Saturday, December 5, 2009

Lima Bersaudara 2

Pak Lah duduk bersila dihadapan nasi yang telah terhidang, anak-anaknya telah lama menunggu. Dipandang anaknya seorang demi seorang, Zaidi memakai baju melayu yang sedikit besar dari badannya, sesekali lebihan lengan panjang baju melayu itu menyukarkan pergerakannya. Lengan itu dilipat sehingga ke paras siku. Pak Lah sedikit kesal kerana dia tidak mampu menyediakan pakaian yang elok-elok yang sesuai dengan usia anak-anaknya, malaham baju yang dipakainya juga adalah dari pemberian orang-orang kampung yang simpati dengan nasib mereka. Pun begitu dia bersyukur walaupun mereka hidup dalam keadaan miskin harta terselit juga rasa bangga kerana dia mampu menyekolahkan empat orang dari lima anaknya. Hanya bekalan ilmu sahaja yang dapat mengubah taraf hidup mereka nanti.

Lelaki berusia lingkungan empat puluh lima tahun itu merenung wajah anaknya satu persatu, hati tuanya menangis dalam diam. Menangis mengenangkan nasib anak-anaknya apabila dia tiada nanti. Dia perlu membekalkan ilmu dunia dan ilmu akhirat buat anak-anaknya. Isterinya leka dengan kerja-kerjanya menceduk lauk ke dalam pingan anak-anak. Usai sahaja isterinya menceduk lauk ke dalam pingan anak-anaknya Pak Lah menyuruh anaknya Zaidi membacakan doa makan, sebaik sahaja doa diaminkan mereka mengisi perut dengan lauk pauk yang sama seperti sebelumnya pucuk ubi cicah sambal belacan bersama telur goreng. Walaupun hanya lauk itu menjadi santapan mereka jika si ayah tidak berduit anak-anak itu tidak pula merungut mereka juga memahami kesempitan hidup ayah dan ibu mereka. Tiada seorang pun bersuara ketika makan, suasana kembali sunyi, hanya kedengaran suara katak yang beryanyi riang.

Setitis dua air yang menitik dari atap yang bocor menimpa Arif, kanak-kanak itu hanya membatukan diri, dia tidak peduli akan titisan hujan yang mengenainya. Rasa laparnya menyebabkan dia membiarkan sahaja tanpa berkalih. Banyak juga atap rumah bocor. Mak Jarah memerhatikan sekeliling, walaupun cahaya pelita nampak suram dia masih dapat melihat dengan jelas titisan air hujan yang masih lagi bercucuran. Seketika dia menoleh ke arah suaminya, Pak Lah hanya mendiamkan diri, faham maksud pandangan mata isterinya. Esok dia akan mulai menampal bahagian atap yang bocor, atap zink yang meneduhkan mereka dari panas dan hujan itu adalah daripada atap terpakai, itupun dikutipnya semasa Rosli jiran sekampung ingin menggantikan dengan atap asbestos rumahnya. Atap zink Rosli masih elok lagipada masa itu, hanya beberapa tempat sahaja terdapat lubangnya. Sudah tiga tahun atap itu bertahan tapi kali ini atap itu mulai menunjukkan hayatnya semakin tiba.

”Lepas solat berjemaah nanti pergi mengaji. Zaidi jaga adik-adik kamu nanti. Sekarang dah mula hujan, musim tengkujuh tak berapa lama lagi. Jangan tahu nak main aja. Yang paling penting pelajaran kamu semua jangan dilupakan. Jangan jadi macam ayah ni tak boleh nak bagi kesenangan pada kamu semua. Ada peluang sekolah kamu sekolah betul-betul. Cari ilmu dunia jangan tinggalkan ilmu akhirat. Kena seimbang barulah hidup berguna. Ingat pesan ayah ni.” Pak lah memberi nasihat kepada anak-anaknya seramai lima orang itu sementara menunggu masuknya waktu maghrib. Ain hanya terkecil-kebil memerhati abang-abangnya langsung tidak mengerti apa yang dicakapkan oleh ayahnya. Kanak-kanak itu hanya tersengih apabila Pak Lah memandangnya. Anak-anaknya yang lain mengangguk tanda memahami. Sementara itu Mak Jarah mengemas pinggan mangkuk yang sudah selesai dimakan mereka. Walaupun tangannya lincah melakukan kerja telingganya juga turut mendengar luahan hati suaminya. Dia tahu suaminya seorang ayah yang bertanggungjawab. Sedaya upaya suaminya itu berusaha memberikan kesenangan kepada mereka anak beranak anak bongsunya masih diribaaAin duduk dipangkuan pak lah. Sesekali dia tersengih bila abangnya mengacah.

Hujan diluar mulai reda, Zaidi dan adik-adiknya mula mempersiapkan diri untuk ke rumah Hj Daud untuk mengaji qur’an selepas solat berjemaah bersama ayah mereka nanti. Suara keriuhan adik-adiknya bergurau senda mengudang rasa geramnya, selaku anak yang paling tua kata-kata ayah petang tadi sedikit sebanyak menusuk ke lubuk hatinya
”Dah siap ke belum, cepat lah..” Jerit Awie yang sudah mulai panas punggung menunggu diluar bilik. Dia yang paling awal menyiapkan diri mulai mundar mandir diruang tamu. Dibahunya tersandang sebuah beg warna coklat kelusuhan, dia telah merancang cermat agendanya malam ini. Dia mahu mengusik Laila, budak gemuk yang selalu dipadankan abangnya dengannya. Senyuman diwajahnya berbunga riang.

”Dah siap arr ni, jom gerak nanti lambat pulak baliknya.” Ajak Pie lalu turun ke tanah. Mereka berempat berjalan sambil bergelak ketawa, langit semakin hitam pekat tiada sebutir bintang pun yang menghiasi alam, pasti malam ini mereka tidur bertemankan titisan hujan. Masing-masing melipat kaki seluar sehingga ke paras lutut, bimbang akan terpercik tanah yang sudah mulai becak apabila berjalan nanti.
”Cepat lah Awie nanti lambat mengamuk pulak Laila tunggu kau kata sana tu..” usik Zaidi sengaja mengundang kemarahan adiknya. Pie dan Arif ketawa. Awie cemberut, tapi didalam hati juga turut ketawa, ketawa apabila membayangkan wajah si Laila pucat lesi apabila melihatnya berpakain serba putih nanti.
Dia tahu abang-abangnya langsung tidak mengetahui niatnya. Masakan mereka dapat tahu telekung emaknya terlebih dahulu disimpankan kedalam beg semasa meraka bersiap-siap tadi.
Sebaik sahaja mereka sampai ke pondok milik Hj Daud, tok guru mereka sedang mengajar dua orang budak yang sebaya dengan mereka. Husni dan Husna dua orang kanak-kanak yang tinggal tidak jauh dari rumah Hj Daud.
”Assalamualaikum Pak.” Zaidi memberi salam , diikuti adik-adiknya dibelakang.
Hj Daud menganguk seraya membalas salam dengan perlahan.
”Buka muqaddam yang kamu baca semalam tu, lepas Husna baca giliran kamu pula.” Arah Hj Daud kepada Zaidi. Zaidi menurut dia membuka helaian mukadam yang dibacanya semalam. Pie, awie dan Arif duduk bersila disebelah abang mereka turut memperlakukan hal yang sama. Perlakuan Awie yang terintai-intai seperti menunggu kelibat seseorang menarik perhatian Hj Daud. Tanpa disedari oleh Awie tok gurunya itu juga menoleh ke arah yang sama.
”Hah! Awie apa yang kamu cari tu, Muqaddam kamu ada kat sana ke?” tegur Hj Daud membuatkan Awie tergamam. Semua mata terarah kepadanya. Awie hanya mengelengkan kepala takut juga dia pada Hj Daud ni. suaranya sahaja sudah membuatkan tangkai hati mereka bagai ditarik-tarik keluar.
Kalau nak mengaji mata tu tengok pada muqaddam bukanya melilau tak tentu hala. Awie hanya menunduk. Arif dan pie ketawa kecil.
Hah kamu berdua tu apa yang lucunya. Baca.. ketawa aja pandai bila suruh baca tergagap-gagap. Kini giliran awie pula ketawa kecil melihat pie dan arif dimarhi pak imam.

”Hoi cepat lah jalan. Nanti bapak aku marah pulak. Korang ni lembab arr. Tengok tu dah ramai dalam pondok tu. kalau macam ni rosak arr plan kita malam ni.” Jerit Hussen kepada rakan-rakannya.
”Sabar arr, bukan aku sengaja erut aku ni buat hal lah. Malam ni kau nak merayap kat mana
”Kat parit tu aja, kan tadi air parit penuh tentu banyak ikan yang naik kedarat nak berhijrah ke sawah...”
”Eh! kau biar betul Seng, air parit tu dalam, takkan nak tangkap ikan malam-malam macam ni.”
”Oii kenapa lah kau bonggok sangat. Memalam lah ikan suka berhijrah sebab gelap orang tak nampak.”
”Takut lah aku Seng nanti bapak aku tahu mati aku kena belasah.”
”Ala kau ni penakut arr, kita bukan mandi parit pun, tangkap ikan jerk..”
”Yea lah tangkap ikan tapi bahaya lah Seng..”
”Kau nak ikut ke tak nak ni. Kalau tak nak sudah aku boleh pergi dengan Pecal, kalau ajak Batu pun tentu dia nak ikut.” Hussen sengaja memprovok Ayub. Budak darjah tiga itu memang menjadi pengikut setianya Cuma bab keluar malam sahaja dia jadi penakut. Bapaknya kerja sebagai jaga di sekolah menengah abangnya. Hussen memang cukup mengenali ayah Ayub. Bengkeng sunguh. Pernah dia dijerkah oleh ayah Ayub sewaktu dia datang bertemu dengan Ayub dirumahnya untuk mengajak Ayub bermain. Tak sempat mengajak Ayub bermain buah jerkahan ayah Ayub terlebih dahulu membuatkan dia membuka langkah seribu, nasib baik dirinya tak terkencing. Takut juga kalau-kalau pakcik Kassim mengejarnya. Sebelum apa-aa terjadi lebih baik dia menyembunyikan diri. Dan sejak dari itu dia tidak lagi berani menjejak kaki ke rumah Ayub hatta hari raya sekalipun. Read More..
Monday, November 30, 2009

Hati Ini Milikmu 22

Terlalu asyik dengan kerjanya Ayie langsung tidak menyedari masa berlalu dengan pantas, terasa baru sebentar tadi dia masuk ke pejabatnya. Suraiti menekan interkom ke bilik Ayie jam didindingnya menunjukkan ke angka empat tiga puluh minit petang, majikannya masih lagi tidak keluar dari biliknya. Dia tahu adik kepada Encik Faiz ini memang kuat bekerja mengalahkan ayahnya sendiri iaitu Datuk Kamal. Pun begitu dia menyenangi anak Datuk Kamal yang berjaya membuatkan pejabat mereka yang muram itu sedikit ceria. Walaupun Ayie tidak berpesan untuk mengingatkannya tentang penerbanganya malam nanti tetapi sebagai setiusaha syarikat dia perlu melakukannya walaupun tanpa disuruh.

”Yea ada apa Su.. nak buatkan kopi untuk saya ke?..” Soalnya sebaik sahaja dia mengangat gangang telefonnya. Sempat lagi dia mengusik Suriati walaupun sebentar tadi dia leka dengan kerjanya. Mendengar suara ketawa kecil Suriati dihujung talian membuatkan dirinya sedikit lega, dia masih mampu mengembirakan hati orang lain walaupun dirinya masih diburu dengan kerja yang tidak berkesudahan. Sebatang pen ditangannya bermain-main dibibirnya. Tiba-tiba perutnya terasa lapar.
Kopi apanya En Fariz, dah pukul berapa ni..En Fariz tak nak balik lagi ke. sepatutnya En Fariz balik awal hari ni nanti terlepas kapal terbang pula.” Ayie melihat jam didinding pejabatnya sebaik sahaja Suriti menyebut kapal terbang. Dia membulatkan matanya terkejut dengan masa yang semakin jauh meninggalkanya.
“Alamak dah pukul 4.30 dah..kenapa tak bagitahu saya awal-awal.”
”Maaf En Fariz..balas Suriati sedikit gugup. Memang salahnya terlewat memberitahu Ayie. Dia rasa bersalah, tanggungjawabnya sebagai setiuasa bagai tercalar. Dia sentisa mahu memberikan yang terbaik kepada majikannya.
”Takpe-takpe salah saya..Su..Terima kasih yea..”
Suriati ketawa kecil dia cukup senang dengan Ayie. Tidak melenting suka tak tentu pasal. Walaupun dia terlambat tetapi Ayie masih lagi dapat menenangkan diri.
”Kasih diterima.” Gurau Suriati disambut ketawa kecil oleh Ayie.
Ayie mengemas segala kertas kerjanya. Dokumen yang hendak dibawanya dikemaskan. dia meneliti apa lagi yang harus dibawanya. Telefon bimbitnya berbunyi.
”Hello..Ayie kat mana ni..” Soal Datin Maimun sebaik panggilannya bersambut.
”Ma..Ayie kat office lagi ni ma..dah nak gerak dah ni.”
”Kat office lagi? Kan mama dah bagitahu pada Ayie pagi tadi ambil Tina kat kolej dia pukul tiga petang ni, dah lama dia tunggu Ayie, budak ni...”
”Ayie lupa lah ma. Adik dah balik rumah ke...” Ayie menepuk dahinya. Dia terlupa untuk mengambil adiknya Tina di kolej. Dan pastinya wajah kelat serta muncung sedepa akan ditayangkan kepadanya nanti. Faham benar dengan kerenah adiknya Tina yang tidak suka orang memungkiri janji.
”Balik apanya dia tunggu Ayie datang ambil tu. Mama suruh dia call Ayie sendiri dia tak nak. Merajuk lah tu.” Balas Datin Maimun, dia tahu anak lelakinya ini pantang diberi kerja pasti lupa masa.
”Okey..ma Ayie gerak sekarang ambik adik.”
”Ermm..baik lah.. bawak kereta elok-elok, jangan nak buat litar lumba pulak jalan raya tu.” pesan Datin Maimun pada anak bujangnya. Ayie ketawa kecil dengan pesanan mamanya. Dia tahu sejak dia sudah berpindah ke rumah papa dan mamanya mereka semakin serasi dan mamanya sesekali suka manjakannya.
”Hai lain kali kena bawak jam loceng la ke office nampak gaya ni...asyik lupa aja.” Ayie bergegas keluar dari biliknya. Dia perlu cepat sampai ke kolej Tina, jika tidak pasti dia akan tersangkut dijalan raya sudah tentu akan menyukarkan perjalannan ke KLIA.

”Hai Encik Faiz, awal balik hari ni, ada temujanji dengan buah hati ke?” Soal Mona sebaik sahaja dia nampak kelibat Ayie yang tergesa-gesa melintasi kaunter receptionist.
”Saya nak cepat ni Mona lain kali yea kita sembang.” Balas Ayie pun begitu matanya masih sempat lagi melilau mencari sesusuk tubuh seseorang sering bermain dimindanya dan yang pasti bayangannya gadis itu akan menemani setiap langkahnya. Mona hanya tersengih sendiri melihat keadaaan kelam kabut Ayie yang disangkan Encik Faiz. Sebelum ini dia tidak pernah melihat majikan dalam keadaan begitu sentiasa tenang dan serius. Beg hitam yang dibawan Ayie sesekali hampir terjatuh dari bimbitannya. Mona hanya mengeleng kecil melihat gelagat yang jarang sekali ditontonya.
”Hai duk geleng-geleng kepala sesorang sambil tersengih ni kenapa..ada yang lucu?” Tegur Emy kepalanya turut memangdang ke arah yang sama dipandang mona tanpa berkalih.
”Kau tengok lah bos kita tu kelam kabut semacam. Biasanya dia tak macam tu. Hai dunia-dunia. Apa yang dikejarnya entah.”
”Kenapa.. sebelum ni dia tu macam mana?” Soal Emy.
”Hmmm...agaknya perangai dia berubah sejak bertunang kot. Sebelum ni bos kita tu serius aja nak bergurau pun takut. Tapi sejak akhir-akhir ni suka tegur orang lah pula. Pelik. Aura bakal pengantin kot.” Gurau Mona. Emy hanya tersenyum mendengar kata-kata temannya. Mona tidak habis-haibs dengan telahannya. Boleh jadi ahli nujum lah nampak gayanya.
”Eh! yang kau tersengih ni kenapa pula. Angau ke?”
”Tak lah..nak angaukan apa nyer, kita tak macam awak tu asyik duk tersenyum aja 24 jam maklumlah buah hati selalu datang jenguk.” usik Emy. Mona mengecilkan matanya memadang saraut wajah yang masih tersenyum manis. Emy hanya buat dek sahaja.
”Hey..sesedap mulut aja mengata orang yea. Bila masanya pakwe aku datang jenguk..” Mona berpura-pura marah, sesekali dia suka juga disakat begitu.
”Ala.. jangan nak sembunyilah..” Emy masih mahu mengacah.
”Sembunyikan apa pula ni Emy. Aku mana ada buah hati. masih solo lagi lah..”
”Hai buah hati depan mata pun masih tak nak ngaku lagi ke. Dia datang nak ajak dating tu.” Dan Kebetulan Samad muncul sebaik sahaja Emy hendak menyebut nama pemuda itu. Mona menjeling tajam ke arah Emy yang sedang menutup mulutnya sedikit terganga, tidak disangkanya lelaki itu betul-betul berada didepannya kini.
”Hei tak kuasa aku kalau dengan Samad ni tau. Not my taste lah.” Jerit Mona tidak suka dipadankan dengan Samad budak despacth yang selalu menyapanya. Emy tergelak kecil dapat juga dia mengenakan Mona yang tidak henti-henti bercakap. Memang padan benarlah dengan Samad.
”Ha.. kau datang nak apa Mad. Aku tak free hari ni..” Soal Mona sebaik sahaja Samad menghmpiri kaunter mereka. Samad yang masih tersengih panjang ketika menghampiri mereka sedikit terkejut dengan suara Mona yang jarang ditinggikan. Selalu gaids itu memberikannya senyuman.
”Hei datang bulan ke apa ni, nak marah–marah orang.” Emy masih menyambung ketawanya apabila melihat mereka berkeadaan begitu.
”Apa kena kau orang ni hah, seorang macam mak singa, seorang lagi macam tak berapa nak betul. Aku salah office ke ni.” Kata Samad sambil melihat tulisan dibelakang tempat mereka berdua itu. Tertera tulisan Jaya Sepakat dengan jelas. Sah memang betul officenya.
Mona memandang Emy yang masih tidak henti-henti ketawa.
”Kau ni kenapa Emy.” Tegurnya tidak berpuas hati dengan gelagat Emy.
”Takde apa-apa.” Balas Emy cepat apabila Samad masih setia memandangnya.
”Kenapa tak free, belum masanya balik lagi kan?” Soa Samad tidak berpuas hati dengan jawapan Mona tadi. Kalau Mona hendak balik awal sekalipun Emy masih ada untuk menggantikan tempatnya.
”Aku nak hantar kan dokumen-dokumen ni.” Samad mengeluarkan beberapa dokumen dari dalam beg sandangnya.
”Err..”Mona kehilangan kata. Nasib baik dia tidak sempat marahkan Samad jika tidak sudah tentu dia akan malu sediri gara-gara Emy yang mahu mengusiknya.
”Emyyyy!..”jerit Mona memanggil Emy yang telah hilang dari pandangannya. Padai gadis itu melarikan diri.

*******
Ayie memberhentikan keretanyta betul-betul dihadapan bus stop apabila dia melihat kelibat adiknya Tina menghampiri bus stop yang masih terdapat beberapa orang sedang menunggu bas.
Ayie menurunkan cermin keretanya. Dia memanggil adiknya. Tina memuncungkan bibirnya sebaik sahaja abangnya memanggil. Dia tidak suka menunggu lama. Nasib baik abangnya sempat mengambilnya jika terlambat tadi sudah tentu dia akan balik dengan bas. Tina membuka pintu kereta. Dia melihat abangnya sedang tersenyum memadang. Tina hanya diam memasuki perut kereta abangnya. Ayie tahu adiknya sedang marahkannya. Kereta Kembara mamanya meluncur laju, dia perlu mengejar masa.
”Angah minta maaf dik, tak sengaja.” Ujar Ayie memohon maaf diatas keterlupaanya.
”Tina!” Ayie menjerit kecil. Tina yang terdiam dari tadi memandang angahnya. Dia terkejut dengan jeritan kecil yang baru didengarainya tadi
”Kenapa Angah...” dadanya berdebar hebat.
”Tak comel lah kalau adik tarik muncung macam tu...”
”Hiss..ingatkan apa tadi...orang tengah marah boleh lagi dia buat lawak..” Marah Tina dengan gurauan abang Ngahnya yang tiba-tiba.
”Tina dah tunggu Angah lama tau, macam mana tak marah. Kaki ni dah sakit tau berdiri lama-lama.”
”La kenapa berdiri, kan banyak tempat duduk tu..duduk ajalah mana yang Tina suka..”
”Angah ni kan...” Perasaannya sedikit geram dengan perangai abang Ngahnya yang suka bergurau.
”Angah tak sengajalah dik, terlupa sesangat. Itu pun nasib baik mama yang call kalau tak menapak lah adik kat situ ganti tiang letrik.” Ayie berseloroh. Tina menarik muncung cencurut.
”Ala dah la tu marajuk, macam budak-budak lah. Tadi nampak cantik sangat. Sekarang....” ayat itu tergantung
”Sekarang apa pulak..”
”Sekarang makin cantik lah, cantik sikit dari cencurut tu...” Ayie gelak besar apabila adiknya mneghadiahkan cubitan berbisa di lenganya.
”Tina tak kira Angah kena denda kali ni.”
”Alahai denda apa pula ni...denda apa cakaplah..” pinta Ayie apabila melihat Tina diam membisu. Ada bendalah tu yang dimahukannya apabila melihat adiknya mula tersenyum.
”Tina nak abang belikan Tina kasut vincci sepasang.”
”Ermm...boleh tapi minggu ni tak dapat lah Angah belanja. Lain kali yea..”
”Kenapa pulak. Angah nak ngelak lah tu...” Tina tidak berpuas hati dengan alasan abang Ngahnya.
”Angah ke JB malam ni ada urusan kat sana. Lepas Angah balik lah erk.”
”Tak nak!....”
”Ok kalau macam tu, angah bagi duit nanti adik pergi beli sendiri. Berapa?”
”Tak mahal murah aja, Rm300.00..”
”Hah! Mak aii, tiga ratus aja. Kasut Angah pakai ni pun baru berapa sen aja.”
Tina menarik muka masam .
”Nak bagi ke tak nak nie..”
:Yea lah!. Yea lah!..” Ayie menyerahkah tiga ratus ringgit kepada adiknya sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Kerana seronok dengan kerja melayang tiga ratus ringgitnya. Kalau hari-hari begini mahu dia jatuh bangkrap. Tina mahu dia memberikanya tanpa pengetahuan mama. Ayie menurut dia tahu adiknya takut dengan leteran mama yang sentiasa panjang berjela.
Tina tersenyum gembira, dia pasti Angah akan menurut kemahuannya. Bukan dia tidak pernah meminta dengan mamanya tapi Datin Maimun dan Datuk Kamal kurang memanjakannya dengan wang ringgit. Hanya dengan Ayie sahaja dia dapat meminta, dia tahu Ayie menyanyanginya walaupun mereka tidak dibesarkan bersama.
Satu ciuman hinggap di pipi Ayie, tanda terim kasih. Ayie hanya mengelengkan kepalanya.
”Ha dah dapat duit tu, tak reti-reti tolong angah angkatkan beg tu..” suara Ayie mengarahkannya bagai angin lalu yang menyapa telinga. Tina berlalu dengan gembira akhirnya tercapai juga dia memliki kasut yang diidamkannya.
Read More..
Sunday, November 15, 2009

Hati Ini Milikmu 21

********
Emy sampai awal ke pejabatnya hari ini, tidak ada sesiapa lagi yang datang selain pakcik Sahur pengawal keselamatan yang bekerja syiff malam.
”Awal cik sampai hari ni.?” Sapa pakcik Sahur yang kebetulan berselisih bahu dengan Emy.
”Hari ni kakak saya ada hal sikit pakcik, saya tumpang dia.” balas Emy lalu melirikkan senyuman kepada pakcik Sahur yang menyapanya. Seketika Emy dan pakcik Sahur bersembang, rancak juga dia bersembang sehinggakan beberapa perkerja yang datang awal juga tidak diperasankannya.
”Eh! pakcik minta diri dululah cik..lagipun syif pakcik ni dah nak tamat...”
“Jangan panggil saya cik pakcik..pangil saya Emy cukup. Lagipun saya kerja kat bawah ni aja.” Ujar Emy apabila dia kurang selesa dengan gelaran cik dihadapan pangkal namanya.
”Ala Emy pun belum pangkat pegawai lagi kan. Sekarang ni betullah pakcik panggil pangkal cik kat depan nama Emy atau cik Emy nak pakcik panggilkan miss Emy. Pak cik Sahur berlawak lalu mencetuskan ketawa kecil buat kedua-duanya. Emy mengelengkan kepalanya ada-ada sahaja lah pakcik ni. Peramah juga orangnya. Sepintas dia teringatkan Pak Mat, apa lah yang Pak Mat buat sekarang ni tentu sedang sibuk memunggah ikan. Mulut Pak Mat tentu tak henti-henti memanggil pelanggan. Rasa rindunya pada suasana kesibukan Pasar Manir mengamit hati kecilnya.

”Hai Emy awal kau datang hari ni, rajin betulah kau ni..”sapa Mona.
”Eh takde lah Mona, kebetulan kakak ada hal Emy tumpang dia, sebab tu lah kena datang awal.”
”Oooo..macam tu.”
”Aku nak naik atas jap kalau sesiapa cari aku kau tolong bagitahu aku ada kat atas erk.”
”Okey.”

”Hai selamat pagi..Orang baru kat sini ke?” Soal satu suara membuatkan Emy tersentak.
Emy hanya menganguk kecil walaupun didalam hatinya terasa ingin marah.
”Yea Encik boleh saya bantu..”
”Wow!...lembut nya suara. Kalau macam ni ada masalah pun boleh terbang segala masalah..” lelaki dihadapannya mula merapu.
”Boleh sesangat lah ni kalau nak tolong. Tolong angkat kan beg abang ni berat lah.” Lelaki itu semakin galak menyakat. Emy hanya memerhati tingkah lelaki yang tidak dikenalinya itu.
”Eh! kenapa pandang abang macam tu. ada yang tak kena ke.. oooo..ni mesti cik adik manis tengok abang ni hensem kan, sampai tak nak lepas pandang langsung.” Emy terasa tercabar dengan kata-kata lelaki dihadapannya. Dia tidak suka waktu kerjanya diganggu.
”Maaf Encik, kalau Encik nak loyar buruk bukan disini tempatnya. Saya hanya bantu dalam urusan berkaitan syarikat sahaja lain-lain urusan bukan kerja saya..”
”Amboi garangnya. Gurau sikit pun tak boleh.” Pemuda itu tetap mahu bergurau dengannya walaupun dia dalam keadaan menyampah..
”Bukan masa bergurau ni Encik. Ada apa-apa yang saya boleh tolong.” Emy masih bersabar dengan karenah pemuda didepannya ini.
”Ermm..okey lah tak nak gurau sudah. Mona ada..”
”Mona ada kat atas...”
”Ooo..kalau macam tu takpe lah. Awak kerja kat bahagian ni kan”.soalnya
”Dah encik nampak saya tercegat kat sini takkan saya tukang buat air kot.” Emy mula mahu bertikan lidah dengan mamat yang tak henti-henti loyar buruk dengannya
”Eii..gurau sikit tak boleh. Ni saya nak hantarkan dokumen. Saya Samad despatch syarikat ni.” samad memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengna Emy namun tangan itu dibiarkan tidak bersambut. Emy hanya mengangguk sebagai tanda memerima salam perkenalan antara mereka..
”Sombong...”
Bukan sombong encik, saya mempertahankan hukum agama, takkan dengan mempertahankan hukum saya dianggap sombong. Bukan ke dalam islam haram bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Saya menjaga batas saya sebagai seorang muslimah.” Emy membalas tuduhan Samad tadi dengan sindiran yang tajam. Bukan niatnya untuk berlagak tapi biarlah dia mengajar apa yang patut supaya lelaki dihadapannya ini tidak memandang rendah kepada kaum wanita.
Wajah Samad merah menahan malu. Tersidir dengan kata-kata Emy. Dia hanya diam sehinggalah kerjanya selesai. Langsung dia tidak memandang wajah Emy sebelum berlalu.pun begitu sempat dia melafazkan salam.
Dokumen yang tertera nama En.Fariz dibeleknya. Emy mengerutkan dahinya seketika. Dokumen penting pun boleh tersalah nama penerima. Bebelnya sendirian. Dia menyangkakan domkumen itu untuk Faiz. Dua hari dia bekerja disitu belum pernah dia nampak abang Faiz menemuinya. Kebanyakkan hanya disampaikan oleh Suriti setiausaha syarikat. Mona termengah-mengah ke tempatnya pun begitu masih sempat lagi menghulurkan secebis senyuman.
”Ada orang cari aku tak..?” soalnya terburu-buru.
”Ada..Encik Samad
”Hahaha..Engkau ni kan Emy suka sangat buat lawak. Samad tu kerjanya lebih rendah dari kita tahu tak! Takkan itu pun kau nak panggil Encik juga. Panggil aja Samad dah la.”
Emy tidak suka dengan sikap Mona yang membeza-bezakan pangkat. Biarlah dia nak panggil apa pun asalkan yang baik-baik.
”Awal pula datangnya, biasanya pukul 11 baru mukanya terpacak kat sini tak pun kadang-kadang buat macam office sendiri suka hati aja datangnya. Kau dah kenallah dengan dia tu. Ada dia ngorat kau.” Soal Mona membantu Emy mencatat sesuatu.
”Dah..” balas Emy malas mahu memanjangkan cerita...”


”Apakahabar Mona, cantik awak hari ni...” puji Ayie sebaik sahaja kakinya menapak di depan kaunter. Mona tersengih-sengih mendengar pujian yang tidak disangak-sangka dari boss besar. Selama dia bekerja kat disini Encik Faiz tidak pernah memujinya malahan mukanya yang serius dan hanya sesekali melemparkan senyuaman kepada pekerjanya.
”Baik Encik Faiz. Encik pun apa kurangnya makin ceria dan kaya dengan senyuman.” Mona memberanikan dirinya memuji bos yang dianggap paling mahal dengan senyuman.
”Kenapa selama ni saya tak ceria ke? Garang sangat ke saya ni...” Soal Ayie cuba menyelidik tentang anggapan pekerja bawahannya terhadapa Along. Bukan dia mencari keburukan tapi sekadar membetulkan apa yang patut. Dia tahu Alongnya seorang yang serius dalam bekerja.
”Eh..takdelah macam tu En Faiz, tapi kalau Encik Faiz senyum sikit...lagi hensem.” Mona berterus terang namun masih berhati-hati dalam berkata-kata. Ayie hanya mengagguk kecil.
”Ada dokumen untuk saya hari ni..” soal Ayie
Mona mencari dokumen yang tertulis nama Ahmad Faiz. Hendak bertanyakan kepad Emy gadis itu baru sahaja ke cafe. Emy pula tidak meninggalkan pesan kepadanya.. Beberapa dokumen yang tertulis nama Fariz tersusun elok, dia tahu dokumen itu untuk Encik Fariz yang kini sedang berkursus di Beijing.
”Takde Encik Faiz.”
”Takde..ermm saya tunggu satu dokumen yang saya kena bawa bersama ke JB malam ni. Kalau dokumen tu dah sampai tolong bawakan ke bilik saya yea.” Pinta Ayie berhemah.
”Baiklah Encik Faiz.” Balas Mona. Ayie hanya tersenyum, mahu sahaja dia tergelak tapi dia tidak mahu mengelirukan staffnya. Biar lah Mona menganggapnya Along, sekurang kurangnya dia telah menolong Alongnya. Ayie berlalu meningalkan kaunter sebaik sahaja Emy muncul. Langsung dia tidak perasan akan gadis yang dicarinya itu berada tidak jauh darinya. Emy hanya memandang Ayie, dia tidak sempat bersuara apabila Ayie terlebih dahulu disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
”Eh apa kau tercegat kat situ? Dah jatuh hati kat bos kite tu erk. Kau jangan cari pasal Emy, dia tu dah bertunang.” Mona memberi peringatan Emy katawa kecil.
”Oooo...”jawab Emy panjang. Dia tahu Mona langsung tidak mengetahui abang Faiz adalah bakal abang iparnya.
”Cantik tak tunangnya tu, ada rupa macam Emy?” Sakat Emy mahu menguji sejauh mana pandangan Mona terhadap kakaknya.
”Entah la Emy, aku pun tak pernah nampak lagi tunang dia tu. Hai bertuahnya gadis tu dapat Encik Faiz kan, baik..kaya..bergaya..” puji Mona seakan Ahmad Faiz berada di depannya.
”Haa..dah..dah..kaya...bergaya, telefon tu dah berdering minta diangkat...” Kembang juga hati Emy apabila orang bertuah yang dimaksudkan Mona itu adalah kakak kesayangannya.
”Emy..Suriati minta dokumen untuk Encik Fariz. Kau hantarkan erk..” Pinta Mona sebaik sahaja dia meletakkan gangang telefon..
”Eh.. Mona Emy tak nak lah, emy masih takut lagi nak guna lift tu...nanti tak pasal-pasal tumbang dalam lift.”
”La, kau ni naik lift pun gayat ke? Bila lagi kau nak belajar naik lift kalau bukan sekarang. Bukan susah sangat pun, tekan aja nombor berapa kau nak. Duduk jerk dalam tu dua tiga saat, nanti sampai lah kat tingkat atas tu Kau jangan lah takut sangat, lift tu masih kukuh lagi, takkan putus tali tu bawak oarang berat macam kau ni, takde isi langsung..” Emy hanya tersengih, sempat lagi Mona mengutuknya. Kali ni tidak dapat tidak dia terpaksa memberanikan diri untuk ke tingkat atas. Untung-untung dia dapat berjumpa abang Faiz. Lagipun dia tidak sempat berjumpa dengan abang Faiz semalam dan tadi pun terlepas untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

Emy mencari kelibat Suriati sebaik sahaja dia menapak di tingkat tujuh. Beberapa orang yang bertembung dengannya hanya mengangguk dan tersenyum kecil. Emy berusaha mencari kelibat Suriati dan tiba-tiba tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Dokumen yang dipegangnya bertaburan di lantai. Emy cepat-cepat mengutip dokumen yang berselerak. Tanpa memandang wajah orang yang dilanngar nya dia memohon maaf
”Maafkan saya..tak perasan tadi..” Emy mengangkat muka, apabila lelaki itu menyuakan dokumen yang mendarat di lantai tadi. Dalam keadaan kelam kabut mencari Suriati tadi langsung dia tidak perasan siapa yang dilannggarnya yang dia tahu dokumen itu perlu diserahkan kpeada Suriati segera.Emy tergamam.
”Awak tak apa-apa.”.
”Abang Faiz..maafkan Emy, Emy tak sengaja tadi.” Jawab Emy gugup tidak sangka dia terlangar Ayie yang disangka Faiz itu.
”Tak apa-apa. Err Emy dari mana ni.” Soal Ayie kekeringan idea. Gadis ini mempunyi aura tersendiri. Dia seakan terkaku apabila gadis yang dicarinya semalam kini berada betul-betul dihadapan matanya kini.
”Emy dari bawah. Tadi kak Suriati minta bawakan dokumen Encik Fariz. Emy naik atas cari kak Suriati tapi takde tak sangka pulak Emy terlanggar bos sendiri.” Emy sudah boleh mengawal emosi gugupnya. Pandangan mata abang Faiz berjaya membuatkan dadanya sedikit gementar. Renungan mata itu begitu mengasyikkan. Ayie masih lagi tidak lepas pandang pada seraut wajah yang sedikit berubah itu. Wanita dihadapannya betul-betul membuatkan hatinya dipanasaran.
”Kat sini Emy rupanya, puas kak Atie cari. Eh! boss pun ada kat sini. Dah dapat dokumen tu.” Emy dan Ayie malu sendiri. Suriati datang menyelamatkan keadaan yang sedikit panas.
”Emy cari kak Atie tadi tapi tak jumpa tak sangka pula terlanggar bos sendiri.” Gurau Emy menutup rasa malunya direnung Ayie.
”Ehemm.ehemm..”Suriati membetulkan suaranya sebagai isyarat menyedarkan Ayie yang masih lagi diawangan. Terasa terbang jiwanya apabila mendengar ketawa halus milik Emy.
”Saya dah dapat dokumen ni Su. Terima kasih Emy.” Ucap Ayie. Emy hanya mengangguk dan tersenyum.
”Kalau macam tu Emy minta diri dulu lah akak, abang Faiz. Suriati dan Ayie hanya mengangguk kecil. Emy berlalu meninggalkan mereka berdua.
”Hai saudara sendiri pun boleh confius boss.” Usik Suraiti. Ayie hanya mengerutkan dahinya tidak faham apa yang dimaksudhkan dengan kata-kata Suriati. Lagi membingungkan bagaimana gadis itu memanggil alongnya abang Faiz kenapa tidak Encik Faiz seperti panggilan kebanyakkan staf yang lain.
Read More..
Friday, November 13, 2009

Pion oh Pion 5

”Ayu..Ija.. Rosminah memanggil anak-anaknya. Ayu dan Ija saling berpandangan.
”Apa lagi tu kak...”
”Mak panggil lah. Jom ke depan...” Kak Ayu menarik tanganku supaya berdiri. Aku sememnganya malas berjumpa dengan Awang itu terpaksa memaksa diri setelah berkali kali kak Ayu menarik lenganku.
”Lahaullawala....apa korang buat ni. Makcik ani dan iskandar dah nak balik ni.” mak muncul sebaik sahaja dia memanggil nama kami sebentar tadi. aku dan kak Ayu tersengih-sengih menahan malu. Nasib baik mak tak heret kawannya tu ke dapur. Kalau tak malu kami atau pun tak semena-mena pengsan makcik Ani.
Aku dan kak Ayu memaniskan wajah di hadapan mereka. Sesekali aku perasan mata Iskandar merenung aku yang begitu sopan hari ini. Kak Ayu menghampiri makcik Ani dan bersalaman aku turut melakukan hal yang sama. Awang ingin berkata sesuatu kepadaku tapi cepat-cepat aku memintas. ”Selamat jalan makcik...” makcik Ani mengangguk-anggukkan kepala.

Hilang aja kelibat mereka berdua aku cepat-cepat ke bilik menyalin pakaian, rimas dengan pakaian tradsional melayu kegemaran kak Ayu. Keluar aja bilik aku bertembuk dengan mak terbeliakkan mata orang tua tu tengok aku dan bertukar karektor. Aku percaya kalau makcik Ani patah balik ke rumahku sudah pasti dia tak cam aku ni.
”Hai tetamu belum lagi lepas pagar rumah kau dan bertukar kulit?” Aku hanya tersengih dengan kata-kata emak. Mak megelengkan kepala beberapa kali.
”Ha nak kemana pulak tu?”
”Nak ke belakang mak, perut ni tak tahan la tengok pokok rambutan mak tok.”
”Hei budak ni mana ada yang masak..” mak mula mengemas ruang tamu tadi. aku seperti lipas kudung berjalan sambil menjawab setiap patah kata dari mak. Langsung takde adab. Entah aku ikut perangai siapa lah ni.
”Ada mak, dah kuning-kuning tu..”
”Isk kamu ni buah tu baru jerk nak masak, bukannya masak lagi tu...”bantah mak suaranya makin jauh dari pendengaranku.
”Ala mak, Ija balik lambat lagi, nanti takut tak sempat merasa pulak...” Jawabku pantas.
”Subhanallah budak ni..”mak hanya mampu beristifar mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Aku hanya tersengih melihat wajah mak yang mungkin sedikit terperanjat dengan kata-kataku tadi. Terbit pula rasa bersalah. ”Maaf mak”. Kataku perlahan sambil berjalan menuju ke rumah mak tok yang tidak berapa jauh dari rumah ku.

”Mak tok..” aku menjerit melaungkan nama Mak Tok yang sedang duduk berehat diberanda. Kak Ayu sudah dulu ke sana. Entah bila dia menyelinap keluar aku sendiri tak sedar. Mesti dia sampaikan berita pada Mak Tok siapa yang datang tadi. Kak Ayu tersengih memandang aku.
”Mak tok..”panggilku lagi. Mak Tok memanjangkan leher.
”Hei budak ni bagilah salam dulu. Kan kita ni orang Islam. Tak baik pangil-panggil macam tu.” Belum apa-apa aku dah kena leter. Belum lagi nak minta kebenaran panjat pokok rambutan dia. Ala macam mana ni erk. Aku nak juga.
”Assalamualaikum Hajah Fatimah binti Hj Ishak...buat apa tu, sedapnya makan” Aku tengok Mak Tok geleng kepala dengan salam yang ku beri disertakan sekali dengan pertanyaan.
”Tak jawab dosa Mak Tok.” Kataku sambil melangkah meniti anak tangga.
”Wa’alaikumussalam..” jawab juga Mak Tok dengan salamku. Aku tahu dia tak nak hampakan cucu nakalnya ini, walaupun aku tahu salam tadi dijawab dalam hati.
”Bertuah betul cucu aku ni.” Aku hanya tersengih bila Mak Tok kata aku bertuah. Kak Ayu jelir bila aku mengenyitkan mata kepadanya, saja untuk menyakitkan hatinya yang sedang bergembira.
”Pak Usu mana Mak Tok. Tak nampak batang hidung pun..”
”Dah orangnya takde mana nak nampak batang hidung.” Balas Mak Tok mengenakan aku. Kak Ayu ketawa besar. Aku menghampiri Mak Tok yang juga turut ketawa dengan kata-katanya tadi.
”Mak Tok ni. Suka lah tu kenakan orang.” Aku mula buat-buat merajuk kasi hits sikit. Barulah senang nak minta apa-apa.
”Sesekali bergurau dengan cucu Mak Tok..Salah ke?..” Soal Mak Tok menjernihkan keadaan yang semenagnya jernih itu. Aku hanya tersenyum.
”Cepatnya kau kat sini kak, tadi bukan ke kau dalam bilik air.” Aku bertanya kepada kak Ayu yang sedang mengunyah cemepedak yang digorengnya tadi.
”Ni aku hantarkan cempedak goreng kat Mak Tok.” Jawab kak Ayu selamba lalu laju mengunyah cempedak goreng yang masih kepanasan.
”Kau hantar kat sini pastu kau makan. Ha elok benarlah tu anak dara buat perangai macam tu.” aku mengajuk apa yang selalu dicakapnkan kak Ayu pada aku. Kak Ayu membulatkan matanya lalu membaling biji cempedak ke arah ku. Sempat aku mengelak.
”Kau datang ke sini buat apa pulak. Kat tangan kau tak bawa apa-apa pun..”
”Aku ke sini bukan macam kau kak. Aku ke sini nak..”aku terdiam apabila Pak Usu muncul.
”Haaa Ija bila baliknya.” Pak Usu duduk sambil menjamah cempedak goreng yang disuakan oleh kak Ayu kepadanya
”Semalam Pak Usu...”
Aku tahu Mak Tok dah bagitahu pada Pak Usu sebab semalam pun aku dah ke sini, cuma aku tak berkesempatan berjumpa dengn Pak Usu aja, kebetulan dia tiada di rumah.
Aku salam tangan Pak Usu yang sudah kematian isteri itu. Anak-anaknya semua belajar di universiti. Mak Tok dan Pak Usu hanya tingal berdua. Elok sangat lah tu boleh tengok-tengok kan mak. Lagipun ayah dah lama meninggal sejak aku dalam perut lagi. Kemalangan kata mak. Mak besarkan aku dengan hasil jualan tapawarenya. Alhamdulillah aku berjaya juga tamat sekaolah dengan hasil jualan tapaware mak tu. Sekarang pun mak masih giat menjual pruduk-produk barunya. Kat rumah aku penuh dengan tapaware sampaikan hadiah untuk majlis kahwin pun mak bagi tapaware sebagai hadiahnya. Aku sendiri pun pelik dengan jiwa ratu ahtiku yang seoarang ni.
”Pak Usu dari mana?”
”Dari bandar tadi, kirim duit untuk Haris dan Naimah.”
”Ohh! jawabku pendek. Pak Usu tidak lama bersembang dengan kami dia meminta diri untuk membersihkan diri.
”Mak Tok....” aku menghampiri Mak Tok setelah kelibat Pak Usu hilang. Tanganya ku raih lalu ku picit lengan tua itu. Mak Tok tersengih-sengih memandang wajahku. Orang tua itu masak benar dengan perangai aku bila inginkan sesuatu.
”Ni mesti ada benda yang dia nak ni kan Mak Tok...” Kak Ayu menyampuk sebelum Mak Tok berkata. Aku hanya memasamkan wajah apabila kak Ayu dapat menduga apa yang ada dalam kepalaku ketika ini.
”Pergilah..” jawab Mak Tok. ”Tapi hati-hati”.. pesannya. Aku bersorak gembira.
Mak Tok ni macam ahli nujum pulak gayanya. Macam kepala aku ni lutsinar tahu aja apa yang aku nak. Kak Ayu memadang Mak Tok hairan. ”Apa dia nak Mak Tok, sampai Mak Tok suruh dia pergi tu, bukan main seronok lagi dia.” Kak Ayu merasa hairan belum pun sempat aku membuka mulut Mak Tok dah memberi keizinan.
”Ermm!..adik kamu tu kalau balik kampung tak jadi tarzan tak senang duduknya tu.” kata Mak Tok selamba. Aku ketawa mendengar ulasan Mak Tok yang sudah sebati dengan perangai aku. Kak Ayu membulatkan matanya.
”Aku bagitahu mak dik..” jawab kak Ayu
”La ku ni kak, tak senang tengok orang senang lah. Anak manja mak, sikit-sikit nak bagitahu mak diam-diam sudah la”
”Senang apa bendanya macam tu..kalau kau nak makan kaitlah. Ni tak panjat memanjat pulak. Nanti hilang senang kau ganti susah orang pulak. Kalau kau jatuh macam mana..” kak Ayu dag start membebel. Aku hanya memekakkan telinga. Tak peduli dengan kata-kata kak Ayu.
”Ala kak nikmatnya tak sama. Aku tahulah kau tak reti nak pajat pokok kak, dengki lah tu, makan pun minta orang tolong kaitkan. Manja...uwekk..”aku jelirkan lidah pada kak Ayu yang sudah pun berdiri di beranda rumah Mak Tok. Sesekali aku bernyanyi kecil
”Degil betullah dia ni. Rambutan baru nak merah, kuning lagi tu nanti kan kau mkan yang kuning tinggal yang hijau bila buah tu nak masaknya kalau macam tu..” kak Ayu masih belum berpuas hati lagi dia mula membebel. Aku juga tahu rambutan Mak Tok juga menjadi rambutan kegemarannya. Tapi bezanya aku suka makan yang masih kekuningan, kak Ayu pulak suka yang masak merah. Itu yang dia angin satu bakul dengan aku kali ni.
Ala kak aku taruh lah kat kau sikit, bukan habis pun satu pokok tu aku makan. Balasku bersahaja.
”Mak Tok, Ija pergu dulu erk.” Mak Tok geleng kepala melihat keletah aku dan kak Ayu. Aku tahu orang tua itu happy bila kami balik. Ada sahaja hal yang membuatkan rumah Mak Tok meriah.

”Ijaaa....turunnnnn!!!...” jerit mak yang baru aja menghala ke rumah Mak Tok.
Alamak mak datang pulak. Pun begitu aku sempat lagi menyambar rambutan yang berada dihujung dahan.
”Turun mak kata..” mak sudah pun berada betul-betul dibawah pokok rambutan. Aku hanya tersengih memandang emak.
”Apa nak jadi lah dengan anak aku sorang ni. Bapak dia suka memanjat ke masa aku mengandungkan dia dulu?” Mak bercakap seorang diri. Aku hanya tersengih. Rambutan ditangan yang siap dikupas aku sumbat ke dalam mulut. Bukan satu tapi dua. Pipiku kembung dek kerana biji rambutan yang sebesar buah ping pong ku sumbat kedalam mulut.
”Turun!!..”jerit emak apabila aku masih kaku tidak berganjak dari pokok rambutan. Aku kunyah rambutan yang berada dimulut.
”Ooo kau tak nak turun yea. Nanti...nanti kau..” mak mula memberi amaran. Mak menghilangkan diri aku nak tergelak tapi tak boleh gelak. Rambutan yang berada di mulutku minta dikunyah. Perlahan-lahan aku mengunyahnya. Tiba-tiba..buk..buk..
”Makkkkk!...”.aku menjerit apabila melihat batang galah ditangan emak. Beberapa kali dihayunkan ke dahan pokok rambutan Mak Tok membuatkan aku kecut perut. Rambutan yang ada didalam mulutku semuanya terburai dek terkejut dengan hayunan galah mak.
”Turun...!! mak jolok kau dengan batang galah ni karang.” kak Ayu ketawa melihat riaksi aku apabila mak mengertak. Bila masa kakak tak siuman aku sampai pun aku tak sedar.
Sampai sahaja ke tanah mak memiat telingaku.
”Aduuhh!..mak sakit..sakit.” aku memegang telinga yang terasa pedih akibat ditarik oelh tangan mak.
”Degil sangat, kan mak dah bagitahu jangan memanjat. Kau tu perempuan, anak dara pulak tu, kalau orang nampak tak berlaki kau.” Marah mak. Aku kecut perut melihat mak naik darah. Mak menghulurkan galah pada kak Ayu.
”Ayu kau kaitkan rambutan tu..” aku berlari mendapatkan Mak Tok yang nyata terkejut melihat perlakuan emak tadi.
”Apa kena kau ni Ros, anak nak makan rambutan biarlah.”
”Nak makan, saya tak marah mak, tapi dia makan atas pokok macam jantan pulak jadinya. Nampak dek orang nanti apa pula kata mereka. Nak masuk meminang pun tak nak.” Mak membebel. Mak Tok hanya mengelengkan kepala. Aku menyembunyikan diri dibelakang Mak Tok. Kak Ayu membawa beberapa tangkai rambutan yang dikaitnya. Dihulurkan kepadaku, namun aku tidak menyambutnya, akhirnya dia meletakkan diatas lantai rumah Mak Tok. Mak hanya memerhati tingkahku yang diam tidak berkutik. Selera aku untuk menikmati rambutan kuning itu mati tiba-tiba. Aku bingkas bangun dari duduk dan berlalu meningalkan Mak Tok, emak dan kak Ayu yang terpinga-pinga melihat tindakan spontan ku. Aku tak tahu kenapa petang ini aku begitu sensitif. Ah nak datang bulan lah ni. angin kuskus..

Read More..
Sunday, November 8, 2009

Hati Ini Milikmu 20

”Penatnya...”keluh Emy sendirian. Mona belum lagi kelihatan walaupun jam menunjukkan ke angka dua. Emy melurutkan kakinya yang terasa lenguh akibat memanjat tangga setinggi lima tingkat untuk sembahyang Zohor tadi. Dia tiada pilihan lain, bukannya dia tahu sangat menggunakan kemudahan seperti lift yang selalu digunakan mereka, tadi masa berjumpa Suriati pun Emy hanya menumpang makcik cleaner yang kebetulan hendak memasuki lift. Kecut juga perutnya apabila lift bergerak naik, terasa tapak kakinya tidak berpijak ke lantai, nasib baik dia tidak tumbang walaupun badannya sudah senget. Makcik sopia hampir ketawa melihatnya tadi Emy hanya ketawa kecil menutupi kecacatannya. Akhirnya dia berterus terang pada Makcik Sopia dia tidak pernah naik lift dan itu adalah kali pertama. Makcik Sopia memahami, dia juga pernah mengalami apa yang dialami Emy ketika ini.

”Lama-lama nanti biasalah tu, dah biasa nanti asyik nak naik turun lift aja..” usik Makcik Sopia samaada mengusik atau menyindir yang penting Emy tidak mahu berprasangka. Dan yang paling kelakarnya makcik Sopia itulah yang tolong temankannya hingga ke muka pintu pejabat abang Faiz. Hari pertama kerja Emy terasa dirinya telah menyusahkan orang lain. Dan dengan rasa itulah dia berusaha gigih untuk memanjat tangga dengan jayanya sampai ke surau.
Mona rakan sekerja barunya, langsung tidak tahu yang dia ke surau menggunakan tangga. Kalaulah Mona tahu dia menggunakan tangga untuk ke tingkat lima entah apa yang akan dia katakan nanti. Nasib baiklah surau bukan tingkat 10 kalau tidak mahu dia pengsan kat situ juga. Berpeluh juga ketiaknya untuk sampai ke tingkat lima. Emy ketawa sendirian mengenangkan dirinya.
”Hai.. macam mana lah aku boleh tersangkut kat pejabat yang banyak tingkat ni, naik tangga turun tangga tadi pun lenguhnya bukan main lagi.” Emy menelan liur, tekaknya terasa perit dan haus, rasa seperti mahu berbuka puasa sahaja tapi bila difikir-fikirkannya terasa sayang pula dah setengah hari. Emy cuba bersabar ini adalah cobaan hari pertamanya kerja disini.
Dari jauh kelihatan Mona bersama kawan-kawannya berjalan terkedek-kedek sambil ketawa, suara keriuhan mereka jelas kedengaran walaupun jarak di atara mereka boleh dikatakan agak jauh juga. Sebaik sahaja mereka memasuki perkarangan lobi beberapa mata memandang ke arah sekumpulan gadis itu. Pun begitu mereka masih dengan sikap selamba. Ada juga yang malu-malu kucing tapi kebanyakan kawan Mona seakan sudah kebal dengan pandangan mata orang sekeliling.

”Hai Emy awalnya kau tercegat kat sini..” sapa Mona sebaik sahaja mereka terpisah. Walaupun mulutnya bertanya tetapi matanya tetap memandang ke arah rakan-rakannya. Mona melambai tangan kepada kawan-kawannya yang berjalan meninggalkanya disitu. Emy turut memandang dan meghulurkan senyuman buat mereka.
”Emy baru juga sampai...” Balas Emy apabila Mona mula mengambil tempatnya.
”Samad dah sampai Emy?..”
“Samad? Yang mana satu yea.?” Soal Emy jujur. Sepanjang hari ini dia tidak bertegur sapa lagi dengan mana-mana lelaki yang melalui kaunter depan. Hanya berbalas senyuman sahaja.
”Tak datang lagi lah tu. Lambat pula dia hari ni..” Mona mula mengeluarkan alat mekup lalu disapunya pipi gebu yang sememangnya dah cantik. ”Samad tu budak penghantar surat. Selalunya dia datang awal, tak pun pukul dua dah tercegat kat sini. Datang awal bukannya apa suka melayan si Meggie tu tapi sejak Meggie berhenti dia ni tak banyak cakap. Entah-entah dia jatuh hati pada amoi putih tu dah tu kecawa bila dia tahu Meggie dah nak kahwin. Mona membuat telahannya sendiri. Emy hanya mengerutkan dahi dengan penerangan panjang lebar dari Mona. Dia hanya tanya siapa Samad tidak sangka pula Mona akan memberitahu kepadanya sebegitu detail.
”Kenapa kau tenung aku macam tu, ada yang tak kena ke?..mona menyoal setelah melihat emy terus memadangya. Tanganya diraba dikedua-dua belah pipinya. Mona mengangkat keningnya sebagai isyarat pertanyaan.
”Eh! takde lah. Tak kan lah En. Samad tu jatuh hati pada Meggie. Mana Mona tahu?..”
Mona ketawa besar apabila Emy memanggil pangkal nama Samad dengan gelaran encik
”Kenapa gelakkan Emy pulak, salah ke apa yang Emy cakap..”
“Salah tu tak salah Emy tapi kau tu, buat lawak tengah hari pulak. Mana ada orang panggil mat despatch dengan panggilan Encik. Kau ni dah buang tebiat ke..”
Emy menyedari kesilapannya. Dia turut tersengih dengan kesalahnnya.
”Eh! Emy kau pakai tudung fesyen apa ni...”soal Mona lalu memegang hujung tudungnya. Emy mengerutkan wajahnya, ”fesyen apa pula macam orang lain pakai lah, takkan Mona nak kata Emy ni tak up to date pula...”
”Kau ni dah terlebih up to date ni Emy...” pintas Mona.
Emy masih belum faham dengan kata-kata Mona, apa pula yang terlebih up to date, padanya dia sama aja seperti staff lain yang bertudung. Tudung ni pun tidak kurang mahal harganya, lagipun ini pemberian kak Nadia, takkanlah dia belikan yang dekat pasar malam tu. Hati Emy berkira-kira.
”Kau ni kan Emy nak kata lembab.. kerja kau tadi semuanya cepat dan tepat, tapi benda macam ni pun kau tak boleh nak tangkap, kau perasan tak tudung kau tu dah pakai terbalik. Kau pakai yang ada batu bersinar kat dalam yang ada jahitan pula kau pakai kat depan. Isk kau ni baru bangun tidur ke..” Boleh tahan juga mulut si Mona ni.
Emy memandang tudungnya, memang sah dia pakai terbalik..kenapa boleh jadi macam ni. Mungkin kepenatan sangat dia naik ke tingkat lima tu agaknya sehinggakan dia langsung tak perasan tudung yang dipakainya terbalik.
”Dah! kau pergi tukar.” Arah Mona apabila melihat Emy masih tidak berganjak.
”Tandas kat mana?” Soal Emy perlahan, wajahnya disengihkan.
“Kat tingkat satu..” balas Mona.
”Tingkat satu..panjat lagi..”katanya perahan
”Ala apa susah kan naik lift tekan aja butang naik pastu nombor berapa kau nak nanti dia jalan lah. Tak susah pun kalau kau malas nak tunggu lift terbuka kau naik aja tangga tu ha..”
Emy mengeluh kecil, dia sudah keletihan utuk mendaki tangga. Kepala lututnya masih bergetar. Jika dia tahu dia bekerja di bangunan tinggi begini sudah tentu di kampung dia akan selalu berjogging untuk kuatkan stamina untuk panjat tanga.
”Eh apa tercegat kat situ lagi...pergilah.”
”Ermm..kalau Emy salin kat sini aja boleh tak.” Emy berkata peralahan dengan harapan Mona mendengarnya.
”Kau nak salin kat sini..” Emy mengangguk laju.
”A’aa..kat bawah meja ni. Lagipun orang dah berkurangan ni. Boleh ye Mona...” Pujuk Emy.
”Okey juga tu, kau kan puasa hari ni. Nanti haus pula banyak sangat berjalan. Okey lah..”
Emy terus tersenyum, tanpa banyak bercakap dia terus duduk mencangkung lalu membuka tudungnya pelahan-lahan membetulkan tudungnya kembali. Mona menghulurkan cermin makeupnya kepada Emy untuk memudahkannya memakai tudung. Walaupun cerminya kecil tapi bolehlah sekadar untuk melihat kekemasannya sahaja.

Ayie melangkah masuk setelah usai menjamu selera di cafe, matanya terus memandang ke arah kauter walaupun mulutnya masih rancak berbual. Mona yang memandang tepat ke arahnya lalu menghadiahkan senyuman. Ayie mencari kelibat gadis yang dilihatnya sebelum dia ke cafe tadi, namun hampa. Ayie membalas senyuman Mona dengan mengangkat saparuh tanganya sebagai isyarat dia membalas seyuman Mona. Ayie ingin sahaja melangkah untuk bertanya siapakah gadis yang dinampaknya tengah hari tadi, namun di matikan sahaja niatnya. Takut dikatakan angau tidak bertempat. Emy bangun ketika dia sudah siap membaiki tudungnya, dia melihat Mona memandang ke arah sekumpulan lelaki dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Emy turut melihat ke arah yang sama.
”Oooo..buah hati kat sana, yang mana satu..?” Pertanyaan Emy membuatkan Mona terus berpaling ke arahnya.
”Engkau ni buat terperanjat aku aja...”
”Dah tu..berangan jauh sangat awak tu..”
”Tengok siapa sampai kita berdiri kat sebelah ni tak sedar langsung....”
”Tengok siapa... tengok bos kita lah..”
”Bos kita, Encik Faiz tu..”
”A’aa ialah, siapal lagi kalau bukan jejaka hensem satu malaya tu..”
”Kenapa?..”
”Takdelah, aku cuma hairan aja sejak dari hari tu lagi..dia tu semacam aja lah..”
”Semacam..macam mana pula tu.”
”Yea lah selama ni dia tu serius orangnya, tapi entah la terkena sawan apa pulak pagi tadi tanya aku pasal budak Meggie yang dah berhenti kerja tu. Biasannya dia tu bukan pelupa. Perkara yang dah sebulan berlaku pun dia boleh ingat, takkan hal yang baru dua hari lepas dia dah lupa. Pagi tadi boleh dia tanya aku pasal kemana hilangnya Meggie. Eh bukan dia ke yang suruh kau gantikan Meggie. Naik hairan aku..”
”Ooo..” jawab Emy sebagai balasan yang dia faham apa yang diperkatakan Mona.
”Dah la pandang kaunter ni macam la si Meggie tu masih ada kat sini. Angau ke apa bos kita tu erk, dah bertunang tapi masih gatal lagi...”
Emy sedikit terperanjat dengan telahan Mona,lancang betul mulutnya. Mana mungkin bakal abang iparnya bermain kayu tiga, jika dia tahu abang Faiz curang dengan kak Nadia tahulah dia apa akan dilakukannya nanti. Dia akan bersemuka dengan abang Faiz walau dengan apa cara sekalipun. Kak Nadia tidak patut dipermainkan. Astargfirullah... Emy beristifar beberapa kali takut juga dia dengan telahanya tadi, andai telahanya tadi tidak benar dah tentu dia berdosa kerana berburuk sangka, dia tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan. Sudah la dia kerja makan gaji dengan abang Faiz, belum sehari dia dah berperasangka buruk.
Read More..
Wednesday, November 4, 2009

Pion oh Pion 4

Sejak dari petang tadi lagi aku dah berkeurung dlam bilik. Malas temankan kak Ayu yang tengah duk seronok layan drama cina. Aku dengan hobiku capai mana-mana novel yang dirasai serasi dengan hati. Apa tunggu lagi layan lah sampai mata ni mengantuk. Lagipula aku keuzuran hari ni.
”Mak telefon aku, dia suruh kita balik hujung minggu ni.” Kak Ayu memulakan bicara sebaik sahaja mukanya terpacul dimuka pintu biliku. Dia menghampiriku dan sama-sama berbaring diatas katil. Wajah seperti ada tanda soal besar dimuka menanti jawapan dari mulutku apabila aku sengaja buat tak degar.
”Kau dengar tak ni dik?” dia merenung tajam.
”Dengar...” aku menatap wajahnya yang nampak basah dengan tompokan bedak sejuk, macam nenek kebayan dah rupanya.
”Mak pun baru aja lepas telefon aku kak. Aku ok jerk kalau kau nak balik... kau tu macam mana pulak?”

”Dah mak suruh balik aku balik aja. Dia menjawab pantas. Senang benar kak ayu dapat cuti. Dia ni pekerja kesayangan bos ke? ”Apa pula agenda mak kali ni yer...”
”Ermm entah la.” aku menjawab acuh tak acuh. Yea lah mana aku tahu mak pun tak cakap apa-apa
”Kau agak-agak lah kan apa erk..” kak Ayu yang terbangun sedikit tadi membaringkan tubuhnya sekali lagi di sebelahku yang setia dengan novel A.D.A.M karya novelis terkenal Ramli Awang Murshid.
”Nak kahwin kan kau tak kak..” jawapan yang aku sendiri tak tahu macam mana boleh terkeluar.
”Isk kau ni kan dik..”
”Habis kau tanya apa aku rasa, aku jawablah apa yang aku rasa..”
”Yea lah takkan lah nak kahwinkan aku.. kan dah ditetapkan tarikhnya hujung tahun ni lambat lagi tu.”
”Entah la kak aku tak tahu lah. Agaknya mak rindukan kita lah tu. Dah lama tak jenguk dia.” aku mengaru pipi ku yang terasa gatal akibat gigitan nyamuk.
”Balik ajalah kalau nak tahu kenapa...”kataku malas apabila kak Ayu masih berterusan mahu menganggu pembacaan ku. Dia hanya mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkan kak Ayu, malas aku mahu ambil tahu, tak payah nak pening-pening kepala hujung minggu ni balik dah tentu dapat jawapannya.

Akhirnya kami balik juga ke kampung, ah rindunya aku pada Mak Tok satu-satunya nenek yang masih panjang umurnya. Musim buah juga baru pertengahan, sudah tentu tumpuanku pada buah rambutan gula batu yang ditanam d halaman rumah Mak Tok.
”Hei apa yang kau sengih-sengih tu dik. Kau ni angau siapa pulak ni, teringat kat Mamat ais kepal tu erk..”Usik kak Ayu mencetuskan rasa geram.
”Takde lah kak, aku terkenangkan masa kita kecik-kecik dulu, kau kan suka berbogel mandi parit..”aku sengaja mencetuskan rasa sakit hatinya. Dia paling tidak suka apabila aku mengungkit kisah masa kecil-kecil kami dahulu. Ah mana mungkin aku lupa, kesan luka itu masih melekat dipehaku. Kak Ayu mendiamkan diri. Mungkin sama-sama mengingati kenangan dulu.

”Adik..jom ikut Pak Usu..” ajak kak Ayu ketika itu aku baru berusia enam tahun. Mulanya aku tidak mahu ikut namun kak Ayu pandai memujuk, katanya jika aku ikut, dia akan hadiahkan aku aiskerim. Aku apa lagi tawaran yang dihulurkan begitu menarik hati. Tanpa membantah aku dan kak Ayu mengekori Pak Usu yang sememangnya tidak menyedari kehadiran kami dibelakangnya. Entah macam mana planing kak Ayu bertukar sekelip mata, dia singgah di parit yang kelihatan jenih airnya. Dengan pantas kak Ayu menanggalkan bajunya lalu turun ke parit, aku yang masih tidak dapat berfikir dengan waras dengan selamba mengikut rentak kak Ayu. Apa lagi tanpa membuang masa kami mandi sepuas hati. Entah macam mana air parit tadi yang tenang tiba-tiba mengalir laju, aku yang terasa sedikit lemas mula berpaut pada tebing. kak Ayu ketika itu kelihatan tercungap-cungap. Air parit tiba-tiba menjadi deras dan berupaya mengheret aku dari tebing ke tengah. Hampir-hampir aku kelemasan kak Ayu sempat menarik lenganku, dan tanpa diduga dahan pokok yang entah datang dari mana menghempap pehaku. Goresan luka akibat tarikan kak Ayu yang cuba menyelamatkan aku membuatkan aku mengaung sekuat hati. Mujurlah Pak Salleh yang kebetulan melalui parit itu datang menolong jika tidak aku dan kak Ayu sudah tentu menjadi arwah. Dan yang paling kelakarnya kak Ayu langsung tidak menyedari yang dia tidak berseluar. Mungkin getah seluarnya longgar dan ketika dia berhempas pulas amneyelamatkan aku dia sendiri tidak menyedarinya yang dia telah pun berbogel. Kami balik dihantar oleh Pak Salleh dan habuannya kami dileteri dan sesekali dapat hadiah hasil dari kraftangan mak Kak Ayu malu pada Pakcik Salleh sehingga kini bila dia berselisih dengan Pak Salleh pasti dia akan menundukkan wajahnya.
@@@@@@@@@


”Nak kemana? air tu kamu tak bawa ke depan lagi..” Emak menegur apabila aku mula mahu melangkah.
”Ala mak orang sakit perut lah, dah la rimas pakai baju macam ni. mak tolong hantarkan kejap yea.” aku memberi alasan.
”Isk budak ni ada aja alasannya bila kita suruh. Dah pergi cepat nanti mak nak kenalkan kau dengan makcik Zaini. Jangan cari alasan pulak.” arah emak seakan tidak memberi peluang aku cabut lari.
Aku menggaru kepala... alamak baru nak pergi rumah tok mak, mak dah bagi warning pulak.
”Ha kau nak kemana tu dik nak nyorok lagi erk..” datang dari mana pula minah ni tetiba aja muncul.
”Ala sibuk lah kak Ayu ni.”
”Mak dah panggil tu lama bebenor kau buang air besar. Kenapa selulit ke...”
”Hahahaa kau ni kan kak nak kenakan orang tu cermin lah diri tu sikit. Bukan selulit lah akak ku sayang sembelit lerk. Aku eja yea kak..S.E.M.B.E.L.......”
”Ijaaa....”panggil mak dengan nada sedikit tegas. Terus ejaan ku terhenti. Tak sempat nak mengajar budak separuh abad ini mengeja.
”Yea mak..”balas aku masih lagi tak berganjak dari dapur. Kak Ayu ketawa mengekek-ngekek melihat gelagat aku yang tak tentu arah. Menjadi kebiasaan aku akan menghisap jari apabila aku berada dalam gelombang gelabah dan gementar menyerang sistem tubuh..Tabiat yang paling buruk kata emak. Nak buat macam mana dah terbiasa.
”Hoi mak dah panggil kau tu. Ha.. padan muka.”
”Dah..dah jangan nak hisap jari depan orang tua tu malu nanti mak. Kau buat selamba aja dik. Mak bukan nak buat apa pun nak kenalkan kau dengan kawan mak aja makcik Zaini. Ala makcik yang selalu duk pinjam kan kau kalau dia boring anaknya takde kat rumah.”
”Mak pinjamkan aku kat orang lain kak.”
”Ala tu kisah masa kecik-kecik dulu lah. Kau dah tak ingat..” balas kak Ayu sambil menolak aku ke depan. Aku menguis tangan kak Ayu yang masih lagi melekat dibahuku. Dia ketawa kecil.

”Ha tu lah anak bongsu saya Kak Ani. Aliza namanya..” Mak memperkenalkan diriku yang masih terpinga-pinga.
”Oh dah besar sekarang, dulu yang ni lah akak selalu duk timang-timangkan, lama betul akak tak jumpa dia ni. Makin cantik lah Ros”
”Tak lah cantik mana pun kak Ani. Jangan duk puji sangat. Anak-anak dara sekarang ni kalau dipuji sikit mulalah kembang.” Mak menyuruh aku menyalami makcik Ani yang sentiasa tersenyum mekar. Aku menuruti tanpa membantah sempat lagi mak membisikkan sesuatu ke telingaku.
”Sopan sikit jalan tu.” Aku hanya tersengih.
”Berkenan lah kak Ani dengan anak kau ni Ros. Cantik, manis, sopan..” makcik Ani memujiku didepan mak, dan dengan jelas aku mendengar suara kak Ayu didapur sedang pecah gelak. Siapa yang tak tergelak puji pujian tu kontra benar dengan diri aku yang sebenar, kalau lah makcik Ani ni tahu perangai aku comfirm aku rasa dia tarik balik kata-katanya tu. Aku menyalami tangan makcik Ani. Lama dia mengengam tanganku.
”Mari duduk dekat makcik.” Aku yang baru hendak bangun terus terpaku disebelahnya. mak hanya tersenyum nipis. Rambutku yang selama ini aku sembunyikan bawah topi kini berjuntaian hingga ke paras bahu. Sesekali hujung rambutku yang panjang itu mencucuk hidung apabila agin sesekali menjengah. Terasa ingin ku cekak sahaja rambut yang mengerbang tapi bila fikirkan kata-kata makcik Ani tadi aku ni cantik, manis dan sopan aku tahan aja.Bila la nak balik ni. Aku mula rimas.
”Dah lama makcik sampai..”soalan yang entah apa-apa keluar dari mulut aku. Mak menjeling geram. Aku sedikit mengelabah jari telunjukku baru sahaja nak masuk ke mulut tapi cepat-cepat aku tersedar..huuuu. nasib baik tak nampak. Sememangnya aku tahu makcik Zaini dah lama sampai sejak aku lari dari menghantar air lagi.
Makcik Ani tersenyum kecil, mungkin dia faham keadaan aku yang sedikit gabra tu maklumlah aku bukan kenal dia pun.
”Makcik tunggu anak lelaki ni tak datang ambil lagi. Tadi dia kata nak jumpa kawan dia sekejap aja ni dah lama benar perginya.” terang makcik Ani membuatkan aku rasa serba salah.
”Ayyoo..Ayyooo, minta-minta lah mak cik Ani tak berkecil hati dengan soalan aku tadi.” Bukan menghalau tapi tersalah soalan. Jerit hatiku yang tersenyum kelat. Terasa perit pula kerongkong aku ni. Masak lah bila makcik ni balik nanti tentu mak membebel tak henti-henti.
”Ha itupun Iskandar dah sampai pun Ros.” Makcik Zaini tersenyum lebar. Sejurus kemudian anaknya yang dipanggil Iskandar memberi salam. Aku masih duduk menghadap makcik Ani tak kiralah siapa anaknya pun aku tak peduli yang penting aku nak cepat-cepat beredar dari situ.
”Marilah masuk dulu Iskandar...” Ajak mak yang melemparkan senyum pada aku. ”Kenapa mak pandang aku?..” hati aku mula dihinggap debar. Anak lelaki makcik Ani melangkah sopan. Serta merta mataku membulat, mulutku sedikit terganga. Awang!!. Nama itu terpacul dari mulutku. Mak menampar lembut peha ku mungkin untuk menyedarkan aku yang kini berada di bawah sedar. Makcik Ani menoleh seketika ke arah aku apabila nama Awang yang ku sebut itu menarik perhatianya.
Iskandar terpaku. Matanya sedikit mengecil mungkin mengimbas kembali detik-detik pertemuan kami atau mungkin langsung tidak mengenali aku. Yea lah mana nak kenalnya dulu pertemuan kami aku dengan pakaian lelaki kini aku seperti gadis sunti yang menunggu untuk dipinang. Dengan kebaya moden yang hampir-hampir menyekat saluran pernafasanku. Ini gara-gara kak Ayu lah ni.
Muka yang berkerut tadi kini kembali ceria.
”Ohh..tak sangka yea kita jumpa lagi.” Balas Iskandar sambil tersenyum dan memandang ke atas dan ke bawah. Mungkin sudah dapat mengingati kembali pertemuan kami dulu. Malunya aku dia pandang semacam. Mungkin makcik Ani dapat dengar jeritan hatiku, dia menampar lembut bahu anaknya.
”Kalau yea pun janganlah pandang anak dara orang macam tu sekali.” Aku lihat Iskandar tertunduk perasan akan kesilapannya apabila ditegur oleh mamanya.
”Aduh!..mak sakit perut lah mak.” Aku mahu sahaja lari apabila dia mula mengingatinya. Buatnya dia menyuruh aku mebayar bil yang tak masuk akal tu, mampus mana aku nak cekau duit sebanyak tu.
”Ija masuk dulu lah mak.” Pintaku. Mak menegah.
”Tak tahan lah mak.” Bohongku . Aku sembunyikan wajah dibalik rambut panjang tadi. Aku tahu Awang masih merenungku.
”Mak cik saya minta diri dulu makcik.” Kataku panats lalu menyusup ke dapur. Ahh lega.
Kak Ayu yang sedang mengoreng cempedak hairan melihat aku yang sedikit berpeluh.
”Hoi dik kau kena temuduga ke apa. Berpeluh macam nak banjir aja ni...”
”Kau tahu apa kak..”
”Aku tak tahulah aku tanya kau ni dik. Apasal....”
”Awang ada kat luar lah.”
”Awang...Awang mana pulak ni.”
”Ala Awang yang aku ceritakan pada kau dulu lah. Yang langgar motor aku tu.”
”Hah!..anak makcik Ani ke...”
”Yea lah..” jawbku ringkas.
”Mana...mana aku nak tengok hensem tak!..”
”Tengok lah sendiri.” Aku mula menyabar cempedak goreng yang terhidang di atas meja. Kak Ayu masih terhengdap-hengdap.
”Kak kalau kau nak tengok ensem ke tak ensem baik kau hantar cempedak goreng ni ngan cawan sekali ke depan. Real lagi kau boleh tengok kak.”
”Betul juga kata kau ni dik. Ok aku hantar ni jap kau tengok-tengokkan yang dalam kuali tu ek.” Aku cuma menganguk sambil mengunyah cempedak. Melayan perasaan yang sedang berkecamuk memikirkan Awang bocorkan perihalku kepada emak.
”Dikk..jerit kak Ayu membuatkan aku yang sedang mengunyah cempedak tercekik. Kak Ayu berlari mendapatkan aku lalu menyuakan air masak.
”Apalah kau ni kak, terkejut aku. Nasib baik tak terus go..” kak Ayu tersenyum kelat. Mungkin rasa bersalah melihat aku dalam keadaan begitu tadi.
”Apasal kau jerit..dia takde mata erk, takde hidung..” soalku tanpa sempat kak Ayu menjawab
”Hensem lah dik..” kata-kata itu terkeluar juga dari mulut kak Ayu.
”Biasa aja aku tengok. Semua cukup sifat. Macam kau juga lah kak..”
”Isk budak ni memang takde perasaan betullah kau ni.”
”Ala kak buat apa kecohkan hensem orang. Biarlah dia nak hensem ke nak apa ke. Wajah dia. Dia punya sukalah.”
”Hisyyy!..susah betul cakap dengan orang kayu macam kau ni dik.” Aku biarkan kak Ayu mengalah. Dia ku lihat tersenyum seyum menyambung kerja yang aku ambil alih tadi.
”Hoi kak, cempedak tu dah hangit lah...” Jeritku
Kak Ayu terkejut dengan jeritan kecil. Dia memandang ke dalam kuali. Cempedaknya belum masak lagi, masih belum nampak kekuningannya.
”Kau main-main kan aku dik.”
Aku ketawa sakan melihat kemarahan kak Ayu.
”Itulah kau berangan lagi...” Aku berlari ke bilik air sambil ketawa apabila kak Ayu mengangkat sodek ke paras atas. Aku tahu tindakannya selepas ini.
Read More..
Wednesday, October 28, 2009

Hati Ini Milikmu 19

*************
”Habis mak ni macam mana?” Mak Jah memandang sekilas ke arah Nadia yang sedang berusa memujuk emaknya.
”Itulah mak, kalau boleh Nadia nak ajak mak tinggal bersama lagipun kat kampung ni bukanya ada apa nak kena jaga..” Nadia menggosok perlahan tangan emaknya begitulah kelakuaannya apabila mahukan sesuatu dan senjata itulah melemahkan Mak Jah. Mak Jah hanya mendiamkan diri. Dia perlu pertimbangkan sebaiknya jika dia melepaskan Emy pergi siapa yang akan menjaganya kalau dia sakit pening. Tapi jika dia menahan kehendak Nadia kesian pula anaknya tidak berteman di sana, lagi susah kalau terjadi apa-apa lagipula zaman sekarang macam-macam boleh jadi tinggal seorang di bandar besar begitu. Jika dia tinggal dikampung sendirian dia masih boleh meminta tolong jiran mereka jika terjadi apa-apa yang berjiran dengannya pun masih ada pertalian saudara..

”Ermmm..”Mak Jah menarik nafas perlahan. Memerhati seraut wajah anak yang dikasihaninya.
”Macam ni lah mak, kalau mak tak nak ikut, Nadia akan pastikan setiap hujung bulan Nadia dan Emy akan pulang jenguk mak. Macam mana? Nadia bukannya apa mak.. Mak kan tahu Nadia tinggal sesorang kat sana, nak cari teman yang boleh tinggal bersama takut Nadia tersalah pilih kawan sebab itulah Nadia ajak Emy. Lagipun Nadia kesiankan adik. Boleh yea mak...Nadia cuba berdiplomasi.
”Kenapa kat kampung ni dah takde kerja lagi ke? berlambak kalau dia nak..” Mak Jah belum mahu mnegalah.
”Mak..biarlah Emy sambung belajarnya. Dia pun teringin juga nak masuk Universiti. Nadia kan dah habis belajar dah kerja pun, mak jangan risau perbelajaannya nanti Nadia tanggung.”
”Huh kalau berjaya nanti dah tentu lupakan jasa aku besarkannya...” Nadia sedikit terkejut dengan apa yang diperkatakan emaknya
”Mak..kenapa mak cakap macam tu, Emy kan anak mak juga, adik Nadia takkan dia nak lupakan kita mak. Nadia memeluk Mak Jah erat. Kenapa dia berkata begitu hanya dia sahaja yang tahu. Emy yang berada di sebalik dinding biliknya duduk terjelupuk apabila mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut seoarang ibu. Begitu sangkaan emaknya selama ini. Apa masih kurangkah lagi kebaikannya selama ini atau emaknya langsung tidak pernah menghargainya. Air mata yang ditahan itu akhirnya gugur juga. Suara Nadia yang masih memujuk Mak Jah masih kedengaran jelas. Emy menutup kedua-dua belah telinganya tidak sanggup dia ingin mendengar. Semakin perit pula menelan kata-kata yang lahir dari seorang ibu. Dia merebahkan diri di tilam usang miliknya.. tengelam didalam emosinya sendiri.

Seawal jam 5.30 pagi Emy telah membersihkan diri, air telaga yang sebati dengan tubuhnya menyentuh lembut kulitnya, terasa kesejukan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam. Sesekali Emy mengetap bibir apabila tanganya mencelup air perigi yang terisi di dalam timba. Sesekali tubuhnya bergetar. Kabus pagi sedikit mengaburkan pandangan matanya kesejukan makin terasa. Air telaga tetap menjadi pilihannya walaupun rumahnya telah lama dipasang air paip. Emy lebih menyukai air perigi kesegarannya lebih terasa berbanding air paip.

Usai menghadap Ilahi Emy meneruskan tugas sehariannya sebelum Mak Jah dan Nadia bangun. Dia mengemas rumah seadanya. Sarapan pagi juga tetap dilakukan walaupun Mak Jah tidak pernah menghargainya.
”Wah!..awalnya Emy bangun siap dengan mee goreng lagi. Rajin betul adik akak ni yea.” Nadia mengahampiri adiknya yang sedang menghidang mee goreng lalu bahu adiknya dipaut mesra. Emy hanya tersengih.
”Apa ni kak busuknya, kalau yea pun nak peluk orang pergilah mandi dulu. Tak tahan lah emy dengan bau masam akak tu.” Guraunya menyebabkan Nadia semakin erat memeluk.
”Dah..dah..cepat nanti mak nak mandi pula tu.” arah Emy seperti mengarah budak kecil mandi.
”Yea lah..yea lah. Akak pergi mandi lah ni.” Nadia mengemaskan kain tualanya di atas bahunya, sesekali dia mengangkat tinggi sengaja mahu menyakat adiknya yang sedang leka menyediakan sarapan. Sejurus Nadia masuk ke bilik air Mak Jah menuruni tangga dapur dengan perlahan. Tangannya ligat menyanggul rambutnya yang mulai terburai. Emy memandang emaknya lalu menghadiahkan senyuman walaupun senyuman yang dihulurkan tidak pernah berbalas. Sebagai anak yang telah banyak memakan jasa emaknya dia sebolehnya mahu mengembirakan hati orang tuanya. Hanya emak lah satu-satunya yang dia ada di dunia ini. Baik atau buruk emak tetap emak.

”Aduh!..jerit Mak Jah mematikan khayalan Emy yang sedang leka dengan lamunannya tadi. Dia berpaling memandang emaknya yang sudah pun terjelupuk di atas lantai dapur. Emy berlari mendapakan Mak Jah.
”Kenapa mak..” soal Emy lalu membantu Mak Jah yang sedang memegang kakinya.
Mak jah mengurut kakinya beberapa kali. Pertanyaan Emy langsung tidak berjawab.
Nadia muncul dari bilik air. Dia terkejut kehairanan melihat emaknya duduk dilantai dapur. Dia meluru menghampiri emaknya dan Emy.
”Kenapa ni mak..mak tak apa-apa?”
”Takde apa-apa. Mak tersadung sikit aja tadi.” Jawab Mak Jah tersenyum pahit.
”La mak ni buat terkejutkan Nadia aja. Sakit tak ni.” Naida menarik nafas lega.
”Mak tak apa-apa lah Nadia sikit aja ni.” Mak Jah memaut bahu Nadia untuk bangun Emy disisi yang paling hampir hanya dipadang sepi. Kedinginan yang ditunjukan Mak Jah menjentik tangkai hatinya. Perasaan sebak mula bermain dihatinya sepantas kilat ditepis dia tidak mahu perasaan itu mengaggu keceriannya hari ini. Biar apa pun yang diakukan emak dia menerimnya walaupun kelakuan dan kata-kata emak begitu menghiris hati.
”Boleh jalan tak mak...”
”Mak tak apa-apa lah. Jangan lah kau risau.” Mah Jah berjalan menuju ke bilik air sambil Nadia menghantar dengan pandangan matanya.
”Adik..apa lagi tercegat kat situ...” tegur Nadia apabila melaihat Emy masih kaku ditempat tadi. Emy tersedar. Dia bergegas ke meja makan dan menyambung kembali tugasnya yang tergendala.


”Jauhnya adik akak ni termenung, teringat kat siapa tu....” Lamunan Emy serta merta berkecai. Jantungnya berdegup laju apabila suara Nadia begitu hampir dengan telinganya. Dia berkalih menghadap Nadia yang tersenyum mengejek.
”Akak ni betul-betul nak bagi orang mati muda lah.” Marah Emy memuncungkan wajahnya. Nadia ketawa kecil.
“Habis tu tuan puteri termenung sampai guruh berdentum pun tak sedar..” balas Nadia bersahaja.
”Hei mana ada guruh la. Raksasa ada arr dalam bilik Emy ni.” Nadia ketawa besar apabila raksasa yang disebutkan Emy itu ditujukan buatnya.
”Kalau akak raksaksa dah tentu kat depan akak ni ultraman kan. Tapi tak nampak macam ultraman pun. Nampak macam Doremon adalah.” Makin galak pula Nadia menyakat adiknya. Emy sedikit terhibur.
”Ah melalut aja akak ni. Kartun budak-budak itu juga yang dia ingat.” Jelas sekali Nadia belum mampu menghentikan ketawanya. Suasana sunyi seketika apabila Nadia memadang dikehijuan bendang yang terbentang luas. Dia memejamkan matanya seketika sambil menyedut udara segar. Sesekali nafasnya kedengaran dihembus kuat. Emy hanya memerhatikan sahaja tingkah laku kakaknya. Dia senang apabila kakaknya tidak pernah membiarkan dirinya sendirian ada sahaja kenakalan kakaknya mencuit hati. Hanya Nadia yang setia sebagai teman dan juga orang yang banyak memberinya semangat setiap kali dia marahi Mak Jah, dia lah penyelamat dari kesakitan setiap kali batang lidi menjamah tubuhnya. Dia sanggup korbankan apa sahaja demi mengembirakan hati kakaknya hanya dia yang memahami hatinya. Perasaan takut akan kehilangan Nadia apabila Nadia mempunyai keluarga sendiri juga sering menerjah, apakah kemesraan ini akan berulang lagi. Emy menepis jauh kembara khayalannya yang mengjangkau jauh dari kenyataan. Dia masih menatap wajah mulus Nadia lalu sama-sama merenung dan menikmati panorama yang terbentang di mata.
”Emy..” panggil Nadia lembut membuatkan dia berpaling merenung pandangan mata kakaknya. Nadia menundukkan wajahnya. Mendung menyelubungi wajahnya.
”Kenapa kak, macam ada sesuatu aja akak nak bagitahu Emy.
”Akak nak minta maaf...”
”Minta maaf, pasal apa kak..”
”Pasal pelawaan akak untuk bawa Emy ke Kuala Lumpur...”
”Emy faham kak, akak tak perlu minta maaf dengan Emy. Lagipun akak dah banyak tolong Emy. Emy dah agak kak mak takkan benarkan Emy tinggalkan kampung ni. Lagipun siapa nak jaga mak kalau Emy ikut akak.” Nadia hanya diam tidak bersuara. Dia hanya mendengar luahan adiknya. Dia berjaya memainkan emosi adiknya. Tapi dia tahu tutur kata adiknya sememangnya ikhlas walaupun emak telah banyak menyakitinya.
”Lagipun Emy sayanglah nak tinggalkan kampung ni, kat KL mana ada sawah bendang, mana ada tali air. Mana ada ayam itik...” selorohnya menutupi rasa kecewanya.
”Maafkan akak dik..” Emy hanya diam. Sebelum ini hatinya berbunga untuk mengikuti kakaknya bekerja di Kuala Lumpur. Hajatnya terus mati apabila dia mendengar perbincangan emak dan kakaknya malam tadi.
”Nampaknya akak terpaksalah balik KL sesorang esok. Maklum lah ada orang tak sudi nak tinggalkan sawah padi, tak sanggup lupakan ayam itik dan tak boleh tak kalau sehari tak bercakap dengan teman baiknya ikan di parit tu..” Nadia sengaja melangkah satu tapak ke hadapan seolah-olah mahu meninggalkan adiknya. Emy membiarkan Nadia berlalu dan tiba-tiba dia menjerit sebelum dapat menagkap apa yang dimaksud dengan ucapan kakaknya..
”Akakkkkkkkkk....” Emy menjerit keriangan dan dengan pantas dia memeluk Nadia.
”Eeee..akak jahatlah mainkan Emy.”
”Bila akak mainkan Emy. Takde kan. Tadi akak minta maaf pasal esok lusa Emy dah tak boleh nak tengok sawah padi, tak boleh nak bercakap dengan ikan lagi tapi Emy dah menyampuk sebelum akak habis cakap. Salah siapa?” Emy hanya memeluk kakaknya dengan erat. Hatinya berbunga riang. Wajahnya bertukar ceria.
”Tapi macam mana akak pujuk mak. Kan mak tak....” kata-katanya mati disitu. Nadia menguntum senyum, membiarkan soalan Emy tidak berjawab
”Ermm!..kalau Emy nak tahu kena menuntut ilmu dengan akak dulu. Sebelum tu kena sediakan pulut kuning tiga periuk, Strawbery bersalut coklat empat kotak besar, ayam panggang lima ekor...” seloroh Nadia. Emy membulatkan mata, dia terkena lagi sekali dengan kakaknya.
”Ha kan dah betul Emy kata.. Emy belum mahu mengalah..
Nadia mengerutkan dahinya tanda kurang memahami maksud Emy.
”Apa yang betulnya.”
”Betullah bilik Emy ni ada raksaksa. Kalau tak, tak kan lah akak mintak banyak sampai macam tu sekali...”Eemy melepaskan pelukannya dia sudah bersiap sedia melarikan diri jika kakaknya mahu bertindak mahu mengeleteknya.
”Hei..akak bukan nak makan sesorang. Akak nak buat kenduri lah..” ideanya tidak juga kurang. Ada sahaja yang sampai ke otaknya. Dia tidak mahu kalah dengan Emy. Emy ketawa besar apabila Nadia mula tidak tentu arah. Jawapan kakanya dirasakan lucu. Dia tersenyum gembira. Apa benar perkhabaran kakaknya atau sekdar mimpi yang datang seketika untuk membagiakan harinya sebelum bertukar duka.
”So apa tunggu lagi tak nak bawak apa-apa ke?”
”Bawa apa kak..” Emy sedikit keliru
”La budak ni boleh tanya kita bawa apa pulak. Awak tak nak bawak pakian awak ke atau nak bawa tubuh aja erk..” Nadia mencuit hidung adiknya.
”Ohh!...Emy baru teringat yang dia perlu berkemas. Dia tiada masa lagi untuk bermenung Nadia mahu bertolak awal pagi. Soal macam mana Mak Jah bersetuju membenarkannya mengikuti Nadia juga tidak sempat dia bertanya. Ah masih banyak masa lagi. Yang penting dia harus menemui rakan-rakanya. Sebelum dia meninggalkan kampung halamannya. Dia tidak sabar mahu menyampaikan berita gembira kepada ’mereka’ walaupun dia pasti ’mereka’ yang dimaksudkannya itu langsung tidak memahaminya.
”Hei nak ke mana tu.” Nadia menjerit apabila Emy meluru keluar. Dek kerana terlalu Emy meninggalkan Nadia terpinga-pinga.
”Nak jumpa kawan Emy sekejap kak.” Balasnya lalu menghilang. Nadia hanya mampu mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tahu benar siapa teman-teman yang dimaksudkan oleh adiknya tadi.


Akhirnya tiba juga Emy di kota metropolitan yang diketahui penuh dengan cabaran dan pancaroba. Bangunan-bangunan disekeliling tingi-tingi belaka hingga mampu mencakar langit.
”Macam mana lah diaorang boleh duduk kat tempat tinggi macam ni kan kak tak gayat ke? Tentu lenguh kan kak diaorang tu duk panjat tangga hari-hari.” Soal Emy seperti lagak rusa masuk kampung. Nadia hampir tergelak mendengar celoteh Emy. Dia tahu ini adalah pertama kali adiknya menjejak kaki ke kota besar itu. Sudah tentu adiknya perlu banyak belajar. Persoalan Emy hanya dibirkan sepi, lama-lama nanti tahu lah dia. Kepala Emy tidak betah diam. Sesekali kepalanya ke depan hampir-hampir hidungnya mahu mencecah cermin kereta depan. Nadia hanya memerhati kan sahaja gelagat adiknya. Biarlah dia melihat puas-puas, benda baru baginya. Esok luas puas lah dia tu.
Telefon bimbit Nadia berdering beberapa kali. Dia menjawab panggilan dari tunangnya. Nadia bercakap beberapa minit dengan Faiz. Sesekali dia tergelak apabila menceritakan hal Emy. Adiknya disebelah hanya menjeling geram.
”Jom dik abang Faiz ajak kita makan tengah hari. Nak tak.” Soal Nadia.
”Emy tak kisah. Emy ikut aja kak.” Jawab Emy bersahaja. Lagipun dia belum puas menatap pemandangan kota. Kesesakan jalan raya dirasakan seperti pesta. Emy memerhatikan kereta di atas jalan berderetan apabila lampu isyarat bertukar merah. Sesekali dia tersenyum memerhati gelagat warga kota. Pantas mengejar masa. Hanya dia agaknya seorang yang masih lagi terleka dengan dunianya sendiri. Cabaran menanti didepan mata. Dia mahu membuktikan kedatangannya ke Kuala Lumpur bukan sia-sia, dalam diam dia menanam azam mahu membuktikan kepada Emaknya dia bukannya seorang anak yang cepat lupa jasa ibu yang melahir dan membesarkannya. Emy tersentak apabila Nadia bersuara.
”Kat sini memang macam tu Emy. Berkejar ke sana kemari. Jalan pulak asyik jem aja memanjang, ha... tengok sekarang ni, lebih-lebih lagi waktu puncak macam ni...” seperti memahami apa yang bermain difikiran adiknya, Nadia meluahkan pengalamanya yang sudah lama tinggal dikota.
”Agaknya makan pun tak sempat kan kak..”
”Ala kalau yang kuat kerja memang macam tu lah. Makan pun fast food aja.”
”Ooo..” Emy hanya mengia – ia kan kata-kata Nadia. Dia tahu Nadia terlebih dahulu makan garam tinggal di kota besar ini.
”Tapi hidup di KL ni kena hati-hati dik, kena bijak jangan sampai kita ditipu...”
”Kena tipu? Maksud akak..”
”Kita kena hati-hati, kena pandai pilih kawan kalau tak kita yang hanyut. Ramai yang terkena penyakit kejutan budaya kat sini.”
”Kejutan budaya...”
”Yea lah datang dari kampung tapi bila dah sampai ke kota ni tersalah pilih kawan dan tak kuat iman teruslah lupa diri, lupa asal usul tewas dengan godaan kota.” Terang Nadia panjang lebar. Emy hanya mengangguk.
”Ok dik kita dah sampai ni. Jom perut akak pun dah lapar sangat ni.”
Faiz sudah pun menunggu di tempat biasa. Dia menyambut kedatangan dua gadis itu dengan senyuman. Sudah di ajak Ayie makan sekali tapi adiknya menolak dengan alasan streotaipnya banyak kerja.
”Jom kita makan dulu. lagipun Faiz tahu Nadia dan Emy tentu dah lapar ni. sebaik sahaja Nadia mengangguk Faiz terus sahaja memanggil pelayan mengambil order mereka. 15 minit kemudian segala pesanannya sampai. Mereka bertiga menjamu selera. Sesekali kedengaran suara Nadia dan Faiz ketawa kecil.
”Ha macam mana Emy. Seronok dapat keluar dari kampung...”soal Faiz sebaik sahaja mereka menjamu selera.. Memandang wajah Faiz membuatkan Emy diburu sesuatu. Yea rasa yang telah lama terpadam. Tapi kenapa dia....
”Apa tak seronoknya, dalam kereta tadi bukan main lagi dia tengok KLCC macam bangunan tu nak roboh jerk, tak berkelip langsung.” Seloroh Nadia membuatkan Faiz ketawa kecil, Emy hanya tersipu malu.
”So apa perancangan Emy. Nak belajar atau berkerja...”
“Emy ingat nak kerja sambil belajar lah kak, abang Faiz.. sekurang-kurangnya ada juga pengalam kerja” Dia sudah memikirkan itu sejak dia diberitahu dapat keizinan dari emaknya mengikuti Nadia ke Kuala Lumpur.
”Ok kalau macam tu bila boleh mula.” Ujar Faiz sambil memerhatikan bakal adik iparnya yang kelihatan terpinga-pinga. Nadia hanya tergelak kecil.
”Kalua yea pun sabar lah dulu. bagilah Emy ni rehat dua tiga hari nanti dia dah serasi dengan agin KL ni barulah Nadia bagitahu.” Emy hanya tersenyum kelat. Faiz menggaru kepalanya yang sedikit gatal. Biarlah Nadia yang uruskan lagipun dia lebih tahu tentang adiknya.
”So Emy dah pilih nak belajar kat mana?
”Belum lagilah abang Faiz. Lagipun kak Nadia dah ada cadangan tapi dia belum bagitahu Emy lagi. Emy ikut aja mana yang baik..” ujarnya lalu memandang Nadia di sebelahnya.
Usai makan bersama Nadia membawa Emy ke rumah milik Faiz yang bakal dihadiahkan pada hari perkahwinannya nanti. Pada mulanya Nadia keberatan untuk tinggal di sana tapi memandangkan Faiz yang beria-ria menyuruhnya berpindah ke Kondominium Damai itu dia hanya menurut. Rumah itu bakal menjadi miliknya juga nanti.


”Suriati pasal temuduga sebagai penyambut tetamu tu awak tolong batalkan, saya dah ada calonnya tapi sementara menunggu dia masuk awak minta tolong Mona gantikan dulu tempatnya. Bila Emy dah start kerja awak tunjuk ajarlah mana yang patut. Suriati hanya mencatat apabila perlu.
”Oh ya sebelum saya lupa berkemungkinan minggu ni saya tak masuk ke pejabat esok ada beberapa hal saya nak kena setle kan di tapak projek.” Suriati hanya mengangguk faham dengan arahan yang diberikan oleh bos nya.
”Okey itu sahaja. Nanti kalau ada apa-apa saya akan bagitahu awak.” Fariz memandang wajah setiausahanya seakan-akan ada soalan yang hendak di tanya.
”Kenapa Suriati? Dahi awak berkerut macam ada soalan aja nak tanya...” Soal Faiz matanya ralit melihat kerutan diwajah setiausahanya yang telah lama berkhidmat di syarikat bapanya.
”Err..maafkan saya jika saya tersalah soalan En. Faiz..” Suriati mahu bertanya tetapi dia sedikit takut.
”Tersalah soalan. Macam pelik aja bunyinya tu..” membuatkan dahi Faiz pula yang berkerut. Suriati ketawa halus melihat riaksi bosnya pula kehairanan.
”Boleh saya tahu siapa yang akan gantikan tempat Meggie tu. Satahu saya kita tak ada temudaga sesiapa pun lagi..”
”Oh itu yang menyebabkan dahi awak bergaris lima tu yea...” Guraun Faiz membuatkan wajah Suriati kemerahan menahan malu. Pandai juga bosnya membuat lawak nampak selama ni macam kayu aja. Sungutnya dalam hati.
”Dia tu saudara saya.” Jawab Faiz pendek. Suriati hanya mengangguk kecil
”Bila dia mula kerja encik..”
”Minggu depan. Tapi kalau saya tak sempat denganya awak tentu tahu apa nak buat kan.”
”Maksud En Faiz?”
”Minggu depan saya mungkin saya ke Beijing ada urusan yang saya perlu selesaikan disana. Awak Tolong ingatkan saya yea dan tolong tempahkan tiket flight saya sekali, tarikhnya nanti saya bagitahu kemudian Ada apa-apa soalan lagi ke Suriati. Kalau tak ada apa-apa saya nak minta tolong awak ambilkan fail yang berkaitan sebutharga Syarikat Menara Sdn Bhd. Suriti dengan pantas mencatatnya. Dan megeleng kepalany beberapa kali sebagai jawapan yang dia tidak mempunyai soalan lagi.
”Baik En. Faiz saya ambilkan sekarang.”
”Terima kasih.” Balas Faiz lalu mengiringi Suriati dengan ekor matanya hingga ke pintu.

Ayie baru sahaja pulang dari KLIA selepas menghantar alongnya dia telah dimaklumkan oleh Faiz yang dia akan mengantikan meeting yang perlu dihadiri Faiz pada minggu ini di Johor Baharu. Ayie tidak membantah. Dia bernyanyi kecil ketika sampai dipejabatnya tapi sebelum itu dia masih sempat melilau mencari kelibat seseorang, gadis genit yang sering menjadi penyeri lobi hari ini tidak keliahtan Ayie tercari-cari kepalanya ligat mencari bayangan Meggie Agg, sudah menjadi kebiasaan nya dia kan menyakat amoi yang suka bersolek cantik itu. Penyambut tetamu itu mempunyai sepasang mata yang sepet, berlesung pipit dan berkulit cerah gadis itu diatara staff yang menjadi perhatian kaum lelaki di pejabatnya. Hanya Meggie Agg sahaja yang mengetahui perbezaan Faiz dan Ayie sebab itulah Ayie menyenangi Meggie Ngg gadis berbangsa Tionghwa berusia 23 tahun itu. Pun begitu bukan bermaksud dia sudah jauh hati pada gadis yang mempunyai pakej yang menarik dan boleh menarik mana-mana lelaki untuk jatuh hati kepadanya. Hatinya telah dimiliki tapi siapakah gadis yang berjaya mencuri hatinya langsung tidak diketahui. Masih samar-samar dan entah sampai bilakah dia akan temui jawpannya.
”Aik tak nampak pulak amoi kat depan ni mana pergi takkan hilang kot. Ayie mengomel sendirian apabila Meggie Agg yang menjadi penyeri kaunter depan tidak kelihatan, hanya seorang wanita yang dikenali sebagai Mona sahaja sibuk melayan panggilan. Ayie meninggalkan kauter depan setelah puas dia menunggu gadis yang sedang leka dengan tugasnya. Dia sebenarnya singgah untuk mengambil dokumen yang ditinggalkan untuknya oleh Faiz pagi tadi. Dokumen yang perlu diuruskan sementara Faiz menghadiri seminar di Beijing selama dua minggu. Ketika Ayie sampai ke pejabatnya dia terserempak Suriati yang sedang melaluinya.
”Su..”panggil Ayie membuatkan langkah gadis manis itu terhenti.
”Eh En. Faiz tak pergi lagi ke, kan flight pukul 9.30 pagi. Ni dah pukul berapa, jangan bagitahu saya En. Faiz terlepas flight sudah..ini dan tentu En. Faiz terlamat bangun kan...” belum pun Ayie membuka mulut Suraiti sudah pun berjela-jela membebel dan membuat telahan sendiri.
”A’aa..saya terlepas flight la Su. boleh tolong booking kan yang lain untuk saya.” Usik Ayie tanpa Suriati menyedari dirinya telah tersilap orang. Suraiti mengerutkan dahi, jarang sekali bossnya itu cuai dalam kerja. Mungkin dia mneghadapi masalah sebab itulah dia sekarang terlupa.
”Ermm..pukul berapa pula En. Faiz nak kali ni..”soalnya lalu membuka buku catatannya.
”Pukul 8.30 malam nanti..”jawab Ayie makin panjang pula sakatnya
”Malam..okey saya tempahkan..” Suriati membalasnya sambil senyum.
“Tapi..flight ke JB ok.” Jawabnya serta merta mematikan senyuman di bibir Suriati.
“Pergi balik.” Tambahnya menyebabkan mata Suriati mengecil. Setahunya hanya En. Fariz yang akan ke JB. Gelagat Suriati memandangnya menyebabkan Ayie pecah tawa.
”Saya Fariz la Suriati. Awak ni dah lama saya kerja kat sini masih confius lagi saya atau abang saya.” Kata-kata Ayie menyebabkan Suriati tersipu malu. Mati-matian dia sangkakan En Faiz tadi. Buat malu aja dia menuduh Faiz terlepas flight,padahal bosnya sedang terlena di atas kapal terbang. Dia segera berlalu menutupi rasa malunya tadi.
”Eh! nak kemana pulak tu saya belum habis cakap lagi awak dah nak pergi”. Suriati berpatah balik ke arah Ayie yang masih tercegat di tempat yang sama.
”Maafkan saya En Fariz saya ingatkan dah sudah tadi.” tutur Suriati sopan menutupi kebiadapannya tadi.
”Memang lah tadi kita dah sudah ..Suriati mengerutkan dahinya.
”Jangan fikir lain pulak. tadi sudah bergurau.. kerjanya belum mula pun lagi nak sudah macam mana..” masih sempat lagi Ayie mengenakan Suriati yang masih merah wajahnya menahan malu. Nanti awak tolong panggilkan Kak Nida masuk ke bilik saya yea.
”Kak Nida cuti sakit hari ni En. Fariz..”balas Suriati
”Ooo..Fariz mengangguk.. kalau macam tu awaklah tolong uruskan beberapa kertas kerja yang saya suruh dia buatkan semalam, saya nak bawa ke sana esok ada meeting.” Arah Ayie kepada Suriati yang masih setia mendengar arahanya.
”Baiklah En. Fariz. Suariti hanya menurut tidak sanggup dia mahu membantah walaupun dia berhak. Tapi memandangkan Ayie telah meminta tolong dengan cara baik tidak elok rasanya dia menolak. Lagipun dia tidak banyak kerja hari ini.
”Lagi satu Suriati jangan lupa booking kan tiket flight saya malam ni ke JB. Pesan Ayie mengingati Suriati yang mula meninggalkannya. Suriti hanya mengangguk.
”Tiket pergi dan balik En Fariz. .?Soal Suriti untuk kepastian
”Pergi aja lagipun saya mungkin dua hari disana.”
”Baik en Fariz. Sebelum berlalu Ayie manghadiahkan senyuman kepada setiausaha yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya. Untung syarikat mempunyai pekerja seperti Suriati.

Emy memandang sepi alat-alat makeup nadia yang terletak di hadapan matanya. Apa yang perlu dilakukannya , mana dia tahu menggunakan alat-alat solek yang enath apa namanya yang dia tahu hanya bedak sejuk dan bedak compact itu sahaja. Debaran di dadanya mula terasa. Semangatnya sedikt goyah apabila mengingati dirinya yang seba tidak tahu. Nadia mengetuk pintu bilik adiknya setelah dia merasakan dia perlu melihat adiknya.
”Hei kenapa duduk mengelamun lagi tu. Tak nak pergi kerja ke?” Nadia menghampiri adiknya. Emy tersengih malu. Selepas mengenakan baju kurung putih berbunga pink dia terus duduk memandang makeup kakaknya sesekali dia membukanya dan seketika itu juga dia menutupnya.
”La kenapa tak bersolek lagi, nanti kita lambat lah dik.”
”Seganlah kak..Emy tak biasa la pakai benda-benda ni semua.”
”Memang la tak biasa nanti dah lama biasa la. Mekup muka tu sikit nanti tak lah orang nampak macam mayat berjalan aja. Hari pertama mestilah kita kena kemas, cantik nampak sikit berkarisma.” Nadia memberi semangat kepada Emy yang sedikit liat mengenakan alat solek dimukanya. Akhirnya Nadia yang menyolekkan untuk Emy yang duduk macam patung
”Haaa dah siap...nampak cantik pun..cuba Emy tengok kat cermin tu.” Nadia mengarahkan Emy melihat wajahnya dicermin hias.
”Eh! muka Emy ke ni kak..”
”Yea lah..takkan muka akak pulak....”Emy ketawa dengan keterlanjuran katanya.
”Macam tak caya aja kak....tapi tak nak lah pakai macam ni..”
”Hei budak ni..Takkan Emy nak tempek bedak sejuk pula kat muka tu, nak suruh semua pekerja kat situ lari bertempiaran.” Emy tergelak kecik dengan sindiran merangkap lawak baginya. Dia memebelek wajahnya seketika dan sejurus itu dia tersenyum melihat dirinya sendiri. Yea aku perlu berubah. Itu azamnya lalu tudung bawal berwarna merah jambu digapainya. Nadia tersenyum melihat perubahan adiknya.
”Ingat pesan abang Faiz tu Emy kena jumpa siapa...”
”Emy ingat kak, dia suruh Emy jumpa Suriati...”
”Good girl.” Nadia memperlakukan Emy seperti budak kecil. Emy memuncungkan wajahnya geram dengan gurauan kakaknya yang tiada berkesudahan.

”Mona mana amoi cantik tu pergi, saya tak nampak pun hari ni, dia tak datang kerja yea” Sapa Ayie apabila dia melewati lobi.
Mona yang sedang menggantikan tempat Meggie Agg yang telah berhenti kerja berpaling kehairan. Sudah nyanyukkah bosnya itu, dia yang menyuruhnya gantikan tempat Meggie dia pulak yang tanya mana perginya si Meggie.
”En. Faiz dah lupe erk. Kan Meggie dah berhenti kerja...” Terang Mona lalu memberikan beberapa dokumen kepada Ayie. Ayie yang tidak tahu menahu tentang pemberhentian Meggie Ngg mengerutkan keningnya.
”Kenapa En. Faiz..” Panggilan Mona itu menyebabbkan dia mahu tergelak, baru dia perasan Mona pun sama menghidap penyakit macam sesetengah staffnya yang lain. Sah mereka sedang mengalami krisis kekeliruan identity. Ha padam muka.
”Kenapa En. Faiz senyum pulak ni. ada apa-apa yang lucu ke?”
”Eh takde. Maaf saya terlupa selalu sangat kacau si amoi tu pagi-pagi bila dia takde ni terasa lain pulak...”
”Hai dah jatuh hati ke En Faiz ni, tunang kat sana tu mana nak letak.” Soal Mona tersengih kecil.
”Ala yang tu saya letak kat sini….”dia meletakkan tangannya didadanya, Mona hanya tersenyumm mengejek. Ayie terus pada tujuan asalnya ke situ.
”Hai senang hati betulah bos ni, dulu tak macam ni asyik serius jerk sekarang bila adiknya kerja kat sini semuanya berubah.” Omelnya sendirian sambil tangannya lincah menyelesaikan kerjanya.
”Saya datang nak ambil dokumen yang ditinggalkan untuk saya.”
”Dokumen yang ditinggalkan untuk Encik. Setahu saya En Faiz yang tinggalkan dokumen untuk adik En. Faiz kan. Dokumen untuk en.Fiaz sendiri takde pula.
”Ha yang tu lah...” Malas Ayie ingin berlama disitu. Dia tahu masalah kekeliruan identiti ini akan berlanjutan selagi dia tidak ditukarkan ke cawangan lain.
Usai dokumen yang dikehendaki diperolehi dia mengucapkan terima kasih kepada Mona.

Emy yang telah diberikan taklimat serba ringkas oleh Suriati tentang kerjanya tersenyum lebar walaupun debaran didadanya semakin mengganas, beberapa mata juga tidak lepas memandangnya maklumlah dia orang baru di situ. Suriati membawa Emy ke ruang menyambut tetamu. Mona sedang tersenyum memandang dia tahu kerjanya sebagai gadis penyambut tetamu akan berakhir sebentar nanti.
”Ok saya kenalkan ini Mona..” Suriati memperkenalkan diri Emy kepada Mona.
”Saya Nur Amelia panggil saja Emy. Lalu menghulurkan salamnya kepada Mona. Salam bersambut dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibir masing-masing, mereka sudah berjumpa pagi tadi.
”Kerjanya tak susah Emy, senang aja duduk goyang kaki aja kat sini.” Seloroh Mona mrmbuatkan mereka ketawa kecil. Cepat benar gadis itu mesra. Emy hanya mengangguk. Dia sudah faham kerjanya kerana Suriati sudah menerangkanya tadi. Mona tidak dibernakan meninggalkan tempatnya dia masih diperlukan disitu untuk mengajar Emy hanya untuk dua atau tiga hari sahaja. Mona akur lagipun dia sudah mula seronok berekrja dibahagian hadapan.
Waktu berjalan dengan pantas, Emy seronok dengan tugsanya, dia tidak kekok bergaul dengan Mona sesekali mereka berlawak.
”Eh kau tak nak makan ke Emy...” Emy mengerling jam tangannya pemberian Nadia tempoh hari.
”Emy puasa lah Mona..kalau Mona nak pergi makan takpe, pergi lah...”
”Kau puasa ganti erk..” Emy hanya tersenyum. Cukuplah sekadar mengatakan dia berpuasa walaupun puasa gantinya telah lama berganti.
”Aku pergi dulu lah yea, kalau kau nak ke surau naik ke tingkat lima kat situ ada surau. Kalau kau nak tidur kat situ pun boleh.” Ujar Mona tanpa segan silu. Emy hanya mengangguk kecil. Menyambung kembali tugasnya apabila kelibat Mona hilang bersama teman-temannya.

Ayie bersama beberapa rakan sekerja lain sedang leka bersembang dan sesekali disulami ketawa sambil menuju ke cafe, dan tanpa sengaja dia terpandang ke arah kaunter panyambut tetamu. Sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya begitu menarik perhatiannya. Gadis bertudung merah jambu itu dengan perlahan melangkah ke arah bertentangan dengannya menuju ke lift. Dia tidak sempat melihat wajah gadis yang itu kerana sesekali bayangan gadis itu terlindung dek pergerakan rakan-rakannya. Dan akhirnya bayang gadis itu hilang dari pandangannya. Hatinya tidak keruan. Siapa gadis yang mempunyai aura yang sama seperti gadis kampung yang ditemuinya dulu.

Read More..
Thursday, October 22, 2009

Pion oh Pion 3

************************************************************************
”Hoi kau tak kerja ke hari ni. dah pukul berapa tak bangun - bangun lagi. Subuh gajah ke kau pagi tadi.” suara kak Ayu memecah kesuyian pagi yang tadinya damai bertukar menjadi sedikit bingit. Macam mana dia dapat masuk bilik aku yang selalu berkunci ni. Aku masih lagi berkeadaan mamai. Aku hanya membuka kecil kelopak mata yang semamangnya mengantuk sakan. Bayang-bayang kak Ayu yang tadinya besar kini semakin kecil dan terus hilang dipandangan. Sah aku teridur walaupun dalam keadaan gempa sebentar tadi.
”Hoi bangunlah. Kau dah diberhentikan kerja ke?” kak Ayu menarik selimut yang membaluti seluruh tubuhku. Dia belum berpuas hati selagi belum mendapatkan jawapan yang pasti keluar dari mulut comel ku.

”Apa ni kak aku ngantuk lah. Kalau kau nak pergi kerja pergi ajalah, takkan kau nak suruh aku hantar pulak.” bantahku geram dengan tindakan kak Ayu sebentar tadi. Selimut yang berada ditangannya aku tarik dengan pantas. Malas aku mahu melayan kehendak kak Ayu yang suka menganggu ketenteramanku.
”Oii..bangun..bangun..bangun lah kan mak dah pesan jangan suka bangun lambat nanti rezeki lari. Bangun lah oii..” ini yang aku malas dengan kak Ayu, kalau nak kejutkan aku pasti dia akan sertakan sekali pesanan mak. Dah berapa kali dia ulang perkataan bangun tapi aku tak juga bangun. Suasana kembali senyap..dalam mamai aku sempat lagi berfikir pasti ada perkara yang akan kak Ayu lakukan pada aku. Dengan cepat aku membesarkan mataku. Aku lihat kak Ayu tersengih memandangku yang berada dihujung katil, ditanganya tergengam semangkuk air yang pastinya dia akan jadikan peluru tabur dan rasanya bersiramlah aku dia atas tahta yang empuk ni. Aku bingkas bangun sambil tersengih-sengih. Melipat selimut yang berterabur dek kerana cepatnya tindakan yang aku lakukan apabila ternampak air ditangan kak Ayu.
”Hoit.nanti..nanti...aku bangulah ni kak. Kau ni pun satulah pantang tengok aku cuti sikit dengki lah tu. Aku malas pergi kerja hari ini. Lagipun aku dah sms kak Munah suruh dia isikan form cuti.” ”form cuti?” masih adakah lagi cuti aku untuk tahun ni, dah berapa banyak aku ambil cuti aku sendiri pun tak pernah kira.
”Kenapa pulak kau cuti? Kau nak ke mana? Masih dengan aktiviti tak berfaedah kawan-kawan kau tu ke?” dah..pulak kak Ayu mula dah cari point untuk mengorek aktiviti kumpulan aku pada kali ini.
”Mana ada lah. Aku cuti nak pergi ambil motor yang tersadai entah berapa lama kat bengkel tu, kalau tak ambik karang jadi besi buruk pulak kat sana. Tak kan hari-hari aku nak tumpang kau kak. Lagipun aku dan jenuh la naik kereta asyik jem aja”
”Kau tu memang kalau tak dapat merempit tak senang duduk kau.” aku hanya tersengih.
”Tahu takpe. Eh kak dah pukul 10.15 ni kau masuk kerja petang ke.” Aku sengaja menprovok kak Ayu yang sememangnya mementingkan masa. Jam dibilik sudah lama tak berganti bateri. Kak Ayu kelihatan gelabah. Dia menghulurkan bekas yang berisi air itu kepadaku. Cepat-cepat dia keluar. Kerja pasaraya pun ada puch card. Dia kerja shif pagi hari ni sebab tu kelam kabut sikit.
”Ha padan muka kau kak, bebel sangat. Kan dah lambat tu.” aku memerlinya.
”Ini kau punya pasallah dik. Siap kau nanti.” Dia memberi amaran. Aku gelak sakan dengan amaran yang sedikit pun tak menakutkan aku.
”Hai salahkan aku pulak...masih awal lagi ni baik aku sambung tidur sekejap.” Aku mula membuka lipatan selimut lalu menyambung mimpi yang tertanguh sebentar tadi....

Cuaca agak cerah hari ini. mood aku pun okey jerk. Lepas sarapan.... eh sarapan apa pukul satu tengah hari baru aku bangkit dari tidur. Kiranya lepas makan tengah hari la tu. Luch aku hanya dengan roti bakar hasil tinggalan kak Ayu pagi tadi. Itupun dah memadai untuk mengalas perut sementara aku makan kat luar nanti. Nak masak sendiri sorry lah tangan aku mana pernah potong bawang, potong sayur yang aku tahu makan aja lah. Sayur pun aku tak kenal langsung namanya, kak Ayu atau mak masak aku sumbat aja dalam mulut. Entah bila la aku hendak berubah. Kalau belaki rasanya laki aku dah kahwin lain agaknya. Siapalah yang dapat aku nanti mahu kebulur. Hahaha..aku gelak dalam hati mengenangkan orang yang akan berkongsi hidup dengan aku nanti. Bengkel motor Rodaria tidak ramai pelanggan, dari jauh aku sudah nampak tokey Cina pemilik bengkel yang memang terkenal di bandar Kuantan memegang spana. Tanpa berlengah aku berjalan semakin pantas ke arahnya.
”Tokey saya punya motor apa macam? Sudah siap ka?”
”Motor?..apa motor.. soalnya seolah-olah tidak mengingati yang aku pernah menghantar motorsikal ke bengkelnya empat hari lepas.
”Itu motor yang accident sama itu lelaki ma...” Aku cuba mengembalikan ingatan tokey Cina yang berusia separuh umur ini.
”Ooo...Haiiya... amoi lu punya motor ini petang baru siap ma.”
”La kenapa lama sangat. Saya sudah windu sama dia..”tokey kedai tersengih-sengih mendengar jawapanku.
”Saya kasi motor amoi banyak bagus ma..itu pasai lambat siap.”
”Haiiya... tokey kasi motor saya punya bagus atau tokey punya masa banyak luang ma.” Aku mula bersoal jawab. Beberapa pelanggan yang ada memandang dengan sengihan bersahaja. Aku turut menjawab mengikut bahasa melayu pelatnya.
”Ini masuk 4 hari lo saya tarak tengok itu muka dia. Hati saya manyak susah. Ini hali saya latang mau angkat ma..”hampir tergeliat lidahku apabila mengikut cara tokey cina tu bercakap.
”Miss..miss..sabar lo, saya siapkan hari ini juga.” Tokey kedai kembali menawan hati aku yang sedikit kepanasan.
”Macam ini lah tokey, saya kasi tokey dua hali ma. Tapi dengan syarat saya mahu tokey tukar dia punya lampu, tukar dia punya tayar.. dan lagi satu saya mahu tokey cat baru. Amacam?” Aku memberi syarat kepadanya. Majalah yang baru sebentar tadi aku capai aku suakan kepadnaya. Apa yang terlintas difikiran aku ketika meliahat accessories yang ada dalam majalah itu ialah aku mahu dia tukar kesemuanya. Syarat aku bukan lagi memudahkannya tapi menambahan lagi kerjanya.
”Kalau tokey rasa tarak boleh siap, saya mahu angkat ini motor kasi bengkel lain buat.” acahku membuatkan tokey itu terdiam sejenak
”Haiyya miss..jangan macam itu ma.”
”Haiiya... tokey jangan itu macam..habis tokey mahu macam mana..nak suruh saya jalan kaki pergi kerja balik kerja. Ini sudah lama ma, saya tarak tahan lo...”
”Okey..okey la...”jawab tokey itu dengan separuh hati.
”2 hari aja tokey..nanti saya datang angkat.” Tokey bengkel Rodaria itu hanya mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan syarat yang aku berikan. Aku bukan sengaja tapi dah aku geram sangat dengan janjinya. Masa aku hantar motor dibengkelnya takde pula dia kata sampai 4 hari nak siapkan sekarang dah lebih.
”Payment macam mana?” Soal tokey yang tersengih mempamerkan giginya yang sedikit kekuningan.
”Paymentnya tokey jangan risau ditanggung beres.” Jawabku. Pandai-pandai aja kau bagi jawapan. Tapi yang pastinya aku nak kenakan si Awang tu cukup-cukup biar jadi pengajaran kepadanya supaya lain kali dia lebih hati-hati ketika memandu. Berapa bayarannya bukan menjadi masalah kepadaku. Tak patut betul aku ni kan..
”Ah keong..setle ini motor dalam masa satu hari..lusa amoi ni mau angkat. Kasi cepat siap.” Arah tokey kedai kepada anak buahnya yang sedang leka membuat kerja.
Aku meninggalkannya sejurus tokey kedai itu bercakap dalam bahasa cina dengan pekerjanya.” Boleh pulak suruh siapkan cepat. Tokey ni sengaja aja ni.”


Dua hari selepas itu aku kembali ke bengkel motorsikal yang terletak dipenjuru rumah kedai paling tua di bandar Kuantan ini. Malahan kedai motorsikal itu berhampiran dengan jalan raya.
”Kak turunkan aku kat sini..” Kak Ayu memberhentikan keretanya secara mengejut. Terperanjat agaknya dia dengan saranan mendadakku. Mujurlah tiada kereta dibelakang keretanya kalau tidak sudah lama keretanya tersondol.
”Kau ni dik nak kasi aku mati ke?” Jerkah kak Ayu menyinga dengan arahanku tadi. Tak sangka pula dia sedang mengelamun.
”Ala sorry lah aku bukan sengaja..yang kau tu duk mengelamun tak tentu hala. Nak salahkan orang pulak.” Aku membuka pintu kereta sebelum kak Ayu membalas kata-kataku. Aku tersegih memadangnya yang tidak sempat menghemburkan kemarahnnya. Aku tahu kenapa kak Ayu moody aja hari ni. Sah dia nak datang bulan tu. Hahaha
Tokey kedai bergigi kuning itu tersengih memandang dari jauh apabila melihat kelibat aku datang untuk mengambil kapcai kesayangan.
”Haiya amoi affternoon.” Ucapnya sambil terangguk-angguk
“Ermm..Amacam buah hati saya dah siap?” aku terus sahaja kepada pokok kedatanganku malas nak berpucuk-pucuk dengan tokey kedai ni dia nampak peramah petang ni mungkin hari ni dia dah boleh pau aku punya duit lah tu silap orang lerk.
”Sudah..sudah..mau angkat ka..”
”Mana boleh angkat tokey.” Balasku membuatnya kehairanan
”Haiiya kalu amoi latang bukan mau angkat...mau apa lagi.” Gabra aja muka tokey tu. Agaknya aku lah pelanggan yang banyak songeh di bengkelnya sejak dia buka bengkel kat sini setengah dekat dulu. Ah gasaklah.
”Saya datang bukan mau angkat.. saya datang mahu bawa pulang saya punya kekasih.”
”Haiiya amaoi lu banyak kasi main sama saya.”
”Ala tokey sesekali saya mahu tengok tokey senyum ma..tokey punya senyuman sejibik macam Jakie Chan ma.”
”Ayyoo pandai lu pujuk ma..”
”Mesti..”kataku membuatkan tokey Cina itu berlari ke belakang mengambil motorsikalku.
”Fuyyyooo!!..apa sudah jadi ni..ini motorsikal saya ka tokey
”Iya lah ini lah U punya kekasih. Kenapa tak percaya...”
”Cantik giler..”tanpa sedar aku dah pun mencium lampu depan yang kelihatan menawan dan hatiku telah tertawan dengan pengubahsuiannya. Cantik siot. Nampat sporty. I like it.
”Apamacam suka...”tanya tokey yang ralit melihat riaksi ku tadi.
”Suka..suka..”
”Okey ini bilnya.” Dia menghulurkan sehelai kertas berwarna kuning yang bertulisan seperti cakar ayam..
”Mak aii..”harga yang tertulis di atas kertas kuning itu membuatkan mataku terbuntang. Hampir mencecah dua ribu. Masak aku. Hampir separuh harga motor aku.
“Haiiya tokey manyak mahal lah. Kasi kurang sikit..” pintaku apabila aku menyuakan kembali ketas kuning yang dan hampir sama kuningnya dengan gigi tokey bengkel tu.
Aku mula berdeplomasi dengan tokey bergigi kuing itu.
”Ini harga saya kasi special moi...”
”Ala tokey U kasi kurang lah sikit ini mahal sangatlah...aku mengaru kepala yanh tetuiba aja gatal. ”Harga rim baru berapa tokey..lampu tu pun harganya tak sampai tiga ratus. Apa yang mahal sangat ni..”
”Okeylah saya kasi kulang ma..” suaranya diperlahankan nampak macam tak nak kasi murah aja tapi aku tak peduli dah banyak sangat dia cekau duit pelanggan.
”Saya kasi kurang 300 ma.”
”Kurang 500.. balasku pantas dan muktamad.
Tokey Cina itu keberatan namun aku paksa juga. Walapun bukan aku yang bayar tapi tak semestinya tokey Cina ini mengaut terlalu banyak keuntungan.
”Okey..okey lah..” lemah sahaja tokey begkel tu bersuara. Aku pula tersenyum lebar.
”Ha itu macam lah tokey..Bil ni kasi sama my boss okey.. dia setlekan.” Jawapan itu membuatkan tokey Cina itu terdiam.
“Ini nombor phonenya tokey call aje nanti dia datang bayarkan. Dia sudah janji sama tokey kan. Aku menekankan suara ku sedikit.
” Bak sini telefon tu saya call kan.” Tokey itu menurut. Aku mendail no telefon Awang.
”Hello..suara garau Awang kedengaran.
”Hello..Awang, motor aku dah siap..So jangan lupa bayar pada tokey bengkel ni. Dia dah tunggu. Kalau kau tak bayar dia hantar konco-konco datang gertak kau.” Aku sengaja menakut-nakutkan Awang baru padan mukanya yang langsung tak reti melawan denganya nampak macam lembut aja. Jangan...jangan dia tu...auuwww.. tak kuasa kau nak bayangkan lebih-lebih.
”Okey..saya datang sekarang.”
Tanpa salam aku meletakkan gangang telefon. Tokey cina masih setia tercegat disisiku takut benar aku tak bayar penat lelahnya membaiki motorsikalku.
Setengah jam menunggu aku perasan akan kereta putih milik Awang. Dengan semangat tidak mahu bertembung dengannya aku segera beredar
“Okey tokey… boss saya sudah datang ma. Saya nak kena pergi sekarang.”
Tanpa sempat mendengar kata-kata tokey bengkel itu memecut meningalkan tokey Cina yang masih tercegat. Awang masuk ke bengkel tanpa sempat betemu denganku.
”Boss punya amoi baru saja pergi..”
”Aik..dah pergi dah..”
”Baru saja boss..nampak muka boss aja dia terus pecut.” blas tokey cina itu membuatkan Iskandar tercengan-cengang.
”Ini bilnya..”
”Mak aii mahalnya tokey tak boleh kurang lagi sikit ke...”
”Haiiya bos itu amoi saya sudah kasi kulang ma.. U tengok saya sudah cat itu motor tukar dia punya lampu yang canggih tukar rim sport lagi. Saya punya price sudah ok ma..”
Itu amoi saya rasa sengaja mau kenakan U lah bos..” kata tokey Cina itu tanpa selidung
”Kenapa tokey cakap macam tu..” Inskandar memandang tepat ke arah tokey bengkel yang sedang merenungnya.
”Sebab dia takut nak jumpa bos ma...”
Iskandar diam tanpa kata. Akhirnya dia membayar juga bil yang telah dipersetujui oleh pemilik motor dan juga tokey bengkel itu.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati