya tergantung tuala putih. Mungkin dia hendak mandi. Nur Alia keluar dari bilik air dengan wajah yang menunduk, dia masih segan dengan insiden tadi,malu untuk menatap wajah suaminya. Adi Hamidi yang masih lagi merenungnya sedikit mencuka. “Buat apa kat dalam tu ,bertelur ke?”. Soal Adi Hamidi tersengih mengejek lalu menutup pintu bilik air. Nur Alia hanya mengetap bibir geram dengan kata-kata Adi hamidi yang sentiasa mencari pasal dengannya.Setelah menunaikan solat Asar, Nur Alia turun ke tingkat bawah. Dia ingin membantu emak mentuanya mengemas rumah. Kelihatan saudara maranya yang jauh masih lagi berada di rumah, berbual-bual dengan emak dan ayah mentuanya. Saudara mara yang ada sudah dikenalinya sejak semalam. Nur Alia juga tidak kekok melayan tetamu. Adi Hamidi turun dan berlabuh disisi Nur Alia. Dia ingin tunjukan kemesraannya pada saudara mara agar tidak nampak kepincangannya.Pn Suzi tersenyum meleret. Dalam hati dia berharap agar mereka berkekalan.“Nanti bawak Alia pi rumah Mak Lang, yea. Nanti boleh kenaikan dengan sepupu-sepupu hang.” Mak lang Bedak bersuara setelah meneguk minuman yang tersedia ada.“Baiklah Mak lang, nanti Adi bawak pi sana na.” Balas Adi Hamidi matanya menjeling ke arah Nur Alia yang sedang tersenyum ke arah Mak Lang.

*******
Diam tak diam sudah dua minggu Nur Alia menghuni rumah Kpt Mohamad, dia tidak rasa terasing pun bila berada dikalangan dengan ahli keluarga kawan baik abahnya yang kini merangkap ayah dan emak mentuanya, terasa bagai dia berada dalam rumahnya sendiri walaupun tiada kelibat abah, emak,Suraya dan Adif. Murni sendiri bagaikan pengganti Adif. Dia bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik dan saling sayang menyanyangi.

“Selama mak dan ayah ke Tanah Suci kamu jaga menantu mak dan adik kamu baik-baik yea Adi. Jangan asyik nak bergaduh aja dengan adik kamu tu, tahun ni dia nak periksa, lagi satu kamu ni kerja-kerja juga jangan sampai tak ingat nak makan.” Pesan Pn. Szi sehari sebelum berangkat ke tanah suci. Adi Hamidi hanya mengangguk, Murni disebelah emaknya tersengih sambil menunjuk mimik muka untuk menyakiti hati abangnya. Adi geram. Alia hanya tersengih dengan gelagat Murni yang sengaja cari pasal dengan abangnya. Teringat dia kepada Abg Ngah yang begitu rapat dengannya. “Rindunya pada Abg Ngah.” Bisik hati kecilnya. “Nanti bawak Alia jumpa Nek Mah ngan Tok Aki. Tentu mereka gembira dapat berjumpa dengan Alia.” Kpt Mohamad bersuara setelah isterinya menyampaikan pesanan. Nur Alia kehairanan siapa pula Nek Mah dan Tok Aki yang dimaksudkan oleh ayah mentuanya, setahunya Adi Hamidi sudah tidak mempunyai Datuk dan Nenek. Kpt mohamad perasaan akan kehairanan pada wajah Nur Alia. Dia tersenyum. “Kamu tak tahu lagi yea siapa Nek Mah dan Tok Aki tu?, mereka tu nenek ngan tok angkat kepada Adi Hamidi dan Murni. Dulu mereka tu kawan baik kepada arwah Toki dan Tok Wan mereka ni. Mereka takde anak. Jadi ayah ni lah diambil sebagai anak mereka.” Terang Kpt Mohamad. Barulah Nur Alia faham siapa Nek Mah dan juga Tok Aki. Dia tersenyum memandang wajah kedua mentuanya. “Malam ni kita makan kat luar lah mak…dah lama kita tak makan kat luar, sesekali pau abang kat best juga.” Celah Murni memandang wajah kedua orang tuanya.

“Ha yea lah. Kalau nak menghabiskan duit abang, dialah orangnya.” Adi Hamidi membantah. Dia menjelig ke arah Murni yang tersengih menyembunyikan wajah disebalik lengan baju emaknya.“Takpe malam ni biar Alia yang belanja mak, ayah..” Sampuk Alia bila Adi Hamidi hanya buat tak endah.“Hurey!..dapat juga kita makan kat luar malam ni. Baik sungguh Kak Alia tak macam abang kedekut sangat, macam lah duit tu boleh beranak kalau simpan..”jeling Murni.“Boleh beranak apa..Nah tengok semalam abang simpan 10 sen hari ni dah jadi 50 sen kan untung tu.”“Uwekk!!..Kalau dah dasar kedekut tu..kedekut juga kan mak..“Dah..dah… kamu ni ada-ada aja nak digaduhkannya, mak baru aja pesan tadi.“Pn suzi memadang anak lelakinya. Anaknya suka sangat cari pasal.“Ala tadi mak pesan lepas mak pergi hajikan..pesanan tu belum lagi dikuatkuasakan, betul tak dik..? Dia menghalakan mukanya ke arah Murni, meminta sokongan.“A’aa..betullah cakap abang tu mak.. mak pesan selepas mak pergi haji…bukan sekarang.. “bela murni.“Eeee..kamu dengan abang kamu ni sama aja, kita marahkan dia, kita pulak yang dibulinya..” Pn suzi menampar lembut wajah anak gadisnya. Geram. Kini gilirannya pula kena buli. Mereka semua ketawa mendengar rungutan Pn Suzi.“Eh jom lah mak, ayah bersiap-siap, kata nak keluar makan,”Murni bangun dari duduknya dia sudah tidak sabar-sabar lagi makan diluar.“Eh macam kamu pulak yang nak belanjanya.”tegur Kpt Mohamad menjeling nak gadisnya. Murni hanya tersengih sambil berlalu untuk bersiap-siap.

Nur Alia hanya berdua dengan Adi hamidi didalam kereta Honda Accord milik Adi Hamidi. Tadi dia ada mengajak murni naik bersamanya,namun cepat-cepat gadis itu menolak dia tidak mahu dibuli lagi dengan abangnya, nanti hilang mood hendak makan. Dia memilih untuk naik bersama-sama dengan emak dan ayahnya.“Nak makan kat mana ni?” Tanya Adi setelah memulakan perjalannan.“Entah.. Saya tak tahu tempat mana yang best kat sini.” Jawab Nur Alia jujur“Eh tadi kau yang beria-ria ajak keluar makan, aku pulak yang kena cari tempatnya..” Adi Hamidi menjeling sepintas lalu ke arah Nur Alia.“Yea la memang arr saya ajak. Saya cakap nak belanja makan tapi saya takde cakap kat tempat mana-mana kan..”Adi megelengkan kepala dia geram..“Erm..habis tu kita nak makan kat mana ni sekarang, ayah kat belakang tu tengah follow kita…Adi Hamidi memandang cermin belakang. Ayahnya masih lagi membuntuti keretanya.mungkin ayahnya sendiri teranya-tanya kemana yang ingin dibawanya.“Erm..takkan awak takde tempat nak tuju, awak kan selalu keluar mesti awak tahu kata mana tempat best-best kan..”“Aii..ambil kisah nampak aku keluar rumah.” Adi Hamidi memandang wajah Alia seketika.Nur Alia hanya menundukkan wajah. Bukan niatnya mecampuri urusan suaminya. Dia hanya meminta Adi Hamidi yang carikan tempat.“Erm..ok aku ada satu tempat best..”tutur Adi hamidi setelah diam seketika tadi.Dia merancang ingin mengenakan Nur Alia, dia akan ke satu tempat yang paling best dan harga makanan disitu boleh di katakan mahal juga.

Adi hamidi memandang sinis seraut wajah Nur Alia yang berasa disebelahnya. Nur alia perasan akan senyuman itu pasti Adi Hamidi mempunyai rancangan untuk mengenakannya. “Ya Allah, janganlah dia buat yang bukan-bukan..” doanya didalam hati.Nur Alia hanya mengikut tanpa bertanya dimana. Dia menyerahkan tugas mencari tempat kepada Adi Hamidi. “Ermm.. dah nak sampai pun tapi kenapa gelap aja…”Adi memberhentikan keretanya didepan Retoran Gemilang Rasa,betulkah ini tempatnya. Adi Hamidi bersoal jawab dengan dirinya sendiri.“Eh! dah betullah tapi kenapa gelap….”“Ermm..Patut lah tutup rupanya, buka pada Isnin malam.. Cuti agaknya.” Adi Hamidi mebuat telahan sendiri setelah terpandang satu notis yang tertera di papan tanda hadapan restoran tersebut.“Apa lah nak berniaga macam tak nak berniaga aja..rosak rancangan aku hari ni…” rungutnya. “ macam tahu-tahu aja aku nak kenakan si Alia ni, Itu lah niat tak baik..” celah hatinyaAdi mengaru kepala. Ayahnya yang mengekori dari belakang tadi membuka tingkap.. “Dah tutup ke Adi..” Adi Hamidi hanya mengangguk “Kita makan kat tempat lain aja, tempat ni kan mahal..Ayah ada satu tempat. Kamu ikut ayah aja….” Saran Kpt Mohamad. Adi Hamidi mengekori kereta ayahnya pula kali ini. Nur Alia disebelahnya hanya diam membisu. Namun dihatinya cukup gembira hajat Adi Hamidi untuk mengenakannya tidak dimakbulkan.

“Kenapa abang pilih restoran tu tadi, kan mahal, tak sedap pulak tu. Murni bertanya setelah ayahnya memesan makanan. Abang nak kenakan Kak Alia yea.” Murni menduga pasti abangnya nak kenakan Kak Alia, dia tahu abangnya tidak suka ke restoran itu katanya mahal bilamana dia pernah meminta abangnya belanja makan disitu sewaktu dia lewat pulang tadi kelas tambahan.“Abang ni jahat tau, nak kenakan kak Alia lah tu. Tak baik tau isteri sendiri pun nak buli”“Mana ada abang buli, ni namanya bermanja. Takkan nak bermanja dengan isteri pun tak boleh… kan sayang..? tangannya dilingkarkan ke bahu Nur Alia. Jantung Nur Alia bedegup kencang, bukan kerana kata-kata Murni tetapi tangan suaminya yang melingkar dibahunya kini. Dia mampu tersenyum dalam kegugupan. Pn Suzi dan Kpt Mohamad yang duduk bertentangan dengan mereka seakan percaya akan kata-kata Murni.“Betul ni kamu tak buli Alia?”..tanya Pn Suzi memandang wajah Adi Hamidi dan Nur Alia serentak
“Alia…”
“Eh takade lah mak. Abang tak buli Alia pun, Murni salah sangka tu. kami memang macam ni, ada aja benda nak digaduhkan tapi tak lah sampai membuli.”dia memaniskan wajahnya memandang Adi Hamidi dan juga mentuanya. Nur Alia perlu menyembunyikan dari pengetahuan emak dan ayah mentuanya. Bimbang akan jadi hal besar, kalaulah mereka tahu hubungan dia dan Adi Hamidi sedingin salju pasti mentuanya tidak senang hati untuk menunaikan Haji. Adi Hamidi cuba berlagak tenang walaupun debaran didadanya semakin berombak. Dia semakin erat memaut bahu isterinya. Nasib baik Nur Alia pandai memberi alasan kalau tidak, mahu dia akan disoal jawab oleh orang tuanya dan dia yakin orang tuanya akan kecewa dengan sikapnya yang acuh tak acuh terhadap Nur Alia. Adi Hamidi melebarkan senyumannya.
Murni tersengih. Pn Suzi lega mendengar jawapan yang keluar dari mulut menantunya.“Kalau Adi buli kamu Alia, jangan sembunyikan dari mak dan ayah. Tahu lah ayah nak ajarnya nanti.” Pesan Kpt Mohamad. Adi Hamidi terkedu.
“Ha.. makanan dah sampai..ermm best nya bau. Mesti sedapkan ayah..” Murni mencedok Tomyam campur kedalam setiap mangkuk yang ada. Setelah dua orang pelayan menghidangkan lauk pauk diatas meja mereka.“Mari makan, tengok apa lagi..”Kpt Mohamad bersuara.
Nur Alia menghidangkan lauk pauk kedalam pinggan suaminya. Dia tidak perlu menunjukkan sifat sayangnya kepada mentuanya kerana sifat yang satu ini bukan dibuat-buat. Dia memang menyanyangi suaminya Adi Hamidi, tapi dia cuma hairan kenapa suaminya bersikap dingin terhadapnya. Apakah Adi Hamidi telah mempunyai kekasih hati sebelum mereka berkahwin dahulu. Jika benarlah semua itu apakah yang perlu dia lakukan.. Adi Hamidi memandang kearah Nur Alia yang sedang menghidangkan lauk ke dalam pinggannya, dia terpesona seketika, kelakuan itu sama seperti layanan emak kepada ayah. Apakah Nur Alia akan berjaya mencairkan perasaan bencinya kepada permpuan. Adi Hamidi makan tanpa bersuara, dia takut dengan perasaannya sekarang.“Eh! kenapa termenung tu Alia, makanlah..”Pn Suzi menegur Nur Alia setelah dia perasan Nur Alia belum menyuapkan makanan.“A’aa..mak, Alia nak makan lah ni..”jawab Nur Alia sambil mencedok lauk kedalam pinggannya. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati