Wednesday, November 10, 2010

Pion oh Pion 13

Aku menolong kak Ayu mengemas meja makan, dia diam tanpa bersuara. Makcik Zaini pulang setelah datang bertandang 3 jam ke rumah sewaan kami. Entah apa yang dibualkan oleh kak Ayu dengan makcik Zaini. Aku pula diasingkan berdua dengan Awang pulak tu. Kauorang nak tahu apa aku buat dengan si Awang tu. Aku hanya menggunakan bahasa isyarat setiap kali dia bertanyakan aku sesuatu. Dan bagi menutup setiap pertanyaanya itu. aku suakan buah-buahan yang telah ku potong tadi. Aku asingkan untuk dia dan makcik Zaini. Dan untuk menampakkan lagi kejahatanku didapur tadi aku sapukan buah-buahanya dengan cili api.
Hamper melompat juga dia apabila sapuan cili api pada tembikai susu itu masuk ke mulutnya. Nasib baik la cawan yang ku pegang tak tercampak ke lantai. Aku menayangkan muka selamba. Tapi dihati aku mengelupur ketawakannya. Kalaulah suara hatiku ini boleh didengari aku pasti pengsan juga makcik Zaini dan kak Ayu yang sedang leka bercerita.
Mulut Awang tergangan luas sambil mengibaskan tangannya.
“Panas sangat ke Is sampai berkipas-kipas..”itulah soalan yang terpacul dari mulut mama kesayangan Awang apabila melihat anaknya menghayun laju tangannya ke kiri dan kanan.
“Takde lah ma..” sopan dia menjawab. Anak soleh betullah dia ni.
“Panas kot makcik maklumlah rumah kami ni takde aircond kipas aja..makan lah lagi En.Awang banyak lagi buah tu, kalau tak makan nanti membazir. Tak baikkan membazir.” Aku suakan lagi buah-buahan kepadanya. Dengan berat hati dia mengambilnya. Hahahaha pecah perut aku ketawakan dia..tapi pecah dalam perut aja lah belum pecah dimulut lagi.


“Apa kena dengan kau ni Ija..kau malukan tetamu kita tu…ish..”Kak Ayu dah naik bengang. Kan aku dah cakap dia takkan tunggu lama punya nak sembur aku. Tahan telinga ajalah jawabnya. Tak sempat pulak aku nak sumbatkan dengan kapas biasanya aku dah bersedia kalau dia nak membebel.
“Malukan apa nya kak..dia makan per apa yang aku tarukkan tu, kalau dia tak nak tambah bukan salah aku, dai tu pemalu sangat…” Aku pertahankan diri.
“Memanglah dia makan sebab dia kat rumah kita, dia hormatkan kita..kau tak patut layan dia macam tu. Depan mak dia pulak tu. Apa masalah kau sebenarnya ni Ija…” Aku tahu jika kak Ayu panggil aku dengan nama Ija tahap kemarahannya diparas DANGER!. Kecut juga aku tengok wajah kak Ayu masam mencuka, cuka pun tak masam macam muka dia aku agakalah.
Apa aku nak jawab ni..entahla aku dengan dia bukan ada masalah apa-apa pun…

“Kau pernah buat salah dengan dia ke Ija…” mak aii macam tahu-tahu aja kak Ayu ni Soalan itu pulak ditanyanya. Tanya lah saoalan lain.. aku makan kenyang tak tadi, ada program apa petang ni..balik-balik soalan si Awang tu lagi.
“Hei! aku tanya kau ni..kenapa kau diam, dah la perangai macam jantan, kau ingat dengan perangai kau macam tu ada lelaki yang nak kan kau ke..” Aku tersentak tak pernah kak Ayu mempersoalkan kelakuanku yang memang ku akui sedikit kasar. Kak Ayu tak pernah meninggikan suaranya padaku. Aku memandang wajah kak Ayu menentang kembali kepanasan kak Ayu dan aku turut berada pada aras kepanasan yang sama dengannya. Jika aku bersuara aku pasti kak Ayu takkan menang.
Dengan perasaan marah aku masuk ke bilik dan menghempas pintu sekuat hati. Bagaikan guruh membelah bumi. Nasib baik la pintu bilik aku tak terbelah dua, kalau terbelah mampus aku bilik tak berpintu, nak kene ganti lagi. Setan ketawa dah berjaya membuatkan aku marah dan bergaduh besar dengan kak Ayu.

Ayu tersentak dengan tindakbalas Ija, dia tergamam dengan bunyi hempasan pintu bilik adiknya. Dia terduduk dan beristifar. Kerana terlalu geram dia memarahi adiknya. Pasti kata-katanya tadi menguris hatinya. Ayu mundar mandir mencari jalan untuk memujuk Ija. Dia tersentak dikala pintu bilik adiknya terkuak.
“Kau nak ke mana ni dik..Ayu menegur lembut adiknya.” Takut juga dengan kata-katanya tadi adiknya mengambil keputusan singkat melarikan diri dari rumah. Sungguh kerana marah tadi dia terlajur menguris hati adiknya.
Ija berpaling memandang tepat ke dalam anak mata Ayu.
“Aku kan nak jadi jantan..so kalau aku duk terperuk kat rumah bukan sifat orang jantan kan, lebih baik aku keluar rumah..”
Ayu terdiam. Ija berlalu meninggalkan kakaknya terkulat-kulat.


Ija memecut motor kesayangannya. Hatinya dirundum duka. Kerana Awang dia bertekak dengan kakaknya. Memang diakui tindakannya melampau dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia seakan benci pada Awang padahal dia tahu lelaki itu tidak bersalah terhadapnya. Maafkan Ija makcik Zaini. Ija menggosak perlahan motor kesayangnnya. Tangannya terhenti. Teringat dia akan kerosakan yang pernah dialami motornya sewaktu dilanggar Awang dahulu. Dia merenung setiap inci kenderannaya.
Mungkin aku dipertemukan dengan Awang sebab aku pernah kenakan dia dulu kot. Tapi takkan lah kan disebakan aku gabti semunya dia kejar aku sampai macam tu sekali. Dia tu bukan takde duit entah-entah duit dia buat bantal.
Haaaii..Darling...aku dah salah gunakan duit Awang untk mekup ko…hmmm…mungkin sebab tu dia sering muncul depan aku ni agaknya nak mintak gantikan duit, nak mintak depan-depan dia segan agaknya jadi buat-buat la muncul.
Takpe Awang aku gantikan duit kau tu…kau tunggu je lah durian runtuh dari aku nanti..

Tempat berkumpul mereka riuh rendah dengan suara gelak tawa yang entah apa-apa. beberapa kali juga handphonenya berdering tapi sengaja tidak diangkatnya. Dia tahu kak Ayu yang menelefonnya. Risau agaknya aku tak balik rumah. Biarlah kak Ayu nak risua pun siapa suruh dia marahkan aku. Dia tak tahu Awang tu ada ketam disebalik tembok. Tunggu masa aja nak mintak duit dari aku. Ah long tak bertauliah katakan.
“Hoit termenung plak dia..kau teringatkan pakwe hensem semalam ke..” Aku menjeling pada mulut yang takde insurans tu nak aja aku cabaikan mulutnya. Biar dia rasa sikit hati aku tengah sakit ni. Jue tersengih-sengih sambil mengepit helmet kesayangannya. Ku Nor mengekorinya dari belakang.
“Jom ronda-ronda..bosan aku duk melepak kat sini asyik-asyik pandang muka kau jek, naik geli pulak tekak aku ni.” Aku menghidupkan enjin motorsikalku. Jue dan yang lain-lain mengikut.
“Oiii mulut..kau nak mengata pun pandang-pandnag la oii..jom arr..aku pun dah boring sesangat ni wei..” Jerit Jue sambil tersengih-sengih.
“Ok set..”

Malam yang disinari lampu-lampu jalan membuatkan aku terlupa pada masa yang semakin berlalu. Diriuhkan lagi dengan suara ketawa rakan-rakan yang lain sungguh aku terlupa. Kami berhenti dilampu isyarat apabila lampu hijau tadi bertukar ke merah. Bingit juga dengan suara riuh rendah yang lain. Malam yang semakin sunyi tanpa banyak kenderaan di jalan kami bagaikan raja rimba..hahaha, mengaum ditengah-tengah kota. Ada dua kereta berhenti pada trafik light yang sama mulanya aku tak endahkan tapi entah kenapa kepalaku gatal hendak berpaling…dan..
Alamak..mampus aku…cepat-cepat aku mengalihkan pandangan, tidak mahu pemandu didalam pajero itu perasan akan aku.
Hati didalam berdegup kencang. Kenapalah malang sangat nasib aku waktu ni. berganti sahaja lampu hijau aku terus memecut laju tidak lagi ku hiraukan kawan-kawanku yang lain asalkan aku tidak nampak wajah pemandu pajero itu. Lega nafasku sebaik sahaja pajero itu membelok ke kanan setelah aku memecut 1km. aku memperlahankan motorku menunggu yang lain ditepi jalan.

“Hoit lu lari dari siapa ni Ija. Siapa kejar…..Lani bersuara sebaik sahaja tiba. Aku hanya tersengih menayangkan wajah ceriaku.
“Saja aku test motor aku ni..Jom…aku belanja korang roti canai kat kedai mamak...”
“Sat..Sat…”Ku Nor turun dari motornya dia menghampiri aku. Pergelangan tangan kiriku dipusingkan. Sakit.
“Jam hang mati ka apa..atau hang dah tak betui..hang tau dak dah pukui berapa ni..
Kalau hang rabun sat aku nak habaq kat hang..sekarang ni dah pukui 2.30 pagi..hang tau dak pagi..time-time macam ni orang tidoq tapi pasai apa malam ni hang duk bersadai atas jalan lagi ni. selalunya hang balik pukui 11 malam paling koman pun. Ni kakak hang tak marah ka.. atau hang lari dari rumah.” Banyak pulak soal jawab Ku Nor kali ni. aku hanya diam.
“Aku tumpang tidoq rumah hang..boleh Nor…”
“Haaa aku dah agak dah hang mesti ada masalah..awat hang tak habaq awai-awai hang nak tidoq grumah aku. Kalau hang habaq awai-awai takdak la aku tongkatkan mata aku ni dengan bantang mancis. Dah la malam kelmarin aku dah tak tidoq malam ni pun tak tidoq..esok-esok p kerja mata beleh tak boleh bukaq aku pulak menganggur hang nak tanggung aku ka..”memebel pulak minah ni..
“Oit-oit dah pukul berapa ni…jam kau mati ke Nor.. time macam ni orang tido bukan membebel..aku mengenakannya kembali.” Dia tersengih…
Jom balik grumah tidoq..putus Ku Nor..aku hanya menurut perintah. Read More..
Monday, November 1, 2010

Pion oh Pion 12

Aku keluar dari bilik setelah bersiap ala kadar sahaja, bau pun dah wangi takdelah bau ikan, bau ayam dan segala bau yang bleh menyebabkan keloyaan. Kalau mak tahu yang masak hari ni pasti mak akan tabik spring pada kak Ayu sebab sekeras-keras aku kak Ayu juga yang berjaya melenturnya. T-Shirt santai berwarna kelabu itu aku kemaskan lagi.tak mahu lah nampak selekeh sangat depan orang tua tu. Tapi yang aku pasti kak Ayu bengang dengan seluar jeans kegemaranku telah tersarung di badan. Nak buat macam mana dah aku suka. Kalau tahu dek emak apa yang aku pakai ni tobat silap-silap haribulan seluar jeans yang koyak sikit tu terputus dua. Aku senyum dalam hati. Mak tak nampak takpe, kira ok lah.

Aku bertembung dengan kak Ayu yang dah tersangat ayu dengan pakaian tradisional oaring melayu baju kurungnya, warna pulak hitam putih menambahkan lagi seri diwajah. Sempat aku memuji dalam hati tapi hampeh…. Matanya terbeliak memandang aku yang dah cantik dengan apa yang aku pakai. Perasan sendiri.
“Pakaian tu biar sopan sikit, kau jangan nak buang tebiat kau pakai seluar carik kat lutut tu, buat malu aku jer, karang tak pasal-pasal aku gunting seluar tu, pergi tukar!..perintahnya. Sudah… penyakit emak berjangkit pulak pada kak Ayu. Aku sengaja pekakkan telinga. Takkan takde compromise langsung, tadi aku dah masak dah kira ok lah tu nak jugak aku dengar cakap dia, kalau aku butakan hati dan ikut suka hati aku dah tentu aku cabut awal-awal lagi. Takdenya nak sakit-sakit badan masak untuk bakal mak mentua dia tu.
“Boleh tak kau dengar cakap aku ni sekali aja dik..” Kak Ayu merendahkan suaranya. Kesian pulak aku tengok. Tak sampai hati pula aku nak buat perangai aku. Hanya dia kakak yang aku ada takpelah berkorban untuk dia bila lagi aku nak tunjuk sifat penyayang aku pada dia. Cewah jiwang pulak aku kali ni. Takpe lah oleh kerana bakal mak mentuanya nak datang aku mengalahkan aja lah, bukan selalu pun aku kena pakai pakain sopan macam dia tu.

15 minit aku keluar dengan baju kurung kedah pemberian mak tok. Sungguh baju itu baru sekali aku pakai itupun hanya nak ambil hati mak tok yang beria-ria nak tengok aku pakai baju pemberiannya. Kak Ayu melopong memandangku. Aku mencari juga kalau-kalau ada sesuatu yang melekat pada baju kurung kedah tu, manalah tahu tercarik ke al-maklumlah dah lama sangat aku simpan. Takut jugak lipas yang kelaparan sedikit-demi sedikit makan baju aku ni. dah puas kelebek aku sengaja berjalan dengan goya menyobong.
“Erk eleh…” perasan cantik lah tu..
“Dah aku memang cantik kak nak buta macam mana, kalau aku tak cantik takkan kau pandang aku sampai terganga mulut tu. Tak gitu.”
“Uwekkk!….”hanya itu yang terkeluar dari mulut kak Ayu.
“Hmmm..lambat lagi ke tetamu kau nak sampai ni. dah berpeluh dah ni..bosan pulak menunggu macam ni..” mulutku dah mula nak merungut. Kain baju kurung kedah aku angkat sampai ke lutut, comfirm kalau bapak mentua kak Ayu nampak dia dulu terjun tingkap. Nampak sangat ketidaksopananku. Aku mereka ceritaku sendiri. Biarlah hanya kak Ayu aja ada dalam rumah ni bukan ada sesiapa pun. Dah tentu dia faham aku ni macam mana.

Tuk!..Tuk!..pintu diketuk dari luar disusuli salam. Aku mencari kelibat kak Ayu. Entah ke mana pulak dia menghilang. Kedengaran lagi pintu diketuk untuk kali yang kedua dan entah kali ke berapa.
“Kak tetamu kau dah sampai ni..” panggilku.
“Ajak la diorang masuk aku kat bilik air ni.” laung kak Ayu sayup-sayup kedengaran.
“Hmm..ini yang aku maslas ni.. time macam nil ah nak buang hajat. Bukannya tak pernah jumpa diaorang tu. Eee..kalut semacam jerk. aku kemaskan baju kurung kedah yang dah berkedut. Rambut yang berserabai ku betulkan dank u sanggul seperti siput. Dengan senyuman yang aku praktiskan beberapa kali aku menyambut tetamu yang kak Ayu undang. Dan dengan perlahan aku buka kan pintu.
Sebaik sahaja pintu ku buka dan salam ku jawab.muncul makcik Zaini bersama senyuman menguntum dibibir. Aku terperanjat. Bukan ke yang nak datang ke sini bakal besan mak. Aku menyambut huluran tangan makcik Zaini. Lalu dia memelukku penuh erat bagaikan aku ini anaknya. Rimas jugak la..hanya orang-oarang terdekat aja selalu sangat nak peluk aku…makcik Zaini bukan siapa-siapa pun. Aku biarkan sahaja apa yang dia lakukan hendak membantah takut aku dikatakan kurang ajar. Malu pulak mak kat kampung tu.

“Eh! Ija yang kau tercegat kat situ tu kenapa..ajaklah tetamu kita tu masuk.” Aku kaku di situ kakiku tidak mahu berganjak apatah lagi melangkah apabila memandang sesusuk tubuh yang memang tak sampai 24 jam aku tinggalkannya.
Wajah hensem Awang tersenyum nipis itu bagaikan bara yang membakar tubuhku. Kenapalah aku dipertemukan lagi dengannya dalam keadaan aku berpakaian macam ni. Malang sungguh nasib aku hari ini.
Kak Ayu dan makcik Zaini rancak bersembang entah apa yang diperkatakan mereka ketika ini. otakku bagaikan tidak boleh menangkap setiap butir bicara mereka. Rupanya ini rancang kak Ayu. Patutlah dia tidak banyak mengomel pasal tetamu yang hendak datang rupanya ada ketam disebalik tembok. Jaga kau kak Ayu…aku mula merancang sesuatu.

“Eh! masuklah encik Awang, jangan malu-malu buat macam rumah orang.” Itulah kata alu-aluanku padanya. Awang masih tersengih menabahkan lagi rasa geram dihati.
Kamu tinggal berdua aja ke..
“A’aa makcik kami berdua aja..lagipun tak selesa la kalau sewa ramai-ramai macam-macam ragam. Yang sorang tu pun dah tak terjaga.” Amboi sedapnya kak Ayu mengata aku. Macamlah aku ni teruk sangat perangainya.
Makcik Zaini hanya tersengih lalu matanya beralih ke arahku.
“Takdelah makcik..Ija rasa kak Ayu mampu bayar sewa sebab tu lah kak Ayu tak nak kongsi sewa dengan orang lain.” Aku pulangkan pada kak Ayu.
“Tentu bestkan tinggal bersama adik beradik..takdelah nanti bertikam lidah sampai tak bercakap.” Aku memalingkan wajah apabila matanya memandang ke arahku. Nak juga dia menyampuk kalau duduk diam kat situ apa salahnya. Saja je nak masuk campur hal orang tua.

Sepuluh minit bersembang dengan tetamu, kak Ayu mengajak makcik Zaini dan Awang ke meja makan. Aku menayangkan muka selamba badak apabila Awang memberi laluan ke padaku.
“Ija senduk kan nasi tu untuk Is.” Pinta kak Ayu. Hah aku dah dapat peluang ni. ini yang aku tunggu-tunggukan.
Dengan niat jahat.aku menyinsing lengan baju kurungku hingga ke siku. Aku yang nampaknya ayu tadi kini tak ubah seperti gadis tomboy seperti dalam drama-drama melayu. Kak Ayu tak terkata. Matanya jengil memandang. Makcik Zaini ku lihat bagaikan takde apa-apa yang pelik etrjadi. Aku jeling pula pada si Awang.wajahnya berkerut seribu. Hahahaha. Inilah yang aku nak.

“Bawak sini pinggan tu..”aku minta dengan kasar pinggannya bagaikan makcik Zaini tidak ada dihadapanku. Awang menghulurkan pinggannya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Mungkin tersentak juga dengan aksi ku sebentar tadi. baru kau tahu siapa aku…..
Aku tak kisah apa yang makcik Zaini fikirkan. Lantaklah bukan aku tak tahu tujuan makcik Zaini datang berziarah kalau dah bawak Awang sekali. Ini mesti tak lain dan tak bukan untuk menyambung kembali rancangan mak yang dah lama tak menjadi. Nasinya aku senduk sejemput. Biar dia makan tak kenyang kalau muka dia tak malu nanti dia mintak tambah lagi. Aku hanya ketawa dalam hati apabila melihat nasi dipingannya sedikit bagaikan mahu diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun. Aku hulurkan apa yang ku senduk tadi, dia teragak-agak menerimanya. Mungkin dia sangkakan aku mahu menambah lagi nasi ke pingannya.Wajah kak Ayu merah padam. Aku tahu dia menahan marah. Wajahnya dimaniskan apabila sesekali makcik Zaini berbicara.
Maafkan aku kak, kau yang mula dulu. Kata-kata itu hanya berlegar didalam hati. Aku bersedia andai kak Ayu menyemburku apabila makcik Zaini pulang nanti. Tapi biarlah aku menikmati saat-saat paling manis ini dengan semanis-manisnya. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati