Friday, November 13, 2009

Pion oh Pion 5

”Ayu..Ija.. Rosminah memanggil anak-anaknya. Ayu dan Ija saling berpandangan.
”Apa lagi tu kak...”
”Mak panggil lah. Jom ke depan...” Kak Ayu menarik tanganku supaya berdiri. Aku sememnganya malas berjumpa dengan Awang itu terpaksa memaksa diri setelah berkali kali kak Ayu menarik lenganku.
”Lahaullawala....apa korang buat ni. Makcik ani dan iskandar dah nak balik ni.” mak muncul sebaik sahaja dia memanggil nama kami sebentar tadi. aku dan kak Ayu tersengih-sengih menahan malu. Nasib baik mak tak heret kawannya tu ke dapur. Kalau tak malu kami atau pun tak semena-mena pengsan makcik Ani.
Aku dan kak Ayu memaniskan wajah di hadapan mereka. Sesekali aku perasan mata Iskandar merenung aku yang begitu sopan hari ini. Kak Ayu menghampiri makcik Ani dan bersalaman aku turut melakukan hal yang sama. Awang ingin berkata sesuatu kepadaku tapi cepat-cepat aku memintas. ”Selamat jalan makcik...” makcik Ani mengangguk-anggukkan kepala.

Hilang aja kelibat mereka berdua aku cepat-cepat ke bilik menyalin pakaian, rimas dengan pakaian tradsional melayu kegemaran kak Ayu. Keluar aja bilik aku bertembuk dengan mak terbeliakkan mata orang tua tu tengok aku dan bertukar karektor. Aku percaya kalau makcik Ani patah balik ke rumahku sudah pasti dia tak cam aku ni.
”Hai tetamu belum lagi lepas pagar rumah kau dan bertukar kulit?” Aku hanya tersengih dengan kata-kata emak. Mak megelengkan kepala beberapa kali.
”Ha nak kemana pulak tu?”
”Nak ke belakang mak, perut ni tak tahan la tengok pokok rambutan mak tok.”
”Hei budak ni mana ada yang masak..” mak mula mengemas ruang tamu tadi. aku seperti lipas kudung berjalan sambil menjawab setiap patah kata dari mak. Langsung takde adab. Entah aku ikut perangai siapa lah ni.
”Ada mak, dah kuning-kuning tu..”
”Isk kamu ni buah tu baru jerk nak masak, bukannya masak lagi tu...”bantah mak suaranya makin jauh dari pendengaranku.
”Ala mak, Ija balik lambat lagi, nanti takut tak sempat merasa pulak...” Jawabku pantas.
”Subhanallah budak ni..”mak hanya mampu beristifar mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Aku hanya tersengih melihat wajah mak yang mungkin sedikit terperanjat dengan kata-kataku tadi. Terbit pula rasa bersalah. ”Maaf mak”. Kataku perlahan sambil berjalan menuju ke rumah mak tok yang tidak berapa jauh dari rumah ku.

”Mak tok..” aku menjerit melaungkan nama Mak Tok yang sedang duduk berehat diberanda. Kak Ayu sudah dulu ke sana. Entah bila dia menyelinap keluar aku sendiri tak sedar. Mesti dia sampaikan berita pada Mak Tok siapa yang datang tadi. Kak Ayu tersengih memandang aku.
”Mak tok..”panggilku lagi. Mak Tok memanjangkan leher.
”Hei budak ni bagilah salam dulu. Kan kita ni orang Islam. Tak baik pangil-panggil macam tu.” Belum apa-apa aku dah kena leter. Belum lagi nak minta kebenaran panjat pokok rambutan dia. Ala macam mana ni erk. Aku nak juga.
”Assalamualaikum Hajah Fatimah binti Hj Ishak...buat apa tu, sedapnya makan” Aku tengok Mak Tok geleng kepala dengan salam yang ku beri disertakan sekali dengan pertanyaan.
”Tak jawab dosa Mak Tok.” Kataku sambil melangkah meniti anak tangga.
”Wa’alaikumussalam..” jawab juga Mak Tok dengan salamku. Aku tahu dia tak nak hampakan cucu nakalnya ini, walaupun aku tahu salam tadi dijawab dalam hati.
”Bertuah betul cucu aku ni.” Aku hanya tersengih bila Mak Tok kata aku bertuah. Kak Ayu jelir bila aku mengenyitkan mata kepadanya, saja untuk menyakitkan hatinya yang sedang bergembira.
”Pak Usu mana Mak Tok. Tak nampak batang hidung pun..”
”Dah orangnya takde mana nak nampak batang hidung.” Balas Mak Tok mengenakan aku. Kak Ayu ketawa besar. Aku menghampiri Mak Tok yang juga turut ketawa dengan kata-katanya tadi.
”Mak Tok ni. Suka lah tu kenakan orang.” Aku mula buat-buat merajuk kasi hits sikit. Barulah senang nak minta apa-apa.
”Sesekali bergurau dengan cucu Mak Tok..Salah ke?..” Soal Mak Tok menjernihkan keadaan yang semenagnya jernih itu. Aku hanya tersenyum.
”Cepatnya kau kat sini kak, tadi bukan ke kau dalam bilik air.” Aku bertanya kepada kak Ayu yang sedang mengunyah cemepedak yang digorengnya tadi.
”Ni aku hantarkan cempedak goreng kat Mak Tok.” Jawab kak Ayu selamba lalu laju mengunyah cempedak goreng yang masih kepanasan.
”Kau hantar kat sini pastu kau makan. Ha elok benarlah tu anak dara buat perangai macam tu.” aku mengajuk apa yang selalu dicakapnkan kak Ayu pada aku. Kak Ayu membulatkan matanya lalu membaling biji cempedak ke arah ku. Sempat aku mengelak.
”Kau datang ke sini buat apa pulak. Kat tangan kau tak bawa apa-apa pun..”
”Aku ke sini bukan macam kau kak. Aku ke sini nak..”aku terdiam apabila Pak Usu muncul.
”Haaa Ija bila baliknya.” Pak Usu duduk sambil menjamah cempedak goreng yang disuakan oleh kak Ayu kepadanya
”Semalam Pak Usu...”
Aku tahu Mak Tok dah bagitahu pada Pak Usu sebab semalam pun aku dah ke sini, cuma aku tak berkesempatan berjumpa dengn Pak Usu aja, kebetulan dia tiada di rumah.
Aku salam tangan Pak Usu yang sudah kematian isteri itu. Anak-anaknya semua belajar di universiti. Mak Tok dan Pak Usu hanya tingal berdua. Elok sangat lah tu boleh tengok-tengok kan mak. Lagipun ayah dah lama meninggal sejak aku dalam perut lagi. Kemalangan kata mak. Mak besarkan aku dengan hasil jualan tapawarenya. Alhamdulillah aku berjaya juga tamat sekaolah dengan hasil jualan tapaware mak tu. Sekarang pun mak masih giat menjual pruduk-produk barunya. Kat rumah aku penuh dengan tapaware sampaikan hadiah untuk majlis kahwin pun mak bagi tapaware sebagai hadiahnya. Aku sendiri pun pelik dengan jiwa ratu ahtiku yang seoarang ni.
”Pak Usu dari mana?”
”Dari bandar tadi, kirim duit untuk Haris dan Naimah.”
”Ohh! jawabku pendek. Pak Usu tidak lama bersembang dengan kami dia meminta diri untuk membersihkan diri.
”Mak Tok....” aku menghampiri Mak Tok setelah kelibat Pak Usu hilang. Tanganya ku raih lalu ku picit lengan tua itu. Mak Tok tersengih-sengih memandang wajahku. Orang tua itu masak benar dengan perangai aku bila inginkan sesuatu.
”Ni mesti ada benda yang dia nak ni kan Mak Tok...” Kak Ayu menyampuk sebelum Mak Tok berkata. Aku hanya memasamkan wajah apabila kak Ayu dapat menduga apa yang ada dalam kepalaku ketika ini.
”Pergilah..” jawab Mak Tok. ”Tapi hati-hati”.. pesannya. Aku bersorak gembira.
Mak Tok ni macam ahli nujum pulak gayanya. Macam kepala aku ni lutsinar tahu aja apa yang aku nak. Kak Ayu memadang Mak Tok hairan. ”Apa dia nak Mak Tok, sampai Mak Tok suruh dia pergi tu, bukan main seronok lagi dia.” Kak Ayu merasa hairan belum pun sempat aku membuka mulut Mak Tok dah memberi keizinan.
”Ermm!..adik kamu tu kalau balik kampung tak jadi tarzan tak senang duduknya tu.” kata Mak Tok selamba. Aku ketawa mendengar ulasan Mak Tok yang sudah sebati dengan perangai aku. Kak Ayu membulatkan matanya.
”Aku bagitahu mak dik..” jawab kak Ayu
”La ku ni kak, tak senang tengok orang senang lah. Anak manja mak, sikit-sikit nak bagitahu mak diam-diam sudah la”
”Senang apa bendanya macam tu..kalau kau nak makan kaitlah. Ni tak panjat memanjat pulak. Nanti hilang senang kau ganti susah orang pulak. Kalau kau jatuh macam mana..” kak Ayu dag start membebel. Aku hanya memekakkan telinga. Tak peduli dengan kata-kata kak Ayu.
”Ala kak nikmatnya tak sama. Aku tahulah kau tak reti nak pajat pokok kak, dengki lah tu, makan pun minta orang tolong kaitkan. Manja...uwekk..”aku jelirkan lidah pada kak Ayu yang sudah pun berdiri di beranda rumah Mak Tok. Sesekali aku bernyanyi kecil
”Degil betullah dia ni. Rambutan baru nak merah, kuning lagi tu nanti kan kau mkan yang kuning tinggal yang hijau bila buah tu nak masaknya kalau macam tu..” kak Ayu masih belum berpuas hati lagi dia mula membebel. Aku juga tahu rambutan Mak Tok juga menjadi rambutan kegemarannya. Tapi bezanya aku suka makan yang masih kekuningan, kak Ayu pulak suka yang masak merah. Itu yang dia angin satu bakul dengan aku kali ni.
Ala kak aku taruh lah kat kau sikit, bukan habis pun satu pokok tu aku makan. Balasku bersahaja.
”Mak Tok, Ija pergu dulu erk.” Mak Tok geleng kepala melihat keletah aku dan kak Ayu. Aku tahu orang tua itu happy bila kami balik. Ada sahaja hal yang membuatkan rumah Mak Tok meriah.

”Ijaaa....turunnnnn!!!...” jerit mak yang baru aja menghala ke rumah Mak Tok.
Alamak mak datang pulak. Pun begitu aku sempat lagi menyambar rambutan yang berada dihujung dahan.
”Turun mak kata..” mak sudah pun berada betul-betul dibawah pokok rambutan. Aku hanya tersengih memandang emak.
”Apa nak jadi lah dengan anak aku sorang ni. Bapak dia suka memanjat ke masa aku mengandungkan dia dulu?” Mak bercakap seorang diri. Aku hanya tersengih. Rambutan ditangan yang siap dikupas aku sumbat ke dalam mulut. Bukan satu tapi dua. Pipiku kembung dek kerana biji rambutan yang sebesar buah ping pong ku sumbat kedalam mulut.
”Turun!!..”jerit emak apabila aku masih kaku tidak berganjak dari pokok rambutan. Aku kunyah rambutan yang berada dimulut.
”Ooo kau tak nak turun yea. Nanti...nanti kau..” mak mula memberi amaran. Mak menghilangkan diri aku nak tergelak tapi tak boleh gelak. Rambutan yang berada di mulutku minta dikunyah. Perlahan-lahan aku mengunyahnya. Tiba-tiba..buk..buk..
”Makkkkk!...”.aku menjerit apabila melihat batang galah ditangan emak. Beberapa kali dihayunkan ke dahan pokok rambutan Mak Tok membuatkan aku kecut perut. Rambutan yang ada didalam mulutku semuanya terburai dek terkejut dengan hayunan galah mak.
”Turun...!! mak jolok kau dengan batang galah ni karang.” kak Ayu ketawa melihat riaksi aku apabila mak mengertak. Bila masa kakak tak siuman aku sampai pun aku tak sedar.
Sampai sahaja ke tanah mak memiat telingaku.
”Aduuhh!..mak sakit..sakit.” aku memegang telinga yang terasa pedih akibat ditarik oelh tangan mak.
”Degil sangat, kan mak dah bagitahu jangan memanjat. Kau tu perempuan, anak dara pulak tu, kalau orang nampak tak berlaki kau.” Marah mak. Aku kecut perut melihat mak naik darah. Mak menghulurkan galah pada kak Ayu.
”Ayu kau kaitkan rambutan tu..” aku berlari mendapatkan Mak Tok yang nyata terkejut melihat perlakuan emak tadi.
”Apa kena kau ni Ros, anak nak makan rambutan biarlah.”
”Nak makan, saya tak marah mak, tapi dia makan atas pokok macam jantan pulak jadinya. Nampak dek orang nanti apa pula kata mereka. Nak masuk meminang pun tak nak.” Mak membebel. Mak Tok hanya mengelengkan kepala. Aku menyembunyikan diri dibelakang Mak Tok. Kak Ayu membawa beberapa tangkai rambutan yang dikaitnya. Dihulurkan kepadaku, namun aku tidak menyambutnya, akhirnya dia meletakkan diatas lantai rumah Mak Tok. Mak hanya memerhati tingkahku yang diam tidak berkutik. Selera aku untuk menikmati rambutan kuning itu mati tiba-tiba. Aku bingkas bangun dari duduk dan berlalu meningalkan Mak Tok, emak dan kak Ayu yang terpinga-pinga melihat tindakan spontan ku. Aku tak tahu kenapa petang ini aku begitu sensitif. Ah nak datang bulan lah ni. angin kuskus..

1 comments:

aqilah said...

mesti lepas ni iskandar jatuh hati kat ija kan.......heheheehee. nak lagi.................

 
Copyright 2009 Diari Hati