Thursday, February 9, 2012

Peon Oh Peon 20

“Eeeee..orang tak suka la mak..” kataku protes dengan wajah cemberut. Memang spoil betulah, aku baru hendak berseronok layan games ada pula si pengacau.
“Suka ke tak suka ke Ija kena keluar juga, tak kesiankan Is ke. Dah lama dia tunggu kat luar tu, dah habis air dua cawan dia minum.” emak bersuara perlahan,namun agak keras kata-katanya.
“Dia tu tak reti nak balik ke mak..tak paham-paham orang tak nak jumpa la...”
“Ija...tak baik buat macam tu, dia tu tunang Ija tak lama lagi dia akan jadi suami Ija, ingat tu...dah! pergi tukar baju, jangan nak buat perangai mak tak pernah ajar anak mak jadi kurang ajar macam ni Ija.” aku telan liur. Kalau mak dah bersuara begitu apa lagi mampu aku buat terpaksalah menurut. Tapi takpe jaga kau Awang, jangan harap kau akan menang selamanya.
“Mak..orang...”aku peluk erat bantal pelukku. Ada bau tapi takpe bau aku sendiri..hehehe
Pergi tukar baju mak cakap!.Siap kau kalau tak keluar jugak..” Tegas arahan itu membuatkan aku terkesima, ingatkan dapatlah bertolak ansur tapi rupanya mak dah naik hantu. Emak berlalu keluar dari bilikku agaknya hendak melayan bakal menantu dia lah tu.

Apa lagi aku nak buat ni, kalau tak keluar nanti karang sekarung aku kena bebel, kalau keluar nak cakap apa. Heish Awang ni betul-betul susahkan aku la. Hendak tak hendak aku terpaksa juga salin pakaiaan ialah takkan lah hendak keluar jumpa tunang pakai seluar pendek paras lutut, baju tanpa lengan tak ke pengsan dia nanti, daripada aku cari bala baik aku buat pahala. Baju kurung kedah yang tergantung elok dipenyangkut baju aku capai, ini baju kak Ayu aku pinjam untuk pergi kenduri kahwin kakak si Not tu, tapi dah lama buat macam harta sendiri tak pulang-pulangkan lagi, nasib baik kak Ayu tak bising kalau tak bernanah juga lah telinga ni nak dengar dia membebel. Setelah pakaian ku rapikan rambut yang mengerbang itu aku tocang dua, sengaja nak pamerkan wajah protesku pada si Awang. Biar dia nampak aku ni macam budak-budak sikit untung-untung nanti kalau dia balik rumah mak dia boleh lah dia ceritakan pada makcik Zaini yang aku ni macam budak baru habis sekolah jadi dengan perangai aku yang macam ni tentu dia tak hingin nak jadikan aku memantu dia or si Awang tu dah sah-sah tak nak aku jadi bini dia kan.. bijak tak idea aku ni.

“Bismilahahirahmannirahim...” aku keluar dari bilik. Sebelum keluar tadi sempat lagi aku berlatih senyum nak kata senyum tak juga sebenarnya aku ketawa aku dah dapat bayangkan dah tentu si Awang naik juling matanya tengok aku macam ni.
“Oh mak kau meletup..” aku terkejut beruk bila dengar mak melatah, tak sangka pulak buka pintu tadi emak betul-betul berdiri depan pintu bilik aku. Nasib baik aku takde sakit apa-apa nasib baik jugak kencing aku tak manis-manis kalau tak dah go sat tadi kan.
“Apa ni mak buat terperanjat orang ajalah. Kalau yea pun nak jemput Ija keluar sabar-sabar lah sikit, kan dah melatah tu..”
“Banyak lah kau aku nak menjemput-jemput bagai. Ni ha kenapa ikat rambut macam tu, nak ke mana..” Emak merenung wajahku. Aku hanya tanya gigi malas nak bersoal jawab dengan emak pasal rambut serupa teletubis ni.
Tapi naik hairan pulak aku dengan mak ni, boleh dia tanya aku nak ke mana bukan ke tadi dia yang suruh aku tukar baju kata tunang nak jumpa, ni ha aku dah lembut hati nak keluar pergi jumpa kalau tak keluar bukan ke kempunan budak tu.
“Tadi mak suruh orang keluar pergi jumpa Awang, ni nak pergi jumpa dia lah ni..”
“Dah tak payah..pergilah kau mengeram dalam bilik tu sampai ke pagi besok. Budak tu dah balik..tak..tak payah nak jenguk-jenguk, dia dah balik. Tadi jual mahal sangat. Kesian si Is tu dari tadi menunggu, mak pun dah naik malu apa nak jadi lah kamu berdua ni, tak boleh bertemu macam anjing dengan kucing.” Bebel emak tak semena-mena apa lagi tadah ajalah telinga ni dah aku buat salah tapi syok juga takde lah aku jumpa Awang petang ni. Apa lagi masuk bilik la salin pakaiaan tadi dan teruskan dengan aktiviti aku yang tertangguh tadi layan ps2 sampai pagi. Yihaaaaa..hai senangnya dalam hati kalau si awang pergi, dunia seperti ana yang empunya! Hoi!..hehehehe

Sedang asyik melayan ps2 aku dikejutkan dengan nada sms you got 1 massege, alahai menyibuk aja, handphone ku padang sepi biar lah mesti Ku Nor n the geng nak tanya aku keluar ke tak malam karang. Nanti-nanti lah aku balas.
“Ija..Ija...” aduh ada lagi gangguannya. Apa ni tak boleh tengok orang senang sikit ini yang malas aku nak melepak kat rumah ni ada aja yang nak ganggu.
“Ija..” semakin kuat ketukan dipintu.
“Ishhh...gerammnya time-time macam ni lah nak ganggu, kan dah kena langgar kereta aku tu baru nak menang race ada aja yang mengacau.” aku membebel sendirian.
“Apa dia....” soalku geram apabila melihat wajah kak Ayu didepan mata.
“Apalah yang kau duk terperuk dalam bilik tu, buat apa..membuta” tuduh kak Ayu sambil kepalanya menjenguk ke dalam. Aku semakin mengecilkan bukaan pintu bilik. Sengaja mahu menyakatnya.
“Ni nak apa gangu orang ni kak..”
“Mak ajak keluar..”
“Nak pergi mana..orang tak nak keluar la.”
“Tak nak..apa yang kau buat dalam bilik tu sampai kitaorang nak ajak keluar makan pun payah ni..” kak Ayu menolak kuat pintu bilik. Aku memberi laluan kepadanya apabila dia sudah melangkah masuk ke bilik.
“Ini yang kau layan dari tadi samapi tunang datang kau buat tak tahu dik..” Ini yang malas ni suka sangat membebel tak sudah-sudah lagi ke. Ala kak Ayu tak habis-habis nak menangkan si Awang tu, dah takde kerja lain ke. Semua orang sukakan Awang, ilmu apa yang budak tu pakai sampai semua orang sukakan dia tu.
“Ooo..kau main games kereta, kononya boleh menang la tu, bawak kereta ni ajalah yang kau reti dik, kereta sebenar ada beran..” Cabar kak Ayu dengan sengihannya.
Aik bunyi macam mencabar aja tu. Takpe kak Ayu, aku akan buktikan suatu hari nanti aku lah juara diatas litar, tengok lah nanti
“Dah.dah..tutup benda alah tu, kau pergi mandi sekarang lepas tu siap-siap kita keluar makan..”
“Ala kau tapau dah la..”
“Takde-takde..jangan nak mengada-ngada macam taik kuda, abang ipar kau nak belanja malam ni. Kalau tak pergi menyesal..”
Abang ipar datang ke..aiseyman..tentu kat tempat special punya ni. Apa lagi tunggu takkan nak lepaskan peluang makan sedap-sedap.

Aku teruja saat masuk ke restoran exclusive itu, rasanya kami belum pernah lagi menjejak kaki ke tempat mewah seperti ini. Kak Ayu kontrol ayu ialah takkan lah dia nak tunjukkan ke jakunannya depan tunangnya sendiri aku korang jangan tanyalah memang aku buat perangai aku sendirilah buat apa nak berlakon bagai. Dengan pantas aku berjalan menghampiri meja yang menghadap air terjuan buatan itu. Aku ni memang jenis suka air terjun lah gamaknya mak lahirkan aku dekat tempat perkelahan kot. Aku tersengih memanjang sedari tadi namun aku tersedar tatkala mereka tidak kelihatan. Ke mana ah sudah. Aku mencari-cari kelibat mereka. Takkanlah mereka tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Biar betul, apa aku nak order kat sini dan yang paling aku takut siapa nak bayar. Aku bukan ada duit nak makan tempat-tempat macam ni, kalau makan sepinggan mee goreng kak Ani, cukup lah untuk seminggu itupun kalau aku mintak air kosong.

Aku mengagau poket seluar mencari handfoneku. Nasib baik aku bawa kalau tak memang nahas aku. Belum pun sempat aku mendail nombor kak Ayu aku dikejutkan dengan satu tepukan dari belakang.
“Mak kau meletup.” ha ambik kau..sempat juga aku melatah. Ini menurun dari mak lah ni.
“Kau buat apa kat sini, kitaorang macam kucing hilang anak cari kau kat sini rupanya kau dik.” Kak Ayu datang menyergah. Abang ipar sudah tersengih memandang. Mak pula hanya menggeleng kepala tahu sangatlah aku kalau macam tu gayanya mak, tentu dia berapi nak marahkan aku.
“Kak Ayu pergi mana, ingatkan tadi ikut aku kat belakang..”
“Yang kau tak menyempat tu kenapa..dah lapar sangat erk, kalau ia pun jangan lah jakung sangat..cuba kawal sikit.” aduh pedihnya kata-kata kak Ayu tapi nak buat macam mana memang salah aku.
“Dah tu apa lagi duk tercegat kat situ, duduk la...mak..” aku memepersilakan mereka duduk.
“Eee...buat malu aja bawak kau ni lah dik, abang dah tempat meja kat dalam bukan kat sini, ni apa kelas kat luar. Yang kau ni pun satu lah, pantang nampak air terjun mesti nak terjun kan. Eee apa lah adik ni mak sampai teruk macam ni jadinya.” Abang ipar ketawa mendengar bebelan panjang kak Ayu. Mak tanyang muka masamnya. Aku perlahan-lahan bangun dari kerusi lalu membuntuti langkah kak Ayu yang sudah cemberut melihat gelagatku. Nak buat macam mana dah terlepas laku, nasib baik tak ramai orang kalau tak dah tentu dapat malu free. Dengan bakal abang ipar aku pun dah terasa bahangnya ini belum lagi Awang.
“Abang dah tempah la dik..kat sana tu..kat dalam..”
“Ooo..” aku hanya tayang muka selamba sambil mengekori langkah mereka.

Rupanya tempat yang ditempat oleh abang ipar lebih cantik dari tempat air terjun tadi. Kasihan diorang dengan kejakunanku itu, gara-gara aku nasib baik mood kak Ayu tak spoil walaupun tadi nampak sikit lah ke spoilannya itu. Saat hidangan sudah tersedia aku terkesima apabila memandang seraut wajah yang amat aku ingin jauhi dari bertemu muka dengannya. Kak Ayu dan mak tersengih macam kerang busuk memadangku. Rupanya diaorang ada rancanagn lain juga selain makan-makan yea. Ini tentu plan mak, nampak sangat mak terlebih gembira dari yang lain. Patut la siang tadi mak tak marah aku kaw-kaw, kalau tidak dah pekak rasanya aku menahan bebelan mak tu.

“Duduk sini Is, dekat Ija ni..” mak berkalih duduk memberi ruang kepada Awang duduk disebelahku. Mak pula duduk disebelah kak Ayu. Aku apa lagi tarik muka empat belas lah. Terus selera ku mati nak makan pun dah terbantut. Tapi fikir punya fikir rugi pula kan, bukan senang nak dapat peluang makan tempat-tempat macam ni so aku anggap ajalah si Awang ni patung cendana yer.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati