Monday, March 28, 2011

Jatuh Cinta

SEKADAR HIBURAN SEMENTARA MENANTIKAN ENTRY-ENTRY TERBARU. CERPEN PENDEK DALAM VERSI TERENGGANU. SEMOGA TERHIBUR....HEHEHEHE


Awang wehh,bakpe jadi lagu ning, g la panjat pokok nyor nung
Pok loh tengok mata Awang terkebil-kebil memandangnya. sesekali mata Awang larikan pada batang pokok kelapa. Entah apa kena dengan perangai Awang pagi-pagi sudah merunsingkan fikiran Pok Loh.
Weh Awang kalu mung dop panjat, aku tak mboh bui mung makang hari ni, mu pilih nok kije ke tak mboh kije
. Pok Loh mengugur Awang yang masih lagi menguis-nguis tanah. sesekali tangannya menggaru tubuh. Pok Loh masih menanti dengan sabar. untuk memujuk dia memerlukan kesabaran yang tinggi tidak boleh marah ikut suka hatinya. Awang sangat sensitif.
Gi lah Awang, pok dok larat doh nok maroh-maroh
. Awang masih lagi diam membisu. Pok Loh menggaru-garu kepalanya yang sudah penuh ditumbuhi uban. otaknya liga berfikir mengapa Awang berkelakuan begini sebelum ini Awang tidak pernah bersikap pelik seperti ini.

Awang memandang muka Pok Loh. dia tahu Pok Loh masih menunggunya. Pok Loh tidak memahani hati dan perasaanya. Jika Pok Loh tahu sudah tentu Pok Loh tidak akan memaksanya.
Pok, bukang Awang tak mboh panjat pok, tapi Awang sakit pok..sakit...
Hatinya menjerit sayu. semut -semut yang mulai menjalar disekitar kawasan dia bertengek dikuis-kuisnya perlahan. Awang ayik memandang pergerakan semut yang teratur bagaikan membentuk satu barisan yang cukup panjang. matanya masih terkebil-kebil memandang.

g lah panjat nung Awang, siket lagi nok ujang pulok, kalu lambat Awang panjat lambat la kita buleh hasil
. Pok Loh masih memujuk Awang. Rotan ditangannya masih lagi kejap dipegang. dia tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mendidik Awang, lagipun sebelum ini Awang tidak pernah bersikap begini. Awang mundar mandir disekeliling pokok kelapa, hatinya resah memandang Pok Loh mengengam rotan ditangan.
Pok kalu pok paham hati Awang ni Pok dop sapa hati nok rotan Awang, tapi Awang nok kabo gane ke Pok, pok bukan nok paham hati Awang
Awang merintih dalam hati.

Cepat Awang, tok ngulu mari doh nung....
. Pok Loh tersengih menyambut kedatangan penghulu kampung Hj Ibrahim. Hj Ibrahim memandang Awang hairan, dia mendongak kepala menghala ke pokok kelapa yang tinggi melangit. Kelapa masih belum gugur ke bumi. Hj Ibrahim memandang Pok Loh.
Bakpe Loh, Nyor dok panjat lagi ke
Soal Tok Penghulu. Pok Loh serba salah sesekali matanya dialihkan pada Awang yang masih bermuram durja.
Dok Panjat lagi tok ngulu, si Awang tu hor, tengoh cari feel, sekt ag naik arr tu
.Pok Loh memberi alasan. Tok penghulu tersengih.
ganah ngat Awang tu, sapa cari feel dulu nok panjat tapi Loh jangan sapa orang kampung dok masok doh la sebab nyor dop sapa ag, malu kita Loh.

Jangan bimbang tok, kita panjat seme pokok hok ada nyor kering
. Hj Ibrahim hanya tersengih memandang. Dia tahu Pok Loh orang yang boleh diharapakan lebih-lebih lagi kerajinan si Awang membuatkan penduduk kampung selalu memanggil Pok Loh dan Awang untuk memetik kelapa tua.
Doh kalu gitu dakpe la Loh, ambe tinggal ke mung blake la tuh, ambe nok g cari barang pulok lepah ni
Hj Ibrahim meminta diri sebelum berkata sesuatu pada Awang.
Molek-molek panjat pokok tu Awang, kang dop bini pulok mung erk g
.
Awang memandang Tok Penghulu berlalu dan masih lagi tersengih-sengih.
Macam mana Tok Ngulu tahu aku nok bini ning
Awang garu kepala. sesekali tangannya turut menggaru badan adakalanya jika terlalu gatal dengan kaki kaki sekali dia bantai garu ke badan.
Wang, tok ngulu harap sangat ke kita tu Wang, jangan wak malu Pok. Pok ni tua doh
pujuk Pok Loh. Awang berdri sesekali dia duduk. dia kerasahan. lama dia menanti tapi tak kunjung tiba.
Bakpe yang resoh sangat tu Awang, mu tunggu sape
Pok Loh melihat dikeliling, jalan yang sunyi tiada siapa yang lalu lalang. di kiri kanan kebanyakannya pokok kelapa.

sebuah basikal tua melalui jalan. Pok Loh tersengih. Itu Jali baru balik dari baruh agaknya. dibelakang basikalnya penuh dengan muatan pucuk-pucuk kayu. dia tersenyum tatkala Jali menghampirinya.

Mana nyor nyer Pok Loh, panjat dop lagi
Soal Jali sebaik sahaja dia menghampiri Pok Loh. Nun dihujung sana Awang bagaikan tersipu malu apabila matanya bertentang mata dengan si Semek duduk bertinggung di dalam raga basikal Jali. dirinya kembali bersemangat apabila melihat semek bagaikan tersenyum kepadanya.
dop tahu la Li, biut sungguh Awang hari ni, skale dop gitu, aku pong dop tahu la, Tok Nglu mari singgoh doh tadi tanya nyor panjat dop lagi, malu aku Li. skale kalu aku sapa suruh panjat jer desup dia g, hari ni aku dop tahu lah bakpe
dia sakit kop Pok Loh
sakit nape, sihat molek-moleh ada mareng, neting sokmo petang-petang
. Jali hanya ketawa. dia sendiri tiada jawpan jika Pok Loh sudah katakan begitu.

semek yang masih duduk didalam raga basikal Jali gelisah. Sungguh dia sudah jatuh cinta pada si Awang. Kegagahan dan kecekapannya memanjat pokok kelapa membuatkan dirinya panasaran. Dia tahu Awang juga ada hati padanya.
Oh pujaan hatiku, panjat la, tunjukkan kegagahanmu aku ingin sekali menyaksikannya di disini
ucap Semek dengan sepenuh hati. Si Awang bagaikan mendapat semangat. dia berdiri megah.
Abang Awang akan tunjukkan pada Mek, Abang Awang akan buktikan pada Mek
suaranya yang nyaring bagaikan menyentak Pok Loh dan Jali. Masing-masing berpandangan. Semek di dalam raga dipandangnya sesekali di alihkan pula pandangan ke arah Awang. Semek bagaikan bercakap dengan Awang. Pok Loh dan Jali sama-sama ketawa.
Faham lah Pok Loh mengapa Awang berperangai ganjil. Rupa-rupanya Awang sudah jatuh hati pada Semek dan kedatangan Semek bagaikan memberi kekuatan pada si Awang.
Tanpa diminta dan disuruh seperti tadi Awang sudah pun memanjat pantas hingga ke pucak. satu persatu kelapa tua dijatuhkan. Pok Loh dan Jali ketawa gelihati. Faham lah mereka Awang dan Semek sudah JATUH CINTA.
Nampok gayanye aku kene g minang Semek la lepah ni Li
Pok Loh dan Jali ketawa lagi. Semek didalam raga tersipu-sipu malu.
Oh Abang Awangku

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati