Sunday, May 8, 2011

Pion oh Pion 17

Apa pulak mimpi aku terbangun awal hari ni, mungkin rasa bersalah pada Awang membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata malam tadi. Aku bingkas bangun apabila melihat hari semakin cerah. Dah lama agaknya aku tak bangun awal pagi menikmati suasana yang cukup nyaman lebih-lebih lagi udara di kampung. Jendela yang terbuka kecil itu aku kuakkan sedikit lebar. Kak Ayu mengeliat kecil, nasib baik lah dia tak jaga dari tidurnya, kalau tidak sudah tentu banyak soalan yang ditanyanya bukan boleh tengok aku berubah sikit.
Perlahan-lahan aku keluar dari bilik. Istana lama ini masih lagi sunyi, agaknya diaorang masih tidur. Aku melangkah ke laman. Wah! kamus tebal menutupi alam jagat. Aku memeluk tubuh yang terasa kedinginan.
+Tak malu belum mandi dah berjalan sana sini. Hati mula mencari pasal.
-Biar la bukan ada orang nampak pun aku aja kat sini.
+Kalau lah si Awang tu jumpa kau dah tentu sebatu dia jauhkan diri tau.
-Erk eleh..macam la kau tu wangi sangat bila bangun tidur.
+Memang la aku tak wangi sebab ini badan kau. Busuk!..

“Eh kau boleh diam tak! Aku nak menikmati panorama ni pun susah tau kalau kauorang asyik duk bertekak aja, makin serabutkan aku tau...”marahku pada diri sendiri. Tanpa sengaja terpacul juga ayat itu diluar sedar.
Encik Ahmad yang kebetulan lalu disitu terhenti apabila melihat Ija sedang bercakap sendirian. “Ada-ada sahaja lah budak ni.” Getus Encik Ahmad perlahan
“Awak marahkan siapa Ija…”Suara yang cukup aku kenali menerjah dari belakang.
“Alahai pagi-pagi dah nampak muka bos.” Gumamku sendirian.
“Bos..buat apa kat sini,
“Buang air..kenapa tak boleh ke..” loyar buruk pula jawapan ketua berkepala botak ni. “Kenapa bos bangun awal sangat kan hari ni tak kerja..”Aisey man, soalan tu pulak yang aku Tanya. Apa punya bangang la, nampak sangat aku tak suka dia kat sini tapi memang betul pun aku baru aja nak menikmati fresh air, dah kena kacau.
“Habis kalau tak kerja saya tak boleh bangun awal lah yea..untuk pengetahuan awak saya ni lelaki yang suka bangun awal tau, tak macam orang disebelah saya ni ha, kalau matahari tak setinggi galah takkan bangun dia tu..” Sinis ayat yang terpacul keluar dari bibir Encik Ahmad, mengata aku kea pa. alahai Encik Ahmad kalau nak bercakap dengan aku pun jangan la angkat tingi-tinggi kain pelekat tu, kan aku dah dapat dosa kering aja ni ha. Nak tayang kaki pun cukur la dulu bulu kaki tu. Aku jeling betis Encik Ahmad yang Nampak macam sawah padi rupanya. Kain pelekatnya diangkat setinggi kepala lutut. Alahai macam nak aja aku guntingkan bulu-bulu kaki yang ada tu. eee..tak senonoh la..dosa..dosa.

“Orang rumah bos macam tu erk..patut pun..”
“Patut pun apa..awak tu jangan nak mengata bini saya erk. Antara dia dengan awak dia tu jauh lebih bagus dari awak Ija..” Mak aii dia kata aku ke ni.
“Iyalah bos dah bini bos takkan lah bos nak kutuk pulak, tapi peliknya kenapa bos tak marah dia bangun lewat kan tak elok tu.” renungan geram Encik Ahmad langsung aku tidak peduli.
“Awak ni kan Ija takde sensitiviti langsung lah, saya bercakap tentang awak sekarang ni, bukan isteri saya. Apa punya bengap la awak ni, berapa kilo awak ratah kepala ikan, itulah saya cakap jangan makan otaku dang nak juga awak bedal...” Mak aii sampai macam tu sekali dia kata aku, bila masa pulak aku makan otaku dang, sesedap rasa aja dia nih. Nak kena juga bos ni karang. Sabar Ija sabar ni kampung dia..tahu lah dia bila balik nanti. Tak pun aku sebut nama kak Ani depan bini dia ha baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Jangan dijolok sarang tebuan ni bos, lari tak cukup tanah karang. Hahaha.
“La bos mengata saya rupanya. Cakap la awal-awal..nak buat macam mana bos dah nasib badan.” Aku menayangkan muka selamba badak biar Encik Ahmad naik bosan tengok mukaku. Orang nak ambik angin sikit pun tak senang, ada aja pengacaunya.

“Kalau begini lah perangai awak Ija, takkan ada lelaki yang nak kan awak tu..”
“ Erk eleh bos dah gurau kasar ni bos, macam mencabar saya aja ni..”
“Yea…saya cabar awak..saya berani potong jari takkan ada lelaki mahukan awak Ija.” Wah begitu angkuhnya kata-kata Encik Ahmad. Hei dia ingat aku tak mampu ke nak pikat lelaki. Ini Ija lah pantang mengalah sebelum berjuang. Akan ku daki gunung yang tinggi akan ku redah hutan belukar asalkan aku berjaya potong jari Encik Ahmad yang angkuh tu.
“Betul ni bos..”
“Kenapa tak berani ke..”
“Baik..kalau saya dapat takle lelaki yang hensem bos janji kerat jari ok..”
“Ok..tapi kalau awak kalah saya tak nak jari awak..jari awak tak boleh buat apa pun..saya nak awak belanja saya seminggu..”
“Seminggu aja..Ok..Set..”
“Dengan syarat..” Encik Ahmad cakap ada syarat pulak. Alahai pakai bersyarat-syarat bagai, apa dia ingat aku ni takut sangat ke.
“Apa syaratnya…”
“Saya bagi tempoh tiga bulan, dan saya tak nak awak upah orang untuk berlakon, saya tak mahu ada taktik kotor dalam cabaran ni Ija. Bukan senang nak pertaruhkan jari saya ni. Takde jual kat pasar malam kalau kena kerat nanti...macam mana..”
“Tiga bulan..hmm..ok saya sahut cabaran bos tu..” lancang benar aku bersetuju. Masak aku kali ni, mana nak cekau pakwe nak jadi balak aku ni. Adui la masalah..masalah. Encik Ahmad tersengih-sengih, tak boleh jadinya. Aku tak boleh kalah depan Encik Ahmad.

“Hmm..apa yang dibualkan pagi-pagi ni bang..takkan lah pasal kerja pun dibawak sampai ke sini.” Alahai lembutnya suara orang rumah Encik Ahmad ni, jauh panggang dari api. Tak sesaui langsung la Encik Ahmad dapat bini macam ni punya lembut, sopan pulak tu.
“Puan..” aku tegur Puan Salmah, yang tampak Ayu bertudung. Tak sempat aku nak berkenalan dengan lebih ramah dengan Puan Salmah al maklumlah selepas peristiwa semalan aku tak keluar bilik.
“Apa pulak puan… Ija, kita ni kan keluarga panggil aja kak Sal. Abang Mad ada suruh Ija buat kerja office ke kat sini, jangan dilayan sangat bos awak ni Ija, orang nak bercuti dia nak suruh kerja…” Pesan Kak Sal isteri Encik Ahmad. Ini lah kali pertama aku bertemu muka dengan isterinya.
“Takdelah puan eh! kak Sal… Saja kami borak-borak masa silam Encik Ahmad ni.” Sempat Encik Ahmad menjeling ke arahku. Takde kena mengena langsung pasal zaman kecik-keciknya.
“Hai bang kat sini pun abang dera anak buah panggil Encik juga ke, tak patut betul la..”
“Dera apanya Sal . Dah banyak kali abang larang dia ni tapi degil juga panggil abang ni Encik Ahmad…Encik Ahmad. Dah dia nak panggil abang tak boleh nak kata tidak” Amboi kenakan aku pulak bos ni, bila masa dia izinkan aku panggil dia abang Mad.. Hei aku pun tak teringin la nak berabang-abang dengan musang si guntang ni, tak kuasa aku. Aku cuma tersengih kelat memandang wajah Encik Ahmad kami bersembang sementara sebelum aku meminta diri untuk mandi.


Aku segera ke bilik air, walaupun udara pagi yang agak sejuk langsung tidak menganggu perasaan malas mandiku selama ini yang sukar dikikis. Aku bernyanyi kecil,.atuk, nenek, makcik Zaini dan emak langsung tak nampak muka. Entah kenapa hari ini aku terasa mahu mandi dibilik air yang tersorot sedikit, ukiran dipintunya macam pintu utama, cantik sungguh. Nampak macam zaman purba sangat ada ukiran bagai, tengok pintunya pun aku dah terjatuh hati, belum lagi masuk ke dalam. Sebelum masuk aku sempat menoleh ke kiri dan kanan, kononnya nak minta izin tuan rumah la, tapi takde sesiapa pun, takkan lah aku nak menunggu lagi. Ala masuk aja, nenek takkan marah punya.
“Ooii..siapa di dalam aku diluar..” hehehe. Aku menutup mulutku sambil ketawa.
“Oiii aku diluar siapa di dalam..”

Setelah aku yakin tiada sahutan, aku segera masuk ke bilik air bersama sengihan. Aku cuba pulas tombolnya yang sedikit terjojol keluar, beberapa kali aku cuba entah macam mana aku teringatkan cerita P.Ramle Ali Baba Bujang Lapuk. Pakai mentera penyamun tu lah. Aku pandang kiri kanan lagi, takut la juga kalau ada yang pasang telinga, manalah tahu orang tu gelakkan aku nanti.
“Ngyat ngeng song matakaji semagiseng..” hehehehe..aku pulas lagi tombol pintu dan tak sangka pula pintu terbuka akhirnya. Nak kena baca mentera bagai, baru nak terbuka. Amboi pintu ni bukan main lagi kau. Aku ketawa dalam hati.
Wahh!…memang cantik bilik air yang satu ni, ada cermin berukiran awan larat, entah betul entah tidak ukiran awan larat tapi sungguh, memang cantik ukiran kayu tu. aku suka, curi buat masuk bilik baru tahu karang, mengigau pula orang tua cari cermin pusaka ni. Keluarga antik katakan.

“Macam mana pulak nak tutup pintu ni erk..aku lupa dah..”
Aku cuba pulas lagi, tekan sana tekan sini tapi tak juga berkunci-kunci. Takkan lah aku tak nak kunci pintu bilik air ni, dibuatnya si Awang mimpi basah terus dia terjah masuk bilik air ni. Takut aku. Nak kena baca mentara lagi ke. Cuba lah kalau tak cuba aku tak tahu. Mentera pun mentera lah.
“ Nang butinang kui butikui..” hentam ajalah labu. Aku cuba pulas tombolnya lagi tapi masih juga tak kunci-kunci.
Nak buat macam mana tak nak terkunci juga, tapi kalau tak kunci pun takkan lah ada orang nak pakai bilik air ni. Kak Ayu tu jangan harap la, dia takkan berani macam aku punya. Hehehe.

Aku melangkah beberapa tapak mencari tempat untuk menyangkut tuala setapak. Aku tersenyum melihat ukiran yang begitu cantik. Memang cantik sungguh.
Aku pandang kawasan sekeliling. Berhantu ke apa bilik air ni. Jangan Ija, jangan kau pandai-pandai ceroboh hak milik orang nanti lain jadinya Ija. Kau ni nak takut apa siang berlalak macam ni. Hatiku mula berlawanan. Lantak la. Aku mula mandi bagaikan puteri walaupun tanpa ditemani dayang-dayang pengiring. Seronoknya kalau aku betul-betul jadi anak raja kan..hmm..ni nak berangan ni kalau mandi, nak-nak bilik air macam bilik air istana..walaupun pun seram tapi asyik ..hahaha

Usai aku mandi, apa lagi takkan nak terperam aja kat situ lama-lama. Aku menolak daun pintu,
“Eh..persal pulak ni…” Aku pulas dan tarik tombol pintu. Pintu terkunci!. Siapa pulak nak bergurau dengan aku ni. Aku tarik lagi kuat dari tadi masih juga tak dapat-dapat bukanya.
“Hmmm..nak buka kena baca mentera juga ke…”Aku garu kepala yang mula terasa biolnya. Seram pula duduk dalam bilik air ni sorang-sorang.

Aku melompat dan menjerit secara tiba-tiba apabila seekor cicak jatuh betul-betul diatas kakiku. Terkejutnya aku sampai nak pengsan, apa mentera yang aku baca pun aku tak tahu laju aja terpaculnya.
“Nang butinang kui butikui..” haa ambik kau, lagi sekali. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku sudah merasa keseramannya. Nak menangis pun ada.
“Ngyat ngeng song matakaji semagiseng…” Dalam terketar-ketar sempat lagi aku sebut ayat tu. Eh! silap la, tadi tu untuk buka, tutupnya mentera lain la Ija, kau ni pun cakap peminat P.Ramle tapi hempeh. Aku masih sempat kutuk diri sendiri walaupun sudah separuh keberanianku hilang.
“Hmm…”aku betulkan suara.
“Rampong ngiseng smartilum….” Aku cuba..menolak lagi sekali tapi tidak Berjaya. Aku sudah mula cuak. Hati mula berdebar-debar.
“Eh macam mana nak buka ni…” Aku tolak lagi sekali. Tak juga terbukanya. Aku ketuk pintu berulang kali agar ada orang diluar yang mendengar ketukan pintuku.

“Macam mana ni…kak Ayu…kak ayu..tolong Ija …”Suaraku mula bergetar memanggil kak Ayu. Tiada sahutan.
“Mak..oo..mak..Ija kat dalam ni..siapa kat luar tu..” masih juga sepi.
Aku ketuk lagi pintu sedikit kuat dari tadi dengan harapan ada yang mendengar rintihan kalbuku. Hehehe.
Dengan kudrat yang ada aku ketuk dan pulas lagi tombolnya. Airmata yang cuba kutahan sedari tadi menitis jua. cakap berani tapi pengecut sebenarnya. Memang aku berani tapi berani berani aku pun dalam hati tetap ada taman..hahahaha.
“Rampong ngiseng smartilum….” Aku cuba lagi sekali walaupun dengan suara yang terketar-ketar menahan tangis dan tidak ku sangka-sangka akhirnya pintu terbuka dengan sendirinya. Aku senyum melerek sampai ke telinga. Aku kesat airmata yang sedikit tumpah tadi, sedikit aja tau tak banyak.

“Hahaaaa..wah ajaibnya boleh pulak terbuka, canggih betul bilik air nenek ni, sampai kena ada password bagai.” Aku cakap sendiri-sendiri.
“Hmm..kalau macam ni boleh la aku ceritakan pada Noq nanti tentu diorang nak datang tengok sendiri, kalau aku cerita tanpa bukti karang diaorang cakap aku auta lebih..hehehe
“Memang diorang takkan percaya pun..tak logik langsung pintu boleh terbuka dengan mentera entah apa-apa yang awak sembur tu, cicak pun boleh pening kepala bila dengar mentera awak tu..” Terkejut aku dengan suara Si Awang tiba-tiba menerjah, sekarang pandai pula berkata-kata, semalam bukan main lagi nak dengar suara pun payah. .

Memang dasar takde adat. Bila masa pulak dia berdiri tercegat kat situ, entah-entah dia intip aku tak.. Aku kecilkan mataku yang ayu ini
“Ikut suka orang la..” Bidasku keras. Dia tersengih.
“Nak cakap sikit cik Ija oii..jangan duk percaya sangat benda-benda tahyul ni semua.. nanti awak biol..” Wah! Wah! sedapnya dia kata aku biol, kurang asam kau Awang..
“Ikut suka orang la, yang kau sibuk tu persal. Dah memang betul lepas aku baca mentera pintu tu terus terbuka, nak kata apa.”
“Tak boleh percaya benda-benda karut tu semua. Kalau kita ada anak nanti , takkan lah awak nak ajar anak-anak kita macam tu Ija.”
Hah!..apa punya bangang si Awang ni, melalut sampai ke situ, anak kau, kau la yang ajar, apa pulak babitkan aku. Mukaku mula merona merah. Marah dan geram bersatu.

“Cuba awak tengok apa ada kat tangan saya ni..” Awang tunjukkan segugus kunci ditangannya. Aku terus memandang tepat ke wajahnya yang masih tersenyum manis. Sakit pulak hati aku tengok muka dia ni.
“Jadi kau yang kunci pintu bilik air tu.”
“Isk..Isk…Ha lagi satu saya nak ajar awak, tak baik main tuduh-tuduh ni boleh jadi fitnah tau”.
Eeee..geramnnya aku dengan sikap Awang ni nak berceramah pulak depan aku.
“Habis tu kunci memang ada kat tangan kau tentu kau yang kuncikan pintu tu, aku tak tuduh tapi memang ada bukti.”
“Macam mana tak ada kat tangan saya, kan awak duk jerit-jerit panggil kak Ayu panggil mak siap baca mentera sampai nangis-nangis tu, takkan lah saya nak biarkan awak duduk dalam tu sampai takde suara duk baca mentera seharian. Saya ni masih ada sifat perikamuasian lagi tau, lagipun apa yang awak baca tu bukannya ada dalam ajaran kita, jangan amalkan ajaran ayah pin tu!.” Nah! berbijik-bijik aku kena dengan si Awang ni. Aku tahu lah aku ni jahil, tapi jangan la kenakan aku sampai macam ni. Malunya.

Pintu bilik air tu memang susah nak kunci, susah nak buka. Tapi hairan juga saya macama mana dengan awak boleh masuk pula. Kalau awak nak tahu bilik air ni atuk selalu ubatkan orang”
“Ubatkan orang…” Aku pandang belakang…
“Jangan pandang belakang..” tegur si Awang tiba-tiba hingga membuatkan aku hampir terjerit.
Seram seh!
Awang terburai ketawa apabila melihat aku dalam keadaan begitu. Ketakutan mulai menjalar. Bulu romaku tiba-tiba meremang. Tegak tu..
“Penakut juga rupa-rupanya awak ni, kasarnya mengalahkan lelaki tapi penakut macam budak tadika. Siang-siang buta ni mana ada hantu cik kak oii..” katnya sambil berlalu meninggalkan aku terkulat-kulat. Dia menghilangkan diri takkan lah aku nak terus duduk berdiri kat situ apa tunggu lagi cabut lah wei…

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati