Thursday, May 26, 2011

Dia Yang Terpilih 13

“Kamil, turun makan Mil, ayah dah tunggu tu.” Suara Hajah Rohana memecah kesunyiannya. Kamil Hakim menoleh, wajah emaknya tersenyum menyapa.
“Apa anak bujang mak ni termenung aja kerjanya sejak balik dari oversea dah lekat tabiat yea. Teringatkan matair kat sana ke…” Usik Hajah Rohana pada anak bujangnya. Kamil Hakim seorang anak yang disenangi, anak yang patuh menurut perintah sejuk perutnya mengandungkan Kamil Hakim. Dialah satu-satu zuriat yang dia ada setelah dua orang anaknya menyahut seruan Ilahi pada usia terlalu muda. Anak pertama dan keduanya mati lemas semasa mereka berkelah di pulau pangkor. Usia Kamil Hakim waktu itu baru pandai bertatih, belum pandai menyebut nama abang dan kakaknya. Allah gantikan Kamil Hakim anak yang tidak banyak kerenah. Sentiasa menyejukkan hatinya. Cuma kadangkala nakalnya terlebih pada kawan-kawannya.
“Banyak sangat masa lapang Mil mak, itulah layan menung sekejap.” Balas Kamil Hakim sekadar mengusik emaknya.
“Banyak lah awak punya masa lapang, kalau punya masa lapang kenapa selalu tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah, keluar rumah awal pagi rumput ditanah belum nampak lagi Mil dah pergi kerja, Mil balik rumah pun bila bulan timbul, agak-aganya lah kalau rumah kita ni tumbuh lalang pun Mil tak sedar yea..” Kamil Hakim menghampiri ibu kesayangannya. Dia ketawa kecil, apa yang diperkatakan oleh ibunya memang benar, pergi kerja hari masih gelap balik kerja pula hari pun sudah gelap.
“Hari minggu kan Mil selalu temankan Mak..” Hajah Rohana mencebik.
“Kalau setakat temankan mak makan nasi lemak sebungkus itu dinamakan masa lapang tak tahulah mak kalau Mil berbini nanti, makan hati berulam jantunglah orang rumah Mil..” Kata-kata Hajah Rohana mematikan senyuman Kamil Hakim.
Orang rumah!..terasa gerun pula apabila memikirkan soal nikah kahwin. Dia memandang wajah emaknya yang masih bersisa ketawa, sanggupkah dia mengecewakan hati emaknya demi memenuhi hatinya yang satu. Kamil Hakim jadi keliru dengan perasaannya. Di sana menanti di sini menunggu. Apa harus dia lakukan. Menerima kedua-duanya atau tinggalkan kedua-duanya dia yakin tak kan mungkin terjadi untuk dia miliki kesemuanya.
“Kamil…” panggil Hajah Rohana. Fikirannya melayang. Renungan mata emkanya dibalas dengan senyuman.
“Yea mak..”
“Bila Mil nak tamatkan penantian mak…” berdegup jantung Kamil Hakim tatkala pertanyaan itu menyentak akal fikiran. Tidak terduga emaknya akan bertanya soal itu disaat ini. Kamil Hakim memandang wajah tulus ibunya. Kasih sayang seorang emak tidak dapat dijual beli. Syurganya ditelapak kaki ibu, tegarkah dia untuk melihat kesedihan tercoret diwajah insan yang dikasihi dengan kelukaan yang tidak terperi itu. Apakah nanti dia akan digelar anak derhaka.

“Mak Mil rasa ayah dah tunggu kita lama mak..jom perut Mil ni pun dah lapar.” Hajah Rohana menggeleng kecil. Ada sahaja alasan yang diberika setiap kali dia bertanya soal kahwin. Padai betul anaknya mengelak. Dia tidak memaksa dan tidak mahu memaksa, biarlah kata putus itu dilakukan dengan setulus hati anaknya.
“Hmm..yea lah pandai lah kamu tu.” Kamil dan Hajah Rohana beriringan menuju ke dapur. Haji Khalid sudah lama menanti.
“Ada pun kamu… ayah ingatkan kamu anak beranak tidur kat atas tu, lama sangat menunggu perut ni pun dah sebu.” Sindir Haji Khalid, Kamil Hakim hanya tersengih lalu berlabuh disebelah ayahnya. Hajah Rohana mula menceduk nasi ke dalam pingan suaminya. Tiga beranak itu makan dengan berselera sekali.

“Macam mana dengan bisnes kamu tu Mil, ada masalah tak..” Haji Khalid memulakan bicara, bukan dia tidak tahu adab makan, tidak elok bercakap ketika makan tapi itulah masa yang ada. Ini pun nasib baik dia balik dari surau Kamil Hakim ada lagi, jika tidak makan berdua lagi lah mereka malam ni.
“Alahamdulillah ayah, buat masa sekarang ni baik-baik aja.”
“Hmm..baguslah macam tu. ayah bukan apa takut kau tak terkejar aja, sana nak jaga sini nak kena tengok..nanti kerja ke mana bisness ke mana..”
“Restoran tu Mil dah suruh rakan kongsi Mil yang jaga ayah, Malam baru Mil ke sana”
“Bagus lah macam tu, tapi pada ayah, kalau kau rasa tak boleh nak handle baik kau pilih salah satu Mil…jangan duk kejar duit aja, sampai akhirat pun kau lupa. Duit bukan boleh dibawa mati.” Tajam kata Hj Khalid bagaikan dapat membaca apa yang ada dihatinya ketika ini.
Kamil kurang senang dengan pendapat ayahnya. Memang betul duit tidak boleh dibawa ke mati, tapi dengn duit kita boleh buat apa sahaja, bukankah Rasulullah juga suka ummatnya kaya, dengan banyakkan harta kita boleh bantu orang-orang yang susah, boleh keluarkan zakat, duit jika dikendalikan dengan betul insyaAllah membawa berkat. Harta yang digunakan ke jalan Allah bukankah itu yang dituntut. Dia tidak mahu menjadi sperti sesetengah orang yang berharta, duit yang digunakan dilaburkan ke lubang-lubang maksiat, dia ada misi dan visi dengan wang yang diperolehinya itu.

“Ayah rasa Mil dah stabil dari segi keewangan, umur pun dari sehari ke sehari semakin meningkat, bila lagi Mil nak tamatkan zaman bujang. Kerja tu kerja juga sesekali kena fikirkan juga diri sendiri, ayah rasa dah waktunya kami nikahkan kamu. Dia pun ayah tengok apa kurangnya. Pandai ambil hati, sesuai benar lah kalau nak jadikan isteri apa lagi menantu. Dah lama dia tunggu kamu. Tak baik Mil buat orang tertunggu-tunggu karang melepas gigit jari pula.” Hj Khalid mengingatkan Kamil Hakim tentang itu, hal yang sering dia dia elakkan untuk dibincangkan. Hatinya berbelah bahagi, menurut kata orang tuanya atau menurut kata hati.

“Mil baru nak kenal hati budinya ayah. Alasan itu diberikan kepada ayahnya yang sedang menantikan jawapan positif darinya. Hajah Rohana merenung anaknya lalu mengerling pada suaminya yang masih memandang Kamil Hakim. Nasi yang berbaki sudah dihabiskan.
“Mil, tak cukup ke tempoh 3 tahun tu. Tak kan lah kamu tak cukup kenal lagi budi pekerti dia. Apa yang payah sangat kamu ni Mil. Kamu dah ada orang lain.” Soal Haji Khalid meneka. Kamil Hakim tersedak. Tidak menyangka ayahnya akan berkata begitu.Hajah Rohana memandang pada Haji Khalid dari riak riak yang terpamer diwajah anaknya dia yakin Kamil Hakim ada menyimpan sesuatu dari pengetahuannya.
“Takde la ayah, Mil bukan ada sesiapa pun cuma Mil nak sedikit masa lagi ayah. Ucapnya lancar. Tak sanggup untuk dia berterus terang dengan orang tuanya saat ini sedangkan hatinya masih berbolak balik.
Hj Khalid merenung tepat anak matanya. Kamil Hakim diserbu rasa segan. Dia menunduk. Tahu akan tahap kesabaran ayahnya itu. Haji Khalid bangun setelah membasuh tangannya.
“Ayah harap Mil tak kecewakan ayah.” Tegas sahaja nada suara ayahnya, berharap anak ini tidak akan mengecewakannya. Suapan ke mulutnya menjadi perlahan. Hilang selera makannya walaupun yang terhidang didepan mata adalah lauk kegemarannya.
“Takpelah Mil, kalau Mil tak bersedia lagi…” hanya emaknya sahaja yang mengerti memberi sedikit ruang untuk dia menentukan jodohnya.

“Assalamualaikum....” Salamnya disambut mesra. Suara yang jarang didengarinya bagaikan janggal menusup ke telinga pun begitu ada damai disitu. Kelembutan seorang wanita yang boleh dikatakan idaman lelaki tapi mengapa hatinya tidak begitu. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk membuat pilihan.
“Awak apakhabar.”Soal Kamil Hakim, lidahnya kelu untuk meneruskan kata. Entah mengapa dia teringatkan di sidia ketika ini. Mungkin rasa bersalah yang bersaang dihati.
“Alhamdulillah saya sihat..Awak..” soalnya lembut. Kamil Hakim menarik nafas panjang. Apa yang ingin dikatakan padanya sedangkan hatinya kini bagaikan membeku.
“Saya pun sihat…” jawabnya. Seketika talian menjadi sepi.
“Hmmm..awak masih ada disana..”
“Yea…awak ada nak cakapkan sesuatu..” Kamil Hamkim meraup wajahnya. Peluh dingin mulai merenek kecil. Angin malam yang berhembus langsung tidak mendinginkan tubuhnya. Tergiang-giang amaran ayahnya seketika tadi. Oh angin bawalah resah ku ini menjauh pergi.
“Saya minta maaf..” Sebaris ayat itu terlucut dari mulutnya. Gugup. Dia menelan liur membasahkan tekak yang terasa kering.
“Kenapa..awak takde buat salah apa pun pada saya..” tulusnya hati wanitanya. Tidak menyalahkannya walaupun dia bersikap membeku.
“Saya dah banyak menyusahkan awak..”
“Kenapa ni..awak ada maslah yea. Awak nak saya jadi pendengar, insyaAllah saya bersedia. “Tulus ucapan itu bagaikan menyiat jantungku. Sanggupkah aku mengecewakannya. Mematikan cinta yang telah lama berputik diihatinya untuk aku bina bahagia. Terasa sesak nafasnya ketika ini.
“Takde apa lah. Saja saya hubungi awak…” Tiada suara dihujung talian. Mungkin kata-katanya menguris hati dipihak sana.
“Mak dah panggil tu nanti saya free saya call awak yea.” Kamil Hakim terpaksa berbohong, bagaikan mati ideanya untuk berbicara. Suara mengharap itu bagaikan sukar untuk dilukai. Terasa berdosa tapi hatinya, bagaimana dengan hatinya kini.
“Baiklah.. assalamualaikum.” Talian diputuskan. Seketika dia termenung. Tidak sangka dia mampu berbohong walaupun itu yang sering dielakkan dalam perhubungan. Dia tidak mahu mengajar dirinya berbohong pada sekeping hati yang perlu dijaganya.


“Tahniah Maira akhirnya kau dilamar juga..” Naziah terlompat-lompat kegembiraan. Aku tersenyum lebar kulit wajahku merona merah. Malu tapi gembira itulah yang aku rasainya disaat ini. Bunga-bunga cinta mulai menari-nari didepan mata. Tiada kata mampu kuucapkan melainkan memanjat syukur pada Yang Esa.
“Zie..aku masih tak percaya dia luahkan perasaanya pada aku Zie, aku benar-benar tak sangka, rasa seperti mimpi aja. Betul ke ni zie. “Hampir menangis tatkala aku meluahkan rasa gembiraku pada Naziah, dan ternyata Naziah dua kali ganda lebih genbira dari aku.
“Eh apa pulak tak betulnya Maira kau nak aku tampar muka kau ke baru kau nak kata itu bukan khayalan.”
“Aik..nak ambik kesempatan nampak…Aku melarikan wajahku. Naziah ketawa besar. Aku turut sama-sama ketawa sambil dia memelukku erat. Pelukan gembira barangkali.
“Kau tu yang tak percaya sangat. Aku dulu masa dilamar dengan Badrul pun takdelah macam kau ni. Biasa aja.”
“Itu lah kau.. kau bercinta tak thrill langsung. Jumpa aja terus cakap jatuh cinta. Kalau aku ni lain lah. Thrill jerk memanjang.”
“Hmm..itu nasib baik dia luah pada kau, kalau dia tak luah macam mana. Bertambah thrill lagi kan kisah cinta kau tu..” Naziah mencebik.
“Hahahaha..kau ni ada-ada aja lah Zie.”
“So sekarang impian kau dah tercapai lah ni.”
“Hmm…no..no..belum lagi..ini baru hampr-hampir Zie. Selagi aku belum sah jadi hak dia..selagi itulah kebarangkalian untuk membina impian aku itu tak tercapai tetap ada.”
“Cewahh..main kebarangkalian bagai. Kalau dah suka sama suka tu, dah cintan cintun tu takkan tak tercapai lagi. Kau tak suruh dia masuk meminang ke..” Aku menghirup kopi panas yang dihidangkan Naziah. Perlahan-lahan sambil memikirkan apa yang jawapan untuk soalan Naziah.
“Hmm..takkan aku nak suruh tapi aku ada perli dia, kalau dia betul-betul nakkan aku dia kena jumpa opah dan mak aku dulu.”
“Ada pulak macam tu, kau ni serius ke tak dengan Kamil. Habis tu dia cakap apa..” Naziah mengerutkan keningnya. Masih keliru agaknya.
“Dia kata insyaAllah..dalam sebulan dua ni.”
“Mak aii lamanya kenapa sebulan dua..kenapa tak suruh aja minggu depan.”
“Eh! Kau ke aku yang dilamar ni, biarlah takkan aku nak gesa dia pulak. dah dia cakap macam tu pun aku dah rasa lega sangat, gembira sangat.sangat.” Ucapnya bersama senyuman panjang.
“Lepas ni Imah dapat la bersanding atas pelamin dengan tunangannya tu. Dua kali lah aku dapat makan nasi minyak free. Untungnya. Bila pulak turn aku yerk.” Naziah memeluk bantal dah mula berangan la tu. aku bangun ingin beredar menuju ke kamar bujangku. Naziah terkebil-kebil.
“Kau tu jual mahal sangat kan Bad dah lamar kau..tunggu apa lagi. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang Zie..” aku Cuma mengingatkan dirinya yang sering mengambil mudah akan hal itu. Bimbang pula dia merana nanti.
“Banyak lah kau punya kebas, Badrul tu aku sorang aja yang boleh tahan dengan perangai dia. Dah la wei senyum tu..jeles pulak aku tengok.” Marah Zie apabila senyumanku belum pudar.
“Hahahahah..padan muka kau.”

Aku mula membina angan-angan bagaimana nanti aku akan membuka mulut didepan Opah dan emak. Aduhhhss!..malunya nanti. Apa ayat yang sesuai untuk aku khabarkan pada emak dan Opah yerk..takkan lah aku nak cakap macam ni.
“Mak ada orang nak sunting Maira..ish..tak sesuai la.”
“Opah..tak lama lagi Opah dapat dua memantu serentak..” Lagi la tak sesuai. Aduhai macam mana ni nak cakap. Segannya aku. Sebelum ni aku tak pernah ceritakan pada emak aku berkawan dengan siapa-siapa alih-alih aku akanbagitahu mak ada orang nak masuk meminang tentu terkejut sakan emak dan Opah tapi aku pasti Opah antara orang yang paling gembira mendengar khabar ini nanti.
Aku berkalih ke lambung kanan sementara kepala masih ligat memerah idea. Sungguh, siang tadi begitu bermakna dalam hidupku langsung tidak menyangka Kamil Hakim akhirnya meluahkan juga rasa hatinya padaku. Aku ingatkan tadi aku sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup bersama dengannya, maklumlah dia masih belum bersedia menyatakan isi hatinya sedangkan hatiku telah lama menunggu khalimah itu.

“Maira..” Aku mengangkat wajah memandang seketika Kamil Hakim yang bagaikan ingin berkata sesuatu. Sesaat pandangn kami bertemu dan dia hanya tersenyum tapi senyumannya nampak sukar. Aku mengerutkan kening.
“Maira..ada sesuatu Mil nak cakapkan pada Maira.” Tuturnya tenang, aku pula yang kalut semacam. Jantungku bagaikan kena palu. Bergetar hebat. Tanganku mula terasa sejuk.
“Hmm..” bagaikan payah untuk diluahkan. Cakaplah Kamil aku sudah terlalu lama menunggu. Kata itu hanya bermukim dihati.
Dia tersenyum..”Mil nak lamar Maira jadi isteri Mil..” lancar sebaris ayat itu terpacul dari ulas bibirnya. Aku menunduk malu. Merona merah wajahku ketika itu. Ayat keramat yang telah lama aku tunggu akhirnya terluah juga. Apakah Kamil Hakim mahu menunaikan janjinya. Iya..aku teringatkan surat yang pernah sampai ke tanganku melaluinya. Tulisan tangan yang cukup indah ku kira dari seorang lelaki sepertinya.

“Jumpa saya dipondok telefon petang nanti.”

Ringkas sahaja ayatnya tapi mengundang debar dan pertanyaan silih berganti. Aku terkaku betulkah apa yang diberikan itu kepadaku. Aku langsung tidak mnyangka Kamil Hakim menyampaikan sendiri kertas itu kepadaku. Mengapa tidak mulutnya sendiri mengatakan ingin berjumpa denganku bukanhkah itu lebih senang. Aku jadi hairan setelah dia berlalu. Aku sangkakan surat cinta rupanya surat pertemuan. Surat itu masih tersimpan kukuh didalam diari hatiku. Pun begitu masih ada persoalan yang belum terjawab. Dimana dia ketika aku berdiri tercegat menantikan dia ditempat yang dijanjikan itu. Sesusuk tubuh itu tidak juga kunjung tiba. Akhirnya penantianku sia-sia. Aku berlalu pergi setelah tiga jam menunggu. Hampa itulah rasa yang melekat terus dijiwaku sehingga kelmarin setelah dia meluahkan segala-galanya padaku.

3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
makin debar lak..

Che Sue said...

alahai... kamil tunang adik maira kot! saspen jerk neh! huhuhu nk tahu sesgt.. :)

Anonymous said...

alaaa.. xder sambungan ker???

 
Copyright 2009 Diari Hati