Saturday, July 10, 2010

Dia Yang Terpilih... 7

Ayam dan itik mula menjerit nyaring tatkala aku menyeberangi titian berhampiran reban ayam dan itik kesayangan Opah. Aku semakin galak mengacah sehinggakan jeritan ayam dan itik itu memecah kesunyian halaman rumah wanita berusia 70-an itu. Dah lama benar aku tak bermesra dengan binatang peliharaan Opah kalau dulu akulah insan yang sering dimarahi oleh Opah kerana selalu bermesra dan bergaduh dengan binatangnya ini tapi sejak menginjak dewasa dan semakin matang perlakuan itu semakin berkurangan, aku lebih suka melihat ayam dan itik berebut-rebut mematuk dan menyudu nasi didalam tempurung yang disediakan Opah.

“Mak! Opah!..Maira dah balik..” jeritku sengaja memberi kujutan pada Opah dan emak yang sememangnya kurindui. Hampir enam bulan juga aku tidak menjengah mereka kerana sering dihambat dengan kertas kerja yang kadangkala memeningkan kepala, memikirkan itulah periuk nasiku aku pendamkan segala kerinduan ini, mujurlah kemudahan seperti telefon bimbit memudahkan aku menghubungi mereka. Aku memeluk mereka berdua yang sedang tercengan melihat batang tubuhku kini berada didepan mata mereka. Aku tahu emak tidak menyangka aku akan balik ke kampung kerana baru semalam aku bercakap dengan emak ditalian dan aku sedikit pun tidak memberitahunya aku akan pulang ke kampung malah aku tidak terus pulang ke rumah kerana aku pasti tiada sesiapa kerana semalam emak sudah memberitahu kepadaku yang dia ingin ke rumah Opah. Dikesempatan itulah aku mahu memberi kejutan dan ternyata kejutan yang kuberikan memang tepat malah bukan sehaja mereka yang terkejut aku juga diberikan kejutan dengan cubitan pertama singgah dipahaku.

“Aduh! Opah sakitla, Opah ni bukan nak sambut Maira dengan kueh ke, teh-o ke apa, ini sambut cucu kesayangan Opah ni dengan cubitan, tak patut tau..”aku sedikit merajuk dengan tindakan spontan yang tidak disengajakan Opah terhadapku. Emak hanya mengelengkan kepala melihat keletahku.
“Ala-ala kesiannya cucu Opah ni, ha itulah kak long suka sangat kejutkan Opah, moh ke sini Opah cium sikit. nape pulang tak bagitahu alih-alih dah terpacak kat depan mata mananya Opah tak terkejut, Opah ngan mak kamu ingatkan ular ke apa duk kacau ayam itik kat reban tu rupenya kamu…” aku hanya diam sambil tersengih.
“Moh ler kite naik, apa lagi tercegat kat situ, kamu dah tak ndok naik rumah Opah ni yer, rumah Opah ni buruk tak sama macam rumah kamu kat Kuala Lumpur tu..”. Opah berjalan mendahului aku dan emak yang masih lagi tercegat disitu.

“Tok sah nak ambik hati ngan Opah kamu tu Maira, takkan tak tahu perangai Opah kalau dia dah terkejut, yang kamu ni pun satu balik tak khabor..” emak dah mula nak menyambung tazkirah, apa ditunggu lagi takkan nak duduk disitu sampai ke petang.
“Mak dahagalah air kelapa muda ada..” aku sengaja mengalih topik langkah mula diatur menuju ke serambi rumah Opah beg pakaian aku taruk aja dilantai serambi, perasaanku berkobar-kobar untuk melihat kebun kesayangan Opah lebih-lebih lagi teman tapi mesra Opah itik serati dan ayam belandanya. Damainya melihat pohon-pohon kelapa menghijau dan disitu sebatang pokok kelapa yang sama-sama ku tanam semasa kecil dulu bersama atuk masih tegak berdiri dan buahnya juga kelihatan melebat. Itulah salah satu kenangan terindah antara aku dan arwah atuk.

“Kelapa muda apa pagi-pagi ni Maira, mengarut aja kamu ni.” Aku hanya tergelak kecil lalu melencong menuju ke pokok kelapa yang ku tanam, dah lama benar tidak menyentuhnya. “Hei tengok tu nak merayap ke mana pulak budak ni..”
“Kejap mak Maira nak tengok pokok kelapa tu, dah lama Maira tak tengok..”
“Apa kena la budak sorang ni mengalahkan kanak-kanak, pokok kelapa tu punya la besaq tak nampak-nampak lagi, rabun tahap apa kamu ni Maira..”aku ketawa besar apabila emak bersungut dengan perangai nakalku.
“Ala emak ni Maira nak bercakap dengan pokok tu sekejap dah lama tak tanya khabar, nak juga Miara belai dia..kan sentuhan Maira ni dah lama ditunggu-tunggu.” Sengaja aku mengusik emak yang masih memerhatikan lagakku.
“Banyak sungguh loyar buruk budak ni, nasib baik tak jai peguam kalau tak lagi banyaklah kamu punya loyar tu..hah dah puas kamu belai dia tu jangan sampai karang tak ingat pintu masuk ke rumah pulak, nanti tak pasai-pasai Opah kamu bagi ceramah percuma.”
“Okey mak..”

“Mana anak bertuah kamu tu Zainab, merayap ke mana tak nampak batang hidung, balik jauh-jauh tak sempat naik rumah dah lesap..kalau iya pun nak ke mana naik la dulu macam dah takde hari nak merayap..”
“Maira ada kat depan tu mak, tak ke mana pun..biarlah mak bukan selalu pun dia balik kampung, rindu sangat suasana kampung la tu.”
“Maira balik sorang aja ke..
Yea lah mak, nak balik berapa orang…nak kata ada anak-anak cucu mak belum berumahtangga lagi..”
“Isk.. mak dengan anak pun sama aja.. itu aku tahu lah, maksud aku kawan dia tu si Zie..”
“A’aa..lupa nak tanya..”
“Lama ke dia balik ke sini, nanti kita boleh la bicang pasai kahwin si Imah tu malam ni.” Ujar Opah dengan sengihan memanjang. Garis-garis diwajah yang mulai kelihatan ketika tersenyum menandakan usianya semakin menginjak tua memenuhi ruang wajahnya pun begitu kudrat berjalannya masih kuat.
“Nanti la dulu mak, budak tu tak panas punggung lagi, esok aja kita bincang.”
“Tunggu esok buat apa, Imah tu pun dah lama bertunang dah patut kahwin pun. Dia tunggu siapa lagi, kalau ada yang dah berkenan suruh aja lelaki tu masuk meminang.”
Zainab hanya diam, tidak mahu emaknya semakin galak bercerita.

Emak sedang leka menatap kain pasang yang ku belikan untuknya, baru tadi aku teringat akan bungkusan yang memang kusediakan untuk emak. Opah aku hadiahkan sehelai selendang sulaman.
“Opah sihat..”aku cuba mengambil hati Opah lalu mendekatinya, tangan tuanya ku gengam erat. Kasih sayang yang dicurahkan Opah pada aku dan adik-adik amat-amat lah aku hargai walaupun sebenarnya aku lebih akrab dengan atuk.
“Cucu bertuah, dah nak masuk senja baru tanya Opah sihat ke tak, dari tadi asyik duk berkepit dengan pokok kelapa aja, pokok kelapa tu ada khabor pada kamu dia sihat..”aku ketawa mendengar rajuk Opah yang sengaja dipaparkan.

“Maira bukan sengaja Opah, dah lama tak bercakap dengan pokok kelapa tu, dulu arwah atuk ada cakap pokok pun tahu bahasa kita, belaian kita itu yang Maira duk praktikan tengok buah pokok kelapa tu pun lebat kan mak... “mak hanya memekakkan telinga mungkin malas melayan loyar burukku yang dah lama tak kedengaran.
“Ha mak.. Imah bila balik, kan mak cakap hari tu dia ke Kelantan tak lama.
“Lusa dia sampai la tu. Ni kamu cuti berapa hari..”
“Hmmm..kalau cuti dua hari baik tak payah cuti..”Opah bingkas bangun setelah aku terdiam.

“Apa la Opah ni Maira cuti empat hari…Maira tahu cucu kesayangan Opah ni dah lama tak balik kampung, sesekali balik tu mesti Opah nak bermanja dengan Maira kan..kan..betul tak.” Usikku sambil memeluk Opah dari belakang. Aku tahu Opah kurang mesra denganku kerana aku pernah menolak hasratnya untuk menyatukan aku dan anak kepada cucu saudaranya yang telah lama merantau pun begitu hasrat Opah tidak berkubur begitu sahaja aku telah digantikan dengan Imah dan Imah tidak menentang cadangan itu dia menurut tanpa membantah. Pernah juga aku bertanyakan Imah kenapa dia tidak menolak sahaja cadangan Opah, dia hanya tersenyum. Dan pernah juga aku selidikinya dari adik bongsuku samada Imah sudah mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidupnya ternyata adik bongsuku hanya mengelengkan kepala.

Aku merenung gambar Imah yang kelihatan manis berbaju kurung. Adikku ini tidak banyak bercakap malah jauh benar bezanya dari perangaiku sebab itulah Opah begitu sayangkannya. Imah dibela oleh Opah setelah atuk pergi menghadap Ilahi. Aku cukup kagum dengan adikku ini dia sanggup berjauhan dari kami demi Opah yang tidak mahu berpindah dari rumah peninggalan arwah atuk katanya, usia Opah bukannya panjang entah esok atau lusa gilirannya pula menyahut seruan Ilahi sementara hayatnya masih ada apa salahnya dia mengembirakan Opah dan menjaganya sepenuh hati. Tulus benar hati Imah aku berbangga mempunyai seorang adik yang begitu mulia hatinya. Kalau hendak mengharapkan aku memang tak boleh harap langsung la jawabnya. Pernah juga aku terfikir bila Imah kahwin nanti macam mana pula dengan Opah siapa pula yang akan menjaganya nak harapkan adik bongsuku aku tak percaya dia akan tinggal bersama Opah maklumlah budak remaja yang beru hendak kenal dunia malah tak pernah lekat dirumah ada-ada sahaja aktiviti sekolah yang menarik minatnya..

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati