Wednesday, June 23, 2010

Pion oh Pion 9

“Alamak mana nak menyorok ni kak…” Aku mula mengelabah apabila ternampak kelibat Encik Ahmad dan Awang menuju ke tempat aku melepak. Tapi aku bukan nak melepak pun datang nak makan, perut ni pun dah pedih tahan lapar buat apa takut.
“Nak menyorok dari siapa pulak kau ni dik, pelik betul la perangai kau hari ni...” sungut kak Ani kerana rimas dengan perangaiku.
“Ala kak cepat la..ala orang nyorok belakang akak ajalah.”
“Ish! budak ni nak kena hempup dengan kuali agaknya. Kau lari dari siapa ni, cuba bagitahu akak, kau jangan pandai-pandai pinjam duit dari Ahlong dik..kang tak pasal-pasal kepala ke barat badan ke timur.”
“Yang ni bukan Ahlong la kak yang ni jerangkong..’
“Mana…mana…”
“Tu…dia dah dekat dah tu…macam mana ni kak”
“Astarfirullah engkau ni dik nak jugak aku sekeh-sekehkan, kau ni dah tak kenal tuan agaknya. itukan bos kau sesedap rasa aja panggil jerangkong, tak baik tau..”
“Amboi-amboi sebelah bos kite nampak, ada apa-apa ke ni kak Ani.” Aku mengaru kepala yang masih kebuntuan idea hendak lari kemana pula aku kali ni, perut dah pedih minta diisi nampak gayanya makan semeja juga aku dengan lelaki-lelaki tak siuman ini.

“Eh! awak pun ada kat sini juga Aliza, buat apa… “tegur Encik Ahmad sambil jerangkong disebelahnya tersengih mesra, meluat pula aku tengok, Eee.. kalau aku boleh buang cermin matanya tu dah lama aku buang jauh-jauh, pakai benda alah tu menyemakkan mata aja, aku pula yang terasa rimas tapi si pemakainya selamba badak aja.

Aku hanya memaniskan wajah. Mengusir perasaan menyampahku jauh-jauh.
“Lapar lah bos, saya tak makan lagi dari pagi, ni datang nak makan lah ni..kenapa bos, nak belanja ke..” aku sengaja memerangkap Encik Ahmad yang memang jarang sekali belanja untuk staff nya. Sesekali kenakan bos apa salahnya itupun kalau dia nak belanja aku sekadar mencuba nasib tapi yang bestnya didepan kak Ani pula…ahahah
“Ala bos mee goreng sepingan baru berapa, air pun tak sampai seringit setengah…”aku menyambung lagi sebelum Encik Ahmad sempat membuka mulut. Aku tahu dia bengang dengan kata-kataku ialah masakan tidak mak dara pujaan didepan mata. Kak Ani hanya tersengih melihat gelagatku.

“Is kau nak makan apa..kat sini masakan panasnya boleh tahan..”
“Ermm..apa yang ada kak..”soal awang sengaja melambatkan waktu, perut aku pun dah lama berdondang sayang.
“Encik nak makan apa.. makanan panas kat sini ada mee goreng, kuew teow goreng, nasi goreng, mee hailam, mee bandung macam-macam lagi lah..”ditangannya tersedia pen dan kertas untuk mencatat.
“Erm kalau macam tu bagi saya mee goreng satu yea kak.. “ kak Ani hanya mengangguk faham. Punyalah banyak senarai yang dia nak tahu akhirnya mee goreng juga pilihannya. Buat habiskan air liur orang aja dia ni. Nak kena betul si awang ni. Siap kau
“Saya pun sama Ani, mee goreng.. kalau menu sama tak la susah sangat awak nak siapkan..” ucap Encik Ahmad masih tidak lari dari memandang wajah kak Ani. Naik rimas pulak aku nengoknya.
“Kalau nak makan yang lain pun takpe, saya boleh siapkan..”lembut kak Ani melayan pelanggan yang mula naik daun hijau yang tak berapa nak hijau.
“Tak payah la kak Ani, buatkan mee goreng aja dah..saya dah kebulur ni tunggu dari tadi, perut dah pedih, kalau tunggu lagi lama mau pecah perut saya ni..” tanpa sopan tanpa segan aku hentam apa aja ayat yang keluar dari mulutku. Awang dan Encik Ahmad saling berpandangan sejurus kata-kataku berakhir.

Menyedari kesilapan itu aku hanya mampu tersengih dengan keterlanjuran yang memang tak disengajakan.
Mee goreng yang masih berasap tersedia dimeja makan, aku tak menunggu lama, garfu dan sudu aku capai dengan segera, lada jeruk yang diletakkan diatas meja juga aku belasah taruk dalam pinggan, limau nipis yang dipotong kecil aku perah laju tanpa menghiraukan mereka didepan, mataku bagaikan buta terkena panahan asmara mee goreng kak Ani.

Nafsu makanku mula melonjak-lonjak minta disegerakan hajat, tanpa membuang masa sesuap mee goreng masuk ke mulut..wahh! nikmatnya dapat makan…Jerangkong didepan mata langsung tak kuhiraukan mee goreng didalam pinggan lebih menarik minatku dari menatap wajah Encik Ahmad dan Awang. Satu suapan lagi masuk ke mulutku.
Untuk suapan kali ketiga aku terhenti apabila aku melihat awang didepan mata sedang mengaminkan doa. Ya Allah, aku baru tersedar kesilapan yang memang tidak dapat diundur kembali. Perlahan-lahan mee gorengku sumbat kedalam mulut, selera makanku merosot gara-gara malu dengan perlakuan yang semamangnya memalukan bagi seorang anak gadis sepertiku. Encik Ahmad bersikap selamba bagaikan apa yang kulakukan tiada apa-apa kesalahan baginya. Sesekali aku perasan awang memerhatikan tingkahku.

“Kenapa slow aja tu, tadi laju semacam..” teguran Awang bagaikan belati tajam menikam sukma. Lama dia terdiam sebelum menyambung kata-katanya.
“Kalau makan tak baik gelojoh, makan kena perlahan-lahan walau selapar manapun kita. Jaga adap dan sopan, baru rezeki yang masuk ke perut tu berkat. Lagi satu jangan lupa baca bismillah kerana rezeki yang sampai pada kita adalah rezeki dari Allah, jangan lupa pada yang di atas.” Nah bisa yang dihemburkan Awang betul-betul melumpuhkan nikmat makanku. Air suam ku teguk perlahan.
“Kenapa tak makan..maaf kalau kata-kata saya buat awak terasa.” Lembut awang memohon maaf, dia tahu aku sedikit tersinggung tapi apa yang dikatakannya memang benar. Encik Ahmad disebelahnya bagaikan tunggul kayu langsung tidak mengendahkan kami, bagaikan dia berada didunia yang lain. Kak Ani masih sibuk dengan tugasnya yang belum selesai.

“Tak baik awak tak habiskan makanan tu..membazir itukan amalan syaitan..”aku kembali menyambung makan. Nasihat awang bagaikan terus melekat dihati. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah memerhati cara makan Awang yang bersahaja tapi nampak sopan.
Ah! dia berlakon aja tu Ija, kau jangan nak percaya mamat ni. Berlagak alim konon. Syaitan mula membisikan kata-kata perangsang buatku. Aku menepis kata-kata jahat itu dengan gelengan.
“Eh kenapa ni Ija, apa yang taknya.”
“Errrr….takde apa-apa..”
“Makanlah..hari ni saya belanja awak.” Ujarnya lembut. Aku hanya mampu menikus tidak berani mangangkat kembali wajah yang tak berapa nak cantik kalau dah malu.

1 comments:

aqilah said...

hahhaaaaaaaaa ija...........malu lak kena tegus dgn is"awang"

 
Copyright 2009 Diari Hati