Sunday, May 22, 2011

Dia Yang Terpilih 12

Hari hari seterusnya aku lalui seperti biasa. Hubunganku dengan Kamil Hakim masih berjalan seperti biasa, dia sering menelefonku sebagaimana dahulu. Malah aku rasakan semakin akrab. Pucuk-pucuk cinta dan sayang yang ada didadaku kini mulai tumbuh pun begitu aku harus berhati-hati membajainya, bimbang apa yang aku rasakan ini akan menjadi racun dalam hidupku suatu ketika nanti. Aku masih keliru dengan perasaan Kamil Hakim padaku mengapa sukar untuk dia meluahkan cintanya padaku atau mungkin ada penghalang untuk dia meluahkan rasa cintanya. Berserabut pula otak yang segar tadi memikirkan hal Kamil Hakim dan aku.
Aku tersentak tatkala telefon dimejaku berdering. Lamunan tentang Kamil Hakim menghilang pergi.
“Maira, masuk ke bilik saya sekejap.”suara Encik Syukor bosku kedengaran jelas dicuping telinga. Aku dapat mengagak tentu ada perkara penting yang ingin disampaikan padaku, jarang sekali aku dipanggil ke biliknya melainkan jika ada urusan penting.
“Baik bos…”balasku. Aku segera bangkit lalu ke biliknya yang tidak jauh dari bilikku.
Pintu biliknya ku ketuk perlahan. Encik Syukor tersenyum menyambut kedatanganku, dia rupanya sudah menanti bersama seorang tetamu. Aku sekadar menunduk sebagai tanda hormat dan membalas senyuman mereka.

“Sidiq kenalkan ini Maira, orang yang diberi tangungjawab untuk kendalikan projek kita tu.” Encik Syukor perkenalkan aku pada Encik Sidiq hanya dengan panggilan Maira, alahai tidakkan ianya nampak mesra sangat. Setahuku Encik Syukor akan perkenalkan aku dengan nama panjangku yang sukar untuk orang mengingat atau mungkin Encik Syukor sendiri lupa akan namaku yang berjela-jela. Dan untuk menyenangkannya dia hanya menyebut nama timanganku Maira.
“Muda lagi, tak sangka kau punya perkerja berkebolehan, perempuan pulak tu. cantik manis..”Pujian atau ayat mengoda dari lelaki yang dipanggil Sidiq lalu pandangannya menikam ke dalam anak mataku. Aku malarikan pandangan. Nampak semacam aja dia ni. Takkan lah dia ini yang akan bersama-sama aku sepanjang masa aku mengendalikan projeknya nanti.
“Kau jangan pandang rendah pada kaum hawa ni Sidiq, jangan disangka tangan yang menghayun buaian tak boleh gegar dunia, sentuhan diaorang lagi hebat daripada lelaki-lelaki macam kita ni.” Ucap Encik Syukor disambut ketawa besar oleh Encik Sidiq, ketawa yang entah apa maksudnya menyindir atau ketawa pada diri sendiri.
“Saya masih perlu banyak lagi belajar Encik Sidiq, belum sepenuhnya saya mencedok ilmu dari Encik Syukor kita ni. Encik Syukor ni terlalu memunji saya.” Encik Syukor dan Encik Sidiq ketawa kecil sambil teranguk-angguk Aku terasa segan apabila Encik Sidiq terus terusan memandangku. Naik seram juga. Lirikan matanya bagaikan mengundang sesuatu. Astarafiruallahhalazim aku telah menyangka yang buruk padanya.
“Selamat berkerjasama miss or mrs…” Soalan perangkap nampaknya.
“Miss….” Lambatku membalas. Encik Syukor tersenyum tawar, mungkin dia juaga rasa apa yang aku rasakan sekarang ini. Tidak senang barangkali dengan gerakan dan lirikan mata temannya itu. Encik Sidiq nampak sebaya dengan Encik Syukor, tapi kalau tengok dari segi pakaiannya aku rasa Encik Sidiq berjiwa muda, tengok sahajalah dari segi percakapannya, jelingannya buat aku semakin sesak nafas, jika hari-hari lah aku kena menghadapa Encik Sidiq, rasanya selepas projek kami selesai aku akan mendapat penyakit semput.

“Oooo….I see.” Ucapnya perlahan bersama lirikan yang tidak dapat aku tafsirkan.
Mereka berdua berbincang soal projek yang akan dikendalikan tapi yang peliknya mereka lebih banyak bersembang tentang kisah silam mereka., aku serba salah hendak menyampuk dari mana. Aku manalah tahu zaman budak-budak mereka. Apa yang dibincangkan mereka langsung aku tidak tahu hujung pangkalnya. Kalau hendak bersembang pasal masa lampau mereka aku rasa lebih baik mereka lepak diwarung-warung ini tidak dipanggil aku turut serta tapi akhirnya mata aku yang terkebil-kebil.
Aku mendengar Encik Syukor dan Encik Sidiq kembali ketawa. Aku terasa rimas apabila Encik Sidiq memandangku semacam.
“Ya Allah, selamatkanlah aku dari pada fitnah mata.” Aku berdoa dalam hati, tidak mahu renungan mata Encik Siddiq menjadi panahan dosa keringku.
Aku masih tercari-cari apa relevantnya aku duduk disitu sedangkan yang banyak bercakap Encik Syukor dan Encik Siddiq aku disitu hanya tumpang ketawa tapi apa yang aku katawakan aku sendiri tidak mengerti. Kalau macam nilah berada dibilik bos lebih baik aku siapkan kerja yang semakin menimbun menunggu sentuhanku.

Aku memaniskan muka sesaat dua apabila Encik Syukor memandangku. Entah apa yang dimaksudkan dengan renungan bosku itu. Aku semakin rimas. Rimas sangat-sangat. Encik Sidiq dan Encik Syukor berdiri. Aku rasa perbincangan mereka semakin ke akhir garisan penamat. Lega rasanya jika betul apa yang aku teka.
“So cik Anis Humairah Najla..nice to meet you. Saya harap kita dapat berkerjasama dengan baik nanti. Saya kagum dengan bakat awak, muda-muda lagi dah handle projek besar.” Tidak menyangka Encik Sidiq telah mengetahui nama panjangku. Pujian ikhlas atau pujian ada maksud aku tidak dapat menekanya kali ini.
“Terima kasih Encik Sidiq.” Aku sekadar mengangguk kecil tatkala tangannya dihulurkan. Dia menarik tangannya setelah memahami aku tidak menghalalkan tanganku disentuh oleh lelaki bukan muhrim. BiarlahEncik Syukor dan Encik Sidiq menganggap aku apapun yang penting aku tidak mengadaikan hukum agama semata-mata untuk menghalalkan yang sudah ternyata hukumnya haram. Encik Sidiq tersenyum tawar mungkin mengakui kesilapannya. Dia turut mengangguk kecil walaupun tidak berapa kelihatan anggukannya itu. Aku tersenyum dalam hati.

Encik Shukor dan aku menghantar Encik Siddiq sehingga ke muka pintu. Apa yang istimewa sangat dengan Encik Sidiq ini entah la, aku tak tahu apa hubungan istimewa mereka berdua. Selama aku bekerja dengan Encik Syukor jarang sekali dia menemukanku dengan rakan niaga yang lain kecuali dia rasakan istimewa. Biarlah. Sekarang aku sudah mengenali dengan siapa akau akan berkerjasama nanti.
“Saya minta diri dulu Encik Syukor..”pintaku setelah merasakan anatara aku dan Encik Syukor tidak ada apa pa lagi yang ingin dibincangkan.
“Err nanti dulu Maira..saya ada nak bincang dengan awak sedikit. Duduk..”pintanya. aku hanya menurut.

“Macam ni Maira, Encik Sidiq tu kenalan saya. Dah lama kami kenal sejak kecil lagi, dia tu duda, 3 orang anak tapi itu lah seperti yang awak nampak, perangai dia memang macam tu, saya tak nak awak rasa tak selesa bila bekerjasama dengan dia nanti. Jadi rasanya saya perlulah beritahu awak serba sedikit tentang dia. Saya tak nak burukkan dia dan saya juga tak nak awak pandang buruk pada dia. Tapi kalau awak rasa tak selesa bekerjasama dengan dia nanti saya tukarkan awak dengan orang lain.” Wah begitu baik hati nampaknya Encik Syukor sanggup tukarkan aku dengan orang lain semata-mata tidak mahu aku diganggu dengan Encik Sidiq. Kalaulah projek ini bukan projek aku sudah lama aku suruh orang lain gantikan tapi projek ini aku yang mula dari awal takkan lah aku mahu mengalah sebelum berjuang habis habisan, lagipun aku bukan selalu jumpa dengan Encik Sidiq nanti, kalau jumpa pun sudah tentu dimeja meeting.

“Err…Saya boleh handle projek tu Encik Syukor, lagipun saya tak suka hal peribadi dicampur adukkan dengan hal kerja, kalau apa yang saya fikirkan tentang dia tu memang benar saya rasa saya kena lebih berhati-hati, lagipun Encik Syukor saya rasa tak selalu saya akan jumpa dia dan saya rasa tak mungkin Encik Sidiq akan selalu ada ditapak projek kita.” Kataku penuh yakin. Encik Syukor hanya tersenyum.
“Baguslah macam tu Maira, saya senang hati dengar dari mulut awak, cuma saya nak ingatkan awak kalau ada apa-apa yang mengganggu disepanjang kerjasama kita dan Encik Sidiq awak jangan segan-segan bagitahu saya, selain dari jaga periuk nasi kita saya juga bertanggungjawab menjaga keselamatan perkerja dibawah saya.” Jelas Encik Syukor panjang lebar. Aku hanya mengangguk mengiakan. Rasa lega hatiku mendengar kata-kata Encik Syukor, sekurang-kurangnya dia telah memperingati aku tentang Encik Sidiq. Aku beruntung kerana mendapat majikan yang begitu mengambil berat akan anak buahnya patutlah rezeki mencurah-curah belum habis lagi projek disana, disini sudah menunggu.
“Terima kasih Encik Syukor, ermm kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu..”
“Baiklah..” Balas Encik Syukor lalu tesenyum.


Aku mula menyemak fail-fail yang tak sempat disemak sebelum aku dipanggil ke bilik Encik Syukor. Pening kepala melihat begitu banyak fail yang perlu aku semak, dah naik semak pulak kepala aku ni. Pintu bilik diketuk perlahan belum pun sempat aku menyuruh si pengetuk pintu itu masuk Naziah sudah tersengih-sengih melangkah. Aku menarik nafas panjang. Time-time macam nilah dia nak singgah, kalau aku halau nantikan dia cakap aku halau dia, tapi tengok lah tak kira masa dia muncul depan aku. Betul-betul macam belangkas la, kata Kak Muna setiap kali terserempak aku dan Naziah ni.
“Kau buat apa dalam bilik aku ni, takde kerja erk.” Jelas nada suaraku menahan geram.
“Ada kerjalah ni aku singgah masuk ke bilik kau sekejap.” Naziah masih menayangkan wajah selambanya.

“Apa hal..Badrul tinggalkan kau ke..” Tidak tahu apa tujuannya ke mari aku main serkap jarang aja meneka.
“Ke situ pulak kau pagi-pagi dah merepek macam tu. apa kau ingat Badrul tu tak setia ke..aku ni kekasih awal dan akhir dia tau..” Balas Naziah bangga. Aku cuma geleng kepala. yakin benar temanku itu.
“Dah..dah..apakah gerangan hajat tuan hamba dating ke mari..” soalku malas berbasa basi lagi.
“Aku nak minta pendapat kau ni tentang annual diner syarikat kita.” Aduhai Naziah, kerja ringan begiutu pun nak kena tanya aku. Apa sebelum ni, kalau tak tanya aku bos tak proceed ke. Soalan itu hanya bermukim dihati. Kalau diluahkan nanti bimbang terasa pulak hatinya.

“Pendapat aku. Hai..selama ni kau buat kerja takde la pulak minta pendapat aku. Apa penting sangat pendapat aku untuk annual dinner kau tu.”
“Sebelum ni bukan aku yang buat, itu kerja kak Zah, tapi dia kan dah berhenti, jadi bos suruh aku handle. Aku manalah tahu benda-benda macam ni. Leceh la macam ni.” Keluh Naziah. Aku geleng kepala. Tak tahu lah Naziah ni, apa yang leceh sangat pada dia tu.
“Kalau macam tu, kau handle la, apa nak tanya pendapat aku pulak. Aku setuju aja apa yang kau buat nanti, yang penting berjalan dengan lancar, kau ambik aja AJK majlis yang sama tahun lepas, habis cerita.”
“Kau bagi aku list orang-orang penting yang nak kena aku ajak. Aku dah godek dalam computer kak Zah, tapi takde.” Zie..Zie yang itu pun kau nak tanya aku jugak ke. Bisik hatiku. Itulah teman baikku yang sorang ni. Bila mahu berdikari entah.
“Kalau kau nak list tu, kau kena minta dengan Faizal, dia ada.”
“Ok thanks..” Balasnya bersama sengihan.

“Welcome, nanti kalau tak tahu apa-apa lagi kau datang tanya aku yea, aku ni semua benda aku tahu, bilik aku ni bilik serba guna kaunseling boleh, pertanyaan boleh, temuramah pun boleh, perkhidmatannya 24 jam sehari semalam.. kalau tak segan-segan datang lah lagi.” Ucapku selamba. Naziah cuma mencebik. Langsung tak makan saman dengan sindiranku.
“Maira…” Naziah berpaling dan terhenti melangkah. Aku dongkakkan kepala memandang wajahnya.
“Kamil kirim salam. “ Ujarnya lalu berlalu pergi sebelum sempat aku bertanya lebih lanjut. Dia tinggalkan aku dengan satu soalan. Kenapa salam itu disampaikan oleh Naziah. Kamil Hakim datang ke mari??? Menyesal pula aku tak melayan Naziah dengan baik tadi. Zie..Zie, selalu tinggalkan aku dengan persoalan dan membuatkan fikiran aku semakin memberat.

1 comments:

MaY_LiN said...

hope kamil sentiasa ada bile maira ade masalah

 
Copyright 2009 Diari Hati