Miasarah menunggu teksi didepan pejabatnya sebelum pulang tadi dia sudah menelefon syarikat teksi. 15 minit menunggu teksi yang dijanjikan tidak juga muncul-muncul. Terkebil-kebil matanya memandang nombor plat teksi yang diberikan oleh operator pada setiap teksi yang melintas dihadapannya. Miasarah mengerling jam dipergelangan tangannya. Hampir pukul tujuh malam. Langit semakin kelam. Kenderaan bertali arus. Puas duduk Miasarah berdiri. Sesekali kepalanya meliar memandang kawasan sekeliling walaupun kenderaan bertali arus didepannya suasana sepi diperhentian teksi itu mengundang rasa takut dihatinya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Takut pula membayangkan jika dia diacukan pisau ke belakang seperti cerita-cerita dilayar perak yang ditontonnya. Keretanya yang rosak masih belum siap lagi minggu ini sahaja keretanya sudah tiga kali meragam. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dihantar ke kedai besi tapi memandangkan hanya itu kenderaanya yang ada, sayang pula. Hendak marah juga pada taukey cina yang membaiki keretanya janji siap tengah hari tadi tapi bila dia datang untuk mengambilnya macam-macam alasan yang diberikan. Akhirnya Miasarah meminta taukey cina itu menyiapkan juga keretanya hari ini esok pagi-pagi dia datang mengambilnya.
Pin!…bunyi hon kereta kembara yang berhenti dihadapannya betul-betul memeranjatkannya. Miasarah mengurut dadanya yang berdegup laju. Geram. Itulah perasaannya waktu itu. Mahu sahaja dia mengutuk perbuatan pemandu yang tidak reti bahasa itu.
Cermin tingkap kembara terlondeh ke bawah. Miasarah hanya mengerling sepintas.
“Hai Mia..”sapa pemandu kembara warna coklat itu. Mia merenung mengamati siapa lelaki yang mengenalinya.
“Zam lah..”ujar lelaki tadi lalu ketawa kecil. Lucu melihat Miasarah tidak mengenalinya.
“Zam..Zamri..” Senyuman Miasarah terukir.
“Naiklah..Zam hantar Mia balik..” pelawa Zamri. Miasarah tidak membuang masa daripada terus menunggu teksi yang tak nampak batang hidungnya baik dia menumpang Zamri. Hari pun dah beransur ke malam bimbang pula menunggu lama di situ.
“Mia ingatkan lelaki miang mana lah tadi..nasib baik Mia tak sumpah seranah kalau tak dapat dosa kering aja tadi..” Kata Miasarah ketawa kecil. Zamri turut ketawa.
“Sampai hati Mia nak maki Zam…” kereta terus meluncur sebaik sahaja Miasarah masuk ke perut Kembaranya.
“Lain kali buat la lagi..” mereka sama-sama ketawa.
“Kereta belum siap lagi”
“Belum..”
“Lamanya. Dah nak masuk seminggu kan.”
“Yang rosak hari tu dah okey kali ni rosak lain pulak..saja aja nak bagi duit pada tokey cina tu.”
“Beli la kereta baru…kalau tak mampu biar Zam hulurkan dulu.” Ujar Zamri sambil mengerling ke arah Miasarah yang masih dengan senyuman. Jarang benar dia melihat Miasarah mesam mencuka seperti sesetangah perempuan lain. Moodnya sentiasa ceria susah sungguh melihat gadis dihadapannya itu berwajah kelat. Kecuali tadi. Itupun dia yang silap.
“Mia nak beli Porsce kalau Zam sanggup nak hulur duit esok Mia tempah macam mana..”Sengaja Miasarah mengenakan Zamri. Dia tidak perlu pertolongan sesiapa, apa yang mampu digunakan akan digunakan sepenuhnya.
“Mak aiii…tingginya taste.” Miasarah galak ketawa apabila Zamri mengatanya begitu.
“Itulah lain kali jangan disorongkan pertolongan, kan Mia dah minta yang bukan-bukan.” Ujar Miasarah dengan sisa tawa yang masih kedengaran. Zamri bagaikan asyik mendengar tawa Miasarah.
“Zam hantar Mia balik ni, pakwe Mia tak marah ke..” Soal Zamri sengaja mahu mengorek status Miasarah. Jika Miasarah belum berpunya dia mempunyai harapan untuk memikatnya.
“Pakwe Mia sporting, tak suka marah-marah orang tanpa usul periksa..” Ujar Miasarah sambil memandang wajah Zamri yang bagaikan tersenyum tawar apabila dia menekankan perkataan pakwe.
“Dah sampai pun..terima kasih Zam..” Ujar Miasarah sambil melambai tangan pada Zamri yang tersenyum tawar.
Mia sarah menjenguk ke garaj. Kereta BMW Razlan masih belum kelihatan, bermakna Razlan masih belum pulang. Miasarah melangkah ke dalam rumah belum pun pintu rumahnya dibuka cahaya lampu BMW Razlan menyuluh ke arahnya. Razlan juga sampai lewat ke rumah mereka.
Miasarah membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Suis lampu dipetik. Razlan muncul sebaik sahaja suis dihidupkan.
“Mana kereta kau..”soal Razlan tiba-tiba.
“Hantar bengkel..”
“Hai kerap benar kereta kau rosak.”
“Nak buat macam mana kereta dah buruk sangat..”
“Entah-entah sengaja kau hantar bengkel sebab nak tumpang si Zamri tu kan, nanti boleh la sembang-sembang gelak-gelak..” Sinis sahaja kata-kata Razlan ditelinganya. Miasarah memandang wajah Razlan yang berlagak selamba. Razlan mencampakan briefcasenya ke atas sofa empuk. Miasarah hanya memandang terkulat-kulat. Apa kena angin Razlan hari ini. Meeting sepanjang harikah dia hari ini.
“Aku masuk dulu la..”Ujar Miasarah mengalah. Dia tidak mahu membangkitkan kemarahan Razlan yang ikut suka sahaja menyembur orang. Langkah kakinya diayunkan ke bilik belum pun sempat dia membuka pintu biliknya Razlan menahan tangannya. Cengkaman tangan Razlan membuatkan dada Miasarah berdebar-debar.
“Kenapa dengan kau ni..”Soal Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan yang sukar ditafsirkan. Cemburu. Tak mungkin Razlan cemburu dengannya.
“Sakit la..”
“Dengar sini Mia, aku tak suka kau rapat dengan Zamri tu.”
“Kenapa, apa salah dia. Kalau kau dengan dia bermusuh jangan libatkan aku sama.” Miasarah masih mampu menahan rasa marahnya. Kenapa Razlan bersikap begitu sedangkan selama ini dia dan Razlan masing-masing buat hal sendiri. Razlan mendengus apabila Miasarah mempertahankan Zamri. Dia melepaskan tangan Miasarah dengan kuat. Miasarah hanya memandang hairan perbuatan Razlan. Apa masalah mereka sebenarnya.
Miasarah sudah siap memasak. Menunya asam pedas ikan pari lauk kegemaran Razlan. Sengaja dia hendak memancing Razlan yang masih marahkannya. Pintu bilik diketuk perlahan.
“Lan..aku dah masak ni mari lah makan..”ajak Miasarah. Dia menekupkan telinganya pada pintu bilik Razlan, sengaja mengintip apa yang dilakukan Razlan ketika ini.
“Lan..tak nak makan ke..”Miasarah masih mempelawa Razlan tapi hampa Razlan masih mendiamkan diri. Untuk kali ketiga dia masih mencuba.
“Lan lauk dah sejuk tunggu kau ni, tak nak makan ke atau kau dah makan siang tadi..”
“Kau makan lah aku tak lapar. “ Sahut Razlan sayup-sayup. Langsung dia tidak membuka pintu biliknya. Marah benar agaknya Razlan pada dirinya. Miasarah berlalu hampa. Penat-penat dia memasak lauk kegemaran Razlan tapi lelaki itu pula jual mahal terpaksalah dia makan seorang diri.
Miasarah menguap beberapa kali, dia masih setia dengan siri drama kegemarannya yang masih keudara. Sanggup dia menahan kantuk yang semakin menebal untuk mengikuti kesudahan cerita yang diikuti. Miasarah memandang ke bilik Razlan yang sudah pun gelap agaknya dia sudah tidur. Baru sahaja dia hendak menutup tv tiba-tiba bilik Razlan terkuak. Miasarah tersenyum melihat wajah Razlan seperti orang baru bangun tidur. Razlan berlabuh disisinya. Miasarah sedikit menjauh, bimbang pula nanti dituduhnya Razlan dia mengambil kesempatan.
“Kau masak apa..” Miasarah merenung wajah Razlan. Senyuman terhias dibibirnya. Razlan bagaikan kaku melihat senyuman yang sentiasa tersunging dibibir manis Miasarah. Jarang sekali dia melihat wajah itu kelat kecuali jika dia terlalu penat.
“Lapar..”Soal Miasarah sengaja mengusik.
Razlan berwajah selamba.
“Aku masak lauk kegemaran kau asam pedas ikan pari.”
Razlan kecur liur, pandai pula Miasarah hendak mengambil hatinya. Razlan tersengih. “Tapi dah habis aku makan, tadi kau cakap kau dah kenyang aku tak tinggal la untuk kau, kang membazir pulak lauk tu kalau kau tak makan.”
Razlan membutangkan biji matanya. Sampai hati Miasarah tidak menyimpan sedikit lauk untuknya. Perutnya sudah berbunyi. Hendak keluar mencari makan sudah pukul 11.30 malam terpaksalah dia menahan sampai pagi esok itupun jika Miasarah rajin menyediakan sarapan untuknya. Razlan mahu mengangkat punggungnya berlalu ke bilik.
Dia berpaling apabila mendengar suara Miasarah ketawa.
“Aku dah simpan lauk untuk kau la. Aku tahu kau tentu lapar. Merajuk lagi dengan aku nasib baik la aku ni baik hati tau, kalau hati aku busuk macam kau dah lama kau kebulur.” Serang Miasarah lalu mengangkat punggung untuk masuk ke biliknya pula. Razlan dipandangnya sekilas ada cebikan pada wajah lelaki itu.
“Kau nak ke mana pula tu..” panggil Razlan. Miasarah menoleh.
“Bilik la..tidur. kan dah lewat ni..” Ujar Miasarah tanpa dapat menangkap apa-apa yang berada diminda Razlan.
“Temankan aku makan..”Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan. Buang tebiat la dia tu. Tak pernah-pernah dia minta ditemankan tapi lain pula kali ni. Agaknya dia tak biasa makan seorang diri. Ialah biasanya mereka makan berdua hari ini dia tertinggal pula.
“Kau makan lah sendiri.” Miasarah hampir membuka pintu biliknya.
“Mia…”Panggil Razlan lembut. Akhirnya Miasarah mengalah. Razlan senyum kemenangan.
Lauk yang sudah sejuk dipanaskan sekali lagi. Razlan hanya memerhati pergerakan Miasarah. Cekap juga Miasarah didapur. Saat Miasarah mengikat rambutnya Razlan terpandang akan leher jinjang milik Miasarah. Hatinya bergelora. Cepat-cepat dia melarikan padangannya. Sejak akhir-ahkir ini mengapa perasaan itu sering dirasainya.
Lauk pauk yang dipanaskan Miasarah terhidang didepan matanya. Bau asam pedas ikan pari membuka seleranya. Sudah lama dia tidak menjamah lauk kegemarannya.
“Makan lah, tengok apa lagi..” pelawa Miasarah.
“Nasi..”Razlan menghulurkan pingan kosong kepadanya. Miasarah memandang hairan mengapa dihulurkan pingan kosong kepadanya.
“Tu kan nasi, ceduk la.”
“Mia..”Razlan menekankan suaranya. Razlan tersengih.
“Mengada-ngada betul. Lain kali kalau merajuk panda-pandai la hidup.” Getus Miasarah geram. Nasi yang sudah terisi dipingan Razlan disuakan pada Razlan. Razlan tersengih.
Berselera benar Miasarah melihat Razlan makan. Hampir dua pingan nasi dia bertambah.
Miasarah senang hati hendak juga Razlan makan masakannya. Dalam diam dia merenung seraut wajah yang dicintainya walaupun Razlan tidak pernah menyintainya. Dia cukup bahagia berada disamping Razlan walaupun hidup tidak seperti dalam erti kata sebenar sebagai pasangan suami isteri. Dia tidak mahu Razlan mengesan rasa cinta yang telah lama berputik didalam hatinya. Biarlah ianya menjadi rahsia hati yang akan disimpan kukuh dihatinya.
Read More..
Tuesday, April 19, 2011
Friday, April 15, 2011
BiDaDaRiKu 2
“Kau dengan Razlan apa cerita sekarang ni..bila lagi nak tambah ahli keluarga. Sampai bila nak berbulan madu aja ni.” Miasarah tergelak ketika mendengar pertanyaan kakaknya. Beberapa sudu gula dimasukkan ke dalam jug.
“Belum ada rezeki lagi nak buat macam mana kak..”
“Belum ada rezeki..belum ada rezeki..itu la alasan kau kita kena usaha juga Mia. Tak nak cuba berubat cara kampung, akak ada kenal sorang bidan kampung ni tapi dekat kampung abang la, kalau Mia nak kita boleh cuba berubat dengan dia, mana lah tahu kot-kot lepas berubat ada isi.” Saran Salmi memandang tulus wajah adiknya. Miasarah bagaikan tekun membancuh air. Apa yang dinyatakan Salmi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Eh! kau dengar tak ni Mia..”
“Dengar kak tapi Mia dengan abang takde apa-apa masalah.” Jawab Miasarah acuh tak acuh. Biarlah hanya dia dan Razlan sahaja yang tahu apa masalah mereka.
“Itu kata engkau, kau dah periksa dengan doktor..”Soal Salmi masih merenung wajah adiknya. Rumahtangga kalau tak diserikan dengan anak-anak hendak diserikan dengan apa lagi. Dia sendiri pun sudah mempunyai 5 orang anak itupun bakal menimang lagi seorang tahun depan. Rezeki yang dikurniakan begitu bertuah dirasakannya. Dia mahu adiknya turut merasa bagaimana perasaan wanita bila menjadi seorang ibu.
“Dia nak bagi Mia manjakan anak-anak buah dulu la tu..”senangnya jawapan Miasarah pada Salmi. Salmi hanya mampu mengeleng. Hendak dileteri adiknya itu sudah menjadi isteri orang hendak dimarah-marahkan nanti bimbang pula adiknya itu merajuk hati. Akhirnya masalah tentang anak dibiarkan mati di situ namun lain pula disudut hati Miasarah.
Memang nalurinya seorang wanita dan isteri kepingin punyai anak apatah lagi dia sering ditanyakan oleh teman-teman pejabat tapi apakan daya dia sudah terikat dengan peraturan Razlan atau mungkin dia boleh mengubah sesuatu tentang perjanjian itu.
“Ha.. ni kenapa pulak termenung..” sergah Salmi apabila melihat Miasarah bermenung.
“Takde lah kak, Mia teringatkan hal pejabat tadi. “Bohong Mia. Kesian kakaknya itu sudah banyak yang dibohonginya.
“Kita bincang soal anak dia teringatkan hal pejabat pula. Dah! bawak kan air tu ke depan, nanti apa pula cik abang-cik abang diluar tu mengata kita.” Arahan Salmi disambut dengan sengihan mencebik. Salmi menepuk bahu adiknya.
Razlan dan Sulaiman sedang rancak berbual. Kerancakan mereka terhenti tatkala Miasarah menghampiri bangku mereka. Dulang berisi air dan keropok itu diletakkan dimeja bulat. Anak sulong Salmi menjerit ke arahnya.
“Maksu Along nak air…along dahaga sangat ni..” pinta anak sulong Salmi berlari-lari sambil memegang lehernya. Sulaiman geleng kepala. Razlan tersengih lalu memaut bahu Umar berusia sebelas tahun tapi badannya masyaAllah mengalahkan budak berusia 14 tahun. Miasarah ketawa. Lucu melihat gelagat anak buahnya. Salmi mecerlung kepada anak sulongnya.
“Baik sangat la buat perangai macam tu, tak boleh ke minta elok-elok. Mak tuang air panas dalam kerongkong tu kan baru tahu.” Marah Salmi dengan tingkah anak sulongnya. Adam tersengih memohon maaf. Adik-adiknya yang seramai empat orang itu berlari-lari menghampirinya.
“Mak, angah nak air juga..”pinta anak keduanya Fatimah. Nampak sopan sangat dengan anak keduanya itu.
“Nanti-nanti biar maksu tuangkan..”Miasarah suka melayan anak-anak buahnya. Razlan hanya memerhati. Cara dan layanan Miasarah pada anak-anak buahnya menerbit satu perasaan aneh. Makin ralit pula melihat kesungguhan Miasarah melayan mereka langsung tidak kekok dengan karenah dan pelbagai ragam budak-budak kecil.
“Ha Lan, pandang siapa tu, kau tak kesiankan Mia ke kalau kesian cepat-cepat la bagi dia baby. Dia dah teringin tu asyik melayan anak-anak buah aja.” Sempat Miasarah menangkap apa yang dikatakan Salmi pada Razlan. Miasarah memandang wajah Razlan yang turut memandangnya. Razlan melarikan diri dari ditenung Miasarah.
“Bukan tak nak bagi kak, tapi belum ada rezeki lagi.” Razlan menutup rasa bersalahnya.
“Usahalah Lan, kakak dah cakap pada Mia kalau kau benarkan kakak nak cuba berubat cara kampung. Kampung abang kau ada sorang bidan kita cuba mengurut kat sana dulu mana lah tahu ada urat-urat yang tersimpul ke.” Razlan menelan liur. Panjang pula topik perbualan tentang anak. Apa lagi caranya untuk mengelat tentang persoalan anak.
“Belum ada rezeki lagi la tu, awak ni biarlah mereka nak berbulan madu puas-puas tunggulah mereka bersedia dulu.” Tegur Sulaiman pada isterinya. Salmi memuncungkan wajah.
“Awak lelaki bang, apa tahu..”
“Eh apa pulak tak tahu, saya lelaki saya tahu lah.” Sulaiman dan Razlan ketawa kecil sempat Sulaiman mengenakan isterinya.
“Awak kata awak tahu kan..nah! jaga anak awak ni saya dengan Mia ada kerja sikit.” Salmi meninggal anak bongsunya berusia satu tahun setengah itu kepada Sulaiman. Tindakan drastiknya itu membuatkan Sulaiman dan Razlan terpinga-pinga. Salmi menarik tangan Miasarah yang sedang ralit bergurau senda dengan anak-anaknya. Miasarah terpinga-pinga pun begitu dia menurut tanpa membantah. Sempat dia mengerling pada Razlan. Suaminya itu dilihat bagaikan tidak tahu apa-apa.
“Kenapa ni kak..kalau yea pun nak ajak Mia berborak jangan la sampai tarik tangan Mia ni..”Mia cuba melonggarkan pergelangan tangannya dari dicengkam tangan Salmi. Kakaknya itu hanya tersengih.
“Sorry..sorry..kakak geram sangat dengan abang kau tu..”
“Kalau ya pun jangan la buat Mia macam tu.”.Wajah Miasarah mencuka. Tangannya diraba-raba rasa sakit semakin berkurangan. Dia duduk dikerusi rotan. Salmi juga turut berbuat demikian.
“Ada apa hal kak, sampai tarik tangan Mia macam tu sekali.”
“Macam ni. Kalau Mia nak jumpa mak bidan tu hari minggu ni kita pergi nak tak…”
“Ala hal tu aja. Mia ingatkan apa lah tadi, ingatkan kakak nak bagitahu Mia abang ada perempuan lain.” Miasarah tersengih tatkala melihat Salmi menjeling geram.
“Macam mana..” Suaranya kedengaran bersungguh-sungguh.
“Macam mana apanya kak..kan Mia dah cakap belum rezeki kami lagi. Sabar la nanti-nanti ada la tu. Mia tak apa-apa kakak pulak bersungguh-sungguh. Enam tak cukup lagi ke.” Usik Miasarah pada Salmi. Wajah Salmi memuncung. Merajuk agaknya.
“Akak bukan apa Mia, kita ni kan perempuan makin berusia makin susah nak melahirkan anak tau, nanti sakit sana sakit sini, akak ni lain sebab dah pernah beranak, kau tu dah masuk 30-an tak pernah melahirkan lagi” provok Salmi. Mia tertegun.
“Sakit sangat ke beranak tu kak..”
“Sakit tak sakit kalau nak tahu cuba lah beranak..”
“Kalau macam tu tak nak la Mia beranak. Mia ambil anak angkat aja.”
“Issh! budak ni anak sendiri dengan anak angkat tak sama Mia. Kalau kau ambik anak lelaki bila besar nanti kau dengan dia tak boleh bersentuh. Kalau kau ambik anak perempuan kau kena ingat sikit anak perempuan tu boleh kahwin dengan Razlan tu tau” panjang lebar pula Samli berceramah. Miasarah mengangguk-angguk ada benar juga kata-kata Salmi. Tapi dalam soal anak dia kena mengambil kira segala hal. Jika Razlan sudah bertemu gadis yang dicintainya itu bagaimana nasibnya dan anak itu. Miasarah menggeleng kepalanya.
“Apa yang kau gelengkan tu Mia. Tak betul apa yang akak cakapkan”
“Takde apa la kak, nanti Mia balik Mia bincang dulu dengan abang.” Jawab Mia mahu menutup bicara soal anak. Salmi mengeluh sekilas dia terpandang akan susuk tubuh Razlan..
“Ha Lan, buat apa tercegat kat situ..” tegur Salmi lalu mengundang mata Miasarah ke arah Razlan yang entah bila berada di situ. Entah didengar atau tidak perbualan mereka tadi.
“Lan dah nak balik ni kak Mi, malam ni ada annual dinner, nanti tak sempat pula nak bersiap, kak Mi tahu lah kalau Mia bermekap macam mana, berjam-jam lamanya.” Razlan sengaja mengenakan Miasarah yang bagaikan mati kata melihat kehadirannya disitu.
“Bila pulak si Mia ni pandai bermekap. Entah-entah Lan yang bersiap mengalahkan perempuan ni.” Miasarah ketawa apabila Salmi sempat mengenakan Razlan. Suaminya itu tersipu-sipu malu. Memang benar jika Razlan masuk ke bilik air tidak sah kalau tidak sampai sejam duduk didalam. Mereka sudah faham benar dengan tabiat Razlan yang sukar dikikis.
“Dah! jom Mia kita dah lambat ni.” Ajak Razlan lalu dia meminta diri pada Salmi dan Sulaiman. Kakak iparnya itu mengangguk sahaja.
“Mak Su balik dulu. Lain kali kita main lagi yea.” Pesan Miasarah pada anak-anak buahnya.
“Bye Maksu jangan lupa datang lagi.” Umar melaung apabila Miasarah sudahpun masuk ke dalam perut keretanya. Dia melambai tangan pada anak-anak buahnya.
Kereta Mia meluncur laju membelah jalan. Masing-masing membatukan diri tatkala berada diperut kereta. Hanya alunan zikir munajat dari CD yang sedia terpasang sahaja menghilangkan sepi mereka.
“Kak Mi bincang apa tadi.” Soal Razlan memecah kesepian mereka. CD yang sedang mengalunkan zikir diperlahankan seketika.
“Takde apa-apa..” Balas Miasarah bersahaja. Terlakar ingatannya pada perbualan Salmi dengannya tentang anak.
“Aku dengar dia nak bawa kau pergi jumpa mak bidan hari minggu ni.”
“ Haa..Tu kau dah tahu tapi tanya lagi..” Miasarah mencebik. Razlan bersahaja memandang terus pememanduannya.
“Habis kau nak pergi ke..” soal Razlan bagai orang bodoh.
“Buat apa pergi nanti tak pasal-pasal kak Salmi tahu kita tak macam suami isteri. Kau nak mak ngan ayah kau tahu.” Soal Miasarah pada Razlan.
“Aku tanya aja, manalah tahu kak Mi paksa kau dan kau terus setuju.” Miasarah ketawa kecil mengerling seketika pada wajah Razlan.
“Kita kan ada banyak alasan apa nak takut…”
“Bagus la macam tu kalau boleh aku tak nak mereka tahu yang kita ni tak pernah bersama” Sekilas dia memandang wajah Miasarah yang tetap dengan senyuman terukir dibibirnya. Hairan bin ajaib mengapa wanita ini bersahaja. Tiada sekelumit perasaankah Miasarah padanya.
“Kau jangan risau okey, aku takkan tuntut apa-apa dari kau..” Razlan memandang wajah Miasarah. Terasa sinis dengan kata-kata temannya itu.
“Betul ke kau ada annual dinner malam ni..”
“Betul la takkan aku tipu kak Mi pulak..”
“Kau bawak siapa..”
“Adalah..”Miasarah hanya mencebik. Tidak kuasa lagi mengambil tahu tentang hal Razlan. Jika dia hendak berahsia silakan dia tidak berminat untuk mengorek rahsia lelaki itu. Read More..

Tuesday, April 12, 2011
CERPEN: BiDaDaRiKu 1
Razlan mundar mandir diruang tamu. Hatinya bagaikan dihentak dengan tukul besi tatkala melihat Miasarah bergelak ketawa dengan lelaki yang pernah menjadi teman kuliahnya siang tadi. Senyuman Miasarah pada Zamri bagaikan menyimbah bara yang baru hendak terpadam. Kalau boleh dihatuk-hatukkan kepala Zamri pada dinding sudah tentu hari ini juga Zamri masuk ICU. Razlan mengerling pada jam antik yang setia melekat didinding rumahnya. Sudah pukul 6 petang batang hidung Miasarah tidak juga muncul-muncul entah ke mana Zamri membawa Miasarah..
Kebimbangannya mula tercetus disudut hati. Sesekali kepalanya terjenguk ke luar rumah apabila mendengar deruman ekzos kereta tapi hampa semuanya bukan kereta Miasarah. Rengkungnya terasa kering lalu Razlan berlalu ke dapur ingin memasahkan tekak belum pun beberapa langkah dia berjalan pintu rumah tekuak, tersembul wajah Miasarah yang masih dengan senyumanya. Dia menghampiri tingkap mengintai kepada siapa senyuman itu ditujukan, ternyata darahnya menyirap apabila lelaki tadi yang menghantar Miasarah pulang ke rumah. Mana perginya kereta Miasarah. Kalau iapun kereta rosak kenapa Miasarah tidak menghubunginya.
“Hah..siapa lelaki tadi…” tegur Razlan tidak jadi melangkah ke dapur. Miasarah berwajah selamba walaupun sedikit tersentak cara teguran Razlan. Senyuman yang indah meniti dibibirnya sebentar tadi menghilang pergi tatkala Razlan menegurnya.
“Kawan sendiri tak kenal..” balas Miasarah acuh. Tudung yang dipakainya ditanggalkan.dia berlabuh sementara masuk ke biliknya. Razlan mengerling pada batang leher Miasarah yang terdedah. Jantungnya berdetap detup. Sesekali dia menelan liur. Sejak hari pertama perkahwinan mereka dia belum pernah menyentuh Miasarah.
“Kenapa dia hantar, mana perginya kereta kau..” panas pula telinga menyapa tutur Miasarah, sudah la dia penat kini dihujani pula soalan demi soalan.
“Rosak..” Selamba sahaja Miasarah menjawab tanpa memandang wajah Razlan yang bagaikan polis menyoal penjenayah. Apa kena dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas padanya, pelik. Setahunya belum pernah Razlan mengambil berat akan hidupnya selama hampir setahun mereka hidup sebagai pasangan suami isteri tapi kenapa tiba-tiba Razlan bagaikan mengambil berat.
Razlan rasa tercabar. Tercabar. Diamati perkataan yang bermain difikirannya. Adakah Razlan tercabar dengan kemesraannya dan Zamri. Miasarah senyum sendiri. Mustahil Razlan cemburukan dia dan Zamri atau mana-mana lelaki yang cuba mendampinginya. Dia sedar selama ini dia hanyalah teman kepada Razlan. Teman baik.
“Haa..yang kau tersengih-sengih tu kenapa” Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan ternyata Razlan bagaikan menyembunyikan perasaannya.
“Kau cemburu erk..” Miasarah ketawa gelihati melihat Razlan bagaikan tak tentu arah.
“Please la aku nak cemburukan kau.. Aku cuma nak ingatkan aja kau pada Zamri tu jangan rapat sangat..” Razlan masih mempertahankan egonya.
“Kenapa aku tak boleh rapat..” Soal Miasarah lagi. Senyuman masih lagi tersunging dibibirnya.
“Kalau kau nak berkawan dengan dia kau kena hati-hati jangan sampai masuk perangkap dia..”tegas Razlan sambil merenung wajah Miasarah.
“Tak baik tuduh-tuduh orang macam tu, mana kau tahu dia tu nak perangkap aku setahu aku dia tu baik tapi tak tahulah dengan kau aja dia nampak macam musuh.” Razlan mencerlang Miasarah. Sakit hatinya apabila Miasarah membela Zamri. Apa Miasarah ingat dia tu jahat sangat ke nak menuduh-nuduh. Kalau kau nak tahu dia lah punca aku kehilangan seseorang..kata-kata itu hanya berguman dihati. Geram pula dia melihat Miasarah bermesra dengan perampas buah hatinya.
“Aku dah ingatkan kau terserah la kau nak percaya atau tidak” Razlan berlalu tanpa memandang Maisarah yang terkulat-kulat. Akhirnya Miasarah geleng kepala melihat Razlan berlalu ke biliknya. Merajuk agaknya.
Pintu bilik Razlan diketuk perlahan sedari tadi bilik itu tidak terbuka, Razlan masih merajuk dengannya agaknya. Miasarah ketawa kecil. Kenapa Razlan perlu merajuk pula selama ini saranan Razlan padanya bukan tak pernah dilanggarnya tapi tidak lah sampai dia merajuk begini.
Pintu terkuak. Tersembul muka selamba Razlan tanpa berbaju. Miasarah termati senyuman. Malu menatap tubuh Razlan yang terdedah. Dia sedikit menunduk. Razlan tersengih dapat juga dia menundukkan wajah Miasarah.
“Malu konon tengok aku macam ni, yang kau tatap majalah maskulin terdedah sana sini tu tak malu pula.” Razlan sengaja mengenakan Miasarah yang termati kata. Dia senyum dalam diam. Bukan senang hendak menundukkan Miasarah ni.
Dalam pada wajahnya yang menunduk sempat lagi Miasarah menjawab.
“Itu tak bernyawa kau ni bernyawa tahu tak…”Razlan ketawa besar dengan jawapan Miasarah. Apakah Miasarah tergoda dengan keseksiannya..
“Pergilah pakai baju tu dulu..”arah Miasarah lalu cuba menarik daun pintu bilik Razlan supaya Razlan beredar ke dalam dan memakai baju. Razlan masih tercegat, apa yang disuruh Miasarah langsung tidak diendahkan. “Dia nak tengok ke tak nak tengok ke itu dia punya pasal lah.” Guman hati nakalnya
“Tahu kau takut, aku ingat kau berani sangat. Baru tayang tubuh kau dah mengeletar kepala lutut belum aku tayang yang lain-lain lagi..” selamba sahaja Razlan mengenakan Miasarah. Miasarah mecebik. Razlan berlalu mengambil pakaiaanya. Miasarah masih setia menunggu dipintu bilik. Tidak pernah dia menjengah ke bilik Razlan dan Razlan tidak pernah menceroboh biliknya. Miasarah mengeling ke dalam bilik Razlan.
“Mak aiii..bilik ke kapal perang ni…” terpancul kata-kata itu dari mulutnya apabila matanya sempat menyingah ke lantai bilik Razlan yang bersepah dengan pakaian baik yang luar atau yang dalam semuanya berselerak atas lantai. “Tak senonoh betul.” Razlan yang sudah berpakaian itu dapat menangkap apa yang dikatakan Miasarah tentang biliknya.
“Itu lah kau, malas nak kemas bilik suami sendiri, tengok dah macam kapal perang kan..” Miasarah mencebik. Dia tahu Razlan hanya bergurau langsung tidak bermaksud apa-apa dengan kata-katanya. Bila masa Razlan menyuruh dia kemaskan biliknya. Dah itu peraturannya bilik sendiri-sendiri hal sendiri-sendiri juga. Takkanlah dia nak memandai-mandai pula masuk ke bilik Razlan tolong kemaskan bilik yang macam kapal perang tu.
“Dah la layan kau esok tak habis, jom keluar aku lapar la..” Miasarah berjalan menuju ke ruang tamu.
“Malas la..” Jawab Razlan selamba, mengekor Miasarah dari belakang. Dia sudah makan sebelum pulang dari kerja tadi. Oleh kerana hatinya membara waktu itu dia singgah ke kedai makan. Hampir dua pinggan nasi dihabiskanya.
“Kau dah makan ke.”
“Hmm..dah..” jawab Razlan tanpa memandang wajah Miasarah. Kenapa sejak akhir-akhir ini dia seakan-akan segan untuk menatap wajah teman merangkap isterinya itu. Ada getar halus yang mulai menari setiap kali dia bertentang mata dengan Miasarah.
“Habis kau tak beli apa-apa untuk aku”. Miasarah cuba bertanya, manalah tahu kalau-kalau Razlan ada tapaukan nasi untuknya. Biasanya mereka makan bersama kalau masing-masing tidak sibuk dengan kerja. Sudah digeledahnya makanan didapur tapi satu habuk pun takde sebab itulah dia mengajak Razlan makan di luar untung-untung dapat merasa naik kereta baru lelaki itu.
Razlan serba salah. Kerana kemarahannya dia tidak membelikan apa-apa untuk Miasarah. Selalunya jika mereka tidak dapat makan bersama salah seorang akan memaklumkannya tapi hari ini Razlan sengaja tidak berbuat begitu disebabkan dia terserempak Miasarah dan Zamri bergelak ketawa dia langsung tidak memikirkan perut Miasarah.
“Kalau kau lapar masak la, tak payah makan kat luar membazir.”
“Memang itu yang aku nak, aku dah selongkar segala peti yang ada kat dapur kita tu, tapi satu habuk pun takde benda yang boleh dimasak. Itu kau punya kerja lah yang perabiskan semuanya kan.” Sembur Miasarah bersahaja.
“Eh aku pulak bukan kau ke..”tepis Razlan.
“Bila masa pulak aku masak cik abang, seminggu aku outstation bukan kau sorang aja yang ada dalam rumah ni.nak kata stuard little (panggilan manja untuk tikus) aku rasa tak pernah nampak pun” Razlan tersengih apabila apa yang dikatakan Miasarah betul-betul terkena batang hidungnya. Dia mengerling wajah ayu Miasarah walaupun tidak disaluti mekup wajahnya tetap ayu, bersih.
“Ha yang kau tenung aku macam tu kenapa.. dah ngaku salah kan..” Razlan ketawa kecil. Makin dilihat Miasarah marah semakin geram pula jadinya. Tak boleh jadi ni.
Miasarah berdiri. Perutnya sedang berbunyi minta diisi makin dilayan suaminya makin sakit pula perutnya nanti. Razlan hanya memerhati.
“Bak sini kunci kereta kau, aku pinjam sekejap boleh…” Miasarah memberanikan diri meminjam kereta kesayangan Razlan. Lelaki itu mengecilkan biji matanya bagaikan tidak mempercayai Miasarah berani meminta kunci kereta darinya. Miasarah serba salah. Dia tahu Razlan sama sekali tidak akan membenarkan dia memandu kereta kesayangannya. Razlan pernah memberitahunya perempuan yang dicintainya adalah orang pertama yang akan menaiki kereta barunya itu. Siapa lah dia pada Razlan teman tapi mesra. Kebetulan pula wira Razlan dipinjamkan kepada kawannya. Alahai semuanya tak mejadi malam ini. Terpaksalah dia berjalan kaki membeli makan.
“Aku acah aja..” Miasarah cuba berlawak menutupi rasa bersalahnya.
Razlan diam tidak memberi apa-apa reaksi.
“Aku keluar beli makan sekejap. Kau ada nak kirim apa-apa ke..” Razlan hanya gelengkan kepala. Miasarah berlalu meninggalkan Razlan yang terkulat-kulat memandang.
Miasarah mengerling jam dipergelangan tangannya, masih awal lagi, tentu masih ramai lagi orang yang menggunakan jalan disekitar kawasan perumahannya. dia ingatkan dapat la dia merasa naik kereta baru Razlan tapi rupanya tidak, Razlan masih lagi dengan prinsipnya hanya akan membenarkan wanita pertama yang dicintainya menaiki kereta barunya. Miasarah geleng kepala apabila memikirkan bagaimana jika teman-teman Razlan yang ingin menumpang keretanya apa pula alasan yang diberikannya. Miasarah ketawa sendiri. Razlan pelik tapi baik, Razlan baik tapi kadang-kadang jelik.
Sampai sahaja ke kedai makan berhampiran kawasan perumahannya Miasarah hampa. Kedai makan tersebut tutup. Kenapalah dia tidak perasankan kedai makan tadi sebelum pulang. Lenguh pula kakinya berjalan. Perutnya sudah mulai berdecit. Pedih. Miasarah menghubungi teksi, dia perlu segara mencari kedai makan. Dia takut gastriknya menyerang lagi. Hamper 15 minit dia menunggu sakit yang dirasai semakin menyengat. Miasarah menyuruh pemandu teksi memberhentikan kereta di kedai makan yang berhampiran. Hampir tak hampir pemandu teksi mengambil masa 20 minit juga untuk berjumpa kedai makan. Miasarah menekan perutnya menahan kesakitan yang kian menggigit. Dia meminta pemandu teksi menunggunya sebentar sementara dia memesan makanan untuk dibungkus.
Telefon bimbitnya bergetar. Nama razlan tertera. Tidak menunggu lama Miasarah menjawab panggilan Razlan dengan suara kesakitan ditahannya agar tidak didengari Razlan..
“Kau kat mana tu..” Miasarah mengigit bibirnya menahan kesakitannya daripada telinga lintah Razlan. Dia tidak mahu Razlan membebel panjang bila dia mengetahui gastriknya menyerang.
“Aku kat kedai makan ni. Apa hal kau nak suruh aku tapau ke..”
“Kedai makan mana kau pergi…”
“Adalah dekat-dekat sini aja. Hah! cepat la kau nak aku tapau ke, aku kat kedai makan lagi ni..”
“Tak payah la..” Razlan memutuskan talian. Kedai makan mana pula yang dimakan Miasarah. Dia baru sampai di kedai makan dekat taman perumahannya tapi tutup. BMWnya membuat pusingan. Dia mahu berpatah balik ke rumah. Kesian pula membiarkan Miasarah berjalan sendirian membeli makanan. Apa lah yang dikedekutkan sangat dengan keretanya itu. Isteri sendiri mahu pinjam langsung tidak dibaginya. Razlan meraup wajahnya beberapa kali. Rasa bersalah menerpa. Sapatutnya dia membawa Miasarah ke kedai makan tadi bukan membiarkan isterinya berjalan seorang diri mencari makan. Sudah la makanan dalam rumah dia lah yang menghabiskan, makan siang tadi pun langsung tidak ditapaunya untuk Miasarah.
“Mia..Mia..” Read More..

Thursday, March 31, 2011
Hati Ini Milikmu 33 & 34
SPECIAL ENTRY kepada semua pembaca yang menantikan kisah Emy dan Ayie sebelum ke versi cetak...Moga anda terus terhibur dengan keresahan Ayie dan sikap malu-malu tapi mahu Emy...Terima kasih semua.
Mesyuarat yang dijangka tamat awal rupanya meleret hinggakan selepas waktu makan tengah hari. Ada banyak perkara yang mahu dibincangkan Faiz panas juga punggungnya menahan diri tadi. Ayie melepaskan keluhan. Jika ada Emy yang mencatat minitnya hingga ke subuh esok pun dia sanggup duduk bersimpuh disitu tapi sejak ketiadaan Emy terasa waktu yang berlalu terlalu lama dirasakannya.
“Kenapa dengan muka kau ni angah, monyok semacam aja kalau dah rindu sangat dengan Emy tu call ajalah. Nah! ambik telefon ni, tanya khabarnya”. Handphone Faiz disuakan kepada Ayie. Adiknya itu hanya tersengih memandang. Hendak diapakan telefon Faiz dia sendiri punya telefon tidak perlu menunggu Faiz hulurkan jika memang dia mahu menelefon Emy.
“Budak tu tak sampai sehari lagi mc angah dah separuh nanar. Kalau dah sayang sangat pada dia tu apa tunggu lagi luahkan ajalah nanti tak pasal-pasal pulak pengsan lagi budak tu selalu sangat keliru.” Faiz meletakkannya telefon mudah alihnya apabila hulurannya tidak bersambut.
“Apa lah kau ni long aku tak rasa apa-apa pun” Ayie menikah tidak mahu Faiz terus terusan mengusiknya atau dalam bahasa yang lain mencungkil isi hatinya.
“Jangan nak temberang la angah bukan along tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Nampak tak tu..” Ayie menoleh, apa yang ada dibelakangnya, hanya dinding bercat putih.
“Nampak apa..takde apa-apa pun..”
“Tu ha dalam mata kau tu along nampak muka Emy aja, muka along yang angah duk pandang sekarang ni pun sipi-sipi aja kan..” Ayie tersengih. Apa yang diperkatakan oleh along memang ada benarnya. Tidak perlu menipu kerana rasa itu dapat sama dirasai oleh alongnya.
“Ha.. Macam mana, esok angah dah ke JB, bukan sehari kat sana tau sebulan pulak tu. Kalau balik pun hari minggu. Boleh tahan ke tak takut orang sini mengacau buah hati yang belum disahkan lagi tu”
Ayie memandang Faiz makin menjadi-jadi pulak usikan Faiz. Dia bagaikan tidak mampu menyembunyikan rahsia hatinya.
“La buat-buat tak tahu pulak..Bila lagi angah nak luahkan isi hati angah yang sedang bergelora tu, lagi sebulan baru boleh jumpa Emy. Kesian adik along ni.” Faiz sengaja memprovokasi adiknya. Sengaja mahu melihat sejauh manakah Ayie ingin menafikan rasa hatinya.
“Tengok lah dulu long…Awal lagi ni..” Otaknya berserabut, baru sahaja hendak mengenali Emy dengan lebih rapat dia pula terpaksa ke Johor Baharu mengendalikan projek disana.
“Jangan lama-lama ngah, nanti dikebas orang.. Along dengar kat kampung dia tu pun ramai yang minat..Orang kata apa tu..Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.” Faiz ketawa dengan kata-kata sendiri sengaja mahu menakut-nakutkan adiknya. Ayie kelihatan terpinga-pinga. Kata-kata Faiz sebentar tadi bagaikan satu jolokan buatnya. Bimbang juga kalau-kalau apa yang diperkatakan Faiz itu betul. Takut pula buah hatinya yang masih berlum diiktiraf itu dikebas orang. Faiz ketawa besar melihat kerutan diwajah adiknya termakan juga Ayie dengan katanya tadi.
“Betul ke long..dia dah ada yang special..” Faiz menulis sesutu diatas kertas kosong. Ayie hanya memerhati pergerakan tangan abangnya.
“Kalau nak tahu dia dah ada atau takde try la tanya dia, luahkan apa yang ada dihati tu. Kalau simpan lama-lama bukan boleh buat perkasam pun, merana aja yang dapat. Dah la ngah, along nak sambung kerja sekejap lagi nak masuk meeting lagi. Jangan lama sangat duduk termenung kerja tu nak kena tengok juga, apa yang along cakapkan tadi pun nak kena fikirkan juga. Dua-dua penting untuk masa depan angah. Nah ini nombor telefon dia, nombor ni hanya along ngan Nadia aja yang ada, orang lain belum tahu lagi, dia tak nak kasi pada siapa-siapa tak berkenaan..” Tekan Faiz sambil berlalu dengan sengihan memanjang. Nombor telefon bimbit Emy ditinggalkan diatas meja. Kasihan juga melihat keadaan adiknya bagai orang mabuk kepayang. Serba tidak kena duduknya. Dia tahu perasaan Ayie ketika ini, ketiadaan Emy sedikit mengugat kecerian adiknya.
Ayie mencapai kertas yang tertera nombor telefon Emy dia tersenyum bahagia, wajahnya kelihatan bercahaya, tidak disangka-sangka Faiz menghulurkan nombor telefon Emy. Hatinya berlagu girang.
Emy tenang setelah diberitahu oleh Hani Ayie telah outstation ke JB selama sebulan. Hatinya lega sejurus mendengar ucapan Hani ni, memang itulah yang diharapkan oleh Emy hari ini, kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Ayie buat masa ini. Hatinya berlagu riang. Ketiadaan Ayie sekurang-kurangnya dapat menenangkan jiwanya buat masa ini. Emy berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh semasa dia mc selama dua hari. Nasibnya baik kerja yang tertangguh itu tidak lah banyak mana.
Tapi entah kenapa baru setengah hari bekerja rasanya matanya sudah berpuluh-puluh kali memandang bilik Ayie yang kosong tidak berpenghuni. Runtin hariannya sebelum ini tidak lagi menjadi rutin. Hatinya bagaikan kosong.
“Kenapa pula aku macam ni..Apa yang tak kenanya. Ya Allah tenangkan lah hatiku agar aku senang melakukan tugas-tugasku.” pohonnya dihati.
Deringanya telefon di atas meja memeranjatkannya.
“Hello.. Boleh saya bantu..”
“Boleh.. Bantu abang hilangkan rasa rindu ni…” Ujar si pemanggil..
Hampir meletup jantungnya mendengar permintaan pelik dari si pemanggil. Pagi-pagi sudah mahu bergurau yang bukan-bukan.
“Errr..Encik ni siapa…” soalnya walaupun gerak hatinya mengatakan pemanggil itu adalah Ayie. Dia dapat mengecam suara itu.
“Baru dua hari tak jumpa, Emy dah tak kenal…takpe lah, abang ada kerja ni bye..” Talian dimatikan. Emy bingung seketika. Apa pula kenanya dengan Ayie. Kenapa majikannya jadi macam tu. Dia buntu memikirkannya. Takkan lah baru dua hari duduk di JB anginnya sudah berubah. Suaranya juga kendengaran lain dia selsema agaknya. Emy bermonolog sendirian
“Ah tak payah la fikirkan dia tu…takde kena mengena..” pujuk hatinya. Satu SMS diterimanya sebaik talian tadi dimatikan.
SMS yang diterimanya tidak diketahui siapa pengirimnnya. Hanya nombor yang tertera. Setahunya tiada siapa lagi yang mengetahui nombor telefonnya kecuali Nadia dan juga Faiz. Emy membulatkan matanya apabila dapat menangkap sesuatu...
“Fariz” terpacul juga nama itu dari bibirnya.
Abang call Emy malam nanti ada hal nak dibincangkan..
“Ah! sudah hantu raya ni makin menjadi-jadi pulak, nak bincang apa pulak ni. Kenapa tadi tak bincang aja, dari mana pula dia dapat nombor telefon aku ni. Ini mesti dari abang Faiz.” Emy geram. Baru tiga hari dia menggunakan telefon mudah alih itu nombornya sudah sampai ke tangan Ayie. SMS yang diterima langsung tidak dibalasnya. Hatinya berdebar. Kerja-kerja yang hendak dilakukan bagaikan terkaku tidak berusik. Hilang segala semangatnya.
“Hei.. Resah gelisah aja akak tengok Emy ni, kenapa. Hai... takkan lah baru dua hari terpisah dah tak senang duduk.” Usikan Hani membuatkan Emy bertambah tidak keruan, bimbang juga andai ada kakitangan yang lain mendengarnya nanti bualan itu dijadikan bahan usikan pulak. Dia dan Ayie tiada hubungan istimewa malah jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia minta ditukarkan ke tempat lamanya. Tidak selesa dengan perhatian yang diberikan Ayie kepadanya.
“Takde lah kak, Emy dengan Encik Fariz bukan ada apa-apa pun.”
“Mula-mula memang lah takde apa-apa Emy, nanti lama-lama ada apa-apa lah..Akak suka tengok kau dengan Fariz sama cantik sama padan, orang tua-tua cakap bagai pinang dibelah dua, bagaikan merpati dua sejoli...” panjang pula usikan Hani disulami ketawa membuatkan dirinya semakin kurang selesa.
“Emy nak ke pantry sekejap, akak nak apa-apa..” Ujarnya, dia mahu melarikan diri dari menjadi usikan Hani yang nampak gayanya berlarutan.
“Terima kasih ajalah Emy, akak dah minum tadi. Akak pun nak balik ke tempat akak dah ni..” Hani menyedari Emy kurang suka dengan usikannya. Emy hanya mengangguk seraya tersenyum tawar.
Angin malam yang mulai bertiup kencang bagaikan mengerti gelora dihatinya. Lembut pandanganya dihalakan pada sebatang pokok mempelam yang sedang meliuk lentok mengikut arah hembusan makluk Allah yang tidak dapat dilihat namun dapat dirasa kehadirannya. Ditalakan pula matanya ke dada langit yang hitam pekat. Kejora yang sering menemani malamnya menyembunyikan diri. Emy memejamkan matanya beberapa saat sambil menikmati angin yang mulai bertiup sedikit kencang. Hujan nampaknya akan turun bila-bila masa sahaja. Kalaulah ketika ini dia masih dikampung pasti bantal peluk dan gebar sudah menjadi penemannya disaat ini. Dia rindukan bau tanah yang ditimpa hujan setiap kali bangun pagi. Melihat titisan-titisan hujan yang masih melekat pada dedaun mengkudu, pepohon nona kelihatan segar disekitar rumahnya, alangkah rindunya pada kampung halaman.
“Apa lah mak buat kat kampung sekarang ni yea..” Tiba-tiba ingatannya mula melayang kepada insan yang membesarkannya. Walaupun sedikit ralat dengan kasih sayang yang diperolehinya tetapi dia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih mempunyai emak tidak seperti Suriati rakan sekerjanya Suriati yang yatim piatu sudahlah kematian kedua ibu bapa adik beradik pun tiada. Apa yang dilakuan emak padanya dianggap seperti seorang guru yang berusaha membetulkan kesilapannya. Kalau tidak kerana emak sering memaksa turun ke dapur sudah tentu dia tidak pandai memasak seperti sekarang, dan kalaulah emak tidak memaksanya membasuh pakaian selepas waktu subuh sudah tentu bangkitnya tidurnya ketika matahari menegak ke langit. Semuanya kerana emak. Walaupun emak mendidiknya sedikit kasar tiada sedikit pun rasa dendam dihatinya.
“Terima kasih mak..” Ucapannya perlahan sambil menahan airmatanya dari gugur.
Awan mulai memuntahkan air lalu menjadi titisan hujan. Emy masih sempat menadah tangan merasai titisan hujan jatuh ke telapak tangannya. Sejuk. Hujan mulai melebat. Emy melarikan dirinya ke dalam biliknya, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia bermandikan hujan dibalkoni tapi risau pula dia akan demam nanti.
Tut..tut.. Emy berpaling ke arah telefonnya di atas katil. Lampu berkelip beberapa kali.serta merta ingatannya pada renungan Ayie. Dadanya bergetar, tangannya menjadi sejuk. Diramasnya jari jemari agar kedinginan yang dirasai dapat dihalau pergi. Perlahan-lahan dia mangambil telefonnya lalu manatap dengan penuh debaran..
“1 message receive..” Tulisan itu diperhatikannya dengan perasan sangsi, hendak dibuka atau dibiarkan sahaja. Emy masih bermain dengan kata hatinya Akhirnya message itu dibuka.
“Huhh..lega…”rupa-rupanya mesagge yang diterima dari CELCOM. Dia tersenyum sendirian lalu ketawa kecil. Debaran yang dirasainya tadi beransur hilang.
Tiba-tiba senyumannya mati.
SMS yang dikirimkan Ayie dibacanya lagi, entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak menyedarinya. Ayat ringkas itu bagaikan mengundang seribu makna buatnya. Adakah itu tanda kasihnya mulai bertunas. Emy menggeleng laju tidak sanggup apa yang difikirkan itu menjadi kenyataan.
Usai menunaikan solat isyak Ayie berdiri di balkoni, merenung ke dada langit melihat beribu bintang sedang menemani membuatkan ruang angkasa bercahaya. Ayie menarik nafas perlahan. Melegakan keresahan yang datang tiba-tiba. Bertuahnya langit ditemani bintang, dirinya kesepian tiada peneman, ketiadaan Emy menyumbang resah hatinya. Tidak menyangka sama sekali kerana sikap nakalnya untuk mengenakan Emy memakan dirinya sendiri.
“Nak telefon ke tidak ni..”Ayie mundar mandir dibilik hotelnya. Sejak dari petang tadi hatinya tidak keruan. Telefon bimbitnya digengam kemas sesekali dia menikmati pemandangan bandar yang mulai hidup dengan bercahayakan neon malam yang berwarna warni. Jalan raya pula masih bersusun dengan kenderaan yang bertali arus. Dia bernasib baik hotel tempat dia menginap tidak jauh dari tapak pembinaan jika tidak teruk juga dia menempuh kesesakan yang bagaikan tiada penghujungnya.
“Kalau aku telefon nak cakap apa, takkan nak cakap aku sayang dia, dibuatnya tanya macam pagi tadi macam mana, apa aku nak jawab. Pagi tadi tu nasib baiklah aku kat tempat lain kalau dia tanya aku depan-depan malunya. Aku pun satu bangang sangat pergi jawab aku rindu dia tu apasal..cabul betul lah mulut ni.” Ayie bermonolong dengan dirinya sendiri apabila memikirkan keterlanjuran katanya pagi tadi. Otaknya ligat merangka apa yang ingin dikatakannya jika dia menelefon Emy nanti. Semakin difikirkan semakin buntu pula rasanya. Ayie merebahkan badannya disofa cuba merangka ayat yang sepatutnya.
Fikir punya fikir akhirnya dia terlena bersama telefonnya disisi.
#####
Sudah lima hari Ayie masih belum mampu menelefon Emy, lidahnya bagaikan kelu walaupun hati dan perasaan bagaikan berkobar-kobar untuk mendengar suaranya. Dia sendiri naik hairan dengan dirinya, selama ini dia boleh dikatakan jaguh juga apabila berkata-kata dengan gadis tetapi mengapa dengan Emy kali ini lidahnya bagaikan digam-gam. Otaknya pula bagaikan tepu untuk merangka ayat. Urusan di ibu pejabat diserahkan pada Faiz, sepenuh tumpuan diberikan pada projek baru syarikatnya. Kesibukan kerja membataskan segalanya sehinggalah suatu hari dia menerima panggilan dari adiknya Tina memaklumkan padanya Datuk Kamal telah di masukkan ke wad kerana keracunan makanan. Bimbang dengan kesihatan papanya dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan Datin Maimun dan Faiz. Segala urusan yang berkaitan diserahkan kepada perojek manager untuk pemantauan dan projek manager harus melaporkan kepadanya setiap hal yang berlaku di tapak projek. Dia tidak mahu lepas tangan walaupun dia berada pada situasi begitu.
Pintu ditolak perlahan. Penghuni didalamnya saling berpadangan sebaik sahaja Ayie melangkah masuk. Wajah kerisauannya terpamer jelas. Datin Maimun terganga melihat wajah anaknya tersembul didepan mata tanpa disangkanya. Ruang bilik sepi seketika. Ayie mendapatkan mamanya dan terus menyalami wanita yang hamper mencecah usia lima puluhan itu, selang beberapa saat dia manyalami pula papanya yang masih terlantar dia atas katil lalu menghadiahkan senyuman buatnya.
“Papa apakhabar, macama mana boleh jadi macam ni...” Soalnya tanpa menunggu lama. Datuk Kamal tersenyum seraya mengangguk-angguk perlahan. Dipandangnya sekeliling, Faiz kelihatan terpinga-pinga, angin tiada ribut tiada adiknya sudah didepan mata. Tina hanya tersengih melihat kerisauan diwajah abang ngahnya. Kerana mulut murainya lah angah sampai ke sini bertemu papa. Melihat sengihan pada adik bongsunya Faiz mencuit lengan Tina lalu berbisik ke telinga adiknya.
“Tina bagitahu abang ngah pasal papa ke.” Tina hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan Faiz. Datin Mariam hanya menjeling melihat tingkah dua beradik itu. Bukan dia melarang Ayie mengetahui suaminya dimasukkan ke hospital baginya itu hanya perkara kecil, lagipun bukannya teruk sangat sakit suaminya, andai diberitahu Ayie bimbang pula ia akan menganggu kerja-kerja yang baru bermula ditapak pembinaan. Tidak mahu anak-anaknya risaukan suaminya, dia sahaja yang menemani suaminya pun sudah cukup, tidak mahu menyusahkan anak-anak lebih-lebih lagi Ayie.
“Kenapa mama tak telefon Ayie bagitahu papa masuk wad..” Ujarnya setelah Datin Maimum mengajak mereka minum di cafe.
“Bukan mama tak nak bagitahu Ayie, tapi papa yang pesan jangan risaukan anak-anak. Papa pun bukan teruk sangat, petang ni doktor cakap dah boleh keluar. Along kan ada.” Datin Maimun menarik kerusi. Faiz tidak ikut bersama kerana menunggu Nadia yang katanya hendak datang melawat.
“Tak risau apanya mama, papa masuk wad mama boleh cakap tak bahaya lagi ke. Bukan boleh dibuat mainan keracunan ni ma, tambah pula papa ada penyakit kencing manis darah tinggi, bahaya ma..” Datin Maimun merenung wajah anaknya, itulah sebab dia tidak maklumkan pada Ayie tentang kesihatan suaminya, dia tahu kerisauan Ayie melebihi kerisauannya. Anaknya itu cukup bimbang kalau mengetahui ada dikalangan ahli kelurganya sakit, kerisauanya membutkan orang lain merasa kasihan. Datin Maimun tersenyum melihat anaknya. Untung siapa yang dapat mempersuamikan Ayie pasti anaknya itu mampu menjaga isterinya dengan baik.
“Makan dulu, tentu Ayie tak makan lagi kan, penat pun belum hilang lagi..” Ayie hanya mengangguk. Dia tahu kerisauannya terlampau. Bukannya apa dia cuma bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada papanya. Dia masih perlukan papanya, lagipun hubungannya dengan papa sejak dia mulai berpindah ke Villa Orked bertambah baik. Dan dia dapat merasai kasih sayang papanya tiak pernah pudar walaupun dia diserahkan pada nenek untuk dibela.
Nadia dan Emy berjalan seiringan mereka ternampak kelibat Faiz dan Datin Maimun yang sedang duduk di cafe. Nadia menarik tangan Emy supaya begerak laju menghampiri Datin Maimun.
“Assalamualaikum..Apakahabr makcik..”Nadia menyalami tangan bakal mentuanya. Datin Maimun tersenyum manis menyambut huluran tangan Nadia, mereka berpelukan seketika. Agak lama juga mereka tidak bertemu. Kesibukan Nadia membataskan perjumpaan dengan bakal mentuanya.
Datin Maimun merenung sesusuk tubuh yang sedang tersenyum melihat mereka.
“Kenalkan makcik ini adik Nadia, Emy baru aja tinggal dengan Nadia, dia kerja dengan Faiz sekarang ni.” Ujar Nadia mesra. Emy bersalaman dengan Datin Maimun. Wanita berumur itu mendakapnya penuh erat bagaikan mereka telah lama kenal.
“Apa pulak panggil makcik.. panggil aja mama, dah tak lama dah kita nak jadi satu keluarga kan.” Nadia tertunduk malu. Emy disebelah hanya mampu tersenyum melihat kebahagian kakaknya sesekali hatinya sayu mengenangkan nasib dirinya. Dia tunduk merenung lantai.
“Kenapa masa bertunang hari tu mama tak nampak pun, mama ingatkan Nadia dua beradik aja dengan adik lelaki Nadia, Azhar...” Ujar Datin Maimun. Seingatnya dia dimaklumkan Nadia hanya dua beradik. Tidak diketahuinya pula Nadia masih ada lagi seorang adik perempuan. Matanya tunak memandang wajah Emy yang masih kelihatan malu-malu. Emy sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Datin Maimun memang itulah yang sering diperkatakan orang.
“Emy sibuk sikit...” Jawab Emy sopan.
Datin Maimun merenung Emy.
“Panggil mama, bukan datin bukan makcik, apa nak dimalukan kan mama dah cakap tadi kita kan dah nak jadi satu keluarga..” Pintanya. Emy terdiam panggilan mama juga untuknya. Sebak didadanya disimpan kemas, terharu dengan kebaikan bakal mentua Nadia terhadapanya. Bertuahnya Nadia mempunyai bakal mentua yang merendah diri dan penuh dengan sifat kasih sayang, alangkah bahagianya jika dia juga dikurniakan mak mentua seperti Datin Mainmun.
“Kenapa tak bawak datang jumpa mama. Faiz ni pun satu bukan dia nak bagitahu pun pada mama kamu ada datang. Kerja satu pejabat pulak tu..” Datin Maimun menggeleng kecil mengenangkan perangai anak sulungnya.
Ayie yang sedang menatang dulang berisi air dan roti terhenti melangkah apabila terpadangkan akan wajah ratu hatinya. Tidak menyangka dia akan bertemu Emy di sini.
“Hai..” Sapa Ayie lalu duduk disebelah Datin Maimun. Nadia tersenyum girang, Emy disebelahnya bagaikan tidak kena duduknya. Datin Maimun manatap seraut wajah Emy, sejuk matanya memandang air muka gadis itu walaupun dia tampak sedikit malu. Ditolehnya pada Ayie yang duduk disebelahnya. Anak bujangnya bagaikan terpaku. Mata Ayie tidak lepas memandang pada sesusuk tubuh yang dirinduinya. Bakal kakak iparnya tersenyum manis, dia pasti Nadia masih belum mengenali siapa dirinya yang sebenar. Emy sedang merenungnya dengan wajah kebingungan tapi tidak lama kerana gadis itu terlebih dahulu mengalah apabila matanya tidak lepas-lepas memandang.
“Ehhmm!..Ni balik nak jumpa papa ke nak jumpa mata air angah..” Ayie baru menyedari perlakuannya diperhatikan oleh mama jika tidak masakan mamanya berkata begitu. Malu juga dengan sikap terlepas lakunya. Dia dapat rasakan ketika ini Emy turut merasa getaran yang sama dirasainya apabila gadis itu melarikan pandangannya ketika mata mereka bertembung.
“Kenapa Faiz ada kat sini, tadi bukan main lagi suruh Nadia tunggu Faiz kat sana, rupanya awak ada kat sini.” Datin Maimun merenung Ayie. Tergagap-gagap Ayie menuturkannya. Dia tahu Nadia tersalah orang. Sepuntung jarinya digarukan ke dahi. Emy hanya tersenyum tawar apabila dia sudah tahu bahawa didepannya kini adalah Ayie. Degup jantungnya sudah lama berantakan. Tidak menyangka hari ini dia bertemu dengan lelaki yang dirasakan berjaya mengucar kacirkan jiwanya. Selama seminggu degup jantungnya berjalan dengan normal apabila dirinya tidak berkerja sebumbung dengan lelaki dihadapannya ini tetapi kini jantungnya kembali tidak normal apabila berhadapan dengan Ayie. Beberapa kali dia melarikan pandangannya tidak mahu Ayie membaca pergolakan didalam dadanya.
“Nadia ingatkan siapalah perempuan disebelah Faiz tadi, tak perasan pulak dating dengan mak sendiri. Mama nampak lebih muda la, nasib baik Nadia tak pergi serang tadi…”Usik Nadia menceriakan suasana.
“Nak bodek mama lah ni kan…” Usik Datin Maimun seraya memandang wajah Ayie, dia tahu anaknya serba salah. Kalau Nadia tersalah orang tentu Emy juga turut terkeliru. Berkerja disyarikat yang mempunyai ketua yang seiras sudah pasti pusing kepala. Ini tentu angkara Faiz, kenapalah tidak diberitahunya pada Nadia mereka ini kembar seiras. Kesian budak tu.
“Ayie pergi order air untuk mereka. Nadia ngan Emy nak minum apa..” Soal Datin Mariam ramah.
“Oooo..Faiz ada nama timangan yea mama..‘Ayie’..You tak bagitahu I pun yea..sedap juga nama tu…Boleh lah lepas ni I panggil you Ayie yea.” Emy hamper tergelak ketika kakaknya masih menyangka Ayie itu adalah tunangnya. Wajah Ayie nampak berkerut. Nampak sangat dia serba salah.
“Ha padam muka, nak sangat menyamar kan..Ha.. menyamar lah lagi..” Hati Emy bagaikan digeletek melihat duduk Ayie serba tak kena. Bagikan mahu tergolek dia di situ mentertawakan bosnya.
Ayie segera berlalu. Datin Maimun hanya tersenyum melihat gelagat anak bujangnya. biarlan masalah ini mereka selesaikan sendiri. Sekali lagi Matanya terpaut pada wajah manis milik Emy seakan tidak mahu lari dari memandang gadis sopan dihadapannya. Jika dipandankan dengan Ayie sesuai sangat,bagai pinang di belah dua. Kata hatinya.
“Dulu Emy kerja kat mana..” Soal Datin Maimun mula diajak bercerita. Sekali pandang hati tuanya sudah berkenan.
“Emy tak kerja Datin Emy cuma tolong mak dikampung.” Tuturnya sopan.
“Eh tak payahlah berdatin-datin sangat dengan makcik ni Emy, panggil aja makcik ni mama..” Ujarnya dia tahu Emy masih malu dan segan menuturnya.
Sedang rancak bersembang Faiz tiba-tiba muncul dengan termengah-mengah..
“I cari you all keliling hospital kat sini rupanya awak..” Faiz duduk disebelah mamanya. Datin Maimun merenung wajah Nadia, ternyata gadis itu kebingungan.
“Apa lah awak ni Faiz tadi kan awak pergi beli air, takkan cari Nadia keliling hospital pulak, sempat pula awak tukar baju…Kalau yea pun takut duduk kat hospital lama-lama takkan lah sampai tak ingat apa-apa.” Uajrnya lagi. Disangkanya Faiz cuma bercanda. “Ada-ada ajalah awak ni.” gelak Nadia. Emy hanya mampu tersenyum.
“Kalau dah cari tak jumpa kenapa tak telefon aja.” Datin Maimun mencelah.
“Nak telefon macam mana ma, telefon along habis bateri.” Faiz memandang Datin Maimun. Mamanya mengangkat kening tanda tidak mahu masuk campur. Dia tahu itu tandanya mamanya tidak suka tentang rahsia yang belum diceritakan pada Nadia.
Ayie datang bersama air yang dipesan dengan wajah selambanya dia duduk disebelah Datin Maimun. Faiz disebelah kiri mamanya tersenyum kambing. Nadia yang masih bersisa tawanya tercengang apabila melihat wajah jejaka yang berdiri dihadapannya itu saling tidak tumpah seperti tunangnya. Renungannya bersilih ganti melihat wajah yang sama, bagaikan kini dia sedang melihat cermin. Emy hanya mendiamkan diri menanti apa yang bakal diperkatakan Nadia. Dan dia pasti perasaan Nadia ketika ini, dia juga pernah merasa apa yang dirasai Nadia.
“You all ni….” dua puntung jari jemarinya digerakkan meluahkan apa yang tidak dapat diluahkan olehnya.
“Yea kami kembar..kembar seiras.” Jawab Faiz lurus.
“Jadi yang duduk kat sini tadi tu bukan you lah erk..”
“Ini Ayie..Adik kembar I.” Ayie tersengih memandang wajah Nadia. Dia tahu bakal kakak iparnya segan dengan usikannya sendiri tadi.
“Nama saya Ayie, kembar kesayangan along…” Ayie memperkenalkan dirinya bagi menutup rasa malu Nadia. Emy berlagak selamba apabila Nadia merenungnya. Dia pasti kakaknya akan membebel panjang jika mengetahui dia sudah tahu yang mereka sebenarnya kembar seiras.
“Takpe kalau Nadia nak anggap saya along pun..Ayie tak kisah..” Usik Ayie mengembalikan keceriannya..
“Untung-untung dapat keluar dengan awek cun kan long.” Usikkan Ayie menambahkan lagi malu Nadia dia hanya mampu menutup wajahnya dengan telapak tangan. Emy hanya tersenyum kelat. Kenapa dirinya terasa hati dengan kata-kata Ayie. Memang diakui kulit Nadia lebih cerah daripadanya dan dia pasti ramai yang meminati Nadia. Akhirnya dia melarikan pandangan tidak mahu usikan Ayie tadi berbekas dihatinya.
“Ha nampak tak ni ngah, nak rasa try lah buat..” Faiz menunjukkan buku lima kepada Ayie, mereka sama-sama ketawa melihat kecemburuan Faiz pada Ayie.
“Kamu ni kat sini pun nak bergaduh..dah minum cepat, kesian papa kamu kat atas tu, adik kamu tu bukan boleh harap sangat nak jaga papa, entah-entah papa yang sakit tu jaga dia.” Kata-kata Datin Maimun menambahkan lagi ketawa mereka. Dalam gelak ada hati yang terasa ada jiwa yang tersiksa. Ayie dapat merasakan kelainan pada raut wajah Emy dan dia dapat rasakan bahawa kata-katanya tadi memberi sedikit petunjuk bahawa gadis itu turut menyimpan rasa yang sama.
“Long..lepas ni kalau along nak suruh Ayie menyamar pun Ayie sanggup.” Ucapnya sengaja mahu melihat riaksi gadis disebelah bakal kakak iparanya itu.
Faiz menjengilkan biji matanya. Dia tahu tujuan Ayie mengusiknya. Apa yang dirasakan Ayie saat ini dia bagaikan turut terpalit sama padanya.
Mama tengok baik juga budak Emy tu, baik budi bahasa paling mahal senyumannya tu kan... Kamu tak berkenan ke Ayie, tak rasa apa-apa bila tengok si Emy tu…” Datin Maimun sengaja membangkitkan nama Emy, sebagai seorang ibu dia dapat merasakan anaknya itu seperti ada menyimpan perasaan pada adik Nadia. Kalau betul-betul mereka menyimpan perasaan eloklah disatukan sama tarikh dengan kembarnya. Lagipun umur Ayie bukan muda lagi, sudah selayaknya mempunyai keluarga sendiri seperti abangnya. Apa salahnya jika mereka mengadakan majlis kahwinnya serentak dan itu juga impian anaknya Faiz.
Faiz sengaja batuk, bibirnya mengukir senyum. Hatinya bagiakan digeletek apabila meilhat Ayie sedikit gelabah apabila di soal begitu. Dia tahu rahsia adiknya semakin terbongkar.
“Tengok la dulu macam mana ma..”
“Eh! Bila pulak mama suruh kamu tengok, mama tanya kamu tak berkenan ke dengan budak tu, bukannya mama suruh kamu tengok atau tilik dia tu..” Faiz ketawa apabila adiknya tidak menjawab dengan tepat apa yang ditanya oleh mamanya. Gelabah juga bila ditebak soal hati.
“Yang ni lagi sorang, angin takde ribut takde tetiba aja gelak ni kenapa..”
“Takde apa-apa lah ma…tapi kan ma bagi Faiz ok juga kalau Emy tu dipadankan dengan Ayie ni ma, kat office tu ramai jugalah yang cari peluang nak dekat dengan Emy, tak tahulah along dah ada yang berjaya rebut hatinya atau belum, agak along rasanya dah ada yang berjaya kot.” Kata-kata Faiz membuatkan jantung Ayie bagaikan diregut, dia tidak tahu selama ini Emy menjadi rebutan staff di syarikatnya. Patutlah staff lelakinya semakin rajin berkerja. Rupanya ada udang disebalik batu.
“Ini tak boleh jadi, kalau aku tak pikat dia dari sekarang melepas pula nanti.” Bisik hati kecil Ayie. Dia tidak mahu berputih mata mengejar bayang-bayang gadis yang berjaya mengusik perasaannya.
“Eh! laju sangat bawak kereta ni Ayie nak kejar siapa, teguran Datin Maimun menyedarkan dirinya sedang memandu.
“Kalau iya pun takut buah hati dikebas orang baik ikat aja, tak payah nak peningkan kepala..” Sindir Datin Maimun. Ayie meperlahankan kereta setelah menyedari tanpa sengaja dia semakin menekan pedal minyak. Tajam juga kata-kata mamanya. Wajahnya mulai bertukar hangat apabila sekali lagi Faiz mentertawakan dirinya.
“Nak buat macam mana ma kalau dikebas orang terpaksalah along bersanding dulu.” Kata-kata along bagaikan menambahkan cili api.” Ayie hanya mampu menjeling geram pada Faiz, dia tidak mahu keresahannya semakin terserlah dihadapan mamanya.
Mereka selamat sampai ke Villa Orked walaupun disepanjang perjalan tadi hatinya bagaikan disiat-siat.
“Kalau Ayie dah bersedia, nanti bagitahu mama dan papa. Tahulah macam mana kami nak ikat anak dara Mak Jah tu lagi sorang.” Ucapan Datin Maimun bagaikan penyuluh jalan buatnya. Belum apa-apa mama sudah merestui pilihan hatinya. Lampu hijau dah dapat. Tunggu puteri idaman setuju aja sekarang ni.
“Dah! Jangan nak tayang gigi kat situ pulak..tak nak masuk rumah ke…” Sindir Datin Maimun. Ayie hanya mampu melebarkan sengihannya dia memeluk mamanya dari belakang sambil berjalan masuk.
“Terima kasih ma..” Ucapan itu dibisikkan ke telinga mamanya. Datin Maimun tersenyum panjang tahulah kini anaknya dilamun cinta. Read More..

Monday, March 28, 2011
Jatuh Cinta
SEKADAR HIBURAN SEMENTARA MENANTIKAN ENTRY-ENTRY TERBARU. CERPEN PENDEK DALAM VERSI TERENGGANU. SEMOGA TERHIBUR....HEHEHEHE
Awang memandang muka Pok Loh. dia tahu Pok Loh masih menunggunya. Pok Loh tidak memahani hati dan perasaanya. Jika Pok Loh tahu sudah tentu Pok Loh tidak akan memaksanya.
Awang memandang Tok Penghulu berlalu dan masih lagi tersengih-sengih.
sebuah basikal tua melalui jalan. Pok Loh tersengih. Itu Jali baru balik dari baruh agaknya. dibelakang basikalnya penuh dengan muatan pucuk-pucuk kayu. dia tersenyum tatkala Jali menghampirinya.
semek yang masih duduk didalam raga basikal Jali gelisah. Sungguh dia sudah jatuh cinta pada si Awang. Kegagahan dan kecekapannya memanjat pokok kelapa membuatkan dirinya panasaran. Dia tahu Awang juga ada hati padanya.
Faham lah Pok Loh mengapa Awang berperangai ganjil. Rupa-rupanya Awang sudah jatuh hati pada Semek dan kedatangan Semek bagaikan memberi kekuatan pada si Awang.
Tanpa diminta dan disuruh seperti tadi Awang sudah pun memanjat pantas hingga ke pucak. satu persatu kelapa tua dijatuhkan. Pok Loh dan Jali ketawa gelihati. Faham lah mereka Awang dan Semek sudah JATUH CINTA.
Awang wehh,bakpe jadi lagu ning, g la panjat pokok nyor nungPok loh tengok mata Awang terkebil-kebil memandangnya. sesekali mata Awang larikan pada batang pokok kelapa. Entah apa kena dengan perangai Awang pagi-pagi sudah merunsingkan fikiran Pok Loh.
Weh Awang kalu mung dop panjat, aku tak mboh bui mung makang hari ni, mu pilih nok kije ke tak mboh kije. Pok Loh mengugur Awang yang masih lagi menguis-nguis tanah. sesekali tangannya menggaru tubuh. Pok Loh masih menanti dengan sabar. untuk memujuk dia memerlukan kesabaran yang tinggi tidak boleh marah ikut suka hatinya. Awang sangat sensitif.
Gi lah Awang, pok dok larat doh nok maroh-maroh. Awang masih lagi diam membisu. Pok Loh menggaru-garu kepalanya yang sudah penuh ditumbuhi uban. otaknya liga berfikir mengapa Awang berkelakuan begini sebelum ini Awang tidak pernah bersikap pelik seperti ini.
Awang memandang muka Pok Loh. dia tahu Pok Loh masih menunggunya. Pok Loh tidak memahani hati dan perasaanya. Jika Pok Loh tahu sudah tentu Pok Loh tidak akan memaksanya.
Pok, bukang Awang tak mboh panjat pok, tapi Awang sakit pok..sakit...Hatinya menjerit sayu. semut -semut yang mulai menjalar disekitar kawasan dia bertengek dikuis-kuisnya perlahan. Awang ayik memandang pergerakan semut yang teratur bagaikan membentuk satu barisan yang cukup panjang. matanya masih terkebil-kebil memandang.
g lah panjat nung Awang, siket lagi nok ujang pulok, kalu lambat Awang panjat lambat la kita buleh hasil. Pok Loh masih memujuk Awang. Rotan ditangannya masih lagi kejap dipegang. dia tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mendidik Awang, lagipun sebelum ini Awang tidak pernah bersikap begini. Awang mundar mandir disekeliling pokok kelapa, hatinya resah memandang Pok Loh mengengam rotan ditangan.
Pok kalu pok paham hati Awang ni Pok dop sapa hati nok rotan Awang, tapi Awang nok kabo gane ke Pok, pok bukan nok paham hati AwangAwang merintih dalam hati.
Cepat Awang, tok ngulu mari doh nung..... Pok Loh tersengih menyambut kedatangan penghulu kampung Hj Ibrahim. Hj Ibrahim memandang Awang hairan, dia mendongak kepala menghala ke pokok kelapa yang tinggi melangit. Kelapa masih belum gugur ke bumi. Hj Ibrahim memandang Pok Loh.
Bakpe Loh, Nyor dok panjat lagi keSoal Tok Penghulu. Pok Loh serba salah sesekali matanya dialihkan pada Awang yang masih bermuram durja.
Dok Panjat lagi tok ngulu, si Awang tu hor, tengoh cari feel, sekt ag naik arr tu.Pok Loh memberi alasan. Tok penghulu tersengih.
ganah ngat Awang tu, sapa cari feel dulu nok panjat tapi Loh jangan sapa orang kampung dok masok doh la sebab nyor dop sapa ag, malu kita Loh.
Jangan bimbang tok, kita panjat seme pokok hok ada nyor kering. Hj Ibrahim hanya tersengih memandang. Dia tahu Pok Loh orang yang boleh diharapakan lebih-lebih lagi kerajinan si Awang membuatkan penduduk kampung selalu memanggil Pok Loh dan Awang untuk memetik kelapa tua.
Doh kalu gitu dakpe la Loh, ambe tinggal ke mung blake la tuh, ambe nok g cari barang pulok lepah niHj Ibrahim meminta diri sebelum berkata sesuatu pada Awang.
Molek-molek panjat pokok tu Awang, kang dop bini pulok mung erk g.
Awang memandang Tok Penghulu berlalu dan masih lagi tersengih-sengih.
Macam mana Tok Ngulu tahu aku nok bini ningAwang garu kepala. sesekali tangannya turut menggaru badan adakalanya jika terlalu gatal dengan kaki kaki sekali dia bantai garu ke badan.
Wang, tok ngulu harap sangat ke kita tu Wang, jangan wak malu Pok. Pok ni tua dohpujuk Pok Loh. Awang berdri sesekali dia duduk. dia kerasahan. lama dia menanti tapi tak kunjung tiba.
Bakpe yang resoh sangat tu Awang, mu tunggu sapePok Loh melihat dikeliling, jalan yang sunyi tiada siapa yang lalu lalang. di kiri kanan kebanyakannya pokok kelapa.
sebuah basikal tua melalui jalan. Pok Loh tersengih. Itu Jali baru balik dari baruh agaknya. dibelakang basikalnya penuh dengan muatan pucuk-pucuk kayu. dia tersenyum tatkala Jali menghampirinya.
Mana nyor nyer Pok Loh, panjat dop lagiSoal Jali sebaik sahaja dia menghampiri Pok Loh. Nun dihujung sana Awang bagaikan tersipu malu apabila matanya bertentang mata dengan si Semek duduk bertinggung di dalam raga basikal Jali. dirinya kembali bersemangat apabila melihat semek bagaikan tersenyum kepadanya.
dop tahu la Li, biut sungguh Awang hari ni, skale dop gitu, aku pong dop tahu la, Tok Nglu mari singgoh doh tadi tanya nyor panjat dop lagi, malu aku Li. skale kalu aku sapa suruh panjat jer desup dia g, hari ni aku dop tahu lah bakpe
dia sakit kop Pok Loh
sakit nape, sihat molek-moleh ada mareng, neting sokmo petang-petang. Jali hanya ketawa. dia sendiri tiada jawpan jika Pok Loh sudah katakan begitu.
semek yang masih duduk didalam raga basikal Jali gelisah. Sungguh dia sudah jatuh cinta pada si Awang. Kegagahan dan kecekapannya memanjat pokok kelapa membuatkan dirinya panasaran. Dia tahu Awang juga ada hati padanya.
Oh pujaan hatiku, panjat la, tunjukkan kegagahanmu aku ingin sekali menyaksikannya di disiniucap Semek dengan sepenuh hati. Si Awang bagaikan mendapat semangat. dia berdiri megah.
Abang Awang akan tunjukkan pada Mek, Abang Awang akan buktikan pada Meksuaranya yang nyaring bagaikan menyentak Pok Loh dan Jali. Masing-masing berpandangan. Semek di dalam raga dipandangnya sesekali di alihkan pula pandangan ke arah Awang. Semek bagaikan bercakap dengan Awang. Pok Loh dan Jali sama-sama ketawa.
Faham lah Pok Loh mengapa Awang berperangai ganjil. Rupa-rupanya Awang sudah jatuh hati pada Semek dan kedatangan Semek bagaikan memberi kekuatan pada si Awang.
Tanpa diminta dan disuruh seperti tadi Awang sudah pun memanjat pantas hingga ke pucak. satu persatu kelapa tua dijatuhkan. Pok Loh dan Jali ketawa gelihati. Faham lah mereka Awang dan Semek sudah JATUH CINTA.
Nampok gayanye aku kene g minang Semek la lepah ni LiPok Loh dan Jali ketawa lagi. Semek didalam raga tersipu-sipu malu.
Oh Abang AwangkuRead More..
Wednesday, February 9, 2011
Pion Oh Pion 15
Aku duduk termanggu diatas kerusi apabila mengenangkan janjiku pada emak tempoh hari, dah tiba masanya hari yang mak dan kak Ayu nanti-nantikan. Kalau boleh aku langgar janji-jannjiku ini sudah tentu aku akan melarikan diri saat ini juga tanpa menoleh lagi tapi apabila mengenangkan aku yang bersalah aku turuti juga walaupun hatiku separuh menjerit. Emak dan kak Ayu bagaikan tidak sabar mengikuti percutian 3 hari 2 malam yang ditaja oleh makcik Zaini. Bukan main lagi muka mereka berseri-seri hanya muka aku sahaja yang monyok dari semalam. Apa yang nak digembirakan sangat destinasi percutian yang memang paling tak syok aku jangka berkelah dikampung makcik Zaini memangla semunya di tanggung oleh mereka. Tinggal pula di rumah warisan emak dan ayahnya. Lain lah kalau ditaja ke pulau langkawi ke pulau pangor ke nak menjerit juga aku, ini tidak balik kampung, apa yang seronok sangat rumah mak tok aku pun kampung juga.
“Dah siap kemas barang-barang kamu tu Ija, sekejap lagi Iskandar sampai.” aku memasamkan wajah apabila nama Awang disebut lembut oleh emak. Kak Ayu disebelah tersengih memanjang. Entah apa yang melucukan sangat hari ini.
“Cepat lah masa berlalu, kan best aku pejam mata bila buka mata dah masuk hari Isnin.” Aku merungut, membayangkan seketika bila aku buka mata hari sudah bertukar hari dan aku bersedia ke tempat kerja, ini bermakna hari jumaat, hari sabtu dan Ahad aku takkan aku lalui buat minggu ini. tapi mustahil bukan, nak tak nak aku terpaksa tempuhinya juga.
“Eh! budak ni kita cakap buat derk aja, tak dengar ke apa yang mak tanya ni.” Mak mula naik angin melihat aku hanya mendiamkan diri. Baru nak berangan sikit tak boleh.
“Dah la mak, orang dah kemas pagi tadi.”
“Dah check semuanya barang-barang tu nanti ada pula yang tertinggal, jangan sampai sana baru terngadah.”
“Mak ni suka buat orang macam budak kecik, orang dah besar la..”
“Yea lah.. Kamu dah besar panjang tak perlu mak nak ajar lagi, tak perlu mak nak tegur lagi..anak-anak mak semua dah pandai dah tahu buat semuanya dah tak perlukan mak lagi..” Sudah… mak dah mula emosional, aku memandang kak Ayu minta simpati memujuk hati emak. Kak Ayu menjeling geram dengan tingkaku tadi.
“Mak Ija tak bermaksud macam tu..Ija minta maaf yea mak..” Emak hanya diam. sejak dari peristiwa aku lari dari rumah aku tengok emak selalu berkecil hati dengan kata-kataku. Aku mengeluh perlahan.
“Mak..” Kak Ayu memanggil emak dengan senyuman melebar. Aku tahu si Awang sudah sampai apabila dapat ku baca dari riak muka kak Ayu yang manis bergula.
“Dia dah sampai mak, jom!..” Kata-kata kak Ayu menyelamatkan aku. Belum dijemput
Awang sudah berada ditingkat atas. Wajah emak mula bertukar ceria, sesekali datang juga fikiran jahatku apabila memikirkan betulkah emak berkecil hati denganku atau ini semua rancangan emak untuk menyatukan aku dan awang. Aku sengaja melarikan diri ke dapur ketika Awang terjengul dimuka pintu, biarlah Awang nampak muka emak dan kak Ayu yang berseri-seri dahulu sebelum nampak muka aku yang dah macam mak cencurut tertelan racun, kan pengsan pula si Awang tu tak pasal-pasal pula nak mengusung.
Rosminah tersenyum kepada anak sulongnya. Rajuknya telah memerangkap anak bongsu untuk turut menyertai mereka pulang ke kampung Zaini. Sudah lama mereka tidak bersua muka dengan nenek Iskandar.
“Ija jom nak..Is dah tunggu ni.” Rosminah memanggil anaknya.
Aku keluar juga dari tempat persembunyian, Awang tersenyum memandang. Aku hanya berlagak selamba bagaikan tidak nampak yang dia wujud dikalangan kami.
“Kau ni, orang tu bukan main lagi senyum, kau buat muka poyo. Tak baik tau dik buat macam tu Senyum itukan satu sedekah. Pagi-pagi lagi kau dah buat dosa.” Kak Ayu membisikkan ceramahnya perlahan ke telingaku. Aku mengekori kak Ayu dari belakang.
“Ija duduk depan. Mak tak boleh duduk depan ni pening kepala..” Rosminah menarik anaknya ke pintu hadapan. Kak Ayu hanya tersengih
“Eh! mak kenapa orang pulak..kak Ayu lah dia lebih tua ari Ija”
“Ala takpe Ija, kak Ayu nak jadi mem pulak kat belakang ni. Apa yang susahnya kau duduk aja dik, bukan suruh memandu pun..”
“Kak…” Aku bagaikan marayu.
“Dah kita nak gerak ni Ija... Is… jom!…” Arah Rosminah
“Ija memasamkan mukanya. Apa lagi yang diplanningkan oleh mereka bertiga.
Aku membuka mata perlahan-lahan, entah bila kami tiba di kampung Iskandar pun aku tidak sedar. Aku memandang disebelahku, Awang tiada ditempat duduknya sudah lama menghilang agaknya. Aku menoleh ke belakang mencari kelibat kak Ayu dan emak pun tiada, sampainya hati diaorang tinggalkan aku terkulat-kulat didalam kereta seorang diri. Aku mengosokkan mataku yang terasa pedih, dari jauh aku nampak kelibat mak dan kak Ayu sedang berpeluk-pelukan dengan wanita tua yang sedang menyambut kedatangan kami. Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu kereta, saat itu semua mata memandang tepat ke arahku, bagaikan aku ini bintang filem yang termasyur di tanah air ini...hahaha sempat lagi aku berangan. Mataku berkelip beberapa kali, makcik Zaini tersenyum memandangku. Kak Ayu dan emak turut tersengih. Ah malunya aku waktu ini diperhatikan. Aku menyapu lembut wajahku bimbang pula kalau-kalau ada air liur basi melekat di pipi. Awang tersengih mengelengkan kepala saat mata kami bertembung. Apa…lucu sangat ke muka orang baru bangun tidur. Aku menjeling entah nampak atau tidak dia dengan jelingaku.
“Mari sini Ija.” Makcik Zaini memanggil lembut namaku. Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke arah mereka sekeluarga.
“Lena tidur tadi Ija, tentu penat sangat kan, nanti boleh sambung tidur dalam bilik, selesa sikit..” kata-kata makcik Zaini bagaikan boom menimpa ku walaupun aku tahu bukan itu maksudnya. Kalau kepala ku ini boleh dicabut dah tentu aku aku tanggalkan dan letak dibawah kusyen tempat duduk aku tadi. Aku hanya tersengih menahan malu. Baru aku perasan emak sedang menjeling sambil mulutnya memuncung supaya aku bersalam dengan makcik Zaini. Hampir terlupa aku.
Aku menghulurkan tangaku kepadanya. Dia menyambut lalu memelukku erat. Busuk-busuk aku ni nak juga makcik Zaini peluk yea..Hehehe. Aku katawa dalam hati, “Janganlah masa aku tidur tadi air liur basi tumpah atas bahu, nanti tak pasal-pasal makcik Zaini tak dapat tidur malam... yerk ..hehehe”
“Ini nenek Iskandar..nenek Ija juga..” lembut Makcik Zaini memperkenalkan aku pada nenek Iskandar yang sedari tadi tidak lepas memandangku.
“Mak inilah Ija, mak ingat lagi tak…”Aku berlalu mendapatkan nenek Awang, lalu aku mencium tangannya. Lelaki disebelah nenek turut tersenyum memandang. Aku berkalih pula ke arah lelaki dalam lingkungan 70-an perbuatan yang sama aku lakukan pada lelaki tua itu
“Yang tu atuk..”
“Ayah ingat lagi tak Aliza..anak Ros yang bongsu ni..”
“Apa tak ingatnya Zai, budak ni lah yang tak menyempat-yempat nak dipakaikan lampin sampai terkucil atas riba ayah, hmmm cepatnya masa berlalu dah besar panjang budak ni. Tak lama lagi dah boleh jadi mak orang..” ketawa bergema, bagaikan sedang mengejek aku. Ah! malunya aku ketika ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu, mengapa kisah lama diungkit lagi. Aku pun dah lupa. Budak umur satu tahun mana nak ingat apa-apa, kalau aku dah pandai bercakap dah tentu aku bagitahu nak terkecing. Nasib baik aku tak terberak. Awang ku lihat menundukkan wajahnya. Gerammnya aku. Kenapa aku menjadi bahan jenaka mereka. Terasa mahu menangis ketika melihat mereka semua sedang mentertawakan aku. Suara atuklah yang paling kuat sekali. Aku merenung rumput dikaki, tidak sanggup aku ditenung oleh mata-mata yang sedang berair mentertwakaku, emak dan kak Ayu turut bersekongkol, bukan main lagi mereka ketawakan aku. Dah la aku tertidur dalam kereta pun mereka tak kejutkan, memang sengaja nak kenakan aku lah tu.
“Sudah lah tu atuknya kesian dengn budak Aliza ni, tengok tu kan dah malu budak tu.” suara nenek menyapa telingaku. Entah bila dia menghampiriku langsung tidak aku sedari.
“Dah jom Aliza, jangan diambil hati sangat dengan mereka tu, macam ni lah kalau kita berkumpul, itu belum datang lagi sekeluarga, kalau tidak lagi gamat lah rumah nenek ni.
Is bawak barang-barang Aliza naik ke atas. Kesian budak ni tentu penat sangat tadi.” Terasa diri bagaikan dibela, aku menjeling ke arah kak Ayu yang memuncungkan wajahnya. Heheheh dah tentu kak Ayu cemburu aku dilayan dengan baik oleh nenek..
Pertama kali melangkah ke dalam rumah nenek, aku terkesima bagaikan aku berada didalam istana lama. Kagum aku melihat cirri-ciri warisan lama masih dikekalkan.
“Jangan takut cu, walaupun rumah nenek ni macam ni, tapi takde benda-bena seram pun..”
Aku tersenyum.senang dengan layanan nenek padaku. Emak dan makcik Zaini entah ke mana menghilang, kak Ayu sebentar tadi telah ke bilik mungkin sedang menukar pakaiannya atau sedang berehat. Bila pula masa aku nak merasa tilam empuk ni.
“Kalau Aliza nak berehat pergilah. Itu biliknya.” Nenek menunjukkan bilik kepadaku.
Aku meminta diri lalu berlalu meninggalkan nenek diruang tamu Masuk sahaja bilik tetamu aku lihat kak Ayu sedang terlena.
“Amboi kak Ayu lena tak tunggu aku yea..”
Dan dengan kudrat dan kegembiraan yang ada aku terus menerjah tilam yang nampak empuk dimata.
Ah!..
“Kenapa ni dik..” kak Ayu terbangun saat mendengar aku terjerit. Aku memegang pinggangku dengan badan melentik kebelakang.
“Kenapa tu Aliza..” suara nenek diluar bilik bertanyakan kenapa aku menjerit.
“Takde apa-apa nek..”Aku mendengar derap tapak kaki nenek berlalu meninggalkan bilik kami.
Entah apalah yang difikirkan nenek mendengar suaraku menjerit tadi.
“Kenapa..” tanya kak Ayu
“Sakit la..”
“Tahu lah sakit..tapi kenapa kau menjerit tadi..”
“Mana aku tak jerit, kau tak nampak ke aku melayang atas tilam tadi. Aku ingatkan lembut rupanya keras giler…ni tilam ke kayu kak.”
“Hahahhaha..” kak Ayu ketawa sambil menekan perutnya. Gelihati dengan tingkahku tadi agaknya..
“Ha padam ngan muka kau, nak sangat jadi superman, nasib baik tak patah pinggang tu. Perangai kau tak ubah-ubah erk dik, kalau dah kahwin nani macam mana tak tahu. Mesti kau buat aksi lompat, aksi melayang kan..pengsan laki kau dik..Aku mencebik apabila ketawa kak Ayu semakin menjadi-jadi.
“Kau kan dah tengok tadi rumah ni macam rumah lama, mestilah takde tilam empuk macam kat rumah kita tu. apa la akai ada ka…”
Aku menggosokkan belakang badanku perlahan-lahan. Memerhatikan sekeliling bilik tetamu. Susanan perabut teratur dan begitu menarik walaupun dihiasi ukiran-ukiran dan perabot lama. Minat benar nenek dengan barang-barang lama.
Aku terjaga dari tidur saat perutku berkeroncong minta diisi. Aku mengrling jam didinding.
“Haa dah pukul 5 petang. Kenapa diaorang tak kejutkan aku. Nasi ada lagi tak ni..”
Aku bergegas turun dari katil. Kak Ayu disebelah sudah tiada.
“Sampai hati kau kak..”
Aku menjenguk ke luar bilik. Sunyi aja, tiada suara orang pun diruang tamu atau di beranda. Aku berjalan pelahan-lahan mengintai kalau-kalau kelibat mereka ada di situ. Aku melangkah ke dapur. Semua orang tiada di situ. Ke mana mereka semua. Bulu roma ku meremang. Aku ditinggalkan seorang diri. Terasa mahu menangis saat itu. Aku berpaling untuk berpatah balik ke bilik. Dan saat itu aku terpandang akan susuk tubuh berkelubung putih.
“Makkkkkkk!!!!….” Aku menjerit sekuat hati sambil memejam mata. Serentak itu kendengaran kaki melangkah laju menghampiriku. Aku semakin menggigil.
“Aliza..kenapa dengan kamu ni..” suara nenek kedengaran jelas dicorong telingaku
Aku membuka mata perlahan-lahan. Nenek rupanya berkelubung putih bersama sengihan dan akhirnya menjadi ketawa sakan.
“Kenapa dengan kamu Ija, lemah semangat betul kamu ni, pergi mandi, sembahyang lepas tu makan, lauk pauk dah ada kat atas meja tu ceduk aja..” Aku mengangguk perlahan. Nenek tersenyum melihat wajahku pucat lesi.
Mana tak terkejutnya aku, dah la rumah macam rumah zaman purba kala, sunyi sepi pulak tu tiba-tiba muncul dengan kelubung putih mahu tak pengsan aku. Rupanya nenek baru selesai solat asar.
Aku seret basikal milik atuk di atas jalan yang tak berturap, merah menyala. Kalau pakai baju putih buat aksi berguling-guling macam filem hisdustan tu sah-sah baju bertukar warna. Aku kayuh berhati-hati basikal tua yang masih elok itu, sakit hati mengenangkan mereka-mereka yang meninggalkan aku sendirian di istana lama itu. Sampai hati mereka.
“Nenek Ija pergi dulu.” Laungku apabila teringat nenek yang masih perhatikanku sedari tadi
“Hati-hati, jangan jalan jauh-jauh sangat nanti sesat karang susah nak mencari.”
“Dekat sini aja nek..” Aku segera mengayuh basikal tua itu sambil menyanyi kecil. Lagu basikal tua nyanyian Allahyarham Sudirman menjadi peneman perjalanku saat itu.
“Tak sangka cantik juga kampung Awang ni. Tak rugi aku datang. Kalau dapat menjerat burung lagi syok ooo…”
Aku mengayuh basikal perlahan-lahan menjelajah dari satu kawasan ke satu kawasan bagaikan seorang YB yang mahu bertanding pilihanraya untuk menawan hati penduduk kampung. Aku tersengih lagi tatkala melihat beberapa orang kanak-kanak sedang leka menangguk ikan. Terasa ingin menyertai mereka tapi keinginannku terbantut apabila terpandang beberapa pasang mata sedang memerhatikanku tanpa sedar. Aku tersingih. Yea lah aku kan budak baru kat sini tak pernah nampak pulak tu tentulah naik hairan bin ajaib makcik-makcik dan pakcik-pakcik di situ. Tidak mahu mengundang rasa hairan berpanjangan aku berlalu dari situ, meninggalkan hasrat hati untuk turut serta. Ala apa yang nak ditakutkan hanya budak-budak berusia 8 tahun aja. Yang aku takutkan tadi mak bapak dia daaa..
Aku berhenti dipersimpangan jalan berhampiran tali air. Tidak tahu yang mana satu jalan yang harus ku pilih. Sebuah kereta BMW 5 siries melaluiku.
“Macam kenal aja kereta tu.”
“Alamak…bos ke..” memang benar tekaanku. Kereta putih itu berhenti betul-betul disebelahku. Aku tersengih apabila Encik Ahmad menurunkan cermin keretanya.
“Awak buat apa kat sini Ija…”
“Tak buat apa bos, hantar surat la…” beraninya aku mengenakan bos sendiri.
“Banyak lah awak punya lawak..takkan awak nak hantar surat sampai ke kampung nenek saya ni.. dah buang tebiat ke awak ni. Dah tak siuman..” amboi lancangnya mulut Encik Ahmad ni mengata aku.
“Ala bos ni, saya gurau sikit pun tak boleh..Oooo ini kampung bos erk, cantik juga kampung bos kan, mana puan, tak balik sekali ke..” Aku sengaja menjenguk walaupun ku nampak disebalahnya tiada siapa-siapa.
“Ada kat rumah tu haa..yang awak ni tak jawab lagi soalan saya banyak pula menyoal kita..” Encik Ahmad turun dari keretanya, nak melepak bersama aku ke kat sini, Nampak dek bini kan mampus kena maki pulak. Alahai kenapalah dia muncul saat aku takde mood macam ni, silap-silap hari aku telan aja Encik Ahmad ni.
“Ala bos selalu bos yang soal saya sekarang saya la pulak soal bos, lagipun kita bukan kat opis ni bos, kita kat padang bertemankan lalang yang tumbuh menghijau. Segar juga lalang-lalang kat sini kan bos, tapi pelik juga lah saya ni, orang kampung saya kalau lalang tumbuh meliar macam ni dah lama kena bakar daripada meliar macam ni baik tanam pokok rambutan gula batu ke, jambu batu ke..saya suka tu..”
Encik Ahmad geleng kepala dengan perangai tak betulku. Entah kenapa aku sendiri pun tak mengerti hari ni terlebih cakap pula dengan bos, atau mungkin pertemuan ini diluar pejabat.
“Hempuk batu kat kepala awak tak nak..”
“Ishhh..kenapa pulak nak hempuk kepala saya bos. Orang puji kampung dia pun marah. Kampuung saya lagi cantik dari kampung bos ni tau..”
“Betul ke awak tinggal di kampung Ija, macam tak caya pulak saya..”
“Betul lah..saya memang duduk dikampung..Kampung Baru…hehehehe.” Aku ketawa bilamana dapat menegnakan bos yang paling garang sekali di atas muka bumi ini.
“Eee…awak ni memang nak kena ni..”
“Hahahahaha..bukan selalu saya kenakan bos. Ala releks la bos kita kan kawan.
“Siapa nak kawan dengan awak tu..” macam budak-budak pula aku tengok Encik Ahmad ni. Belum pernah aku tengok perangai dia macam ni, dia yang buang tebiat atau aku yang terlebih tebiat.
“La bos lah siapa lagi..kan..kan..tak nak kawan ngan kita sudah, saya kawan dengan burung-burung yang cantik molek sedang terbang tinggi tu…” kepala dan jari telunjukku dongakkan ke atas, mataku sempat melirih pada Encik Ahmad, dia turut sama memandang ke arah yang sama. Aku ketawa dalam hati.
“Apa awak melalut ni Ija, awak lari dari rumah erk, macam mana la awak boleh terdampar kat kampung saya ni..buat menyemak aja.”
“Sampai hati bos cakap saya macam tu..tak baik tau. Saya kan tetamu kat kampung bos ni, sepatutnya bos ajaklah saya pergi jalan-jalan tengok kampung bos yang cantik ni, ajak saya pergi main layang-layang ke jemput datang rumah bos ke ini tidak bos kutuk lagi tetamu baik hati macam saya ni, tak baik tau bos..”
“Malas la saya layan awak ni, saya nak balik. Kat mana pun awak tinggal jangan merayap tak tentu hala nanti risau pulak tuan rumah.”
“Ye a lah bos. Sekejap lagi saya balik la. Bukan saya jalan jauh pun dekat-dekat sini aja.”
“Basikal siapa awak pinjam tu..macam kenal aja..”
“Basikal atuk saya lah..kenapa…bos berkenan erk..” acahku pada Encik Ahmad. Dia hanya mencebik walaupun mata tak lepas pandang pada basikal yang aku sandarkan pada bongkah batu itu.
“Tanya aja..dah la saya balik dulu. Jangan merayap sana sini. Hari dah nak senja tu.”
“Sayang juga bos pada saya erk..”akhirnya aku ketawa bila Encik Ahmad mencebik. Terubat juga rasa sakit hatiku pada Awang dan yang lain-lain.
“Sayang tak sayang, awak tu perempuan karang jadi apa-apa kan susah. Nanti nama kampung saya pulak tercemar.” Amboi bukan main lagi sinis kata-kata Encik Ahmad. “Takpe-takpe ada ubi ada batas, selori nanti aku balas. Tunggu lah bos..” Encik Ahmad meluncur laju bersama kereta kesayangannya. Read More..

Wednesday, January 26, 2011
Dia Yang Terpilih 10
“Apa cerita kampung kita…”
“Takde apa, macam tu juga lah, tanam padi tumbuh lalang.” Naziah menjeling.
“Aku sempat singgah rumah mak kau kejap, dia asyik tanya aku bila kau nak ada pakwe, umur dah meningkat rambut makin banyak yang putih, entah bila la dia dapat merasa timang cucu.”
“Kau ni kan Maira pandai aja karang cerita erk, bukan aku tak kenal kau tu, satu mak aku cakap kau sampaikan pada aku sepuluh cerita.” Aku mengekeh ketawa melihat wajah Naziah berubah kelat. Geram mungkin dengan kata-kataku.
“Ala kau ni pun… itu pun nak ambik hati..”
“Mana ada aku ambik hati kau Maira, cuba kau cek betul-betul dalam rongga kau tu hati kau melekat kat situ lagi ke atau dah hilang.” Loyar buruk pula Naziah kali ni, balas dendam la tu. Aku kembali ketawa dan dia turut ketawa.
“Mak kau kirim salam. Dia cakap tolong tengok-tengokkan kau.” Naziah tersenyum manis.
“Aku tengok mak kau makin berseri-serilah sekarang ni..Ada apa-apa ke Zie.”
“Ada apa-apa maksud kau.”
“Manalah tahu mak kau dah terjatuh hati pada sesorang ke.” Soalku bersahaja. Naziah memandang tepat pada wajahku.
“Kenapa kau tengok aku macam tu.” aku membalas renungan Naziah. Mungkin dia kurang selesa dengan apa yang terkeluar dari mulutku itu.
“Kau ni kan..”
“Kenapa Zie, kau tak suka mak kau kahwin lain ke. Aku bukan apa Zie, kesian juga tengok mak kau sorang-sorang kat kampung tu, nak harap kau kahwin tak tahu bilanya. Tapi kan Zie kalau mak kau dah ada yang berkenan baik restu kan aja.”
Naziah diam membisu. Ada rahsia yang tersimpan kemas, tidak mahu diceritakan pada Maira, walaupun mereka sepatutnya tiada rahsia diantara mereka. Hal emaknya biarlah dia selesaikannya sendiri.
“Kenapa kau diam ni. Kau tak suka aku cakap macam tu. apa lah kau ni Zie, aku bergurau pun kau mabil serius. Sensisitif betullah sejak bercinta dengan Badrul ni. Kalau kahwin nanti tak tahulah macam mana, mesti merajuk terus dengan aku kan” Aku membalingkan bantal kecil ke arahnya mengembalikan keceriaan yang bagaikan hilang setelah aku berbicara soal nikah kahwin emaknya.
Telefon bimbitku berdering tiba-tiba membuatkan aku dan Naziah tersentak. Aku memandang skrin telefonku tertera nama Kamil Hakim.
“Hmm..Hmm..Nazaih berdehem. Dapat di agak siapa pemanggilnya sekarang ini. Aku bingkas bangun dan berlalu ke bilik. Tidak mahu berbicara dihadapan Naziah. Malu.
Naziah hanya ketawa melihta rikasiku. Faham benar dnegan perangaiku yang satu.
“Assalamualikum..” suara yang telah lama kurindui. Terasa bergetar jantungku saat mendengr suaranya dihujung talian.
“Wa’alaikumussalam.” jawabku dengan sopan. Aku duduk dibirai katil, senyuman masih melebar disegenap bibir. Berada dibilikku ibarat berada di taman bunga. Dikelilingku penuh dengan kuntuman bunga-bunga yang sedang berkembang mekar.
“Awak apa kahabar? Lama tak dengar berita, maklumlah dah jumpa buah hati kat kamoung terus tak hirau panggilan kita.” Aku hanya ketawa mendengar suara separuh merajuknnya. Bukan aku melupakannya tapi keadaan yang terpaksa. Aku tidak mahu keluargaku mengetahui siapa Kamil Hakim dihatiku saat Kamil Hakim masih lagi mengangap aku sebagai kawannya. Tidak mahu Opah mengharap.
“Bertambah baik..kan baru lepas jumpa buah hati..” sengaja aku mengusiknya.
Dia dihujung talian diam membisu.
“Kamil..” panggilku setelah talian sepi. Sangka ku talian telah terputus tadi, aku merenung skrin telefon namanya masih tertera. Aku tersenyum. Apakah itu tandanya Kamil Hakim cemburu. Aku semakin melebarkan senyuman.
“Kamil..awak masih ada lagi di alam nyata ni.”
“Ada..” suaranya mandatar.
“Seronoknya orang tu dapat jumpa buah hati kan.. tentu banyak perkara nak diceritakan.”
“Tentulah seronok. Awak takde buah hati ke. Takkan belajar kat luar Negara takde buah hati, entah-entah keliling pinggan.” Ujarku sengaja memancing supaya dia bercerita mengenai teman wanitanya jika ada.
“Saya ni tak hensem, tak berduit lainlah awak tu cantik, manis, comel..”pujinya. aku hanay ketawa bukan termakan dengan pujiannya tapi ketawa mendengar suaranya yang semakin mengendur.
“Orang lelaki ni mulut bukan main lagi manis kan..bila dah terkena baru terngadah.” Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku. Aku ingin mencari kepastian sebelum kasihku semakin bersemi untuknya.
“Macam mana tak cakap manis-manis dah dihujung sana memang manis orangnya.” Aku hanya mencebik sudah tentu dia tidak nampak apa yang aku lakukan saat ini.
“Tak baik mencebik macam tu.”
Aku terdiam. Apa dia menyaksikan apa yang aku lakukan tadi. Dii mana dia sekarang ini. Aku bingkas bangun menjenguk ke tingkap sambil langsir bilik aku tarik menutupi wajah. Mana lah tahu dia sekarang ini tengah mengintai aku. Tapi mustahil didepan bilikku bukan ada rumah tidak ada tempat yang boleh menjadikannya tempat untuk mengintai..
“Kenapa mengelabah aja.” Suaranya dihujung talian semakin mengejutkan aku. T-shirt putih dan seluar pendek bawah lutut ku perhatikan. Aku memandang ke atas syiling bilik mencari tempat-tempat yang dirasakan logik untuk dia menyembunyikan kamera.
“Awak cari saya ke tu, diam aja dari tadi.” Dia masih ketawa
“Takde lah..”aku menutupi rasa gelabahku.
“Err..awak kat mana ni..”
“Kenapa..awak nak ajak saya keluar ke..”
“Jom lah..”laju aku menjawab, niatku hanya satu untuk mencari kepastian di mana dia berada ketika ini.
“Ok saya datang ambik awak sekarang..”katanya lalu talian dimatikan.,
Dengan pantas aku mengelilingi bilikku mencari andai ada kamera tersembunyi dalam bilikku. Puas menyelonggkar aku tersenyum apa yang aku fikirkan tadi hanya perasaan takutku sahaja. Dan aku percaya Kamil Hakim bukan lelaki seperti itu.
Naziah tersenyum memerli apabila aku memberitahu dia bahawa sebentar lagi aku mahu berdating dengan Kamil Hakim. Masih kurang percaya denganku agaknya. Ialah setiap kali dia bertanyakan padaku apa hubunganku dengan Kamil Hakim aku akan menjawab dia hanya rakan kuliahku dahulu tapi Naziah tetap mempertahankan pendapatnya bahawa aku dan Kamil Hakim mempunyai hubungan rahsia. Apabila dia menyatakan hal itu aku hanya ketawa sahaja. Tidak mahu menafikan dan juga mengiakan. Biarlah waktu yang menjawab segalanya. Dan perasaan itu terus mekar mewarnai ruang hatiku yang telah lama menantikan jejaka misteri itu.
Aku menundukkan wajahku saat Kamil Hakim mrenungku. Malu dan rasa bersalah pula membiarkan diri ini diperhatikan oleh lelaki yang belum tentu lagi menjadi milikku. Tak terfikirkah aku tadi mengapa aku tidak mengajak Naziah bersama.
“Cantik awak malam ni.” Kata-kata yang barang sekali tidak ku sangkakan terlafaz oleh Kamil Hakim. Aku hanya tersenyum kelat. Tidak tahu pujian itu iklas atau hanya sekadar mainan lelaki.
“Awak dah berpunya..: soalnya lagi. Mengapa mala ini dia sering bertanyakan soal hati. Aku mula rasa tidak selesa tapi ku lihat dia semakin galak bertanya.
“Mustahil orang cantik macam awak ni takde yang sudi.”
“Cantik bukan ukuran bertemu jodoh Kamil. Awak tengok berapa ramai lagi model yang cantik-canti macam Nasya Aziz tu tak kahwin-kahwin.”
“Dia tu memilih sangat. Sebab itu lah tak kahwin-kahwin lagi.”
“Itulah namanya takde jodoh. So cantik bukan ukurannya bertemu jodoh. ramai yang tak cantik tapi dah berderet anak.”
“Cakap dengan awak saya memang kalah..” Aku hanya ketawa mendengar kekalahannya
“So awak pula macam mana. Takkan tak bertemu lagi dengan wanita yang awak idamkan.” Soalku membalas kembali apa yang ditanyakan padaku.
“Ada..”jawabnya sepatah. Jantungku berdegup. Wajahnya ku renung tanpa kata. Dia hanya tersenyum tawar.
Aku masih memerhatikannya. Boleh percaya atau tidak kata-katanya.
“Kenapa.. awak kecewa erk bila saya cakap saya dah ada.” Ah! dia kenakan aku pula.
“Perasannya awak ni. Kalau dah ada saya ucap tahniah la, kalau belum tu baik awak cari calonnya cepat-cepat.” Balasku bersahaja.
“Kalau saya takde calon awak nak jadi calonnya ke..”dia ketawa apabila melihat perubahan pada wajahku. Giler punya soalan. Kalau aku ni muka tak malu dah lama aku jawab nak. Tapi aku ni kan wanita melayu terakhir, mestilah kena jual mahal sikit, control ayu gitu.
“Kalau saya cakap saya sukakan awak..ucap Kamil Hakim tiba-tiba. Jantungku yang tadi sedikit resah semakin menganas resahnya. Dia terus memandangku menanti jawapan agaknya. Aku tersenyum entah apa bentuk senyumanku. Kata-kata itu betul-betul membuatkan aku dalam kegelisahan. Bukankan ini yang aku tunggu-tunggukan selama ini. Pengucapan yang keluar dari mulutnya. Panahan matanya membuatkan aku serba tidak kena, hendak diminum airku hanya tinggal gelas kosong.
Aku menjungkitkan bahu lalu menunduk ke lantai. Kononnya aku juga sukakan dia lah tu..
Dia tersenyum lalu ketawa kecil meletus dari bibirnya. Indahnya ku rasakan tika dan saat itu mendengar tawanya sduah menghilangkan keresahanku selama ini.
“Imah tak lama lagi pasti Imah akan dapat kahwin.” Ihklas ku katakan dalam hati kerana waktu ini Kamil Hakim sudah menyatakan rasa hatinya walaupun masih lagi menampakkan kekaburannya.. Read More..

Subscribe to:
Posts (Atom)