Friday, May 22, 2009

Hati Ini Milikmu 1

Awan kelam yang sarat mengendung air memanyungi siang yang tadinya panas terik berarak perlahan-lahan menutupi kebiruan langit. Angin yang mengiringi alam bertiup sepoi-sepoi bahasa semakin lama semakin kencang, dedaun tua yang menguning mula berguguran. Hujan pasti akan turun bila-bila masa sahaja. Gadis itu sedang duduk berteleku diatas tunggul kayu dibelakang rumahnya sambil memerhatikan air jernih mengalir mengikut alurnya, dia leka memerhati kejadian alam yang sungguh ajaib itu. Dia terpesona seketika. Air matanya yang tadi hanya bertakung kini merembes keluar sebelum hujan menimpa bumi. Terasa dirinya seperti dedaun-daun yang berguguran itu. Tidak berguna pada keluarga, dia bagaikan anak terbuang didalam keluarga sendiri. Terasa pedihnya dianak tiri oleh keluarga sendiri,

”kenapa aku harus laluinya dengan sebegitu rupa, apa kesalahanku hingga aku dihukum sebegini, jahat sangat ke aku ini, hodoh sangat ke rupa aku ni. Ya Allah bantulah hamba Mu ini, bukakanlah hati mereka menerima ku seadanya.” Rintihnya bersama gegaran-gegaran halus diseluruh tubuhnya. Airmatanya laju itu menuruni tubir matanya bersama turunnya hujan yang semakin melebat. Dia berlari berteduh dipondok yang sering dia duduki jika hatinya rawan. Walaupun berada dalam keadaan dibenci oleh emaknya sendiri dia bersyukur emaknya masih menyekolahkannya hingga tamat ke tingkatan lima, jika tidak pasti dia tidak akan mengenali A B C, tidak merasa disayangi guru.Dia berterima kasih dalam hati. Cuma yang menjadi kehairanannya kenapa emaknya tidak mahu dia mnyambung pelajarannya hingga ke manara gading sedangkan kakak dan abangnya dapat mengecap nikmat menjadi mahaisawa dan mahasiswi. Keputusan SPM nya amat baik sekali namun dia tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajarannya.

”Kau dah cuci tangga tu ke belum, nanti malu aku orang datang nak meminang kakak kau tangga rumah berkulat, ada anak dara pun tapi pemalas.” Marah Mak Jah pada Emy, setiap kali memandang wajah Emy hatinya sakit. Hatinya terhiris, terbayang wajah lelaki itu.
Emy hanya menurut walaupun tangga rumah telah dibersihkan dua hari lepas. Dia berlalu ke dapur mengambil berus, sebaldi air, serta sabun. dia terpaksa mengangkut air dari dapur ke tangga depan rumah berulang kali. Kepenatan menyediakan sarapan pagi, membasuh pakaian, mengemas rumah dari awal pagi masih belum hilang kini dia diberikan tugas membasuh tangga pula. Kakak dan abangnya yang sedang menghadap televisyen dan suratkahbar itu hanya memerhatikan sahaja, mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Jika dibelanya pasti emaknya akan turut memarahi mereka.
Mak Jah muncul didepan pintu utama. ”Lepas basuh tangga nanti kau ke pasar, belikan barang dapur.” Arah mak Jah pada Emy. Emy mendongak memandang emaknya.
”Ha yang kau pandang aku macam nak telan tu kenapa...” Jerkah Mak Jah tangannya mencapai kasut bertumit 2 inci, lalu dibalingnya ke arah anak bongsunya. Emy tidak sempat mengelak,tumit kasut itu terkena tepat ke dahinya, darah merah mengalir cair keluar dari rekahan luka didahinya, dikesatnya cecair merah itu dengan lengan baju perlahan-lahan. Terasa pedih namun ditahannya jua. Mak Jah berlalu meninggalkan Emy yang kesakitan itu. Tiada sedikit pun rasa kasihan dihatinya. Azhar dan Nadia yang ternampak kejadian tadi bangun dari duduknya. Mereka tidak menyangka begitu sekali tindakan emak terhadap adiknya. Apa kesalahan yang dilakukan oleh Emy sehinggakan emaknya bertindak begitu.
”Kenapa mak buat macam tu pada adik...” Nadia menyoal tindakan Mak Jah terhadap adiknya. Tindakan emak mereka seolah-olah emaknya tidak berperikemanusiaan.
”Kau jangan nak membela dia atau kau pun sama nak kena macam dia.” Jerkah Mak Jah yang sedang bercekak pinggang didepan tangga kepada Nadia, Nadia terkejut dengan jerkahan Mak Jah, dia tertunduk merenung tangga. Mak Jah paling tidak suka jika anak-anaknya mempertahankan Emy setiap kali dia memarahinya. Nadia meluru ke arah adiknya yang sedang duduk ditangga pertama, Azhar terkocoh-kocoh masuk kebilik mencari kain untuk mengesat darah yang mengalir pada dahi adiknya. Emaknya berlalu meninggalkan mereka bertiga. Sakit hatinya melihat anak bongsunya bertentang mata dengannya sebentar tadi, seakan wajah itu sedang mengejeknya.
”Sabar lah dik. Mak memang macam tu tak suka kita lawan cakapnya.” Nadia menyabarkan adiknya yang sedang kesakitan. ”Takpelah kak ni sikit aja tak payah risau lah kak,bang.” Emy mencapai tuala yang dihulurkan abangnya. Nadia dan Azhar hanya memerhatikan sahaja kelakuan Emy.
”Dah la tu kak. Jangan risau lah nanti ok lah ni bukan banyak pun darah keluar, sikit aja ni jangan bimbang lah erk. Emy tak apa-apa.” Dia merlarikan jari jemari Nadia yang masih lagi membelek lukanya.
”Emy nak siapkan cuci tangga ni dulu. Sekejap lagi Emy nak kena pergi ke pasar pulak.” Emy bingkas bangun dari duduknya. Dia mencapai berus yang tercampak tadi.
”Biar akak tolong Emy yea. Kita sama-sama cuci tangga ni, lagi ramai yang tolong lagi cepat siap.” Nadia mengambil berus dari tangan Emy, adiknya menepis lembut.
”Tak payah la kak. Nanti mak marah pulak.” Emy terasa berat menerima pertolongan dari kakaknya bimbang emaknya nampak, pasti ada saja akan dimarahinya.
”Takpe, Emy jangan risau yea mak takde ni..”
Emy membiarkan Nadia mengambil berus dan menyabun, dia sama-sama mencuci tangga. Abangnya turut membantu menjirus air ke tempat yang sudah diberusnya. Mereka cukup seronok membantu adiknya.
”Hoi!.. korang buat apa hah?...” Mak Jah muncul dari arah belakang. Mereka bertiga terkejut dengan jerkahan tadi. Ketiga-tiga anaknya berpaling menoleh kebelakang.
”Err..tolong Emy mak...” jawab Azhar takut-takut.
”Dah takde kerja ke kamu ni. Aku suruh Emy yang buat yang kau orang gatal sangat ni kenapa. Adik kamu yang minta tolong yea. Jaga kau Emy siap kau nanti.” Mak Jah menghampiri Emy yang terasa kecut perut melihat emaknya semakin menghampiri. Tangan tua itu mencapai seberkas lidi yang berada di penjuru tangga lalu dipiatnya Emy yang terpinga-pinga.
”Aduk sakit mak. Ampunkan Emy mak..Sakit!!...” jerit Emy setelah seberkas lidi menjamah tubuhnya.
”Mak dah la tu. kesian Emy mak.” Laung Nadia pula, dia hampir menangis melihat emaknya tidak henti-henti memukul Emy.
”Kau berdua pergi naik, jangan masuk campur urusan mak..." Jerkahnya lagi. Mak Jah sudah hilang pertimbangan jeritan Emy langsung tidak sedikit pun memberi bekas dihatinya. Setelah puas memukul Emy, Mak Jah berlalu meninggalkan anaknya itu dalam kesakitan.
Emy terjelupuk diatas tanah. Terasa sakit diseluruh badannya. Nadia dan azhar sudah lama hilang dipandangan, mereka bimbang lagi berlama disitu lagi teruk Emy dipukul oleh emaknya. Mereka kebingungan apa yang membuatkan emaknya begitu membenci Emy.
Emy mengesat airmatanya yang berbaki lalu meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi, dia tidak mahu emaknya mencari salahnya lagi.

1 comments:

LaDY YeLLow said...

sedih citernyer..nape mak emy benci ngn emy er.

 
Copyright 2009 Diari Hati