Ketika Ayie melangkah ke dalam rumah neneknya, emak dan ayahnya telah pun menantikannya. Datin Maimun tersenyum melihat anak lelaki bujangnya yang semakin meningkat dewasa, selayaknya Ayie juga mempunyai teman wanita ketika ini, jika ada gadis yang ingin disuntingnya khabarkan sahaja dia sanggup meminang anak gadis sesiapa pun yang berkenan dihati anaknya itu. Dan jika boleh dia mahu Ayie juga bersanding bersama dengan alongnya dengan pasangan masing-masing. Datuk Kamal berdehem beberapa kali. Ayie menoleh sekilas, hajatnya ingin terus ke bilik air tapi bila terdengar ayahnya berdehem beberapa kali dia tidak jadi melangkah. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi panjang menghadap kedua ibu bapanya.
”Kamu dari mana ni Ayie, senja-senja macam ni baru balik.” Soal Datin Maimun dengan lembut. Ayie telah lama balik ke rumah selepas memancing dengan Bidin petang tadi, dek kerana kebosanan menunggu neneknya balik dari majlis pertunanngan Alongnya, dia ke padang bola bermain bola bersama rakan-rakannya. “Baru lepas main bola mama.” Jawabnya ringkas. Dia mengibas-ngibas t-shirtnya yang sedikit lenjun dengan peluhnya. Datuk Kamal hanya mengelengkan kepala, anak lelakinya ini tidak seperti anak sulongnya yang mendengar kata.
”Dah nak maghrib baru baliknya.” Tegur Datin Maimun. Ayie hanya tersengih. Bimbang juga jika neneknya dengar bebelan mama pasti leteran itu digubal menjadi ceramah percuma.
”Along ngan Tina mana ma, tak nampak pun... along pergi bernikah ke bertunang ni.” Soalnya seperti orang bodoh. Dia terasa kekok bersembang dengan ibu bapanya tak seperti nenek dan atuk yang dianggap seperti emak dan ayah baginya.
”Isk kamu ni bertunang lah, bernikah apanya kan dah dibagitahu. Itulah ajak ikut tak nak..” Sanggah mamanya.
”Along kamu tu pergi hantar mak long sekejap. Pak long tak ikut tadi ada kursus jadi along hantarkan mak long balik...sambung Datin Maimun.
”Oooo...” Ayie mengangguk kecil. ”Ayie minta diri dulu lah mama..papa, Ayie nak mandi dulu.” Pintanya setelah dirasakan tiada apa lagi yang igin dibualkannya.
Datuk Kamal hanya mengangguk. Tidak banyak yang dibicarakan dengan anaknya. Datin Maimun hanya mengeluh. Dia ingin merasai kemesraan antara anak dan ibu, sejak lahir Ayie dipelihara oleh emak mentuanya. Semasa kecil Ayie sering menangis, puas dicuba pelbagai cara namun tidak berhasil akhirnya emak mentuanya menawarkan diri untuk menjaga anaknya. Walaupun terasa berat untuk berpisah tetapi Datin Maimun terpaksa akur lagipun dia masih ada Faiz dan dia juga seoarang wanita yang bekerjaya sedikit sebanyak permintaan emak mentuanya sekurang-kurangnya meringankan sedikit tugas dibahunya.
*******
”Apa dimenungkan lagi tu, kamu dah fikir ke apa yang mama dengan papa kamu cadangkan pagi tadi tu. Nek tak kisah apa pun keputusan Ayie, baik pada Ayie baiklah pada nek dan tok.” Katanya sayu. Ayie memandang wajah tua yang berada dihadapannya, kedut-kedut diwajahnya menandakan dimakan usia.
”Dah nek..Ayie tetap dengan keputusan Ayie. Ayie takkan tinggalkan kampung ni selagi nenek dengan tok masih ada, biarlah Ayie pulak yang menjaga nek dan tok, lagipun Ayie dah buka bengkel walaupun tak banyak untungnya tapi cukuplah sebagai permulaan untuk Ayie.” Terangnya panjang lebar.
Nek Som tersenyum sebak..sebak dengan semangat cucunya yang tidak sanggup meningkal mereka yang tua ini ketika orang lain yang seumur dengannya telah lama berhijrah ke kota besar. Setitis air mata tuanya menitis, cepat-cepat disapunya. Nek Som menepuk nepuk belakang cucunya. Bangga dengan sikap tegas cucu peliharaanya ini. Ayie mengengam tangan neneknya kemas dia berjanji akan tetap menjaga kedua orang tua ini yang sudah dianggap seperti mama dan papanya. Orang tua inilah yang menjaga dia sedari kecil, bersengkang mata ketika dia demam, mengembirakannya jika dia dalam kesedihan. Ah terlalu banyak jasa mereka.
”Eh! atuk mana nek, tak nampak pun....”
”Ha atuk kamu kemana lagi kalau tak dengan si Nanu tu. Pagi petang berdating.”
”Nek tak cembiru ke atuk jatuh hati kat si Nanu tu cantik, muda lagi..gigi pun masih tersusun rapi lagi tu nek.” Usik Ayie
”Hah! buang karen aja nek nak jeles kat kambing atuk kamu tu Ayie. Bairlah mereka nak bercinta pun nek tak kisah.” Ayie ketawa mendengar jawapan neneknya, dia merebahkan kepalan dipaha neneknya. Nanu adalah nama gelaran bagi kambing peliharaan atuknya, sudah 3 kali bersalin dan ank-anakya telah lama menjadi korban semasa raya haji tahun lalu.
”Dah nak masuk maghrib ni, pergi mandi tu dulu apa ni baring-baring macam budak-budak..”
”Ala nek Ayie nak bemanja pun tak boleh ke..”
”Awak tu kalau kahwin dah beranak pinak tau tak..nak bermanja-manja lagi, patutnya Ayie bermanja dengan isteri sekarang ni bukannya dengan nenek lagi dah.tengok along kamu tu dah nak kahwin pun, Ayie cakap aja gadis mana yang Ayie nak nek akan pinangkan untuk Ayie.”
Ayie cepat-cepat bingkas bangun dari pembaringannya apabila neneknya mula melalut hingga ke beranak pinak.
”Ha tau pun nak bangun, baru kita sebut nak kahwinkan dia terus aja lesap.” Nek Som mengelengkan kepalanya melihat gelagat cucunya itu.
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment