Aku mengemas semua barang yang hendak dibawa balik ke rumah sewa. Hajat dihati hendak balik petang hari tetapi dek kerana kejadian yang sedikit menguris hati, aku batalkan sahaja rancanganku. Aku paksa juga kak Ayu balik sebelah pagi. Alasan yang aku berikan pada mak aku katakan kerja aku ada yang belum langsai lagi.
“Dah kemas barang-barang kamu Ija...” Mak menyoal sebaik sahaja aku keluar dari bilik.
“Dah..” Aku hanya menjawab sepatah, membiarkan soalan seterusnya mati dibibir emak. Beg baju yang tak seberapa besar aku bawa balik itu aku sumbat dengan beberapa buah novel yang dipinjam dari pak Usu. Dulu arwah mak Usu suka beca novel jika ada masa terluang. Aku suka tengok mak Usu baca novel sehinggakan aku juga turut berjangkit meminati novel dah bertimbun aku baca, siap ada adengan nangis-nangis lagi.
“Kak cepat lah aku dah siap...” Aku mula memanggil kak Ayu yang belum lagi muncul dari biliknya. Mak masih menyiapkan bekal untuk anak-anaknya.
“Apasal kau cepat sangat nak balik ni, biasanya kalau kau dah balik kampung ni macam tak nak balik aja...” Jeritnya dalam bilik tak berpuas hati dengan permintaanku untuk balik awal. Kak Ayu perasan dengan perubahan sikapku malam tadi dan hari ini. Mungkin aku masih terasa hati dengan tindakan emak semalam.
“Kalau kau nak balik lambat takpe lah aku naik bas aja.” Balasku malas melayan kak Ayu yang berat hati nak balik. Aku mencapai sepasang kasut lalu dibawa ke tangga luar.
mak berpaling apabila mendengar ucapan aku tadi.
“Ija nak balik cepat ke...” Soal mak lembut. Mungkin untuk ambil hati aku yang sedikit tercalar semalam. Aku hanya mengagguk kecil. Sebaik sahaja aku mengangguk mak menghilangkan diri mungkin menyediakan apa yang patut agaknya.
“Tunggu lah aku tengah kemas lah ni, kau ni pun tak sabar-sabar kalau yea pun makan lah dulu, penat mak masak. Kak Ayu muncul sambil membimbit beg pakaiannya wajahnya muncung tidak berpuas hati dengan sikapku.
“Kau dah makan?..” Soal kak Ayu sambil menghulurkan kunci keretanya.
Aku langsung tidak membalas. Kunci keretanya aku sambut lalu beredar ke kereta aku menyumbat dua buah beg ke dalam kereta Kembara kak Ayu.
“Kenapa tak makan...” Tegur mak sebaik sahaja melihat aku langsung tak menjamah sarapan yang terhidang di atas meja. Aku hanya meneguk air sahaja.
“Dah kenyang mak.” Jawabku perlahan. Kak Ayu memandang wajah emak. Emak tidak mampu berkata apa melihat aku yang hendak tak hendak bercakap dengan mereka. Aku hanya membisu dimeja makan.
“Makanlah sikit Ija.. Mak tahu Ija marahkan mak.” Pujuk mak. Aku tahu mak tersentuh dengan cara aku pagi ini. Makanan yang dimasakanya pun aku tak sentuh, kenapa hati aku jadi jahat. Apa yang aku berkecil hati sangat dengan mak. Setan dalam badan aku ketawa gembira. Aku menyuap sesudu nasi goreng untuk mengambil hati emak. melihat perangai aku lain macam aja hari ini kak Ayu cepat-cepat menyudahkan makannya.
“Kami pergi dulu yea mak. Jaga diri kalau ada apa-apa hal mak telefon yea.” Mak cuma menganguk perlahan mendengar ucapan kak Ayu. Aku bersalam dengan mak. “Ija pergi dulu mak.” Aku cium tangan emak. Emak menitiskan airmta namun cepat-cepat dia menyapunya bimbang kesedihannya dinampak oleh kami. Memang begitulah setiap kali kami balik kampung. Pagi-pagi lagi aku dah ke rumah Mak Tok bersalaman dengannya dan pak Usu. Sempat Mak Tok mengirim pisang salai makanan kegemarannku.
“Hati-hati bawak kereta tu Ayu, sampai nanti telefon mak.” Pesan mak terlalu mengambil berat pasal kami. Hanya kami inilah tanda kasih nya pada ayah. Kak Ayu menyalami mak. Tinggalah emak keseorangan setelah kepulangan kami. Sayu apabila aku memandang wajahnya terbit rasa bersalah pada emak dengan kelakuanku pagi ini.
“Ha pagi-pagi dah termenung ingtkan Awang ke?..kak Ayu mula bersuara sengaja mahu menaikkan darah aku pada pagi itu. Tidak nampak kah dia aku sedang berada di zon bahaya, bila-bila masa sahaja aku boleh meledak.
“Apa lah kau ni kak, pagi-pagi dah sebut nama orang tu, takde nama orang lain ke kau nak sebut.”
“Hai banyak pula kau bercakap dik, tadi bukan main lagi kau senyap tak bercakap bagai orang bisu, bila sebut aja nama Awang kau banyak cakap pulak yea.” sindir kak Ayu
“Yang kau duk termenung jauh tu kenapa? Kau kecik hati mak piat telinga kau semalam erk. Ala dik benda kecil aja tu kau kan brutal mana nak ambik hati semua-semua tu.” Kak Ayu ingin mengembalikan mood yang hilang semalam tapi aku terasa mood merajuk makin menjadi-jadi pulak. Aku hanya diam membisu. Entah kenapa hati aku menjadi semakin sensitif sejak semalam.
“Dah la aku nak nak tidur ni sampai nanti kejutkan aku.” Kak Ayu hanya gelengkan kepala melayan kerenah aku yang tak makan saman ni.
Penat dalam perjanan terasa sedikit berkurangan apabila aku siap membasahkan diri. Kak Ayu masih terbuntang di atas sofa. Kepenatan yang diarasainya tidak sama dengan kepenatan yang aku rasakan. Sudah banyak kali kak Ayu merungut suapaya aku ambil lesen memandu tetapi itu semua aku biarkan berlalu bagai mencurah air ke dalam daun keladi. Pintu hati aku belum tergerk lagi untuk mempunyai lesen memandu. Biarlah masa aku habiskan hanya dengan kapcaiku yang amat aku sayangi. Melihat kak Ayu dah terbongkang cantik, aku tidak membuang masa lagi masuk ke bilik sambung tidur yang tergendala sebentar tadi, baru sahaja nak memjamkan mata perut mula berkeroncong.
Lapar la pulak. Aku mula menerjah ke dapur melihat apa yang boleh dimakan. Maklumlah merajuk pagi tadi punya pasal sekarang aku dah natijahnya. Tudung saji aku buka. Kosong. Yea lah mana nak ada makannya kalau kakak kesayanganku dan tenggelam dek mimpi. Perut masih lagi beryanyi kecil. Aku mula tidak dapat menahannya. Barang-barang yang dikirim oleh mak sudahpun kak Ayu kemaskan. Aku selongkar semula. Aku buka pintu peti sejuk, sambal ikan bilis yang dibekalkan oleh emak pagi tadi aku capai lalu aku buka penutupnya. Keharuman sambal ikan bilis betul-betul membuat perut aku dicengkam kelaparan. Tanpa berlengah aku mencapai periuk lalu dengan pengetahuan yang cetek cara memasak nasi aku main bantai sahaja sediakannya. Nak gerakkan kak Ayu masakkan nasi untuk aku tak sampai hati pula. Kak Ayu sedang lena. Biarlah. Aku belajar masak nasi hari ni. Usai membuat sukatan airnya aku kembali ke bilik semula menyambung pembacaan novel A.D.A.M yang tergendala 3 hari lepas sementara menunggu nasi yang aku tanak tadi masak.
Jeritan kak Ayu menganggu tidurku. Aku kebingungang. Tadi akau baca buku macam mana pula boleh lena ni. Buku A.D.A.M itu aku tengok dah terjelopok atas lantai. Aku tertidur rupanya.
“Apa yang bau hangit ni dik..”jerit kak Ayu diruang tamu. Dengan langkah malas aku ke ruang tamu. “Apa pula yang terbakar kak...” soalku selamba. Masih dalam keadaan mamai.
Ya Allah. Kau ni kan dik nak mati terbakar ke? kau tengok nasi kau atas dapur tu dah hangit bukan hangit aja dah rentung. Teruk betullah kau ni. marah kak Ayu memyebabkan mata aku terbuka luas. Baru aku teringat aku memanank nasi pakai dapur gas. Alamak mati aku.
Bukan kau aja yang mati aku pun sama tahu tak. Kak Ayu masih dengan rasa marahnya. Aku bergegas membanti kak Ayu tapi kak Ayu menepis lalu aku biarkan dia membuat segalanya. Kesian kak Ayu gara-gara aku letihnya berganda.
*****
Hari ni aku bangun awal, apa yang tak kena dengan mata aku hari ni pun tak tahu lah. Jam 8.00 pagi aku dah terpacak dihadapan office walaupun waktu beroperasinya bermula jam 8.30 pagi. Sementara aku menunggu office dibuka aku mengambil peluang untuk singgah dulu di warung kak Manisah. Saja datang bersembang denganya jangan salah faham bukan mengumpat na, sesekali aku tolong kak Ani memotong sayur untyk dimasak tengah hari nanti. Kak Ani dah memang kenal rapat ngan aku, dia tu baru sahaja menjanda, suaminya mati tertindih pokok ketika di kampung balik bercuti. Kesian juga aku tengok kak Ani. Selama ini suaminya lah yang banyak membantu. Aku pun kekadang aja datang menolong itu pun semuanya yang ringan-ringan. Bukannya tak nak tolong aku ni liat sikit nak bangun pagi mengalahkan lelaki. Pukul lapan dah kira awal lah tu.
“Hai kak Ani..aku melambai tangan ke arahnya, kak Ani langsung tidak membalas lambaianku. Ah mana mungkin dia mahu membalas lambaianku ditangnnya penuh palstik sayur dan entah apa-apa barang lagi. Kak Ani hanya membalas dengan senyuman itu pun sudah cukup membuatkan aku lega. Aku ingatkan kak Ani dah tak kenal aku lagi maklumlah dah lama aku tak melepak kat situ dengannya.
“Awal kau dik..” itulah gelaran yang merapatkan aku dengannya. Dia pangil aku adik...
“Tu la, malam tadi orang mimpi akak naik pelamin tu pepagi lagi orang datang ni, nak tanya betul ke..” Kak Ani tegelak besar apabila aku mengusiknya begitu.
“Kau ni ada-ada aja lah.”
“Eh tak betul erk..salah siaran kot malam tadi...” kataku sengaja buat-buat bodo, kak Ani yang tidak dapat menahan diri dari ketawa dengan usikkan terus menghempup sayur sawi ke bahuku. Aku sempat mengelak.
“Meh nak tolong.” Aku mempelawa diriku untuk menolongnya
“Kalau kau cakap dari tadi kan senang. Ni dah sampai dapur baru kau mintak nak tolong..”
“Ala kak, orang bukan sengaja la, asyik sangat sakat akak, itu yang boleh lupa diri. Kataku selamba. Aku mengekori kak Ani ke dapur
“Hah! itulah kau. Duk ingat nak menyakat aja.”
“Akak sihat..” Setelah barang-barang yang aku ambil dari tanganya tadi aku letakkan ke dalam peti ais. Ramai juga orang diwarung kak Ani ketika ini, nasib baiklah kak Ani mengambil pembantu kalau tidak mahu tak menang tangan akak muda kite tu.
“Habis yang kau tengok depan mata ni macam mana?” Soalan ku dibalas dengan soalan juga. Aku hanya tersengih..
“Ala kak yang tu orang nampak la akak sihat.. tapi..” Aku sengaja menhentikan ayatku disitu takut juga aku terlajak kata.
“Oh..kalau yang tu pun akak sihat juga. Kau jangan risau lah dik.” Aku tahu kak Manisah sembunyikan kesedihanya dengan menyibukkan diri. Biarlah mungkin dengan cara itu hatinya gembira dan yang peting kak Ani selalu dalam ingatanku. Ada juga aku mengajak kak Ani mengikuti aktiviti hujung minggu aku yang suka berclimbing..hah belum sempat aku habiskan ayat dengan cepat dia mengangkat tangan menutipi mulutku..dia kata cadangan aku simpan ajalah sebagai cadangan..dia tak berminat dengan aktiviti lelaki tu..aku hanya tersengih malu..
“Buat apa tercegat lagi kat situ tu...nak makan pergi aja ambil kat depan.” Arah kak Ani setelah aku terdiam memikirkan halnya tadi.
“Tak terasa lapar lah kak...”jujur aku memberitahunya. Lagipun kedatanganku bukan untuk makan free.
“Bunyi macam ada masalah aja ni.”
“Masalah apa pulak kak..orang yang happy muppy ni akak kata ada masalah...akak ni tak pandai tilik orang lah..”
“Habis tu suruh makan tak nak makan..” kak Ani masih lincah dengan kerjanya. Sesekali aku ambil pisau berdekatan memotong-motong lebihan syur yang hendak dibuang.
“Hanya orang bercinta aja tak rasa lapar...tak lalu makan..ni siapa pula yang ambil hati kau ni dik...”
“Hahahha..muka macam orang ni kak Ani kata angau bercinta..” tanpa sengaja aku menunjukkan pisau ke mukaku. Kak Ani sedikit terkejut
“Hei tak senonohnya anak dara..kau ni dik kalau tertolak kena muka tadi macam mana..” Marah kak Ani melihat aksi lepas laku tadi. Aku hanya terseinggih..
“Orang tak sengaja lah kak. Dah akak kata macam tu..”
Kesibukkan orang yang semakin ramai diwarung kak Ani membuatkan aku tak menang tangan juga untuk membantu.
“Alamak. Apa dia buat kat sini dol..” Aku mula menyembunyikan wajahku sebaik sahaja terpandang akan wajah bos besar Encik Ahmad. Mampos aku kalau dia nampak. Jam di warong kak Ani aku telek. Aiseyy men. Lambat lagi aku masuk office hari ni. Dengan cepat-cepat aku membasuh tangan dan mendapatkan kak Ani. Kak Ani mengangguk faham lalu mengeleng kecil. Dia juga tidak terperasan akan waktu yang semakin menjauh. Aku mula menyelinap kelaur memalui pintu dapur. Takut juga Encik Ahmad nampak kelibat aku nanti makin parah pula kena sindir. Dah la semangat untuk datang awal berkobar-kobar tadi kini dah hancuss gara-gara seronok sangat membantu kak Ani. Berpeluh juga aku berlari sebelum sempat Encik Ahmad menghabiskan teh tariknya tadi.
“Oitt..kau ni kenapa mata dah tertanggal erk.” Tanpa sengaja aku ter merempuh Salmah yang baru hendak turun ke bawah. Yea lah siapa tak marah kalau berjalan tu main langgar aja.
“Ala Sal aku tak sengaja lah.”
“Kau lari dari siapa ni ada orang kejar kau ke?”
“A’aa...sebab tu lah aku lari tak cukup tanah ni.”
“Siapa.. Ah Long? Kau jangan main-main hutang dengan Ah Long Aliaza nanti tak pasal-pasal kepala kau takde.”
“Isk kau ni mulut....” marahku. Salmah ketawa kecil lalu menyambung langkah.
“Kau nak ke mana tu?” Aku mula menyoalnya sebaik sahaja dia ingin melangkah turun ke tingkat bawah.
“Aku nak pergi beli nasi lemak kat warong kak Ani. Kau nak kirim ke...”
“Ha boleh gak ..kau kirim salam kat abang Mad kita tu.”
“Encik ahmad. Dah buang tebiat ke kau ni..”
“Apalah kau bengap sangat Sal, sekolah tinggi-tinggi tapi hampeh..”
“Hey..tak sayang mulut ko ni..”
“Memang pun sebab aku sayang kan kau..kalau kau nak pergi.. pergi lah.. nanti jumpa abang Mad kat tengah jalan apa kau nak jawab..”
“Kenapa dia ada kat situ ke?..” Soal Salmah sebaik sahaja aku berkata begitu
“Yea lah aku pun bari balik dari warong kak Ani lah ni, tak tahu pulak dia perasan ke tak perasan aku ada kat situ tadi.” Salmah naik semula ke tingkat atas tak jadi ke warong kak Ani sebaik sahaja aku bekata begitu. Yea lah mana tak nya kalau bertembung dengan Encik Ahmad tentu akan bersoal jawab panjang lebar entah-entah sampai ke petang kena tadah telinga.
“Tak jadilah aku nak ke warung kak Ani nanti kena marah tak pasal-pasal.” Runggut salmah. “Kenapa dia datang awal erk..” soal Salmah tidak berpuas hati.
“Ala takkan kau tak faham dua sebab aja dia datang awal, pertama gaduh ngan bini kedua ada kes yang perlu perhatian dia.
“Siapa yang gaduh laki bini ni..” suara garau yang cukup dikenali kami menjengah ke cuping telinga. Aku dan Salmah sama-sama berpaling ke belangkang. Sah Encik Ahmad dah tercegat memandang kami bila masa dia ada kat belakang pun tak tahu.
“Takde Bos. Saya terbaca paper semalam kes gaduh laki bini terus bercerai berai.” Aku mula menukar topik kalau tak mampus jika aku berterus terang yang aku kutuk dia. Salmah tidak bersuara takut sangat dengan Encik Ahmad. Encik Ahmad masam mencuka agaknya pekerja kak Ani terlebih taruk teh dalam air Encik Ahmad tadi kot sebab tu la mukanya kelat aja.
“Hah apa lagi tercegat kat situ nak gantikan pak guard ke, saya tak kisah kalau kamu nak gantikan dia lagi senang kerja saya tak payah nak pening-pening fikirkan kamu.” dah start nak membebel pulak oran tua ni. Salmah cepat-cepat berjalan. Aku hanya mengekori langkah Salmah.
“Aliza nanti dulu masuk ke bilik sekejap.” Arahan Encik Ahmad mematikan langkah ku. Serta merta aku jadi gugup apa kesalahan yang telah aku lakukan hari ini. Tanpa sengaja jariku secara automatik masuk ke dalam mulut. Salmah memandang ke arahku sebaik sahaja Encik Ahmad hilang masuk ke biliknya.
“Kenapa dia panggil kau..”
“Manalah aku tahu.. apa aku nak buat ni..”
“Apa kau nak buat...haa memula kau kena bung jari jemari kau yang tersumbat kat mulut tu. ishhh macam budak kecil lah kau ni. nampak aja ganas tapi.......” belum pun Salmah sempat mengutuk aku, aku dah warning dia awal-awal.
“Hahh! dah jangan nak kutuk aku lelebih aku siku nanti kang. Orang tengah gabra ni dia sesedap aja mengutuk.”
“Pergi lah kan dia dah panggil. Kau jangan risua kalau Encik Ahmad apa-apa kan kau nanti kau jerit aja aku datang tolong kau erk..” ujar Salmah membuatkan aku jadi semakin berani. Dan dia dah sukarela nak jadi penyelamat aku kalau terjadi apa-apa, tak payah la aku risau lagi.
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment