“Morning Mona. Cantik awak hari ni...." Sapa Ayie tatkala melintasi kunter receptionist. Matanya galak mencari kelibat seseorang yang sering bermain dimindanya
“Morning boss..” balasnya gembira. Mona tersenyum manis dengan pujian yang tidak disangkanya dia sedikit hairan dengan kemunculan bosnya pada awal pagi, setahunya Encik Faiz ke Johor selama dua hari belum pun sampai dua hari dia dah muncul kembali cepat betul urusannya selesai disana. Walaupun kehadiran Ayie di awal pagi mengejutkannya wajahnya Mona tampak ceria sekurang-kurangnya dia merasa bangga apabila dia merupakan orang pertama sampai ke pejabat dan yang paling dibanggakan awal-awal pagi sudah mendapat pujian, bos sendiri pula yang memujinya. “Makan setahun pun tak kenyang ni” sempat lagi dia mengutuk dirinya sediri.
“Mana teman awak, tak sampai-sampai lagi ke.?”
“Err..bos cari Emy ke..?” soal Mona hairan. Tidak perasankah Encik Faiz hari masih awal pagi. Dia yang datang awal ke pejabat hari ini pun kerana menumpang kawan serumahnya kalau tak dah tentu pukul sembilan baru terpacak kat sini..
“Sekejap lagi datang la tu boss..kan masih awal lagi belum pukul 8.30 pun lagi. Office kita mula pukul 9.00 pagi kan...”terang Mona yang masih dengan rasa hairannya. Hendak bertanya lebih-lebih takut dikatakan busy body pula. Apa mimpi pula dia ni pagi-pagi dah bertanyakan Emy.
“Alamak saya ’ter’ datang awal ke..?” soal Ayie sambil tersengih-senggih malu. Mona ketawa kuat nasib baik dia dapat mengawal suaranya apabila menyedari yang diketawakannya adalah bos sendiri. Ayie tersengih mempamerkan baris gigi, sedikit pun dia tidak terasa hati dengan ketawa Mona yang tidak disangka-sangkakan. Kekalutannya pagi ini benar-benar memalukan diri sendiri. Semalam sebaik sahaja makan bersama staff berakhir, dia menyerahkan urusan seterusnya kepada Fakrul. Nasib baik Fakrul orang yang boleh dipercayai. Fakrul juga memahami gelodak hatinya yang sememangnya jelas kelihatan dimata lelaki itu.
Ayie menyendiri didalam biliknya. Kedatangannya diawal pagi ke pejabat diisi dengan menyemak semua dokumen-dokumen yang bertimbun terletak diatas mejanya. Masa yang berlalu terasa bagaikan langsung tidak berganjak, beberapa kali juga dia menelek jam dipergelangan tangganya. Hati mudanya mula meronta-ronta ingin menatap wajah sang bunga. Serba tidak kena duduknya. Duduk salah berdiri pula tak kena.
“Bertenang Ayie..bertenang... sabar lah sikit.” Dia memujuk hatinya yang mulai gundah.
Ayie memandang telefon disisinya sedetik dia teringatkan wanita yang telah banyak berjasa membesarkannya lantas dengan rasa rindu dia mendail nombor telefon Nek Som.
Talian bersambung namun nada deringan masih berlagu menandakan panggilannya masih belum dianggkat. “Ke mana pula nenek ni..pagi-pagi dah keluar ke?” Ayie menyoal dirinya sendiri. Dia mengetuk jari jemarinya beberapa kali. Hampa. Sekali lagi dia menekan nombor yang sama. Masih tidak berpuas hati dengan panggilan pertama yang tidak berjawab.
“Assalamaulaikum nek..”panggilan kali kedua tidak tertunggu lama Ayie tersenyum lebar ternyata panggilannya bersahut.
“Wa’alaikumssalam..hai cucu bertuah nenek, baru sekarang nak telefon nenek ingatkan datuk bandar mana lah pagi-pagi lagi dah memanggil.” Nek Som terus memuntahkan rasa geramnnya kepada cucu muda yang telah lama berhijrah ke kota. Ayie hanya mampu garu kepala.
“Dah lupa nenek kamu yea.”
Ayie ketawa kecil.Dia tahu kesilapannya yang nyata. Sudah lama dia tidak menelefon nenek dan atuk bertanyakan khabar. Bukan tidak terkenangkan mereka, dek kerana terlalu menumpukan pada kerjanya yang tidak putus-putus ditambah pula dengan ketiadaan Along dia yang mahu menelefon bertanyakan khabar nenek dan atuknya di kampung selalau saja tertangguh.
“Nenek apa khabar, madu nenek sihat...?” Gurau Ayie bagi mengelakkan Nek Som memanjangkan ceramahnya. Nek Som dihujung talian ketawa kecil. Sudah lama dia tidak mendengar usikan begitu.
“Kamu ni tak sudah-sudah nak usik nenek yea. Nenek sihat. Madu nenek bertambah la sihat, kamu tahulah macam mana atuk kamu jaga Nanu tu, sepanjang masa dengan Nanu, nenek ni dibiarkan macam tu aja, takde siapa nak temankan nenek, nak harapkan kamu bawakan menantu untuk nenek rasanya Nanu tu yang bunting dulu. Ayie tersenyum dihujung talian. Masih mendengar dengan tekun cerita dari nenek. “Jangan tak tahu atuk kamu dah beli kambing jantan nak kasi Nanu tu berteman yang kita ni asyik macam tu aja kena tinggal ” Bunyi suara Nek Som macam cemburu tapi Ayie tahu Nek Som sekadar meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perangai atuk yang sedang kemaruk dengan kambing yang dijaganya. Ketawa kecil meletus lagi dari bibirnya. Terusik juga dengan rasa cemburu yang mula menular dalam jiwa Nek Som. Kalaulah dia sudah tua nanti begitukah isterinya. Wah! alangkah bahagianya dirinya ketika itu, walaupun sudah berusia masih ada cemburu dan sayang disanubari seorang isteri. Sempat lagi dia mengelamun sambil tersengih-senggih.
“Ayie..ooo..Ayie.. ” Nek Som memanggil nama cucunya yang sepi seketika.
“Yea..yea nek..Ayie ada lagi ni..” suaranya sedikit kalut, nasib baik Nek Som tidak perasana akan kegagapannya menjawab sebentar tadi
“La nenek ingatkan dah putus tadi. Kamu senyap aja ni. Kalau banyak kerja lain kali ajalah kita sembang tak pun balik lah kampung dah lama benar Ayie tak balik.” Suara dihujung talian bagaikan mengharap. Rindu terhadap orang tua itu mula menjalar. Yea dia akan pulang otaknya telah membuat keputusan yang sewajarnya.
“InsyaAllah nek, kalau takde aral melintang Ayie balik kampung hujung minggu ni yea. Kirim salam pada atuk. Rindu nenek. Assalamualaikum.” Ayie mengakhiri perbualannya.
Hajat hatinya jika pulang ke kampung nanti dia akan bertanyakan pendapat Nek Som dan dia mahu kongsi apa yang dirasakannya ketika ini.
“Hai Emy awal kau sampai...” Emy menjeling mesra dia tahu Mona sengaja mengenakannya, sebenarnya dia kelewatan hari ini.
“Perli lah tu..” jawab Emy lalu mengekek ketawa Mona yang sememangnnya suka ketawa.
“Lawa lah kau hari ni Emy..ada apa-apa ke? Cantik tudung kau...” Puji Mona membuatkan Emy mengecilkan matanya.
“Kenapa kau pandang aku macam tu... aku puji betul la bukan minta dibalas.” Usik Mona masih bersisa dengan senyuman.
“Terima kasih cik kak..” balas Emy sambil tersenyum.
“Bos cari kau awal-awal tadi. Entah apa yang dia nak..” Mona meluahkan rasa hairannya.
“Bos dah balik dah..”soal Emy kehairanan. Setahunya Faiz akan berada di sana dua hari tapi belum pun sampai dua hari dia dah tercongok dipejabat.
“Kenapa pulak kau diam ni. Ada apa-apa yang tak kena ke? Kalau dia dah balik kenapa pulak? Kau ada buat salah...” Soal Mona bertalu-talu.
“Takde apa-apa lah. Mungkin kerja Encik Faiz kat JB tu dah selesai agaknya lagipun kat sini tentu banyak kerja yang perlu dia teliti, tengok aja lah surat-suratnya semalam...”
“Amboi bercakap macam kau ni setiausaha dia aja, kalah Suriati tu. Tapi..Entah la erk, yang aku hairannya kenapa sampai aja dia terus tanya kau.” Mona masih belum berpuas hati dengan jawapan Emy. Emy mula kecut perut takut apa yang dimimpikannya malam semalam menjadi kenyataan. Dia merasa cuak.
“Hah! kenapa dengan kau ni Emy satu macam aja.” Sergah Mona sebaik sahaja dia melihat Emy terdiam. Otaknya ligat berfikir. Beg tangannya dicapai lalu disimpan kemas di bawah meja.
“Takde apa-apa. Mungkin bos nak tanya pasal keadaan Suriati agaknya.” Tiba-tiba Emy mendapat idea, dia tidak mahu Mona tahu rasa hatinya yang sedikit cuak. Jawapan Emy mengundang curiga dihati Mona.
“Kenapa pulak tanya pasal Suriati dengan kau..”
“Kan tunang Suriati kemalangan kelmarin. Agaknya Encik Faiz mahu tanyakan pasal keadaan Suriati la tu.”
“La kenapa tak cakap tunang Suriati kemalangan aku tak tahu pun. Kau ni pun satu lah bukan nak bagitahu aku.”
“Macam mana Emy nak bagitahu, kan Mona cuti semalam.”
“Ooo..lupa pulak aku.” Mona menggaru-garu keningnya sambil tersengih sendiri mengakui kesilapannya.
“Eh! jom sarap...”ajak Mona apabila teman-temannya mula berjalan beriringan menuju ke arahnya.
“Takpe lah Mona terima kasih. Emy dah minum dengan kakak kat rumah tadi.” Emy menolak pelawaan Mona dengan lembut.
“Kau ni berjimat betul lah. Untung siapa dapat kau ni Emy. Cantik, berjimat cermat..”
“Dah!.dah!..jangan nak memuji lebih-lebih Emy tak dapat gaji lagi nak bagi hadiah..” Usik Emy mengenakan Mona. Tangan Mona pantas mengetuk bahu Emy dengan pursenya
“Ok lah, aku pergi dulu, kau nak kirim apa-apa tak?” Mona bertanya sebelum dia pergi meninggalkan Emy sendirian. Emy hanya menggelengkan kepala sambil matanya melihat kelibat Mona hilang dari pandangannya.
Telefon diatas meja berdering beberapa kali, Emy menyambut panggilan seperti biasa. “Baik Encik Faiz.” Perlahan Emy meletakkan gangang telefonnya. Dia perlu berjumpa dengan Encik Faiz sekarang, tapi Mona belum pulang dari kantin, tentu hari ini dia terlebih bercerita sebab itu lah masa berlalu tidak disedarinya. Lama juga Emy menunggu kelibat Mona, hampir-hampir dia mahu mengangkat gangang untuk menelefon rakan sepejabatnya supaya Mona cepat pulang tapi belum pun sempat berbuat demikian kelibat Mona dan rakan-rakannya muncul berjalan terkedek-kedek seperti itik pulang petang. “Sabar ajalah” ucap Emy perlahan pada dirinya sendiri.
“Mona, Emy kena jumpa Encik Faiz sekarang. Dia dah lama tunggu Emy kat atas tu.” Ucap Emy sebaik sahaja Mona menghampiri kaunter.
“La kenapa kau tak call aku aja. Kau ni tak takut ke kalau bos marah lambat jumpa dia, nantikan berbakul-bakul pulak dia membebel.” Ujar Mona sambil menggelengkan kepalanya, geram dengan sikap bersahaja Emy, lagi takut jika kelewatan Emy berjumpa dengan Encik Faiz disebabkan dirinya. Emy hanya tersengih hendak buat macam mana, kalau ikutkan hati dia tak nak langsung berjumpa dengan Faiz. Malu bila mengingatkan mimpinya malam tadi..
“Ok lah Mona, Emy pergi dulu yea.”
“Ok.. Jangan lupa kirim salam pada Encik Faiz yea, tapi kalau dia tanya kenapa lambat pandai-pandai lah kau buat alasan jangan bagitahu dia sebab aku pulak kau lambat..” Pesan Mona dengan muka seposennya. Emy ketawa kecil dia perlu segera berjumpa dengan Faiz, dia tahu Mona rasa bersalah pasti ada sesuatu yang hendak ditanya Faiz kepadanya mungkin mengenai tunang Suriati yang kemalangan kelmarin.
Wednesday, March 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hohohoho...
alahhh...
bila emy thu ayie 2 bkn faiz...
klu keadaan mcm ni ssh la ayie nak tackle emy....
x sbr nak thu next n3...
hohoho..
bilakah kesalahfahaman ni dpt dibetulkan..??
itu fariz..! bkn faiz..hehe..
Post a Comment