Sunday, November 8, 2009

Hati Ini Milikmu 20

”Penatnya...”keluh Emy sendirian. Mona belum lagi kelihatan walaupun jam menunjukkan ke angka dua. Emy melurutkan kakinya yang terasa lenguh akibat memanjat tangga setinggi lima tingkat untuk sembahyang Zohor tadi. Dia tiada pilihan lain, bukannya dia tahu sangat menggunakan kemudahan seperti lift yang selalu digunakan mereka, tadi masa berjumpa Suriati pun Emy hanya menumpang makcik cleaner yang kebetulan hendak memasuki lift. Kecut juga perutnya apabila lift bergerak naik, terasa tapak kakinya tidak berpijak ke lantai, nasib baik dia tidak tumbang walaupun badannya sudah senget. Makcik sopia hampir ketawa melihatnya tadi Emy hanya ketawa kecil menutupi kecacatannya. Akhirnya dia berterus terang pada Makcik Sopia dia tidak pernah naik lift dan itu adalah kali pertama. Makcik Sopia memahami, dia juga pernah mengalami apa yang dialami Emy ketika ini.

”Lama-lama nanti biasalah tu, dah biasa nanti asyik nak naik turun lift aja..” usik Makcik Sopia samaada mengusik atau menyindir yang penting Emy tidak mahu berprasangka. Dan yang paling kelakarnya makcik Sopia itulah yang tolong temankannya hingga ke muka pintu pejabat abang Faiz. Hari pertama kerja Emy terasa dirinya telah menyusahkan orang lain. Dan dengan rasa itulah dia berusaha gigih untuk memanjat tangga dengan jayanya sampai ke surau.
Mona rakan sekerja barunya, langsung tidak tahu yang dia ke surau menggunakan tangga. Kalaulah Mona tahu dia menggunakan tangga untuk ke tingkat lima entah apa yang akan dia katakan nanti. Nasib baiklah surau bukan tingkat 10 kalau tidak mahu dia pengsan kat situ juga. Berpeluh juga ketiaknya untuk sampai ke tingkat lima. Emy ketawa sendirian mengenangkan dirinya.
”Hai.. macam mana lah aku boleh tersangkut kat pejabat yang banyak tingkat ni, naik tangga turun tangga tadi pun lenguhnya bukan main lagi.” Emy menelan liur, tekaknya terasa perit dan haus, rasa seperti mahu berbuka puasa sahaja tapi bila difikir-fikirkannya terasa sayang pula dah setengah hari. Emy cuba bersabar ini adalah cobaan hari pertamanya kerja disini.
Dari jauh kelihatan Mona bersama kawan-kawannya berjalan terkedek-kedek sambil ketawa, suara keriuhan mereka jelas kedengaran walaupun jarak di atara mereka boleh dikatakan agak jauh juga. Sebaik sahaja mereka memasuki perkarangan lobi beberapa mata memandang ke arah sekumpulan gadis itu. Pun begitu mereka masih dengan sikap selamba. Ada juga yang malu-malu kucing tapi kebanyakan kawan Mona seakan sudah kebal dengan pandangan mata orang sekeliling.

”Hai Emy awalnya kau tercegat kat sini..” sapa Mona sebaik sahaja mereka terpisah. Walaupun mulutnya bertanya tetapi matanya tetap memandang ke arah rakan-rakannya. Mona melambai tangan kepada kawan-kawannya yang berjalan meninggalkanya disitu. Emy turut memandang dan meghulurkan senyuman buat mereka.
”Emy baru juga sampai...” Balas Emy apabila Mona mula mengambil tempatnya.
”Samad dah sampai Emy?..”
“Samad? Yang mana satu yea.?” Soal Emy jujur. Sepanjang hari ini dia tidak bertegur sapa lagi dengan mana-mana lelaki yang melalui kaunter depan. Hanya berbalas senyuman sahaja.
”Tak datang lagi lah tu. Lambat pula dia hari ni..” Mona mula mengeluarkan alat mekup lalu disapunya pipi gebu yang sememangnya dah cantik. ”Samad tu budak penghantar surat. Selalunya dia datang awal, tak pun pukul dua dah tercegat kat sini. Datang awal bukannya apa suka melayan si Meggie tu tapi sejak Meggie berhenti dia ni tak banyak cakap. Entah-entah dia jatuh hati pada amoi putih tu dah tu kecawa bila dia tahu Meggie dah nak kahwin. Mona membuat telahannya sendiri. Emy hanya mengerutkan dahi dengan penerangan panjang lebar dari Mona. Dia hanya tanya siapa Samad tidak sangka pula Mona akan memberitahu kepadanya sebegitu detail.
”Kenapa kau tenung aku macam tu, ada yang tak kena ke?..mona menyoal setelah melihat emy terus memadangya. Tanganya diraba dikedua-dua belah pipinya. Mona mengangkat keningnya sebagai isyarat pertanyaan.
”Eh! takde lah. Tak kan lah En. Samad tu jatuh hati pada Meggie. Mana Mona tahu?..”
Mona ketawa besar apabila Emy memanggil pangkal nama Samad dengan gelaran encik
”Kenapa gelakkan Emy pulak, salah ke apa yang Emy cakap..”
“Salah tu tak salah Emy tapi kau tu, buat lawak tengah hari pulak. Mana ada orang panggil mat despatch dengan panggilan Encik. Kau ni dah buang tebiat ke..”
Emy menyedari kesilapannya. Dia turut tersengih dengan kesalahnnya.
”Eh! Emy kau pakai tudung fesyen apa ni...”soal Mona lalu memegang hujung tudungnya. Emy mengerutkan wajahnya, ”fesyen apa pula macam orang lain pakai lah, takkan Mona nak kata Emy ni tak up to date pula...”
”Kau ni dah terlebih up to date ni Emy...” pintas Mona.
Emy masih belum faham dengan kata-kata Mona, apa pula yang terlebih up to date, padanya dia sama aja seperti staff lain yang bertudung. Tudung ni pun tidak kurang mahal harganya, lagipun ini pemberian kak Nadia, takkanlah dia belikan yang dekat pasar malam tu. Hati Emy berkira-kira.
”Kau ni kan Emy nak kata lembab.. kerja kau tadi semuanya cepat dan tepat, tapi benda macam ni pun kau tak boleh nak tangkap, kau perasan tak tudung kau tu dah pakai terbalik. Kau pakai yang ada batu bersinar kat dalam yang ada jahitan pula kau pakai kat depan. Isk kau ni baru bangun tidur ke..” Boleh tahan juga mulut si Mona ni.
Emy memandang tudungnya, memang sah dia pakai terbalik..kenapa boleh jadi macam ni. Mungkin kepenatan sangat dia naik ke tingkat lima tu agaknya sehinggakan dia langsung tak perasan tudung yang dipakainya terbalik.
”Dah! kau pergi tukar.” Arah Mona apabila melihat Emy masih tidak berganjak.
”Tandas kat mana?” Soal Emy perlahan, wajahnya disengihkan.
“Kat tingkat satu..” balas Mona.
”Tingkat satu..panjat lagi..”katanya perahan
”Ala apa susah kan naik lift tekan aja butang naik pastu nombor berapa kau nak nanti dia jalan lah. Tak susah pun kalau kau malas nak tunggu lift terbuka kau naik aja tangga tu ha..”
Emy mengeluh kecil, dia sudah keletihan utuk mendaki tangga. Kepala lututnya masih bergetar. Jika dia tahu dia bekerja di bangunan tinggi begini sudah tentu di kampung dia akan selalu berjogging untuk kuatkan stamina untuk panjat tanga.
”Eh apa tercegat kat situ lagi...pergilah.”
”Ermm..kalau Emy salin kat sini aja boleh tak.” Emy berkata peralahan dengan harapan Mona mendengarnya.
”Kau nak salin kat sini..” Emy mengangguk laju.
”A’aa..kat bawah meja ni. Lagipun orang dah berkurangan ni. Boleh ye Mona...” Pujuk Emy.
”Okey juga tu, kau kan puasa hari ni. Nanti haus pula banyak sangat berjalan. Okey lah..”
Emy terus tersenyum, tanpa banyak bercakap dia terus duduk mencangkung lalu membuka tudungnya pelahan-lahan membetulkan tudungnya kembali. Mona menghulurkan cermin makeupnya kepada Emy untuk memudahkannya memakai tudung. Walaupun cerminya kecil tapi bolehlah sekadar untuk melihat kekemasannya sahaja.

Ayie melangkah masuk setelah usai menjamu selera di cafe, matanya terus memandang ke arah kauter walaupun mulutnya masih rancak berbual. Mona yang memandang tepat ke arahnya lalu menghadiahkan senyuman. Ayie mencari kelibat gadis yang dilihatnya sebelum dia ke cafe tadi, namun hampa. Ayie membalas senyuman Mona dengan mengangkat saparuh tanganya sebagai isyarat dia membalas seyuman Mona. Ayie ingin sahaja melangkah untuk bertanya siapakah gadis yang dinampaknya tengah hari tadi, namun di matikan sahaja niatnya. Takut dikatakan angau tidak bertempat. Emy bangun ketika dia sudah siap membaiki tudungnya, dia melihat Mona memandang ke arah sekumpulan lelaki dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Emy turut melihat ke arah yang sama.
”Oooo..buah hati kat sana, yang mana satu..?” Pertanyaan Emy membuatkan Mona terus berpaling ke arahnya.
”Engkau ni buat terperanjat aku aja...”
”Dah tu..berangan jauh sangat awak tu..”
”Tengok siapa sampai kita berdiri kat sebelah ni tak sedar langsung....”
”Tengok siapa... tengok bos kita lah..”
”Bos kita, Encik Faiz tu..”
”A’aa ialah, siapal lagi kalau bukan jejaka hensem satu malaya tu..”
”Kenapa?..”
”Takdelah, aku cuma hairan aja sejak dari hari tu lagi..dia tu semacam aja lah..”
”Semacam..macam mana pula tu.”
”Yea lah selama ni dia tu serius orangnya, tapi entah la terkena sawan apa pulak pagi tadi tanya aku pasal budak Meggie yang dah berhenti kerja tu. Biasannya dia tu bukan pelupa. Perkara yang dah sebulan berlaku pun dia boleh ingat, takkan hal yang baru dua hari lepas dia dah lupa. Pagi tadi boleh dia tanya aku pasal kemana hilangnya Meggie. Eh bukan dia ke yang suruh kau gantikan Meggie. Naik hairan aku..”
”Ooo..” jawab Emy sebagai balasan yang dia faham apa yang diperkatakan Mona.
”Dah la pandang kaunter ni macam la si Meggie tu masih ada kat sini. Angau ke apa bos kita tu erk, dah bertunang tapi masih gatal lagi...”
Emy sedikit terperanjat dengan telahan Mona,lancang betul mulutnya. Mana mungkin bakal abang iparnya bermain kayu tiga, jika dia tahu abang Faiz curang dengan kak Nadia tahulah dia apa akan dilakukannya nanti. Dia akan bersemuka dengan abang Faiz walau dengan apa cara sekalipun. Kak Nadia tidak patut dipermainkan. Astargfirullah... Emy beristifar beberapa kali takut juga dia dengan telahanya tadi, andai telahanya tadi tidak benar dah tentu dia berdosa kerana berburuk sangka, dia tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan. Sudah la dia kerja makan gaji dengan abang Faiz, belum sehari dia dah berperasangka buruk.

3 comments:

epy elina said...

hohohoho...
ala cpt r emy jmp ngn ayie...
x sbr tnggu saat 2 n cnta mrka brputik...
cpt smbung2xxx...

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho...bile emy nk jmpe ayie..??
xsbr2..

ntahsapeni said...

adoiii..tak jumpe lagi..!huhu..cpt2 samb ek writer..

 
Copyright 2009 Diari Hati