Saturday, May 30, 2009

Hati Ini Milikmu 2

Usai membasuh tangga dia ke dapur, Emy perlu membersihkan diri sebelum memikul tugas membeli barangan dapur di pasar, mujurlah pasar basah itu tidak jauh dari rumahnya. Dia mengambil troli kecil yang tersimpan kemas di dinding dapur, dikeluarkan dari penyangkut paku, setelah itu dia memangil lembut emaknya.
”Mak!..namun tiada sahutan, dicubanya lagi..Mak!.. Mak Jah muncul dari arah pintu dapur dengan wajah yang kelat. Dia memandang anak bongsunya dengan jelingan yang tajam. ”Nah! duitnya, ni senarai barangnya, jangan kau tinggal satu pun, kalau tak.. siap lah kau.” Kata-kata emaknya berbau ugutan. Emy mengangguk patuh, sudah siap dengan tudung menutupi kepalanya. Dia perlu segera beredar ke pasar bimbang pula kalau-kalau dia tidak sempat membeli barang yang disenaraikan oleh emaknya, nanti tidak pasal-pasal dia akan mendapat hadiah kesakitan dari emaknya, bukan kecederaan fizikal sahaja yang menjadi jamahan tubuhnya malah kata-kata kesat juga sentiasa menjadi santapan telinganya setiap kali emaknya naik darah walaupun dia tidak melakukan kesalahan. Sering kali persoalan ini bermain dimindanya jika emaknya terlalu bencikannya mengapa dia dilahirkan. Ingin sekali dia mahu menyoal begitu setiap kali kebencian emaknya mengaburi kebaikannya. Apa salahnya. Namun persoalan yang sering menerajang tangkai hatinya itu dibiarkan begitu sahaja. Bimbang digelar anak derhaka. mungkin ini ujian Yang Maha Esa buatnya sebelum dia mengecap bahagia. Dia tersenyum sendirian bila perkataan itu cuba memujuk hatinya. “Bahagia”… perkataan yang terlalu asing dan sukar dikecapnya. Akan adakah peluang untuknya mengecap bahagia? Terlalu jauh bahagia itu dari hidupnya. Dia termeung sendirian.
”Apa lagi tu tercegat kat situ, nak aku halau dengan penyapu ke.” Emy terkejut dengan sergahan suara yang agak melengking itu. Dia cepat-cepat keluar memakai seliper dan menuju ke motor buruk peninggalan arwah ayahnya. Hanya motor itu pengubat rindu dia terhadap ayahnya. Dia sendiri tidak mengenali siapakah ayahnya, sekeping foto pun tidak didapati dari rumah itu, hanya cerita dari abang dan kakaknya sahaja dibayangkan setiap hari jika hatinya dirundum pilu. Motor cabuk itu dihidupkan beberapa kali, nasib baik kali terakhir usahanya berjaya jika tidak, mahunya dia terpaksa berjalan kaki ke pasar yang jauhnya 1 km, entah pukul berapa dia akan sampai ke pasar. Tong kayu besar yang terikat kemas dibelakang motornya itulah tempat selalunya dia menyimpan barang, emaknya selalu menyuruhnya membeli barang mengalahkan makan untuk sebulan, sebab itulah dia berusaha meminta jasa baik jiran disebelah rumahnya buatkan satu tong kayu tanpa pengetahuan emaknya. Bila emaknya bertanya dia terpaksa berbohong mengatakan abangnya, Azhar yang buatkan untuknya. Motor itu sudah nampak seperti motor penjual ikan yang menjaja ikan sekeliling kampung. Namun begitu Emy sedikit pun tidak malu dengan keadaan motor yang sudah kelihatan uzur itu. Motor buruk itulah yang dibawanya kesana kemari, kakak dan abangnya telah pun mempunyai kenderaan masing-masing.Nadia memiliki sebuah kereta Myvi pemberian emaknya ketika menerima segulung ijazah tiga tahun yang lalu. Abangnya pula emaknya menghadiahkan sebuah kereta proton wira. Kesemua duit pembelian kereta itu adalah hasil jualan tanah arwah datuk yang dihadiahkan kepada emak, maklumlah emak anak tunggal datuk. Emy hanya memiliki sebuah motosikal yang dirasakan bila-bila masa sahaja akan tercabut enjinnya, namun begitu dia bersyukur dengan adanya motosikal cabut itulah memudahkan perjalanan ke mana sahaja. Dia berterima kasih kepada motor kesayangannya itu. Digosoknya beberapa kali sambil menyusiri jalan yang bersimpang siul untuk ke pasar.

Emy menekan break motosikalnya dengan kuat, berkeriuk bunyinya, beberapa mata memandangnya dengan terpinga-pinga,ada juga yang mengelengkan kepala mungkin terkejut dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh break motornya yang semakin tua, Emy hanya tersengih membalas setiap mata yang memandangnya dia berlagak selamba.. break motosikalnya tidak berfungsinya dengan elok,sudah terlalu uzur dan perlu diganti, namun dimana dia hendak mencari duit kecuali meminta pada emaknya, jika dia meminta tentu secara spontan emaknya akan mengungkit dan menghemburkan kata-kata yang tidak sedap didengar, jika emaknya mengata kepadanya dia tidak kisah, namun seringkali emaknya turut menghina ayah sedangkan ayahnya sudah tiada. Emy terpaksa membrekkan motornya 2 meter sebelum dia menapak ditempat parking motor.
”Eh!..boleh terlajak pulak..itulah berangan lagi kau..dia membebel sendirian sambil tersengih-sengih. Emy mengundurkan motosikalnya dengan menggunakan kudrat kaki, dia memakirkan motosikalnya ke tempat parking motor yang telah disediakan. Ditolehnya ke kiri dan ke kanan, semua motor dikelilingnya berwajah baru, hanya motornya sahaja yang tidak serupa motor, seperti besi buruk yang tidak laku jika dijualnya. Malas dia melayan nafsu yang ingin memiliki motorsikal baru sekurang-kurangnya EX 5 itu, mustahil terdaya olehnya,dia tidak mahu menjadi Mat Jenin yang selalu berangan, memadailah motor ini walaupun kelihatan uzur benar dia begitu menyanyanginya, motor itulah yang terlalu banyak berjasa kepadanya. Emy mengelurkan troli kecil dari isi perut tong ajaibnya, dia berlalu menuju ke tempat menjual hasil laut dan sayuran. Peniaga yang menjual ikan-ikan disitu cukup dikenalinya. Tiap kali dia ke pasar pasti ada orang yang menyapanya. Dia lebih disenangi oleh peniaga disini dari ibunya sendiri.

”Lambat hari ni datang Emy, banyak kerja ke?..” Sapa satu suara yang sayup-sayup kedengaran berpadu pula dengan suara penjual yang sedang menarik perhatian pembeli untuk membeli ikan-ikan mereka..
”Ah! Pak Mat, lambat sikit hari ni motor meragam la…dia mendekati tempat Pak Mat menjual ikan itu sambil senyum memanjang. Beberapa orang yang melaluinya juga turut tersenyum menyapanya. Dia cukup mesra dikalangan penjual ikan dan sayur-sayuran dipasar borong Manir, beberapa orang makcik yang menjual sayur-sayuran ditepi itu juga turut menyapanya dan mereka juga turut bersimpati ke atas dirinya. Adakalanya makcik-makcik itu akan menyuakan makanan kepadanya atau mengajak makan bersama. Mereka juga tahu kisah hidupnya. Walapun emaknya tidak berapa bergaul dengan penduduk kampung namun perbuatan emaknya yang sering menderanya telah menjadi buah mulut penduduk kampung, dia masih ingat lagi lima tahun lepas betapa teruknya dia dipukul setelah seorang jiran mereka menegur perbuatan Mak Jah memukulnya, dia dituduh mengadu setiap perbuatan yang diperlakukan oleh emaknya kepada jiran, Mak Jah tidak membenarkannya makan sedangkan hari itu dia berpuasa qada, hanya air paip menjadi santapan berbuka puasanya. Sejak dari hari itu jirannya Mak Esah tidak menegur emaknya, hanya memandang dari jauh sahaja. Emy memohon maaf bagi pihak emaknya kepada Mak Esah setelah berselisih diperjalanan ke pasar, orang tua itu tetap senyum dan bertegur sapa dengannya, Mak Esah turut memohon maaf kepadanya disebabkan teguran itulah badan-badan Emy dipenuhi dengan calar-calar merah,nasib baik kesan itu tidak meninggalkan parut.

”Apa menung pulak nampak Pak Mat ni,” tersentak seketika dengan teguran halus itu, kenangan pilu itu bertaburan sedikit demi sedikit menghilang. Emy melebarkan senyuman.
”Takde apa lah Pak Mat rindu semalam tak jumpa Pak Mat,” usiknya menyebabkan orang tua itu tergelak besar.
”Ada-ada sajalah kamu ni Emy, pandai kamu ambil hati Pak Mat yea.” Wajah tua itu berseri mendengar usikan Emy, tiba-tiba gelaknya terhenti setelah melihat ada goresan kecil didahi gadis sunti itu, ”Kenapa dengan muka kamu tu Emy, macam luka aja tu.” Mata tua itu masih lagi terpaku pada wajah manisnya, Emy hanya senyum bersahaja.
”Takde apa-apalah Pak Mat pagi tadi Emy cuai sangat tak nampak tunggul kayu, tersadung terus jatuh Pak Mat ,ini yang luka tu.” Bohongnya, anak matanya tidak berani menatap wajah tua itu, Pak Mat dapat membaca riaksi sebegitu setiap kali jika dia mendapati ada kelainan pada raut wajah gadus itu.
”Mak kamu dera lagi, betul tak?, soal Pak Mat ingin kepastian. Emy sengaja buat-buat tidak dengar, biarlah kisah hidupnya hanya dia yang tahu, Pak Mat sedar akan gerak laku Emy, dia faham benar dengan cara itu Emy seakan ingin melarikan diri dari persoalan yang diatanyanya.
”Nak ikan apa hari ni,” Tanya Pak Mat, dia tidak mahu menghilangkan keceriaan gadis itu ketika ini, tangan Pak Mat ligat menjirus beberapa kali air paip ke atas ikannya agar nampak segar.
”Erm..bagi Emy ikan tenggiri ni separuh, ikan kembung satu kilo. Udang ngan sotong takde ke Pak Mat.” Soalnya setelah Pak Mat mengisi ikan-ikan yang diminta tadi kedalam plastik.
”Takde Emy dah habis, cuba kamu pergi kat tempat abang Rosli tu manalah tahu kot-kot ada rezeki kamu...” Emy senyum memandang Pak Mat. Hatinya mula dipagut risau.
”Berapa semuanya Pak Mat?”
”Rm 25 sahaja...” Emy menghulurkan not merah 2 keping dan satu not hijau kepada Pak Mat. Pak mat hanya mengambil 2 keping not Rm 10 sahaja darinya.
”Yang 5 ringgit ni Pak Mat kasi pada kamu ye.” Jelas orang tua itu setelah huluran Emy ditinggalkan 5 ringgit.
”Eh! kenapa pulak Pak Mat,..” soalnya hairan.
”Ala Pak Mat bagi kamu aja, simpan ajalah duit tu untuk kamu, manalah tahu jika kamu perlukannya nanti ada juga duit kamu.”
”tak payah la Pak Mat..” Emy menolak lembut, dihulurnya lagi tangan yang masih terpegang duit 5 riggit itu. Pak Mat menolak keras,
”Pak Mat sedekahkan pada Emy, tukar break motor tu, nanti terjadi apa-apa kan susah.” Jelas Pak Mat. Emy terharu diatas keperihatinan Pak Mat dengan hidupnya alangkah bertuahnya dia, jika yang mengambil berat itu adalah darah dagingnya sendiri, dan lebih bahagia jika emaknya yang menghulurkan duit untuk menukarkan brek motor itu walaupun emaknya lebih dari yang mampu untuk mengantikan dengan motor yang baru untuknya.
”Terima kasih Pak Mat,” katanya lembut. Pak Mat menganguk kecil, ulas bibir tua itu turut tersenyum. Emy berlalu meningalkan tempat jualan Pak Mat, dia menuju pula ke tempat abang Rosli untuk membeli sotong dan udang.

Abang Rosli tidak kelihatan ditempatnya, Emy melilau-liau mencari kelibat pemuda berusia 35 tahun itu.
”Eh Emy!..suara itu kedengaran dari arah bawah meja tempatnya berjual, hanya dua biji matanya sahaja yang kelihatan.
”Abang Rosli ni buat terkejutkan orang aja lah, buat apa kat bawah tu mengendap erk, usiknya. Dada Emy bergetar kecil akibat terkejut dengan sergahan begitu. Abang Rosli ketawa berdekah-dekah, dia masih lagi tidak berganjak dari tempat persembunyiannya.
”Apa abang buat kat bawah tu,” soalnya ingin tahu, kepalanya juga terjengul-jengul mengikut rentak gerak kepala abang Rosli dibawah mejanya.
”Abang ambil ikan jaket ni, kat atas ni dah habis dijual, nak taruk stok baru lah ni.” Terangnya yang masih lagi tersenyum.
”Emy nak beli apa ni.? digengaman abang Rosli beberapa ekor ikan cencaru yang kelihatan segar-segar disimpsn bersama ais, dia melambak kan ikan-ikan itu diatas mejanya.
”Emy cari sotong dengan udang la bang,” terangnya sambil matanya tidak terlepas pandang dari mengikuti gerak laku abang Rosli. Matanya juga tidak lepas-lepas mencari makanan laut yang dipesan oleh emaknya, sotong dan udang tidak kelihatan.
”Sotong ngan udang dah habis la Emy, baru sekejap tadi ada orang yang beli...” Kata abang Rosli sambil memandangnya. Emy hampa, mata yang ceria tadi kini sedikit redup.
”Erm..takpe lah abang Rosli, takde rezeki Emy kot hari ni.” jawabnya sambil melemparkan senyum tawar. Sebelum berlalu abang Rosli sempat memberikan beberapa ekor ikan cencaru kepadanya.
”Cuba Emy tanya pada Ah Seng tu mana lah tahu dia ada simpan udang dan sotong, biasanya time-time macam ni kat tempatnya masih ada lagi.” Emy hanya mengangguk sambil berlalu.
”Erm..terima kasih abang Rosli. Dia berlalu dari meja abang Rosli menuju pula ke gerai Ah Seng yang dimaksudkan oleh abang Rosli tadi. Ah seng tidak kelihatan, Emy hampa. Dengan wajah yang sedikit kelat, dia mebayangkan apa yang akan berlaku jika dia tidak dapat membeli sotong dan udang, makanan laut itu adalah makanan kegemaran kakak dan abangnya. Dia sedikit cuak. Badannya sedikit bergetar. Pasti diakan mendapat hadian percuma dari emaknya nanti. Emy melangkah menuju ke tempat menjual sayur sayuran. Dia sayu memikirkan nasibnya bila berhadapan dengan emaknya nanti. Read More..
Wednesday, May 27, 2009

Musim mengawan..

Ahakss...
Cuti sekolah tiba lagi, sudah pastinya dua minggu sebelum cuti sekolah kad-kad undangan kahwin bersepah diatas meja..seronok juga dapat tengok pelbagai design kad kahwin tapi yang peliknya kenapalah diaorang ni suka sangat buat time cuti sekolah padahal banyak lagi hari-hari lain boleh buat.

Satu hari ada 2-3 majlis nak kena pergi yang poning kepalanya mak aku, dah la ada darah tinggi, kencing manis terkejar-kejar pulak nak ke majlis orang, last-last mak aku ambik keputusan bahagi-bahagikan pada adik beradik aku..he..he.

Cuti sekolah ni ada dua orang sepupu aku nak menikah, nasib baik tak kena hari yang sama kalau tak haru jadinya. Tahun ni bos aku lah yang pening, sebab anak saudara dia kahwin sama ngan tarikh dua orang anak saudara isterinya..ha..ha..Mana satu nak perginya Ayah Su. Dah bahagi-bahagikan ke..ahaks.

Kepada sepupuku selamat pengantin baru yea..moga kekal ke anak cucu. Read More..
Friday, May 22, 2009

Hati Ini Milikmu 1

Awan kelam yang sarat mengendung air memanyungi siang yang tadinya panas terik berarak perlahan-lahan menutupi kebiruan langit. Angin yang mengiringi alam bertiup sepoi-sepoi bahasa semakin lama semakin kencang, dedaun tua yang menguning mula berguguran. Hujan pasti akan turun bila-bila masa sahaja. Gadis itu sedang duduk berteleku diatas tunggul kayu dibelakang rumahnya sambil memerhatikan air jernih mengalir mengikut alurnya, dia leka memerhati kejadian alam yang sungguh ajaib itu. Dia terpesona seketika. Air matanya yang tadi hanya bertakung kini merembes keluar sebelum hujan menimpa bumi. Terasa dirinya seperti dedaun-daun yang berguguran itu. Tidak berguna pada keluarga, dia bagaikan anak terbuang didalam keluarga sendiri. Terasa pedihnya dianak tiri oleh keluarga sendiri,

”kenapa aku harus laluinya dengan sebegitu rupa, apa kesalahanku hingga aku dihukum sebegini, jahat sangat ke aku ini, hodoh sangat ke rupa aku ni. Ya Allah bantulah hamba Mu ini, bukakanlah hati mereka menerima ku seadanya.” Rintihnya bersama gegaran-gegaran halus diseluruh tubuhnya. Airmatanya laju itu menuruni tubir matanya bersama turunnya hujan yang semakin melebat. Dia berlari berteduh dipondok yang sering dia duduki jika hatinya rawan. Walaupun berada dalam keadaan dibenci oleh emaknya sendiri dia bersyukur emaknya masih menyekolahkannya hingga tamat ke tingkatan lima, jika tidak pasti dia tidak akan mengenali A B C, tidak merasa disayangi guru.Dia berterima kasih dalam hati. Cuma yang menjadi kehairanannya kenapa emaknya tidak mahu dia mnyambung pelajarannya hingga ke manara gading sedangkan kakak dan abangnya dapat mengecap nikmat menjadi mahaisawa dan mahasiswi. Keputusan SPM nya amat baik sekali namun dia tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajarannya.

”Kau dah cuci tangga tu ke belum, nanti malu aku orang datang nak meminang kakak kau tangga rumah berkulat, ada anak dara pun tapi pemalas.” Marah Mak Jah pada Emy, setiap kali memandang wajah Emy hatinya sakit. Hatinya terhiris, terbayang wajah lelaki itu.
Emy hanya menurut walaupun tangga rumah telah dibersihkan dua hari lepas. Dia berlalu ke dapur mengambil berus, sebaldi air, serta sabun. dia terpaksa mengangkut air dari dapur ke tangga depan rumah berulang kali. Kepenatan menyediakan sarapan pagi, membasuh pakaian, mengemas rumah dari awal pagi masih belum hilang kini dia diberikan tugas membasuh tangga pula. Kakak dan abangnya yang sedang menghadap televisyen dan suratkahbar itu hanya memerhatikan sahaja, mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Jika dibelanya pasti emaknya akan turut memarahi mereka.
Mak Jah muncul didepan pintu utama. ”Lepas basuh tangga nanti kau ke pasar, belikan barang dapur.” Arah mak Jah pada Emy. Emy mendongak memandang emaknya.
”Ha yang kau pandang aku macam nak telan tu kenapa...” Jerkah Mak Jah tangannya mencapai kasut bertumit 2 inci, lalu dibalingnya ke arah anak bongsunya. Emy tidak sempat mengelak,tumit kasut itu terkena tepat ke dahinya, darah merah mengalir cair keluar dari rekahan luka didahinya, dikesatnya cecair merah itu dengan lengan baju perlahan-lahan. Terasa pedih namun ditahannya jua. Mak Jah berlalu meninggalkan Emy yang kesakitan itu. Tiada sedikit pun rasa kasihan dihatinya. Azhar dan Nadia yang ternampak kejadian tadi bangun dari duduknya. Mereka tidak menyangka begitu sekali tindakan emak terhadap adiknya. Apa kesalahan yang dilakukan oleh Emy sehinggakan emaknya bertindak begitu.
”Kenapa mak buat macam tu pada adik...” Nadia menyoal tindakan Mak Jah terhadap adiknya. Tindakan emak mereka seolah-olah emaknya tidak berperikemanusiaan.
”Kau jangan nak membela dia atau kau pun sama nak kena macam dia.” Jerkah Mak Jah yang sedang bercekak pinggang didepan tangga kepada Nadia, Nadia terkejut dengan jerkahan Mak Jah, dia tertunduk merenung tangga. Mak Jah paling tidak suka jika anak-anaknya mempertahankan Emy setiap kali dia memarahinya. Nadia meluru ke arah adiknya yang sedang duduk ditangga pertama, Azhar terkocoh-kocoh masuk kebilik mencari kain untuk mengesat darah yang mengalir pada dahi adiknya. Emaknya berlalu meninggalkan mereka bertiga. Sakit hatinya melihat anak bongsunya bertentang mata dengannya sebentar tadi, seakan wajah itu sedang mengejeknya.
”Sabar lah dik. Mak memang macam tu tak suka kita lawan cakapnya.” Nadia menyabarkan adiknya yang sedang kesakitan. ”Takpelah kak ni sikit aja tak payah risau lah kak,bang.” Emy mencapai tuala yang dihulurkan abangnya. Nadia dan Azhar hanya memerhatikan sahaja kelakuan Emy.
”Dah la tu kak. Jangan risau lah nanti ok lah ni bukan banyak pun darah keluar, sikit aja ni jangan bimbang lah erk. Emy tak apa-apa.” Dia merlarikan jari jemari Nadia yang masih lagi membelek lukanya.
”Emy nak siapkan cuci tangga ni dulu. Sekejap lagi Emy nak kena pergi ke pasar pulak.” Emy bingkas bangun dari duduknya. Dia mencapai berus yang tercampak tadi.
”Biar akak tolong Emy yea. Kita sama-sama cuci tangga ni, lagi ramai yang tolong lagi cepat siap.” Nadia mengambil berus dari tangan Emy, adiknya menepis lembut.
”Tak payah la kak. Nanti mak marah pulak.” Emy terasa berat menerima pertolongan dari kakaknya bimbang emaknya nampak, pasti ada saja akan dimarahinya.
”Takpe, Emy jangan risau yea mak takde ni..”
Emy membiarkan Nadia mengambil berus dan menyabun, dia sama-sama mencuci tangga. Abangnya turut membantu menjirus air ke tempat yang sudah diberusnya. Mereka cukup seronok membantu adiknya.
”Hoi!.. korang buat apa hah?...” Mak Jah muncul dari arah belakang. Mereka bertiga terkejut dengan jerkahan tadi. Ketiga-tiga anaknya berpaling menoleh kebelakang.
”Err..tolong Emy mak...” jawab Azhar takut-takut.
”Dah takde kerja ke kamu ni. Aku suruh Emy yang buat yang kau orang gatal sangat ni kenapa. Adik kamu yang minta tolong yea. Jaga kau Emy siap kau nanti.” Mak Jah menghampiri Emy yang terasa kecut perut melihat emaknya semakin menghampiri. Tangan tua itu mencapai seberkas lidi yang berada di penjuru tangga lalu dipiatnya Emy yang terpinga-pinga.
”Aduk sakit mak. Ampunkan Emy mak..Sakit!!...” jerit Emy setelah seberkas lidi menjamah tubuhnya.
”Mak dah la tu. kesian Emy mak.” Laung Nadia pula, dia hampir menangis melihat emaknya tidak henti-henti memukul Emy.
”Kau berdua pergi naik, jangan masuk campur urusan mak..." Jerkahnya lagi. Mak Jah sudah hilang pertimbangan jeritan Emy langsung tidak sedikit pun memberi bekas dihatinya. Setelah puas memukul Emy, Mak Jah berlalu meninggalkan anaknya itu dalam kesakitan.
Emy terjelupuk diatas tanah. Terasa sakit diseluruh badannya. Nadia dan azhar sudah lama hilang dipandangan, mereka bimbang lagi berlama disitu lagi teruk Emy dipukul oleh emaknya. Mereka kebingungan apa yang membuatkan emaknya begitu membenci Emy.
Emy mengesat airmatanya yang berbaki lalu meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi, dia tidak mahu emaknya mencari salahnya lagi. Read More..
Saturday, May 9, 2009

Besarnya Cinta Rasulullah

Petikan dari Majalah Muslimah 2008

Pagi itu, walaupun langit telahmenguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah. " Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan menatap mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

" Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turn dari mibar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkan saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
" Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, " Siapakah itu wahai anakku?'

" Tak tahulah ayahku, oarng sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. lalu Rasulullah menatap puterinay itu dengan pandangan yang menggetarkan, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
" ketahuilah, dialah yang akan menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menhana ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah mennayakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilkan Jibril yang sebelumnya sudha bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' tanya Rasulullah dengan suara yang lemah. "pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidka membuatkan Rasulullah lega, matanya ,asih penuh kecemasan.

" Engkau tidak senang, mendengar kahbar ini? tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
"Jangan Khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga vagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya." kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menengang.
" Jibril, betapa skitnya sakaratul maut ini.." perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunuk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palinhkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat pengahntar wahyu itu.
"Siapakan yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

" Ya Allah, dasyatnya nian maut ini, timpkana saja semua seka maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu. Ali segera mendekatakan telinganya
"Peliharakanlah solat dan peliharalah oarang-orang lemah diantaramu."
Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahuta, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang kebiruan.

" Umatku! Umatku! Umatku!" dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran.

Kini mampukah kita mencintai sepertinya?
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati