Saturday, December 5, 2009

Lima Bersaudara 2

Pak Lah duduk bersila dihadapan nasi yang telah terhidang, anak-anaknya telah lama menunggu. Dipandang anaknya seorang demi seorang, Zaidi memakai baju melayu yang sedikit besar dari badannya, sesekali lebihan lengan panjang baju melayu itu menyukarkan pergerakannya. Lengan itu dilipat sehingga ke paras siku. Pak Lah sedikit kesal kerana dia tidak mampu menyediakan pakaian yang elok-elok yang sesuai dengan usia anak-anaknya, malaham baju yang dipakainya juga adalah dari pemberian orang-orang kampung yang simpati dengan nasib mereka. Pun begitu dia bersyukur walaupun mereka hidup dalam keadaan miskin harta terselit juga rasa bangga kerana dia mampu menyekolahkan empat orang dari lima anaknya. Hanya bekalan ilmu sahaja yang dapat mengubah taraf hidup mereka nanti.

Lelaki berusia lingkungan empat puluh lima tahun itu merenung wajah anaknya satu persatu, hati tuanya menangis dalam diam. Menangis mengenangkan nasib anak-anaknya apabila dia tiada nanti. Dia perlu membekalkan ilmu dunia dan ilmu akhirat buat anak-anaknya. Isterinya leka dengan kerja-kerjanya menceduk lauk ke dalam pingan anak-anak. Usai sahaja isterinya menceduk lauk ke dalam pingan anak-anaknya Pak Lah menyuruh anaknya Zaidi membacakan doa makan, sebaik sahaja doa diaminkan mereka mengisi perut dengan lauk pauk yang sama seperti sebelumnya pucuk ubi cicah sambal belacan bersama telur goreng. Walaupun hanya lauk itu menjadi santapan mereka jika si ayah tidak berduit anak-anak itu tidak pula merungut mereka juga memahami kesempitan hidup ayah dan ibu mereka. Tiada seorang pun bersuara ketika makan, suasana kembali sunyi, hanya kedengaran suara katak yang beryanyi riang.

Setitis dua air yang menitik dari atap yang bocor menimpa Arif, kanak-kanak itu hanya membatukan diri, dia tidak peduli akan titisan hujan yang mengenainya. Rasa laparnya menyebabkan dia membiarkan sahaja tanpa berkalih. Banyak juga atap rumah bocor. Mak Jarah memerhatikan sekeliling, walaupun cahaya pelita nampak suram dia masih dapat melihat dengan jelas titisan air hujan yang masih lagi bercucuran. Seketika dia menoleh ke arah suaminya, Pak Lah hanya mendiamkan diri, faham maksud pandangan mata isterinya. Esok dia akan mulai menampal bahagian atap yang bocor, atap zink yang meneduhkan mereka dari panas dan hujan itu adalah daripada atap terpakai, itupun dikutipnya semasa Rosli jiran sekampung ingin menggantikan dengan atap asbestos rumahnya. Atap zink Rosli masih elok lagipada masa itu, hanya beberapa tempat sahaja terdapat lubangnya. Sudah tiga tahun atap itu bertahan tapi kali ini atap itu mulai menunjukkan hayatnya semakin tiba.

”Lepas solat berjemaah nanti pergi mengaji. Zaidi jaga adik-adik kamu nanti. Sekarang dah mula hujan, musim tengkujuh tak berapa lama lagi. Jangan tahu nak main aja. Yang paling penting pelajaran kamu semua jangan dilupakan. Jangan jadi macam ayah ni tak boleh nak bagi kesenangan pada kamu semua. Ada peluang sekolah kamu sekolah betul-betul. Cari ilmu dunia jangan tinggalkan ilmu akhirat. Kena seimbang barulah hidup berguna. Ingat pesan ayah ni.” Pak lah memberi nasihat kepada anak-anaknya seramai lima orang itu sementara menunggu masuknya waktu maghrib. Ain hanya terkecil-kebil memerhati abang-abangnya langsung tidak mengerti apa yang dicakapkan oleh ayahnya. Kanak-kanak itu hanya tersengih apabila Pak Lah memandangnya. Anak-anaknya yang lain mengangguk tanda memahami. Sementara itu Mak Jarah mengemas pinggan mangkuk yang sudah selesai dimakan mereka. Walaupun tangannya lincah melakukan kerja telingganya juga turut mendengar luahan hati suaminya. Dia tahu suaminya seorang ayah yang bertanggungjawab. Sedaya upaya suaminya itu berusaha memberikan kesenangan kepada mereka anak beranak anak bongsunya masih diribaaAin duduk dipangkuan pak lah. Sesekali dia tersengih bila abangnya mengacah.

Hujan diluar mulai reda, Zaidi dan adik-adiknya mula mempersiapkan diri untuk ke rumah Hj Daud untuk mengaji qur’an selepas solat berjemaah bersama ayah mereka nanti. Suara keriuhan adik-adiknya bergurau senda mengudang rasa geramnya, selaku anak yang paling tua kata-kata ayah petang tadi sedikit sebanyak menusuk ke lubuk hatinya
”Dah siap ke belum, cepat lah..” Jerit Awie yang sudah mulai panas punggung menunggu diluar bilik. Dia yang paling awal menyiapkan diri mulai mundar mandir diruang tamu. Dibahunya tersandang sebuah beg warna coklat kelusuhan, dia telah merancang cermat agendanya malam ini. Dia mahu mengusik Laila, budak gemuk yang selalu dipadankan abangnya dengannya. Senyuman diwajahnya berbunga riang.

”Dah siap arr ni, jom gerak nanti lambat pulak baliknya.” Ajak Pie lalu turun ke tanah. Mereka berempat berjalan sambil bergelak ketawa, langit semakin hitam pekat tiada sebutir bintang pun yang menghiasi alam, pasti malam ini mereka tidur bertemankan titisan hujan. Masing-masing melipat kaki seluar sehingga ke paras lutut, bimbang akan terpercik tanah yang sudah mulai becak apabila berjalan nanti.
”Cepat lah Awie nanti lambat mengamuk pulak Laila tunggu kau kata sana tu..” usik Zaidi sengaja mengundang kemarahan adiknya. Pie dan Arif ketawa. Awie cemberut, tapi didalam hati juga turut ketawa, ketawa apabila membayangkan wajah si Laila pucat lesi apabila melihatnya berpakain serba putih nanti.
Dia tahu abang-abangnya langsung tidak mengetahui niatnya. Masakan mereka dapat tahu telekung emaknya terlebih dahulu disimpankan kedalam beg semasa meraka bersiap-siap tadi.
Sebaik sahaja mereka sampai ke pondok milik Hj Daud, tok guru mereka sedang mengajar dua orang budak yang sebaya dengan mereka. Husni dan Husna dua orang kanak-kanak yang tinggal tidak jauh dari rumah Hj Daud.
”Assalamualaikum Pak.” Zaidi memberi salam , diikuti adik-adiknya dibelakang.
Hj Daud menganguk seraya membalas salam dengan perlahan.
”Buka muqaddam yang kamu baca semalam tu, lepas Husna baca giliran kamu pula.” Arah Hj Daud kepada Zaidi. Zaidi menurut dia membuka helaian mukadam yang dibacanya semalam. Pie, awie dan Arif duduk bersila disebelah abang mereka turut memperlakukan hal yang sama. Perlakuan Awie yang terintai-intai seperti menunggu kelibat seseorang menarik perhatian Hj Daud. Tanpa disedari oleh Awie tok gurunya itu juga menoleh ke arah yang sama.
”Hah! Awie apa yang kamu cari tu, Muqaddam kamu ada kat sana ke?” tegur Hj Daud membuatkan Awie tergamam. Semua mata terarah kepadanya. Awie hanya mengelengkan kepala takut juga dia pada Hj Daud ni. suaranya sahaja sudah membuatkan tangkai hati mereka bagai ditarik-tarik keluar.
Kalau nak mengaji mata tu tengok pada muqaddam bukanya melilau tak tentu hala. Awie hanya menunduk. Arif dan pie ketawa kecil.
Hah kamu berdua tu apa yang lucunya. Baca.. ketawa aja pandai bila suruh baca tergagap-gagap. Kini giliran awie pula ketawa kecil melihat pie dan arif dimarhi pak imam.

”Hoi cepat lah jalan. Nanti bapak aku marah pulak. Korang ni lembab arr. Tengok tu dah ramai dalam pondok tu. kalau macam ni rosak arr plan kita malam ni.” Jerit Hussen kepada rakan-rakannya.
”Sabar arr, bukan aku sengaja erut aku ni buat hal lah. Malam ni kau nak merayap kat mana
”Kat parit tu aja, kan tadi air parit penuh tentu banyak ikan yang naik kedarat nak berhijrah ke sawah...”
”Eh! kau biar betul Seng, air parit tu dalam, takkan nak tangkap ikan malam-malam macam ni.”
”Oii kenapa lah kau bonggok sangat. Memalam lah ikan suka berhijrah sebab gelap orang tak nampak.”
”Takut lah aku Seng nanti bapak aku tahu mati aku kena belasah.”
”Ala kau ni penakut arr, kita bukan mandi parit pun, tangkap ikan jerk..”
”Yea lah tangkap ikan tapi bahaya lah Seng..”
”Kau nak ikut ke tak nak ni. Kalau tak nak sudah aku boleh pergi dengan Pecal, kalau ajak Batu pun tentu dia nak ikut.” Hussen sengaja memprovok Ayub. Budak darjah tiga itu memang menjadi pengikut setianya Cuma bab keluar malam sahaja dia jadi penakut. Bapaknya kerja sebagai jaga di sekolah menengah abangnya. Hussen memang cukup mengenali ayah Ayub. Bengkeng sunguh. Pernah dia dijerkah oleh ayah Ayub sewaktu dia datang bertemu dengan Ayub dirumahnya untuk mengajak Ayub bermain. Tak sempat mengajak Ayub bermain buah jerkahan ayah Ayub terlebih dahulu membuatkan dia membuka langkah seribu, nasib baik dirinya tak terkencing. Takut juga kalau-kalau pakcik Kassim mengejarnya. Sebelum apa-aa terjadi lebih baik dia menyembunyikan diri. Dan sejak dari itu dia tidak lagi berani menjejak kaki ke rumah Ayub hatta hari raya sekalipun.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati