Kita tak menduga dari kenalan lahir cinta
hingga aku tersungkur dilembah hiba yang kian berdenyut
menyentap segala rasa yang ada
warna-warna bahagia yang semakin pudar hiasannya
bagai menunggu masa menjadi debu berselerakan
dihembus sang bayu tidak berupa
aku sering terleka dengan kemanisan ungkapan cinta
hingga aku terlupa pada madahnya hati yg terluka
segala rasa yang ku ada lenyap kini dibawa buih sepi
hanya pasir nan memutih menjadi saksi
aku tersungkur lagi didada bumi
berbumbungkan langit tidak bertepi
menunggu kasih yang belum pasti…
Begitulah yang dapat
kugambarkan hatiku ketika ini. Airmata yang tentunya menjadi temanku saat ini
terpaksa ku tahan dari melimpah dihadapan opah dan emak. Inilah ujian
terberatku setelah pemergian abah. Kepedihan dan kekecewaan itu sering sahaja
menganggu fikiranku pun begitu aku harus tabah menghadapinya. Mengapa Kamil
Hakim tidak berterus terang denganku bahawa dia tunangan orang. Tegarnya dia
menghancurkan hati tunangan yang setia menunggu sekian lama lebih-lebih lagi
tunangnya itu adalah adik kangdungku sendiri. Tentunya aku merasa bersalah
dengan keterlajuranku memberi sekeping hati pada tunang adikku sendiri. Aku
juga ralat dengan keputusan yang kuambil dahulu, menolak lamaran terlebih
dahulu datang kepadaku. Hendak ku undurkan waktu mustahil ianya berlaku. Ah! Untuk
apa ku kesali apa yang telah tertulis di loh manfuz segala-saganya telah
diatur, aku sebagai hamba tidak layak mempertikaikan setiap apa yang terjadi.
Aku beristifar didalam hati mencari kekuatan yang semakin surut. Aku harus redha
walaupun sedikit perit jiwaku menaggungnya.
“Kamil kau bukan milikku, aku lepaskan kau
pergi dari hidupku.” Itulah bisikkan hati yang paling ikhlas untuknya. Aku mahu
Kamil Hakim menerima Imah seikhlasnya dia. Sempat aku bersembang dengannya
sebelum keluarganya pulang petang tadi. Aku tahu dia juga masih tidak menyangka
orang yang hendak dijodohkan dengannya dahulu adalah aku. Dia juga meminta aku
supaya menyatakan isi hatiku pada kedua orang tua yang kusayangi tapi tahukah
dia siapa mereka itu bagiku. Tentu aku tidak sanggup lagi melukakan hati-hati
mereka yang kukasihi. Apa akan terjadi kiranya aku meneruskan saranan Kamil Hakim
untuk memutuskan pertunangannya dengan Imah dan mengahwiniku, apakah aku tegar
untuk menhancurkan lumatkan hati Imah yang sanggup berkorban masa menunggunya.
Tidak sama sekali takkan mungkin aku lakukan. Biarlah hatiku yang terluka
daripada hati mereka aku calarkan. Kamil Hakim pulang dengan wajah yang sugul
aku tahu hatinya teramat kecewa dengan keputusanku.
Biar apa pun yang dirasai
Kamil Hakim, dia harus terima suratan ini dengan redha. Biarlah kisah cinta
kami berkubur tanpa nisan. Aku percaya Imah mampu membahagiakan Kamil Hakim.
Aku nasihatkan pada Kamil Hakim supaya membuka pintu hatin seluas-luasnya
menerima Imah sebagai suri hidupnya. Aku yakinkan dia bahawa Imah layak menjadi
isteri malah pantas menjadi ibu kepada anak-anaknya. Hatiku menanggis lagi.
Menangis pada sesuatu yang telah pasti tidak mungkin aku miliki.
Sempat aku lemparkan sebuah
senyuman pengubat lara buatnya. Hanya redup matanya sahaja yang membalas
senyumanku. “Pergilah Kamil..pergilah… datangmu nanti sebagai adik iparku. Aku
terima kehadiranmu menjadi sebahagian keluargaku walaupun bukan sebagai
suamiku.”
Airmata yang jatuh ku seka
dari terus membasahi pipi. Aku tidak mahu Imah mengesyaki sesuatu antara kami.
Dia masih bergembira dengan kehadiran tunangnya petang tadi. Aku tidak mahu
dengan kemurunganku nanti akan menjejaskan kegembiraanya. Hanya Naziah yang
mengerti. Dihadapannya aku tewas untuk bertahan. Dia menenangkan diriku dari
terus meratapi kekecewaan itu. Aku akui perit yang ku tanggung sekian lama hati
ini sering mengingati namanya.
Telefon berbunyi nyaring
menyentak lamunanku. Ku sapu air jernih yang adakalanya mengalir tanpa aku
sedari. Telah ku kuatkan hati ku bulatkan tekad untuk tidak menangisi tapi apakan
dayaku, insan yang lemah Untuk terus kuat dan tabah aku harus ada pendokongnya.
Nama Naziah tertera di telefon, rasanya tidak sanggup untuk aku menjawab
panggilan itu. Aku mahu terus sendirian melayan perasaan pun begitu tidak
sanggup pula aku membiarkan Naziah menunggu panggilannya dijawab. Sesungguhnya
aku bersyukur mempunyai sahabat seperti Naziah sanggup berkongsi suka dukaku.
Tidak salah aku memilih dia sebagai sahabat.
“Maira..kau ok ke..” suaranya
kedengaran risau dihujung talian. Aku tersenyum kelat. “Bagaimana aku mahu ok
Zie. Hatiku bagaikan dimamah, disiat-siat.” Jawapan itu hanya bermain dihati.
“Aku ok lah Zie. Kau ni apa
risau sangat. Aku cuba
menipunya tapi masakan dia tidak dapat mengangak apa aku sedang lakukan ketika
ini.”
“Kau nangis kan Maira. Kau jangan bohong aku.”
“Aku ketawa halus menutupi
kebohonganku.”
“Sabar Maira kau harus kuat.
Aku percaya Allah ambil Kamil lalu Dia gantikan kau dengan seseorang yang lebih
baik dari Kamil Maira, kau jangan bersedih.” Naziah cuba memujuk. Ya aku lega dengan
pujukanya tapi itu cuma sementara. Hatiku lemah untuk menerimanya kerana rasa
kasihku itu telah tertumpah pada Kamil Hakim. Siapakah lelaki yang dapat
mengangtikan Kamil Hakim dalam hidupku.
“Siapa yang mahukan aku Zie.”
“Ramai lagi Maira, aku percaya
Maira tentu ada lelaki yang lebih baik dari Kamil yang Allah utuskan untuk kau.
Sabar yea.” Naziah masih lagi memujukku. Aku menarik nafas dalam. Airmata
bagaikan sudah tidak mampu berhenti lagi. Semakin ku tepis semakin laju pula ia
mengalir.
“Zie..Dia lelaki pertama yang
aku cintai. Selama enam tahun hanya namanya yang aku simpan Zie. Akhirnya dia
muncul dan cintaku berbalas tapi saying Zie, dia tunang Imah. Apa yang aku
tunggu selama ini terasa sia-sia Aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Tidak
mampu lagi untuk aku menyimpannya.
“Sabar Maira. Aku paham
perasaan kau. Tentu ada hikmah disebalik kejadian ni. Kau harus kuat Maira, kau
bukan seorang yang lemah. Aku percaya kau boleh hadapinya dengan tabah.
“Esok kita balik Zie..aku dah
tak sanggup tinggal berlama di sini. Aku tak sanggup tengok wajah Imah, wajah
mak..opah. aku rasa bersalah Zie. Aku rasa bersalah. Aku merintih mengharapkan Naziah
bersetuju dengan permintaanku.
“Maira, kau tak bersalah,
jangan letakkan diri kau ditempat yang salah. Semua ni takdir Maira. Kita hanya
merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kalau kita balik esok apa kata
opah, apa kata Imah. Kau nak mereka mengesyaki sesuatu antara kau dan Kamil
Hakim.” Aku terdiam. Ada
benarnya juga kata Naziah Aku tidak mahu mereka mengetahui sejauh mana hubungan
aku dan Kamil Hakim. Biralah Naziah sahaja yang mengetahui kedudukan Kamil
Hakim dihatiku. Aku percaya dia tidak akan membocorkan rahsia hatiku.
“Maira..kau kena kuat.
Tabahkan hati kau. Aku percaya kau boleh harungi semua ni.” Kata perangsan itu
meresap kejiwaku.
“Cubalah kau tanyakan pada
Maira tu Nab..baik budak tu mak tengok takde cacat celanya. Sesuai sangat
dengan dia. Lagipun budak tu kita dah kenal lama, takkan lah kita tak kenal
lagi hati budinya.” Telingaku dapat menangkap sesuatu dari balik tabir dinding
yang memisahkan ruang dapur. Aku masih berdiri disitu menanti kata-kata
seterusnya. Pasti bicara mereka tentang diriku.
“Nanti lah mak, Nab tanyakan.”
Balas emak.
“Nanti..nanti sampai bila, Khalid
kan dah
datang. Kalau Maira setuju kita nikahkan dia dulu baru kita kahwinkan Imah. Buat
kenduri sekali jimat sikit kosnya. Kalau dia dah ada pasangan suruh saja budak
tu masuk meminang, berapa lama lagi kita nak ikat Imah tu, tak kesian ke kau
pada Imah.” Opah sudah mula bersuara. Aku kira emak tersepit juga hendak
memihak kepada siapa. Emak diam tanpa berkata. Aku memunculkan diri, opah
terkejut. Aku menarik nafas dalam lalu kukuntumkan senyum buat opah dan emak.
“Apa yang duk sebut-sebut nama
Maira ni opah..”sengaja aku memancing opah. Opah berlagak selamba. Cawan kopi
ditepinya di hirup perlahan. Emak mangamit aku duduk disisinya.
“Hmm..Maira tak sibuk ke..” Soal
emak canggung.
“Sibuk..nak sibuk apa mak.”
Aku ketawa dengan soalan emak. Opah hanya memandang. Nam pa k
benar emak serba salah.
“Macam ni lah Maira. Opah nak
tanya kamu ni..” Opah mula mengambil alih bicara emak. Aku menunggu dalam
debar. Sudah ku jangkakan apa soalan yang bakal disoal opah nanti.
“Kamu dah ada pilihan ke..”
“Pilihan..”soalku bodoh. Opah
mengerutkan keningnya tanda hairan dengan soalannya yang kubalas juga dengan
soalan.
“Pilihan..orang zaman sekarang
cakap pakwe..”kata opah lanjut. Aku gelihati melihat opah menyebut ‘pakwe’
bersungguh sahaja bunyinya. Aku tarik nafas dalam-dalam. Hatiku telah kosong
kini. Jadi baik kiranya aku berterus terang daripada terus membiarkan teka teki
pada mereka. Biarlah jodohku opah dan emak pilihkan.
“Mak..Opah..” aku tarik nafas
dalam-dalam. Aku pandang wajah opah dan emak yang penuh mengharap. Sanggupkah
aku mengecewakan lagi hati mereka. Belum puaskah aku membiarkan Imah menanti
dirinya disatukan disebabkan kekerasan hatiku. Aku mahu mengalah sahaja.
Siapapun pilihan opah dan emak aku akan menerimanya.
“Maira terima sahaja siapa
pilihan opah dan mak..” jujur aku
katakan pada mereka. Opah dan emak saling berpandangan aku cuma tersengih. Ya
mungkin opah dan emak hairan dengan sikapku, tertanya-tanya dimana kekerasanku
hatiku selama ini, mana perginya kepala batuku.
“Betul ke apa yang kamu
cakapkan ni Maira..”Soal emak masih belum yakin dengan apa yang baru
kusampaikan pada mereka. Aku angguk kepala sebagai jawapan dengan sikap tidak
percaya emak dengan pernyataanku sebentar tadi. Opah sudah mampu mempamerkan bari s-baris gigi
palsunya. Mulutnya terkumat kamit mengucap syukur barangkali.
“Kamu sanggup terima pilihan
kami.”
“Yea mak, Maira sanggup terima
siapa sahaja pilihan emak dan opah asalkan dia bukan suami oran g.” Ucapku tenang. Emak tersenyum hambar
bagaikan tidak mempercayai apa yang aku katakan. Biarlah apa yang difikirkan
emak aku mahu mereka tersenyum bahagia.
“Alhamdulillah. Kalau macam tu
nanti opah suruh pihak lelaki masuk meminang kamu.” Celah opah dengan penuh
perasaan gembira. Aku tutup walang hatiku dengan sebuah senyuman.
“Opah kalau boleh Maira tak
nak bertunang, kiranya kita langsungkan sahaja majlis pernikahannya. Dan kalau
boleh Maira mahu jumpa bakal suami Maira bila hampir dengan waktu menikah.”
Ternyata sarananku itu mengejutkan opah dan emak.
“Kenapa Maira.”
“Takde apa-apa mak, maira rasa
elok begitu Maira mahu kenal dia selepas bern ikah.”
“Tapi..”
“Mak..please mak, permintaan
Maira tak sebesar mana pun. Kalau pihak lelaki betul-betul berkenankan Maira
tentu dia dapat terima apapun alasan Maira.” Emak dan opah saling berpandangan.
Masing-masing keliru dengan apa yang sedang aku katakan. Aku mahu melapangkan
dadaku menerima dia sebagai sebahagian dari hidupku jadi aku perlukan waktu
untuk menerima dirinya tanpa desakan sesiapa.
“Opah..Maira dah terima
siapapun pilhan opah, maira cuma minta kami dipertemukan pada majlis akad nikah
sahaja. Bolehkan..atau opah sanggup menunggu lama lagi.” Aku sengaja
memprovokasikan opah dan emak. Ternyataka mereka cepat-cepat menyetujui permintaanku.
Aku menarik nafas lega walaupun terasa salur darhku menyempit.
0 comments:
Post a Comment