Tuesday, April 20, 2010

Semarak Cinta 17

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Atas permintaan pengunjung setia yang masih mengharapkan akan adanya n3 SEMARAK CINTA saya akan siarkan beberapa episod sebagai pengubat rindu buat anda....


Siti berlari-lari anak menghampiri emaknya. Dadanya berombak kencang kerana berlari pantas. Dia yang memakai baju kurung moden nampak comel. Siti mengangkat sedikit kainnya bagi mengelakkan kemuncup melekap dibahagian kaki kain.
“Mak! ayah panggil balik.”
“Kenapa…” laung Kak Yam, setelah terdengar suara anak perempuannya memanggilnya
“Entah la mak.” Jawab Siti
“Erm..ada-ada saja lah ayah kamu tu. Alia akak balik dulu lah yea. Kalau kamu nak balik jom lah.” Kak Yam mempelawa Nur Alia pulang. Dia rasa serba salah tak lama Nur Alia turun kebendang bersamanya dah kena balik pulak.
“Takpe lah kak . Alia ke sana aja yea, tengok diorang cari siput. Jawabnya jujur.
“Baiklah hati-hati nanti kang tak pasal-pasal jatuh dalam sawah ni.”Nur Alia hanya ketawa mendengar kata-kata Kak Yam.
“Siti temankan kak Alia tu. Pinta Kak Yam kepada anaknya yang masih lagi tercegat ditempat tadi. Dia kelihatan tersengih.
“Yea lah mak.”Mariam meninggalkan anaknya Siti bersama Nur Alia. Langkahnya semakin laju. Sesekali dia menoleh ke arah tali air tempat anak-anak lelakinya Ajis dan Epie berendam. Seronok bukan main lagi mereka. Mariam berjalan sambil tersenyum.
“Jom Siti. Kita kesana, tengok Along Adi cari siput.” Nur Alia berjalan berpimpingan tangan dengan Siti. Dia ketawa riang melayan celoteh Siti. Sesekali ketawa mereka menyapa lembut gegendang telinga Adi Hamidi. Terasa satu ketengangan dijiwanya bila mendengar gema suara isterinya disapa angin. Mata Nur Alia tidak puas menatap kehijauan pepohon rendang dihujung sawah. Cukup damai sekali. Bertemankan bunyi kicauan burung yang sesekali disapa angin petang.
“Itu siput kan Siti.”
“A’aa kak”
“Siput apa yea.”
“Entah la kak. Siti pun tak tahu.”
“Agaknya siput ni kot yang Along Adi cari. Jom.” Nur Alia mengajak Siti keraha batas sawah yang terbentang hijau dipenuhi anak-anak padi. Beberapa ekor siput lagi kelihatan sedang merayap perlahan-lahan dicelah batang anak padi.
“Siti ambilkan plastic, kita tolong Along Adi carikan siput yea.”
“Baik kak.” Siti berlari-lari kecil menuju ke tempat abangnya mencari siput. Dia mengambil plastic yang terletak berhampiran baldi. Kehadiran Siti langsung tidak diendahkan oleh mereka yang sedang keseronokkan berkubang. Sesekali suara Epie terjerit-jerit marah diatas perlakuan Ajis melempar selut ke arahnya.
“Jom kita kutip siput ni. Besar-besar yea siput ni Siti. Kenyang lah Along Adi Siti makan nanti.” Secarik senyuman terukir diwajahnya. Tangan Nur Alia lincah mengutip beberapa ekor siput yang berada di tepi batas. Walaupun terasa sedikit geli ketika menyentuhnya namun ditahan juga. Lama kelamaan rasa geli itu beransur hilang.
“Ada telurlah. Comelnya telurnya kak. Warna pink lagi.” Siti kegirangan melihat telur-telur siput yang berwarna pink seakan-akan biji selasih berselerakan diatas rumput-rumput kering disekitar sawah. Jari telunjuknya diarahkan ke tanah.
“Yang ni bertelur tak payah ambik la Siti. Kesian. Kita cari kat tempat lain pulak yea.” Arah Nur Alia setelah melihat siput itu meningalkan telurnya.
“Jom kita ke sana.”
“Kak Alia kat sini ada lima ekor.” Siti terjerit-jerti keriangan. Dia melompat-lompat kecil.
“Nanti akak ambik.” Nur Alia mengutip siput-siput yang berjalan lambat itu. Dia tersenyum. “Hati-hati kak. Kat sini ada lintah.” Laung siti dari atas batas.
“Hah! ada lintah.” Nur Alia berlari-lari anak menuju ke batas dimana tempat Siti berdiri. Dia cukup geli dengan makhluk bernama lintah yang mempunyai badan yang lembik, kenyal dan berlendir bila mengingatinya serta merta badannya kegelian.Siti ketawa melihat karektor Nur Alia berubah setelah dia mengetahui lintah juga terdapat didalam sawah.
“Dah penuh la siti. Cukuplah yea. Nantikan pupus pulak siput ni.” Suaranya tercungap-cungap menahan debar ketika berlari ke arah Siti tadi.
“Kita campurkan dengan yang Along, kak. Diaorang taruk dalam baldi.”
“Ok. Jom.” Nur Alia dan Siti berjalan menuju ke arah tempat Adi Hamidi berkubang. Ditangannya terdapat satu plastic kecil yang terisi penuh dengan siput. Meraka saling senyum bila berpandangan.
“Tak payah susah payah berendam. Kat sini pun boleh dapat siput. Saja nak berkubang.” Getus hati Nur Alia.
“Kita masukkan sekali dalam baldi tu yea Siti. Nanti biar Along angkat ngan abg Ajis aja.”
“Yea lah kak.”Nur Alia menuang siput-siput yang dipungutnya tadi kedalam baldi yang terletak dititi kecil itu.
“Aik yang lain-lain semua kecil yang kita aja besar Siti. Lain pulak tu.”
“Along Adi ni saja nak kenakan anak-anak siput agaknya. Betul kata nenek tadi along adi tu bukannya betul sangat.” Bebel Nur Alia sambil memandang kearah suaminya yang sedang seronok berendam. Beberapa ekor siput sedut merayap ditepi-tepi dinding baldi. Siti cepat-cepat menguis supaya jatuh kembali kedalam baldi.
“Siti..Siti sekejap.” Laung Epie dari jauh sambil melambai tangannya ke arah adiknya Siti.“Ada apa.” Siti masih lagi tidak berganjak. Sduanya dia hanya bertanya kepada abangnya mahu apa.
“Ambil siput ni. Satukan dalam baldi tu. siput dalam baldi kecil ni dah nak penuh.” Epie menyuakan baldi kecil yang berada ditangannya. Siti berlari-lari anak meneju ke tempat Epie.
“Nah! Kak, abg Epie suruh kita satukan dengan yang ni. Dia nak baldi.” Nur Alia mengambil baldi yang berisi siput sedut kedalam baldi besar. Siput-siput itu menimbusi siput-siput besar yang tuangkan oleh Nur Alia tadi.
“Dah banyak ni. Nanti siapa pulak nak habiskan. Bagitahu Along Adi dah cukup lah. Dalam baldi ni pun dah nak penuh. Lagipun dah petang ni.”Siti menganguk tanda mengerti arahan yang diberikan oleh Nur Alia. Dia berlari-lari anak melaungkan nama Along Adi.
“Along.. kak Alia cakap cukup lah. Dah penuh satu baldi. Nanti takde siapa pulak nak habiskan. Lagipun dah petang. Kak Alia suruh balik.” Ucapnya dengan suara terputus-putus kerana kelelahan berlari sakan tadi.
“A’aa. Yea lah kami nak balik lah ni. Jom Ajis, Epie. Kak Alia dah tunggu tu. nanti bising pula nenek kebayan tu.” Ajis dan Epie ketawa riang apabila Along Adi mereka memanggil Nur Alia dengan panggilan nenek kebayan. Badan mereka bertiga penuh dengan selut. Macam kerbau dah jadinya. Nur Alia hanya mengelengkan kepala. Suaminya tak ubah macam budak-budak. Elok lah berkawan dengan Ajis dan Epie tu. sama-sama suka sakat orang.
“Siti tolong bawakan seliper Along. Bawak sini baldi tu kita bahagi-bahagikan.”
“Eh! tak payah lah Along. Kami ni dah puas makan siput. Along tu jarang balik kesini. Ajis ngan Epie bukan nak makan pun. Cuma nak berednam aja. Terangnya sambil tersenyum lebar. “Patut la hari aku ajak tu bukan main lagi gembiranya, rupanya nak berendam.” Bisik Adi Hamidi.
“Ajis ambik la separuh.”
“Tak nak lah Long. Takpe lah Along makan aja puas-puas ngan kak Alia ni. Along kan mengidam.”Adi Hamidi memadang wajah merah Nur Alia. Dia tahu Nur Alia malu dengan kata-kata Ajis tadi yang masih lagi tersengih ke arahnya.
“Isk.. kesitu pulak kamu. Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tahu tadi ambik sikit aja.”
“Takpelah. Nanti kak Alia masak, akak bagi pada Ajis yea.”
“Yea lah kak.”
“Ooo… Ajis nak yang dah masak yea. Kalau cakap dari awal kan senang tak payah la Along peningkan kepala kira berapa ekor nak bagi Ajis tadi. Ketawa meletus bila mendengar kata-kata Along Adi yang sengaja mengenakan Ajis.
“Ala… kalau bagitahu awal-awal tak suspend la Along.”
“Ada ke macam tu. Siapa yang ajar.”
“Along lah. Along kan sifu Ajis dan Epie.”
“Kenakan kita pulak yea.”Mereka sama-sama ketawa.
“Uih!.. beratnya. Batu ke siput ni.”
“Biar Ajis yang angkatkan Along.”
“Tak payah la. Saja aja Along kata macam tu nak tengok kamu ni nak tolong ke tidak. Dah jom balik.”Ajis hanya mencebikkan bibir. Dia cukup seronok hari ini, jarang sekali dia merasai keseronokkan seperti sekarang. Mereka berjalan beriringan. Sesekali kedengaran ketawa Adi Hamidi memecah keheningan petang.

Nek Mah dan Tok Aki sedang membersihkan halaman rumah mereka ketika Adi Hamidi dan Nur Alia sampai ke rumah. Sepasang warga tua itu cukup bahagia menjalani kehidupan yang sederhana. Saling bertolak ansur dan bekerjasama ibarat kata WonderPet apa yang penting… kerjasama!!…apa yang penting…kerjasama!!…
“Banyak dapat siput Adi.” soalnya Nek Mah yang melihat cucunya membimbit baldi berwarna hijau.
“Banyak juga nek hampir satu baldi.” Ujarnya. Dia Nampak sedikit keletihan. Sudah lama dia tidak menjalani aktiviti berkubang.
“Banyak tu. larat ke kamu makan ni.”
“Nanti kita bagi separuh yang dah masak pada Kak Yam. Balas Adi Hamidi lalu meletakkan baldi itu berhampiran nenekyan. Nur Alia melangkah perlahan ke menuju ke belakanng. Dia ingin membasuh kaki yang sedikit berlumpur.
“A’aa yea lah. Pergilah kamu mandi dulu, biar nenek yang bersihkan siput-siput ni. Dah macam kerbau dah rupa kamu tu.”
“Yea lah. Tapi…Adi macam kerbau pun tetap encem kan nek. Selalu buat nenek tak tidur malam ingatkan Adi kan nek.” Dia mengenyitkan sebelah mata kanannya tanda menggoda nenek yang masih tersengih kelucuan mendengar usikan dari cucunya.
“Hiss ke situ pulak kamu ni.” Nek Mah cuba menampar lengan sasa cucunya, namun sempat ditepis oleh Adi Hamdi. Ketawa meletus bila Adi Hamidi hampir tersungkur ke tanah kerana tersadung sabut kelapa. Adi Hamidi meninggalkan nenek kesayangnya yang masih tidak lekang dengan senyuman menuju kebilik air. Guni padi yang telah ksong itu dibengkan ke tanah. Nek Mah mengangkat baldi yang berisi siput itu ke atas hamparan guni tadi, lalu dituangkannya. “MasyaAllah.. Apa kena dengan budak ni. Dah tak kenal agaknya siput yang boleh makan tak boleh makan.” Bebelan Nek Mah yang sedikit keras menyebabkan Tok Aki berhenti seketika membakar sampah. Dia bergegas mendapatkan isterinya di pintu dapur.
“Kenapa nek nya”. Soal Tok Aki yang melihat Nek Mah mengasingkan siput Gondang yang kehitaman itu
“Awak tengok lah cucu awak ni. siput Gondang ngan siput sedut tu dia dah tak kenal ke.”
“Kah..kah..kah!!..” Tok Aki ketawa terbahak-bahak. Tangannya menekan perut yang terasa senak bila ketawa. Beberapa ekor siput Gondang yang kehitaman sebesar buah pinang merayap perlahan-lahan diatas guni yang Nek Mah bentangkan itu.
“Buang tebiat ke budak tu agaknya. Tu lah, lama sangat duduk dibandar. Siput pun dah tak kenal.”
“Apa bising-bisng tu nek. Soal Adi Hamidi yang baru keluar dari bilik air setelah mendengar keributan diluar dapur. Cuba kamu tengok ni, siput apa yang kamu bawak balik Adi oii. Siapa yang nak makan siput Gondang ni. orang lain buang kamu pulak pergi kutip bawak balik. Nek mah menunjukkan kepada cucunya siput yang dimaksudkan tadi.
“Eh! Adi tak cari pun siput ni.” dia kehairanan setahunya mereka tidak mengutipnya, lagipula siput yang meraka cari semua kecil-kecil saiznya.
“Habis tu siapa?”
“Haa..sah! ini mesri kerja Alia ni nek. Alia!..Alia! laung Adi Hamidi, dia mahu melihat bagaimana reaksi isterinya nanti kerana tersalah cekup siput.
“Yea. Ada apa.” Terkocoh-kocok Nur Alia menghampiri suaminya yang tercegat berbalu tuala didepan pintu dapur.
“Nanti tolong masak lemak siput Gondang nie yea.” Katanya selamba
“Hiss… kamu ni Adi ajar yang bukan-bukan pulak.” Marah Tok Aki setelah reda dari tawanya.
“Kenapa tok.” Tanya Nur Alia lembut penuh dengan tanda tanya.
“Ni ha. kamu dah tersalah kutip siput. Yang ni tak boleh makan. Macam mana kamu nak sedut nanti. Dah la besar macam buah pinang, muat ke mulut kamu nak masukkan ni kedalam mulut nanti.” Geleng Tok Aki. Nek Mah sedang mengasingkan siput Gondag hasil pencarian Nur Alia. Dia memasukkan siput Gondang itu kedalam plastic.
“Kalau kamu nak tahu Alia. Ni salah satu spesis siput yang paling ditakuti oleh pesawah dikampung kita ni. Serangannya boleh merosakkan benih anak-anak padi. Cepat membiak pulak tu. boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman padi ni. boleh bankrap la juga pesawah kat sini. Yang ni orang tak makan, kalau makan, silap-silap boleh kojol jadinya.”
“Ooo..macam tu yea tok.” Katanya tanda mengerti. Nur Alia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia mati akal bila mengingati kembali detik-detik keseronokkannya mengutip siput Gondang itu bersama Siti.
“Tok Aki hanya mengangguk.” Dia mahu ketawa semula namun ditahannya agar Nur Alia tidak terasa hati dengan gelaknya. Sudahnya Tok Aki hanya tersenyum.
“Takpelah toknya, sekurang-kurangnya cucu kita ni rajin dah tolong si yam tu, nanti tak payah dia susah-susah terhendap-hendap kelebek benih padi tu.” Nek Mah memandang wajah kelat Nur Alia.
“Orang lain kutip buang, cucu awak ni kutip nak makan.” Gelihati juga dengan cucu barunya yang tidak tahu apa-apa.Adi Hamidi hanya menggelengkan kepala. Terasa ingin tergelak melihat muka segan Nur Alia ketika diberitahu jrnis siput yang dikutipnya.Nur Alia menutupi rasa segannya itu dengan senyuman. Dia berlabuh duduk ditepi Nek Mah membantu mengasingkan siput Gondang kedalam palstik.
“Mana kelapa nek biar Alia parutkan.” Pintanya sesudah Berjaya mengasingkan siput-siput tersebut.
“Tak payah la. Esok aja kita masak.” Ujar Nek Mah.
“Siput ni nenek nak rendam dulu satu malam. Nak buang pasir yang melekat dicelah-celah cengkeram ni.” sambungnya lagi.
“Ooo..macm tu ke nek.”
“Kamu pernah makan tak ni.”Nur Alia mengelengkan kepala, Adi Hamidi disebelahnya hanya ketawa.
“Tak pernah nek. Ni la pertama kali Alia nak cuba. Sedap ke nek?”.“Patut la, siput gondang pun tak kenal..” perli Adi Hamidi sambil berlalu dengan selamba.
“Tak pernah makan rupanya. Kamu pernah makan kerang. Rasanya macam kerang. terang Nek Mah.
“Ooo.. nak makannya kena ketuk dulu erk.” Terpancul soalan cepumas kepada neneknya yang memandang tepat ke wajahnya
“Eh! ketuk apa pulak cucu aku ni..”
“Habis tu nak makan cama mana nek.”
“Kita sedut kat lubang ni. ujar Nek Mah sambil mengambil seekor siput dan menunjukan kepada Nur Alia.
“Tapi sebelum masak tu kita kena lah potong sedikit cengkeram yang runcing tu. Nanti senang udara nak masuk.” Sambungnya lagi.
“Erm…” Nur Alia masih kebingungan. Nek Mah hanya menggelegkan kepala melihat aksi Nur Alia seperti rusa masuk kampung.
“Takpe lah pergi mandi dulu. Esok nek ajar macam mana nak masak. Macam mana nak makan.” Nur alia tersenyum. Neneknya tidak jemu dan masih bersabar dengan kerenah dia yang tak pandai serba serbi.

5 comments:

Anonymous said...

salam...
sy dah bc nvl ni full episode tp last skali sdih la...
apa kata kat blog ni buat happy ending...
thumbs up...:)

diarihati said...

terima kasih...
ermm...ramai juga pd awalnya minta sc disambung dan endingnya mestilah yg happy..insyaallah dlm pertimbangan

has said...

akak baca kat penulisan2u sampai 23 chap. je sambungla ye dek best cite ni

izhan said...

knp kt penulisan2u dh smpai bab 23,kt cni bru 17..
cptlh smbg..
dh x sbr tnggu ni..
mcmne dh ade yg hbs bce??
dorg bce kt mn???

Diari Hati said...

salam izhan.. cite ni mmg dah tamat di blog ni pd mulanya, dan saya pernah htr ke penulisan2u lebih dr 23 episod namun sy x pasti apa yg terjadi lps tu..dan SC sy pernah htrkan manuskrip penuh ke KN hingga kini msh menunggu utk itu sy siarkan beberapa episodnya...

 
Copyright 2009 Diari Hati