Wednesday, May 11, 2011

BiDaDaRiKu - SpEcIaL EnTrY

“Awak yang sombong, jual mahal konon..”
“Ada pulak salahkan abang..mana lah abang tahu Mia sukakan abang, kenapa Mia tak cakap.” Razlan merenung wajah isterinya. Mereka duduk melepak diatas bukit sambil menikmati panorama malam yang begitu indah dirasakan. Majlis kmarikan kenaikan pangkat Bos Miasarah yang sepatutnya dihadiri mereka menjadi majlis meluahkan isi hati mereka. Miasarah ketawa kecil. Sungguh dia tidak menyangka begini akhirnya kisah cinta hatinya. Ada beberapa pasangan yang lain turut sama. Masing-masing membuat hal masing-masing.
“Alahai abang..kalau Mia cakap pun Mia dah tahu riaksi abang…”
“Riaksi abang..kalau Mia bijak apa riakasi abang masa tu..”
“Abang mesti gelak sampai keluar airmata punya..bukan Mia kenal abang sehari dua..dah bertahun tahun bang, dah masak sangat dengan perangai abang tu..nak-nak kalau Mia luah isi hati Mia. Abang ni pun satu Mia nikan perempuan takkan lah Mia nak kena luahkan dulu dari abang… tak semongeh la..”

“Hahahaha..pandainya Mia..” Miasarah hanya mencebik.
“Patutla dulu masa Sulaiman nak kan Mia..Mia tolak rupanya dalam hati Mia dah ada abang yea.” Razlan mencuit hidung Miasarah.
“Sulaiman..Sulaiman mana ni bang..” Miasarah cuba mengingati sebaris nama yang meniti dibibir Razlan.
“Ala Sulaiman yang cakapnya sengau sikit tu, rambut terpacak macam duri landak yang selalu tunggu Mia lepas habis kuliah, takkan tak ingat pakwe pertama Mia..”Usik Razlan. Dia masih mengingati Sulaiman juniornya. Playboy yang terpopular di kolej mereka.
“Hahahaha..Sulaiman tu..abang ni teruk arr, takkan lah Mia nak jatuh hati pada Sulaiman tu, agak-agak la abang ni. Abang tak tahu ke dia selalu usung anak-anak dara kolej ke hulu ke hilir yang freshe pulak tu. Abang nak sahabat baik abang ni kahwin dengan Sulaiman.” Soal Miasarah merenung wajah Razlan yang ketawa kecil.
“Kalau dah jodoh apa salahnya.” Selamba sahaja dia menjawab.
“Sampai hati abang..Mia tahulah Mia ni bukan perempuan pertama pilihan abang tapi jangan lah nak padankan Mia dengan Sulaiman tu.” Miasarah menarik muka. Takkan lah di nak jatuh hati pada Sulaiman tu. biar dihulurkan duit satu juta sekalipun dia tetap tidak akan menerima Sulaiman. Dia tidak mahu merana hidup dengan mengahwini Sulaiman. Tapi hairan juga dirinya bagaima Razlan tahu yang Sulaiman sukakan dirinya.

“Merajuk…abang gurau ajalah sayang, kalau time tu Sulaiman nak kan Mia, abang tetap tak bagi, sebab abang tahu Mia memang tak layak dengan dia.”
“Habis tu Mia layak dengan siapa bang..dengan Tengku Haziq tu erk..” Ceria pula dia apabila menyebut nama Tengku Haziq. Ialah anak tengku kerabat diraja Pahang siapa yang tak suka jika jadi buah hatinya orang berkedudukan. Tengku Haziq sering bertukar pasanagan. Siapa yang menjadi aweknya makan hati berulanm jantung la. Apa yang nak dibaginya tanpa banyak songeh tapi malangnya suka bertukar-tukar wanita. Tapi itulah yang peliknya Tengku Haziq langsung tidak memandangnya. Miasarah ketawa dalam hati.
“Erk eleh nak yang hensem-hensem aja dia ni..”
“Yea la..siapa yang tak nak yang hensem-hensem kaya raya kerabat diraja pula tu, kalau abang takkan abang nak tolak tuah kan” Miasarah mempertahankan pendapatnya. Sengaja mahu melihat sejauh mana Razlan akan beralah dengannya.
“Abang tengok anak Tengku tu pun tak sesuai dengan Mia..berlagak” Bidas Razlan. Memang benar, Tengku Haziq suka berlagak orangnya. Cukup bangga bila ada perempuan cantik mendampinginya. Selepas habis belajar dahulu dia langsung tidak mengetahui berita Tengku Haziq teman sekuliahnya itu.

“Habis siapa yang sesuai untuk Mia.”
“Hai orang yang duduk disebelah Mia nilah. Kalau bukan abang siapa lagi. Abang aja yang berani nak ambik Mia sebagai isteri tau, yang lain-lain tu saja nak buat main-main.
“Erk eleh perasan jugak abang ni yea.” Miasarah menampar lebut bahu suaminya.
“Abang tak perasan tapi memang itu kenyataanya sayang.” Miasarah menyandarkan kepalanya dibahu Razlan dan Razlan memeluk erat pingang Miasarah, dia benar-benar merasai cinta yang mulai menjalar didalam dirinya. Kasihnya tidak akan berbelah bahagi. Angin malam yang mulai terasa dinginnya bagaikan memberi peluang kepada pasangan yang baru sahaja merasai nikmat cinta memadu asmara. Terlupa pada majlis yang sepatutnya mereka hadiri. Nasib baik Miasarah cekap mencipta alasan.
Miasarah mendongak ke atas memandang dada langit yang ditemani bintang-bintang berkelipan. Hatinya sayu tiba-tiba apabila teringatkan arwah kedua ibu bapanya. Jika mereka masih ada tentu merekalah insan yang paling gembira melihat kebahgiaannya kini.

“Mia..”
“Yea..”
“Abang tanya sikit boleh..”
“Apa dia, sikit aja tau lebih-lebih nanti Mia charge..”
“Amboi nak kena charge juga ke..Hei cik kak, Siti Nurhaliza tu wartawan tanya banyak soalan pun tak kena charge tau.”
“Itu selebriti bang ini Mia..buah hati abang..”
“Mata duitan betul lah Mia ni.”
“Zaman sekarang kena fikirkan tu semua bang, kalau takde duit macam mana, takkan abang tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kalau takde duit nak beli apa pun tak boleh..” Miasarah tersengih memandang Razlan yang bagaikan tidak dapat menyangkal kata-katanya.
“Hei dia ni melalut ke lain pulak. “
“Hahahaha..dengan abang aja Mia selalu melalut, macam lah abang tak pernah kenal Mia ni kan..atau abang memang tak pernah nak kenal Mia.” Razlan memaut bahu Miasarah..dia tersentuh dengan soalan Miasarah. Yea memang dia akui dia telah banyak buat silap sehingga langsung tidak nampak akan keistimewaan Miasarah selama ini.

“Ok kita berbalik pada soalan abang tadi..abang nak tanya apa..”soal Miasarah apabila melihat Razlan serba salah. Dia sepatutnya tidak perlu timbulkan hal yang sudah berlalu, dia tidak mahu Razlan muram apabila bersamanya. Dia mahu menemani Razlan ketika susah ataupun senang. Menjadi pelita disetiap sisi kegelapan Razlan.
“Hmm..susah tau Mia nak jawab nanti..”
“Yea ke..soalan apa tu, tentu soalan teka teki ni kan bang..”
“Bukan..”
“Habis tu soalan apa yang susah Mia nak jawab tu..abang bagi klu sikit..cepat la”
“Nak bagi klu macam mana abang belum lagi tanya lagi..”
“Hahahaha..yea ke ingatkan dah tadi..” Miasarah ketawa sakan melihat Razlan bagaikan sudah tidak sabar dengan perangainya. Baru dia tahu.
“Mia ni pandai buat lawak yea..”
“Itu ke soalanya bang..ala kacang aja tu…”
“Hei abang sekeh-sekeh juga kan Mia ni.”
“Hahahaha..abang ni teruk arr..bukan abang nak sayang-sayangkan Mia ada ke patut nak sekeh-sekeh orang.” Sengaja Miasarah melarikan topik bualan supaya Razlan tidak akan bertanyakan kepadanya. Dia sudah maklum jika Razlan serius pasti soalan itu berkaitan dengan hati. Mereka diam seketika menikmati pemandangan yang cukup indah. Mencari rentak untuk berbicara soal hati. Akhirnya soalan yang ditanyakan pada Miasarah hilang begitu sahaja.

“Abang..”
“Hmm..”
“Terima kasih..” Ucap Miasarah syahdu. Dia merasa sebak dengan penerimaan Razlan terhadapnya.
“Terima kasih.untuk apa..”
“Untuk semuanya…Mia bersyukur Dia telah bukankan mata hati abang untuk memandang Mia yang serba kekurangan ni. Mia bahagia sangat hidup bersama abang.” Razlan memeluk erat Miasarah. Kehangatan yang dirasainya bagaikan tidak mahu dilepaskan. Sungguh dia telah jatuh hati pada isterinya sendiri. Wanita yang sering bersamanya dikala hati sedang bergembira ataupun duka. Hanya dia isteri yang akan mendampiginya sehingga hujung nyawa.
“Abang juga mahu berterima kasih pada Mia..”
“Kenapa…”
“Mia sanggup terima abang seadanya.”
“Mia tak nak terima kasih aja bang…Mia terima upah..”
Razlan memandang tepat ke wajah Miasarah. Dia tahu isterinya suka bergurau.
“Ooo..nak upah yea…jom ikut abang…”Razlan menarik tangan Maisarah supaya bangkit. Miasarah terpinga-pinga belum puas dia menikmati pemandangan yang cukup indah, berdua bersama Razlan kini terpaksa pula meninggalkan tempat itu.
“Kita nak pergi mana bang..”
“Ada lah..tadi Mia kata nak upah kan..”
“Betul ni abang nak bagi upah..” Miasarah sudah kesukaan. Dia membayangkan Razlan akan membawnya ke shopping complex. Dia melihat jam ditangan. Agak-agak sempat lagi tak shopping ni. Hatinya berbisik.
“Betul lah sayang takkan abang nak tipu Mia pula…”
“Hureyyy..tapi abang cakap dulu kita nak pergi mana..”
“Kita balik rumah..kat rumah nanti abang bagi upah..”
“Kat rumah..kenapa tak bagi kat sini aja.”
“Mana boleh..nanti orang nampak Mia juga yang malu..”Miasarah mengecilkan matanya merenung tepat ke wajah Razlan yang bagaikan berseri-seri. Akhirnya Razlan ketawa kuat.
“Abanggggggg!..tak senonoh..” Razlan pecah tawa. Tidak tahan melihat wajah Miasarah malu-malu apabila isterinya dapat menangkap apa yang dimaksudkannya..



________________________________******_____________________________________________________


“Mak..Mia tak salah yang salahnya Lan..anak mak ni.”
“Kau jangan nak pertahankan Mia Lan, jangan nak bela bini kamu tu.” Miasarah masih menunduk, tidak sanggup bertentang mata memandang ibu mentuanya yang semakin naik angin. Kecut perutnya apabila suara mentuanya sesekali meninggi.
“Awak ni pun Temah, cuba bawak bersabar dulu, biar dia terangkan duduk sebenarnya.”
“Nak terangkan apa lagi bang, sudah terang lagi bersuluh selama ni dia dah bohong dengan kita bang, kalau kita tak datang rumah budak-budak ni sampai bila-bila pun kita takkan tahu.” Razlan memandang Miasarah. Kasihan melihat Miasarah menjadi bahan kemarahan emaknya.
“Tentu budak-budak buat semua ni ada sebabnya Mah. Cuba awak bawak bersabar sikit.” Pujuk Encik Bakar lembut. Walaupun dalam kepalanya juga bersarang dengan 1001 soalan buat anak menantunya.
“Awak tu sikit sikit sabar sikit sikit sabar, sebab tu la anak awak jadi macam ni, kalau saya tak menjengah bilik tu saya takkan tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga anak awak ni.” Entah bila Mak Temah menjengah bilik Miasarah yang tak berkunci, Miasarah terlupa untuk menguncinya. Pakaian-pakaian yang belum lagi dikemaskan untuk berpindah bilik masih belum dipindahkan ke bilik Razlan sepenuhnya.
“Mak…memang kami tidur berasingan tapi tu dulu, sekarang kami bersama mak..” Pertahan Razlan.
“Ooo..jadi betullah selama ni kau orang ada buat perjanjian. Kau orang ingat nikah kahwin ni boleh buat sesuka hati korang erk, bila nak, duduk dekat-dekat bila tak nak duduk jauh-jauh macam tu.” Razlan menyapu wajahnya. Dia rasa bersalah. Kemarahan emak ada benarnya.
“Mah..sabar.”
“Dah la bang, mari kita balik.. Mah dah banyak bersabar dengan Lan ni, dulu masa Mah nak pinangkan Jannah dia tak nak, Mah bersabar lagi. Dia nak kahwin sangat dengan Miasarah menantu kesayangan awak tu Mah boleh juga lagi bersabar tapi sekarang bang, Mah dah tak boleh sabar bila Mah tahu mereka ni kahwin sebab nak ngelak Jannah menjadi menantu Mah. Mah tak boleh bang..tak boleh.” Mak Temah tersedu-sedu menahan tangis, dia cukup kecewa dengan sikap anak menantunya. Baru hendak berbaik dengan Miasarah dia mendapat berita pedih. Menyesal pula dia mengikut kata suaminya menjenguk Razlan.
“Mak Lan minta maaf, Lan banyak buat salah pada mak dan ayah tapi sungguh mak pasal Jannah tu memang hati Lan bukan untuk dia mak. Dan Mia tak salah dalam hal ni.”
“Tak salah kata kau, habis kalau dia tak sekongkol dengan kau, korang takkan kahwin.” Jerkah Mak Temah sehingga memeranjatkan Miasarah yang sedari tadi tunduk membisu. Dia perlu bersuara dan perlu menjernihkan keaadaan.
“Mak maafkan Mia mak…Mia dah lukakan hati mak.” Pohon Miasarah setulus hatinya. Dia menghampiri Mak Temah yang langsung tidak berpaling ke arahnya. Hati mentuanya sakit. Tangan Mak Temah dicapainya perlahan. Mengengam lalu mencium lembut tangan tua itu. Razlan dan Encik Bakar hanya memerhati.

“Dah kau jangan nak tunjuk baik pulak dengan aku, jangan kau nak berlakon Mia.” Miasarah hanya senyum kecil, langsung dia tidak terasa hati dengan kata-kata Mak Temah, kalau dia berada ditempat Mak Temah pasti dia turut merasakan hal yang sama.
“Mak…”Razlan tetap memujuk mak Temah, dia tidak mahu Miasarah terus menjadi mangsa.
“Mak…biarlah Mia terus terang depan mak dan ayah tentang perkahwinan kami. Razlan diam membisu. Sebanyak manapun emaknya akan memarahi mereka nanti Razlan tetap menerimanya dengan tabah. Dia mahu menamatkan segalanya. Mereka perlu memohon maaf diatas kebohongan mereka selama ini.

“Tak guna kau nak bagitahu Mia, kami dah tahu bila tembelang korang dah pecah baru nak bercerita hal sebenar.” Rengus Mak Temah. Encik Bakar hanya mampu menggeleng.
“Mah kita dengar dulu apa yang Mia nak cakapkan tu..”Encik Bakar berusaha memujuk isterinya.
“Mak..Mia memang sayangkan abang, takde ada lelaki lain yang boleh gantikan tempat abang dihati Mia ni mak. Masa Mia terima abang jadi suami Mia, Mia dah berjanji pada diri Mia sendiri akan bahagiakan abang, sebab Mia tahu abang adalah anak yang mak paling sayang. Miasarah menarik nafas dalam mencari sedikit kekuatan.
“Mak ingat tak mak pernah tanya Mia pasal perasaan Mia pada abang, kalau masa tu Mia jawab Mia sukakan abang Mia akan rasa bersalah, sebab Mia dah hancurkan hasrat mak untuk bermenantukan Jannah tapi sumpah mak, Mia tak tahu abang tolak Jannah yang Mia tahu abang mahu berkahwin dengan cinta hatinya. Abang minta tolong dengan Mia, supaya kami kahwin sebab abang tahu Mia rapat dengan Mak, dah tentu mak takkan marahkan kami. Kami buat perjanjian, walaupun kasih Mia pada abang sudah lama bercambah Mia tak mahu abang pula rasa bersalah nak lepaskan Mia bila dia dah jumpa gadis yang boleh membuatkan dia jatuh cinta. Mia tahu mak tentu lebih marah pada kami sebab dah banyak bohongkan mak dan ayah tapi ketahuilah mak..ayah abang dan Mia saling menyintai. Kami akui kesilapan kami mak. Tolonglah mak maafkan Mia maafkan abang. Bagilah peluang untuk kami buktikan pada mak kami memang saling memerlukan. Berilah peluang untuk kami baiki kesilapan kami.” Mak Temah masih membisu. Miasarah tahu Mak Temah tetap mendengar apa yang diluahkannya.

“Mak…Mia sayangkan mak, sayang sangat-sangat. Masa Mia belum jadi menantu mak, mak layan Mia macam anak mak sendiri, masa tu Mia rasa bahagia sangat, Mia rasa mak macam mak kandung Mia sendiri, bila mak senyum Mia seakan-akan melihat wajah mama, sebab tu setiap kali abang ajak Mia balik kampung Mia tak pernah menolak. Bila tengok wajah mak dan ayah hilang rindu Mia pada mama pada abah. Mak, Mia cemburu pada Jannah, bakal menantu mak tu, Mia takut sangat bila Jannah kahwin dengan abang mak akan lupakan Mia, mak takkan sayangkan Mia lagi. Mia jadi tamak mak. Jika hendak dibandingkan Mia dengan Jannah, Mia memang kalah, Jannah jauh lebih baik dari Mia. Dalam hal ni mak tak boleh nak salahkan abang juga sebab Mia juga ada alasan untuk berkahwin dengan abang. Mia teringin lagi untuk merasa kasih mama walaupun mak sebagai gantinya.”

“Ayah maafkan Mia…abang Mia juga minta ampun.” Miasarah teresak-esak, dia tidak mampu lagi untuk meluahkan kata. Mak Temah dan Encik Bakar saling berpandangan. Tidak menyangkan sisebalik senyuman yang tersungging dibibirnya tersimpan seribu duka, keceriaanya selama ini sabagai kabus menutup mata-mata insan yang dekat dengannya.
Mak Temah merenung Miasarah. Hatinya meruntun hiba mendengar rintihan Miasarah yang dikasihinya. Sungguh selama ini memang dia mengsihi Miasarah namun setelah dia berjumpa dan berkenan dengan penampilan Jannah dia berubah sikap. Dia mula melupakan Miasarah. Kebaikan Miasarah dipandang sepi. Dan dia pernah berburuk sangka dengan Miasarah diatas penolakan Razlan untuk bermenantukan Jannah.
“Maafkan mak Mia..maafkan mak..mak bersalah juga pada Mia.” Mereka saling berpelukan disaksikan Razlan dan Encik Bakar masing-masing menyapu airmata yang mulai gugur. Razlan berazam untuk membahagiakan Miasarah hingga ke akhir hayatnya. Tidak mahu lagi menambah kesedihan dihati Miasarah.

4 comments:

Unknown said...

best2,,,

Anonymous said...

klu dah tulis special n3 sure ni novel kn? tapi mana yg lainnye?

Anonymous said...

hehe..dah jumpa..punye le cr dr tahun sudah2..rupanya bln april

Diari Hati said...

special entry coz ada yg belum puas bc..insyaAllah belum terfikir utk novelkannya..tp xth lah ms akan dtg..

 
Copyright 2009 Diari Hati