Monday, November 1, 2010

Pion oh Pion 12

Aku keluar dari bilik setelah bersiap ala kadar sahaja, bau pun dah wangi takdelah bau ikan, bau ayam dan segala bau yang bleh menyebabkan keloyaan. Kalau mak tahu yang masak hari ni pasti mak akan tabik spring pada kak Ayu sebab sekeras-keras aku kak Ayu juga yang berjaya melenturnya. T-Shirt santai berwarna kelabu itu aku kemaskan lagi.tak mahu lah nampak selekeh sangat depan orang tua tu. Tapi yang aku pasti kak Ayu bengang dengan seluar jeans kegemaranku telah tersarung di badan. Nak buat macam mana dah aku suka. Kalau tahu dek emak apa yang aku pakai ni tobat silap-silap haribulan seluar jeans yang koyak sikit tu terputus dua. Aku senyum dalam hati. Mak tak nampak takpe, kira ok lah.

Aku bertembung dengan kak Ayu yang dah tersangat ayu dengan pakaian tradisional oaring melayu baju kurungnya, warna pulak hitam putih menambahkan lagi seri diwajah. Sempat aku memuji dalam hati tapi hampeh…. Matanya terbeliak memandang aku yang dah cantik dengan apa yang aku pakai. Perasan sendiri.
“Pakaian tu biar sopan sikit, kau jangan nak buang tebiat kau pakai seluar carik kat lutut tu, buat malu aku jer, karang tak pasal-pasal aku gunting seluar tu, pergi tukar!..perintahnya. Sudah… penyakit emak berjangkit pulak pada kak Ayu. Aku sengaja pekakkan telinga. Takkan takde compromise langsung, tadi aku dah masak dah kira ok lah tu nak jugak aku dengar cakap dia, kalau aku butakan hati dan ikut suka hati aku dah tentu aku cabut awal-awal lagi. Takdenya nak sakit-sakit badan masak untuk bakal mak mentua dia tu.
“Boleh tak kau dengar cakap aku ni sekali aja dik..” Kak Ayu merendahkan suaranya. Kesian pulak aku tengok. Tak sampai hati pula aku nak buat perangai aku. Hanya dia kakak yang aku ada takpelah berkorban untuk dia bila lagi aku nak tunjuk sifat penyayang aku pada dia. Cewah jiwang pulak aku kali ni. Takpe lah oleh kerana bakal mak mentuanya nak datang aku mengalahkan aja lah, bukan selalu pun aku kena pakai pakain sopan macam dia tu.

15 minit aku keluar dengan baju kurung kedah pemberian mak tok. Sungguh baju itu baru sekali aku pakai itupun hanya nak ambil hati mak tok yang beria-ria nak tengok aku pakai baju pemberiannya. Kak Ayu melopong memandangku. Aku mencari juga kalau-kalau ada sesuatu yang melekat pada baju kurung kedah tu, manalah tahu tercarik ke al-maklumlah dah lama sangat aku simpan. Takut jugak lipas yang kelaparan sedikit-demi sedikit makan baju aku ni. dah puas kelebek aku sengaja berjalan dengan goya menyobong.
“Erk eleh…” perasan cantik lah tu..
“Dah aku memang cantik kak nak buta macam mana, kalau aku tak cantik takkan kau pandang aku sampai terganga mulut tu. Tak gitu.”
“Uwekkk!….”hanya itu yang terkeluar dari mulut kak Ayu.
“Hmmm..lambat lagi ke tetamu kau nak sampai ni. dah berpeluh dah ni..bosan pulak menunggu macam ni..” mulutku dah mula nak merungut. Kain baju kurung kedah aku angkat sampai ke lutut, comfirm kalau bapak mentua kak Ayu nampak dia dulu terjun tingkap. Nampak sangat ketidaksopananku. Aku mereka ceritaku sendiri. Biarlah hanya kak Ayu aja ada dalam rumah ni bukan ada sesiapa pun. Dah tentu dia faham aku ni macam mana.

Tuk!..Tuk!..pintu diketuk dari luar disusuli salam. Aku mencari kelibat kak Ayu. Entah ke mana pulak dia menghilang. Kedengaran lagi pintu diketuk untuk kali yang kedua dan entah kali ke berapa.
“Kak tetamu kau dah sampai ni..” panggilku.
“Ajak la diorang masuk aku kat bilik air ni.” laung kak Ayu sayup-sayup kedengaran.
“Hmm..ini yang aku maslas ni.. time macam nil ah nak buang hajat. Bukannya tak pernah jumpa diaorang tu. Eee..kalut semacam jerk. aku kemaskan baju kurung kedah yang dah berkedut. Rambut yang berserabai ku betulkan dank u sanggul seperti siput. Dengan senyuman yang aku praktiskan beberapa kali aku menyambut tetamu yang kak Ayu undang. Dan dengan perlahan aku buka kan pintu.
Sebaik sahaja pintu ku buka dan salam ku jawab.muncul makcik Zaini bersama senyuman menguntum dibibir. Aku terperanjat. Bukan ke yang nak datang ke sini bakal besan mak. Aku menyambut huluran tangan makcik Zaini. Lalu dia memelukku penuh erat bagaikan aku ini anaknya. Rimas jugak la..hanya orang-oarang terdekat aja selalu sangat nak peluk aku…makcik Zaini bukan siapa-siapa pun. Aku biarkan sahaja apa yang dia lakukan hendak membantah takut aku dikatakan kurang ajar. Malu pulak mak kat kampung tu.

“Eh! Ija yang kau tercegat kat situ tu kenapa..ajaklah tetamu kita tu masuk.” Aku kaku di situ kakiku tidak mahu berganjak apatah lagi melangkah apabila memandang sesusuk tubuh yang memang tak sampai 24 jam aku tinggalkannya.
Wajah hensem Awang tersenyum nipis itu bagaikan bara yang membakar tubuhku. Kenapalah aku dipertemukan lagi dengannya dalam keadaan aku berpakaian macam ni. Malang sungguh nasib aku hari ini.
Kak Ayu dan makcik Zaini rancak bersembang entah apa yang diperkatakan mereka ketika ini. otakku bagaikan tidak boleh menangkap setiap butir bicara mereka. Rupanya ini rancang kak Ayu. Patutlah dia tidak banyak mengomel pasal tetamu yang hendak datang rupanya ada ketam disebalik tembok. Jaga kau kak Ayu…aku mula merancang sesuatu.

“Eh! masuklah encik Awang, jangan malu-malu buat macam rumah orang.” Itulah kata alu-aluanku padanya. Awang masih tersengih menabahkan lagi rasa geram dihati.
Kamu tinggal berdua aja ke..
“A’aa makcik kami berdua aja..lagipun tak selesa la kalau sewa ramai-ramai macam-macam ragam. Yang sorang tu pun dah tak terjaga.” Amboi sedapnya kak Ayu mengata aku. Macamlah aku ni teruk sangat perangainya.
Makcik Zaini hanya tersengih lalu matanya beralih ke arahku.
“Takdelah makcik..Ija rasa kak Ayu mampu bayar sewa sebab tu lah kak Ayu tak nak kongsi sewa dengan orang lain.” Aku pulangkan pada kak Ayu.
“Tentu bestkan tinggal bersama adik beradik..takdelah nanti bertikam lidah sampai tak bercakap.” Aku memalingkan wajah apabila matanya memandang ke arahku. Nak juga dia menyampuk kalau duduk diam kat situ apa salahnya. Saja je nak masuk campur hal orang tua.

Sepuluh minit bersembang dengan tetamu, kak Ayu mengajak makcik Zaini dan Awang ke meja makan. Aku menayangkan muka selamba badak apabila Awang memberi laluan ke padaku.
“Ija senduk kan nasi tu untuk Is.” Pinta kak Ayu. Hah aku dah dapat peluang ni. ini yang aku tunggu-tunggukan.
Dengan niat jahat.aku menyinsing lengan baju kurungku hingga ke siku. Aku yang nampaknya ayu tadi kini tak ubah seperti gadis tomboy seperti dalam drama-drama melayu. Kak Ayu tak terkata. Matanya jengil memandang. Makcik Zaini ku lihat bagaikan takde apa-apa yang pelik etrjadi. Aku jeling pula pada si Awang.wajahnya berkerut seribu. Hahahaha. Inilah yang aku nak.

“Bawak sini pinggan tu..”aku minta dengan kasar pinggannya bagaikan makcik Zaini tidak ada dihadapanku. Awang menghulurkan pinggannya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Mungkin tersentak juga dengan aksi ku sebentar tadi. baru kau tahu siapa aku…..
Aku tak kisah apa yang makcik Zaini fikirkan. Lantaklah bukan aku tak tahu tujuan makcik Zaini datang berziarah kalau dah bawak Awang sekali. Ini mesti tak lain dan tak bukan untuk menyambung kembali rancangan mak yang dah lama tak menjadi. Nasinya aku senduk sejemput. Biar dia makan tak kenyang kalau muka dia tak malu nanti dia mintak tambah lagi. Aku hanya ketawa dalam hati apabila melihat nasi dipingannya sedikit bagaikan mahu diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun. Aku hulurkan apa yang ku senduk tadi, dia teragak-agak menerimanya. Mungkin dia sangkakan aku mahu menambah lagi nasi ke pingannya.Wajah kak Ayu merah padam. Aku tahu dia menahan marah. Wajahnya dimaniskan apabila sesekali makcik Zaini berbicara.
Maafkan aku kak, kau yang mula dulu. Kata-kata itu hanya berlegar didalam hati. Aku bersedia andai kak Ayu menyemburku apabila makcik Zaini pulang nanti. Tapi biarlah aku menikmati saat-saat paling manis ini dengan semanis-manisnya.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati