Saturday, November 26, 2011

Dia Yang Terpilih 20

Ku susuri hari-hari seperti biasa, hatiku mula pulih walaupun kesannya masih lagi terasa. Aku tidak mahu larut dalam arus kekecewaan sedangkan tidak lama lagi aku akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Cuba ku kikis nama Kamil Hakim perlahan-lahan walaupun payah dan sesekali aku goyah mentadbir hati, pun begitu aku harus gagahi jua. Aku tidak mahu mengalah dan menyalahkan takdir. Aku ingin menjalani takdir hidupku dengan redha dan berharap Allah akan mengurniakan aku seorang lelaki yang tulus menyayangiku dan aku berdaya meyanyanginya lebih dari aku menyayangi Kamil Hakim. Minggu pertama aku akan berkerjasama dengan Encik Sidiq . Aku bersiap sedia dengan kemungkinan kemungkinan yang tidak terjangkau oleh akalku yang lemah. Aku dapat rasakan akan ada salah faham nanti apabila melihat cara dan jelingan mata Encik Sidiq padaku didalam bilik meeting sebentar tadi. Mataya seakan-akan menggoda.

“Selamat bekerjasama Maira, I harap you tak keberatan bekerjasama dengan I, I sangat-sangat berbesar hati kerana you sudi menjadi salah seorang tenaga kerja projek kita.” Ucap Encik Sidiq sambil matanya masih merenungku dengan sebuah senyuman yang aku sendiri tidak dapat menafsirkannya. Aku tidak mahu menyesakkan mataku dengan pandangan begitu. Aku rimas menjadi perhatian walaupun kerja yang sepatutnya aku lakukan masih dalam peringkat awal untuk dinilai.
“Terima kasih Encik Sidiq..InsyaAllah saya akan berikan sepenuh perhatian saya pada projek usahasama kita...” balasku sambil melihat pada majikanku yang berada diantara kami, aku ingin Encik Syukor mengerti bahawa aku tidak senang menjadi perhati mata sahabatnya itu. Encik Syukor tersengih memanjang.
“Well..memandangkan dah masuk waktu makan ni, apa kata I belanja you all hari
ni..syukor macam mana.. ujar encik Sidiq, menunggu kata putus En.Syukor. Aku
memandang wajah encik syukor menayang muka toya supaya Encik syukor menolak
tawaran Encik Siddiq kerana aku terasa rimas berada bersama denganya tapi lain yang
ku harapkan lain pula jawapan yang Encik Syukor berikan.

“Sure..why not...kawan lama nak belanja takan aku nak tolak..” ujar Encik Syukor lalu
mereka sama-sama ketawa. Aku hanya tersenyum tawar.
“Maira..macam mana..”soal Encik Sidiq tiba-tiba apabila melihat aku terdiam tidak
berkata apa. Perasan juga Encik Siddiq dengan tingkahku sebentar tadi.
“Err..maaf Encik Sidiq..saya puasa hari ni.. ”bohongku. Entah kenapa laju sahaja mulutku
mencipta alasan. Encik Sidiq sedikit kecewa dengan jawapanku apabila wajah yang ceria
tadi sedikit mendung.

“Oooo..I see...kalau macam tu nampak gayanya hanya kita-kita ajalah Syukor..” Encik
Sidiq bersuara entah ikhlas atau tidak Dari nada suaranya jelas aku tahu dia hampa.
Biarkan..aku tidak mahu dia terus memburuku.
Aku berdoa dalam hati moga Encik Syukor tidak marah padaku kerana menolak
pelawaan teman lamanya itu. Aku berharap sangat agar Encik Syukor mengerti akan
perasaanku ketika ini. Encik Syukor mengangguk perlahan memandangku ada sedikit
sinar diwajahnya. Mungkin dia memahami keadaanku.
“Kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu..” pintaku kepada Encik Syukor dan Encik Sidiq. Mereka sama-sama mengangguk. Aku tidak menunggu lama sebaik sahaja mendapat keizinan dari majikannku aku terus berlalu meninggalkan mereka.


Fail yang dibawa masuk dari bilik meeting tadi ku belek satu persatu, namun apa yang hendak ku telek itu langsung tidak menjadi. Perut sudah berkeroncong. Aku menilik jam didinding. Nyata waktu rehat hanya tinggal setengah jam lagi. Itulah aku jual mahal sangat bila Encik Sidiq hendak belanja tapi bagus juga aku menolak sekurang-kurangnya tidak lah aku sakit mata melihat mata galak Encik Sidiq terus menerus menscankan wajahku. Telefon bimbit yang kumatikan sejak aku masuk ke bilik meeting tadi ku hidupkan suisnya. Tanpa membuang masa aku terus mendail nombor telefon Naziah meminta jasa baikknya suapaya dia tapaukan big mac untuk aku. Sementara menunggu Naziah muncul bersama big mac aku menuju ke ruang solat menunaikan solat zohor yang sudah masuk waktunya.

“Nah big mac kau..” Naziah meletakkan big mac ku betul-betul dihadapn mata. Keenakkan bau biga mac betul-betul menggoda nafsu makanku. Aku lekas-lekas membukanya lagak seperti orang kebulur sangat. Aku tersengih apabila melihat Naziah menecebik geram dengan kelakuanku tadi. Sayangku pada Naziah semakin bertambah. Dia selalu beralah denganku.
“Duitnya mana..” Dia menghulurkan sebelah tangannya padaku
“Masuk buku 555..hujung bulan kira.” Naziah mencebik lagi.
“Kenapa tak keluar makan..” soal Naziah padaku setelah melihat aku macam orang kebulur sangat. Sudah tidak sabar aku hendak menjamah rezekiku hari ini. Naziah memandang ku dengan hairan wajahnya berkerut seribu. Lapar tapi tak keluar makan, mungkin itulah yang difikirkan Naziah tentangku agaknya.
“Tak sempat la, banyak kerja.” Jawabku bersahaja.

“Ye ke tak sempat, bukan kau meeting dengan Encik Syukor ke tadi, takkan lah dia tak
benarkan kau rehat langsung..” aku sudah tidak hiraukan persoalan yang bermain
difikiran Naziah waktu ini, yang penting aku ingin mengisi perutku yang sudah lama
minta diisi sedari pagi lagi. Biarlah Naziah memikirkan masalahku.
“Cop..cop...” Naziah bersuara kuat. Aku hampir tercekik mendengar suaranya.
“Huk..huk..”aku terbatuk kecil. Naziah sempat menghulurkan air pepsi kepadaku lalu
disusunkan sepuluh jarinya memohon maaf dengan keterlanjuran perbutannya itu.
“Kalau ya pun lapar jangan la gelojoh sangat.” Marahnya padaku.
“Aku bukan gelojoh la, yang kau bersuara kuat snagat tu kenapa, macamlah aku ni duduk
sebatu jauhnya. Apa lah kau ni.” marahku padanya. Naziah ketawa kecil menyedari
kesialapannya.

“Maira..” Panggilnya perlahan. Dah perlahan pula suaranya macam ada orang lain aja
dalam bilik aku n, nak sampaikan gosip kei. Ada-ada sahaja lah si Naziah ni
“Hmm..apa dia”
“Aku tahu kenapa kau tak keluar makan tadi..sebab dia kan..” teka Naziah membuatkan
aku mengunyah big mac perlahan.
“Siapa...soalku. sukar menduga apa yang ada difikiran Naziah waktu ini. Otaknnya tidak
pernah betul ada sahaja yang dia fikirkan. Janganlah dia fikirkan tentang Kamil Hakim pula.
“Kau takutkan abang botak kan...’.aku mengerutkan keningku, mencari-cari siapa pula
abang botak yang dimaksudkan oleh Naziah.
“Abang botak mana pulak kau ni....”
“Ala yang kau cakap tu la..nama dia apa erk..lupa pulak aku..Sid..Siddiq. ha Encik
Siddiq.” Sebaik sahaja Naziah dapat menyebut dengan lancar nama teman baik majikan kami, Encik Syukor tiba-tiba terpampan dimuka pintu bilikku. Big mac yang sudah separuh masuk ke dalam mulutku tadi nasib baik tidak terus terjojol masuk ke dalam mulut, jika tidak sudahnya aku inalillah masa itu juga. Kus semangat melihat Encik Syukor tersenyum kecil. Aku jadi malu berada dalam keadaan begitu, perlahan-lahan aku turunkan big mac. Aku tersengih menayang muka bersalah.
Naziah sudah kaku didepanku tidak menyangka agaknya Encik Syukor akan menjengah
ke bilik maira a.k.a pekerja kesayangannya. Aku gelak dalam hati, biar padan muka Naziah. Ha itulah suka sangat melepak dalam bilik pekerja kesayangan bosnya kan dah kantoi.

“Encik Syukor..” sapa kami berdua. Dia mengangguk kecil.
“Hai Maira tadi kata puasa.. puasa apa ya belum masuk mahgrib awak dah berbuka.”
Sebijik aku terkena dengan bohong sunatku didalam bilik meeting tadi. Ah malunya aku.
Big mac yang sudah separuh ku telan tadi aku masukkan kembali ke dalam bekasnya.
Dah kantoi dengan bos takkan nak makan lagi. Big mac tu pun satu la kenapa la besar
sangat rasanya dah lama aku kunyah itupun baru separuh aku habiskan.
“Tak tahan bos...”ucapku sambil memandang muka Naziah yang sudah membutangkan
biji matanya. Mungkin terkejut dengan alasan yang kuberikan kepada Encik Syukor atau
mungkin dalam otakkan berfikir berani juga aku kelentong Encik Syukor.
“Tak tahan ke awak memang tak sudi nak makan dengan teman saya tu..” Ucap Encik
Syukor bersama sengihan kecil.
“Err...Takde lah Encik Syukor. ”Jawabku malu-malu
“Saya keluar dulu Encik Syukor..” Tiba-tiba Naziah bangun dari duduknya memberi
laluan untuk aku bersembang selesa dengan Encik Syukor. Dia meningalkan aku bersama
Encik Syukor. Majikan kami hanya mengangguk membenarkan Naziah berlalu, memang
patut berlalu pun sebab sekarang ini waktu kerja bukan waktu mengular atau sembang-
sembang santai.

“Ada apa Encik Syukor cari saya..” Aku ketepikan kotak big mac, tisu didalam pastik ku
capai lalu mengesat mulut, manalah tahu kalau-kalau ada sos cili melekat dibibir. Malu
pula apabila teringat aksiku menganga ketika bos betul-betul didepan mata. Dah macam
mulut gua pula al kisahnya. Jarang sekali Encik Syukor hendak menapak didalam bilikku,
senang benar dia hari ini. biasanya waktu-waktu begini dia akan menghadap komputer, mengendap pasaran sahamnya. Sudah berapa juta Encik Syukor melabur. Kaya juga Encik Syukor ini nampak macam biasa-biasa aja tapi sebenarnya luar biasa.
“Eh! kenapa tak habiskan..takpe awak makanlah, saya tahu awak tak puasa tadi awak
sengaja nak elakkan diri dari Encik Siddiq kan. ”Aku senyum kelat dapat juga dibaca apa
yang ada difikirannku sebelum mereka keluar makan tadi.

“Takde benda urgent pun, cuma saya nak comfirmkan sekali lagi dengan awak, betul ke
awak akan uruskan projek di Semenyih tu, saya bukan apa Maira saya tak nak
mengundang rasa tak selesa awak berkerjasama dengan kawan saya tu, maklumlah, awak
kan faham maksud saya” Ujarnya lambat-lambat.
Aku renung wajah Encik Syukor mencai makna disebalik kata-katanya. Kecut juga
perutku apabila Encik Syukor begitu mengambil berat tentang diriku. Seperti mahu
memberi peringatan sahaja pada diriku. Iayalah maklum sahajalah aku kan perempuan.
Jarang pula perempuan berkerja dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki ni.
Aku manarik nafas dalam. Walaupun perut sedang mencerna makanan yang baru sahaja
masuk ke perutku tadi otak juga harus berfikir dengan sewajarnya tawaran Encik
Syukor, jika aku menolak untuk berkerjasama dengan Encik Siddiq projek yang mana
pula akan aku uruskan nanti, aku mempertimbangkan sekali lagi.

“Encik Syukor jangan bimbang saya tetap akan uruskan projek di sana. insyaAllah pasal
Encik Siddiq tu Encik Syukor jangan bimbang, lagipun takde la teruk sangat Encik
Siddiq tu. ” Aku memberi keyakinan kepada Encik Syukor selaku majikan yang amat
mengambil berat tentang diriku. Aku membetulkan tudung yang sedikit terkeluar anak
rambutku. Encik Syukor merenung bersahaja membuatkan aku serba salah. menyedari
sikapnya itu dia sedikt menggelabah nasib baik dia pandai mengawalnya.
“Lega saya Maira, Encik Siddiq memang beria-ria benar hendak Maira yang uruskan
cuma itulah yang saya risaukan, bimbang Siddiq tu tak tahu nak bezakan kerja dengan
kehendak hati.” Berdegup jantungku ketika mendengar apa yang dikatakan Encik Syukor
tentang Encik Siddiq.
“Kalau awak tak selesa dengan dia atau dia ada cuba buat sesuatu dengan awak, jangan
awak diamkan sahaja, saya tak nak atas dasar kawan dia sewenang-wenangnya mainkan
pekerja saya. Ucapan Encik Syukor menyenangkan hatiku. Dialah majikan yang paling
baik pernah ku temui.
“Baiklah Encik Syukor, terima kasih..” Dia meminta diri dan aku kembali menyambung
kerja-kerja memunggah big mac kembali ke dalam mulutku. Sambil mengunyah sambil
otak ligat berpusing mengingatkan gelagat dan fiel perangai Encik Siddiq. Aku menarik
nafas dalam perjalanan kerja yang masih panjang aku harus bersedia menghadapi kerenah
Encik Siddiq sebaik mungkin. Aku perlu juga memikirkan tentang hubungan diantara
Encik Syukor dan Encik Siddiq. Read More..
Thursday, October 13, 2011

Peon Oh Peon 19

“Apa buat ramai sangat kat sini mak, macam nak buat kenduri kahwin aja ni.” aku gelak kecil melihat Encik Ahmad dan isterinya juga berkumpul sama. Semua mata tertumpu padaku. Aku jeling sekilas pada Awang yang duduk bersila disebelah atuk Dasuki. Takdelah hensem sangat pun dia ni, yang Ku Nor bekenan sangat tu tang mana.
“Memang pun..”jawab emak sepatah aku cuma tersengih. Kak Ayu senyum manis, kalau wajahnya berseri-seri dah tentu hal kahwin mawin ni hal kak Ayu. Tentu makcik Zaini nak sponser majlis kahwin kak Ayu maklumlah makcik Zaini kan rapat sangat dengan mak takde anak perempuan pulak tu.
“Sedapnya mak, itu kueh kegemaran Ija tu..mak masakkan untuk Ija erk..” kataku tanpa mengendahkan mata-mata yang memandangku. Memang muka tak malu. Iayalah siapa tak pandang hari ini aku dipaksa lagi memakai baju kurung. Rimas memang la rimas tapi nak buat macam mana ini rumah orang terpaksa juga lah ikutkan, kalau rumah sendiri dah lama aku sinsing lengan baju kurung sampai ke bahu. Tapi kat sini aku kena sopan la sikit lebih-lebih lagi depan si Awang yang suka curi pandang tu. Menyampah betul.
“Duduk itu elok-elok sikit Ija kang mak cubit baru tahu.” Aku betulkan duduk, terlupa sebentar dimana aku berada. hahaha

“Lambat lagi ke boleh makan nek..” Dengan selamba aku bertanya, godaan kueh seri muka semakin mencabar keimanan.
“La dah lapar cucu nenek ni...”nenek dan atuk Dasuki ketawa, tapi yang tak tahannya jari jemari emak sudah merayap ke peha ku dan dengan tidak disangka-sangka satu cubitan tertusuk ke pahaku. Aku mengaduh. Emak menjeling keras. Aku tahu memang salahku, selayaknya aku bersopan dihadapan tuan rumah tapi nak buat macam mana perhimpunan yang sunyi sepi bagai dilanda garuda, entah apa la yang dibincangkan tadi, nasib baiklah aku ketinggalan tadi, daripada aku bertanya tentang itu baik aku datang makan aja kan senang tak payah la aku nak pening kepala macam diaorang yang diam sedari tadi. Macam la besar sangat masalahnya tu. Aku dah anggap mereka-meraka ini sudah seperti kaum kerabatku, jadi tak perlulah bersopan sangat.
“Nah Ija makan lah..” nenek suakan kueh seri muka padaku. Aku sambut dengan senyuman. Kak Ayu menjeling. Marah nampak. Aku sengih sempoi sengaja menyakiti hati kak Ayu.
“Siapa buat ni nek..sedap..”mataku beralih pada si Awang yang masih diam membisu, hairan juga aku kenapa masing-masing sepi aja, seperti meratapi sesuatu, mana perginya kecerian mereka. Makcik Zaini turut diam membisu. Betul-betul masalah besar ni.

“Nek petang nanti jom kita pergi mandi air terjun. Lama dah Ija tak merasa mandi air terjun.” nenek ngan atuk Dasuki berpaling menatap wajahku. Aku tayang gigi. Dah semua sepi baik aku yang buka mulut. Bukannya selalu aku dapat mandi air terjun mak pun bukannya nak kasi sangat aku pergi tempat-tempat macam tu, takut aku dibawa air lah, itulah inilah.
“Boleh jugak tu” Encik Ahmad tiba-tiba menyampuk. Aku cuma menjeling Encik Ahmad
“Orang tak ajak bos pun..” kataku segera. Isterinya ketawa kecil. Encik Ahmad menjeling geram tak puas hati lah tu aku kenakan dia kali ni.
“Boleh...kita pergi ramai-ramai nanti, tapi sebelum tu nenek nak tahu dari mulut Ija sendiri, Ija setuju tak..”soal nenek matanya tunak memandang wajahku.
“Setuju lah nek, apa tak setuju pulak..orang buta aja yang tak setuju, tak baik tolak permintaan orang kan nek..”kataku sambil gelak kecil. Nenek dan atuk dasuki tersengih memanjang.
“Alhamdulillah...”ucap makcik Zaini. Dia tersenyum lebar. Emak merenungku hairan tidak percaya agaknya aku setuju untuk pergi ke air terjun bersama-sama. Dah lama aku nantikan. Harap-harap mak tak marah kali ni.
“Betul ni..”soal mak pula.
“Betullah mak Ija setuju…dah tak sabar rasanya.” Kataku ceria. Kak Ayu memandang hairan. Ah! aku peduli apa dengan pandangan kak Ayu, dia memang dengki lah tu, tapi yang tak sedap pandangnya Awang juga melirik padaku dengan senyuman yang tak dapat ku tafsirkan apa maksudnya.

“Kalau macam tu Ros, mak rasa baik kita sarungkan cincin tu, tak payah la buat majlis bertunang kita sarungkan aja, cincin ni tanda jadi. Tiga bulan dari sekarang kita dah boleh buat persiapan.” Tutur nenek lalu menghulurkan sekotak cincin berbaldu merah ke arah emak. Emak mengangguk kecil. Kotak baldu kecil itu dibuka nenek lalu terlihatlah oleh aku sebentuk cincin permata satu. Emak senyum kelat. Aku terkebil-kebil apabila tangan nenek sudah memegang tanganku. Perlahan-lahan cincin disarungkan ke jari manisku. Aku terkesima. Makcik Zaini tersenyum gembira. Dan mereka-mereka yang ada turut senyum sekuntum.
Apa makna semua ni.. tiga bulan dari sekarang, cincin apa pulak ni. Pening memang pening kepala ku terasa berpusing-pusing. Cincin apa yang tersarung ke jari manisku. “Tak..tak mungkin...”jerit hatiku. Emak memanggil lembut namaku, mengembalikan aku ke dunia nyata.
“Salam nenek..salam atuk..makcik Zaini...”ucap emak perlahan ditelingaku. Aku masih lagi terkebil-kebil. Lantas saranan emak aku turuti. Wajah Awang menunduk. Adakah aku sekarang menjadi tunang kepada Awang, lelaki yang tidak pernah ku jangka akan menjadi tunanganku. Ah tidakkkkk!!!!...tolong aku Ku Nor...lelaki idaman kau dah jadi tunang aku.
“Mak...”kataku sebak.

Aku masih cemberut, usikkan kak Ayu bagaikan mendidih ditelingaku. Aku jeling sepintas biar dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bergurau senda denganku. Hatiku sedang berkecamuk, masih tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku padaku. Aku duduk diatas katil. Cincin tunang aku sudah tanggalkan sebaik sahaja majlis bersurai. Cincin itu aku letakkan diatas meja. Sakit hati dan rasa mahu menangis sahaja aku waktu ini.
“Dah jadi tunangan orang Ija kena jaga tingkah laku, kena jaga sopan santun sikit jangan nak buat perangai lama tu, mak tak suka Ija.” Pesan emak disebelahku, bila entah emak berada disisiku. Aku masih duduk berteleku diatas katil sambil memeluk lutut kemas. Saat ini aku rasa mahu meraung sahaja. Kenapa boleh jadi macam ni, Awang sukakan aku ke..aku suka kan Awang ke..tak aku tak sukakan Awang, kalau macam tu mana boleh kahwin. Kenapa mak tak cakap majlis siang tadi tu majlis merisik.. Nasib baik emak tak perasan cincin sudah kutanggalkan jika tidak sudah sebakul dia membebel. Mak tak tahukah anak emak ini dalam dilema.
“Mak Ija nak pulang balik cincin tu..” kataku sebaris. Aku pandang wajah emak mohon simpati. Emak terkejut.
“Kenapa.... cincin tu tak muat ke..ketat yea..”
“Bukan..”kataku sebak
“Habis tu..Ija tak berkenan, batu berlian tu tak besar erk..”Soal emak lagi. Apalah mak ni itu yang difikirkan.
“Bukan itulah mak..Ija tak setuju dengan pertunangan ni..Ija tak nak..tak nak..”ucapku geram.
“Kau ni kenapa Ija..jangan buat pasal ingat kahwin mawin ni perkara yang boleh di buat main-main ke...” Tiba-tiba emak naik angin. Baru sebentar tadi dia berlembut dengaku.
“Mak..Ija tak setuju mak..”kataku lagi.
“Ish budak ni nak kena lempang juga kan..yang tadi Ija setuju tu apa..”
“Mak..mana Ija tahu nenek tanya Ija pasal ni, Ija ingatkan dia tanya pasal air terjun tu..”
“Dah! kau jangan nak mengada-ngada, cincin dah tersarung ke jari jangan kau nak buat hal pulak.” Emak mengintai cincin dijariku. Sempat aku sembunyikan tangan. Emak menarik tanganku pantas.
“Mana cincin tu.jangan buat pasal Ija, mak tak suka..”kata emak keras. Kecut juga perutku apabila emak merenung dengan pandangan tajam.
“Mana..”soal emak lagi apabila soalannya masih ku biarkan sepi.
“Tu..” aku muncungkan bibirku ke arah meja.
“Mak Ija tak nak la mak...”suaraku semakin tersekat. Aku yakin sekejap lagi pasti airmataku menitis. Emak bangun berlalu ke meja lalu mengambil cincin yang ku tanggalkan tadi. Dia meraih jari jemariku lalu menyarung kembali.
“Ija..emak senang hati bila ada orang nakkan anak mak yang sorang ni. Ija tak kesiankan mak ke, setiap hari mak fikirkan fasal Ija. Is tu budak baik Ija. Mak takan setuju kalau Is tu budak jahat. Mak dah kenal lama dengan makcik Zaini, kami dah macam adik beradik, dia dah lama berhajat nak sunting Ija. Mak tahu Ija takkan hampakan harapan mak dan makcik Zaini. Tunaikanlah permintaan kami ni sebelum kami tutup mata nak...”ucapan emak menusuk hingga ke dasar hati. Aku memeluk emak. Yea aku akan tunaikan permintaan mereka. aku sayangkan mak, aku mahu emak bangga mempunyai anak seperti aku walaupun aku sering membantah setiap katanya dengan perbuatanku. Apalah salahnya aku tunaikan permintaan ini. emak memeluk erat dan akhirnya aku menangis dibahu emak. Read More..
Friday, September 23, 2011

Dia Yang Terpilih 19

Sayup-sayup kendengaran laungan azan subuh. Perlahan-lahan mata ku bukakan. Hatiku menjadi tenang, siapakah gerangan pemilik suara yang sedang melaungkan azan itu, sungguh merdu suaranya, mata yang layu menahan kantuk tadi bagaikan segar disimbahi air. Aku terus asyik mendengar khalimah-khlimah tauhid sedang berkumandang dijagat raya. Nyata ianya terus menusuk ke jantung hati. Allahuakbar!..Allahuakbar! Usai azan dilaungkan memanggil-manggil manusia yang sedang enak berselimut bangkit dan bersujud kepada Yang Maha Esa, aku bergegas ke bilik air. Langkah ku terhenti tatkala melihat Imah sudah mendahuluiku. Kesejukan dinihari terus menggigit tulang gemulang lalu aku selimutkan dengan taula yang ku sangkutkan ke bahu. Hati teringin dan meronta-ronta untuk menunaikan solat subuh berjemaah disurau berhampiran. Setahuku surau itu sudah lama tidak digunakan, siapa pula yang menghidupkan surau Al-Iman. Siapa.. apakah aku sedang bermimpi atau suara yang kudengari tadi hanyalah khayalanku atau mungkin juga suara itu datangnya dari masjid yang berdekatan tapi mustahil suara itu sangat jelas dipendengaranku.
“Kak Long! pagi-pagi dah nampak macam orang bingung ni kenapa, mamai lagi ke..” teguran Imah mengejutkan lamunanku.
“Huh!..terkejut akak...”Imah ketawa apabila aku memarahinya. Dadaku berombak kencang dengan sapaan Imah.
“Yang kak Long tu pagi-pagi dah termenung kenapa...pelik la Imah tengok..” memang jelas dia hairan melihat aku agaknya mana tak hairannya aku dengan Imah bagai langit dan bumi. Bangun seawal pagi sudah menjadi perkara biasa pada Imah tapi pada aku yang agak liat sedikit ini menjadi luar biasa pula.
“Imah..” Aku ingin bertanya setelah Imah kulihat mahu melangkah pergi. Langkahnya termati.
“Ada apa kak..” solanya lembut. Ah kelembutan Imah tiada bandingannya denganku.
“Imah akak tanya sikit boleh..” Aku merasa serba salah hendak bertanyakan pada Imah, patutkah aku menyoalnya sedangkan aku sendiri tidak pasti apa yang baru kudengari dinihari tadi.
“Tanya banyak pun takpe kak..” jawab Imah ketawa kecil, sempat lagi dia mahu bergurau denganku, apakah dia tidak merasa sejuk dalam keadaan begini.. ish budak ni makin banyak pula celoteh dia, suka hati lah tu maklumlah dah tak lama nak jadi suri hidup Kamil Hakim. Tiba-tiba jantungku berdebar, debaran yang tidak kuundang itu bagaikan mengocak kedamaian hati yang baru ku perolehi. Mengapa nama itu terus hidup dihatiku. Ya Allah, bawalah nama itu pergi jauh dari relung hati yang terluka ini. apakah hatiku masih belum dapat menerimanya, memang benar kekecewaan itu masih menyelubungi sekeping hati ini.
“Kak Long...kenapa..” rupanya Imah sedang menanti soalanku. Aku tersengih..
“Errr..kak Long nak tanya Imah sikit ni, tadi Imah ada dengar tak suara azan dari surau belakang rumah kita tu..” Soalku perlahan, takut juga Imah mengatakan aku yang bukan-bukan.
“Suara Azan...hmmm..tak dengar pulak kak..”
“Betul ke ni..Imah tak dengar langsung..”
“Betul Imah tak bohong..Akak salah dengar tak ni”
“Tapi..Imah akak dengar la memang ada orang azan kat surau tu, lagipun bilik akak dekat sebelah sana kan..” Kataku bersungguh.
“Surau tu kan dah lama tak digunakan sejak Imam Moktar meninggal dulu, lagipun orang-orang kampung suka pergi ke masjid baru tu. Siapa pula yang hidupkan kembali surau tu kak...” Imah menyoalku kembali. Wajah yang cukup tenang kurasakan.
“Itulah yang akak tanya Imah ni, manalah tahu kot-kot Imah tahu siapa yang guna surau lama tu.”
“Perasaan kak long aja tu, lagipun semua orang suka solat dekat masjid hujung sana tak kan lah surau tu ada orang guna. Kak Long salah dengar tak ni.”
Tiba-tiba bulu romaku menegak..
“Eh akak mandi dulu lah, nanti subuh gajah pulak akak hari ni.” Aku terus menuju ke bilik air tanpa menghiraukan Imah yang terpinga-pinga. Mungkin dia juga sedang memikirkan apa yang aku tanyakan padanya tadi. Biarlah dia sama-sama memikirkan apa yang aku katakan, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan berfikir tentang itu.

Beg pakaian telah ku kemaskan. Tunggu Naziah datang sahaja. Aku mengerling jam dipergelangan tangan, terasa waktu lambat berlalu. Aku keresahan kalau boleh aku tidak mahu berlama disitu, opah sejak semalam asyik tersenyum, ialah masakan tidak hajat opah dan abah insyaAllah akan tertunai. Aku menjeling Imah ditangga. Wajah mulusnya tetap tidak berubah duka atau gembira dia tetap begitu. Ketabahannya membuatkan aku jadi malu sendiri.
“Jadi juga kamu nak balik hari ni Maira....tak nak kenal dengan keluarga pihak lelaki dulu..” sapa emak melihat aku melayan diri. Aku senyum menyambut sapaannya cuba sembunyikan hati yang terluka. Emak berlabuh disebelahku. Acu yang sedari tadi rancak mengejar anak ayam terduduk kelelahan. Aku ketawa kecil walaupun perasaan lucu itu bagaikan tidak hidup dijiwaku, aku tutupi supaya emak tidak mengesyaki pergolakan yang terus menyesakan dadaku. Cepat benar lelaki itu mahu masuk meminangku. Apakah dia sudah lama menyimpan perasaan padaku. Aku jadi keliru..siapakah bakal suamiku nanti.
“Takpelah mak Maira tak sempat, lagipun esok dah kerja...”
“Kalau yea pun tunggu la dulu, sambung cuti lagi takkan bos kamu marah, cakap kat bos kamu nak bertunang.” ucap emak, mahu memujukku.
“Takpelah mak, lagipun Maira dah setuju siapa pilihan mak dan opah kan, segala urusan Maira serahkan pada mak dan opah, baik pilihan mak dan opah baiklah pada maira.”

Apa kena lah budak ni,.Zainab mengomel sendirian, lain benar perangai Maira sejak dia bertemu keluarga Khalid. Anak itu bagaikan patah hati. Jika dahulu apa yang mereka sarankan ada sahaja bantahannya. Keras kepala anak sulongnya sama seperti arwah ayahnya tapi kini Maira bagaikan mengikut perangai Imah. Hati Zainab berdetak, sebagai ibu dia dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi pada anaknya.
“Mak..Maira dah nak balik ni..”Ujarku apabila melihat emak sedang memikirkan sesuatu. Kereta Naziah terpakir dihalaman. Aku hulurkan tanganku pada emak. Emak tiba-tiba menarik aku sedikit kebelakang.
“Kenapa mak..”
“Maira..mak nak tanya Maira ni..”
“Ada apa mak..tanyalah..” jantungku berdebar, apakah emak sudah dapat mengangak sesuatu antara aku dan Kamil Hakim.
“Mak tengok Maira berubah sejak keluarga Khalid datang semalam..kenapa Maira, Maira ada sembunyi sesuatu dari mak yea.”
“Eh! tande lah mak..Maira nak rahsiakan apa..” aku terpaksa berbohong, walaupun hatiku tidak menginginkan itu.
“Kalau Maira ada masalah Maira bagitahu mak. Maira tak suka kami carikan calon suami untuk Maira yea.” Aku terus diam.. Wahai mak, jangan dicungkil rasa hatiku ketika ini, bimbang aku akan tewas didadamu. Aku cuba menahan agar titisan airmata kecewa itu jatuh ke pipi. Aku sabarkan hati agar aku tidak terus merintih.
“Kamu kena bagitau kami, mak tak nak memaksa, yang nak kahwinnya kamu yang nak menjalani hidupnya kamu, kami nak yang terbaik untuk kamu. Bagaikan mahu gugur airmataku mendengar luahan emak tapi sanggupkan aku membongkar segala perasaanku pada emak. Tidak..tidak..aku tidak sanggup melihat lebih ramai yang terluka. Biarlah aku tangung segalanya demi mereka. Aku korbankan rasa kasih yang tumbuh ini demi kebahagian semua.
“Maira takde apa-apalah mak, kan Maira dah cakap Maira terima siapa aja pilihan mak dan opah, lagipun Maira ni dah lama jadi kepala batu biarkah kali ni Maira jadi kepala angin pulak..”gurauku sambil ketawa. Emak berwajah kelat, dari raut wajahnya bagaikan dia dapat membaca hatiku yang sedang walang ketika ini. Sudah tentu dia masih tercari-cari jawapannya.
“Maira dah lambat ni mak, opah tu tengok Maira semacam aja, nanti tak pasal-pasal Maira tak dibaginya balik. Esok dah kerja.”
“Iayalah Maira..nanti sampai jangan lupa telefon mak jangan dah terbungkam pagi esok baru nak bagitahu dah sampai.” Aku ketawa menutupi kesalahanku. Kereta wira Naziah sudah berada dihalaman. Acu berlari menghampiri kereta Naziah bersedia meletakkan beg pakaianku kedalam bonet kereta Naziah. Imah menghampiriku lalu menghulurkan tangan.

Sebaik sahaja masuk ke perut kereta wira Naziah masing-masing membisu, aku dengan duniaku, Naziah pula dengan dunianya. Hanya dj radio hot fm sahaja yang sedang enak berceloteh. Telingaku tidak disitu. Mataku masih memandang cermin pandang sisi, merenung satu persatu wajah yang ku sayang sebelum mereka hilang dari pandangan. Ku renung wajah Imah, wajahnya yang putih bersih bersama senyuman manis membuatkan aku jadi sayu tiba-tiba. Dia bakal suri hidup Kamil Hakim lelaki yang ku tanam rasa kasihku untuknya. Sedih ya aku memang sedih, kesedihan ini bagaikan tidak dapat lari dari relung hati. Airmata tiba-tiba bertakung, aku cepat-cepat melarikan padanganku ke hadapan. Bimbang airmata yang kehadirannya tanpa dipinta itu menitis membuatkan Naziah merasa simpati padaku. Aku ingin terus melupakan sebaris nama milik Kamil Hakim tapi mana mungkin dalam waktu yang sesingkat ini. Ya Allah! berikanlah aku kekuatan agar aku tidak tewas dengan perasaan sendiri.

“Kau macam mana dah ok...” Naziah bersuara mungkin dia tidak mahu aku terus melayan perasaan dengan diam membisu.
“Aku okey..”jawabku bersahaja.
“Sabarlah Maira aku tahu hati dan perasaan kau tengah sakit sekarang ni. Nanti balik KL kita enjoy yea..aku belanja kau tiket ke Genting Highlands macam mana..”Ujar Naziah separuh ceria, pandai pula dia mengumpan aku dengan tiket percutian ke sana.
“Wahh! bestnya, kalau macam ni aku nak kecewa selalu lah, nanti-nanti kau boleh bawak aku ke Desneyland pulak..”
“Ishk! kau ni teruk betullah Maira..dekat-dekat sudah la, kau kecewa aku pulak yang keluar duit..hish teruk betul...” Naziah separuh menjerit. Berjaya juga dia menceriakan suasana. Aku ketawa menceriakan hari-hari genting dalam hidupku.
“Maira..aku nak cakap sikit..” Aku menoleh pada Naziah yang sedang menumpukan perhatiannya pada pemanduan. Dia menarik nafas mungkin apa yang ingin diperkatakan ada kaitan dengan perihal Kamil Hakim agakku.

“Cakaplah..tapi kalau pasal Kamil Hakim aku tak nak dengar..” aku menebak an ternyata tebakanku mengena sasaran.
“Tapi ni memang pasal Kamil Hakim pun..”
“Dah la Zie, hati aku masih terasa sakitnya, aku masih rasa tertipu..”
“Tapi Maira...”
“Zie, kalau boleh aku tak nak tahu pasal Kamil Hakim, aku tak nak dengar nama dia lagi. Aku tak mahu ingat apa-apa tentang dia Zie, lagipun tak lama lagi aku akan jadi milik orang, aku harus belajar melupai dia zie..” Naziah terkejut mendengar pengakuanku dia segera memberhentikan keretanya di tepi jalan, mungkin ayat yang ku tuturkan tadi begitu memeranjatkannya.

“Apa kau cakap tadi Maira..apa maksud kau..” solanya bertalu-talu.
“Macam tu la Zie, kau baru saja dengar apa yang aku cakapkan tadi kan..” aku tidak mahu mengulang kembali kata-kataku.
“Habis kau sanggup buang segala cinta kau pada Kamil Hakim macam tu aja..
Aku memandang wajah Naziah memerhati wajahnya yang sedang menahan rasa. Apa tidak kenanya kawanku itu ketika ini.
“Kenapa Zie, dulu kau juga pujuk aku supaya sabar, insyaAllah aku akan temui lelaki yang jauh lebih baik lagi dari Kamil Hakim, tapi sekarang bila aku bagitahu macam tu kau tak puas hati pulak” Naziah mengeluh. Dia memegang kemas stereng keretanya. Aku Cuma menanti apa alasan yang mahu diberikan padaku.
“Ia itu memang aku tahu tapi....” Naziah bagikan tidak berpuas hati dengan jawapanku. Apa lagi yang ingin diperkatakan kepadaku.

“Kamil call aku malam tadi, dia dah luahkan segala-galanya pada aku..” Ucap Naziah perlahan namun dapat ku tangkap jelas ucapannya.
“Zie kan aku dah cakap aku tak nak dengar lagi nama dia disebut-sebut, apa yang dia bagitahu kau, kau ajalah yang tahu, aku tak nak ambik tahu lagi.”
“Maira dengar dulu apa aku nak cakap ni..” Aku menekup telingaku sengaja mematahkan semangat Naziah untuk bercerita tentang Kamil Hakim. Naziah mengeleng kecil.
“Kau tutup telinga macam tu sekalipun aku tetap akan cerita, terserah la pada kau Maira nak dengar atau tak..” Naziah sudah nekad untuk terus menyambung ceritanya tentang Kamil Hakim. Wahai sahabat mengertilah hatiku sedang merintih pilu tiap kali nama itu disebut-sebut, hatiku tersayat luka tiap kali perihal dirinya digali. Aku tidak mahu tahu lagi kisah cinta kami..tolonglah mengerti Zie. Kata-kata itu hanya berguman dihati. Sebak itulah yang dapat ku gambarkan waktu ini. aku pasti Naziah tidak dapat mendengar suara hatiku.

“Kamil cakap dia tetap sayangkan kau, dia mahu kau fikir masak-masak tentang hubungan kamu, dia sanggup jumpa opah dan mak kau sendiri jika kau setuju untuk kahwin dengannya. Dia sebenarnya sudah lama ingin memutuskan pertunangannya tapi bila mengenangkan ibu dan ayahnya yang beria-ia sangat dia tak sampai hati. Tapi Maira bila dia jumpa kau dia dah nekad untuk berterus terang dengan mak ayah dia untuk memutuskan ikatan pertungannya dengan Imah.” bersungguh Naziah bercerita namun itu semua takkan merubah apa-apa.
“Zie..cukup Zie..kau tahu tak siapa tunang Kamil, tunang dia.... Imah adik kandung aku sendiri, darah daging aku Zie Imah dah banyak berkorban demi kedegilan aku. Dia dah banyak bahagiakan aku. Kau tahu tak!, dengan kerelaan hati dia, dia sanggup pinangan itu beralih kepadanya asalkan aku dapat sambung belajat ke luar negara. Asalkan aku dapat lari dari belenggu wasiat tu. Imah dah banyak merasa susah Zie, susah untuk membaja rasa kasih pada tunangnya dan bila dia sudah belajar menyanyangi aku merampas pula darinya. Kau nak macam tu! Apa salahnya aku berikan dia kebahagian pula. Kau sanggup melihat aku lukakan lagi hati Imah, hati orang yang dah banyak berkorban untuk aku. Aku benci Kamil Hakim..aku benci dia, kerana sikap tidak jujurnya semua jadi tidak menentu.”Aku hemburkan segalanya pada Naziah.

“Habis tu kau nak Kamil Hakim jadi suami Imah sedangkan Kamil Hakim tak cintakan dia..”
“Aku percaya dengan Imah Zie, lelaki yang jadi suaminya tidak akan menyesal memperisterikan dia. Aku kenal Imah. Antara aku dan Kamil Hakim sudah ada titik noktahnya. Kau tolong bagitahu Kamil Hakim, jangan bicara lagi tentang hati dan perasaan aku. Dan kau tolong bagitahu dia aku sudah bertunang.” Aku lontarkan segala rasa yang ada sehabis mungkin. Aku tidak mahu menyimpan apa-apa lagi. Hanya kepada Naziah tempat aku mencurahnya. Aku menangis semahunya biarlah airmata ini airmata terakhir aku titiskan atas kekecewaan ini,aku tidak mahu lagi menjadi lemah.
“Maira!, maafkan aku!..” Naziah memelukku erat. Tangisan yang tadinya perlahan kini menjadi kuat. Aku rebah dibahu Naziah Read More..
Thursday, August 25, 2011


InsyaAllah...SEMARAK CINTA bakal menemui pembaca pada OKTOBER akan datang..Kepada Sesiapa yang berminat silalah berkunjung ke website KAKI NOVEL..Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.. Read More..
Wednesday, August 10, 2011

Dia Yang Terplih 18



Kita tak menduga dari kenalan lahir cinta
hingga aku tersungkur dilembah hiba yang kian berdenyut
menyentap segala rasa yang ada
warna-warna bahagia yang semakin pudar hiasannya
bagai menunggu masa menjadi debu berselerakan
dihembus sang bayu tidak berupa

aku sering terleka dengan kemanisan ungkapan cinta
hingga aku terlupa pada madahnya hati yg terluka
segala rasa yang ku ada lenyap kini dibawa buih sepi
hanya pasir nan memutih menjadi saksi
aku tersungkur lagi didada bumi
berbumbungkan langit tidak bertepi
menunggu kasih yang belum pasti…


Begitulah yang dapat kugambarkan hatiku ketika ini. Airmata yang tentunya menjadi temanku saat ini terpaksa ku tahan dari melimpah dihadapan opah dan emak. Inilah ujian terberatku setelah pemergian abah. Kepedihan dan kekecewaan itu sering sahaja menganggu fikiranku pun begitu aku harus tabah menghadapinya. Mengapa Kamil Hakim tidak berterus terang denganku bahawa dia tunangan orang. Tegarnya dia menghancurkan hati tunangan yang setia menunggu sekian lama lebih-lebih lagi tunangnya itu adalah adik kangdungku sendiri. Tentunya aku merasa bersalah dengan keterlajuranku memberi sekeping hati pada tunang adikku sendiri. Aku juga ralat dengan keputusan yang kuambil dahulu, menolak lamaran terlebih dahulu datang kepadaku. Hendak ku undurkan waktu mustahil ianya berlaku. Ah! Untuk apa ku kesali apa yang telah tertulis di loh manfuz segala-saganya telah diatur, aku sebagai hamba tidak layak mempertikaikan setiap apa yang terjadi. Aku beristifar didalam hati mencari kekuatan yang semakin surut. Aku harus redha walaupun sedikit perit jiwaku menaggungnya.

 “Kamil kau bukan milikku, aku lepaskan kau pergi dari hidupku.” Itulah bisikkan hati yang paling ikhlas untuknya. Aku mahu Kamil Hakim menerima Imah seikhlasnya dia. Sempat aku bersembang dengannya sebelum keluarganya pulang petang tadi. Aku tahu dia juga masih tidak menyangka orang yang hendak dijodohkan dengannya dahulu adalah aku. Dia juga meminta aku supaya menyatakan isi hatiku pada kedua orang tua yang kusayangi tapi tahukah dia siapa mereka itu bagiku. Tentu aku tidak sanggup lagi melukakan hati-hati mereka yang kukasihi. Apa akan terjadi kiranya aku meneruskan saranan Kamil Hakim untuk memutuskan pertunangannya dengan Imah dan mengahwiniku, apakah aku tegar untuk menhancurkan lumatkan hati Imah yang sanggup berkorban masa menunggunya. Tidak sama sekali takkan mungkin aku lakukan. Biarlah hatiku yang terluka daripada hati mereka aku calarkan. Kamil Hakim pulang dengan wajah yang sugul aku tahu hatinya teramat kecewa dengan keputusanku.

Biar apa pun yang dirasai Kamil Hakim, dia harus terima suratan ini dengan redha. Biarlah kisah cinta kami berkubur tanpa nisan. Aku percaya Imah mampu membahagiakan Kamil Hakim. Aku nasihatkan pada Kamil Hakim supaya membuka pintu hatin seluas-luasnya menerima Imah sebagai suri hidupnya. Aku yakinkan dia bahawa Imah layak menjadi isteri malah pantas menjadi ibu kepada anak-anaknya. Hatiku menanggis lagi. Menangis pada sesuatu yang telah pasti tidak mungkin aku miliki.
Sempat aku lemparkan sebuah senyuman pengubat lara buatnya. Hanya redup matanya sahaja yang membalas senyumanku. “Pergilah Kamil..pergilah… datangmu nanti sebagai adik iparku. Aku terima kehadiranmu menjadi sebahagian keluargaku walaupun bukan sebagai suamiku.”

Airmata yang jatuh ku seka dari terus membasahi pipi. Aku tidak mahu Imah mengesyaki sesuatu antara kami. Dia masih bergembira dengan kehadiran tunangnya petang tadi. Aku tidak mahu dengan kemurunganku nanti akan menjejaskan kegembiraanya. Hanya Naziah yang mengerti. Dihadapannya aku tewas untuk bertahan. Dia menenangkan diriku dari terus meratapi kekecewaan itu. Aku akui perit yang ku tanggung sekian lama hati ini sering mengingati namanya.

Telefon berbunyi nyaring menyentak lamunanku. Ku sapu air jernih yang adakalanya mengalir tanpa aku sedari. Telah ku kuatkan hati ku bulatkan tekad untuk tidak menangisi tapi apakan dayaku, insan yang lemah Untuk terus kuat dan tabah aku harus ada pendokongnya. Nama Naziah tertera di telefon, rasanya tidak sanggup untuk aku menjawab panggilan itu. Aku mahu terus sendirian melayan perasaan pun begitu tidak sanggup pula aku membiarkan Naziah menunggu panggilannya dijawab. Sesungguhnya aku bersyukur mempunyai sahabat seperti Naziah sanggup berkongsi suka dukaku. Tidak salah aku memilih dia sebagai sahabat.

“Maira..kau ok ke..” suaranya kedengaran risau dihujung talian. Aku tersenyum kelat. “Bagaimana aku mahu ok Zie. Hatiku bagaikan dimamah, disiat-siat.” Jawapan itu hanya bermain dihati.
“Aku ok lah Zie. Kau ni apa risau sangat. Aku cuba menipunya tapi masakan dia tidak dapat mengangak apa aku sedang lakukan ketika ini.”
“Kau nangis kan Maira. Kau jangan bohong aku.”
“Aku ketawa halus menutupi kebohonganku.”
“Sabar Maira kau harus kuat. Aku percaya Allah ambil Kamil lalu Dia gantikan kau dengan seseorang yang lebih baik dari Kamil Maira, kau jangan bersedih.” Naziah cuba memujuk. Ya aku lega dengan pujukanya tapi itu cuma sementara. Hatiku lemah untuk menerimanya kerana rasa kasihku itu telah tertumpah pada Kamil Hakim. Siapakah lelaki yang dapat mengangtikan Kamil Hakim dalam hidupku.

“Siapa yang mahukan aku Zie.”
“Ramai lagi Maira, aku percaya Maira tentu ada lelaki yang lebih baik dari Kamil yang Allah utuskan untuk kau. Sabar yea.” Naziah masih lagi memujukku. Aku menarik nafas dalam. Airmata bagaikan sudah tidak mampu berhenti lagi. Semakin ku tepis semakin laju pula ia mengalir.
“Zie..Dia lelaki pertama yang aku cintai. Selama enam tahun hanya namanya yang aku simpan Zie. Akhirnya dia muncul dan cintaku berbalas tapi saying Zie, dia tunang Imah. Apa yang aku tunggu selama ini terasa sia-sia Aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Tidak mampu lagi untuk aku menyimpannya.
“Sabar Maira. Aku paham perasaan kau. Tentu ada hikmah disebalik kejadian ni. Kau harus kuat Maira, kau bukan seorang yang lemah. Aku percaya kau boleh hadapinya dengan tabah.
“Esok kita balik Zie..aku dah tak sanggup tinggal berlama di sini. Aku tak sanggup tengok wajah Imah, wajah mak..opah. aku rasa bersalah Zie. Aku rasa bersalah. Aku merintih mengharapkan Naziah bersetuju dengan permintaanku.

“Maira, kau tak bersalah, jangan letakkan diri kau ditempat yang salah. Semua ni takdir Maira. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kalau kita balik esok apa kata opah, apa kata Imah. Kau nak mereka mengesyaki sesuatu antara kau dan Kamil Hakim.” Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Naziah Aku tidak mahu mereka mengetahui sejauh mana hubungan aku dan Kamil Hakim. Biralah Naziah sahaja yang mengetahui kedudukan Kamil Hakim dihatiku. Aku percaya dia tidak akan membocorkan rahsia hatiku.
“Maira..kau kena kuat. Tabahkan hati kau. Aku percaya kau boleh harungi semua ni.” Kata perangsan itu meresap kejiwaku.

“Cubalah kau tanyakan pada Maira tu Nab..baik budak tu mak tengok takde cacat celanya. Sesuai sangat dengan dia. Lagipun budak tu kita dah kenal lama, takkan lah kita tak kenal lagi hati budinya.” Telingaku dapat menangkap sesuatu dari balik tabir dinding yang memisahkan ruang dapur. Aku masih berdiri disitu menanti kata-kata seterusnya. Pasti bicara mereka tentang diriku.
“Nanti lah mak, Nab tanyakan.” Balas emak.
“Nanti..nanti sampai bila, Khalid kan dah datang. Kalau Maira setuju kita nikahkan dia dulu baru kita kahwinkan Imah. Buat kenduri sekali jimat sikit kosnya. Kalau dia dah ada pasangan suruh saja budak tu masuk meminang, berapa lama lagi kita nak ikat Imah tu, tak kesian ke kau pada Imah.” Opah sudah mula bersuara. Aku kira emak tersepit juga hendak memihak kepada siapa. Emak diam tanpa berkata. Aku memunculkan diri, opah terkejut. Aku menarik nafas dalam lalu kukuntumkan senyum buat opah dan emak.

“Apa yang duk sebut-sebut nama Maira ni opah..”sengaja aku memancing opah. Opah berlagak selamba. Cawan kopi ditepinya di hirup perlahan. Emak mangamit aku duduk disisinya.
“Hmm..Maira tak sibuk ke..” Soal emak canggung.
“Sibuk..nak sibuk apa mak.” Aku ketawa dengan soalan emak. Opah hanya memandang. Nampak benar emak serba salah.
“Macam ni lah Maira. Opah nak tanya kamu ni..” Opah mula mengambil alih bicara emak. Aku menunggu dalam debar. Sudah ku jangkakan apa soalan yang bakal disoal opah nanti.

“Kamu dah ada pilihan ke..”
“Pilihan..”soalku bodoh. Opah mengerutkan keningnya tanda hairan dengan soalannya yang kubalas juga dengan soalan.
“Pilihan..orang zaman sekarang cakap pakwe..”kata opah lanjut. Aku gelihati melihat opah menyebut ‘pakwe’ bersungguh sahaja bunyinya. Aku tarik nafas dalam-dalam. Hatiku telah kosong kini. Jadi baik kiranya aku berterus terang daripada terus membiarkan teka teki pada mereka. Biarlah jodohku opah dan emak pilihkan.
“Mak..Opah..” aku tarik nafas dalam-dalam. Aku pandang wajah opah dan emak yang penuh mengharap. Sanggupkah aku mengecewakan lagi hati mereka. Belum puaskah aku membiarkan Imah menanti dirinya disatukan disebabkan kekerasan hatiku. Aku mahu mengalah sahaja. Siapapun pilihan opah dan emak aku akan menerimanya.

“Maira terima sahaja siapa pilihan opah dan  mak..” jujur aku katakan pada mereka. Opah dan emak saling berpandangan aku cuma tersengih. Ya mungkin opah dan emak hairan dengan sikapku, tertanya-tanya dimana kekerasanku hatiku selama ini, mana perginya kepala batuku.
“Betul ke apa yang kamu cakapkan ni Maira..”Soal emak masih belum yakin dengan apa yang baru kusampaikan pada mereka. Aku angguk kepala sebagai jawapan dengan sikap tidak percaya emak dengan pernyataanku sebentar tadi. Opah sudah mampu mempamerkan baris-baris gigi palsunya. Mulutnya terkumat kamit mengucap syukur barangkali.
“Kamu sanggup terima pilihan kami.”
“Yea mak, Maira sanggup terima siapa sahaja pilihan emak dan opah asalkan dia bukan suami orang.” Ucapku tenang. Emak tersenyum hambar bagaikan tidak mempercayai apa yang aku katakan. Biarlah apa yang difikirkan emak aku mahu mereka tersenyum bahagia.

“Alhamdulillah. Kalau macam tu nanti opah suruh pihak lelaki masuk meminang kamu.” Celah opah dengan penuh perasaan gembira. Aku tutup walang hatiku dengan sebuah senyuman.
“Opah kalau boleh Maira tak nak bertunang, kiranya kita langsungkan sahaja majlis pernikahannya. Dan kalau boleh Maira mahu jumpa bakal suami Maira bila hampir dengan waktu menikah.” Ternyata sarananku itu mengejutkan opah dan emak.
“Kenapa Maira.”
“Takde apa-apa mak, maira rasa elok begitu Maira mahu kenal dia selepas bernikah.”
“Tapi..”

“Mak..please mak, permintaan Maira tak sebesar mana pun. Kalau pihak lelaki betul-betul berkenankan Maira tentu dia dapat terima apapun alasan Maira.” Emak dan opah saling berpandangan. Masing-masing keliru dengan apa yang sedang aku katakan. Aku mahu melapangkan dadaku menerima dia sebagai sebahagian dari hidupku jadi aku perlukan waktu untuk menerima dirinya tanpa desakan sesiapa.
“Opah..Maira dah terima siapapun pilhan opah, maira cuma minta kami dipertemukan pada majlis akad nikah sahaja. Bolehkan..atau opah sanggup menunggu lama lagi.” Aku sengaja memprovokasikan opah dan emak. Ternyataka mereka cepat-cepat menyetujui permintaanku. Aku menarik nafas lega walaupun terasa salur darhku menyempit.









Read More..
Saturday, July 23, 2011

Dia Yang Terpilih 17

“Assalamualaikum makcik..” Sapa Naziah saat dia melangkah turun dari kereta menjemput Maira untuk ke Bandar dan terus ke rumah neneknya yang sedang mengadakan kenduri.
“Wa’alaikumussaalam..la Zie rupanya dah tak kenal makcik, lain sangat rupanya.” Zainab menyambut ramah kedatangan Naziah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Naziah ketawa gelihati dengan kata-kata makcik Zainab tetap seperti dulu.
“Lain apanya makcik sama macam dulu juga.” Tangannya dihulur lalu diciumnnya tangan tua itu.

“Maaf makcik semalam Zie tak sempat nak jumpa makcik, nak cepat sangat takut nak lalu lorong dekat simpang tu malam-malam buta sorang diri pulak tu.” Naziah memohon maaf diatas sikap tergesa-gesanya semalam tanpa menemukan makcik Zainab terlebih dahulu sebelum pulang.
“Takpelah Zie, ini pun dah jumpa kan. Makin cantik dan berseri-seri kamu ni makcik tengok, tentu dah ada pasangankan…”teka Zainab sambil menarik tangan Naziah naik ke rumahnya. Naziah ketawa kecil, senyuman semakin lebar.
“Ha kan betul tekaan makcik..” Zainab turut ketawa melihat keceriaan Naziah. Dia juga berharap anaknya Maira juga bertemu pilihan hatinya.
“Ni makcik nak tanya Zie..Maira dah berteman juga ke..” Zainab cuba merisik khabar.
Naziah terpisat-pisat hendak dijawab apa. Jika makcik Zainab sudah bertanya ini pasti Maira belum lagi memberitahu hubungan dia dengan Kamil Hakim.
“Maira tu makcik, berderet yang nak tapi dia tu lah jual mahal sangat.” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Naziah.

Zainab sedikit keruh wajahnya. Dia berharap sangat Maira sudah mempunyai teman lelaki. Susah benar anaknya hendak membuka pintu hatinya pada lelaki.
“Siapalah yang dia tunggu Zie..”ucap Zainab sedikit kecewa.
“Eh! Maira mana makcik.” Naziah cuba menarik perhatian Zainab dari kesdihan. Bukan dia tidak tahu kenap makcik zianab berubah begitu. Tentu memikirkan nasib si Imah dan kedegilan opah yang tidak mahu menikahkan Imah sebelum Maira.
“Maira tengah bersiap-siap. Itulah makcik dah bagitahu dia kalau nak keluar siap lah awal-awal dia tu kamu tahulah degil bukan nak dengar cakap orang..”
“Apa yang mengumpat Maira ni mak..Zie..”
“Tak mengumpat pun mengata aja…” Balas Naziah bersahaja.
“Sama lah tu. mak Maira pergi dulu..” aku menyalami tangan emak, dia menghadiahkan sebuah senyuman.
“Makcik Zie pergi dulu yea..” giliran Naziah pula menyalami emak.
“Hati-hati bawak kereta, jangan lama sangat nanti boleh la kamu kenal dengan tunang Imah..”
“Wah, tunang Imah nak datang yea makcik, ini berita baik ni.” Ucap Naziah gembira. Aku hanya mempamerkan wajah biasa.
“Mak kami pergi dulu.” Aku segera membuka pintu kereta Naziah, lagi lama aku disitu makin lambat pula tibanya. Bukannya dekat rumah nenek Naziah dari sini satu jam perjalanan.

“Pukul berapa keluarga tunang Imah nak datang..” soal Naziah memecah kesunyian. Radio diperlahankan.
“Entah la, lupa pulak aku nak tanya tadi. Kenapa…”
“Apa lah kau ni, macam tak suka aja Imah kahwin dulu. Tapi kenapa diarong datang erk..”
“Nak tetapkan tarikh la tu” aku cuba meneka sendiri. Naziah ketawa kecil.
“Nampaknya Imah kahwin dulu la pada kau kan Maira. Opah macam mana terpaksa la dia menurut kepala batu cucunya yang sorang ni.” Aku ketawa mendengar Naziah mengenakan aku. Memang aku keras kepala tapi cuma hal-hal tertentu sahaja.
“Hmm..entah la Zie. Tapi aku tak rasa opah akan mengalah dengan aku. Kalau kau kata aku keras kepala, opah lagi berganda keras kepala dari aku cuma dia tak tunjukkan lagi keras kepalanya itu.
“Habis tu kau macam mana Maira…”
“Macam mana apa Zie, aku macam ni lah.”
“Kau ni tak faham aku. Dia tak ada telefon kau sampai sekarang.” Aku cuma geleng kepala, tidak mahu Naziah membuka cerita tentang Kamil Hakim yang menyepikan diri.
Sesekali aku mengerling telefon digengaman. Sayu dan terluka aku saat ini mengenangkan Kamil Hakim memungkiri janjinya.

Naziah mencuri pandang pada seraut wajah mendung temannya. Dia memahami perasaan Maira ketika ini, sebagai sahabat dia tidak mahu Maira dipermainkan lelaki yang suka menabur janji walaupun lelaki itu nampak baik sekalipun dimatanya. Dia tidak mahu sahabatnya itu terluka disaat adiknya menunggu hari bahagia untuk disatukan.
“Eh maira..kau nampak tak tu..” Naziah memandang cermin pandang belakangnya. Sebentar tadi dia seperti melihat kelibat Sufian teman sepermainanya sewaktu kecil dahulu.

“Apa dia Zie…” Soalku cemas apabila melihat Naziah seperti kekalutan.
“Tu.. kau nampak tak..” Naziah memuncungkan bibirnya dicermin pandang belakang. Apa yang ingin ditunjukinya padaku, aku jadi bingung.
“Apa Zie…”
“Pian!..” sebaris nama itu terlucut dari bibirnya aku bersuha untuk menoleh.
Aku turut memandang ke belakang tapi ternyata apa yang dikatakan Naziah itu langsung aku tidak dapat melihatnya.
“Mana ada..kau ni merepk aja.”
“Betullah Maira..aku tak tipu.. dia ada balik ke..” Soal Naziah bersunguh.
“Kau ni kalau iya pun rindu kan Pian tu bawak kereta tu elok-elok sikit aku tak nak mati lagi tau, kahwin pun belum ni.” Ujarku. Aku sangkakan Naziah bergurau rupanya dia serius dengan kata-katanya.

“Betullah Maira.”
“Aku tak nampak la.. kau ni pun…. Mana..” Marahku padanya memang betul aku langsung tidak nampak sesiapa dibelakang, kereta Naziah meluncur laju mana sempat aku untuk melihat sesusuk tubuh yang diperkatakan Naziah tadi.
“Kalau betul dia tu Pian kenapa kau tak berhenti aja tadi.”
“Macam mana aku nak berhenti aku sendiri pun tak berapa nak pasti tadi tapi aku rasa dialah Maira..betul aku tak tipu..” Kata Naziah bersunguh-sungguh.
“Hmm..ikut suka kau lah Zie.. kalau kau nak comfimkan lagi nanti petang kita singgah rumah Hj Din erk..”aku ketawa kecil sengaja mahu mengenakan Naziah.
“Kau ni mula la tu nak menyakat aku.”


Pukul empat petang aku sampai ke rumah. Keluarga bakal besan emak masih belum sampai sempat lah aku melihat bakal adik iparku yang tak pernah aku ambil peduli sebelum ini. Aku lihat wajah Imah semakin berseri-seri, sesekali terdengar suara Acu yang mengusik sakan kak ngahnya. Aku tumpang gembira melihat kegembiraannya.
“Dah la tu Acu tak baik sakat kak ngah macam tu..” suara emak melarang Acu terus terusan mengusik Imah. Opah sedari tadi asyik tersenyum. Bagaikan tidak sabar untuk merialisasikan hasratnya. Kueh mueh yang Imah sediakan sudah terhidang dimeja. Wah semuanya sudah nampak teratur. Aku bersama Naziah mengeluarkan juadah yang dibelikan sebelum pulang tadi.

Salam dari luar kedengaran. Imah memandang wajahku lalu dia menundukkan wajah taktakala aku mengeyitkan sebelah mataku padanya.wajahnya mula merona merah. Malu pula bila aku menyakatnya.
Opah berjalan laju ke pintu menyambut kedatangan tetamu yang ditunggu. Aku dan Naziah berlalu ke dapur, Imah mengekor dari belakang. Biarlah urusan itu hanya orang tua yang selesaikan. Aku jadi pelayan sudah.
“Kau rasakan Maira, tunangan Imah tu hensem tak..”Imah disebelahku tersipu-spu malu apabila Naziah sengaja menguatkan suaranya.
“Tentulah hensem..Imah pun cantik sangat, aku tahu jodoh Imah adalah yang terbaik untuk dia.” Ucapku ikhlas.
“Kau dah pernah tengok ke tunang Imah.” Sola Naziah tiba-tiba. Aku tersengih.
“Belum..”jawabku sepatah. Naziah membulatkan matanya. terasa tertipu agaknya dengan kataku tadi.
“Kalau tak hensem takkan lah adik aku boleh tunggu dia sampai tiga tahu Zie.. tiga tahun tau..”usikku menambahkan lagi malunya.
“Pihak lelaki nak minta cepatkan tarikh..diorang nak buat bulan berapa Imah. Eee..tak sabarlah kak Zie nak tengok Imah naik pelamin.”
“Kak Zie dulu la baru Imah..” jawabnya sopan.
“Takde calon lagi..” soal Imah berani.
“Dia dah ada dik tapi itulah liat sangat nak kahwin tunggu apa lagi entah..” “Ehh!.ehh!..sedapnya mengata., aku tunggu kau la..kata nak naik pelamin sekali.” Bidasnya lalu kami sama-sama ketawa.

“Errkk ..bila masa pulak aku nak naik pelamin dengan kau Zie..aku nak naik sorang-sorang la..” balasku sambil menjeling geram dengan sakat tak masuk akal Naziah. Imah ketawa sopan..
“Zie kau ada bau tak..”
“Bau..bau apa kau ni merepek aja lah.” Naziah cuba menghidu.
“Betul kau ada bau tak.”
“Takde pun..kau kentut ke..Ish tak senonoh la..” Naziah cuba menghidu bau yang ku katakana tadi sesekali mukanya berkerut. Aku hamper tergelak tapi aku tahankan juga.
“Bukan itu lah ngok..kau ada bau nasi minyak tak…”kataku sambil menjeling ke arah Imah yang tertunduk malu.
“Hahahaha..apalah kau ni Maira aku ingatkan bau apalah tadi.” Suara Naziah pecah derai, dia cepat-cepat menutupi mulutnya bimbang nanti akan didengari tetamu di luar.

“Kak..kak..mak suruh bawa air ngan kueh ke depan.” Acu terjongol dipintu..Kami bertiga hamper terjerit dengan kelakuan Acu yang tak semonggeh. Bercakap kuat seperti kami bertiga ini pekak.
“Kau sini acu..akak cubit karang..tak boleh sopan sikit ke bercakap tu.” marahku dengan perangai Acu yang takde kesopannan langsung. Adik bongsu ku itu cuma tersengih-sengih.Aku dan Imah membawa air dan kueh yang diminta. Zie turut membantu.

“Makcik Biah apakhabar…” sopan Hj Khalid mula berbicara. Hatinya berdebar-debar, tidak sanggup rasanya menyampai hasrat anaknya itu apabila terpandang wajah makcik Biah yang mengharap.

“Alhamdulilah Khalid makcik macam ni lah..” ucap Opah ceria.
“Dah lama rasanya kami tak jengah makcik, abang Khalid ni asyik sibuk aja dah nak pencen pun sibuknya mengalahkan menteri pulak.”
“Biasalah Rohana, kerja tak pernah habis, makin hari semakin menimbun..”
“Nab macam mana sekarang ni..” Hjah Rohana berkalih pula bertanya khabar pada Zainab. Bukan sehari dua dia mengenali Zainab tapi sejak dari kecil lagi mereka tinggal sekampung tapi selepas berkahwin dengan Hj Khalid dia berpindah ke Kedah.
“Nab macam nilah Ana. Masih sihat…” Hajah Rohana dan Hj Khalid tersenyum.
“Dah lama saya tak berziarah ke kubur arwah Hamid mak Biah..insyaAllah ingatkan petang nanti sebelum balik nak singah sekejap.” Mak Biah Cuma tersenyum. Hj Khalid seperti dulu masih setia berkawan dengan anaknya walaupun arwah telah lama pergi.
“Mana anak kamu, tak nak naik ke rumah ke..”Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Kamil Hakim ada bersama mereka sebenarnya.
“Ada kat bawah mak Biah, dia suruh kami naik dulu kebetulan terjumpa kawan lamanya itu yang dia lambat sikit.”

“La kenapa tak ajak naik sekali kawannya tu.. Acu..Acu..pangil abang kamu tu naik. Nak malukan apanya kan dah tak lama nak jadi keluarga juga.” Sekali lagi Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Hj Khalid serba salah hendak dimulakan dari mana. Dia menarik nafas dalam. Malu itulah yang dirasakan ketika ini. Sebentar nanti akan berkecailah harapan mereka sekeluarga saat dia menyuarakan hasrat hati Kamil Hakim anak tunggalnya.
“Begini mak Biah..kedatangan kami sekeluarga disini ada perkara yang hendak dibincangkan.” Hj khlaid terasa berat untuk menyudahkan katanya. Mak Biah masih tersenyum menantikan kata seterusnya dari bibir Hj Khalid yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Hal ini berkaitan anak kita Nab..” Hajah Rohana membantu suaminya menyatakan hajat kedatangan mereka setelah suaminya itu seakan sukar menyatakannya.
“Elok sangat la tu Lid, Ana, lagipun budak berdua tu dah lama bertunang rasanya memang patut kita bincangkan pasal mereka sekarang ni. Mak Biah takde bantahan kalau kamu nak percepatkan tarikhnya lagipun anak kamu pun sudah habis belajar dah berkerja pun eloklah kita satukan mereka tu.” ujar mak Biah tanpa mengetahui kedatangan mereka sekeluarga. Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Bagaimana mereka mahu mengkhabarkan tentang keputusan Kamil Hakim saat ini apabila melihat impian mak Biah dan senyuman pengharapan pada mata tua itu yang akan terlebur saat pernyataan mereka nanti dikhabari.

“Mana airnya Nab…kueh yang bersusun-susun tadi tu mana, hidanglah.” Mak Biah bersungguh. Tidak sampai hati Hajah Rohana dan Hj Khalid membuka bicara.
“Tak payah susah-susah la Nab, mak Biah.”
“Tak susah Ana..Imah yang buatkan. Kamu pun bukan selalu datang, takkan lah kamu datang ni kami tak jamu apa-apa.” Balas Zainab tersenyum meleret.
Imah menatang dulang minuman, wajahnya ditundukkan. Malu dan segan berhadapan dengan bakal mentuanya. Naziah mengekor dibelakang diikuti Maira. Masing-masing melemparkan senyuman tatkala mata Maira melihat sesusuk tubuh lelaki yang baru melangkah masuk dia terpegun. Mata saling bertatapan tanpa bicara hanya hati yang tertanya-tanya.
“Kamil..”hanya nama itu yang mampu terlucut dari bibirku dan Naziah. Piring kueh yang ku pegang bagikan mahu terlungkup ke lantai. Tanganku menjadi lemah, selemah degupan jantungku waktu itu.

“Ha Maira kenapa tercegat kat situ bawa kueh tu ke mari.” Sapa opah membuatkan aku berada dialam sedar. Pandanganku jatuh pula pada makcik Rohana, dia turut memandangku dengan wajah kehairanan. Jantungku mula berdetap laju. Ada sesuatu yang belum kuketahui.. Apakah semua ini penamat sebuah penantian yang begitu panjang bagiku. Kamil Hakim masih berdiri kaku dimuka pintu, apakah dia sudah lumpuh untuk melangkah. Naziah memandang tepat wajahku dia turut merasa yang sama. Aku gagahi diri untuk melangkah walaupun terasa kepala lututku semakin longgar. Diakah ini tungangan Imah, lelaki yang pernah ku tolak lamarannya ketika Opah beria-ia ingin menyatukan kami. “Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah, apakah ini dugaanMu buatku. Kiranya inilah ujian buatku moga kau kukuhkan hatiku dengan keimanan dan ketabahan.”

“Ini anak sulong Nab, Maira…”emak perkenalkan aku pada Makcik Rohana. Aku menghulurkan tangannku pada makcik Rohana, walaupun makcik Rohana mengenaliku tapi aku melihat wajahnya serba tidak kena. sejuk tanganku ketika tangan kami bersambutan. Aku tahu makcik Rohana tidak menyangka pertemuan ini menjadi rumit.
“Yang itu pula Zie teman baik Maira..” Naziah menghulurkan tangan. Menyalami tangan wanita separuh umur itu.
“Cantik anak sulong Nab..”puji Hajah Rohana sambil mengerling pada Kamil Hakim yang duduk bersila disebelahnya. Kamil Hakim masih menatap wajah Maira. Degup jantungnya bertambah kencang apabila sesekali Maira melarikan pandangannya tika pandangan mereka bertembung..
“Kamil..” seru Naziah. Opah dan emak memandang wajah Naziah..
“Err..sebenarnya kami dah kenal Kamil Hakim opah, makcik..Kamil kawan Maira.” Naziah bersuara. Aku tidak mampu menahan Naziah dari membocorkan perhubungan kami.

“Oh..iya ke.. patut la Kamil tengok Maira macam tengok jembalang aja”jawab opah bersama ketawa kecilnya.
“Kenapa tak bagitahu.. itulah tunang adik sendiri pun tak kenal, rupanya kawan sendiri.” Opah seperti memperliku. Aku hanya menukur lantai. Imah mencuit lenganku seakan ingin bertanya lebih lanjut. Jelas wajahnya sedikit berlainan. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Hatiku hancur saat ini.

Kuntum-kuntum senyum tawar Kamil Hakim tidak lagi mampu mengubah hatiku yang terluka. Apakah kedatangannya untuk memutuskan pertunangan adikku. Tidak..Imah tidak akan menjadi mangsa dalam keterlanjuranku menyintai Kamil Hakim. Aku tidak sekali-kali membiarkan Kamil Hakim mengakhiri pertunangan ini dengan jalan perpisahan. Tidak Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menanggani persoalan ini Ya Allah. Kenapa Kamil Hakim tidak menceritakan perihalnya padaku. Dia tunangan orang malahan tunang adikku sendiri..kejamkah aku cuba merampas kebahagiaan Imah”

Hj Khalid merenung wajah anak lelaki tunggalnya, dia sudah mengagak apa sebenarnya yang bergolak difikiran anaknya itu. Melihat isterinya saling tidak menentu dapat mengesahkan lagi tekaannya. Dia masih mengingati wajah anak sulong Abdul Hamid, sewaktu lewat pertemuan Abdul Hamid mengunjunginya dengan membawa anak sulongnya waktu itu, tapi cuma sebentar pertemuan itu kerana dia mempunyai urusan penting dipejabatnya.

“Asstarfirullahhalazim..ampunkan kami Ya Allah..” Hj Khalid beristifar didalam hati. Dia masih berkira-kira untuk meneruskan hajat kedatangannya itu atau menundanya lagi. Tidak sanggup dia melukakann hati Imah bakal menantunya. Tentu hatinya lebih terluka dari yang lain apabila Kamil Hakim mula berubah hati pada kakaknya sendiri.
“Beginilah mak Biah..semua dah ada Maira pun dah kenal Kamil Hakim rasanya eloklah kami nyatakan hasrat kedatangan kami ke sini.” Hajah Rohana memandang wajahku bersilih ganti dengan Kamil Hakim. Saat ini jantungku bagaikan tidak berdenyut lagi.

“Ya Allah tabahkan lah hatiku menerima apa sahaja ketentuanMu Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa. Janganlah Makcik Rohana membuat keputusan yang bukan-bukan.”
“Kalau boleh kami mahu menetapkan tarik nikahnya Kamil dan Imah mak Biah..” lancar sahaja Hajah Rohana menutur katanya. Naziah tergaman, apakah temannya itu akan kecewa. Hj Khalid bagaikan tidak percaya apa yang terlucut dari mulut isterinya. Tidak seperti apa yang mereka putuskan lewat malam tadi. Kamil Hakim mengangkat wajahnya terkejut mungkin dengan apa yang baru sahaja disampaikan dia melirik pada wajah Maira yang tersenyum tawar. Tidak..tidak mungkin emaknya tersalah cakap.
“Mak…suara Kamil Hakim perlahan dipendengaran Hajah Rohana. Dia tidak menyangka emaknya beralih arah. Kamil Hakim gelisah sendiri.

“Kamil Hakim dah tak sabar mak Biah sebab itu lah kami cadangkan eloklah kita satukan mereka, tempoh pertunangan tak elok dipanjangkan lagi. Pihak perempuan macam mana..” Lancar Hajah Rohana membuat keputusan dia tidak mahu meneruskan niat Kamil Hakim kerana suatu waktu dahulu dia pernah meminang Maira untuk disatukan tetapi gadis itu menolak lamarannya dengan alasan mahu belajar dan berkerja terlebih dahulu. Dia menerima keputusan yang disampaikan oleh Zainab dengan terbuka kerana Makcik Biah mahu juga meneruskan impian Abdul Hamid dan Hj Khalid untuk merapatkan lagi silatulrahim antara mereka dengan menyatukan Imah dan Kamil Hakim. Dia menerima seikhlas hati. Tapi kini kedatangannya untuk memutuskan pertunangan Imah dan meminang Maira gadis yang pernah dilamarnya untuk Kamil Hakim dahulu.

“Mak Biah takde halangan Ana mak Biah yakin Imah juga takde masalah, Cuma..” Opah sudah mengatakan persetujuannya tapi masih ada hal yang nampaknya menjadi halangan.
“Cuma apa mak Biah..” Hajah Rohana saling berpandangan dengan Hj Khalid.
“Cuma mak Biah harap perkahwinan Imah dilangsungkan selepas kakaknya Imah.” Aku terkejut saat opah menyatakan hasratnya didepan keluarga Kamil Hakim. Apakah aku akan tetap berkahwin walaupun aku tidak lagi mempunyai calonnya. Dengan siapa? Aku gengam tangan Naziah yang setia menjadi kekuatan ketika aku sudah tidak berdaya lagi.
Imah tersenyum manis memandang wajahku. Aku membalas senyuamannya bersama genangan airmata. Berakhirnya sebuah kisah cinta hatiku yang tidak mungkin kesampaian.

“Kami takde halangan mak Biah, tapi kalau Maira dah ada calon elok la kita segerakan.” Ucap Hj Khalid menyentak jantungku.
“Berilah kami masa..InsyaAllah tidak ke mana gunung dikejar. Eh! jemput minum makan lah kueh tu Ana, Khalid..Kamil silakan. Air pun dah sejuk tu.” Pelawa emak ramah. Naziah mengengam erat tanganku. Memberi sedikit kekeutan yang bagaikan sudah tidak bertapak lagi dijiwaku. Apa boleh aku terbangwaktu ini sudah tentu aku terbang pergi dari menjadi saksi kehancuran kasih sendiri yang tidak kesampaian. Read More..
Thursday, July 7, 2011

Dia Yang Terpilih 16

Imah menyambut kepulangaku dengan wajah yang sangat ceria. Aku tahu isi hatinya waktu ini. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat si dia. Aku tahu itu namun aku berlagak selamba didepannya. Dia memandangku apabila hanya aku yang melangkah naik. Naziah hanya sempat menghulurkan tangan didepan tangga rumah sahaja tidak sempat juga menunggu kedatangan emak yang lama tidak berjumpa dengannya. Dia juga mahu segera pulang untuk menjenguk ibunya yang telah lama ditinggalkan.
“Lama baliknya Maira.” Soal ibunda tercinta muncul dengan wajah yang menguntum senyum. Sejuk mata melihat wajah emak yang semakin dimamah usia. Aku tahu kepayahan emak membesarkan tiga orang anak gadisnya. Tangan emak ku cium dalam sebagai melepas rindu dan melepaskan rasa sebalku pada Kamil Hakim. Tangan itulah yang sering membelai rambutku tatkala aku sering dimarahi oleh abah tiap kali katanya ku bantah. Dari raut wajah emak aku yakin Imah belum memaklumkan lagi tentang hasrat kepulanganku itu pada emak dan opah. Lega, itu yang dapat urasakan kini
“Kenapa tak ajak Zie naik tadi, lama sungguh mak tak jumpa dia.” Soal emak lagi setelah soalan pertamanya terlupa ku jawab.

“Zie datang esok aja mak, lagipun dia takut balik sorang-sorang lorong ke rumah dia tu kan gelap.” Jawabku sambil tercari-cari kelibat Opah.
“Hai kak… kak Zie tu dah lama jadi orang Bandar sampai nak balik ke rumah sendiri pun takut. Acu yang kecik ni pun berani tau” Usik Acu yang mula menyelongkar beg pakaianku. Ada benda lah yang dicarinya tu.
“Acu! ..ish budak ni apa yang dibuatnya dengan beg kak long tu.” Marah emak melihat perangai pelik adik bongsuku. Jarang dia berperangai begitu kecuali denganku.
“Acu cari barang Acu lah mak..” Jawabnya sambil dengan perangai selambanya menyelongkar isi beg pakaiaanku.
“Barang apa..kak long tak duduk pun lagi ha, beg dia kau dah selongkar sampai ke isi perut.” Marah mak pada adikku yang berperangai buruk. Pantang Nampak yang pelik mak mesti tegur. Emak mendidik kami dengan sempurna sebagai seorang ibu tapi kami maksud aku hanya aku dan Acu yang suka melawan dan degil.
“Ala mak kak long dah cakap dia belikan Acu tudung..ni Acu carilah barang Acu.”
“Tuannya tak bagi pun lagi kau dah macam ni. Ya Allah. Mak tak ajar kau Acu buat perangai macam tu.” Mak mula bertindak. Sebelum dia meneruskan niatnya untuk meleteri Acu lebih baik aku menyelamatkan keadaan.
“Biar lah mak, bukan ada apa pun dalam beg Maira. Lagipun dia tu kalau tahu ada barang untuknya dia selongkar la, kalau takde tak beraninya dia nak selongkar mak.” Belaku pada perbuatan Acu. Adikku sudah melarikan diri sebaik sahaja barang yang dicarinya berada digengaman.
“Kak..terima kasih daun keladi lain kali beli lagi yerk…” aku ketawa dengan pantun dua kerat Acu. Tudung Arriani warna pink telah berada didalam pelukannya. Riang sungguh Acu mendapat tudung yang dimintanya aku belikan tempoh hari.
“Ajarlah adik kau buat macam tu Maira, nanti melekat sampai ke besar.” Marah emak berjangkit pula padaku.

“Opah mana mak, Maira tak nampak pun.” Aku mula bertanyakan tentang opah, sedari tadi aku menapak di dalam rumah kelibat opah belum kelihatan lagi. Imah datang bersama seteko tea o kegemaranku. Dengan lenggang lenggok berjalannya sesiapa memandang pun boleh jatuh hati. Bukan aku tidak tahu sudah ramai yang masuk meminangnya sebelum dia bersetuju dengan pilihan opah tapi sudah jodoh dia dengan bakal cucu saudara opah nak buat macam mana kan. Bertuah la kau lelaki dapat adik aku yang lemah gemalai ni, nak dibandingkan dengan aku ni, lemah tu ada gemalai itu yang takdenya.
“Opah ke mana lagi kalau tak ke masjid..” terang emak sambil tangannya lincah menyulam baju kurung. Ku kira pasti ada yang menempah sulamannya. Cantik hasil kerja tangan mak.
“Masjid… sorang-sorang…kenapa Imah tak ikut, kan selalunya Imah temankan opah..”
“Imah bendera merah la kak…” jawab Imah tersipu malu. Alahai dik dengan akak pun kau malu apatah lagi dengan orang yang belum kau kenali. Bagaimana ya nantinya Imah bila berhadapan dengan bakal suaminya. Apakah dia akan mengira pasir ditanah sehingga habis baru berani dipandangnya wajah lelaki itu. Mahu ketawa juga aku dengan adikku yang seorang ini, tapi ku akui dia anak abahdan emak yang paling sempurna.
“Opah pergi dengan Hj Din dan kak Min kau tu.”
“Kak Min ada balik mak.” Soalku sedikit teruja apabila mendengar nama kak Min teman sepermainan juga ku kira walaupun dia tidak suka bermain. Cita-citanya hendak menjadi guru tercapai kini. Sedari kecil dia suka ajak kami main cikgu-cikgu. Kami anak murid dan dia cikgunya.

“Dah semingu ada kat kampong. Katanya dah boleh tukar kat sini. Ada baik juga mengajar kat kampung nanti boleh la tengok-tengokkan ayahnya tu, takdelah Hj Din tu sunyi sangat.”
“Iya.Alhamdulillah ada jugak anaknya yang temankan Pakdin tu kan mak..itulah mak Miara suruh mak masuk meminang Pakdin tak nak. Jual mahal. Usikku bersahaja. Emak menjeling keras ke arahku akhirnya aku dan Imah terburai ketawa melihat wajah emak begitu.
“Mengarut aja kamu ni. Baik budak Min tu, lagipun dah lama dia minta tukar ke sini baru sekarang dia dapat. Zaman sekarang kalau tak pakai kabel besar susah yang amat makan masa bertahun-tahun nak dapat.” Wah! Pandai juga emak bercerita yea. Aku hanya mampu ketawa dalam hati melihat cara emak meluahkan perasaannya.
“Bagus la macam tu mak. tak la sunyi sangat Pakdin tu. Mak anak lelaki Pakdin si Pian tu ke mana mak, dah lama tak nampak.” Soalku apabila teringatkan teman sepermainanku dahulu. Sudah lama aku tidak nampaknya walaupun rumah kami jaraknya hanya 50 meter tapi terasa bagaikan 500km.

“Haa..kak Maira merisik anak teruna Pakdin erk..haaaa..ada apa-apa ke, abang Pian tu hensem tau kak, untung la siapa dapat lelaki hensem macam tu.” Tiba-tiba Acu meyampuk. Aku menjengilkan biji mataku padanya. Hiss budak ni kalau nak menyakat tu tak tengok orang. Alahai dik kalau kau tahu hati kakak mu ini telah terisi pasti kau takkan mengusik begitu.
“Apalah Acu ni akak cuma tanya aja, pelik sangat ke soalan akak tu sampai Acu boleh syak macam tu pulak. Dah pandai Acu sekarang ni yea. Kalau tak pass periksa akak kahwinkan dengan abang Pian tu baru padan muka.” Sengaja kuseriuskan kata-kataku, Acu terpisat-pisat. Imah ketawa kecil, itulah yang mampu dilakukan bila kami mula riuh.
“Eleh malu la nak ngaku tu. Abang Pian tu sesuai dengan kak Maira aja…masih mampu dia mengusikku lagi.
“Hiss..budak ni suka masuk campur hal orang-orang tua, kerja sekolah dah siap ke belum..” soal emak. Acu tersengih-sengih bersahaja dengan perlahan dia melangkah meninggalkan kami bertiga.
“Mak Maira minta diri dululah mata dah ngantuk ni, mandi pun belum ni ha. Aku memohon diri apabila usikan Acu tentang Pian mengundang rasa kecewaku pada Kamil Hakim. Dia eterus menyepikan diri tanpa membuat sebarang pabggilan untukku.
“Kamu dah makan, kalau belum nanti mak panaskan lauk.”
“Dah mak..Maira dah makan dengan Zie tadi.”
Mak cuma mengangguk, mengiring langkahku dengan ekor matanya..

Belumpun sempat aku berbaring Imah muncul. Melihat akan aku mahu membaringkan tubuh dia serba salah.
“Maaf kak long, tentu kak long penatkan..tidur lah.” Aku tersenyum melihat budi Imah, sejuk mataku melihat kesopanannya sunguh bertuah siapa yang memiliki dia.
“Takde lah Imah, kak long baring aja mata tak mengantuk lagi.” Bohongku walapun mataku memang sudah layu. Tidak sanggup aku menghampakan adik tersayang demi melihat wajah bahagianya.
“Imah tak ganggu akak ke..”soalnya ragu-ragu. Aku hanya mengganguk. Imah melangkah menghampiri katilku. Dia duduk dihadapanku. Aku mula menpuk bantal dan menegakkan lalu disandarkan ke kepala katil mencari sedikit keselesaan. Aku pandang wajah Imah yang sedikit mendung tidak seperti pertama kami menyambut kepulanganku tadi.
“Kenapa ni Imah.” Aku melihat keresahan pada wajahnya. Resah yang sengaja disembunyikan dibalik wajah lembutnya.
Imah bagaikan takut-takut untuk meluahkan rahsia hatinya.
“Hmm..kalau Imah ada benda nak cakap baik Imah cakap, jangan pendam kan dalam hati nanti hilang serinya.” Imah ketawa lembut mendengar usikanku, cuba menutupi keresahannya barangkali.

“Ada-ada je kak long ni..hmmm..kak long, boleh Imah tanya sikit.” Tuturnya satu persatu. Aku sabar menanti soalannya. Jantungku mula berdegup. Alahai hati sabarlah.
“Imah nak tanya apa tanya ajalah..” aku dapat mengagak apa soalan yang hendak ditanyanya.
“Hmm…mana teman lelaki kak long yang kak long cakapkan tu, Imah tak nampak pun..”
Jantungku berdegup pantas. Imah serba salah jadinya. Aku membetulkan duduk. Mencari sedikit kekuatan untuk bercerita hal yang sebenarnya.
“Imah dah bagitahu mak ngan opah belum pasal ni..”
“Kan kak long pesan jangan bagitahu mak dan opah lagi, kak long dah lupa.”
“Tak..kak long tak lupa nasib baik Imah belum bagitahu lagi”
“Kenapa kak..” Ada kerutan diwajah Imah yang putih bersih itu.
“Hmm.dia tak jadi nak datang dik, tak boleh nak tinggalkan kerjanya tu.” Bohongku. Aku tidak ada cara lain lagi untuk menjawab soalan Imah, moga-moga Imah tidak bertanya lebih dari itu. Apa perlu ku jawab padanya selain mencipta alasan begitu.
“Pelik..”kata Imah sepatah walaupun perlahan namun dapat kudengarinya dengan jelas.
“Apa Imah..”

“Takde apa-apa lah kak. Takpe lah kak mungkin dia banyak urusan tu.” pujuk Imah pula.
“Kak…ehmm…” Imah berhenti kata. Aku masih menunggu dengan penuh sabar. Memang itu perangai Imah pemalunya hanya aku yang tahu jika berkaitan soal hati dan perasaannya.
“Yea Imah..ini tentu pasal tunang Imah kan..kenapa dengan dia..” Imah tersenyum simpul. Manis sungguh wajahnya dihiasi tahi lalat dipipi.
Imah mengangguk kecil. Kesopanan dan malunya terserlah.
“Keluarganya nak datang…”
“Iya..patut la muka Imah nampak berseri-seri bagai bulan purnama rupanya buah hati nak datang.” Usikku bersungguh-sungguh. Aku mahu merawat rasa kecewaku yang semakin tertimbus dengan berita Imah.
“Bila mereka nak datang. Eee..tak sabar akak nak tengok bakal suami Imah tu, tentu hensem kan..” Imah semakin malu diusik begitu. Memang begitu fitrah seorang wanita bila berkaitan hati pasti malu itu datang sendiri.
“Baik Imah pergi tidur dulu besok tentu nak bangun awal kan, jangan sampai tak boleh tidur sudah.” Dia yang tak boleh tidur atau aku yang akan terkebil-kebil mala mini. Imah pasti diulit mimpi indah aku didatangi mimpi gundah.
“Tapi kak..”

“Apa lagi dik.” Tentu ada hal yang merunsingkan Imah aku dapat melihatnya dari airmukanya. Ada keruhan disitu.
“Bagaimana kalau keluarga mereka datang untuk percepatkan tarikhnya kak..”
“Kalau macam tu baguslah kita cepatkanlah. Imah ini bukan cepat tapi dah lambat sangat ni. Tiga tahun Imah tunggu Imah kata cepat lagi. Apalah adik ni.” Imah ketawa kecil.
“Kak long pulak macam mana. Opah tentu takkan benarkan Imah kahwin dulu pada kak long.”
“Imah jangan bimbang pasal itu ok..tahulah kak long macam mana nak buat. Yang peting Imah kena tidur awal. Esok mereka sekeluarga nak datang kan…” Imah mengangguk malu. Dia beredar setelah aku menolak badannya.


Hj Khalid sedari tadi diam membisu sambil membelek buku agama ditangannya. Resah pula Hajah Rohana melihat suaminya begitu. Kamil Hakim pula sejak diberitahu tentang isi hatinya langsung tidak keluar bilik sudahnya hanya Hajah Rohana yang terpaksa memujuk suaminya.
“Macam mana ni bang..apa kita nak buat, Kamil macam dah nekad tu bang..” Hajah Rohana cuba meleraikan kekusutan fikirannya memikirkan kesudahan hubungan anaknya itu. Dia merapati suaminya Hj Khalid.
“Saya malu Ana…mana saya nak letak muka ni. Awakkan tahu amanat tu.”
“Iya bang Ana tahu tapi Kamil tu dah bulatkan hati, kita nak buat macam mana lagi. Takkan kita nak memaksa dia bang. Ana tak nak anak kita salahkan kita pula bila mereka tak bahagia.” Hajah Rohana menghela nafas panjang. Dia terseret sama dalam kancah cinta tiga segi anak terunanya itu.
“Abang percaya Ana, budak tu boleh bahagiakan anak kita. Cuma si Kamil tu dah dibutakan mata dipekakkan telinga tak nak dengar nasihat kita.” Buku ditangan Hj Khalid hanya mampu dibeleknya tanpa sedikit pun dibaca. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pembacaannya apabila isterinya mula membincangkan soal Kamil Hakim. Buku ditangannya ditutup lalu melangkah dan menyimpannya di rak bukunya.
“Memang betul kata abang tu tapi ini kan rumah tangga yang nak dibina anak kita bang, dia tentu ada hak untuk masa depan dia bang.”

“Habis awak macam mana. Setuju dengan keputusan anak kita tu.” Soal Hj Khalid membuatkan Hajah Rohana terkedu.
“Saya serba salah bang tapi saya dah jumpa budak yang Kamil hendakkan sangat tu..”
“Awak dah jumpa..kat mana, Kamil ada bawak datang sini.”
“Tak bang..kebetulan saya terserempak dia dekat shopping komplek temankan mak Usu dia hari tu. Budak tu kalau dari zahirnya saya tengok takde cacat celanya bang. Sejuk mata memandang, lemah lembut tak jauh beza pun.”
“Awak pun dah terkena penyakit angau si Kamil tu agaknya..”
“Ish awak ni, ke situ pulak, itu pandangan saya lah bang, dari segi sopan santunnya tak kalah dengan budak tu.”
“Hmm..entah la Ana, abang pun tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Pening memikirkan anak teruna awak yang sorang tu.” Read More..
Monday, June 27, 2011

Dia Yang Terpilih 15

Kamil Hakim mundar mandir disudut biliknya. Jiwanya resah tidak menentu, sejak pertemuan itu kepalanya dihujani dengan pelbagai soalan. Apa yang harus dikhabarkan kepada orang tuanya, terlanjur dia menyintai teman sekampusnya dahuu sedangkan dia sudah bertunang dan bila-bila masa sahaja akan menjadi pemimpin pada seorang wanita yang belum cukup dia mengenalinya lagi. Kesejukan penghawa dingin langsung tidak dapat menyejukkan hatinya yang panasaran. Sejak pertemuan itu emaknya langsung tidak membuka mulut bertanyakan padanya, dia tahu emaknya memberi peluang padanya untuk menyatakan isi hati. Emaknya cukup memahani dirinya tapi bagaimana dengan ayah. Ketegasa ayah dapatkan dipatahkan hanya dengan kata-kata. Inilah yang semakin memberatkan akal fikirannya.

Dia rasa bersalah memberi harapan pada Maira sedangkan dia masih belum bersedia untuk menceritakan hubungan mereka pada kedua orang tuanya. Hatinya semakin gelisah tidak menentu. Esok.. ya esok adalah hari yang dirancang mereka, apakah dia akan menarik kembali keputusan yang telah diputuskan sanggupkah dia mengecewakan hati Maira dengan keputusan bodohnya itu. Melamar dikala dirinya hampir menjadi hak orang lain.Ketukan pintu biliknya mematikan anganannya. Pintu ditolak dari luar.
“Mil..mari makan..ayah dah tunggu kat bawah.” Puan Rohana tidak jemu-jemu memanjakan anak tunggalnya. Masih melayannya seperti anak kecil, menjemput makan dikala dia tidak turun-turun ke bawah. Hajah Rohana menapak beberapa langkah menghampiri anaknya memandang wajah mendung anaknya walaupun terukir senyuman. Gerak hati si anak dapat dibacanya pada seraut wajah yang sering menjadi tatapannya. Dia tahu apa yang sedang membelengu jiwa si anak, masakan naluri seorang ibu salah apabila melihat anaknya seperti ayam berak kapur. Terkebil-kebil mencari arah.

“Mil dah buat solat istikharah…” Soal Hajah Rohana mengejutkan Kamil Hakim. Dia berdebar memandang seraut wajah yang dicintainya. Bagaimana emaknya tahu isi hatinya dilanda ribut..ribut perasaan yang datang bertimpa-timpa
“Mak…” Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Bimbang apa yang bakal diluahkan akan mengcewakan hati si ibu.
“Mil mak tahu apa yang ada dihati Mil, mak cuma mahu ingatkan Mil buat keputusan tu biarlah dari jiwa yang bersih hati yang ikhlas panjatkan doa minta ditunjukkan yang terbaik buat Mil. Jangan lupa yang di Atas kala suka atau pun duka, Dia tetap bersama kita Mil. Apa keputusan Mil, yang akan membahagiakan Mil mak akan sokong. Mak mahu lihat anak mak bahagia sebelum mak tutup mata. Takde yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan ingin melihat anaknya bahagia.” Tulusnya jawapan emak memabuatkan Kamil Hakim terkesima. Apakah nanti keputusan yang dibuatnya akan mengecewakan ayah dan ibunya. Tergambar harapan pada wajah-wajah tua yang telah membesarkannya. Sanggupkah dia mengewakan sekeping hati yang megharap demi melunaskan rasa cinta yang tersimpan dihatinya. Cinta yang baru berputik akan mekarkah buat selama lamanya ataupun layu dihujung kata.
“Mak maafkan Mil mak..bantulah Mil mak..”

“Mak melihat kesempurnaan seorang wanita diwajah Maira tapi mak juga nampak ketulusan kasih terpancar jelas di wajah dia.” Hajah Rohana bermadah kata menambahkan lagi rasa beban yang terpikul dipundaknya.
“Mil pada Maira ada cinta tapi dia ada amanat yang tergalas dibahu mu nak. Mak tahu berat untuk Mil pikul andai mak ada seorang lagi anak lelaki akan mak jodohkan buat Maira.” Luruh rasa hatinya mendengar luahan emak. Tulus wanita itu mengingatkan dirinya. Dia kini tunangannya orang. Si dia yang telah lama mengharap yang setia menanti kepulangannya untuk menyambung amanat dan wasiat yang telah diakur janji oleh orang tua mereka. Kamil Hakim tersepit diantara dua mengapa dia menjadi mangsa diatas wasiat mereka.

“Mak..Mil belum pernah merasa begini menyintai seorang perempuan, tidak juga dengan dia mak tapi dengan Maira Mil rasa hati dan jiwa Mil terisi dengan kehadirannya mak. Mil tak tahu…kenapa Mil jadi selemah ini setelah mengenali Maira mak.” Mahu sahaja dia menangis diribaan emaknya pun begitu akal warasnya menegah, baru sedikit hatinya diuji dia telah kalah, betulkah dia selemah itu.
“Sabar Mil..banyakkan doa.” Pujuk Hajah Rohana. Membangkang tidak menyuruh pun tidak, biarlah keputusan itu dibuat anaknya sendiri.
“Mak esok Maira ajak Mil jumpa orang tuanya dikampung Mil dah setuju nak ikut.”
Ada riak terkejut pada wajah tua itu. Kamil Hakim tahu emaknya tidak senang dengan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu tanpa pengetahuan orang tuanya. Dia tidak mahu kehilangan Maira, tiadak mahu terus menerus mendera perasaan yang disana dengan penantian yang panjang.
“Bila Mil..”
“Esok petang mak. Mil akan bertolak ke kampong Maira.” Ada keluhan disitu.
“Seeloknya Mil bincang dengan ayah dulu. Tak baik Mil bagi harapan pada orang. Mil masih tunangan orang tak baik Mil” Saran Hajah Rohana. Dia tidak mahu anaknya membuat keputusan yang boleh merumitkan keadaan.

“Mak mil sayangkan Maira mak. Mil betul-betul mahu hidup dengannya. Mil tak harapakan siapa-siapa lagi selain Maira. Teguhnya cinta Kamil Hakim pada Maira tapi sanggupkah dia meranapkan impian mereka-meraka. Dia tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi nanti bila diusulkan pada ayahnya.
“Mak faham Mil tapi Mil juga kena faham, situasi Mil berbeza sekarang ini. Mil bukan bujang kosong tapi Mil bujang tunangan orang.” Apa istilah yang emak guna Kamil Hakim tidak peduli. Apa yang dia tahu saat ini dia begitu menginginkan Maira menjadi sebahagian dari hidupnya. Dia ingin melayar bahtera mereka dilautan yang tiada berpenghujung.

Merah benar wajah Hj Khalid tatkala dikhabarkan tentang hasrat Kamil Hakim.
“Huh esok nak pergi hari ni baru diberitahu, kenapa tak dibertahu selepas kamu pergi aja.” Ketegangan jelas terpamer pada wajah Hj Khalid. Nampak kecil masalah ini tapi menjadi besar bila diketahui oleh Hj Khalid.
“Siapa perempuan yang boleh buat kau angau ni Kamil, siapa dui yang sanggup kau musnahkan wasiat kami.” Kecut perut mendengar ayahnya mempersoalkan Maira, bikan dia tidka kenal dengan sifat ayah, ketegasannya membuatkan dirinya tercekik. Dia memandang wajah emak mengharap simpati seorang ibu. Hajah Rohana hanya menunduk, dia memberi peluang sehingga suaminya menyudahkan apa yang patut diluahkan.

“Ayah..perasaan Mil pada dia memang tak terbanding kasih Mil pada ayah dan mak, rasa cinta Mil pada Maira tumbuh tanpa kami sendiri sedar ayah.”
“Cinta konon. Kenapa kau tak wujudkan rasa cinta kau tu pada tunang kau sendiri. Bukan kah dia yang telah kami jodohkan buat kau.”
“Ayah Mil tak bermaksud nak putuskan ikatan tu..”
“Habis kalau bukan itu maksudnya, perginya kau ke kampong dia untuk apa. Bukan untuk menyambung dan merapatkan lagi silatulrahim dan memutuskan ikatan yang dah ada.” Aduh ayah sukar mengerti perasaan Kamil Hakim saat itu. Didada ayah berombak laju, darah membuak buak didadanya. Tidak pernah dia melihat dada ayahnya berombak begitu.
“Abang..Ana tahu Ana tak layak nak masuk campur dalam urusan ni, tapi sebagai emak, Ana mahu lihat bahagia kamil bang.” Tutur Hajah Rohana lembut memujuk hati suaminya.

“Apa dengan perkahwinan yang diaturkan kita tak menjamin bahagia dia. Mana dia nak dapat anak gadis sesopan budak tu, mana dia nak dapat gadis yang kaya dengan budi bahasa seperti dia. Di mana Ana. Kita dah pilih yang terbaik buatnya, apa lagi yang dicari. Abang malu kalau ikatan itu diputuskan sudah la dulu anak sulungnya menolak untuk disatukan, anak kedua menerima dengan ikhlas hati anak kita pula yang buat hal. Abang malu Ana, mana nak letak muka nanti. Kita dah ikat dia tiga tahun Ana..tiga tahun bukan jangka waktu yang pendek tapi sedikitpun budak tu tak bersungut. Mana lagi Kamil nak cari perempuan sebaik itu.” Berkenan benar Hj Khalid pada bakal menantunya. Memang benar siapa yang memandang pasti sejuk matanya.

Hajah Rohana menukur lantai apa yang dikatakan suaminya memang benar. Jika anak itu tidak jadi menantunya sekalipun telah diniatkan untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Tapi dia mengharapan lebih dari itu. Menantu yang akan menemaninya sehingga ke hari tua. Kamil Hakim diam tidak berkutik. Dia yang menjolok sarang tebuan dan sekarang dia juga yang menerima natijahnya. Ada keluhan yang tersimpang direkungnya.
“Fikirlah Kamil. Ayah dan mak sudah tentukan yang terbaik buat kau. Pilihan ditangan kau kalau kau rasa mengecewakan kami akan membuatkan kau bertambah bahagia ayah tidak menghalang.” Hj Khalid beredar dari situ dengan harapan yang semakin menipis. Dia mahu Kamil Hakim memikirkan semasak-masaknya perbuatan dan keputusan yang diambil. Apa yang diharapkan anak itu tidak mengecewakannya.
Hajah Rohana menepuk lembut belakang tubuh Kamil Hakim, meniup sedikit semangat buat sang anak. Dia tahu anaknya dalam dilema. Siapapun yang menjadi menantunya dia akan menerima asalkan anaknya itu berbahagia.


Aku menjeling jam dipergelangan tangan. Sudah mahu masuk waktu asar, kelibat dan bayangan Kamil Hakim masih juga belum muncul. Apakah dia telah melupakan janji-janjinya. Beg pakaian yang telah diisi dengan beberap helai baju kurung ku letakan disebelah pintu. Naziah mempamerkan wajah kelatnya. Aku tahu dia bosan menunggu.
“Maira betul ke kamil janji dengan kau ni datang ambil kita.” Entah soalan untuk yang ke berapa kali aku ditanya. Betullah kata orang penantian itu satu penyiksaan. Kamil Hakim tanpa sengaja telah menyiksa kami. Aku keresahan pun begitu masih mampu mengukir senyum buat si teman yang masih memuncung.
“Betullah apa tak betulnya.”
“Habistu dah pukul berapa ni, batang hidung dia pun tak nampak.”
“Kita tunggulah kejap lagi, tentu dia ada hal la tu.” aku cuba pertahankan Kamil Hakim walaupun sebetulnya aku cuba mengiakan kata-kata Naziah.

Naziah mendengus. Keresahannya tidak sama dengan keresahan yang ku alami. Hatiku rasa tidak enak bila memikirkan kelewatan Kamil Hakim seperti yang dijanjikan lewat hari lalu. Ianya terjadi tidak seperti yang kami janjikan.
Beberapa kali aku melihat handphone yang masih tidak berbunyi hatta pesanan ringkas sekalipun belum menjamah. Naziah sudah terlelap diatas sofa. Aku kejutkan Naziah setelah aku membuat keputusan.
“Zie..Zie bangun..Zie..” Naziah terpisat-pisat menenyeh biji matanya supaya terbuka.
“Kamil dah sampai..” cepat sahaj dia bangun. Aku cuma diamkan diri.
“Mana dia..dah pukul berapa ni.” Soalan Naziah ku jawan sambil menatap permukaan dinding yang tergantung jam bulat.
“Dah pukul 6”
“Hah! pukul 6, mana Kamil..tak jemput dia masuk dulu.” Aku geleng kepala
“Jom lah apa lagi kau tu..” Naziah mengheret beg pakaiannya hingga ke muka pintu.
“Kamil tak datang.” Langkahnya termati di situ. Terkejutnya bukan kepalang.
“Hah..kau biar betul Maira, habis yang kau kejut aku tadi tu kenapa..”
“Aku nak ajak kau balik kampong lah ni. Kita balik dengan kereta kau.” Jelasku mengharap dia mengerti ketika ini hatiku sudah separuh pergi.
“Habis Kamil macam mana.” Aku cuma mampu jungkitkan bahu tidak tahu hendak berkata apa melainkan diam seribu bahasa.

“Ishh!..si Kamil ni pun satu kalau tak jadi cakap la awal-awal menyusahkan orang ajalah.”
“Aku minta maaf Zie.” Pohonku setelah melihat kemarah jelas terpancar pada wajah Naziah. Sungguh tidak ku sangka begini pula jadinya.
“Kenapa pulak, bukan kau yang salahkan tapi dia, dia yang seharusnya minta maaf. Kau dah telefon dia.”
Aku mengangguk perlahan. Aku melarikan pandaganku pada wajah Naziah. Tidak sanggup aku bertentang mata dengannya ketika ini.
“Dah tu..Dapat!”
“Dia off kan telefon dia Zie.”
“Eee..teruk betullah Kamil tu.” Naziah mengeleng kepalanya. Dadaku mula terasa sebaknya, beginikah jadinya perancangan kami. Sedih..ya sedih waktu dan ketika ini aku terasa kesedihannya, dimana perginya janji-janji Kamil Hakim. Jika dia tidak dapat tunaikan sekalipun bukankah lebih baik kalau aku dimaklumi juga.
“Kau tak apa-apa Maira.” Naziah memeluk bahuku tanda memberi semangat ketika hatiku mula dilanda kecewa.
“Tak..tak..jom lah gerak dah lewat ni, nanti dah sampai kampong hari dah gelap.” Naziah hanya mengikut. Dia tidak banyak cakap. Nasib baik la dia memahami aku ketika ini. Jika disoalnya banyak kali sudah tentu empangan mataku pecah berderai. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati