Saturday, February 20, 2010

Hati Ini Milikmu 26

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja Emy diam membisu, dia berdebar untuk menjejak kan kakinya ke pejabat walaupun dia tahu Faiz tiada di pejabat selama dua hari. Bagiamana keadaanya nanti apabila Faiz sudah pulang. Dan Emy takut dia kalah dengan renungan bakal abang iparnya yang seakan mengoda naluri wanitanya. Nadia menoleh seketika ke arah Emy yang diam membisu sedari tadi. Apa yang difikirkan Nadia ketika ini Emy berkeadaan begitu kerana rindukan emak dikampung.
“kenapa ni dik, macam muka orang bersalah aja rupanya ni." Nadia sekadar bergurau untuk menyelami hati gadis yang baru mengenali kota metropolitan itu. Emy yang mendengar soalan yang tidak semena-mena keluar dari bibir kakaknya sedikit mengelabah. Tangannya berusaha memintal-mintal hujung tudungnya. Sudah berkeronyok hujung tudungnya apabila tangannya tidak henti-henti memintal bagi menutupi rasa gugupnya. Macam manalah kakaknya boleh perasan semuanya dan kalaulah Nadia tahu apa dimimpikannya malam tadi pasti kakaknya terkejut besar. Dan jika dia memendamkan apa yang ddimimpikannya malam tadi bimbang ianya akan menganggu perasaannya. Nadia masih memerhatikan adiknya bagai dapat dibaca ada sesuatu yang menganggu fikiran adiknya pun begitu dia masih menunggu skrip yang jelas dari bibir adiknya. Emy gelisah sendiri.
“Kalau Emy ceritakan pada akak..akak boleh janji tak?" Emy cuba bermain tarik tali dengan kakaknya. Bimbang juga ianya boleh merosakkan hubungan adik beradik antara mereka. Dia terlalu menyayangi kakaknya. Hanya Nadia lah tempat dia mencurah suka duka kehidupannya selama ini.
“ Apa yang Emy nak bagitahu kakak ni..cakaplah, apa susah sangat ni. Emy tak suka kerja kat situ ke?" Soal Nadia apabila adiknya masih teragak-agak menceritakan padanya. Sungguh kalau Emy tidak selesa bekerja disitu dia sanggu carikaan kerja lain untuk adiknya. Dia mahu yang terbaik untuk Emy. Nadia mahu Emy mempunyai kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Dia tidka mahu adiknya memalalui kususahan seperti yang dilaluinya hidupnya sepanjang hidup dikampung dan sekarang ini dia mahu melihat adiknya menjalani kehidupan apa yang dingininya selagi dia mampu memberikan yang terbaik buat Emy.
“ Bukan macam tu kak.."
“ Habis kalau bukan pasal kerja pasal apa pula ni.." Nadia masih tenang dipemanduannya. Topik bualan mereka langsung tidak menganggu gaya pemanduannya yang tenang dan bersahaja walaupun kesesakan kenderaan mula terasa.
“Malam tadi Emy mimpi..”Emy menarik nafasnya sedalam mungkin perasaannya berbelah bahagi samada untuk menceritakan kepada kakaknya atau dibiarkan begitu sahaja.
“Emy mimpi apa ni sampai takut nak ceritakan pada akak.. ni mesti ada putera raja yang masuk meminang Emy ni kan, kalau tak takkan Emy malu nak ceritakan pada akak”. Seloroh Nadia lalu menjeling ke arah Emy yang tersenyum tawar.

“Emy mimpi abang Faiz luahkan perasaannya pada Emy..dan waktu dia luahkan pada Emy akak ada kat situ tapi belum pun Emy sempat jelaskan pada akak..akak dah tinggalkan Emy..akak cakap Emy bukan lagi adik akak..Emy kejar akak tapi akak tak toleh pun pada Emy...” luah Emy tanpa menoleh kepada kakaknya. Nadia terdiam seketika.dia merenung ke hadapan kereta yang berbaris menunggu giliran untuk membayar tol. Suasana sepi seketika dan tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan dengan hilai tawa Nadia yang tidak disangka-sangka. Emy memandang hairan pada kakaknya yang sedang galak ketawa.

“Kenapa akak ketawa...” Soal Emy tidak berpuas hati dengan riaksi kakaknya. Setelah Nadia reda dari ketawa dia gadis itu memegang tangan adiknya. “Emy..Emy..” Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali. Emy menundukkan wajahnya. Raiksi Nadia tidak seperti yang dijangkakan dia ingatkan Nadia akan memarahinya atau rasa sedikit tergugat tetapi lain pula yang diperolehinya. Nadia ketawa sehinggakan kelopak matanya digenangi airmata. Lawak sangatkah mimpinya itu.

“Mimpikan mainan tidur, jangalah difikirkan sangat. Akak takkan tinggalkan Emy walau apa pun yang berlaku hanya emy aja satu-satunya adik yang kakak ada. Takkan kerana seorang lelaki kita putuskan hubungan adik beradik yang dah bertahun terjalin ni.” Tenang Nadia menjawab memberi keyakinan pada adiknya. Emy terharu dengan jawapan tulus dari kakaknya. Setitik dua airmatanya jatuh menimpa baju kurung biru yang dipakainya. “Patut lah akak tengok Emy ni asyik termenung aja dari tadi. Hal ini rupanya yang menganggu keceriaan Emy hari ni yea. Sudah la tu jangan diingat mimpi tu jangan pulak kerana mimpi tu Emy tak selesa pula bekerja dengan abang Faiz. Susah tau nak dapat bos macam tu.” Nadia seakan tahu apa yang ada difikiran adiknya dia memberi amaran. Emy tersenyum mendengar maksud kakaknya.

Nun disana Ayie bagaikan dilamun cinta. Duduknya serba tak kena. Pertemuan singkat yang tidak disangka malam tadi betul-betul memberi kesan terhadap perlakuannya. Dia ingin segera pulang ke Kuala Lumpur. Seraut wajah itu seakan mengamit kepulangannya. Ada kerinduan dikejauhan ada sayang mulai terkumpul disudut hati. Ayie tersenyum “Angin sampaikan rinduku padanya..” terlucut perkatan itu dibibirnya. Tanpa disedari rakan sekerja yang sama-sama menyertai meeting mereka sebentar sahaja nanti terjengul tanpa disedarinya. Fakrul yang tanpa sengaja terdengar ayat yang terpacul keluar dari mulut bosnya tersengih tersengih lucu. Sah Ayie telah jatuh cinta, siapa gadis yang bertuah antara yang bertuah. “Hoi kau bercakap dengan siapa tu.. takde angin lah dalam bilik ni kau ni, kan pakai aircond. Kalau yea pun rindukan dia call ajalah tak payah nak pakai-pakai angin segala untuk hantar berita yang tak berapa baik tu”. Ayie tersentak baru tersedar dia sudah jauh mengelamun. Kuat sungguh aura gadis itu. Fakrul menarik kerusi dihadapan Ayie wajahnya masih lagi dihiasi senyuman. “Dah sah..sah dia tak dengar rindu kau tu...” panjang lebar Fakrul mengutuk anak majikannya. Walaupun Ayie masih baru lagi berkerja bersama dengannya tetapi dia telah lama mengenali lelaki itu masakan tidak, setiap kali berjumpa Faiz pasti gambar mereka terpapar diatas meja Faiz.
Kata-kata Fakrul membuatkan dia malu sendiri. Lalu untuk menutup malunya dia menyuruh Fakrul menyemak kembali agenda yang akan bentangkan kepada wakil dari Syarikat Usaha Dagang. Fakrul hanya tersengih-sengih melihat kekalutan diwajah pengarah muda pun begitu arahan Ayie dilakukan tanpa banyak soal. Ayie turut sama-sama meneliti apa yang hendak dilakukannya tadi terbang jauh bebayang gadis yang menganggu hari-harinya.

Kelegaan jelas terpancar diwajahnya. Segala penat lelah bertungkus lumus selama ini kini hampir mendatangkan hasil. Syarikat Usaha Dagang bersetuju untuk berkerjasama dengan syarikatnya. Empat orang wakil dari Syarikat Usaha Dagang berpuas hati dengan cadangan yang diutarakan kepada mereka. Bukan mudah untuk menyakinkan syarikat yang memang sukar diyakini ini tetapi berkat usaha keras Ayie dan teamworknya, mereka berjaya juga akhirnya.

Fakrul dan Ayie beriringan masuk ke biliknya. Senyuman masih lagi belum padam dibibir masing-masing. “Fakrul minta Dina tempahkan Restoran Singgah Selalu untuk tengah hari ni. Fakrul tersenyum dia tahu Ayie berhasrat untuk belanja mereka makan diatas kejayaan mereka. “Okey bos..”
“Ajak semua staff kita, jangan tinggal seorang pun.” Ujar Ayie lagi sebelum Fakrul memandangnya hairan..
“Semua sekali bos..” Ayie hanya mengangguk.
“Ala staff kita cuma berapa orang aja kan..tak sampai tiga puluh orang pun so kalau boleh aku nak kongsi kejayaan ni dengan mereka. Sebagai galalkkan dan semangat untuk mereka terus berkerja keras. Kejayaan ni bukan sahaja dari hasil kerja aku seorang tapi semua yang ada turut terlibatkan..” Fakrul tersenyum. Tak sangka Ayie begitu menghargai usaha mereka selama ini dan kejayaan ini dia juga mahu berkongsi dengan yang lain.
“Okey bos..”

Ayie tersenyum sendirian, kenangan dia bersama Emy mengganggu seketika. Dia tersenyum-senyum sambil mengigit pen. Sekilas matanya melihat kelibat Emy yang baru melintas dari biliknya bagaikan bayangan itu mengamitnya, Ayie bingkas bangun lalu menerpa ke arah bayangan yang baru dilihatnya tadi.
“Yea bos.. cari siapa?” Soal Dina yang sedikit terkejut dengan cara Ayie datang ke arah mejanya. Ayie tersedar dan sedikit mengelabah. Perlakuan itu dilihat oleh Fakrul. Teman yang satu ini kelihatan hairan sambil mengelengkan kepala, sudah tentu difikirannya mengetahui penyakit yang dihadapi oleh bosnya. Ayie berlalu ke biliknya setelah menyedari kesilapanya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terbang balik ke Kuala Lumpur untuk melunas kan rasa rindu yang mulai terbit dihatinya. Tidak sabar lagi rasanya dia untuk bertemu muka dengan sang bunga yang berjaya mencuri hati kecilnya.
Read More..
Friday, February 5, 2010

Pion oh Pion 7

Pintu bilik Encik Ahmad ku ketuk sopan. Kalau ikutkan perangai ganas aku ni aku tampar aja pintu tu macam aku tampar pintu bilik kak Ayu. Tapi takkanlah aku nak buat macam tu kat bilik bos nanti tak pasal-pasal reputasi aku lingkup. Hajat dihati nak juga rasa dapat anugerah pekerja cemerlang..ekeke..
“Masuk...”arah Encik Ahmad. Suaranya jelas kedengaran dari luar. Aku buka pintu biliknya perlahan. Dalam hati tak putus-putus membaca salawat banyak-banyak. Entah apa kesalahan yang telah aku lakukan pagi-pagi lagi dah dipanggil menghadap ini mesti ada yang tak puas hati dimata Encik Ahmad kali ni.
“Duduk..”arah Encik Ahmad apabila aku sudahpun berdiri didepannya. Aku menurut arahannya dengn senyuman tersengih-sengih.
“Yea Encik Ahmad ada apa yang tak kena ke..” Soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung. Dia memerhatikan aku yang masih terasa kalutnya. Apa tak kena bos hari ni pandang semacam aja.
“Erm...awak buat apa kat warung tadi..”soal Encik Ahmad memandang tepat ke wajahku yang mulai terasa bahangnya
“Err..”
“Dah lama kenal Ani..” soalnya lagi setelah soalan pertama tadi sepi tanpa jawapan.
“Lama juga bos..dah dekat 3 tahun, sejak saya kerja kat sini.”
“Apa hubungan awak dengan dia...” Aku memandang tepat ke wajah Encik Ahamd apa soalan yang hendak ditanyanya sampaikan bertanyakan hubungan kami. Apa dia dah giler ke, walaupun aku ni tomboy tapi masih lagi ada ciri-ciri wanita sejati tau.
“Maksud saya hubungan saudara mara ke atau apa sahaja..”aku lega apabila Encik Ahmad menerangkan bentuk soalannya tadi.
“Ingatkan apa lah tadi bos.. takde apa-apa hubungan istimewa pun sekadar hubungan saudara seislam aja bos... Kenapa?” Giliran aku pula menyoal bosku. Dari riak mukanya aku tahu Encik Ahamd seakan ada maksud tertentu.
“Kenapa bos tanya...”soalan itu aku tekankan lagi padanya,
“Jangan-jangan bos dah jatuh hati pada kak Ani tak..” terjahku. Aku nampak muka Encik Ahmad berubah. Mungkin malu dengan serkap jarangku yang mengena barangkali. Hendak disorokkan apa dengan aku ni kelau memang betul pun akulah orang paling gembira. Bukannya apa kalau bos aku minat giler dan mahu jadikan kak Ani sebagai isterinya sudah tentulah aku menyokong tapi mahu ke kak Ani jadi isteri nombor dua Encik Ahmad yang miang-miang keladi ni. Aku mahu kehidupan kak Ani terjamin.
“Ehemm..”deheman kecil Encik Ahamd mematikan lamunanku yang hampir sampai ke kemuncaknya. Aku tersengih tatkala Encik Ahmad merenungku dengan pandangan yang sememangnya aku dapat memahaminya. Mungkin dia tidak mahu aku beranggapan yang lebih-lebih segera dia menutup forum nasi lemak kopi o kami
“Takpelah Ija awak boleh keluar sekarang..”Encik Ahmad berrsuara.
“Aik bos nak tanya itu aja..ingatkan nak soal soalan yang boleh membangkitkan semnagat saya untuk bercerita.” Tuturku selamba.
“Habis tu awak nak saya soal awak apa lagi..ha sebelum saya lupa, saya ada kerja untuk awak, tolong hantarkan dokumen ni pada Encik Iskandar tingkat 2 Wisma Persekutuan”. Encik Ahmad menghulurkan dokumen yang dimaksudkan. Aku mengambil lalu minta kebenaran untuk menjalankan tugas.
Encik Ahmad hanya mengangguk tanpa memandangku. Ala kalau Encik Amad tak nak pandang muka aku pun aku tahu disebalik wajahnya tu ada sesuatu yang tak mampu nak diucapkan. Kelakarlah tengok orang tua bila ’ter’ jatuh cnta. Kalau aku ’ter’ jatuh cinta macam mana lah pula gayanya yea erk..hahaha..aku ketawa dalam hati.
Keluar aja dari bilik bos Salmah datang menghampiriku. Dengan wajah tersengih-senggih aku tahu maksdunya yang mahu mengorek cerita apa yang terjadi diantara aku dan bos didalam bilik tadi.
“Persal tersengih-sengih ni..”Salmah menyoalku. “Kenapa bos panggil kau tadi..”
“Takde apa-apalah..”aku menafikannya. Aku tidak mahu soalan-soalan pelik bos tadi menjadi buah mulut insan-insan yang tak reti jaga mulut.
“Ala takkan dia saja-saja nak jumpa kau kalau takde hal..” soal Salmah lagi sambil diperhatikan oleh kak Munah.
“Kau nampak kat tangan aku ni ada apa...”aku mengunjukkan dokumen yang perlu dihantar segera itu. Nasib baik ada alasan kukuh untuk menutup mulut Salmah. Salmah ketawa mengekeh, tadi bukan main lagi kau takut masuk ke bilik bos..alih-alih keluar bawa ni aja, ingatkan kau nak kena marah tadi.” Aku berjaya menyakinkan Salmah pasti dia ingatkan bos panggil aku masuk ke biliknya hanya untuk menyerahkan dokumen ini. Biarlah mereka dengan telahan mereka sendiri yang pasti persoalan bos tadi hanya aku sahaj yang tahu.
“Okey... ada surat yang nak kena hantar tak selain dokumen penting bos kesayangan cik Salmah kita ni.” Aku mengusik Salmah yang mahu berlalu. Dia bercekak pingang sambil menjengilkan mata. Kat Munah ketawa gelihati dengan lagak Salmah. Belumpun sempat Salmah mengejar aku yang baru selangkah berlari tiba-tiba Encik Ahmad keluar dari sarangnya.
“Ni kenapa kejar mengejar ni, macam budak-budak..pejabat saya ni dah macam tempat asuhan kanak-kanak pulak jadinya. Awak semua nak kerja ke nak main-main..kalau nak main-main baik pergi taman permainan kat belakang office tu ha duduk la kat situ bertahun-tahun pun saya tak kisah, tapi cik kak sekalian tempat ni awak semua cari makan kalau asyik nak main aja cukup bulan awak nak saya bayar gaji dengan apa.... Bebel Encik Ahmad yang semakin kuat membebel sejak kebelakangan ni. Hormon dalam badannya terlebih la tu. Yang lain-lain semua menyambung kerja tinggal aku yang masih tercegat ditengah-tengah ruang, hendak ke mana kalau bos dah berdiri tercegat memandang. Ini Salmah punya pasal la tak pasal-pasal bos renung aku..
“Ha Ija apa awak tunggu lagi.. nak saya hantarkan sampai ke bawah ke..”mendengar aja ayat Encik Ahmad itu aku terus berlari mencari pintu keluar. Macam biasalah dek kerana kerja aku mengelabah sahaja tanpa disangka aku terlanggar lah seorang mamat yang sedang naik ke tingkat atas. Dah la lorong tangga sempit nak mampus nasib baik aku tak terjatuh kalau tidak malu jadinya. Mulutku tak henti-henti memohon maaf, mata masih tertumpu pada dokumen yang diamanahkan oleh Encik Ahmad. Aku segera mengambil dokumen penting yang terjatuh ketika pertembungan berlaku tadi aku perlu hantarkan kepada pemiliknya sekarang. Sempat aku mendengar lelaki itu menyebut nama Iskandar. Mungkin terbaca nama yang tertera pada dokumen aku yang terjatuh tadi.
“Maaf Encik..” kataku berkali-kali tanpa memandang wajah tuan punya badan yang ku rempuh tadi.
“Takpe.. sikit aja..”
Baik benar budi bahasa dia ni. Aku ingin sekali melihat wajah empunya badan.
“Hah!..Awang!...”naik juling aku melihat wajah yang turut merenung tepat ke arah ku, dia menghadiahkan senyuman, tenang sekali wajahnya tapi aku... ah! Mak!. Kalaulah waktu ini aku boleh sorokkan wajahku dalam simen sudah tentulah aku orang pertama yang lakukan ketika ini. Tanpa sempat dia berkata aku tidak mengambil masa yang lama terus sahaja menghilangkan diri.
“Saudari...saudari..”panggilannya langsung tak ku hiraukan. Kalaulah dia minta bayar apa yang aku lakukan pada motor aku dulu mahu aku melopong kat situ, mana nak cekau duit sebanyak tu. Tunggu apa lagi cabut la jalan paling selamat. Entah apa benda la si Awang tu datang ke pejabat aku pagi-pagi buta ni. Entah-entah dia datang cari aku!.
Aku mengetuk pintu bilik Encik Ahmad perlahan. Kerja yang diserahkan pada aku masih belum aku laksanakan sepenuhnya. Orang yang dicari telah keluar dan sekarang aku mahu memulangkan kembali dokumen yang Encik Ahmad pesan supaya tidak diserahkan kepada sebarangan orang. Aku menurut perintah.
“Maaf Encik Ahmad, saya tak dapat mengesan mana perginya tuan yang empunya dokumen ni. Setiausahanya bagitahu saya dia dah keluar, naik lenguh saya menunggu. Tunggu punya tunggu saya dah naik hantu terus aja saya balik. Takkan nak tunggu sampai petang kat situ. Kalau dia rasa urgent sangat bos suruh aja dia datang ambik, takde lah kita terpacak kat situ lama-lama. Dia pun satu, kan bos dah suruh hantar tunggu ajalah kat situ yang dia pegi keluar tu siapa suruh. Dan kalau rasa nak keluar sekalipun suruh aja setiausahanya terima dokumen ni.” Entah apa yang aku bebelkan, aku menarik nafas panjang-panjang. Encik Ahmad hanya diam sambil mengangguk-angguk dah rupa macam burung belatuk jadinya.
“Dah habis bercakap..”soal Encik Ahmad. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Bahan kepanasan mulai reda. Best juga duduk dalam bilik bos ni..sejuk mata memandang.
“Nah Is dokumen yang kau nak..” unjuknya pada seorang lelaki dibelakng ku. Mahu gugur jantung yang tak bertangkai ni entah bila la Encik Iskandar ada dibelakang, kenapa aku tak perasan masa masuk tadi. Ya Allah malunya aku. Dah la pagi tadi terlanggar Awang kali ni mengata tuan punya dokumen terang-terangan pulak.
“Ha kenapa awak pejam mata. Tak nak tengok ke wajah yang awak kutuk sesedap rasa tu. Ala Ija yang awak kata tadi tu bukan mengumpat sebab tuannya ada sekali. Yang tu maksudnya awak tegur cara halus.” Perli Encik Ahmad bersahaja.
“Jangan terasa Is, pion aku ni macam ni lah..pakiaan aja macam lelaki tapi mulut macam mak nenek, wanita tulen tau.” Wakaka..Encik Ahmad sindir secara terang-terangan beb. Mana lagi aku nak letak muka ni. Sudahnya aku tayangkan wajah senyum-senyum kambing. Ya Rabbi..rasa nak pitam aja. Encik iskandar yang dimaksudkan oleh Encik Ahmad adalah orang yang sama bertembung denganku pagi tadi. Kalau tahu si mangkuk ni lah punya dokumen tak payah la aku susah payah ke tempat dia. Mahu aku cekik sahaja Awang yang sedang tersengih-senggih memandang.
“Takde apa-apa lagi kan bos, saya keluar dulu lah yea.” pintaku tergesa-gesa. Itulah rupa orang bersalah.
“A’aa..yea lah. Hati-hati nanti tak nampak pintu keluar pulak.” Sempat lagi Encik Ahmad bergurau. Belum pun sempat aku menutup pintu bilik Encik Ahmad dan Iskandar terus gelakkan aku. Sakit hati mula menjentik lalu aku ke pantry makan apa yang ada.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati