Aku duduk termanggu diatas kerusi apabila mengenangkan janjiku pada emak tempoh hari, dah tiba masanya hari yang mak dan kak Ayu nanti-nantikan. Kalau boleh aku langgar janji-jannjiku ini sudah tentu aku akan melarikan diri saat ini juga tanpa menoleh lagi tapi apabila mengenangkan aku yang bersalah aku turuti juga walaupun hatiku separuh menjerit. Emak dan kak Ayu bagaikan tidak sabar mengikuti percutian 3 hari 2 malam yang ditaja oleh makcik Zaini. Bukan main lagi muka mereka berseri-seri hanya muka aku sahaja yang monyok dari semalam. Apa yang nak digembirakan sangat destinasi percutian yang memang paling tak syok aku jangka berkelah dikampung makcik Zaini memangla semunya di tanggung oleh mereka. Tinggal pula di rumah warisan emak dan ayahnya. Lain lah kalau ditaja ke pulau langkawi ke pulau pangor ke nak menjerit juga aku, ini tidak balik kampung, apa yang seronok sangat rumah mak tok aku pun kampung juga.
“Dah siap kemas barang-barang kamu tu Ija, sekejap lagi Iskandar sampai.” aku memasamkan wajah apabila nama Awang disebut lembut oleh emak. Kak Ayu disebelah tersengih memanjang. Entah apa yang melucukan sangat hari ini.
“Cepat lah masa berlalu, kan best aku pejam mata bila buka mata dah masuk hari Isnin.” Aku merungut, membayangkan seketika bila aku buka mata hari sudah bertukar hari dan aku bersedia ke tempat kerja, ini bermakna hari jumaat, hari sabtu dan Ahad aku takkan aku lalui buat minggu ini. tapi mustahil bukan, nak tak nak aku terpaksa tempuhinya juga.
“Eh! budak ni kita cakap buat derk aja, tak dengar ke apa yang mak tanya ni.” Mak mula naik angin melihat aku hanya mendiamkan diri. Baru nak berangan sikit tak boleh.
“Dah la mak, orang dah kemas pagi tadi.”
“Dah check semuanya barang-barang tu nanti ada pula yang tertinggal, jangan sampai sana baru terngadah.”
“Mak ni suka buat orang macam budak kecik, orang dah besar la..”
“Yea lah.. Kamu dah besar panjang tak perlu mak nak ajar lagi, tak perlu mak nak tegur lagi..anak-anak mak semua dah pandai dah tahu buat semuanya dah tak perlukan mak lagi..” Sudah… mak dah mula emosional, aku memandang kak Ayu minta simpati memujuk hati emak. Kak Ayu menjeling geram dengan tingkaku tadi.
“Mak Ija tak bermaksud macam tu..Ija minta maaf yea mak..” Emak hanya diam. sejak dari peristiwa aku lari dari rumah aku tengok emak selalu berkecil hati dengan kata-kataku. Aku mengeluh perlahan.
“Mak..” Kak Ayu memanggil emak dengan senyuman melebar. Aku tahu si Awang sudah sampai apabila dapat ku baca dari riak muka kak Ayu yang manis bergula.
“Dia dah sampai mak, jom!..” Kata-kata kak Ayu menyelamatkan aku. Belum dijemput
Awang sudah berada ditingkat atas. Wajah emak mula bertukar ceria, sesekali datang juga fikiran jahatku apabila memikirkan betulkah emak berkecil hati denganku atau ini semua rancangan emak untuk menyatukan aku dan awang. Aku sengaja melarikan diri ke dapur ketika Awang terjengul dimuka pintu, biarlah Awang nampak muka emak dan kak Ayu yang berseri-seri dahulu sebelum nampak muka aku yang dah macam mak cencurut tertelan racun, kan pengsan pula si Awang tu tak pasal-pasal pula nak mengusung.
Rosminah tersenyum kepada anak sulongnya. Rajuknya telah memerangkap anak bongsu untuk turut menyertai mereka pulang ke kampung Zaini. Sudah lama mereka tidak bersua muka dengan nenek Iskandar.
“Ija jom nak..Is dah tunggu ni.” Rosminah memanggil anaknya.
Aku keluar juga dari tempat persembunyian, Awang tersenyum memandang. Aku hanya berlagak selamba bagaikan tidak nampak yang dia wujud dikalangan kami.
“Kau ni, orang tu bukan main lagi senyum, kau buat muka poyo. Tak baik tau dik buat macam tu Senyum itukan satu sedekah. Pagi-pagi lagi kau dah buat dosa.” Kak Ayu membisikkan ceramahnya perlahan ke telingaku. Aku mengekori kak Ayu dari belakang.
“Ija duduk depan. Mak tak boleh duduk depan ni pening kepala..” Rosminah menarik anaknya ke pintu hadapan. Kak Ayu hanya tersengih
“Eh! mak kenapa orang pulak..kak Ayu lah dia lebih tua ari Ija”
“Ala takpe Ija, kak Ayu nak jadi mem pulak kat belakang ni. Apa yang susahnya kau duduk aja dik, bukan suruh memandu pun..”
“Kak…” Aku bagaikan marayu.
“Dah kita nak gerak ni Ija... Is… jom!…” Arah Rosminah
“Ija memasamkan mukanya. Apa lagi yang diplanningkan oleh mereka bertiga.
Aku membuka mata perlahan-lahan, entah bila kami tiba di kampung Iskandar pun aku tidak sedar. Aku memandang disebelahku, Awang tiada ditempat duduknya sudah lama menghilang agaknya. Aku menoleh ke belakang mencari kelibat kak Ayu dan emak pun tiada, sampainya hati diaorang tinggalkan aku terkulat-kulat didalam kereta seorang diri. Aku mengosokkan mataku yang terasa pedih, dari jauh aku nampak kelibat mak dan kak Ayu sedang berpeluk-pelukan dengan wanita tua yang sedang menyambut kedatangan kami. Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu kereta, saat itu semua mata memandang tepat ke arahku, bagaikan aku ini bintang filem yang termasyur di tanah air ini...hahaha sempat lagi aku berangan. Mataku berkelip beberapa kali, makcik Zaini tersenyum memandangku. Kak Ayu dan emak turut tersengih. Ah malunya aku waktu ini diperhatikan. Aku menyapu lembut wajahku bimbang pula kalau-kalau ada air liur basi melekat di pipi. Awang tersengih mengelengkan kepala saat mata kami bertembung. Apa…lucu sangat ke muka orang baru bangun tidur. Aku menjeling entah nampak atau tidak dia dengan jelingaku.
“Mari sini Ija.” Makcik Zaini memanggil lembut namaku. Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke arah mereka sekeluarga.
“Lena tidur tadi Ija, tentu penat sangat kan, nanti boleh sambung tidur dalam bilik, selesa sikit..” kata-kata makcik Zaini bagaikan boom menimpa ku walaupun aku tahu bukan itu maksudnya. Kalau kepala ku ini boleh dicabut dah tentu aku aku tanggalkan dan letak dibawah kusyen tempat duduk aku tadi. Aku hanya tersengih menahan malu. Baru aku perasan emak sedang menjeling sambil mulutnya memuncung supaya aku bersalam dengan makcik Zaini. Hampir terlupa aku.
Aku menghulurkan tangaku kepadanya. Dia menyambut lalu memelukku erat. Busuk-busuk aku ni nak juga makcik Zaini peluk yea..Hehehe. Aku katawa dalam hati, “Janganlah masa aku tidur tadi air liur basi tumpah atas bahu, nanti tak pasal-pasal makcik Zaini tak dapat tidur malam... yerk ..hehehe”
“Ini nenek Iskandar..nenek Ija juga..” lembut Makcik Zaini memperkenalkan aku pada nenek Iskandar yang sedari tadi tidak lepas memandangku.
“Mak inilah Ija, mak ingat lagi tak…”Aku berlalu mendapatkan nenek Awang, lalu aku mencium tangannya. Lelaki disebelah nenek turut tersenyum memandang. Aku berkalih pula ke arah lelaki dalam lingkungan 70-an perbuatan yang sama aku lakukan pada lelaki tua itu
“Yang tu atuk..”
“Ayah ingat lagi tak Aliza..anak Ros yang bongsu ni..”
“Apa tak ingatnya Zai, budak ni lah yang tak menyempat-yempat nak dipakaikan lampin sampai terkucil atas riba ayah, hmmm cepatnya masa berlalu dah besar panjang budak ni. Tak lama lagi dah boleh jadi mak orang..” ketawa bergema, bagaikan sedang mengejek aku. Ah! malunya aku ketika ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu, mengapa kisah lama diungkit lagi. Aku pun dah lupa. Budak umur satu tahun mana nak ingat apa-apa, kalau aku dah pandai bercakap dah tentu aku bagitahu nak terkecing. Nasib baik aku tak terberak. Awang ku lihat menundukkan wajahnya. Gerammnya aku. Kenapa aku menjadi bahan jenaka mereka. Terasa mahu menangis ketika melihat mereka semua sedang mentertawakan aku. Suara atuklah yang paling kuat sekali. Aku merenung rumput dikaki, tidak sanggup aku ditenung oleh mata-mata yang sedang berair mentertwakaku, emak dan kak Ayu turut bersekongkol, bukan main lagi mereka ketawakan aku. Dah la aku tertidur dalam kereta pun mereka tak kejutkan, memang sengaja nak kenakan aku lah tu.
“Sudah lah tu atuknya kesian dengn budak Aliza ni, tengok tu kan dah malu budak tu.” suara nenek menyapa telingaku. Entah bila dia menghampiriku langsung tidak aku sedari.
“Dah jom Aliza, jangan diambil hati sangat dengan mereka tu, macam ni lah kalau kita berkumpul, itu belum datang lagi sekeluarga, kalau tidak lagi gamat lah rumah nenek ni.
Is bawak barang-barang Aliza naik ke atas. Kesian budak ni tentu penat sangat tadi.” Terasa diri bagaikan dibela, aku menjeling ke arah kak Ayu yang memuncungkan wajahnya. Heheheh dah tentu kak Ayu cemburu aku dilayan dengan baik oleh nenek..
Pertama kali melangkah ke dalam rumah nenek, aku terkesima bagaikan aku berada didalam istana lama. Kagum aku melihat cirri-ciri warisan lama masih dikekalkan.
“Jangan takut cu, walaupun rumah nenek ni macam ni, tapi takde benda-bena seram pun..”
Aku tersenyum.senang dengan layanan nenek padaku. Emak dan makcik Zaini entah ke mana menghilang, kak Ayu sebentar tadi telah ke bilik mungkin sedang menukar pakaiannya atau sedang berehat. Bila pula masa aku nak merasa tilam empuk ni.
“Kalau Aliza nak berehat pergilah. Itu biliknya.” Nenek menunjukkan bilik kepadaku.
Aku meminta diri lalu berlalu meninggalkan nenek diruang tamu Masuk sahaja bilik tetamu aku lihat kak Ayu sedang terlena.
“Amboi kak Ayu lena tak tunggu aku yea..”
Dan dengan kudrat dan kegembiraan yang ada aku terus menerjah tilam yang nampak empuk dimata.
Ah!..
“Kenapa ni dik..” kak Ayu terbangun saat mendengar aku terjerit. Aku memegang pinggangku dengan badan melentik kebelakang.
“Kenapa tu Aliza..” suara nenek diluar bilik bertanyakan kenapa aku menjerit.
“Takde apa-apa nek..”Aku mendengar derap tapak kaki nenek berlalu meninggalkan bilik kami.
Entah apalah yang difikirkan nenek mendengar suaraku menjerit tadi.
“Kenapa..” tanya kak Ayu
“Sakit la..”
“Tahu lah sakit..tapi kenapa kau menjerit tadi..”
“Mana aku tak jerit, kau tak nampak ke aku melayang atas tilam tadi. Aku ingatkan lembut rupanya keras giler…ni tilam ke kayu kak.”
“Hahahhaha..” kak Ayu ketawa sambil menekan perutnya. Gelihati dengan tingkahku tadi agaknya..
“Ha padam ngan muka kau, nak sangat jadi superman, nasib baik tak patah pinggang tu. Perangai kau tak ubah-ubah erk dik, kalau dah kahwin nani macam mana tak tahu. Mesti kau buat aksi lompat, aksi melayang kan..pengsan laki kau dik..Aku mencebik apabila ketawa kak Ayu semakin menjadi-jadi.
“Kau kan dah tengok tadi rumah ni macam rumah lama, mestilah takde tilam empuk macam kat rumah kita tu. apa la akai ada ka…”
Aku menggosokkan belakang badanku perlahan-lahan. Memerhatikan sekeliling bilik tetamu. Susanan perabut teratur dan begitu menarik walaupun dihiasi ukiran-ukiran dan perabot lama. Minat benar nenek dengan barang-barang lama.
Aku terjaga dari tidur saat perutku berkeroncong minta diisi. Aku mengrling jam didinding.
“Haa dah pukul 5 petang. Kenapa diaorang tak kejutkan aku. Nasi ada lagi tak ni..”
Aku bergegas turun dari katil. Kak Ayu disebelah sudah tiada.
“Sampai hati kau kak..”
Aku menjenguk ke luar bilik. Sunyi aja, tiada suara orang pun diruang tamu atau di beranda. Aku berjalan pelahan-lahan mengintai kalau-kalau kelibat mereka ada di situ. Aku melangkah ke dapur. Semua orang tiada di situ. Ke mana mereka semua. Bulu roma ku meremang. Aku ditinggalkan seorang diri. Terasa mahu menangis saat itu. Aku berpaling untuk berpatah balik ke bilik. Dan saat itu aku terpandang akan susuk tubuh berkelubung putih.
“Makkkkkkk!!!!….” Aku menjerit sekuat hati sambil memejam mata. Serentak itu kendengaran kaki melangkah laju menghampiriku. Aku semakin menggigil.
“Aliza..kenapa dengan kamu ni..” suara nenek kedengaran jelas dicorong telingaku
Aku membuka mata perlahan-lahan. Nenek rupanya berkelubung putih bersama sengihan dan akhirnya menjadi ketawa sakan.
“Kenapa dengan kamu Ija, lemah semangat betul kamu ni, pergi mandi, sembahyang lepas tu makan, lauk pauk dah ada kat atas meja tu ceduk aja..” Aku mengangguk perlahan. Nenek tersenyum melihat wajahku pucat lesi.
Mana tak terkejutnya aku, dah la rumah macam rumah zaman purba kala, sunyi sepi pulak tu tiba-tiba muncul dengan kelubung putih mahu tak pengsan aku. Rupanya nenek baru selesai solat asar.
Aku seret basikal milik atuk di atas jalan yang tak berturap, merah menyala. Kalau pakai baju putih buat aksi berguling-guling macam filem hisdustan tu sah-sah baju bertukar warna. Aku kayuh berhati-hati basikal tua yang masih elok itu, sakit hati mengenangkan mereka-mereka yang meninggalkan aku sendirian di istana lama itu. Sampai hati mereka.
“Nenek Ija pergi dulu.” Laungku apabila teringat nenek yang masih perhatikanku sedari tadi
“Hati-hati, jangan jalan jauh-jauh sangat nanti sesat karang susah nak mencari.”
“Dekat sini aja nek..” Aku segera mengayuh basikal tua itu sambil menyanyi kecil. Lagu basikal tua nyanyian Allahyarham Sudirman menjadi peneman perjalanku saat itu.
“Tak sangka cantik juga kampung Awang ni. Tak rugi aku datang. Kalau dapat menjerat burung lagi syok ooo…”
Aku mengayuh basikal perlahan-lahan menjelajah dari satu kawasan ke satu kawasan bagaikan seorang YB yang mahu bertanding pilihanraya untuk menawan hati penduduk kampung. Aku tersengih lagi tatkala melihat beberapa orang kanak-kanak sedang leka menangguk ikan. Terasa ingin menyertai mereka tapi keinginannku terbantut apabila terpandang beberapa pasang mata sedang memerhatikanku tanpa sedar. Aku tersingih. Yea lah aku kan budak baru kat sini tak pernah nampak pulak tu tentulah naik hairan bin ajaib makcik-makcik dan pakcik-pakcik di situ. Tidak mahu mengundang rasa hairan berpanjangan aku berlalu dari situ, meninggalkan hasrat hati untuk turut serta. Ala apa yang nak ditakutkan hanya budak-budak berusia 8 tahun aja. Yang aku takutkan tadi mak bapak dia daaa..
Aku berhenti dipersimpangan jalan berhampiran tali air. Tidak tahu yang mana satu jalan yang harus ku pilih. Sebuah kereta BMW 5 siries melaluiku.
“Macam kenal aja kereta tu.”
“Alamak…bos ke..” memang benar tekaanku. Kereta putih itu berhenti betul-betul disebelahku. Aku tersengih apabila Encik Ahmad menurunkan cermin keretanya.
“Awak buat apa kat sini Ija…”
“Tak buat apa bos, hantar surat la…” beraninya aku mengenakan bos sendiri.
“Banyak lah awak punya lawak..takkan awak nak hantar surat sampai ke kampung nenek saya ni.. dah buang tebiat ke awak ni. Dah tak siuman..” amboi lancangnya mulut Encik Ahmad ni mengata aku.
“Ala bos ni, saya gurau sikit pun tak boleh..Oooo ini kampung bos erk, cantik juga kampung bos kan, mana puan, tak balik sekali ke..” Aku sengaja menjenguk walaupun ku nampak disebalahnya tiada siapa-siapa.
“Ada kat rumah tu haa..yang awak ni tak jawab lagi soalan saya banyak pula menyoal kita..” Encik Ahmad turun dari keretanya, nak melepak bersama aku ke kat sini, Nampak dek bini kan mampus kena maki pulak. Alahai kenapalah dia muncul saat aku takde mood macam ni, silap-silap hari aku telan aja Encik Ahmad ni.
“Ala bos selalu bos yang soal saya sekarang saya la pulak soal bos, lagipun kita bukan kat opis ni bos, kita kat padang bertemankan lalang yang tumbuh menghijau. Segar juga lalang-lalang kat sini kan bos, tapi pelik juga lah saya ni, orang kampung saya kalau lalang tumbuh meliar macam ni dah lama kena bakar daripada meliar macam ni baik tanam pokok rambutan gula batu ke, jambu batu ke..saya suka tu..”
Encik Ahmad geleng kepala dengan perangai tak betulku. Entah kenapa aku sendiri pun tak mengerti hari ni terlebih cakap pula dengan bos, atau mungkin pertemuan ini diluar pejabat.
“Hempuk batu kat kepala awak tak nak..”
“Ishhh..kenapa pulak nak hempuk kepala saya bos. Orang puji kampung dia pun marah. Kampuung saya lagi cantik dari kampung bos ni tau..”
“Betul ke awak tinggal di kampung Ija, macam tak caya pulak saya..”
“Betul lah..saya memang duduk dikampung..Kampung Baru…hehehehe.” Aku ketawa bilamana dapat menegnakan bos yang paling garang sekali di atas muka bumi ini.
“Eee…awak ni memang nak kena ni..”
“Hahahahaha..bukan selalu saya kenakan bos. Ala releks la bos kita kan kawan.
“Siapa nak kawan dengan awak tu..” macam budak-budak pula aku tengok Encik Ahmad ni. Belum pernah aku tengok perangai dia macam ni, dia yang buang tebiat atau aku yang terlebih tebiat.
“La bos lah siapa lagi..kan..kan..tak nak kawan ngan kita sudah, saya kawan dengan burung-burung yang cantik molek sedang terbang tinggi tu…” kepala dan jari telunjukku dongakkan ke atas, mataku sempat melirih pada Encik Ahmad, dia turut sama memandang ke arah yang sama. Aku ketawa dalam hati.
“Apa awak melalut ni Ija, awak lari dari rumah erk, macam mana la awak boleh terdampar kat kampung saya ni..buat menyemak aja.”
“Sampai hati bos cakap saya macam tu..tak baik tau. Saya kan tetamu kat kampung bos ni, sepatutnya bos ajaklah saya pergi jalan-jalan tengok kampung bos yang cantik ni, ajak saya pergi main layang-layang ke jemput datang rumah bos ke ini tidak bos kutuk lagi tetamu baik hati macam saya ni, tak baik tau bos..”
“Malas la saya layan awak ni, saya nak balik. Kat mana pun awak tinggal jangan merayap tak tentu hala nanti risau pulak tuan rumah.”
“Ye a lah bos. Sekejap lagi saya balik la. Bukan saya jalan jauh pun dekat-dekat sini aja.”
“Basikal siapa awak pinjam tu..macam kenal aja..”
“Basikal atuk saya lah..kenapa…bos berkenan erk..” acahku pada Encik Ahmad. Dia hanya mencebik walaupun mata tak lepas pandang pada basikal yang aku sandarkan pada bongkah batu itu.
“Tanya aja..dah la saya balik dulu. Jangan merayap sana sini. Hari dah nak senja tu.”
“Sayang juga bos pada saya erk..”akhirnya aku ketawa bila Encik Ahmad mencebik. Terubat juga rasa sakit hatiku pada Awang dan yang lain-lain.
“Sayang tak sayang, awak tu perempuan karang jadi apa-apa kan susah. Nanti nama kampung saya pulak tercemar.” Amboi bukan main lagi sinis kata-kata Encik Ahmad. “Takpe-takpe ada ubi ada batas, selori nanti aku balas. Tunggu lah bos..” Encik Ahmad meluncur laju bersama kereta kesayangannya.
Wednesday, February 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
lamanya tunggu n3 baru akhirnya
baru ada...nak lagi..
maaf yea kengkawan..ms terlalu padat sejak akhir2 ini...
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment