Faiz baru sahaja melangkah ke bilik Ayie tetapi langkhanya mati apabila Datuk Kamal menegurnya dari arah belakang. Dia berpaling ke arah papanya yang sedang merenung lembut.
“Hah nak ke mana tu, bilik Angah ke… Tak payah la dia baru aja keluar dengan kawan-kawannya tadi. Lagipun dia tak tahu pun kamu balik awal dua hari.” Faiz tidak jadi meneruskan niatnya, hajatnya untuk berbincang mengenai perkara yang dicadangkan kepada Nadia tadi terpaksa ditunda. Hendak dibincangkan di pejabat esok dia masih menyambung cuti sebelum kembali bertugas.
“Ha buat apa tercegat lagi kat situ marilah turun, mama pun dah siapkan makan malam.”
Faiz tersengih memandang mamanya yang muncul secara tiba-tiba. Sebaik sahaja Datin Maimun mendapat tahu Faiz balik dia terus ke dapur menyediakan lauk pauk kegemaran anaknya sedaya mungkin dia akan menyambut anaknya walaupun dia kurang sihat beberapa hari lalu.
“Tersengih semacam tu, ni mesti dah makan dengan Nadia kan..” Faiz hanya mengangguk dek kerana terlalu merindui Nadia dia terlupa untuk memberitahu mamanya sebelum dia pulang tadi mereka sudahpun makan bersama.
“Orang dah ada buah hati Mun, awak ni buat-buat tak faham pulak.” Usik Datuk Kamal kepada isterinya yang masih tercegat.
“Lupa saya bang anak awak dah besar panjang dan ada orang nak jaga dah pun.” Datin Maimun membalas kata-kata suaminya sambil ketawa kecil dia tidak mahu Faiz tahu dia sedikit kecewa dengan jawapan anaknya tadi..
“Eh belum tua lagi dah nyanyuk ke..”usik Datuk Kamal sambil turun beringan
“Saya tak cakap nyanyuk datuk, saya cakap lupa normal lah tu. Takkan awak tu tak pernah lupa Datuk Kamal oii..” bidas Datin Maimun sambil diperhatiakn oleh Faiz. Anak bujangnya tersenyum kecil melihat pertelagahan yang sengaja dicetuskan papanya untuk menceriakan keadaan.
“Mama masak apa malam ni…” Faiz mencelah, dia turut sama-sama melangkah.
“Mama masak lauk kegemaran kamu lah, ayam masak kicap, tom yam campur, sotong masak merah.. kenapa” Datin Maimun bertanya. Dia tidak sekali-kali memaksa anaknya makan hanya kerana untuk mengambil hatinya..
“Wow bestnya. Faiz rasa lapar la pulak ma..Faiz joint boleh..” perutnya tiba-tiba terasa lapar apabila mamanya menyebut satu persatu lauk-lauk kegemarannya. Datin Maimun memandang hairan anaknya. Jarang sekali Faiz makan dua kali selang masa terlalu dekat.
“Biar betul kamu ni, kalau ya pun nak ambil hati mama, tak payah la paksa perut tu kan dah penuh.” Datuk Kamal hanya mengangguk kecil membenarkan kata-kata isterinya sambil tersenyum dengan perangai pelik anak bujangnya.
“Betul ma, Faiz rasa lapar bila mama sebut masakan kegemaran Faiz tu. Ada kosong lagi ni, nanti kan kempunan pula Faiz tak makan masakan mama.” Ujarnya bergurau.
“His ada ke cakap macam tu, bukan hari ni aja mama masakkan untuk along, esok pun mama boleh masakkan lagi. Dah.. kalau nak makan cepat sikit nanti sejuk pulak nasi atas meja tu, adik kamu pun dah lama menunggu.” Kata-kata Faiz menjentik hati keibuannya, pelik pula perangainya.
Pintu bilik Faiz dikuak perlahan, Ayie pasti yang Faiz masih belum tidur lagi apabila dia melihat masih ada cahaya lampu dicelah pintu bilik yang sedikit terbuka. Sebelum dia naik ke tingkat atas tadi dia terserempak dengan Tina yang sedang bergayut dengan buah hatinya sempat dia mengacau perbualan pasangan yang sedang hangat bercinta itu, sepantas itu adiknya memberitahu along ada mencarinya. Belum sempat Tina bercerita dia telah berlari mendaki tangga menuju ke bilik Faiz. Tidak menyangka Faiz sudah pulang.
Perlahan-lahan Ayie melangkah tanpa sedikitpun mengejutkan Faiz yang membelakanginya sedang leka membelek majalah. Jarang dia melihat alongnya membaca waktu-waktu begini dan lebih menghairankan alongnya bukanlah tergolong dari golongan orang yang suka membaca, hulurlah bahan bacaan apa sekalipun kecuali majalah trade raider pasti dia akan menolaknya.
Ayie mencapai pen yang berada diatas meja, dia mahu menyakat alongnya yang leka menatap majalahnya entah majalah apa yang dibacanya. Pen ditangannya dicampak bersahaja ke arah Faiz lalu jatuh ke atas majalah yang dipegangnya. Faiz terkejut sakan apabila objek tersebut betul-betul mendarat dihadapannya. Dia berpaling ke belakang apabila suara Ayie sedang ketawa keras melihat aksinya yang terkejut tadi. Nasib baik kerusi yang didudukinya tidak terbalik ke belakang jika tidak mahu pinggangnya patah.
“Chipangzi kau angah…”Faiz membaling bantal ke arah adiknya. Ayie sempat mengelak ketawanya masih belum hilang apabila melihat Faiz yang hampir terjatuh dari kerusi yang didudukinya akibat terperanjat dengan usikan nakal Ayie. Faiz turut ketawa melihat Ayie ketawa sakan, mereka bergomol bagaikan berada di zaman kanak-kanak, satu-satunya perkara yang telah lama ditinggalkan oleh mereka.
“Bila kau balik Long..kata lama lagi kat sana..” Soal Ayie setelah ketawanya reda. Dia berbaring diatas katil lalu mencapai majalah yang dibaca alongnya. Faiz tidak sempat menariknya majalah itu yang kini berada di dalam gengaman Ayie.
Ayie menatap majalah yang dibaca oleh abangnya langsung tidak berkelip. Dia memandang ke arah Faiz yang melarikan diri dari pandangan matanya.
“Kah!kah!..kah!” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Ayie ketika ini sambil berupaya menekan perutnya yang senak dipenuhi ketawa. Tidak tahan mendengar ketawa yang mengejek dari mulut adikny Faiz bingkas bangun lalu menghampiri adiknya dia ingin mengambil kembali majalah yang menjadi bahan ketawa Ayie.
“Malam-malam buta kau baca majalah ni long, kau ni apa ke hal nya..amoi kat sana cantik-cantik sangat ke… kau dah tak boleh tahan erk…” kata-kata Ayie yang masih mahu mengenakannya dibalas juga akhirnya
“Apa.. salah ke kalau along baca majalah ni, kau apa tahu ngah, girlfried pun takde lagi nak gelakkan orang.”
“Aku tak cakap salah long lagipun majalah tu takde pulak spesifikasikan gandernya kan..sesiapa pun boleh baca.. tapi yang menjadi aku hairan sangat ni kenapa majalah ni yang kau berminat nak baca, banyak lagi majalah yang bagus-bagus. Hei buang tebiat lah kau ni. Kalau yea pun sabarlah…tak lama dah.” Faiz hanya membisu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Ayie dapat merasai sesuatu kelainan pada abangnya.
“Ni mesti ada perkara yang kau nak cakapkan long. Kau jangan bagitahu kau dah tersangkut amoi China dan kau pernah….. kau tak buat tu semua kan….” ujar Ayie lalu merenung ke arah kembarnya.
“Hoi tolong sikit erk..kau ingat aku ni takde pegangan agama…aku tahulah jaga diri angah.” Ayie merasa lega dengan pengakuan alongnya.
“Yang ada pengangan agama pun boleh terbabas long..”dia cuma mahu mengingatkan alongnya Faiz hanya diam.. Faiz membelek kembali majalah perkahwinan yang terganggu pembacaannya dek kedatangan Ayie tadi.
“Kalau along percepatkan perkahwinan along macam mana ngah..” Soal Faiz sebaik mereka membisu. Ayie merenung abangnya.
“Kenapa long…”
“Along mahu percepatkan perkahwinan along dengan Nadia along mahu ada family along sendiri.”.ujar Faiz. Ayie tersenyum kecil. Abangnya sudah berubah. Dulu dia yang minta tempoh bertunang dilanjutkan kini terbalik pula mahu dipercepatkan.Apa sudah jadi dengan abangnya kini. Nadia mendesakah atau memang keinginan menamatkan alam bujang yang menjadi factor utama abangnya mahu mempercepatkan perkahwinannya
“Alhamdulillah…lagi cepat lagi bagus long, nanti aku boleh lah timang anak kau…”
“Yang tu sudah pasti..tapi ada perkara yang belum pasti lagi ni..”
“Apa dia, kalau masalah nak bagitahu mama dengan papa aku rasa yang tu ditanggung beres aku boleh setlekan untuk kau dan aku rasa tentu pihak perempuan setuju tu..kau belum berbincang dengan Nadia lagi ke..”
“Yang tu bukan masalahnya la ngah..yang jadi masalah along sekarang ni hajat yang dah lama tersimpan..”
“Hajat..hajat apa tu long..macam berat aja bunyinya..” Ayie merenung Faiz mendengar dengan baik hajat yang belum terluah itu.
“Along nak kita sanding bersama…”jelas ayat itu masuk ke dalam pendengarannya. Kalau itu hajat kembarnya bermakna dia tidak ada banyak masa lagi.
“Kau macam mana, dah ada yang berkenan belum...”
“Err…berat juga hajat kau ni long..” Ayie menggaru kepalanya. Sepintas terbayang wajah Emy yang sedang tersenyum mesra memandangnya.
“Senyum sorang-sorang pulak dia ni..Angah dah ada yang berkenankan..” soal Faiz bagi mengesahkan apa yang dirasanya ketika ini.
“Errrr..ada tu ada lah tapi tak tahu dia pulak macam mana…”. Ayie tidak mahu terus menafikannya Faiz sudah dapat mengesannya bukankah mereka kembar..
“Jangan tunggu lama-lama ngah, nanti dikebas orang..” Ayie tersipu malu dengan kata-kata Faiz.
“Emy..” Ayie tersentak tatkala Faiz menyebut nama Emy. Bagaimana Faiz tahu yang dia memang ada hati dengan Emy adik kepada bakal isterinya.
“Macam mana dengan kerja Emy..” Ayie menarik nafas lega rupanya Faiz masih belum tahu lagi rahsia hatinya.
“Ok aja takde masalah apa-apa..”
“Macam ni ngah along cadang nak naik kan pangkat Emy jadi setiausaha angah macam mana pendapat angah..” Faiz merenung adiknya walaupun dia ada hak menentukan tapi sekurang-kurangnya dia mahu menerima pendapat adiknya juga..
Ayie tersenyum apabila mendengar cadangan alongnya. Tanpa pengetahuan along dia sudahpun menjadikan Emy sebagai setiausahanya walaupun belum disahkan secara bertulis.
“Erm..aku dah lantik dia sebelum kau lantik dia long…”
“Wah! cepatnya kau bertindak ngah..ada apa-apa ke ni.. “ Ayie hanya mampu tersengih.
“Ok lah long aku nak masuk tidur ni sambung esok..” ujar Ayie lalu berlalu meninggalkan Faiz yang masih tersenyum. Daripada tutur kata dan riak wajah adiknya dia dapat mengagak ada sesuatu yang tersimpan kemas dilubuk hati kembarnya itu.
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
cptlh smbung..
dh x sbr2 tnggu ni..
bila nak smbung ni hari buka x ada
tak tergantung ni tkg smbung cpt...
cte ni best sngt
kenapa x smbung ni jgnlah tanda???
bila nak smbg ni..........
ceta...ni habis sini aje ke... tp buka x ada smbg...........
Post a Comment