“Oit termenung pulak ni dia, takde kerja eh.” Naziah menegurku sebaik sahaja dia merempuh masuk. Lamunanku berkecai sebaik sahaja suaranya memecah kesunyian. Dan sedikit terkejut dengan tegurannya yang sememangnya tak makan saman tapi hanya makan nasi, asal masuk bilik aku sahaja pasti lupa ketuk pintu aku masak benar dengan perangainya Jauh juga aku mengelamun mengingatkan kembali detik-detik zaman remajaku dahulu waktu dan saat-saat terindah bergelar pelajar.. Kini enam tahun sudah berlalu satu masa yang cukup lama telah ku tinggalkan tanpa aku menyedarinya. Dimanakah teman-teman sebilikku Sarah dan Julia sudah berumahtanggakah mereka atau masih bujang sepertiku. Aku rindukan saat-saat bersama dahulu, mengingati detik-detik itu membuatkan aku berada didunia yang lain. Khayalan yang mengujakan.
“Kalau yea pun nak tegur aku cik kak jangan lah main redah aja. Lain kali ketuk pintu tu dulu.” Aku menjeling geram ke arahnya. Dengan senyuman melebar Naziah pantas melangkah lalu duduk dihadapanku tanpa sedikitpun berkutik dengan kata-kataku tadi. Lenggok dan gayanya seperti biasa.
“Dengan kau aja aku buat macam ni, dengan orang lain tak.. “jawabnya selamba
“Kenapa pulak.” Aku tidak berpuas hati dengan jawapan selamba badak darinya.
“Cik puan,.dah pintu tu terbuka nak ketuk buat apa lagi, yang kau tu syok sangat termenung sampai aku tercegat kat situ pun kau tak nampak ingatkan siapa, buah hati erk..” Naziah tidak mahu mengalah dia menjadikan kelalaianku sebagai senjata, tapi memang silapku tadi terlupa untuk menutup pintu gara-gara mahu cepat siapkan kerja-kerja yang tertangguh semalam. Malas mahu berkekak dengannya kalau aku menang sekalipun bukan dapat apa-apa hanya masa yang terbuang..
“Bukan aku sengajalaha aku ‘ter’ temenung aja. teringatkan zaman-zaman belajar dulu.” Wajah Kamil Hakim mula menjelma kembali saat aku sedang berhadapan dengan Naziah, jika Naziah dapat melihat apa yang terpapar dilayar mataku kini pasti dia tidak menang mulut bertanyakan itu dan ini daripadaku. Aku tersenyum sendirian. Ada sesuatu yang belum diselesaikan diantara kami dan sehingga kini aku mengharapkan agar dia menunaikan janjinya.
“Eh.. dah lama aku tak nampak Pian, dia ke mana erk..” tiba-tiba nama Pian terpacul dari bibirku sedangkan aku sekarang mengingati Kamil Hakim. Pian.. Yea Pian teman sepermainan masa kecilku dahulu. Setahuku selepas menamatkan pengajiannya dia terus berkerja. Berkerja dimana.. Entah aku tidak pasti kerana kami jarang bersua walaupun tinggal sekampung . Aku dan dia terus terputus hubungan sejak itu.
“Best juga bunyi soalan kau ni Maira..Tiba-tiba aja kau sebut nama Pian ni kenapa.. Kau teringatkan dia erk.”
“Apa pulak yang bestnya. Ha dah jangan nak gosipkan aku dengan dia pulak.” Aku sengaja memberi amaran kepada Naziah supaya tidak menggosipkan aku dengan Pian. sememangnya aku tak kisah apa yang mahu dikatakannya yang penting hati aku masih lagi kepada si dia yang berada entah dimana. Ke manakah dia menghilang selepas menaburkan janji-janjinya. Aku ingin sekali menatap wajahnya kerana dihati ini terlalu lama menyimpan rindu. Aku mahukan jawapannya. Naziah ketawa sebaik sahaja aku mengelurkan ayat amaran itu.
“Ada juga aku teringatkan dia, dah lama betul tak nampak dia kan, kalau balik kampung pun belum tentu terserempak dengan dia. Mana dia pergi erk Miara..” Naziah juga menyatakan hal yang sama aku fikirkan.
“Aku rasalah Zie dia kecewalah..”
“Kecewa! Dengan siapa pulak..” Naziah makin berminat dengan cerita yang ku karang ini. Aku hanya mampu ketawa dalam hati melihat keterujaannya dan tidak semena-mena aku mengheret dia sama turut serta dalam kenanganku apabila berbicara tentang Pian teman karib sepermaianan.. Naziah seringkali mahu digandingkan dengan Pian setiap kali kami bermain bersama tak kiralah permainan apa sekalipun dia tanpa segan silu akan menarik tangan Pian dan Pian hanya tersipu-sipu malu dengan kelakuan Naziah. Ah itu zaman kanak-kanak apa yang Naziah tahu, yang ada didalam fikirannya hanya untuk menang dan menjadi juara, mengalahkan aku adalah misinya yang utama sebab itulah dia seringkali mahu digandingkan dengan Pian.
“Dengan kau lah.. kau tolak cinta dia kan..” kataku sambil ketawa kecil. Naziah membulatkan matanya geram dengan kata-kataku yang sengaja mengenakannya aku sempat mengelak jari jemari runcing miliknya dari menyakiti lenganku.
“Hei tolong sikit cik puan, bila masa pulak aku sukakan dia dan dia sukakan aku. Tapi aku rasalah kan, dia kecewa dengan kau la Maira, yea lah dulu masa kita kecik-kecik dulu dia paling rapat dengan kau kan tapi bila besar dia macam jauhkan diri aja, kau ada tolak cinta dia ke. Manalah tahu dalam diam kau orang pernah bercinta masa belajar dulu.”
“Amboi-amboi kau punya teori mengalahkan saintis la, suka hati mulut kau je nak cakap erk…”Aku diam seketika memutarkan kembali kenangan-kenangan silam kami.
“Entah la masa belajar dulu pun dia tu macam bermusuh dengan aku, mulanya aku pelik juga tapi bila difikir-fikirkan aku anggap aja mungkin dia segan dengan aku tak, yea lah bila dah besar jadi lain la…” Naziah cuma mengangguk dengan kenyataanku. Khusyuk benar dia mendengar ceritaku.
“Kau tak pergi merisik dia ke Zie....”
“Hajat hati tu nak juga tapi kena tunggu aku balik kampung la…”katanya selamba. Aku terdiam tidak menyangka dia akan jawab begitu. Bukan boleh percaya dengan Naziah ni semua perkara dibuat mudah baginya. Kalau aku suruh merisik bertanyakan khabar itu bukan menjadi masalah kepadanya maklumlah seluruh kampung mengenali siapa Naziah seorang yang peramah hatta dengan orang yang baru dikenalinya sekali pun. Pernah juga aku menasihatinya supaya berhati-hati dengan manusia zaman sekarang tapi dia hanya tersenyum dengan nasihatku.
“Nanti aku nak tanya kenapa Pian jadi macam tu, aku nak selidik kau pernah kecewakan dia tak..lepas aku dapat jawapannya aku nak suruh Hj Din tu masuk meminang kau. Aku cakap la Maira dah lama tunggu anak pakcik.” Naziah ketawa apabila dia berjaya mengenakan aku dengan kata-katanya. Aku menghempup fail yang berada diatas meja ke arahnya pun begitu dia sempat mengelakkan diri. Begitulah kehidupan aku dan Naziah sentiasa disulami gurau senda walaupun sesekali bertikam lidah. Aku dan Naziah berkawan sejak kecil segala suka duka kehidupanku kami kongsi bersama. Kami bagaikan adik beradik kembar yang berlainan bapa dan ibu. Hanya dia lah satu-satunya teman yang sesuai digelar sahabat. Teman yang sentiasa ada sewaktu susah dan senangku. Biarlah kisahku bersama si dia menjadi rahsia buatku. Satu-satunya rahsia hati yang kukuh ku simpan sehingga kini.
“Kalau Hj Din tu tak nak.. kau nak buat macam mana?” Dugaku lagi masih mahu meneruskan omogan kosong kami.
“Kalau Hj Din tak nak aku pujuk la dia, aku cakap macam ni, pakcik kawan saya si Maira tu dah lama tunggu anak pakcik sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin lagi saya rasa baik pakcik pinangkan Miara tu untuk Pian lagipun Pian tu tentu sukakan Maira pakcik. Mereka nampak sepadan aja bagai pinang dibelah dua.” Ujarnya dengan suara yang dilembutkan. naik meremang bulu tengkukku apabila Naziah berbicara begitu.
“Kalau kau pujuk dengan gaya macam ni aku grenti Hj Din tu terus masuk meminang tak bertangguh lagi dah..”
“Amboi suka nampak…takkan kau tak kenal siapa aku ni Maira, ini Naziah la..kacang aja semua tu.” Sengaja suara dan mimik mukanya disombongkan.
“Aku belum habis cakap lagilah kau dah potong, aku nak cakap terus Hj Din masuk meminang kau..tapi bukan untuk Pian untuk dia, Pian akan panggil kau Mak Uda Zie lah lepas ni..hahahaha” aku ketawa besar sesudah menghabiskan ayatku. Naziah menundingkan jari telunjuknya ke arahku mungkin geram dengan kata-kataku yang terkena batang hidungnya.
“Malas aku nak layan kau.” Katanya sengaja merajukkan diri.
“Kau ke sini apa hal..”aku bertanya mempersoalkan tentang kedatangannya ke bilikku. Bukan aku menghalaunya untuk berbual tapi jika staf-staf yang lain nampak tentu tidak elok dan kedatangannya pun tidak berapa tepat waktunya aku tengah sibuk dengan kerja-kerjaku tak patut aku bergurau senda dengannya pada waktu ini.
“Kau tak tengok jam ke..sekarang dah lunch hour tau tak..” aku mengerling jam didinding jelas menunjukkan ke pukul 1 petang sangkaku dia hanya bergurau tetapi ternyata aku silap..
“Itulah kau asyik termenung aja kerjanya, nasib baik tak terlepas waktu makan tau, mujurlah kau ni kawan aku kalau bukan dah lama aku tinggal kau sorang-sorang berangan kat sini. Biar kebulur satu hari.” Aku hanya tersengih memandang ke arahnya. Yea betul juga katanya kalau dia tidak datang ke bilikku sudah tentu aku akan kebulur seharian di sini kenyang dengan khayalan yang menjelma tak kira waktu.
“Jom KFC..aku belanja.” Ajakku sambil mengemas seberapa segera segala kerja yang ku lakukan tadi.
“Orrait..dah lama aku tak pekena ayam kampung KFC tu…”balasnya sengaja mengenakan aku yang sememangnya takkan lupa pada ayat itu. Yea la mana mungkin aku melupakannya ayam kampung KFC satu baris ayat yang boleh mengimbau kembali detik-detik terindah dalam hidupku. Aku yang teringin hendak makan ayam KFC sewaktu zaman kanak-kanakku dahulu disajikan dengan ayam kampung yang dibancuhkan dengan tepung. Bila di goreng rupanya sebiji macam ayam KFC cuma isinya sahaja yang terasa sedikit liat tapi dek kerana terlalu inginkan ayam KFC emak menyediakan juga untukku dan adik-adik. Dan akhirnya kami berjaya menghabiskan seekor ayam kampung yang digoreng bersama tepung. Naziah juga turut menikmatinya bersama kami walaupun pada mulanya dia malu-malu kucing menyertai kami.
“Maira cuba kau tangok budak tu.. cute kan..dia pandang aku la..”aku berpaling ke arah kanak-kanak yang dikatakan oleh Nziah tadi. Memang betul apa yang dikatakan Naziah kanak-kanak yang sedang memandang kami begitu comel sekali kepalanya dihiasi skaf rambut berwarna pink disulam dengan riben putih tampak kena dengan gayanya dia tersenyum apabila aku dan Naziah mengacahnya. Sesekali ibunya turut berpaling ke belakang melihat siapakah gerangan manusia yang sedang menyakat anaknya.
“Bertuah la mak budak tu dapat anak comel macam baby tu.” Mulut Naziah tidak henti-henti memuji. Aku hanya mengelengkan kepala melihat keletahnya.
“Kalau dah rasa teringin sangat nak menimang anak baik kau kahwin aja Zie tak payah tunggu si Pian tu tak kemananya kau.” Aku cuba menyakatnya. Dia memandang tepat ke arahku sebaik sahaja nama Pian disebut tanpa sengaja oleh mulut gatalku,
“Lagi-lagi Pian, kau ni kenapa Maira, dah rindu sangat dengan dia erk kalau rindu kata rindu jangan sampai rindu-rinduan kalau sayang kata sayang jangan sampai dia melayang.” Giliran dia pula mengenakan aku. Entah pantun dari mana yang ditibai rosak jadinya. Itulah mulut takde insurans nama Pian juga terkeluar dari mulutku sedangkan fikiranku ketika ini melayang mengingati Kamil Hakim. Seraut wajah itu aku rindui terlalu lama aku menanti kehadirannya enam tahun satu jangka waktu yang panjang. Setiap waktu aku berdoa agar dipertemukan dengannya ada janji yang belum dilunaskan diantara kami. Naziah masih mengacah kanak-kanak comel itu tanpa jemu walaupun jarak kami dipisahkan dengan beberapa meja serta pengunjung.
“Hei cepatlah makan nanti mak budak tu kenyang kau pulak yang kebulur.” Aku menegur Naziah yang ralit dengan perbutannya mengacah kanak-kanak berusia lebih kurang lapan bulan mengikut perkiraanku.
“Orang nak main sekejap pun marah.” Balasnya sambil mengambil seketul ayam lalu disuakan ke mulutnya.
“Maira kau rasa-rasa kalau aku kahwin 5 tahun lepas agak-agaknya anak aku dah berapa erk..”dia menyoalku dengan bersahaja.
“Manalah aku tahu Zie apa punya soalanlah kau ni. Usia perkahwinan bukan penentu berapa orang anak kau keluar. Tengok..berapa ramai yang dah lama kahwin tak dapat-dapat lagi anak yang tak kahwin pulak berlambak beranak sampai dibuang macam tu aja. So berbalik kepada soalan kau tu jawapan aku macam ni bergantung kepada rezeki yang Allah Ta’ala nak bagi la.”
“Kau ni kalau bercakap mengalahkan ustazah la..Kau patut kahwin dengan ustaz la Maira.”
“Amin..kau doakan aku erk..moga-moga aku jumpa seorang lelaki yang boleh menjadi imam dalam hidupku.” Kataku sambil tersenyum mesra.
“Haaa..dah nak start berangan la tu pantang puji sikit.” Tegur Naziah seperti tahu-tahu sahaja yang aku hampir-hampir terbabas sebentar tadi. Dia cuba mengutil lenganku tapi dengan pastas aku mengelak pergerakannya yang dapat ku baca dan kerana mengelak dari cubitannya tadi tanpa sengaja tanganku terkena sesuatu..
“Tang!” aku melihat ke bawah, trill berwarna coklat itu sudah terlungkup ke bawah. Cawan kertas yang berisi air pepsi itu berhemburan dilantai lalu bergolek ke arah kasut lelaki itu dan sudah tentu nasi ayam KFC nya juga tidak menjadi rezekinya kali ini. Aku tidak berani mengangkat wajah malu dengan kecuaianku sendiri. Naziah masih diam ditempat duduknya mungkin juga tergamam melihatnya tadi.
“Maaf encik, saya minta maaf banyak-banyak.” Aku cuba mengangkat trill yang isinya sudah terlungkup ke lantai.
“Eh takpe-takpe, biar adik tu aja yang kemas.” Katanya perlahan
“Saya ganti balik makanan encik tu..”mataku masih lagi menatap nasi ayam KFC di atas lantai kerana kecuaianku nasi ayam tadi terbuang begitu sahaja, sayu melihat nasi yang tidak sempat dimakan oleh pemiliknya. Kata-kataku untuk mengantikan semula makanan yang terjatuh tadi tidak bersambut, jejaka itu masih diam membisu mengiakan tidak dan menolaknya juga tidak.
“Pemilik pipi yang merah sirna matanya yang cantik” sebaris ayat yang terluncur lembut dari bibir jejaka itu membuatkan aku tergamam. Ayat itu ayat keramat yang menghantuiku sehingga kini. Aku mendongak sedikit wajahku menatap pemilik suara yang ku rindui sekian lama. Wajahnya sedikit berubah berkumis tipis, matanya yang bercahaya dan senyuman yang meruntun seluruh jiwaku. Lama aku menatap seraut wajah itu badannya yang tampak sasa jauh berbeza dari dulu. Aku seperti berada didunia ku sendiri.
“Hmmm…” suara Naziah berdehem kecil mengembalikan aku ke alam nyata. Aku melihat disekelilingku semua mata tertumpuku ke arah kami dengan diserikan senyuman dan ada juga yang sedang berkata-kata. Kami bagaikan pasangan selebriti yang datang berkunjung ke situ menjadi tumpuan cuma bezanya tidak ada kemilau cahaya kamera-kamera canggih seperti selebriti asli. Aku tersipu-sipu malu menjadi perhatian mereka malahan lebih malu dengan diri sendiri yang tanpa sengaja melanggar kesopanan seorang gadis timur yang kaya dengan sifat pemalu. Tuhan telah makbulkan doaku pertemuan yang tidak disengajakan telah diatur sempurna oleh Yang Maha Pencipta.
“ Kamil Hakim” sebaris nama itu ku sebut lancar, selancar aliran air terjun yang sedang menjunam. Aku lihat dia hanya tersenyum lalu mengangguk kecil mengiakan bahawa hanya dialah pemilik nama itu ketika ini.
“Apa tercegat lagi ni, berapa lama nak berdiri kat situ, kalau yea pun tergamam takkan tak boleh nak duduk..” perlahan suara Naziah menuturnya, manampar hangat cuping telingaku nasib baik aku bertudung jika tidak sudah jelas kelihatan rona kulit wajahku bertukar. Aku yang hampir terlupa padanya terpaksa menahan malu buat kali kedua.
“ Come joint us..”ajaku pada Kamil Hakim yang masih tersenyum pun begitu dia hanya menurut. Aku pula yang mengelabah saat ini. Apa yang tidaknya dia memilih duduk berhadapan denganku.
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hohohoho....
best la creta ni....
dulu maira bnci kat hakim ni....
skrg suka lak...
tp msa kcil dulu mrk prnh brcnta ke??
smp maira tagih jnj dr hakim...
Post a Comment