Tuesday, May 17, 2011

Dia Yang Terpilih 11

Pagi yang suram bertukar menjadi indah apabila aku melangkah masuk ke pejabatku, diatas meja sejambak mawar merah menghiasi ruang bilikku. Terkejut, teruja bersatu dalam satu rasa gembira. Kiriman bunga itu pasti datangnya dari Kamil Hakim. Aku tersenyum puas. tidak sabar pula menatap jambangan bunga itu dari dekat.
“Wah!..pagi kau dapat bunga, senyum melerek pulak tu.” Naziah muncul tanpa sempat aku mencium kelopak bunga kiriman Kamil Hakim. Macam lalat la dia tu cepat aja dapat bau.
“Kau pun sama.. awal pagi dah bertenggek masuk bilik aku. Aku tak sempat duduk lagi tau.” Gumamku geram.
“Ala macam tak biasa pulak.” Jawab Naziah selamba.
“Yang dah biasa tu lah kena ubah, ini tidak, langsung takde perubahan. Tahun pun bertukar ganti tau…”

“Dah..dah aku bukan nak dengar ceramah kau pagi-pagi ni, bunga tu siapa yang bagi.” Naziah bertanya bagaikan dia sedang menyiasat kes jenayah. Dia menghampiriku. Bunga digengaman tanganku diciumnya. Aku melarikan sedikit kuntuman mawar itu dari terus menjadi gomolannya.
“Kalau dah kemaruk sangat nak cium bunga, suruh la Badrul tu belikan. Tak pun kau petik aja kat tepi jalan…”
“Amboi mulut tak sayang sungguh kau yea. Mentang-mentanglah cik abang kasi bunga action lebih na..” Aku ketawa kecil. Bunga kiriman Kamil Hakim itu aku letakkan di atas meja.

“Betul ke Kamil yang kasi pada kau, takde kad pun, entah-entah orang lain kasi tak..” Aku terdiam saat Naziah meluahkann rasa hatinya. Dia masih merenung mawar merah yang telah ku letakkan atas meja. cuak juga aku bila apa yang dikatakan Naziah itu macam betul. Kad nama tiada di situ malahan panggilan telefon dari Kamil Hakim juga tiada.
“Kau ni kuat betul jeles yea. Dah orang nak kasi, aku ambik aja lah.” Sengaja aku menyedapkan hati yang mula berfikir tentang kebenaran kata Naziah sebentar tadi. Dia kelihatan tersengih sambil geleng kecil.
“Aku nak sambung kerja ni, sekejap lagi ada meeting pulak dengan bos kesayangan kau tu..”
“Halau aku cara baik yea.takpe.takpe…halauan kau aku terima.” Usik Naziah mengundang tawa yang berpanjangan padaku.


Kerja semakin berlambak diatas meja, proposal untuk dihantar kepada wakil syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd perlu disiapkan sebelum hujang bulan ini yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi. Ternyata aku tidak menang tangan menyudahkannya. Kamil Hakim pula sering menelofonku waktu aku sedang sibuk dengan kerja-kerja pejabatku. Seringkali aku tidak sempat menyambut panggilanya. Waktu terluang digunakan sepenuhnya oleh kami. Hanya hujung minggu sahaja kami dapat bertemu. Naziah dapat menghidu bahawa aku dan Kamil Hakim memang mempunyai hubungan istimewa, seringkali juga dia bertanya tapi aku bijak mengelak, bukan apa aku malu untuk mengatakan kami bercinta sedangkan aku sendiri keliru dengan perasaan Kamil Hakim.

“Kau tak nak ngaku erk..takpe aku boleh tanya si Badrul.” Naziah tersengih apabila melihat tingkah ku serba tidak kena. Badrul. Ada baiknya juga jika dia menelefon Badrul, sekurang-kurangnnya boleh la aku tahu isi hati Kamil Hakim padaku.
“Yang kau gelabah sangat ni kenapa. Ala kalau betul pun bukannya aku nak telan atau rampas Kamil Hakim daripada kau.” Sanggah Naziah. Aku Cuma tersengih.
“Mana ada aku gelabah. Kalau kau nak tahu kau pergi tanya Kamil sendiri. Kau dengar dari mulut dia...” Aku sengaja mencabar teman akrabku sangkaku Naziah tidak akan melakukan hal itu ternyata aku silap, aku terlupa siapa Naziah.

Suaru hari aku terlupa tentang cabaranku itu. Kamil Hakim dating menjemput aku di rumah sewaan kami. Dia hanya menunggu di luar, memang paraturan kami tidak membenarkan lelaki masuk ke dalam rumah. Naziah yang tolong bukakan pintu sementara menantikan aku masih bersiap, sebaik sahaja aku berada dimuka pintu, Naziah terus dia menyoal Kamil Hakim.
“You all I tengok selalu keluar berdua, kalau masing-masing dah suka sama suka baik you masuk meminang Mairah ni Kamil, nanti melopong pulak awak tu.” merah muka ku tatkala Kamil Hakim memandang tepat ke wajahku. Aku sendiri tidak menyangka apa yang diperkatakan Naziah itu. Aku menundukkan wajah. Malu bertentang mata dengan Kamil Hakim. Mengapa celupar benar Naziah kali ni.

“Mairah suruh I tanya you, you all berdua ni bercinta ke…” Belum lagi padam rona merah diwajahku dengan soalan sebentar tadi, kini bukan sahaja merah wajahku malahan aku rasakan keseluruhan tubuhku turut bertukar warna. Satu soalan yang bagaikan mengehempup kepalaku. Aduh malunya. Mana nak letak muka aku kali ni. Yang si Naziah ni pun satu kalau nak soal pun tunggu lah time aku takde depan dia.
Kamil Hakim tegelak besar. Aku memandang wajahnya. Mengapa dia gelak, solan Zie itu terlalu lucu kah..atau muka aku yang kemerahan ini dirasakna lucu.
“I dengan dia kawan ajalah..ayat itu yang terpacul dari mulut Kamil Hakim. Aku memandang Naziah ternyata dia bagaikan tidak berpuas hati dengan jawapan Kamil Hakim.

“Kawan atau kekasih..” tekan Naziah.
“Kawan lah..belum kekasih lagi.” Jawapan Kamil Hakim mengelirukan aku. Kalau benar aku ini masih belum dianggap kekasih mengapa dia sering menelefon dan sanggup berabis duit bergayut dengaku selama ini. Hatiku bagaikan tersiat, bukan itu jawapan yang mahu kudengari dari mulutnya. Apa yang aku fikirkan tidak sama apa yang dia luahkan. Atau mungkin dia hanya sekadar menutupi mulut Naziah yang semakin galak bertanya.
“Kan aku dah cakap..aku dengan dia kawan, kau tak nak percaya.” Aku bersuara untuk mengelakkan Naziah dari terus bertanya Kamil Hakim dan jawapan yang ku terima lebih menyakitkan.
“Takde lah Maira, aku cuma nak pastikan aja, kalau kau bukan kekasih dia, bermakna lelaki lain mash lagi ada peluang la nak tackle kau.” Berubah wajah Kamil Hakim saat Naziah berkata begitu. Aku semakin keliru kalau benar kami kawan kenapa wajahnya berubah. Aku juga ingin kepastian kalau benar dia menyayangiku sebagai kekasih aku ingin segera menamatkan perhubungan ini ke jinjang pelamin, jika sebaliknya aku tidak mahu terus makan hati dan mengharapkan hubungan ini bernoktah hingga ke sebuah ikatan perkahwinan.

“Er..kami pergi dulu Zie, baik-baik duduk rumah kau tu aku ajak liat nak ikut..” Naziah cuma mengangguk, dapat kudengar dia melepaskan keluhan. Aku tahu dia juga kecaewa seperti kecewanya kau ketika mendengar jawapan Kamil Hakim.
Kamil Hakim meninggalkan aku sendirian setelah menerima panggilan telefon dari seseorang. Hatiku mula dilanda gundah. Siapa pemanggil itu sehinggakan dia tidak berani bercakap dihadapanku. Aku hanya membiarkan solan itu terus berlegar dikepala, malas untuk memikirkan jawapan yang sesekali tidak ku harapkan darinya. Aku tidak perlu mengetahui sejauh itu hak peribadinya kerana aku tahu siapa aku disisinya.

“Awak dah order…”sapa Kamil Hakim apabila dia sudah duduk bertentangan denganku. Aku cuma tersenyum kecil.
“Belum..”
“La kenapa tak order”
“Tak tahu nak order apa, lagipun saya tak pernah makan kat sini..”Aku memberi alasan.
“Tak pernah..dengan pakwe pun tak pernah.” Soalan menjerat nampaknya. Aku cuma geleng kepala.
“Kalau saya ada pakwe takdenya saya nak buang masa keluar dengan awak Kamil.” Tanpa sedar terkeluar kata itu Wajahnya sedikit berubah., memang aku akui aku rasa buang masa keluar dengannya jika hubungan kami ini masih dianggap sebagai kawan. Aku jadi malu pada Naziah, Badrul yang memang menjadi pakwenya Naziah itupun tidak sekerap itu mengajak Naziah keluar. Aku..Kamil Hakim menganggap aku sebagai teman tapi ke hulu ke hilir kami bersama. Aku tidak mahu terserempak dengan teman-teman sekerja dan menjadikan pertemuan kami nanti sebagai gosiap. Sungguh aku tidak suka dikhabarkan dengan berita-berita yang tidak benar, menjadi tumpuan hanya kerana kisah cinta. Apakah hubungan ini tidak akan ada noktahnya.

“Ooo..keluar dengan saya bung masa..maafkan saya Maira.” Wajahnya sedikit mendung, mungkin terkena atas batang hidungnya.
“Errr..saya gurau ajalah..” balasku serba salah, dia tersenyuj tawar.
Kamil Hakim melambai tangan pada pelayan wanita yang sedang berdiri disuatu sudut. Dengan segera pelayan itu menuju ke arahnya. Aku menyerahkan segalanya kepada Kamil Hakim. Apa yang dipesannya aku makan aja. Dari pesanan yang dimintanya aku rasakan bahawa dia memang sering ke sini. Pelayan perempuan tadi pun siap memanggilnya Encik Hakim. Agaknya berapa ramaikah perempuan yang diajaknya ke mari.

Dua puluh minit kemudian hidangan yang begitu lazat terbuntang didepan mata. Aku memandang wajah Kamil Hakim. Dia cuma tersenyum.
“Jangan risau hari ni saya belanja awak..”
“Banyaknya awak pesan, larat ke nak habiskan.” Aku memandang lauk pauk yang terhidang, kecur liurku tapi aku masih mampu control.
“Apa susah kita duduk la sini sampai kita habiskan makan..”Aku cuma ketawa mendengar usikannya.
“Kenapa awak order banyak sangat kan kita berdua aja.” Bantahku dengan pesanan yang begitu banyak diatas meja makan kami. Sebentar tadi aku Cuma dengar dia memasan macam biasa dan hanya telur bungkus, tapi yang sampainya luar biasa juga bagi aku.

“Tak banyak pun maira, cuma rojak buah, ikan bakar, nasi putih, kailan ikan masin, telur bungkus, tom yam, tauhu bakar..itu aja.” Katanya selamba.
“Itu aja awak kata tak banyak. Awak ni memang perut tong dram erk..” soalku tidak senang dengan ketamakannya. Walalupun aku akui aku semanangnya kebulur tapi tikdak la sampai macam ni punya banyak makananya. Kalau tak habis nanti bukan kah membazir sahaja. Makan kat sini bukan dapat free tapi berbayar.
“Hahahaha..” Ketawa Kamil Hakim mendengar sindiranku.
“Awak nak tahu kenapa saya order banyak sangat hari ni.” Ujarnya membuatkan aku semakin teruja untuk tahu. Dia mahu melamar aku kah. Tapi tak mungkin Kamil Hakim akan melakukan itu.
“Kalau saya tak nak tahu macam mana..”acahku sengaja. dia berkerut muka. Aku ketawa kecil.

“Saya tahu tentu hari ni hari istimewa awakkan..cakap lah..”
“Cuba teka…” katanya sambil melirik senyum padaku. Terpana juga dengan panahan matanya yang menusuk kalbuku. Astarafirullah aku beristifar mengingatkan diriku sendiri. Syaitan baru sahaja berjaya memanahku.
“Ermm…orang kalau naik gaji tentu makan besar..awak naik pangkat erk..”
“Hahahaha..jauh tersasar Maira..teka lagi.” Sanggahnya dengan riang. Aku terkelu. Tidak sangka dia jadi begitu apabila jawapanku tersasar.
“Ermm…awak saja nak belanja saya..”
“Dah nak betul tu tapi sikit lagi..”
“Cakap la, malas saya nak teka..”
“Hmm..awak ni cepat sangat putus asa Maira.” Katanya sambil tangannya lincah menceduk nasi ke pinggan ku. Aku cuma memerhati.

“Bukan saya putus asa, ni ha lauk pauk kat depan mata saya ni sedang mengoda saya awak tahu.” Aku memberi alasan tapi yang sebenarnya aku malas berteka teki. Sudah banyak dia bermain teka teki dengan ku. Ini lagi lah depan makanan pulak tu.
“Hahahaha..ada-ada ajalah awak ni.”
“Betul apa. Perut saya pun dah berbunyi ni..lagi nak teka ke.”
“Yea lah..yea lah..saya bagitahu awak sekarang juga. Hari ni hari lahir saya.”
“Oooo..aku menutup mulutku. Tak menyangka Kamil Hakim meraikan hari jadinya yang ke 27.
“Saya tak bawak hadiah..kenapa tak cakap.”
“Tak perlu hadiah Maira, awak ada temankan saya ni pun dah cukup, makin berseri majlis sambutan hari jadi saya.” Kata-kata Kamil Hakim mengundang satu rasa yang aneh. Penting sangatkah aku padanya. Bukankah kami hanya lah teman biasa, tiada hubungan istimewa seperti katanya sebelum ini.

“Sila la Maira tunggu apa lagi, nanti awak kata saya dera awak pulak tak kasi makan.” Seloroh Kamil Hakim. Aku hanya tersengih.

“Ok dah kenyang kan..jom saya hantarkan awak pulang, saya rasa awak dah tak larat nak jalan tu.” Ajak Kamil Hakim. Aku hanya menurut tapi sebelum itu aku segera melangkah ke kaunter bayaran. Sebagai menyambut hari lahirnya biarlah aku belanjanya kali ini.
“Eh nak ke mana tu Maira.” Soal Kamil Hakim tiba-tiba.
“Nak bayar lah..hari ni biar saya yang belanja awak lagipun hari ni kan hari lahir awak..” Kamil Hakim tersenyum aku pula yang terpinga-pinga.
“Tak payah susah susah Maira, lain kali aja awak belanja saya. Kalau awak nak belanja saya kat tempat lain. Takkan lah saya nak suruh awak belanja direstoran sendiri.
“Hah!..Ini kepunyaaan awak..”separuh terkejut aku bertanya.
Kamil Hakim cuma mengangguk sebagai mengiayakan jawapannya.
Patut la perempuan tadi kenal Kamil Hakim rupanya dia ni lah pemilik restoran tu.

2 comments:

MaY_LiN said...

o-o..penuh kejutan..
cecepatla confess

IVORYGINGER said...

misteri la si Kamil ni. Dia terikat ngan sapa2 ke??? Sbb tu xberani nk confess perasaan sebenar dia??? Mnyebabkan tertunggu2x apa maksud hubungan mereka yg ke hulu ke hilir berdua. Klu ada hati cakap la. jgn buat org tertunggu2x. Nnti org lain masuk line br kalang kelibut. haisy... geram la laki lembab camni. xkan lah xleh agak klu perempuan tu slalu ikut kuar ngan dia klu dah suka. klu ada pakwe xdenya dia nk ikut. huh...

 
Copyright 2009 Diari Hati