Monday, October 25, 2010

Hati Ini Milikmu 31

Genap sebulan Emy menjadi setiausahanya, wajah Ayie nampak semakin bercahaya seolah-olah bulan penuh sedang menyuluh terang ke wajahnya bahkan dia juga kelihatan semakin bersemangat setiap kali datang ke pejabat. Bagaikan ada kuasa ajaib dalam dirinya bunga yang dipuja dalam diam semakin hampir didalam gengaman. Hatinya bulat untuk memiliki gadis bernama Emy Najwa. Gadis yang suatu ketika dahulu pernah dituduh mencuri motorsikalnya tetapi kali ini lebih parah lagi gadis itu juga berupaya pula mencuri sekeping hatinya yang tidak pernah terusik.
Ayie berjalan didepan Emy dengan lagak bersahaja, dia sering terperasan bahawa gadis itu kurang senang apabila dirinya didekati. Emy yang sedang leka menaip sesuatu tidak perasan akan kelibat Ayie yang semakin menghampiri mejanya.
“Ermm..Emy ada apa-apa untuk saya pagi ni..” suara garau Ayie menyapanya menghadirkan getaran halus di hatinya, Emy mendongak wajah Ayie yang dihiasi senyuman menyapa pandangan matanya, terkejut juga dia apabila disapa ketika sedang leka melakukan kerja.
“Takde Encik Faiz..”
“Terima kasih.” Ujarnya lalu menuju ke biliknya. Kerja yang semakin melambak menunggu untuk diselesaikannya. Ayie semakin kagum dengan kebolehan Emy, gadis itu cepat belajar dalam diam dia menjeling wajah manis itu sekilas, bibirnya mengukir senyum membayangkan bilakah dia mampu hidup bersama gadis yang mula mencuri hatinya, berjayakan dia menambat hati wanita itu atau mimpi itu hanya tinggal mimpi.

Tuk!.tuk! bunyi ketukan pintu yang diketuk perlahan. Tersembul pula wajah Emy tatkala pintu itu terkuak perlahan. Gadis manis bertudung litup itu berjaya mengusir anganannya sebentar tadi, ditangan gadis itu terdapat secawan air Nescafe kegemarannya, aromanya begitu tajam menusuk ke hidung. Ayie sudah terbiasa dengan rutin harian Emy dan kini dia sudah jarang minum dirumah kalau ikutkan hati makan juga dia mahu Emy yang sediakan tapi takkan mungkin ianya berlaku selagi dia masih belum berjaya meluahkan isi hatinya. Kalau hendak diikutkan hati dia mahu segera meluahkan tapi memandangkan dia masih banyak urusan yang perlu dilakukan. Bukan dalam masa terdekat ini kerja yang bertimbun menghalangnya, lagipula ianya terlalu awal untuk semua ini walaupun keiginannya untuk menyunting gadis itu telah lama tersimpan kemas dihatinya dia tidak mahu tersilap langkah apatah lagi gadis itu belum mengetahui siapa dirinya yang sebenar.
“Airnya encik Faiz…”pelawa Emy lembut lalu dia memaniskan wajahnya, dia tahu mata Ayie masih tertumpu padanya dari tadi menyebabkan dirinya tidak selesa tetapi memandangkan bukan sekali ini bosnya berkelakuan begini dia hanya membiarkan sahaja walaupun hatinya sedikit gusar dan gementar.
“Terima kasih..” jawab Ayie lalu dia menyambut huluran cawan dari tangannya. Emy hanya mengangguk kecil
“Ada apa-apa lagi encik Faiz.” tuturnya lembut sebelum dia menyambung kembali tugasnya dan kelembutan itulah yang semakin menambat hati lelaki itu kukuh buatnya.
“Emm…saya..” hamper sahaja dia ingin meluahkan kata hatinya kepada Emy tapi akal warasnya masih sempat menghalang. Emy menanti penuh sabar menunggu kalau-kalau ada tugasan lain yang perlu dilakukannya.
“Takpe lah Emy, awak boleh sambung kerja-kerja awak, kalau ada apa yang saya perlukan nanti saya panggil yea.”Ayie meneruskan tugasnya tidak mahu terlalu melayan perasaan yang semakin bergelora tatkala dia bersama Emy. Dia juga tidak mahu timbul perasaan kurang enak Emy semasa berkerja denganya.


Seminggu bercuti Faiz kelihatan segak dimata wanita-wanita yang permah memendam perasaan padanya. Kedatangannya yang sedikit lewat dari biasa tidak sempat menjengah bakal adik iparnya yang telah menjadi setiausaha kepada kembarnya. Faiz menyemak beberapa fail yang tersusun diatas mejanya.
“Hani mesyuarat pukul 12 nanti macam mana, awak dah maklumkan pada semua yang terlibat.”
“Setahu saya, Emy sudah memaklumkan kepada semuanya semalam lagi Encik Faiz..”
“Ooo..kalau begitu takpe, terima kasih. Hani tolong panggilkan Emy masuk ke bilik saya sekarang…”
“Baik Encik Faiz..” Hani tidak membuang masa dia terus menekan butang nombor dua diatas mejanya lalu memberitahu Emy bahawa Faiz ingin berjumpa dengannya. Sementara menunggu ketibaan Emy, Faiz mengemas segala fail-fail yang sudah disemaknya. Masa untuk bermesyuarat telah tiba, dia tidak mahu berlengah lagi sebagai salah seorang yang dipertanggungjawabkan menyelia projek-projek syarikat dia perlu tahu perkembangan beberapa projek yang sedang berjalan.

Sebaik sahaja menerima panggilan dari Hani, Emy menyiapkan dirinya berdebar juga jantungnya dipanggil menghadap Faiz pagi-pagi macam ni. Berhati-hati dia merapikan dirinya dan sesekali kepalanya mengintai disebalik dinding kaca bilik Ayie yang masih lagi bergelap.
“Eh betul ke Hani cakap tadi Faiz nak jumpa aku. Kenapa faiz tak call aku sendiri, nak jumpa kat mana pulak, bila masa dia masuk ke biliknya. Dari tadi aku tercongok kat sini masa mana pula dia melintas ni Aduhai kak Hani.. Kak Hani mengigau lah tu.” Sebelum dia menelefon bertanyakan Hani semula dia berjalan menghampiri pintu bilik Ayie, menjengajah ke dalam bilik majikannya untuk memastikan penglihtaannya tidak salah, memang benar kelibat Ayie tiada disitu. Dia kembali ke tempatnya lalu mendail nombor Hani.

“Kak Hani pagi-pagi dah nak kenakan Emy. Encik Faiz belum masuk lagi lah, Emy jenguk dalam biliknya takde orang pun..” Hani terdiam memikirkan kata-kata Emy yang baru dituturkannya sebentar tadi. Bila masa pula Emy ke tempatnya, dari tadi dia tidak berganjak dari tempat duduknya malahan Encik Faiz sentiasa diperhatikannya.
“Eh Emy bila pulak awak datang jenguk, akak duduk kat depan bilik encik Faiz ni tak nampak pun batang tubuh Emy. Lagi satu boleh pulak awak cakap dia tak datang office lagi yang duduk tercongok atas kerusi tu siapa pula dah lama dia tunggu Emy tau rasanya dah naik kematu pungunggnya menunggu
“La Emy baru aja jenguk tadi, setahu Emy meja Emy aja kat depan pintu Encik Faiz ni, mana pulak datangnya meja kak Hani.” Emy ketawa kecil apabila Hani mengatakan mejanya terletak bersebelahna bilik Ayie. Hani dihujung talian diam membisu.
Masing-masing ke bingungan. Hani menggaru pipinya dia bertambah hairan dengan penjelasan Emy. Apa sudah jadi dengan Emy ni.
“Hello cik Emy awak mengigau ke apa ni. Emy datang ke tempat akak sekarang..
“Baiklah…” Emy menuju ke meja Hani yang terpisah oleh tembok dinding itu.

“Hai kak Hani..”sapanya dengan suara ke anak-anakan sebaik sahaja dia sampai ke meja Hani.
“Hai Emy, awak tak nampak macam orang sakit pun… “tegur Hani lalu mengundang tawa pada gadis itu.
“Memang la sebab Emy tak sakit, apa lah kak Hani ni…”
“Kalau tak sakit, kenapa cakap dalam telefon tadi macam orang tak sihat aja.”
“Habis kak Hani yang cakap tak betul..”Hani menepuk dahinya, Emy masih mempertahankan apa yang diperbahaskan mereka tadi.
“Malas la akak nak layan Emy. Bos kat dalam tu dah lama tunggu, pergilah jumpa dia nasib baik dia tak naik angin tau, kalau tidak dengan Emy..Emy dia telan.

Emy ketawa kecil dia berpaling mencari kelibat Faiz yang dikatakan Hani, perasaan sangsinya masih wujud. Kalau pun betul apa yang dikatakan Hani kenapa Faiz berada dibilik dihadapannya, bilik siapa pula. Ketawanya tiba-tiba mati. Emy melihat kelibat Faiz sedang leka menelefon, dia berpaling ke arah Hani yang sedang menunggu riaksinya. Wanita berusia 30 an itu memandang dengan sarat persoalan. Emy kelihatan berlainan benar hari ini.
“Kenapa..tak percaya yea….”usik Hani. Gelagat Emy sesekali mengeletek hatinya.
“Buat apa Encik Faiz dalam bilik tu..bilik siapa tu kak Hani.”
“La budak ni sah la Emy tidur salah bantal ni. Dah! pergilah masuk karang tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Faiz.”

Emy melangkah dengan seribu satu pertanyaan. Dia mengetuk pintu perlahan. Setelah mendengar suara garau Faiz didalamnya meminta dia masuk Emy segera melangkah. Perasaan berdebarnya mulainya menguasai, apa yang diperkatakn oleh Hani sebentar tadi dianggap gurau tetapi ternyata benar. Malu pula dia mengetawakan Hani sesuka hati. Patutlah Hani kebingungang melihat dia ketawa selamba. Tapi macam mana pula si gatal ni ada kat sini, dia pun tidur salah bantal ke. Bilik sendiri dah ada gatal nak masuk bilik orang, apa aku kemas bilik tu tak cukup cantik ke. Emy mengomel sendirian bagai tidak puas hati dengan tindakan Faiz yang mahu berjumpanya dibilik lain.

Emy merasakan kelaianan apabila melihat Faiz merenung dan melemparkan senyuman kepadanya tadi. getaran yang sering hadir tatkala mata mereka bertaut kini tidak lagi dirasainya. Dia bingung sendiri. Satu petanda baik fikirnya. Emy membututi Hani yang terlebih dahulu berjalan dihadapannya. Fikirannya melayang mengenangkan perasaan yang sering menganggu hidupnya sejak akhir-akhir ini. Dilihat Faiz juga berlainan dari biasa matanya sudah tidak galak lagi ketika memandang atau mungkin dia mengawalnya ketika ini.

“Ha Emy, kenapa tercegat kat situ duduk la..”
“Assalamualaikum Encik Faiz..”
“Wa’alaikummusaalam..”
Emy melangkah perlahan menghampiri meja empat segi itu, susun aturnya nampak kemas. Dia menarik salah satu kerusi berwarna warna hitam lalu duduk bertentangana dengan Faiz. Tapi aneh perasaan yang sering menganggunya ketika berhadapan dengan Faiz kini langsung tidak bergetar, malah dia makin berani bertentang mata manatap wajah yang sering menganggu jiwanya. Emy memandang disetiap sudut bilik, sekeping foto seorang lelaki memakai jubah konvokesyennya tersenyum bersama segulung ijazah ditangan. Belum pernah dia melihat gambar itu malahan tidak kelihatan langsung gambar itu dibiliknya ‘disana’.
Faiz ralit memandang perlakuan Emy yang bagaikan pertama kali masuk ke biliknya. Mata gadis itu melilau memerhati disetiap ruang sudut biliknya.

“Dah jumpa apa yang Emy cari..” teguran Faiz mengembalikan Emy ke alam nyata. Faiz ketawa kecil bersama gelengan kepala. Aneh juga bakal adik iparnya.
“Errr..Maaf Encik Faiz..” malu dengan teguran spontan dari Faiz membuatkan dia tertunduk.
“Eh bila pulak Emy belajar panggil abang Faiz dengan panggilan formal macam tu..” Faiz sedikit hairan kenapa panggilan yang sering dipanggil oleh Emy tidak lagi kedengaran. Emy mengangkat wajahnya merenung wajah Faiz yang masih menuntut jawapan darinya. Kenapa semuanya kelihatan pelik aja ni, apa dah jadi dengan semua orang. Berlainan sunggug abang Faiz hari ini. Selama ini dia tidak membantah kenapa hari ini dia menyoal pula.
“Err..dah lama Emy panggil abang Faiz dengan panggilan Encik Faiz. Kenapa abang Faiz ni.” Bulu romanya mula meremang mimpi yang sudah lama dilupakan kini kembali lagi. Emy merasakan badannya seram sejuk..

“Dah lama Emy panggil dengan panggil Encik Faiz..Bila.” Faiz ingin kepastian namun bila melihat Emy sedikit resah dia menamatkan perbualan.
“Ok takpelah Emy kita lupakan hal tu, mungkin abang Faiz terlupa…” Emy mengangguk kecil bersetuju dengan cadangan Faiz dan mahu sahaja dia cepat-cepat keluar dari bilik itu. Semakin banyak kekeliruan yang diperolehi jika berlama dia di situ.
“Encik Faiz panggil Emy ada apa yang boleh Emy bantu..”luahnya.
“Oh hampir terlupa abang Faiz..” Faiz mengeluarkan sesuatau dari dalam lacinya. Bungkusan berbalut cantik itu diberikan kepada Emy.
“Hadiah apa ni Encik Faiz.” Emy ragu-ragu untuk menerima huluran Faiz. Kotak segi empat sama itu direnung dengan seribu pertanyaan.
“Nah! ambik..abang lupa nak kirimkan pada kak Nadia.” Huluran ditangan Faiz masih dipandang sepi.
“La kenapa pandang hadiah macam tu..ambik la. Abang betul-betul lupa nak kirimkan pada kak Nadia. Emy merajuk yea sebab kak Nadia dah dapat hadiah dari abang Faiz. Kepalanya pusing . Hadiah!.untuk apa pula hadiah ni, bukan ke hari lahir aku ada tiga bulan lagi, lambat lagi nak raikan. Pelik betul lah orang dalam pejabat hari ni. Lambat-lambat dia menyambut huluran Faiz, sekuntum senyum kelat tidak sengaja terpamer pada wajahnya.
“Kenapa Emy macam takut-takut aja ni. Takkan tiga minggu tak nampak muka abang Faiz dah lain macam, tengok tu muka Emy nampak pucat aja..kenapa.. muka abang Faiz ni dah bertukar jadi Chow Yun Fatt ke..” katanya dalam nada bergurau. Hairan juga melihat wajah Emy seperti seseorang yang sedang ketakutan.
“Dua minggu..” Dua patah perkataan itu terkeluar dari ulas bibirnya. Otaknya ligat berpusing memikirkan apa yang berlaku dalam masa dua minggu itu. Siapa lelaki yang menghuni bilik dihadapan mejanya, pada siapa pula dia sediakan air setiap kali diminta. Siapa lelaki yang sering mencuri pandang padanya lalu menghadirkan satu getaran didadanya setiap kali mata bertentang. Bagai mahu pengsan dia memikirkannya. Jangan-jangan dia bukan manusia..tidak!...hatinya menjerit kuat. Kalau jeritan itu terkeluar dari bibirnya pasti terperanjat lelaki dihadapannya ini.

“Ha’aa yea lah dua minggu..Staff lain tak bagi tahu Emy ke” Faiz merenung hairan.
“Kak Nadia pun tak bagitahu Emy yang abang Faiz baru balik dari Beijing. Lepas tu sambung cuti seminggu hari ni baru masuk office. Kenapa.. Emy ada apa-apa masalah ke dengan kakitangan office ni, Emy tak suka kerja kat sini yea..”
“Eh takde lah abang Faiz, Emy ok aja.. “jawabnya mengusir salah sangka Faiz.
“Betul ni..ok lah kalau macam tu kita sambung kerja kita…sekejap lagi ada meetingkan Emy dah maklumkan pada semua yang terlibat. Lagi setengah jam kita jumpa dibilik mesyuarat, Emy boleh mulakan kerja sekarang, jangan lupa pastikan tiada siapa pun yang tertinggal dalam mesyuarat ni.” Tuturnya tegas.
“Baik Encik Faiz.” Emy bangun perlahan. Arahan ketua disahut lembut.
“Eh! kenapa tak bawakan hadiah ni, tak sudi terima hadiah dari abang Faiz ke.. Emy menoleh setelah beberapa langkah dia berjalan. Dia terlupa.
Emy melangkah kembali mengambil hadiah yang tertinggal dimeja Faiz. Jelas nampak kerisauan diwajahnya.
“Jangan bimbang Emy, yang lain-lain dah dapat.” Ujar Faiz lalu menghulurkan kotak hadiah itu. Lain pula yang disangka Faiz dengan sikap suramnya. Emy segera berlalu meninggalkan bilik Faiz, dia perlu ke pantry untuk membasahkan tekaknya yang mulai terasa kering. Debaran didadanya tidak menentu. Belum pun sempat dia melangkah dia terlebih dahulu ditegur oleh Hani.
“Hai Emy besarnya hadiah Emy dapat..apa yang ada kat dalam tu..” Hani mula mahu mengorek rahsia hadiah yang baru diterimnya.
“Eh kenapa muka Emy nampak pucat ni. Encik Faiz marahkan Emy ke..ha itulah kan akak dah cakap tadi, Emy tak nak percaya..”
“Eh..takde apa-apa lah kak. Encik Faiz tak marah pun.”
“Habis tu orang dapat hadiah mukanya berseri-seri yang awak ni dapat hadiah muka pucat lesi kenapa..” Hani sedikit cemas melihat wajah Emy yang kepucatan. Sebelum masuk ke bilik Encik Faiz tadi wajah gadis itu bagai bulan dipagar bintang tapi kini wajah itu bertukar bagai bulan dilitupi awan.
“Emy ke tempat Emy dulu yea kak, rasa macam tak sihat aja ni.”
“La pulak…ok lah Emy pergi rest dulu..sekejap lagi kita nak masuk meeting. Kalau takde Emy tercari-cari pula Encik Fariz nanti. Emy tidak mengendahkan apa yang dicakapkan oleh Hani dia mahu segera ke pantry kepalanya pusing.

3 comments:

Anonymous said...

dah lame tggu entry,,cpt la smbung,,,

adda said...

akak nak lagy cpat la ckit.. huhuhuhuhu

Anonymous said...

bila nak smbung x sabar nak tahu ending cepat ya pls !!!!!!

 
Copyright 2009 Diari Hati