Thursday, March 31, 2011

Hati Ini Milikmu 33 & 34

SPECIAL ENTRY kepada semua pembaca yang menantikan kisah Emy dan Ayie sebelum ke versi cetak...Moga anda terus terhibur dengan keresahan Ayie dan sikap malu-malu tapi mahu Emy...Terima kasih semua.


Mesyuarat yang dijangka tamat awal rupanya meleret hinggakan selepas waktu makan tengah hari. Ada banyak perkara yang mahu dibincangkan Faiz panas juga punggungnya menahan diri tadi. Ayie melepaskan keluhan. Jika ada Emy yang mencatat minitnya hingga ke subuh esok pun dia sanggup duduk bersimpuh disitu tapi sejak ketiadaan Emy terasa waktu yang berlalu terlalu lama dirasakannya.
“Kenapa dengan muka kau ni angah, monyok semacam aja kalau dah rindu sangat dengan Emy tu call ajalah. Nah! ambik telefon ni, tanya khabarnya”. Handphone Faiz disuakan kepada Ayie. Adiknya itu hanya tersengih memandang. Hendak diapakan telefon Faiz dia sendiri punya telefon tidak perlu menunggu Faiz hulurkan jika memang dia mahu menelefon Emy.
“Budak tu tak sampai sehari lagi mc angah dah separuh nanar. Kalau dah sayang sangat pada dia tu apa tunggu lagi luahkan ajalah nanti tak pasal-pasal pulak pengsan lagi budak tu selalu sangat keliru.” Faiz meletakkannya telefon mudah alihnya apabila hulurannya tidak bersambut.
“Apa lah kau ni long aku tak rasa apa-apa pun” Ayie menikah tidak mahu Faiz terus terusan mengusiknya atau dalam bahasa yang lain mencungkil isi hatinya.
“Jangan nak temberang la angah bukan along tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Nampak tak tu..” Ayie menoleh, apa yang ada dibelakangnya, hanya dinding bercat putih.
“Nampak apa..takde apa-apa pun..”
“Tu ha dalam mata kau tu along nampak muka Emy aja, muka along yang angah duk pandang sekarang ni pun sipi-sipi aja kan..” Ayie tersengih. Apa yang diperkatakan oleh along memang ada benarnya. Tidak perlu menipu kerana rasa itu dapat sama dirasai oleh alongnya.
“Ha.. Macam mana, esok angah dah ke JB, bukan sehari kat sana tau sebulan pulak tu. Kalau balik pun hari minggu. Boleh tahan ke tak takut orang sini mengacau buah hati yang belum disahkan lagi tu”
Ayie memandang Faiz makin menjadi-jadi pulak usikan Faiz. Dia bagaikan tidak mampu menyembunyikan rahsia hatinya.
“La buat-buat tak tahu pulak..Bila lagi angah nak luahkan isi hati angah yang sedang bergelora tu, lagi sebulan baru boleh jumpa Emy. Kesian adik along ni.” Faiz sengaja memprovokasi adiknya. Sengaja mahu melihat sejauh manakah Ayie ingin menafikan rasa hatinya.
“Tengok lah dulu long…Awal lagi ni..” Otaknya berserabut, baru sahaja hendak mengenali Emy dengan lebih rapat dia pula terpaksa ke Johor Baharu mengendalikan projek disana.
“Jangan lama-lama ngah, nanti dikebas orang.. Along dengar kat kampung dia tu pun ramai yang minat..Orang kata apa tu..Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.” Faiz ketawa dengan kata-kata sendiri sengaja mahu menakut-nakutkan adiknya. Ayie kelihatan terpinga-pinga. Kata-kata Faiz sebentar tadi bagaikan satu jolokan buatnya. Bimbang juga kalau-kalau apa yang diperkatakan Faiz itu betul. Takut pula buah hatinya yang masih berlum diiktiraf itu dikebas orang. Faiz ketawa besar melihat kerutan diwajah adiknya termakan juga Ayie dengan katanya tadi.
“Betul ke long..dia dah ada yang special..” Faiz menulis sesutu diatas kertas kosong. Ayie hanya memerhati pergerakan tangan abangnya.
“Kalau nak tahu dia dah ada atau takde try la tanya dia, luahkan apa yang ada dihati tu. Kalau simpan lama-lama bukan boleh buat perkasam pun, merana aja yang dapat. Dah la ngah, along nak sambung kerja sekejap lagi nak masuk meeting lagi. Jangan lama sangat duduk termenung kerja tu nak kena tengok juga, apa yang along cakapkan tadi pun nak kena fikirkan juga. Dua-dua penting untuk masa depan angah. Nah ini nombor telefon dia, nombor ni hanya along ngan Nadia aja yang ada, orang lain belum tahu lagi, dia tak nak kasi pada siapa-siapa tak berkenaan..” Tekan Faiz sambil berlalu dengan sengihan memanjang. Nombor telefon bimbit Emy ditinggalkan diatas meja. Kasihan juga melihat keadaan adiknya bagai orang mabuk kepayang. Serba tidak kena duduknya. Dia tahu perasaan Ayie ketika ini, ketiadaan Emy sedikit mengugat kecerian adiknya.
Ayie mencapai kertas yang tertera nombor telefon Emy dia tersenyum bahagia, wajahnya kelihatan bercahaya, tidak disangka-sangka Faiz menghulurkan nombor telefon Emy. Hatinya berlagu girang.

Emy tenang setelah diberitahu oleh Hani Ayie telah outstation ke JB selama sebulan. Hatinya lega sejurus mendengar ucapan Hani ni, memang itulah yang diharapkan oleh Emy hari ini, kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Ayie buat masa ini. Hatinya berlagu riang. Ketiadaan Ayie sekurang-kurangnya dapat menenangkan jiwanya buat masa ini. Emy berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh semasa dia mc selama dua hari. Nasibnya baik kerja yang tertangguh itu tidak lah banyak mana.
Tapi entah kenapa baru setengah hari bekerja rasanya matanya sudah berpuluh-puluh kali memandang bilik Ayie yang kosong tidak berpenghuni. Runtin hariannya sebelum ini tidak lagi menjadi rutin. Hatinya bagaikan kosong.
“Kenapa pula aku macam ni..Apa yang tak kenanya. Ya Allah tenangkan lah hatiku agar aku senang melakukan tugas-tugasku.” pohonnya dihati.
Deringanya telefon di atas meja memeranjatkannya.
“Hello.. Boleh saya bantu..”
“Boleh.. Bantu abang hilangkan rasa rindu ni…” Ujar si pemanggil..
Hampir meletup jantungnya mendengar permintaan pelik dari si pemanggil. Pagi-pagi sudah mahu bergurau yang bukan-bukan.
“Errr..Encik ni siapa…” soalnya walaupun gerak hatinya mengatakan pemanggil itu adalah Ayie. Dia dapat mengecam suara itu.
“Baru dua hari tak jumpa, Emy dah tak kenal…takpe lah, abang ada kerja ni bye..” Talian dimatikan. Emy bingung seketika. Apa pula kenanya dengan Ayie. Kenapa majikannya jadi macam tu. Dia buntu memikirkannya. Takkan lah baru dua hari duduk di JB anginnya sudah berubah. Suaranya juga kendengaran lain dia selsema agaknya. Emy bermonolog sendirian
“Ah tak payah la fikirkan dia tu…takde kena mengena..” pujuk hatinya. Satu SMS diterimanya sebaik talian tadi dimatikan.
SMS yang diterimanya tidak diketahui siapa pengirimnnya. Hanya nombor yang tertera. Setahunya tiada siapa lagi yang mengetahui nombor telefonnya kecuali Nadia dan juga Faiz. Emy membulatkan matanya apabila dapat menangkap sesuatu...
“Fariz” terpacul juga nama itu dari bibirnya.
Abang call Emy malam nanti ada hal nak dibincangkan..
“Ah! sudah hantu raya ni makin menjadi-jadi pulak, nak bincang apa pulak ni. Kenapa tadi tak bincang aja, dari mana pula dia dapat nombor telefon aku ni. Ini mesti dari abang Faiz.” Emy geram. Baru tiga hari dia menggunakan telefon mudah alih itu nombornya sudah sampai ke tangan Ayie. SMS yang diterima langsung tidak dibalasnya. Hatinya berdebar. Kerja-kerja yang hendak dilakukan bagaikan terkaku tidak berusik. Hilang segala semangatnya.

“Hei.. Resah gelisah aja akak tengok Emy ni, kenapa. Hai... takkan lah baru dua hari terpisah dah tak senang duduk.” Usikan Hani membuatkan Emy bertambah tidak keruan, bimbang juga andai ada kakitangan yang lain mendengarnya nanti bualan itu dijadikan bahan usikan pulak. Dia dan Ayie tiada hubungan istimewa malah jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia minta ditukarkan ke tempat lamanya. Tidak selesa dengan perhatian yang diberikan Ayie kepadanya.
“Takde lah kak, Emy dengan Encik Fariz bukan ada apa-apa pun.”
“Mula-mula memang lah takde apa-apa Emy, nanti lama-lama ada apa-apa lah..Akak suka tengok kau dengan Fariz sama cantik sama padan, orang tua-tua cakap bagai pinang dibelah dua, bagaikan merpati dua sejoli...” panjang pula usikan Hani disulami ketawa membuatkan dirinya semakin kurang selesa.
“Emy nak ke pantry sekejap, akak nak apa-apa..” Ujarnya, dia mahu melarikan diri dari menjadi usikan Hani yang nampak gayanya berlarutan.
“Terima kasih ajalah Emy, akak dah minum tadi. Akak pun nak balik ke tempat akak dah ni..” Hani menyedari Emy kurang suka dengan usikannya. Emy hanya mengangguk seraya tersenyum tawar.

Angin malam yang mulai bertiup kencang bagaikan mengerti gelora dihatinya. Lembut pandanganya dihalakan pada sebatang pokok mempelam yang sedang meliuk lentok mengikut arah hembusan makluk Allah yang tidak dapat dilihat namun dapat dirasa kehadirannya. Ditalakan pula matanya ke dada langit yang hitam pekat. Kejora yang sering menemani malamnya menyembunyikan diri. Emy memejamkan matanya beberapa saat sambil menikmati angin yang mulai bertiup sedikit kencang. Hujan nampaknya akan turun bila-bila masa sahaja. Kalaulah ketika ini dia masih dikampung pasti bantal peluk dan gebar sudah menjadi penemannya disaat ini. Dia rindukan bau tanah yang ditimpa hujan setiap kali bangun pagi. Melihat titisan-titisan hujan yang masih melekat pada dedaun mengkudu, pepohon nona kelihatan segar disekitar rumahnya, alangkah rindunya pada kampung halaman.
“Apa lah mak buat kat kampung sekarang ni yea..” Tiba-tiba ingatannya mula melayang kepada insan yang membesarkannya. Walaupun sedikit ralat dengan kasih sayang yang diperolehinya tetapi dia bersyukur sekurang-kurangnya dia masih mempunyai emak tidak seperti Suriati rakan sekerjanya Suriati yang yatim piatu sudahlah kematian kedua ibu bapa adik beradik pun tiada. Apa yang dilakuan emak padanya dianggap seperti seorang guru yang berusaha membetulkan kesilapannya. Kalau tidak kerana emak sering memaksa turun ke dapur sudah tentu dia tidak pandai memasak seperti sekarang, dan kalaulah emak tidak memaksanya membasuh pakaian selepas waktu subuh sudah tentu bangkitnya tidurnya ketika matahari menegak ke langit. Semuanya kerana emak. Walaupun emak mendidiknya sedikit kasar tiada sedikit pun rasa dendam dihatinya.
“Terima kasih mak..” Ucapannya perlahan sambil menahan airmatanya dari gugur.
Awan mulai memuntahkan air lalu menjadi titisan hujan. Emy masih sempat menadah tangan merasai titisan hujan jatuh ke telapak tangannya. Sejuk. Hujan mulai melebat. Emy melarikan dirinya ke dalam biliknya, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia bermandikan hujan dibalkoni tapi risau pula dia akan demam nanti.

Tut..tut.. Emy berpaling ke arah telefonnya di atas katil. Lampu berkelip beberapa kali.serta merta ingatannya pada renungan Ayie. Dadanya bergetar, tangannya menjadi sejuk. Diramasnya jari jemari agar kedinginan yang dirasai dapat dihalau pergi. Perlahan-lahan dia mangambil telefonnya lalu manatap dengan penuh debaran..
“1 message receive..” Tulisan itu diperhatikannya dengan perasan sangsi, hendak dibuka atau dibiarkan sahaja. Emy masih bermain dengan kata hatinya Akhirnya message itu dibuka.
“Huhh..lega…”rupa-rupanya mesagge yang diterima dari CELCOM. Dia tersenyum sendirian lalu ketawa kecil. Debaran yang dirasainya tadi beransur hilang.
Tiba-tiba senyumannya mati.
SMS yang dikirimkan Ayie dibacanya lagi, entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak menyedarinya. Ayat ringkas itu bagaikan mengundang seribu makna buatnya. Adakah itu tanda kasihnya mulai bertunas. Emy menggeleng laju tidak sanggup apa yang difikirkan itu menjadi kenyataan.

Usai menunaikan solat isyak Ayie berdiri di balkoni, merenung ke dada langit melihat beribu bintang sedang menemani membuatkan ruang angkasa bercahaya. Ayie menarik nafas perlahan. Melegakan keresahan yang datang tiba-tiba. Bertuahnya langit ditemani bintang, dirinya kesepian tiada peneman, ketiadaan Emy menyumbang resah hatinya. Tidak menyangka sama sekali kerana sikap nakalnya untuk mengenakan Emy memakan dirinya sendiri.
“Nak telefon ke tidak ni..”Ayie mundar mandir dibilik hotelnya. Sejak dari petang tadi hatinya tidak keruan. Telefon bimbitnya digengam kemas sesekali dia menikmati pemandangan bandar yang mulai hidup dengan bercahayakan neon malam yang berwarna warni. Jalan raya pula masih bersusun dengan kenderaan yang bertali arus. Dia bernasib baik hotel tempat dia menginap tidak jauh dari tapak pembinaan jika tidak teruk juga dia menempuh kesesakan yang bagaikan tiada penghujungnya.
“Kalau aku telefon nak cakap apa, takkan nak cakap aku sayang dia, dibuatnya tanya macam pagi tadi macam mana, apa aku nak jawab. Pagi tadi tu nasib baiklah aku kat tempat lain kalau dia tanya aku depan-depan malunya. Aku pun satu bangang sangat pergi jawab aku rindu dia tu apasal..cabul betul lah mulut ni.” Ayie bermonolong dengan dirinya sendiri apabila memikirkan keterlanjuran katanya pagi tadi. Otaknya ligat merangka apa yang ingin dikatakannya jika dia menelefon Emy nanti. Semakin difikirkan semakin buntu pula rasanya. Ayie merebahkan badannya disofa cuba merangka ayat yang sepatutnya.
Fikir punya fikir akhirnya dia terlena bersama telefonnya disisi.


#####



Sudah lima hari Ayie masih belum mampu menelefon Emy, lidahnya bagaikan kelu walaupun hati dan perasaan bagaikan berkobar-kobar untuk mendengar suaranya. Dia sendiri naik hairan dengan dirinya, selama ini dia boleh dikatakan jaguh juga apabila berkata-kata dengan gadis tetapi mengapa dengan Emy kali ini lidahnya bagaikan digam-gam. Otaknya pula bagaikan tepu untuk merangka ayat. Urusan di ibu pejabat diserahkan pada Faiz, sepenuh tumpuan diberikan pada projek baru syarikatnya. Kesibukan kerja membataskan segalanya sehinggalah suatu hari dia menerima panggilan dari adiknya Tina memaklumkan padanya Datuk Kamal telah di masukkan ke wad kerana keracunan makanan. Bimbang dengan kesihatan papanya dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan Datin Maimun dan Faiz. Segala urusan yang berkaitan diserahkan kepada perojek manager untuk pemantauan dan projek manager harus melaporkan kepadanya setiap hal yang berlaku di tapak projek. Dia tidak mahu lepas tangan walaupun dia berada pada situasi begitu.

Pintu ditolak perlahan. Penghuni didalamnya saling berpadangan sebaik sahaja Ayie melangkah masuk. Wajah kerisauannya terpamer jelas. Datin Maimun terganga melihat wajah anaknya tersembul didepan mata tanpa disangkanya. Ruang bilik sepi seketika. Ayie mendapatkan mamanya dan terus menyalami wanita yang hamper mencecah usia lima puluhan itu, selang beberapa saat dia manyalami pula papanya yang masih terlantar dia atas katil lalu menghadiahkan senyuman buatnya.
“Papa apakhabar, macama mana boleh jadi macam ni...” Soalnya tanpa menunggu lama. Datuk Kamal tersenyum seraya mengangguk-angguk perlahan. Dipandangnya sekeliling, Faiz kelihatan terpinga-pinga, angin tiada ribut tiada adiknya sudah didepan mata. Tina hanya tersengih melihat kerisauan diwajah abang ngahnya. Kerana mulut murainya lah angah sampai ke sini bertemu papa. Melihat sengihan pada adik bongsunya Faiz mencuit lengan Tina lalu berbisik ke telinga adiknya.
“Tina bagitahu abang ngah pasal papa ke.” Tina hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan Faiz. Datin Mariam hanya menjeling melihat tingkah dua beradik itu. Bukan dia melarang Ayie mengetahui suaminya dimasukkan ke hospital baginya itu hanya perkara kecil, lagipun bukannya teruk sangat sakit suaminya, andai diberitahu Ayie bimbang pula ia akan menganggu kerja-kerja yang baru bermula ditapak pembinaan. Tidak mahu anak-anaknya risaukan suaminya, dia sahaja yang menemani suaminya pun sudah cukup, tidak mahu menyusahkan anak-anak lebih-lebih lagi Ayie.

“Kenapa mama tak telefon Ayie bagitahu papa masuk wad..” Ujarnya setelah Datin Maimum mengajak mereka minum di cafe.
“Bukan mama tak nak bagitahu Ayie, tapi papa yang pesan jangan risaukan anak-anak. Papa pun bukan teruk sangat, petang ni doktor cakap dah boleh keluar. Along kan ada.” Datin Maimun menarik kerusi. Faiz tidak ikut bersama kerana menunggu Nadia yang katanya hendak datang melawat.
“Tak risau apanya mama, papa masuk wad mama boleh cakap tak bahaya lagi ke. Bukan boleh dibuat mainan keracunan ni ma, tambah pula papa ada penyakit kencing manis darah tinggi, bahaya ma..” Datin Maimun merenung wajah anaknya, itulah sebab dia tidak maklumkan pada Ayie tentang kesihatan suaminya, dia tahu kerisauan Ayie melebihi kerisauannya. Anaknya itu cukup bimbang kalau mengetahui ada dikalangan ahli kelurganya sakit, kerisauanya membutkan orang lain merasa kasihan. Datin Maimun tersenyum melihat anaknya. Untung siapa yang dapat mempersuamikan Ayie pasti anaknya itu mampu menjaga isterinya dengan baik.
“Makan dulu, tentu Ayie tak makan lagi kan, penat pun belum hilang lagi..” Ayie hanya mengangguk. Dia tahu kerisauannya terlampau. Bukannya apa dia cuma bimbang kalau ada apa-apa berlaku pada papanya. Dia masih perlukan papanya, lagipun hubungannya dengan papa sejak dia mulai berpindah ke Villa Orked bertambah baik. Dan dia dapat merasai kasih sayang papanya tiak pernah pudar walaupun dia diserahkan pada nenek untuk dibela.

Nadia dan Emy berjalan seiringan mereka ternampak kelibat Faiz dan Datin Maimun yang sedang duduk di cafe. Nadia menarik tangan Emy supaya begerak laju menghampiri Datin Maimun.
“Assalamualaikum..Apakahabr makcik..”Nadia menyalami tangan bakal mentuanya. Datin Maimun tersenyum manis menyambut huluran tangan Nadia, mereka berpelukan seketika. Agak lama juga mereka tidak bertemu. Kesibukan Nadia membataskan perjumpaan dengan bakal mentuanya.
Datin Maimun merenung sesusuk tubuh yang sedang tersenyum melihat mereka.
“Kenalkan makcik ini adik Nadia, Emy baru aja tinggal dengan Nadia, dia kerja dengan Faiz sekarang ni.” Ujar Nadia mesra. Emy bersalaman dengan Datin Maimun. Wanita berumur itu mendakapnya penuh erat bagaikan mereka telah lama kenal.
“Apa pulak panggil makcik.. panggil aja mama, dah tak lama dah kita nak jadi satu keluarga kan.” Nadia tertunduk malu. Emy disebelah hanya mampu tersenyum melihat kebahagian kakaknya sesekali hatinya sayu mengenangkan nasib dirinya. Dia tunduk merenung lantai.
“Kenapa masa bertunang hari tu mama tak nampak pun, mama ingatkan Nadia dua beradik aja dengan adik lelaki Nadia, Azhar...” Ujar Datin Maimun. Seingatnya dia dimaklumkan Nadia hanya dua beradik. Tidak diketahuinya pula Nadia masih ada lagi seorang adik perempuan. Matanya tunak memandang wajah Emy yang masih kelihatan malu-malu. Emy sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Datin Maimun memang itulah yang sering diperkatakan orang.
“Emy sibuk sikit...” Jawab Emy sopan.
Datin Maimun merenung Emy.
“Panggil mama, bukan datin bukan makcik, apa nak dimalukan kan mama dah cakap tadi kita kan dah nak jadi satu keluarga..” Pintanya. Emy terdiam panggilan mama juga untuknya. Sebak didadanya disimpan kemas, terharu dengan kebaikan bakal mentua Nadia terhadapanya. Bertuahnya Nadia mempunyai bakal mentua yang merendah diri dan penuh dengan sifat kasih sayang, alangkah bahagianya jika dia juga dikurniakan mak mentua seperti Datin Mainmun.
“Kenapa tak bawak datang jumpa mama. Faiz ni pun satu bukan dia nak bagitahu pun pada mama kamu ada datang. Kerja satu pejabat pulak tu..” Datin Maimun menggeleng kecil mengenangkan perangai anak sulungnya.

Ayie yang sedang menatang dulang berisi air dan roti terhenti melangkah apabila terpadangkan akan wajah ratu hatinya. Tidak menyangka dia akan bertemu Emy di sini.
“Hai..” Sapa Ayie lalu duduk disebelah Datin Maimun. Nadia tersenyum girang, Emy disebelahnya bagaikan tidak kena duduknya. Datin Maimun manatap seraut wajah Emy, sejuk matanya memandang air muka gadis itu walaupun dia tampak sedikit malu. Ditolehnya pada Ayie yang duduk disebelahnya. Anak bujangnya bagaikan terpaku. Mata Ayie tidak lepas memandang pada sesusuk tubuh yang dirinduinya. Bakal kakak iparnya tersenyum manis, dia pasti Nadia masih belum mengenali siapa dirinya yang sebenar. Emy sedang merenungnya dengan wajah kebingungan tapi tidak lama kerana gadis itu terlebih dahulu mengalah apabila matanya tidak lepas-lepas memandang.
“Ehhmm!..Ni balik nak jumpa papa ke nak jumpa mata air angah..” Ayie baru menyedari perlakuannya diperhatikan oleh mama jika tidak masakan mamanya berkata begitu. Malu juga dengan sikap terlepas lakunya. Dia dapat rasakan ketika ini Emy turut merasa getaran yang sama dirasainya apabila gadis itu melarikan pandangannya ketika mata mereka bertembung.

“Kenapa Faiz ada kat sini, tadi bukan main lagi suruh Nadia tunggu Faiz kat sana, rupanya awak ada kat sini.” Datin Maimun merenung Ayie. Tergagap-gagap Ayie menuturkannya. Dia tahu Nadia tersalah orang. Sepuntung jarinya digarukan ke dahi. Emy hanya tersenyum tawar apabila dia sudah tahu bahawa didepannya kini adalah Ayie. Degup jantungnya sudah lama berantakan. Tidak menyangka hari ini dia bertemu dengan lelaki yang dirasakan berjaya mengucar kacirkan jiwanya. Selama seminggu degup jantungnya berjalan dengan normal apabila dirinya tidak berkerja sebumbung dengan lelaki dihadapannya ini tetapi kini jantungnya kembali tidak normal apabila berhadapan dengan Ayie. Beberapa kali dia melarikan pandangannya tidak mahu Ayie membaca pergolakan didalam dadanya.
“Nadia ingatkan siapalah perempuan disebelah Faiz tadi, tak perasan pulak dating dengan mak sendiri. Mama nampak lebih muda la, nasib baik Nadia tak pergi serang tadi…”Usik Nadia menceriakan suasana.
“Nak bodek mama lah ni kan…” Usik Datin Maimun seraya memandang wajah Ayie, dia tahu anaknya serba salah. Kalau Nadia tersalah orang tentu Emy juga turut terkeliru. Berkerja disyarikat yang mempunyai ketua yang seiras sudah pasti pusing kepala. Ini tentu angkara Faiz, kenapalah tidak diberitahunya pada Nadia mereka ini kembar seiras. Kesian budak tu.
“Ayie pergi order air untuk mereka. Nadia ngan Emy nak minum apa..” Soal Datin Mariam ramah.
“Oooo..Faiz ada nama timangan yea mama..‘Ayie’..You tak bagitahu I pun yea..sedap juga nama tu…Boleh lah lepas ni I panggil you Ayie yea.” Emy hamper tergelak ketika kakaknya masih menyangka Ayie itu adalah tunangnya. Wajah Ayie nampak berkerut. Nampak sangat dia serba salah.
“Ha padam muka, nak sangat menyamar kan..Ha.. menyamar lah lagi..” Hati Emy bagaikan digeletek melihat duduk Ayie serba tak kena. Bagikan mahu tergolek dia di situ mentertawakan bosnya.
Ayie segera berlalu. Datin Maimun hanya tersenyum melihat gelagat anak bujangnya. biarlan masalah ini mereka selesaikan sendiri. Sekali lagi Matanya terpaut pada wajah manis milik Emy seakan tidak mahu lari dari memandang gadis sopan dihadapannya. Jika dipandankan dengan Ayie sesuai sangat,bagai pinang di belah dua. Kata hatinya.
“Dulu Emy kerja kat mana..” Soal Datin Maimun mula diajak bercerita. Sekali pandang hati tuanya sudah berkenan.
“Emy tak kerja Datin Emy cuma tolong mak dikampung.” Tuturnya sopan.
“Eh tak payahlah berdatin-datin sangat dengan makcik ni Emy, panggil aja makcik ni mama..” Ujarnya dia tahu Emy masih malu dan segan menuturnya.
Sedang rancak bersembang Faiz tiba-tiba muncul dengan termengah-mengah..
“I cari you all keliling hospital kat sini rupanya awak..” Faiz duduk disebelah mamanya. Datin Maimun merenung wajah Nadia, ternyata gadis itu kebingungan.

“Apa lah awak ni Faiz tadi kan awak pergi beli air, takkan cari Nadia keliling hospital pulak, sempat pula awak tukar baju…Kalau yea pun takut duduk kat hospital lama-lama takkan lah sampai tak ingat apa-apa.” Uajrnya lagi. Disangkanya Faiz cuma bercanda. “Ada-ada ajalah awak ni.” gelak Nadia. Emy hanya mampu tersenyum.
“Kalau dah cari tak jumpa kenapa tak telefon aja.” Datin Maimun mencelah.
“Nak telefon macam mana ma, telefon along habis bateri.” Faiz memandang Datin Maimun. Mamanya mengangkat kening tanda tidak mahu masuk campur. Dia tahu itu tandanya mamanya tidak suka tentang rahsia yang belum diceritakan pada Nadia.
Ayie datang bersama air yang dipesan dengan wajah selambanya dia duduk disebelah Datin Maimun. Faiz disebelah kiri mamanya tersenyum kambing. Nadia yang masih bersisa tawanya tercengang apabila melihat wajah jejaka yang berdiri dihadapannya itu saling tidak tumpah seperti tunangnya. Renungannya bersilih ganti melihat wajah yang sama, bagaikan kini dia sedang melihat cermin. Emy hanya mendiamkan diri menanti apa yang bakal diperkatakan Nadia. Dan dia pasti perasaan Nadia ketika ini, dia juga pernah merasa apa yang dirasai Nadia.
“You all ni….” dua puntung jari jemarinya digerakkan meluahkan apa yang tidak dapat diluahkan olehnya.
“Yea kami kembar..kembar seiras.” Jawab Faiz lurus.
“Jadi yang duduk kat sini tadi tu bukan you lah erk..”
“Ini Ayie..Adik kembar I.” Ayie tersengih memandang wajah Nadia. Dia tahu bakal kakak iparnya segan dengan usikannya sendiri tadi.

“Nama saya Ayie, kembar kesayangan along…” Ayie memperkenalkan dirinya bagi menutup rasa malu Nadia. Emy berlagak selamba apabila Nadia merenungnya. Dia pasti kakaknya akan membebel panjang jika mengetahui dia sudah tahu yang mereka sebenarnya kembar seiras.
“Takpe kalau Nadia nak anggap saya along pun..Ayie tak kisah..” Usik Ayie mengembalikan keceriannya..
“Untung-untung dapat keluar dengan awek cun kan long.” Usikkan Ayie menambahkan lagi malu Nadia dia hanya mampu menutup wajahnya dengan telapak tangan. Emy hanya tersenyum kelat. Kenapa dirinya terasa hati dengan kata-kata Ayie. Memang diakui kulit Nadia lebih cerah daripadanya dan dia pasti ramai yang meminati Nadia. Akhirnya dia melarikan pandangan tidak mahu usikan Ayie tadi berbekas dihatinya.
“Ha nampak tak ni ngah, nak rasa try lah buat..” Faiz menunjukkan buku lima kepada Ayie, mereka sama-sama ketawa melihat kecemburuan Faiz pada Ayie.
“Kamu ni kat sini pun nak bergaduh..dah minum cepat, kesian papa kamu kat atas tu, adik kamu tu bukan boleh harap sangat nak jaga papa, entah-entah papa yang sakit tu jaga dia.” Kata-kata Datin Maimun menambahkan lagi ketawa mereka. Dalam gelak ada hati yang terasa ada jiwa yang tersiksa. Ayie dapat merasakan kelainan pada raut wajah Emy dan dia dapat rasakan bahawa kata-katanya tadi memberi sedikit petunjuk bahawa gadis itu turut menyimpan rasa yang sama.
“Long..lepas ni kalau along nak suruh Ayie menyamar pun Ayie sanggup.” Ucapnya sengaja mahu melihat riaksi gadis disebelah bakal kakak iparanya itu.
Faiz menjengilkan biji matanya. Dia tahu tujuan Ayie mengusiknya. Apa yang dirasakan Ayie saat ini dia bagaikan turut terpalit sama padanya.

Mama tengok baik juga budak Emy tu, baik budi bahasa paling mahal senyumannya tu kan... Kamu tak berkenan ke Ayie, tak rasa apa-apa bila tengok si Emy tu…” Datin Maimun sengaja membangkitkan nama Emy, sebagai seorang ibu dia dapat merasakan anaknya itu seperti ada menyimpan perasaan pada adik Nadia. Kalau betul-betul mereka menyimpan perasaan eloklah disatukan sama tarikh dengan kembarnya. Lagipun umur Ayie bukan muda lagi, sudah selayaknya mempunyai keluarga sendiri seperti abangnya. Apa salahnya jika mereka mengadakan majlis kahwinnya serentak dan itu juga impian anaknya Faiz.
Faiz sengaja batuk, bibirnya mengukir senyum. Hatinya bagiakan digeletek apabila meilhat Ayie sedikit gelabah apabila di soal begitu. Dia tahu rahsia adiknya semakin terbongkar.
“Tengok la dulu macam mana ma..”
“Eh! Bila pulak mama suruh kamu tengok, mama tanya kamu tak berkenan ke dengan budak tu, bukannya mama suruh kamu tengok atau tilik dia tu..” Faiz ketawa apabila adiknya tidak menjawab dengan tepat apa yang ditanya oleh mamanya. Gelabah juga bila ditebak soal hati.
“Yang ni lagi sorang, angin takde ribut takde tetiba aja gelak ni kenapa..”
“Takde apa-apa lah ma…tapi kan ma bagi Faiz ok juga kalau Emy tu dipadankan dengan Ayie ni ma, kat office tu ramai jugalah yang cari peluang nak dekat dengan Emy, tak tahulah along dah ada yang berjaya rebut hatinya atau belum, agak along rasanya dah ada yang berjaya kot.” Kata-kata Faiz membuatkan jantung Ayie bagaikan diregut, dia tidak tahu selama ini Emy menjadi rebutan staff di syarikatnya. Patutlah staff lelakinya semakin rajin berkerja. Rupanya ada udang disebalik batu.
“Ini tak boleh jadi, kalau aku tak pikat dia dari sekarang melepas pula nanti.” Bisik hati kecil Ayie. Dia tidak mahu berputih mata mengejar bayang-bayang gadis yang berjaya mengusik perasaannya.

“Eh! laju sangat bawak kereta ni Ayie nak kejar siapa, teguran Datin Maimun menyedarkan dirinya sedang memandu.
“Kalau iya pun takut buah hati dikebas orang baik ikat aja, tak payah nak peningkan kepala..” Sindir Datin Maimun. Ayie meperlahankan kereta setelah menyedari tanpa sengaja dia semakin menekan pedal minyak. Tajam juga kata-kata mamanya. Wajahnya mulai bertukar hangat apabila sekali lagi Faiz mentertawakan dirinya.
“Nak buat macam mana ma kalau dikebas orang terpaksalah along bersanding dulu.” Kata-kata along bagaikan menambahkan cili api.” Ayie hanya mampu menjeling geram pada Faiz, dia tidak mahu keresahannya semakin terserlah dihadapan mamanya.
Mereka selamat sampai ke Villa Orked walaupun disepanjang perjalan tadi hatinya bagaikan disiat-siat.

“Kalau Ayie dah bersedia, nanti bagitahu mama dan papa. Tahulah macam mana kami nak ikat anak dara Mak Jah tu lagi sorang.” Ucapan Datin Maimun bagaikan penyuluh jalan buatnya. Belum apa-apa mama sudah merestui pilihan hatinya. Lampu hijau dah dapat. Tunggu puteri idaman setuju aja sekarang ni.
“Dah! Jangan nak tayang gigi kat situ pulak..tak nak masuk rumah ke…” Sindir Datin Maimun. Ayie hanya mampu melebarkan sengihannya dia memeluk mamanya dari belakang sambil berjalan masuk.
“Terima kasih ma..” Ucapan itu dibisikkan ke telinga mamanya. Datin Maimun tersenyum panjang tahulah kini anaknya dilamun cinta.

1 comments:

Anonymous said...

bestnya...
bila akan dibukukan??

 
Copyright 2009 Diari Hati