Saturday, February 20, 2010

Hati Ini Milikmu 26

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja Emy diam membisu, dia berdebar untuk menjejak kan kakinya ke pejabat walaupun dia tahu Faiz tiada di pejabat selama dua hari. Bagiamana keadaanya nanti apabila Faiz sudah pulang. Dan Emy takut dia kalah dengan renungan bakal abang iparnya yang seakan mengoda naluri wanitanya. Nadia menoleh seketika ke arah Emy yang diam membisu sedari tadi. Apa yang difikirkan Nadia ketika ini Emy berkeadaan begitu kerana rindukan emak dikampung.
“kenapa ni dik, macam muka orang bersalah aja rupanya ni." Nadia sekadar bergurau untuk menyelami hati gadis yang baru mengenali kota metropolitan itu. Emy yang mendengar soalan yang tidak semena-mena keluar dari bibir kakaknya sedikit mengelabah. Tangannya berusaha memintal-mintal hujung tudungnya. Sudah berkeronyok hujung tudungnya apabila tangannya tidak henti-henti memintal bagi menutupi rasa gugupnya. Macam manalah kakaknya boleh perasan semuanya dan kalaulah Nadia tahu apa dimimpikannya malam tadi pasti kakaknya terkejut besar. Dan jika dia memendamkan apa yang ddimimpikannya malam tadi bimbang ianya akan menganggu perasaannya. Nadia masih memerhatikan adiknya bagai dapat dibaca ada sesuatu yang menganggu fikiran adiknya pun begitu dia masih menunggu skrip yang jelas dari bibir adiknya. Emy gelisah sendiri.
“Kalau Emy ceritakan pada akak..akak boleh janji tak?" Emy cuba bermain tarik tali dengan kakaknya. Bimbang juga ianya boleh merosakkan hubungan adik beradik antara mereka. Dia terlalu menyayangi kakaknya. Hanya Nadia lah tempat dia mencurah suka duka kehidupannya selama ini.
“ Apa yang Emy nak bagitahu kakak ni..cakaplah, apa susah sangat ni. Emy tak suka kerja kat situ ke?" Soal Nadia apabila adiknya masih teragak-agak menceritakan padanya. Sungguh kalau Emy tidak selesa bekerja disitu dia sanggu carikaan kerja lain untuk adiknya. Dia mahu yang terbaik untuk Emy. Nadia mahu Emy mempunyai kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Dia tidka mahu adiknya memalalui kususahan seperti yang dilaluinya hidupnya sepanjang hidup dikampung dan sekarang ini dia mahu melihat adiknya menjalani kehidupan apa yang dingininya selagi dia mampu memberikan yang terbaik buat Emy.
“ Bukan macam tu kak.."
“ Habis kalau bukan pasal kerja pasal apa pula ni.." Nadia masih tenang dipemanduannya. Topik bualan mereka langsung tidak menganggu gaya pemanduannya yang tenang dan bersahaja walaupun kesesakan kenderaan mula terasa.
“Malam tadi Emy mimpi..”Emy menarik nafasnya sedalam mungkin perasaannya berbelah bahagi samada untuk menceritakan kepada kakaknya atau dibiarkan begitu sahaja.
“Emy mimpi apa ni sampai takut nak ceritakan pada akak.. ni mesti ada putera raja yang masuk meminang Emy ni kan, kalau tak takkan Emy malu nak ceritakan pada akak”. Seloroh Nadia lalu menjeling ke arah Emy yang tersenyum tawar.

“Emy mimpi abang Faiz luahkan perasaannya pada Emy..dan waktu dia luahkan pada Emy akak ada kat situ tapi belum pun Emy sempat jelaskan pada akak..akak dah tinggalkan Emy..akak cakap Emy bukan lagi adik akak..Emy kejar akak tapi akak tak toleh pun pada Emy...” luah Emy tanpa menoleh kepada kakaknya. Nadia terdiam seketika.dia merenung ke hadapan kereta yang berbaris menunggu giliran untuk membayar tol. Suasana sepi seketika dan tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan dengan hilai tawa Nadia yang tidak disangka-sangka. Emy memandang hairan pada kakaknya yang sedang galak ketawa.

“Kenapa akak ketawa...” Soal Emy tidak berpuas hati dengan riaksi kakaknya. Setelah Nadia reda dari ketawa dia gadis itu memegang tangan adiknya. “Emy..Emy..” Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali. Emy menundukkan wajahnya. Raiksi Nadia tidak seperti yang dijangkakan dia ingatkan Nadia akan memarahinya atau rasa sedikit tergugat tetapi lain pula yang diperolehinya. Nadia ketawa sehinggakan kelopak matanya digenangi airmata. Lawak sangatkah mimpinya itu.

“Mimpikan mainan tidur, jangalah difikirkan sangat. Akak takkan tinggalkan Emy walau apa pun yang berlaku hanya emy aja satu-satunya adik yang kakak ada. Takkan kerana seorang lelaki kita putuskan hubungan adik beradik yang dah bertahun terjalin ni.” Tenang Nadia menjawab memberi keyakinan pada adiknya. Emy terharu dengan jawapan tulus dari kakaknya. Setitik dua airmatanya jatuh menimpa baju kurung biru yang dipakainya. “Patut lah akak tengok Emy ni asyik termenung aja dari tadi. Hal ini rupanya yang menganggu keceriaan Emy hari ni yea. Sudah la tu jangan diingat mimpi tu jangan pulak kerana mimpi tu Emy tak selesa pula bekerja dengan abang Faiz. Susah tau nak dapat bos macam tu.” Nadia seakan tahu apa yang ada difikiran adiknya dia memberi amaran. Emy tersenyum mendengar maksud kakaknya.

Nun disana Ayie bagaikan dilamun cinta. Duduknya serba tak kena. Pertemuan singkat yang tidak disangka malam tadi betul-betul memberi kesan terhadap perlakuannya. Dia ingin segera pulang ke Kuala Lumpur. Seraut wajah itu seakan mengamit kepulangannya. Ada kerinduan dikejauhan ada sayang mulai terkumpul disudut hati. Ayie tersenyum “Angin sampaikan rinduku padanya..” terlucut perkatan itu dibibirnya. Tanpa disedari rakan sekerja yang sama-sama menyertai meeting mereka sebentar sahaja nanti terjengul tanpa disedarinya. Fakrul yang tanpa sengaja terdengar ayat yang terpacul keluar dari mulut bosnya tersengih tersengih lucu. Sah Ayie telah jatuh cinta, siapa gadis yang bertuah antara yang bertuah. “Hoi kau bercakap dengan siapa tu.. takde angin lah dalam bilik ni kau ni, kan pakai aircond. Kalau yea pun rindukan dia call ajalah tak payah nak pakai-pakai angin segala untuk hantar berita yang tak berapa baik tu”. Ayie tersentak baru tersedar dia sudah jauh mengelamun. Kuat sungguh aura gadis itu. Fakrul menarik kerusi dihadapan Ayie wajahnya masih lagi dihiasi senyuman. “Dah sah..sah dia tak dengar rindu kau tu...” panjang lebar Fakrul mengutuk anak majikannya. Walaupun Ayie masih baru lagi berkerja bersama dengannya tetapi dia telah lama mengenali lelaki itu masakan tidak, setiap kali berjumpa Faiz pasti gambar mereka terpapar diatas meja Faiz.
Kata-kata Fakrul membuatkan dia malu sendiri. Lalu untuk menutup malunya dia menyuruh Fakrul menyemak kembali agenda yang akan bentangkan kepada wakil dari Syarikat Usaha Dagang. Fakrul hanya tersengih-sengih melihat kekalutan diwajah pengarah muda pun begitu arahan Ayie dilakukan tanpa banyak soal. Ayie turut sama-sama meneliti apa yang hendak dilakukannya tadi terbang jauh bebayang gadis yang menganggu hari-harinya.

Kelegaan jelas terpancar diwajahnya. Segala penat lelah bertungkus lumus selama ini kini hampir mendatangkan hasil. Syarikat Usaha Dagang bersetuju untuk berkerjasama dengan syarikatnya. Empat orang wakil dari Syarikat Usaha Dagang berpuas hati dengan cadangan yang diutarakan kepada mereka. Bukan mudah untuk menyakinkan syarikat yang memang sukar diyakini ini tetapi berkat usaha keras Ayie dan teamworknya, mereka berjaya juga akhirnya.

Fakrul dan Ayie beriringan masuk ke biliknya. Senyuman masih lagi belum padam dibibir masing-masing. “Fakrul minta Dina tempahkan Restoran Singgah Selalu untuk tengah hari ni. Fakrul tersenyum dia tahu Ayie berhasrat untuk belanja mereka makan diatas kejayaan mereka. “Okey bos..”
“Ajak semua staff kita, jangan tinggal seorang pun.” Ujar Ayie lagi sebelum Fakrul memandangnya hairan..
“Semua sekali bos..” Ayie hanya mengangguk.
“Ala staff kita cuma berapa orang aja kan..tak sampai tiga puluh orang pun so kalau boleh aku nak kongsi kejayaan ni dengan mereka. Sebagai galalkkan dan semangat untuk mereka terus berkerja keras. Kejayaan ni bukan sahaja dari hasil kerja aku seorang tapi semua yang ada turut terlibatkan..” Fakrul tersenyum. Tak sangka Ayie begitu menghargai usaha mereka selama ini dan kejayaan ini dia juga mahu berkongsi dengan yang lain.
“Okey bos..”

Ayie tersenyum sendirian, kenangan dia bersama Emy mengganggu seketika. Dia tersenyum-senyum sambil mengigit pen. Sekilas matanya melihat kelibat Emy yang baru melintas dari biliknya bagaikan bayangan itu mengamitnya, Ayie bingkas bangun lalu menerpa ke arah bayangan yang baru dilihatnya tadi.
“Yea bos.. cari siapa?” Soal Dina yang sedikit terkejut dengan cara Ayie datang ke arah mejanya. Ayie tersedar dan sedikit mengelabah. Perlakuan itu dilihat oleh Fakrul. Teman yang satu ini kelihatan hairan sambil mengelengkan kepala, sudah tentu difikirannya mengetahui penyakit yang dihadapi oleh bosnya. Ayie berlalu ke biliknya setelah menyedari kesilapanya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terbang balik ke Kuala Lumpur untuk melunas kan rasa rindu yang mulai terbit dihatinya. Tidak sabar lagi rasanya dia untuk bertemu muka dengan sang bunga yang berjaya mencuri hati kecilnya.

4 comments:

epy elina said...

hohoho...
ayie2.... ayie..
ko dah gila byang kat emy...
tp mslhnya emy x akn trma ko sbb dia fkir ko adalah faiz....
hmm....
best2x...

::cHeeSeCaKe:: said...

erm..
comel..
ayie2..da parah sgt ni..
g la gtau emy..
biar die tau..awak tu bkan abg faiz..

alreinsy said...

sweet... suak2... sila smbg lg...

itu_aku +_^ said...

hohohohohhohoho...
suke2
cpt smbung
+_*

 
Copyright 2009 Diari Hati