Dari hari ke sehari Kamil Hakim semakin kerap menelefonku, satu perkembangan yang sama sekali tidak ku duga. Aku cukup senang hati dengan perkembangan ini ialah bagaikan pucuk dicita ulam mendatang bukankah itu yang ku harapkan selama ini, hati berbunga riang. Naziah dapat mengesan beberapa bentuk perubahanku sejak akhir-akhir ini, sesuatu yang tak pernah nampak dimatanya sebelum ini manakan tidak, kalau sebelum ini sudah menjadi hobiku meletakkan telefon mudah alih itu dimerata-rata tempat yang aku sukai sehinggakan setiap kali ada panggilan masuk pasti aku mengelabah cari dimana letaknya dan turut menjadi mangsanya ialah dia kerana turut terlibat mencari telefon bimbitku. Sering juga aku dimarahi oleh Naziah namun bagai sudah sebati dengan diriku, hari ni kena marah esok buat lagi.
Aku menhenyakkan tubuhku ke atas sofa lembut berwarna biru tua itu, Naziah disebelah hanya menjeling geram, iyalah mana tak geramnya air yang hendak diminumnya hampir tupah dibuatku akhirnya satu cubitan hinggap dipaha kananku.
“Maira..ermm kalau aku tanya kau sikit jangan marah erk..”ucapnya perlahan. Aku memandang wajah selambanya, soalan yang hendak ditanya itu telah dulu dapat ku baca dari sisi intonasinya, tak lain dan tak bukan untuk mengorek sedalam mana hubunganku dengan Kamil Hakim.
“Kau dengan Kamil Hakim macam mana sekarang ni..ada perkembangan terbaru.”
Aku hanya senyum lalu menjungkitkan bahu, memang tepat jangkaanku tidak dapat diragui lagi.
“Dah keluar banyak kali, bergayut pun beratus-ratus jam masih takde perkembangan ke..muskil lah aku dengan hubungan kau orang ni..nak kata tak bercinta tapi tengok gayanya mengalahkan aku yang bercinta ni, kat rumah bergayut kat office pun sama. Hey Maira kalau tu tak namanya bercinta habis tu namanya apa heh…”
Aku menggarukan kepala……..
“Macam tu ke orang bercinta… kau dengan Badli macam tu erk.”. Naziah merenung kedalam anak mataku, takut juga aku kalau-kalau dia dapat membaca hatiku yang kini sedang mekar untuk mengelakkan diri dari ketahuan aku memaniskan wajahku.
“Kebanyakan macam tu lah..aku dengan Badli takde lah sampai macam kau orang ni, ligat semacam aja aku tengok ni aku nak cakap sikit kalau suka sama suka tu jangan tunggu lama-lama Maira nanti dikebas orang melopong pulak kau.”
“Aik terbalik pulak kau ni..sepatutnya kau cakap macam tu pada dia tau bukan pada aku. Aku ni gadis sunti masih tebal dengan perasaan malu.”
“Alah malu-malu kucing konon, zaman sekarang apa nak dimalukan Maira, siapa cepat dia dapat. Ni aku nak bagitau kau sesuatu..” Naziah terdiam matanya tertancap melihat cerita yang disiarkan aku masih menunggu riaksinya dengan dada sedikit berombak.
“Apa dia…kata nak bagitahu aku sesuatu.”
“Zaman sekarang orang lelaki dah makin berkurangan kau tau..kau tengok sekarang ni berapa ramai yang mati katak atas jalan raya tu, berapa ramai yang meringkuk dalam penjara dengan pelbagai kesalahan. Cuba kau fakir kalau kau tak ambil peluang ni dari sekarang bila lagi. Kau nak tunggu siapa lagi Maira, umur kita makin meningkat bukan makin menurun, dah ada yang baik depan mata takkan kau nak biarkan macam tu aja, jangan sampai kau gigit jari sendiri sudah.” Rupanya itu yang ingin diberitahunya buat suspend aja. Aku hanya diam mendengar nasihat berguna dari Naziah. Betul juga apa yang dikatanya itu. Aku tunggu siapa sebenarnya dia sudah didepan mata selama enam tahun aku kehilanganya masakan aku ingin kehilangannya lagi. Tapi aku masih keliru bagaimana perasaannya terhadapaku.
“Tahun ni Imah dah nak kahwin, mak kau kan dah pesan dia nak kau kahwin dulu dari Imah. Kau kena fikir juga hajat mak kau tu Maira. Kalau kau dah berkenan dengan Kamil tu dan Kamil tu pun sama suka kan kau tak payah tunggu lama-lama suruh aja dia masuk meminang. Aku tengok Kamil tu pun padan benar dengan kau, Badli pun selalu cakap yang Kamil tu selalu juga ceritakan pasal kau pada dia. Wah terkejut juga aku mendengar kata-kata Naziah Kamil berceritakan tentang aku pada Badli adakah dia merasakan apa yang aku rasa ketika ini.
“Hah! Kamil cerita pasal aku!”
“Tengok tu sebut aja pasal Kamil Hakim muka kau dah berseri-seri “
“Dia cerita apa Zie. Ooo.. jadi selama ni kau dah tahu lah si Kamil tu selalu cerita pasal aku pada Badli..
“Hey tolong sikit..Aku pun baru dapat tahu dari Badli malam tadi itu yang aku tanya kau ni. Macam lah kau tak tahu perangai aku ni Maira mana nak simpan rahsianya dengan kau ni kalau kau tu lain lah penuh rahsia dan misteri.” Aku hanya merenung screen tv yang sedang memaparkan berita terkini. Mengakui benar kata Naziah. Aku seorang yang perahsia dan tidak suka orang lain tahu hal peribadiku waima yang pahit sekalipun.
“Apa yang dibualkan Kamil Hakim tentang aku pada Badli.” Perlahan pertanyaan itu ku lontarkan pada Naziah yang masih mendiamkan diri.
“Dia cerita apa Zie, kau tak tanya Bad ke…”
“Ala cerita zaman remaja kau orang lah zaman kampus dulu..hai bersemagat nampak nak tahu ceritanya. Tadi bukan main lagi nafikan yang kau orang bercinta ni.” Aku memeluk bantal kecil diatas ribanya.
Baru sahaja merangka misi untuk mengorek cerita yang hendak disampaikan oleh Naziah telefon bimbitku berbunyi. Aku dan Naziah sama-sama berpaling dan sudah tentu perkara sama yang difikirkan oleh kami.
“Ha panjang pun umur pakwe kau tu Maira, nampak gayanya kau dulu lah makan nasi minyak dari aku..hai bertuahnya badan.” Aku membaling bantal kecil yang ku peluk tadi ke arahnya. Telefon bimbit yang sedang mengalunkan lagu Dealova nyanyian Once ku tatap skrinnya ternyata nama Kamil Hakim tertera diskrin kecil itu. Tanpa sedar senyuman menguntum dibibirku.
“Ha apa kau duk renung tu senyum sorang-sorang takkan malu dengan aku kot, angkat la kesian mamat tu.”
Aku mengangkat kening sengaja menambahkan lagi usikan Naziah dan segera beredar dari situ setelah panggilan itu ku sambut. Temanku itu hanya mampu mengeleng.
“Hello. Assalamualaikum..” dengan penuh sopan ku memberi salam.
“Wa’alaikummussalam..”
“Ada apa awak telefon saya ni. Tanpa tersengaja aku mengajukan soalan itu.Bukan main lagi aku menyoal jual mahal konon tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu bertapa gembiranya hatiku dikala ini.
“Err..saja tak boleh ke…”soal Kamil Hakim pula.
“Takde la, siapa cakap tak boleh…”bagaikan kelu lidah untuk berbicara dan ku rasa Kamil Hakim juga begitu.
“Err..awak buat apa tu, sibuk erk..”
“Takde buat apa-apa pun, sesaja duk berborak dengan Zie…”
Ermm…awak tak keluar ke mana-mana ke hari ni..soalnya dan aku larut dengan panggilan yang semangnya ku tungu-tunggu itu.
Tuesday, June 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment