********
Emy sampai awal ke pejabatnya hari ini, tidak ada sesiapa lagi yang datang selain pakcik Sahur pengawal keselamatan yang bekerja syiff malam.
”Awal cik sampai hari ni.?” Sapa pakcik Sahur yang kebetulan berselisih bahu dengan Emy.
”Hari ni kakak saya ada hal sikit pakcik, saya tumpang dia.” balas Emy lalu melirikkan senyuman kepada pakcik Sahur yang menyapanya. Seketika Emy dan pakcik Sahur bersembang, rancak juga dia bersembang sehinggakan beberapa perkerja yang datang awal juga tidak diperasankannya.
”Eh! pakcik minta diri dululah cik..lagipun syif pakcik ni dah nak tamat...”
“Jangan panggil saya cik pakcik..pangil saya Emy cukup. Lagipun saya kerja kat bawah ni aja.” Ujar Emy apabila dia kurang selesa dengan gelaran cik dihadapan pangkal namanya.
”Ala Emy pun belum pangkat pegawai lagi kan. Sekarang ni betullah pakcik panggil pangkal cik kat depan nama Emy atau cik Emy nak pakcik panggilkan miss Emy. Pak cik Sahur berlawak lalu mencetuskan ketawa kecil buat kedua-duanya. Emy mengelengkan kepalanya ada-ada sahaja lah pakcik ni. Peramah juga orangnya. Sepintas dia teringatkan Pak Mat, apa lah yang Pak Mat buat sekarang ni tentu sedang sibuk memunggah ikan. Mulut Pak Mat tentu tak henti-henti memanggil pelanggan. Rasa rindunya pada suasana kesibukan Pasar Manir mengamit hati kecilnya.
”Hai Emy awal kau datang hari ni, rajin betulah kau ni..”sapa Mona.
”Eh takde lah Mona, kebetulan kakak ada hal Emy tumpang dia, sebab tu lah kena datang awal.”
”Oooo..macam tu.”
”Aku nak naik atas jap kalau sesiapa cari aku kau tolong bagitahu aku ada kat atas erk.”
”Okey.”
”Hai selamat pagi..Orang baru kat sini ke?” Soal satu suara membuatkan Emy tersentak.
Emy hanya menganguk kecil walaupun didalam hatinya terasa ingin marah.
”Yea Encik boleh saya bantu..”
”Wow!...lembut nya suara. Kalau macam ni ada masalah pun boleh terbang segala masalah..” lelaki dihadapannya mula merapu.
”Boleh sesangat lah ni kalau nak tolong. Tolong angkat kan beg abang ni berat lah.” Lelaki itu semakin galak menyakat. Emy hanya memerhati tingkah lelaki yang tidak dikenalinya itu.
”Eh! kenapa pandang abang macam tu. ada yang tak kena ke.. oooo..ni mesti cik adik manis tengok abang ni hensem kan, sampai tak nak lepas pandang langsung.” Emy terasa tercabar dengan kata-kata lelaki dihadapannya. Dia tidak suka waktu kerjanya diganggu.
”Maaf Encik, kalau Encik nak loyar buruk bukan disini tempatnya. Saya hanya bantu dalam urusan berkaitan syarikat sahaja lain-lain urusan bukan kerja saya..”
”Amboi garangnya. Gurau sikit pun tak boleh.” Pemuda itu tetap mahu bergurau dengannya walaupun dia dalam keadaan menyampah..
”Bukan masa bergurau ni Encik. Ada apa-apa yang saya boleh tolong.” Emy masih bersabar dengan karenah pemuda didepannya ini.
”Ermm..okey lah tak nak gurau sudah. Mona ada..”
”Mona ada kat atas...”
”Ooo..kalau macam tu takpe lah. Awak kerja kat bahagian ni kan”.soalnya
”Dah encik nampak saya tercegat kat sini takkan saya tukang buat air kot.” Emy mula mahu bertikan lidah dengan mamat yang tak henti-henti loyar buruk dengannya
”Eii..gurau sikit tak boleh. Ni saya nak hantarkan dokumen. Saya Samad despatch syarikat ni.” samad memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengna Emy namun tangan itu dibiarkan tidak bersambut. Emy hanya mengangguk sebagai tanda memerima salam perkenalan antara mereka..
”Sombong...”
Bukan sombong encik, saya mempertahankan hukum agama, takkan dengan mempertahankan hukum saya dianggap sombong. Bukan ke dalam islam haram bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Saya menjaga batas saya sebagai seorang muslimah.” Emy membalas tuduhan Samad tadi dengan sindiran yang tajam. Bukan niatnya untuk berlagak tapi biarlah dia mengajar apa yang patut supaya lelaki dihadapannya ini tidak memandang rendah kepada kaum wanita.
Wajah Samad merah menahan malu. Tersidir dengan kata-kata Emy. Dia hanya diam sehinggalah kerjanya selesai. Langsung dia tidak memandang wajah Emy sebelum berlalu.pun begitu sempat dia melafazkan salam.
Dokumen yang tertera nama En.Fariz dibeleknya. Emy mengerutkan dahinya seketika. Dokumen penting pun boleh tersalah nama penerima. Bebelnya sendirian. Dia menyangkakan domkumen itu untuk Faiz. Dua hari dia bekerja disitu belum pernah dia nampak abang Faiz menemuinya. Kebanyakkan hanya disampaikan oleh Suriti setiausaha syarikat. Mona termengah-mengah ke tempatnya pun begitu masih sempat lagi menghulurkan secebis senyuman.
”Ada orang cari aku tak..?” soalnya terburu-buru.
”Ada..Encik Samad
”Hahaha..Engkau ni kan Emy suka sangat buat lawak. Samad tu kerjanya lebih rendah dari kita tahu tak! Takkan itu pun kau nak panggil Encik juga. Panggil aja Samad dah la.”
Emy tidak suka dengan sikap Mona yang membeza-bezakan pangkat. Biarlah dia nak panggil apa pun asalkan yang baik-baik.
”Awal pula datangnya, biasanya pukul 11 baru mukanya terpacak kat sini tak pun kadang-kadang buat macam office sendiri suka hati aja datangnya. Kau dah kenallah dengan dia tu. Ada dia ngorat kau.” Soal Mona membantu Emy mencatat sesuatu.
”Dah..” balas Emy malas mahu memanjangkan cerita...”
”Apakahabar Mona, cantik awak hari ni...” puji Ayie sebaik sahaja kakinya menapak di depan kaunter. Mona tersengih-sengih mendengar pujian yang tidak disangak-sangka dari boss besar. Selama dia bekerja kat disini Encik Faiz tidak pernah memujinya malahan mukanya yang serius dan hanya sesekali melemparkan senyuaman kepada pekerjanya.
”Baik Encik Faiz. Encik pun apa kurangnya makin ceria dan kaya dengan senyuman.” Mona memberanikan dirinya memuji bos yang dianggap paling mahal dengan senyuman.
”Kenapa selama ni saya tak ceria ke? Garang sangat ke saya ni...” Soal Ayie cuba menyelidik tentang anggapan pekerja bawahannya terhadapa Along. Bukan dia mencari keburukan tapi sekadar membetulkan apa yang patut. Dia tahu Alongnya seorang yang serius dalam bekerja.
”Eh..takdelah macam tu En Faiz, tapi kalau Encik Faiz senyum sikit...lagi hensem.” Mona berterus terang namun masih berhati-hati dalam berkata-kata. Ayie hanya mengagguk kecil.
”Ada dokumen untuk saya hari ni..” soal Ayie
Mona mencari dokumen yang tertulis nama Ahmad Faiz. Hendak bertanyakan kepad Emy gadis itu baru sahaja ke cafe. Emy pula tidak meninggalkan pesan kepadanya.. Beberapa dokumen yang tertulis nama Fariz tersusun elok, dia tahu dokumen itu untuk Encik Fariz yang kini sedang berkursus di Beijing.
”Takde Encik Faiz.”
”Takde..ermm saya tunggu satu dokumen yang saya kena bawa bersama ke JB malam ni. Kalau dokumen tu dah sampai tolong bawakan ke bilik saya yea.” Pinta Ayie berhemah.
”Baiklah Encik Faiz.” Balas Mona. Ayie hanya tersenyum, mahu sahaja dia tergelak tapi dia tidak mahu mengelirukan staffnya. Biar lah Mona menganggapnya Along, sekurang kurangnya dia telah menolong Alongnya. Ayie berlalu meningalkan kaunter sebaik sahaja Emy muncul. Langsung dia tidak perasan akan gadis yang dicarinya itu berada tidak jauh darinya. Emy hanya memandang Ayie, dia tidak sempat bersuara apabila Ayie terlebih dahulu disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
”Eh apa kau tercegat kat situ? Dah jatuh hati kat bos kite tu erk. Kau jangan cari pasal Emy, dia tu dah bertunang.” Mona memberi peringatan Emy katawa kecil.
”Oooo...”jawab Emy panjang. Dia tahu Mona langsung tidak mengetahui abang Faiz adalah bakal abang iparnya.
”Cantik tak tunangnya tu, ada rupa macam Emy?” Sakat Emy mahu menguji sejauh mana pandangan Mona terhadap kakaknya.
”Entah la Emy, aku pun tak pernah nampak lagi tunang dia tu. Hai bertuahnya gadis tu dapat Encik Faiz kan, baik..kaya..bergaya..” puji Mona seakan Ahmad Faiz berada di depannya.
”Haa..dah..dah..kaya...bergaya, telefon tu dah berdering minta diangkat...” Kembang juga hati Emy apabila orang bertuah yang dimaksudkan Mona itu adalah kakak kesayangannya.
”Emy..Suriati minta dokumen untuk Encik Fariz. Kau hantarkan erk..” Pinta Mona sebaik sahaja dia meletakkan gangang telefon..
”Eh.. Mona Emy tak nak lah, emy masih takut lagi nak guna lift tu...nanti tak pasal-pasal tumbang dalam lift.”
”La, kau ni naik lift pun gayat ke? Bila lagi kau nak belajar naik lift kalau bukan sekarang. Bukan susah sangat pun, tekan aja nombor berapa kau nak. Duduk jerk dalam tu dua tiga saat, nanti sampai lah kat tingkat atas tu Kau jangan lah takut sangat, lift tu masih kukuh lagi, takkan putus tali tu bawak oarang berat macam kau ni, takde isi langsung..” Emy hanya tersengih, sempat lagi Mona mengutuknya. Kali ni tidak dapat tidak dia terpaksa memberanikan diri untuk ke tingkat atas. Untung-untung dia dapat berjumpa abang Faiz. Lagipun dia tidak sempat berjumpa dengan abang Faiz semalam dan tadi pun terlepas untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
Emy mencari kelibat Suriati sebaik sahaja dia menapak di tingkat tujuh. Beberapa orang yang bertembung dengannya hanya mengangguk dan tersenyum kecil. Emy berusaha mencari kelibat Suriati dan tiba-tiba tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Dokumen yang dipegangnya bertaburan di lantai. Emy cepat-cepat mengutip dokumen yang berselerak. Tanpa memandang wajah orang yang dilanngar nya dia memohon maaf
”Maafkan saya..tak perasan tadi..” Emy mengangkat muka, apabila lelaki itu menyuakan dokumen yang mendarat di lantai tadi. Dalam keadaan kelam kabut mencari Suriati tadi langsung dia tidak perasan siapa yang dilannggarnya yang dia tahu dokumen itu perlu diserahkan kpeada Suriati segera.Emy tergamam.
”Awak tak apa-apa.”.
”Abang Faiz..maafkan Emy, Emy tak sengaja tadi.” Jawab Emy gugup tidak sangka dia terlangar Ayie yang disangka Faiz itu.
”Tak apa-apa. Err Emy dari mana ni.” Soal Ayie kekeringan idea. Gadis ini mempunyi aura tersendiri. Dia seakan terkaku apabila gadis yang dicarinya semalam kini berada betul-betul dihadapan matanya kini.
”Emy dari bawah. Tadi kak Suriati minta bawakan dokumen Encik Fariz. Emy naik atas cari kak Suriati tapi takde tak sangka pulak Emy terlanggar bos sendiri.” Emy sudah boleh mengawal emosi gugupnya. Pandangan mata abang Faiz berjaya membuatkan dadanya sedikit gementar. Renungan mata itu begitu mengasyikkan. Ayie masih lagi tidak lepas pandang pada seraut wajah yang sedikit berubah itu. Wanita dihadapannya betul-betul membuatkan hatinya dipanasaran.
”Kat sini Emy rupanya, puas kak Atie cari. Eh! boss pun ada kat sini. Dah dapat dokumen tu.” Emy dan Ayie malu sendiri. Suriati datang menyelamatkan keadaan yang sedikit panas.
”Emy cari kak Atie tadi tapi tak jumpa tak sangka pula terlanggar bos sendiri.” Gurau Emy menutup rasa malunya direnung Ayie.
”Ehemm.ehemm..”Suriati membetulkan suaranya sebagai isyarat menyedarkan Ayie yang masih lagi diawangan. Terasa terbang jiwanya apabila mendengar ketawa halus milik Emy.
”Saya dah dapat dokumen ni Su. Terima kasih Emy.” Ucap Ayie. Emy hanya mengangguk dan tersenyum.
”Kalau macam tu Emy minta diri dulu lah akak, abang Faiz. Suriati dan Ayie hanya mengangguk kecil. Emy berlalu meninggalkan mereka berdua.
”Hai saudara sendiri pun boleh confius boss.” Usik Suraiti. Ayie hanya mengerutkan dahinya tidak faham apa yang dimaksudhkan dengan kata-kata Suriati. Lagi membingungkan bagaimana gadis itu memanggil alongnya abang Faiz kenapa tidak Encik Faiz seperti panggilan kebanyakkan staf yang lain.
Sunday, November 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sampai bila nak biarkan kekeliruan ni????? cian kat emy. nanti tak pasal-pasal boleh bergaduh faiz dgn kakak si emy gara2 ayie yg peramah tu. apapun, akak follow..........................
hohoh...
btul2..
br mrk beempt brjmp n prknlkan antra st ngn lain...
best2 smbung2x..
huhu..btul gak tu..
cpt2 la hapuskn kekeliruan tu..
xbaikla utk emy..die akn cube mnjauh dr ayie..coz die ingt tu bakal abg ipar die..xmola cmtu...
Post a Comment