Friday, January 8, 2010

Hati Ini Milkmu 23

Suriati berjalan laju bimbang kalau-kalau tunangnya sudah tercegat dibawah menunggunya, jika tidak nanti tak pasal-pasal dia terpaksa menahan telinga mendengar bebelan yang panjang berjela dari Hazwan. Dia bukan tidak kenal perangai tunangnya pantang lambat sikit adalah benda yang nak dibebelkan. Macam mana lah dia boleh tersangkut pada Hazwan Suriati tersenyum sendirian. Betulah kata pujangga cinta itu buta, memang aku buta dalam panahan cinta Hazwan. Dia tersengih sambil berjalan dan kebetulan itu juga dia ternampak Emy yang masih tercegat di tempatnya lalu menegurnya. “Tak balik lagi Emy, tunggu siapa?” Suriati menyapa gadis yang masih termenung di kaunter receptionist, jarang dia melihat gadis itu pulang lewat petang, biasanya Emy pulang tepat pada waktunya. Pertanyaan dari arah belakang secara tiba-tiba itu membuatkan gadis yang nampak ayu dipandangan matanya sedikit terkejut. Dia ketawa kecil kesilapan yang tidak disengajakan. Emy separuh gelabah bukan kerana segan tetapi terkejut dengan sapaan itu. Dia cepat-cepat memandang ke arah Suriati lalu menghadiahkan sebuah senyuman apabila Suriati tersengih kepadanya.
“Belum lagi kak, tunggu kakak Emy datang ambil hari ni lewat sikit agaknya..” Emy memandang pergelangan tangannya jam hadiah pemberian kakaknya ditatap lama. Hampir pukul 7 malam hatinya sedikit risau.

“Dah lewat sangat ni, hari pun nampak macam nak hujan aja, sekarang ni pun cuaca tak menentu asal petang aja nak hujan tapi nasib baik lah tak lebat kalau tidak rumah atas air lah jawabnya kita ni.” Emy hanya tersenyum dengan keramahan wanita yang dipanggil kak Atie. Manis wajahnya apabila tersenyum.
“Akak pun lewat juga, ada yang datang jemput erk?” soal Emy. Sekurang-kurangnya kehadiran Suriati tidaklah membuatkan dirinya dihempap perasaan bosan memanjang.
“Ermm..bisalah Emy hidup menumpang ni, terpaksalah menunggu. Akak tunggu tunang akak agaknya kat tempat dia dah hujan ni sebab tu lambat. Nak beli kereta dia tak bagi takut sangat kita ni merayap tak tantu hala. Hai belum lagi kahwin dah macam-macam kena ikut.” Suriati galak bercerita mengenai perangai tunangnya, sekadar menghilang bosan menunggu. Dia membelek berapa helaian surat khabar yang telah dibacanya pagi tadi, sengaja menyibukkan diri dalam kebosanan.
“Ooo..sama-sama menunggulah kita nie yea.” Mereka sama-sama ketawa. Telefon bimbit Suriati yang bernada deringan lagu izinkan aku pergi berbuyi nyaring. Cepat-cepat Suriati mengagau tangan ke dalam tas tangannya takut pula pangilan dari pemanggilnya tidka sempat dijawab.
“Panjang umur baru sebut pasal dia...” Suraya berkata dalam nada ketawa walaupun dia tidak melihat panggilan dari siapa. Emy turut tersenyum. Gembira pula melihat Suriati senang hati dihadapannya.
“Err..Suriati nampak kebingungan. Dia tidak dapat meneka nombor siapa yang tertera di screen handfhonenya. Emy hanya memerhati gelagat Suriati.
“Hello...Atie” suara Ayie kedengaran jelas ditelinganya. Suriati memandang Emy yang melarikan diri supaya tidak mendengar penggilannya
“Yea.. saya ni.. Fariz” balas Ayie tergesa-gesa.
“Oh Boss.. kenapa ni cemas aja.”
“Awak ada kat mana.. Masih kat pejabat lagi ke?” Soal Ayie laju seperti orang mengejar masa..
“Eh.. macam mana tahu saya masih kat office lagi..”
“Lega saya, bukan tahu saya meneka aja tadi nasib baiklah awak masih ada kat office lagi, kalau tak masalah besar saya.” terang Ayie dalam kelegaan.
“Kenapa?”
“Atie saya nak minta tolong awak ni, saya tertinggal dokumen penting dalam bilik saya. Awak tolong hantarkan sekarang ke KLIA saya dalam perjalan ke sana. Nak patah balik dah tak sempat. Kat sini hujan.” Pinta Ayie mengharap. Gara-gara terlambat semuanya menjadi tak tentu hala. Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini.
“Err.. dokumen apa tu bos.”
“Dokumen yang saya perlu serahkan kepada Syarikat Usaha Dagang esok. Atas meja dalam bilik saya kalau tak silap. Awak cuba tengok dulu apa-apa hal telefon saya semula ok.” Dia memberi arahan. Suriati hanya mengangguk, walaupun dia tahu anggukannya itu tidak dapat dilihat oleh bosnya.
“Ok..” katanya sepatah. Suriati menggelengkan kapalanya. Kelam kabut betul adik bossnya itu.
“Kenapa kak..soal Emy sebaik sahaja Suriati memasukkan telefon bimbitnya ke dalam tas tanganya semula, wajah temannya yang dipanggil kak Su itu murung. Bukan dia ingin menyibuk tetapi sekadar untuk berkongsi jika ada yang boleh ditolong. Lagipun bukannya ada apa yang hedak dibuat hari ni kan dah habis waktu kerja. Okey juga kalau-kalau Suriati memerlukan pertolongannya pun dia sanggup daripada tercegat tidak berbuat apa-apa. Kesian Suriati walaupun sudah habis waktu kerja masih dikerahkan melakukan kerja.
“Ermm..bos kita tu lah, tertinggal dokumen penting, nasib baik lah kita ni tak balik lagi kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi esok. Dah la nak kena hantar ke KLIA pula tu apalah Encik Fariz ni suka sangat telupa.” Suriati sempat lagi mengutuk Ayie didepan Emy pun begitu gadis itu hanya tersenyum sempat juga dia mengutuk dalam hati. Teruk juga perangai bakal abang iparnya aku ni yea ..pelupa. Dia teringat kata-kata Mona semasa melihat kelibat Faiz petang tadi.
“Emy lambat lagi ke?” soalan Suriati mematikan senyumannya.
“Kenapa kak Atie, nak Emy tolong ke..”
“Kalau sudi apa salahnya. Nanti kalau tunang akak sampai dulu Emy bagitahu dia akak naik ke atas sekejap erk, nanti marah pula cik abang akak tu menunggu lama-lama.”
“Ooo..okey kak takde masalah. Kalau Emy balik dulu nanti Emy pesankan pada Pakcik Sahur yea kak.”
“A’aa..yea lah. Terima kasih.”
“Sama-sama kasih kak.” Emy bergurau untuk menghilangkan rasa bosannya menunggu Nadia. Emy mengerling ke arah jam dipergelangan tangannya.
“Dah lewat ni mana akak tak sampai-sampai lagi” Waktu beransur ke senja, Emy mengeluh kalau ikutkan hati dia memang tak nak menyusahkan Nadia, dia mahu belajar berdikari tetapi Nadia selalu melarangnya berbuat demikian alasan yang diberikan dia masih baru lagi tinggal disini, masih banyak perkara dia kena belajar, kadang-kadang dia geram juga pada Nadia, disuruhnya belajar tetapi bagaimana dia hendak belajar jika dia sering kali disekat setiap kali dia hendak belajar berdikari. Baru beberapa hari dia berkerja di kota besar ini 24 jam terasa terlalu cepat waktu berlalu. Emy mengetuk jari jemarinya di atas kaunter mencipta irama yang entah apa-apa, dia sendiri pun tidak memahami rentak yang diciptakan oleh gerakan tanggannya, tetapi daripada dirinya dihinggap bosan hentam sajalah. Dibiarkan seketika jari jemarinya mengisi kebosanan yang sedang menghimpit.
Suriati muncul dengan tergesa-gesa menghampirinya. Dengan wajah yang digenangi airmata Emy terpinga-pinga. “Kenapa ni kak?” Soal Emy sebaik sahaja Suriati berdiri dihadapnya. Suriati masih dengan sendunya.
“Emy..tolong akak Emy.” katanya tersekat-sekat.
“Kenapa ni kak..” Emy memeluk tubuh Suriati erat dalam dakapannya bagi menenangkan wanita itu walaupun dia tidak tahu hujung pangkal kenapa Suriati berkeadaan begitu. Dia turut merasa cemas melihat keadaan Suriati yang menangis tidak tahu punca. Emy memandang ke belakang bimbang sesuatu yang buruk telah terjadi kepada Suriati maklumlah waktu pejabat telah lama berlalu pun begitu masih ada perkerja yang belum pulang. Hanya tinggal beberapa orang lagi yang masih leka dengan kerjanya. Manalah tahu sesuatu yang buruk telah menimpa Suriati.
“Abang Wan...” suara Suriati terputus-putus.
“Kenapa dengan abang Wan kak.” Emy masih keliru, siapa abang Wan yang dimaksudkan Suriati. Dia sendiri pun tidak tahu. Baru kali ini dia mengdengar nama yang disebutkan oleh Suriati. Hendak bertanya lebih masanya tidak sesuai. Dalam keadaan Suriati yang begitu dia tidak mahu membebankan perasaan wanita itu.
“Abang Hazwan kemalangan Emy.” Suriti bersuara dalam esak yang belum reda. Fahamlah Emy siapa abang Hazwan yang dimaksudkan oleh Suriati. Sudah pasti itu tunang yang baru diceritakan kepadanya tadi.
“Sabar kak... Sabar. Jom kita ke hospital sekarang.” Emy menarik tangan Suriati lalu bergegas ke perhentian teksi tidak jauh dari pejabatnya. Sempat lagi dia memesan kepada pakcik Sahur supaya memberitahu kakaknya nanti dia ke hospital temankan kawannya. Tangan Emy masih memaut lengan Suriati dalam keadaan begini sudah tentu temanya itu memerlukan teman. Suriati mengikutnya sehinggalah ke perhentian teksi dokumen yang perlu dihantar kepada Ayie di tangannya masih kemas digengam. Dia perlu meminta bantuan Emy kali ini. Bimbang masalah peribadinya akan menjejaskan majikannya yang mengharapakan doukumen itu sampai sebelum dia menaiki pesawat.
“Emy..” Suriati mengunjukkan satu sampul ke arah Emy. Tanpa banyak soal Emy mengambilnya dari tangan Suriati.
“Emy tolong hantarkan kepada Encik Fariz di KLIA. Dia sedang tunggu dokumen ni untuk dibawa meeting pagi esok, dokumen ni penting Emy, akak tak dapat nak hantarkan.” Emy tercengang seketika KLIA dimana tempatnya tu belum pernah dia ke mana-mana kalau tidak dibawa oleh Nadia, dia bagaikan orang bingung tetapi kenapa laju sahaja kepalanya menyanggupi.
“Err..” Emy teragak-agak untuk bertanya tapi memandangkan keadaan Suriati yang masih dalam kesedihan dia tidak sanggup membenani perasaan itu dengan soalan yang berkecamuk dalam fikirannya. Bagaimana caranya dia akan ke sana.
“Emy ke KL Sentral lepas tu ambil KL Experss ke KLIA yea.” Sambung Suriati sebelum Emy sempat bertanya. Emy hanya mengangguk kecil. Fikirannya sarat dengan bayanagn perjalanan yang bakal ditempuhi nanti.
“Pasal akak Emy jangan bimbang. Akak boleh ke hospital sendiri...” Suriati dan Emy sama-sama menunggu tidak berapa lama kemudian teksi yang dinanti tiba. Tidak perlu lah dia menunggu lama. Suriati sebenarnya tidak tahu Emy belum pernah menaiki kemudahan awam, dia bagaikan sudah lama mengenali Emy dan mengangangap gadis itu telah arif dengan kehidupan dan pengakutan di ibu kota.
“Emy naik dulu. Nanti tak sempat hantar dokumen ni pada Encik Fariz, masalah pula nanti” arah Suriati sebaik sahaja dia membuka pintu teksi. Emy hanya mengangguk. Dia meloloskan diri ke perut teksi yang berwarna kuning. Faham dalam keadaan begitu mana mungkin Suriati boleh berfikir dengan baik.
“Ke mana cik...” Soal pemandu teksi itu yang menungu Emy memberitahu ke mana destinasinya.
“Err..” Emy hilang arah. Hendak ke mana dia. Selama hari ini dia hanya pandai pergi dan pulang dari kerja sahaja itupun dihantar dan diambil oleh Nadia.
“Ke KL Sentral pakcik..” jawabnya setelah mengingati pesanan Suriati. Emy memandang ke arah Suriati yang masih tercegat disitu menanti teksi seterusnya. Dia hanya dapat membaca gerak bibir Suriati memintanya berhati-hati. Wajah Suriati tidak bermaya. Emy hanya mengangguk sebagai balasan dari kata-kata Suriati. Teksi meluncur laju setelah destinasi diketahui. Emy menyandar lalu melepaskan nafas panjang. Debaran dadanya mula terasa sesak. Ke manakah kakinya akan melangkah nanti, siapa yang akan membantunya jika dia tersesat. Emy menggaru kepalanya yang semakin memberat. Dia menarik nafas dalam-dalam bagi melegakan rasa sesak didada. Dibenaknya terbayang pelbagai perkara negatif, bagaimana dia terlajak nanti. Macam mana lah penerimaan Nadia nanti bila mengetahui bahawa dia sekarang menuju ke KLIA. Pasti kakaknya akan melenting. Bagaimana pula keadaan abang Wan tunang Suriati terukkah keadaannya atau mengalami kecederaan kecil. Dia berdoa dalam hati supaya keadaan abang Wan tidak lah seteruk mana. Kesian Suriati.

2 comments:

epy elina said...

hohohho...
nak emy brjmp ngn arie...
best2 cpt r smbng....

::cHeeSeCaKe:: said...

hoho..
bile emy nk tau..
ayie bkn bkl abg ipar die..?

 
Copyright 2009 Diari Hati