Thursday, October 22, 2009

Pion oh Pion 3

************************************************************************
”Hoi kau tak kerja ke hari ni. dah pukul berapa tak bangun - bangun lagi. Subuh gajah ke kau pagi tadi.” suara kak Ayu memecah kesuyian pagi yang tadinya damai bertukar menjadi sedikit bingit. Macam mana dia dapat masuk bilik aku yang selalu berkunci ni. Aku masih lagi berkeadaan mamai. Aku hanya membuka kecil kelopak mata yang semamangnya mengantuk sakan. Bayang-bayang kak Ayu yang tadinya besar kini semakin kecil dan terus hilang dipandangan. Sah aku teridur walaupun dalam keadaan gempa sebentar tadi.
”Hoi bangunlah. Kau dah diberhentikan kerja ke?” kak Ayu menarik selimut yang membaluti seluruh tubuhku. Dia belum berpuas hati selagi belum mendapatkan jawapan yang pasti keluar dari mulut comel ku.

”Apa ni kak aku ngantuk lah. Kalau kau nak pergi kerja pergi ajalah, takkan kau nak suruh aku hantar pulak.” bantahku geram dengan tindakan kak Ayu sebentar tadi. Selimut yang berada ditangannya aku tarik dengan pantas. Malas aku mahu melayan kehendak kak Ayu yang suka menganggu ketenteramanku.
”Oii..bangun..bangun..bangun lah kan mak dah pesan jangan suka bangun lambat nanti rezeki lari. Bangun lah oii..” ini yang aku malas dengan kak Ayu, kalau nak kejutkan aku pasti dia akan sertakan sekali pesanan mak. Dah berapa kali dia ulang perkataan bangun tapi aku tak juga bangun. Suasana kembali senyap..dalam mamai aku sempat lagi berfikir pasti ada perkara yang akan kak Ayu lakukan pada aku. Dengan cepat aku membesarkan mataku. Aku lihat kak Ayu tersengih memandangku yang berada dihujung katil, ditanganya tergengam semangkuk air yang pastinya dia akan jadikan peluru tabur dan rasanya bersiramlah aku dia atas tahta yang empuk ni. Aku bingkas bangun sambil tersengih-sengih. Melipat selimut yang berterabur dek kerana cepatnya tindakan yang aku lakukan apabila ternampak air ditangan kak Ayu.
”Hoit.nanti..nanti...aku bangulah ni kak. Kau ni pun satulah pantang tengok aku cuti sikit dengki lah tu. Aku malas pergi kerja hari ini. Lagipun aku dah sms kak Munah suruh dia isikan form cuti.” ”form cuti?” masih adakah lagi cuti aku untuk tahun ni, dah berapa banyak aku ambil cuti aku sendiri pun tak pernah kira.
”Kenapa pulak kau cuti? Kau nak ke mana? Masih dengan aktiviti tak berfaedah kawan-kawan kau tu ke?” dah..pulak kak Ayu mula dah cari point untuk mengorek aktiviti kumpulan aku pada kali ini.
”Mana ada lah. Aku cuti nak pergi ambil motor yang tersadai entah berapa lama kat bengkel tu, kalau tak ambik karang jadi besi buruk pulak kat sana. Tak kan hari-hari aku nak tumpang kau kak. Lagipun aku dan jenuh la naik kereta asyik jem aja”
”Kau tu memang kalau tak dapat merempit tak senang duduk kau.” aku hanya tersengih.
”Tahu takpe. Eh kak dah pukul 10.15 ni kau masuk kerja petang ke.” Aku sengaja menprovok kak Ayu yang sememangnya mementingkan masa. Jam dibilik sudah lama tak berganti bateri. Kak Ayu kelihatan gelabah. Dia menghulurkan bekas yang berisi air itu kepadaku. Cepat-cepat dia keluar. Kerja pasaraya pun ada puch card. Dia kerja shif pagi hari ni sebab tu kelam kabut sikit.
”Ha padan muka kau kak, bebel sangat. Kan dah lambat tu.” aku memerlinya.
”Ini kau punya pasallah dik. Siap kau nanti.” Dia memberi amaran. Aku gelak sakan dengan amaran yang sedikit pun tak menakutkan aku.
”Hai salahkan aku pulak...masih awal lagi ni baik aku sambung tidur sekejap.” Aku mula membuka lipatan selimut lalu menyambung mimpi yang tertanguh sebentar tadi....

Cuaca agak cerah hari ini. mood aku pun okey jerk. Lepas sarapan.... eh sarapan apa pukul satu tengah hari baru aku bangkit dari tidur. Kiranya lepas makan tengah hari la tu. Luch aku hanya dengan roti bakar hasil tinggalan kak Ayu pagi tadi. Itupun dah memadai untuk mengalas perut sementara aku makan kat luar nanti. Nak masak sendiri sorry lah tangan aku mana pernah potong bawang, potong sayur yang aku tahu makan aja lah. Sayur pun aku tak kenal langsung namanya, kak Ayu atau mak masak aku sumbat aja dalam mulut. Entah bila la aku hendak berubah. Kalau belaki rasanya laki aku dah kahwin lain agaknya. Siapalah yang dapat aku nanti mahu kebulur. Hahaha..aku gelak dalam hati mengenangkan orang yang akan berkongsi hidup dengan aku nanti. Bengkel motor Rodaria tidak ramai pelanggan, dari jauh aku sudah nampak tokey Cina pemilik bengkel yang memang terkenal di bandar Kuantan memegang spana. Tanpa berlengah aku berjalan semakin pantas ke arahnya.
”Tokey saya punya motor apa macam? Sudah siap ka?”
”Motor?..apa motor.. soalnya seolah-olah tidak mengingati yang aku pernah menghantar motorsikal ke bengkelnya empat hari lepas.
”Itu motor yang accident sama itu lelaki ma...” Aku cuba mengembalikan ingatan tokey Cina yang berusia separuh umur ini.
”Ooo...Haiiya... amoi lu punya motor ini petang baru siap ma.”
”La kenapa lama sangat. Saya sudah windu sama dia..”tokey kedai tersengih-sengih mendengar jawapanku.
”Saya kasi motor amoi banyak bagus ma..itu pasai lambat siap.”
”Haiiya... tokey kasi motor saya punya bagus atau tokey punya masa banyak luang ma.” Aku mula bersoal jawab. Beberapa pelanggan yang ada memandang dengan sengihan bersahaja. Aku turut menjawab mengikut bahasa melayu pelatnya.
”Ini masuk 4 hari lo saya tarak tengok itu muka dia. Hati saya manyak susah. Ini hali saya latang mau angkat ma..”hampir tergeliat lidahku apabila mengikut cara tokey cina tu bercakap.
”Miss..miss..sabar lo, saya siapkan hari ini juga.” Tokey kedai kembali menawan hati aku yang sedikit kepanasan.
”Macam ini lah tokey, saya kasi tokey dua hali ma. Tapi dengan syarat saya mahu tokey tukar dia punya lampu, tukar dia punya tayar.. dan lagi satu saya mahu tokey cat baru. Amacam?” Aku memberi syarat kepadanya. Majalah yang baru sebentar tadi aku capai aku suakan kepadnaya. Apa yang terlintas difikiran aku ketika meliahat accessories yang ada dalam majalah itu ialah aku mahu dia tukar kesemuanya. Syarat aku bukan lagi memudahkannya tapi menambahan lagi kerjanya.
”Kalau tokey rasa tarak boleh siap, saya mahu angkat ini motor kasi bengkel lain buat.” acahku membuatkan tokey itu terdiam sejenak
”Haiyya miss..jangan macam itu ma.”
”Haiiya... tokey jangan itu macam..habis tokey mahu macam mana..nak suruh saya jalan kaki pergi kerja balik kerja. Ini sudah lama ma, saya tarak tahan lo...”
”Okey..okey la...”jawab tokey itu dengan separuh hati.
”2 hari aja tokey..nanti saya datang angkat.” Tokey bengkel Rodaria itu hanya mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan syarat yang aku berikan. Aku bukan sengaja tapi dah aku geram sangat dengan janjinya. Masa aku hantar motor dibengkelnya takde pula dia kata sampai 4 hari nak siapkan sekarang dah lebih.
”Payment macam mana?” Soal tokey yang tersengih mempamerkan giginya yang sedikit kekuningan.
”Paymentnya tokey jangan risau ditanggung beres.” Jawabku. Pandai-pandai aja kau bagi jawapan. Tapi yang pastinya aku nak kenakan si Awang tu cukup-cukup biar jadi pengajaran kepadanya supaya lain kali dia lebih hati-hati ketika memandu. Berapa bayarannya bukan menjadi masalah kepadaku. Tak patut betul aku ni kan..
”Ah keong..setle ini motor dalam masa satu hari..lusa amoi ni mau angkat. Kasi cepat siap.” Arah tokey kedai kepada anak buahnya yang sedang leka membuat kerja.
Aku meninggalkannya sejurus tokey kedai itu bercakap dalam bahasa cina dengan pekerjanya.” Boleh pulak suruh siapkan cepat. Tokey ni sengaja aja ni.”


Dua hari selepas itu aku kembali ke bengkel motorsikal yang terletak dipenjuru rumah kedai paling tua di bandar Kuantan ini. Malahan kedai motorsikal itu berhampiran dengan jalan raya.
”Kak turunkan aku kat sini..” Kak Ayu memberhentikan keretanya secara mengejut. Terperanjat agaknya dia dengan saranan mendadakku. Mujurlah tiada kereta dibelakang keretanya kalau tidak sudah lama keretanya tersondol.
”Kau ni dik nak kasi aku mati ke?” Jerkah kak Ayu menyinga dengan arahanku tadi. Tak sangka pula dia sedang mengelamun.
”Ala sorry lah aku bukan sengaja..yang kau tu duk mengelamun tak tentu hala. Nak salahkan orang pulak.” Aku membuka pintu kereta sebelum kak Ayu membalas kata-kataku. Aku tersegih memadangnya yang tidak sempat menghemburkan kemarahnnya. Aku tahu kenapa kak Ayu moody aja hari ni. Sah dia nak datang bulan tu. Hahaha
Tokey kedai bergigi kuning itu tersengih memandang dari jauh apabila melihat kelibat aku datang untuk mengambil kapcai kesayangan.
”Haiya amoi affternoon.” Ucapnya sambil terangguk-angguk
“Ermm..Amacam buah hati saya dah siap?” aku terus sahaja kepada pokok kedatanganku malas nak berpucuk-pucuk dengan tokey kedai ni dia nampak peramah petang ni mungkin hari ni dia dah boleh pau aku punya duit lah tu silap orang lerk.
”Sudah..sudah..mau angkat ka..”
”Mana boleh angkat tokey.” Balasku membuatnya kehairanan
”Haiiya kalu amoi latang bukan mau angkat...mau apa lagi.” Gabra aja muka tokey tu. Agaknya aku lah pelanggan yang banyak songeh di bengkelnya sejak dia buka bengkel kat sini setengah dekat dulu. Ah gasaklah.
”Saya datang bukan mau angkat.. saya datang mahu bawa pulang saya punya kekasih.”
”Haiiya amaoi lu banyak kasi main sama saya.”
”Ala tokey sesekali saya mahu tengok tokey senyum ma..tokey punya senyuman sejibik macam Jakie Chan ma.”
”Ayyoo pandai lu pujuk ma..”
”Mesti..”kataku membuatkan tokey Cina itu berlari ke belakang mengambil motorsikalku.
”Fuyyyooo!!..apa sudah jadi ni..ini motorsikal saya ka tokey
”Iya lah ini lah U punya kekasih. Kenapa tak percaya...”
”Cantik giler..”tanpa sedar aku dah pun mencium lampu depan yang kelihatan menawan dan hatiku telah tertawan dengan pengubahsuiannya. Cantik siot. Nampat sporty. I like it.
”Apamacam suka...”tanya tokey yang ralit melihat riaksi ku tadi.
”Suka..suka..”
”Okey ini bilnya.” Dia menghulurkan sehelai kertas berwarna kuning yang bertulisan seperti cakar ayam..
”Mak aii..”harga yang tertulis di atas kertas kuning itu membuatkan mataku terbuntang. Hampir mencecah dua ribu. Masak aku. Hampir separuh harga motor aku.
“Haiiya tokey manyak mahal lah. Kasi kurang sikit..” pintaku apabila aku menyuakan kembali ketas kuning yang dan hampir sama kuningnya dengan gigi tokey bengkel tu.
Aku mula berdeplomasi dengan tokey bergigi kuing itu.
”Ini harga saya kasi special moi...”
”Ala tokey U kasi kurang lah sikit ini mahal sangatlah...aku mengaru kepala yanh tetuiba aja gatal. ”Harga rim baru berapa tokey..lampu tu pun harganya tak sampai tiga ratus. Apa yang mahal sangat ni..”
”Okeylah saya kasi kulang ma..” suaranya diperlahankan nampak macam tak nak kasi murah aja tapi aku tak peduli dah banyak sangat dia cekau duit pelanggan.
”Saya kasi kurang 300 ma.”
”Kurang 500.. balasku pantas dan muktamad.
Tokey Cina itu keberatan namun aku paksa juga. Walapun bukan aku yang bayar tapi tak semestinya tokey Cina ini mengaut terlalu banyak keuntungan.
”Okey..okey lah..” lemah sahaja tokey begkel tu bersuara. Aku pula tersenyum lebar.
”Ha itu macam lah tokey..Bil ni kasi sama my boss okey.. dia setlekan.” Jawapan itu membuatkan tokey Cina itu terdiam.
“Ini nombor phonenya tokey call aje nanti dia datang bayarkan. Dia sudah janji sama tokey kan. Aku menekankan suara ku sedikit.
” Bak sini telefon tu saya call kan.” Tokey itu menurut. Aku mendail no telefon Awang.
”Hello..suara garau Awang kedengaran.
”Hello..Awang, motor aku dah siap..So jangan lupa bayar pada tokey bengkel ni. Dia dah tunggu. Kalau kau tak bayar dia hantar konco-konco datang gertak kau.” Aku sengaja menakut-nakutkan Awang baru padan mukanya yang langsung tak reti melawan denganya nampak macam lembut aja. Jangan...jangan dia tu...auuwww.. tak kuasa kau nak bayangkan lebih-lebih.
”Okey..saya datang sekarang.”
Tanpa salam aku meletakkan gangang telefon. Tokey cina masih setia tercegat disisiku takut benar aku tak bayar penat lelahnya membaiki motorsikalku.
Setengah jam menunggu aku perasan akan kereta putih milik Awang. Dengan semangat tidak mahu bertembung dengannya aku segera beredar
“Okey tokey… boss saya sudah datang ma. Saya nak kena pergi sekarang.”
Tanpa sempat mendengar kata-kata tokey bengkel itu memecut meningalkan tokey Cina yang masih tercegat. Awang masuk ke bengkel tanpa sempat betemu denganku.
”Boss punya amoi baru saja pergi..”
”Aik..dah pergi dah..”
”Baru saja boss..nampak muka boss aja dia terus pecut.” blas tokey cina itu membuatkan Iskandar tercengan-cengang.
”Ini bilnya..”
”Mak aii mahalnya tokey tak boleh kurang lagi sikit ke...”
”Haiiya bos itu amoi saya sudah kasi kulang ma.. U tengok saya sudah cat itu motor tukar dia punya lampu yang canggih tukar rim sport lagi. Saya punya price sudah ok ma..”
Itu amoi saya rasa sengaja mau kenakan U lah bos..” kata tokey Cina itu tanpa selidung
”Kenapa tokey cakap macam tu..” Inskandar memandang tepat ke arah tokey bengkel yang sedang merenungnya.
”Sebab dia takut nak jumpa bos ma...”
Iskandar diam tanpa kata. Akhirnya dia membayar juga bil yang telah dipersetujui oleh pemilik motor dan juga tokey bengkel itu.
Read More..
Thursday, October 15, 2009

Pion oh Pion 2

************************************************************************
”Adoii..sakitnya..hoi buta ke?” kapcai kesayanganku tertiarap menciun jalan ber tar. Aku menjerit kuat apabila tuan punya kereta berwarna putih itu ikut suka hati aja revers ke belakang. Tak nampak ke aku yang tengah menunggang di belakangnya. Beberapa orang pejalan kaki menghampiri aku, mereka datang membantu mengangkat kapcai aku yang dah terbaring kelesuan. Surat menyurat yang aku isikan tadi ke dalam beg sandang semuanya bertaburan. Rempuhan yang sedikit kuat itu betul-betul memeranjatkan aku. Aku bukan main lagi berhati-hati bawak motor tapi sesenang hati aja manusia ni langgar aku. Tapi aku syukur..Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa aku ketika ini. Beberapa goresan luka terlekat di lenganku, aku abaikan seketika dek kepanasan dengan pemandu yang tak pernah masuk sekolah memandu agaknya. Pemandu kereta itu cepat-cepat memberhentikan keretanya. Dia bergegas keluar melihat apa yang terjadi. Aku yang telah pun duduk menyandar di sebatang pokok sambil dibantu oleh beberapa pejalan kaki tadi bangun berdiri sebaik sahaja pemilik kereta itu keluar.

”Saudara tak apa-apa ke..saya minta maaf..” kata mamat yang memakai cermin mata berbingkai hitam itu. Rambutnya tercacak macam duri landak.
”Saudara!... awak panggil aku, bute ke apa...”Aku geram. ”Ada mata empat pun buta lagi.” Beberapa pasang mata yang menolong aku tadi ketawa kecil.
”Maaf..maafkan saya cik. Saya tak perasan tadi. Cik tak apa-apa.” dia sedikit gelabah apabila menyedari kesilapannya.
”Motor aku dah tersadai kat situ siapa nak bayar. Itu yang aku ingatkan langsung tak fikirkan tentang diri. Betapa benar aku sayangkan motor berwarna merah saga. Aku menunjukkan jari telunjukku ke arah motor yang tersandar. Hampir-hampir menitis airmata aku apabila melihat motor yang dah separuh hancur. Itulah hasil titik peluh aku bekerja dalam masa setahun ni. Hutang bank pun tak habis bayar lagi. Serpihan lampu yang hancur bersepah dia atas jalan ku pandang dengan perasaan geram. Dia turut memandang kapcai yang dah tak serupa kapcai. Aku sayang motor tu. itulah harta yang aku ada.

”Saya yang bayar cik.. jangan risau.” Balasnya lembut. Beberapa orang yang menolong aku tadi beransur-ansur pergi. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.
”Cik tak apa-apa ke?”...soalnya belum berputus asa. Pertanyaan kali ketiga itu menyebabkan aku terasa lenganku mengalir cecair dan sesekali terasa pedih mencucuk. Dan seperti ku duga pasti anggota badanku ada yang tercalar dan terluka.
”Err..tangan cik berdarah..”katanya sedikit cemas.
Aku menyeluk ke dalam poket seluarku mencari sapu tangan yang sentiasa aku bawa kemana sahaja, belum pun sempat aku menyeluk ke dalam poket kanan dia terlebih dahulu menghulurkan sapu tangannya yang berkotak kecil ke arahku. Tanpa banyak songeh aku terus rembat dan sapu sesuka hati. Biar padan muka dia. Kesan darah pada sapu tangannya aku hulurkan padanya. Dia menyambut tanpa rasa jijik. Nak tunjuk gentelmen lah tu.

”Ni kad saya..saya akan uruskan motor cik..”aku hanya diam membisu kad yang dihulurkan aku sumbat ke dalam poket baju. Dia hanya memerhati.
”Jom saya hantarkan ke klnik.”
”Tak payah. Semua surat menyurat tu amanah bos, saya kena tunaikan hari ni.” Aku memuncungkan bibir ke arah beg yang berisi surat menyurat. Jika tidak berlaku kemalangan itu sudah tentu aku sudah selesai menjalankan tugasku yang diamanahkan oleh En. Ahmad. Nak tak nak aku terpaksa selesaikan hari ini juga. Nanti tak pasal-pasal En. Ahmad kata aku memonteng pulak.
”Banyak ke.”
”Tak lah banyak tapi nak kena hantarkan hari ni juga.” Aku mula merendahkan suara aku apabila aku merasa tidak wajar terus terusan memarahinya. Benda dah nak jadi nak marahpun tak guna.
”Kalau macam tu biar saya tolong cik. Tapi kita kena selesaikan satu-satu.
Saya telefon formen ambil motor cik ni bawa ke bengkel, lepas tu kita ke klinik dan barulah kita setlekan surat-surat tu.” Aku diam berfikir sejenak dengan cadangan bernasnya. Bagus juga cadangan mamat ni. Biar aku pulak menyusahkan dia kali ni. Lepas ni bukannya aku jumpa dia lagi dah..
”Ok..” balasku pendek. Dia cepat-cepat mengambil beg sandangku yang berisi surat-surat. Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuaannya. Biarkan dia bersusah payah pula kali ini.
***********************************************************************
”Ni apa hal pulak balik rumah gelak gelak. Gila dah.” Sergah kak Ayu ketika melihat aku gelak sesorang kerana cpu dalam kepala aku sedang mengimbas kemabli kejadian bersama mamat yang aku dera dengan menyuruhnya menghantar surat.
”Kau dah angau ke?..” soalnya lagi tidak berpuas hati dnegan sikapku yang mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya. Hanya sengihan sahaja aku balas apabila memandang wajahnya yang setai menanti ayat yang terpacul dari mulutku.
”Apa lah kau ni kak Ayu sekejap kau kata aku gila sekejap tu pulak kau kata aku angau, yang mana satu pilahan kau ni...?” Kak Ayu tergelak kecil apabila aku mula dah nak start membebel.
”Kau lah yang pilih..” katanya menutupi kesialapan sendiri.
”Kalau aku pilih semua yang kau kata tu tak betul.”
”Habis yang betulnya tu apa.” kak Ayu masih belum berpuas hati
”Hanya orang gila aja ketawa sorang-sorang macam kau...”tambahnya
”Itu lah kau kak Ayu, suka sangat main tuduh-tduh, aku siuman lagi la yang aku ketawa tadi sebab otak aku sedang mengimbas kisah-kisah lucu petang tadi.
”Imbas kisah-kisah lucu.? Apa yang kau duk merepek ni. Citer apa yang lucunya.” dia mula membaringkan badannya yang sedikit berisi itu bersebelahan denganku.
”Auwww!! Aku mengaduh hentakan badan kak Ayu tepat-tepat mengenai siku aku yang sedang berbalut.
”Kenapa dik..” terperanjat dengan jeritan tadi kak Ayu bingkas bangun.
”Tadi aku accident.” Kak Ayu membutangkan biji matanya. Seperti terkena kejutan elektrik aja lagaknya
”Hah kau biar betul acccident, itu yang kau kata lucu. Hei kau memeng sewel lah.”
”La kau ni kak Ayu tunggulah aku habis citer dulu. Tak menyempat betul lah kau ni. Gelojoh.” Tukas ku geram. Kak Ayu cuma tersegih diam memasang telinga.
”Aku accident dengan seorang lawyer.” Kak Ayu membulatkan matanya. Makin teruja pula dia mendengar kisah aku.
”Motor aku dah masuk bengkelah kak.” Kataku sedih dia seakan tidak berminat mengetahui kapcai kesayangku yang kini sedang dirawat dengan lebih lanjut rasanya dia sekrang sedanagn meimikirkan cowok yang melnaggar aku.
”Jadi semua kerosakannya ditanggung beres oleh lawyer tu. Dia siap hantar kan aku ke klinik lagi...dan yang paling lucu dia jadi pion untuk aku kak.” aku kembali ketawa kecil bila mengingati kejadian tadi.
”Jadi pion maksud kau?”
”Dia hantar semua surat yang aku kena hantar tu. Aku cuma menunggu aja dalam kereta macam bos kak. Eee..bestnya kalau aku jadi bos kan kak, aku boleh arahkan aja dia buat kerja. Kekadang aku sengaja kenakan dia. Dia ni tak berapa nak kenal lagi jalan-jalan kat sini maklumlah orang baru bertugas kat sini. Tapi dia bagitahu aku mak dia orang sini. Dah lama tak balik lah tu. aku suruh dia masuk jalan tu jalan ni sampai berpeluh dia kak. Kelakarlah tengok rupa dia masa tu. Kalau yang kena tu kau kak, dah lama aku pecah gelak.”
”Eeee..jahatnya kau tak baik buat macam tu kat orang lah. Dia dah bertanggungjawab tu dah kira ok la. Kau ni bila lah nak berubah. Siapa nama dia? Sempat lagi kak Ayu bertanyakan nama lelaki itu dalam marah-marahnya.
”Awang..”jawabku sepatah. Awang tu sebenarnya aku yag taruk sendiri sebab kad namanya aku tak baca pun lagi. Kerja dia pun dia yang bagitahu aku yang dia tu lawyer..memang sesuailah dengan mulutnya tu..lawyer.lawyer buruk boleh arr.
”Awang... uniknya nama dia macam orang sabahkan aja ber awang-awang ni.”
”Awang tu aku yang taruk lah kak. Aku belasah aja namanya sakit hati punya pasal aku tak dan nak tanya nama dia. Dia ada bagi kad nama tapi aku letak kat mana entah.”
”Kau ni kan dik teruk betullah. Bila la kau nak ada pakwe kalau macam ni.”
”Ala lepas ni bukan aku jumpa dia lagi dah. Sesekali aku nak pekena kan orang, time macam ni lah.”
”Hensem tak?..”soal kak Ayu sambil tersengih sengih.
”Hensem.. macam wajah siapa yea..siapa erk..aku sengaja melambat-lambatkan kak Ayu semakin tidak sabar mengetahuinya. Dari berbaring aku terus duduk sebagai persiapan untuk aku larian pecut 100 meter. Aku saja nak kenakan kak Ayu yang bertambah semangat mendengar ceritaku.
”Macam rupa ni haa..Tuan Maarof bin Hj Salleh.” Aku tersengih-sengih apabila melihat muka kak Ayu berkerut memikirkan siapa Tuan Maarof yang baru disebutkan aku tadi.
”Hoi nenek kebayan kau..” Kak Ayu membulatkan matanya apabila tahu siapa yang dimaksudkan aku. Dan aku pula apa tunggu lagi buka langkah seribu berlari ke bilik apabila kak Ayu mula mengejar. Nasib baik tak sempat kak Ayu nak cekau baju aku yang sedikit mengerbang ke belakang, jika tidak mahu merah segala badanku kena cubitan percuma darinya..
Tuan Maarof tu bakal bapak mentuanya yang berkulit hitam manis, perut sedikit boroi dan bergigi jongan. Tak baik tau aku mengutuk. Kak Ayu masih melekat dipintu bilikku. Aku tahu dia belum berpuas hati. Ah lantaklah kau kak. Aku dah belengas ni nak mandi
”Tak baik kau kutuk bakal pak mentua aku tu dik.”
”Ala gurau aja..”
”Cepat lah wei hensem tak..” aku membiarkan aja soalan kak Ayu sepi tanpa jawapan. Biarlah hensm ke tak hensem janji aku dah kenakan mamat tu cukup-cukup hari ni.
Hai Awang..Awang...nasib lah kau.
Read More..
Monday, October 12, 2009

Hati Ini Milikmu 18

*********
Sudah dua minggu Ayie bekerja di syarikat papanya. Walaupun banyak juga yang perlu dipelajari dengan Faiz dia tidak merungut malah semakin seronok dengan perkerjaan barunya, sesekali dia akan menghubungi Bidin bertanyakan jika ada masalah yang dihadapinya sejak dia meninggalkan bengkel mereka. Bidin semakin sibuk sejak mengambil alih bengkel Ayie itu pun begitu dia cukup seronok malah berterima kasih kepada Ayie kerana mempercayainya. Sementara itu Nek Som dan atuknya bersetuju buat sementara waktu tinggal bersama mereka. Kegiatan petangnya bersama Bidin terus dilupakan, langsung tiada masa terluang untuk meneruskan aktivitinya lagipula sejak berpisah dengan teman baiknya dunia usik mengusik anak dara langsung dilupakan. Masanya kini kebanyakkan dihabiskan dengan mempelajari selok belok perniagaan bersama along dan papanya. Kehadiran Ayie sama-sama menerajui syarikat Jaya Sepakat begitu disenangi Datuk Kamal, Ayie seorang anak yang cepat belajar sama seperti Faiz abang kembarnya.

”Hoit..tekun benar kau ngah...”sapa Faiz yang sedari tadi berdiri disebelah adiknya yang sedang tekun meneliti tender yang diserahkan kepadanya dua hari lepas. Ayie memanggung kepalanya dia sendiri tidak perasan bila masa pula alongnya mengetuk pintu biliknya. Alih-alih sudah abangya itu sudah tercongok disisinya. Nasib baik hari siang hari jika malam sduah tentu terbeliak matanya disebabkan teguran yang sedikit mengejut itu.
”Eh!..bila pula kau masuk tak dnegan pun main redah jerk erk..”marah Ayie.
“Sorry boss..”gurau Faiz sememangnya faham dengan sikap Ayie yang kadangkala serius kadangkala main-main dengan kerjanya tapi setakat hari ini nampaknya Ayie sememangnya komited dalam kerjanya. Dia dan papa berpuas hati dengan cara kerja Ayie.
”Kalau yea pun bekerja makan gaji, jangan lah tension sangat...”
”Kau nak apa long kacau aku ni..” soal Ayie tanpa memandang abangnya, fail-fail yang ada diatas mejanya diteliti satu persatu. Faiz masih memerhatikan adiknya lalu mengelengkan kepala.
”Cuba kau tengok jam dah pukul berapa?”
Ayie mengerling sekilas pada jam dipergelangan tanganya. Dia membulatkan matanya apabila menyedari waktu makan tengah hari telah terlepas.
”Hah itulah kau! kerja tu kerja juga tapi janganlah sampai tak ingat makan.”
”La kenapa kau tak ajak aku makan sama tadi. kau ni teruklah long.”
Bukan aku tak nak lah kan pagi tadi aku dah bagitahu kau, aku keluar dengan client, belum tua dah nyanyuk, kenapa kerja yang along bagitu tu membebankan ke? Tadi along lalu kau bukan main lagi concentrate dengan kerja.. malas lah along nak kacau. Nanti tak pasal-pasal kena marah.. ingatkan dah makan. Nasib baik along ringan mulut tanya pada Suriati tu kau keluar ke tak? Kalau tak kebulur lah kau hari ni Ayie.” Terang Faiz sambil matanya memerhati beberapa fail yang telah diteliti adiknya. Boleh tahan juga Ayie buat kerja.
”Jom lah aku dah lapar ni..”Ayie menutup beberapa fail yang berselerak dia atas mejanya. Perutnya dengan serta merta terasa lapar.
”Nak kemana pulak ni?..”
”Eh kau ni long kan aku telan kang. Nak gi makan lah takkan nak berkaraoke pulak...”
”Makan apa time macam ni mana nak cekau nasi wei..”
”Dah tu aku nak makan apa?”
”Ni along dah belikan kau nasi ayam kfc.. jom makan dulu lepas tu kau nak sambung kerja ke nak sambung apa ke lantak kau lerk.” ajak Faiz sambil meletakkan plastik makanan yang dibelinya ke atas meja kerja adiknya.
Ayie tersengih memandang abangnya. Nasib baik ada juga nasi. Kalau takde nasi tentu dia dah lembik hari ni. Bukan dia reti makan benda-benda lain. Tekaknya tak berselera lebih-lebih lagi burger.. makanan segera yang menjadi kegilaan warga kota yang kesuntukan masa untuk makan nasi.
”Long sekejpa arr aku nak solat dulu nanti terlepas pulak..” Ayie baru tersedar dia belum menunaikan solat dek kerana terlalu ralit dengan kerjanya tadi. Faiz hanya mengangguk kecil seraya tersenyum memandang adiknya. Dia kagum dengan adiknya ini, sesibuk mana punnya dia tetap menuaikan perkara wajib bagi seseorang islam. Faiz menginsafi dirinya yang sering lupa tentang rukun islam yang kedua itu. Terlalu sibuk dengan kerjanyanya sehinggakan mengabaikan tangungjawabnya kepada Pencipta.
”Kenapa kau tak makan long.” Tegur Ayie apabila melihat bungkus nasi ayam kfc belum terusik.
”Aku tunggu kau lah takkan nak makan sesorang pulak. Tade kawan tak best la..”
”Apa lah makan pun nak berteman ke? macam budak-budak...kalau rasa dah tak boleh sangat makan sesorang baik kau kahwin cepat-cepat long, lagi senang. Tahun depan aku dapat anak saudara.”
”Hah banyak lah cantik. Aku takkan naik pelamin kalau kau pun tak naik ngah.” ujar Faiz saparuh mengugut.
Ayei hanya ketawa kecil dengan kata-kata yang baru dilafazkan oleh abangnya.
”Ha iya lah tu.”
”Iayalah apa. along serius ni bukan main-main. Hal ni pun dah along bincang ngan mama dan papa mereka pun setuju.”
Hampir tercekik Ayie yang sedang menelan nasinya. Dia mencapai air yang berada tidak jauh darinya lalu diteguk rakus.
“Kau jangan main-main long..” suaranya sedikit kaget.
”la nak main-main apanya kan aku dah cakap nak naik pelamin sama-sama, mama dan papa pun macam tu juga.”
Ayie masih tidak percaya dengan kata-kata alongnya baginya usulan alongnya hanya mainan belaka. Mana mungkin dia akan naik pelamin bersama sedangkan dia sendiri belum ada teman istimewa. Yang ada Cuma banyang- banyang gadis yang diaktakan mencuri motornya dahulu.”Takkan aku dah jatuh cinta kot...”gumamnya dalam hati. Tempoh pertunangan alongnya bukan nya lama tak sampai setengah tahun sahaja lagi.
“Mana boleh cam tu long. Kau kan tahu aku mana ada special lagi. Kau yang gatal sangat kau kahwin dulu lah.”
”Gatal tak gatal kau tetap kena cari calon ngah. Mama, papa, nenek dan atuk pun tak sabar nak tengok kita berdua naik pelamin. Pasal calon kau jangan risau, tahulah mama dan papa nak uruskan.” Kata Faiz sambil menyuap laju nasi kedalam mulutnya. Ayie tampak kurang berselera apabila dia mengetahui family telah membuat perancangan untuknya.

********
Mesyuarat bulanan yang diadakan setiap hujung bulan tidak banyak isu diketangahkan, segalanya nampak baik dan tiada masalah. Kali ini mesyuarat bulanan dipengerusikan oleh Faiz sendiri, Datuk Kamal sedang bercuti. Mesyuarat kali ini tiada banyak yang timbul cuma ada satu dua sahaja perkara berbangkit. Usai sahaja mesyuarat bulanan Faiz meminta Suriati menemuinya dibiliknya. Suariti membututi langkah Faiz.
”Duduk dulu.” Pinta Faiz sambil mempersilakan Suriati duduk dihadapannya. Suriati menurut arahan Faiz.
”Pagi tadi saya dapat sepucuk surat daripada siapa yea..yang jaga depan kaunter tu..amoi tu..ah susah benar nak ingat nama anak cina tu..” rungut Faiz membuatkan Suriati ketawa kecil. Dia sudah maklum akan surat perletakan jawatan Maggie Ng.
”Meggi Ng En. Faiz.” beritahu Suraiti tanpa mematikan senyumannya.
”Ha’a Meggie...hujung bulan ni dia resign kan. So saya nak awak pastikan ada orang gantikan sebelum awal bulan depan yea. Dah dapat calon nanti informkan pada saya. Awak adakan temuduga.
”Baik En. Faiz. Ada apa-apa lagi.” Soal Suriati hemah
”Erm..setakat ni yang tu dulu. Nanti kalau ada apa-apa saya panggil awak.”
”Baiklah En. Faiz. Saya keluar dulu.”
”Ok..terima kasih..”
”Sama-sama.” Suraiti meninggal Faiz sejurus majikannya itu mengucapkan terima kasih. Dia perlu segera mengiklan kan jawatam sebagai receptionist itu.

*********


”Jom kita ke sana lah bingitlah kat sini.” Faiz menarik tangan tunangnya supaya menjauh sedikit dari kelompok penonton yang sedang menonton perlawanan bola sepak liga Inggeris. Dia kurang meminati sukan tidak seperti Ayie yang sememangnya tidak pernah ketinggalan menyaksikan setiap perlawan yang disiarkan di siaran berbayar astro. Entah-entah dalam ramai –ramai manusia yang sedang menonton itu terselit dia kat situ.
”La nak pindah kemana lagi dah penuh la.” Nadia membantah tapi diturutkan juga apabila Faiz menarik tangannya.
”Ha kat situ. Tak pun kita ke Restoran mama Tom Yam.” Ajak Faiz
”Ermm..tak nak lah , jauh sangat.” Nadia kurang bersetuju dengan cadangan Faiz untuk ke restoran Mama Tom Yam. Dia lebih selesa makan di tempat biasa lagipun pelayan disitu juga sudah mengenali mereka berdua. Faiz menurut. Suara keriuhan penonton menyaksikan perlawan bola itu sedikit sebanyak menganggu makan malam mereka.
”Dah lama kita tak keluar sama kan, macam dulu-dulu.” ucap Faiz sambil matanya tidak lepas memandang Nadia yang duduk bertentangan dengannya.
”Mana tak lamanya sejak adik awak datang sini baru dua kali kita keluar sama. Nak jadi orang besar katakan.” Usik Nadia. Dia sebenarnya tidak kisah dengan kesibukan Faiz lagipun dia faham keadaan Faiz yang sedang bertungkus lumus mengajar adiknya tentang selok belok dunia perniagaan.
”U marahkan i?”
”Takde lah En .Faiz oii..bila masa saya marahkan awak..”
”Ala bunyi macam merajuka aja tu..”
”ee..tak kuasalah..” jawab Nadia sambil terjerit kecil apabila Faiz mencubitnya lenganya.
”Sabar sikit yea. Nanti Ayie dah tahu banyak perkara i akan luangkan masa untuk U.”
”I tak pernah kenal lah adik U tu yang I selalu jumpa adik perempuan U, Tina. Bila nak kenalkan I dengan dia, entah-entah selisih kat tepi jalan pun I tak kenal.”
”Nantilah I kenalkan U dengan dia. Lagipun mama dan papa rancang nak kahwin kan kami hari yang sama. So maknaya kita ada 2 pasangan lah.”
”Iyea ke? U tak bagitahu I pun...”
”La ni kan I tengah bagitahu U.”
Nadia hanya tersengih. Dia sedikit pun tidak ambil kisah dan dia tiak suka merajuk hal-hal yang remeh.
”Faiz..panggil Nadia lembut. Faiz menanti dengan sabar tutur kata seterusnya dari Nadia.
I ingat nak ajak Emy tinggal dengan I lah. Lagipun I kesiankan Emy.”
”Elok juga tu. Nanti kita carikan kerja untuk dia. Tapi mak macam mana?”
”Nadia rasa minggu depan nak balik kampung bincang dengan mak. Macam mana..?”
”Elok sangat lah tu tapi Faiz tak boleh nak temankan Nadia balik. Sorry sesangat.” Ujar Faiz sambil mengengam tangan tunangnya
”Takpe. Dont worry..” Nadia menguntum senyum.
”So Emy macam mana dia setuju ke nak datang sini?”
”Dia ok aja kalau mak kasi dia pergi itulah Nadia nak balik bincang dengan mak. Nadia nak Emy ada masa depan. Bukannya apa kat kampung tu apalah yang boleh dia buat. Kalau dia duduk ngan Nadia dia nak sambung belajar pun okey juga takdelah dia duduk terperuk aja kat kampung tu.”
”Ermm..okey juga tapi kalau dia tak nak sambung belajar macam mana?”
”Kalau dia tak nak Nadia suruh ajalah dia cari kerja lagipun SPM dia bukanya teruk sangat, entah-entah dia dapat sambung belajar kat U tapi mak tak kasi kot.”
“Kenap Nadia cakap macam tu..” Faiz sedikit hairan apabila Nadia menuduh emaknya begitu.
“Ermm..susah lah nak cakap..”
“Kenapa?.. anything wrong..”
“Entah la Faiz, Nadia betul-betul kesiankan Emy. Hubungan dia ngan mak tak pernah baik. Macam Emy tu anak tiri mak pulak rasanya.”
”Hubungan tak baik macam mana tu?” Faiz kurang faham dengan maksud Nadia. Lagipun semasa dia berkunjung ke rumah bakal mak mentuanya dulu dia melihat bakal adik iparnya itu okey aja.
” Nanti lama-lama Faiz tahu juga.”
”Ermm. Takpelah nanti kalau Emy datanng ke sini kita carikan kerja untuknya kalau dia tak nak belajar..” Nadia mengangguk kecil seraya tersenyum lega apabila tunangya tidak banyak soal..
”Bila nampak U senyum tadi baru I teringa budak office I baru hantar surat berjenti kerja, setakat ni I rasa belum ada pengganti lagi. Kalau Emy nak kerja nanti I uruskan..”
”Okey juga tu..”
”Kerja sebagai apa?”
”Receptinist. Ala takpelah buat sementara waktu, kalau ada kekosongan dan sesuai dengan kelulusan yang dia ada kita upgrade lah kerjanya. Macam mana..” soal Faiz
”Erm..nanti Nadia tanyakan dia dulu.”
”Okey...jawab Faiz sepatah lalu menyambung makannya.
Read More..
Monday, October 5, 2009

Pion oh Pion...

Sekadar menambah beban fikiran yang sering kekeringan idea...cerita yang lahir dari perasaan geram sebenarnya..."Datanglah ilhamku agar aku bisa menari semula menghiasi diari hati ini yang semakin suram...."


“Ala lembab lah dia ni. Siot betul, ingat bapak dia punya jalan ke, sekejap ke kiri sekejap ke kanan macamlah JKR tu dia punya.
”Pinnnnnnnnnnn!!!.. Aku mula naik geram dengan telatah pemandu kereta yang tidak berhemah itu. Keretanya dah la rupa macam roti ada hati pulak nak cronker jalan sesorang, ingat orang lain tak nak guna jalan agaknya. Dengan wajah merah membara aku memandang tepat ke wajah pemandu yang sedikit kelam kabut itu. Mulanya aku ingatkan perempuan yang memandu.
“La jantan rupanya dia ni, sewel betul lah mamat ni.” aku mula menyumpah dalam hati.. Mamat yang berkacamata hitam itu mula ketepi memberi laluan kepadaku setelah melihat rupa aku yang sedikit bengang. Dan dengan kuasa laluan yang diberikan aku mula memulas minyak motor beberapa kali sebagai tanda kebengangan yang aku rasai. Apa ditunggu lagi mengaum lah kapcai aku yang baru ni. Aku tak pedulikan beberapa pasang mata pengguna jalan raya yang sedang memerhati tingkahku, yang penting hatiku lega apabila mempamerkan rasa marahku tadi. Sebelum aku memecut laju sempat aku mengangkat tangan yang tergengam erat kepadanya, sebiji macam penyangak jalanan. Aku tengok mamat tu mengangkat tangan dan sedikit terangguk-angguk mungkin sebagai tanda minta maaf agaknya. Dengan kuasa pecutan aku kerahkan kapcai kesayangan mendesup pergi seperti lipas kudung meninggalkan mamat yang terkial-kial memandu keretanya.Dapat lesen terbang agaknya dia ni.Terlalu sangat melayan perasaan geram akhirnya sampai juga aku dengan selamat ke tempat kerja.

“Ni kenapa lambat?..”En. Ahmad muncul ketika aku baru aja menyimpan helmet di tempat biasa. Terkejut juga sebenarnya dengan kemuculannya secara tiba-tiba, selalunya dia yang masuk lambat hari ni awal pula. Aku tersengih-sengih.
”Sorry bos tadi ada mamat sorang tu terhegeh-hegeh bawa kereta. Macam mak dia punya jalan pulak lagaknya”. Aku bagi alasan yang sememangnya benar-benar alasan.
“Awak ni ada-ada saja jawapannya, kalau nak memonteng ada-ada saja kan, itu lah ini lah.” En. Ahmad memandang tepat ke arahku kecut juga perut seketika tapi aku buat muka seposen aja.
”Dah bos tanya.”
“Ha tengok tu..”
“Opss!..Sorry bos..” Aku mengangkat tangan tanda hormat seperti tentera. En. Ahmad berlalu dengan hadiah gelengan kepala. Aku mematikan sengihan. Mengamuk pula oarng tua tu hari ni. Datang bulan agaknya. Walaupun garang En. Ahmad ni hensem juga orangnya, tengah mencari calon isteri. Jangan tersilap na, dia tengah duk mencari calon isteri kedua tu. Miangnya boleh tahan juga. Tapi hati dia manyak baik..aku suka kerja dengan dia. Tak pilih kasih macam rancangan pilih kasih tu..haha.sempat lagi mengutuk.
“Awat hang duk tersengih kat situ, takde kerja!..”En Ahmad berpatah semula apabila melihat aku masih lagi tercegah ditengah-tengah ruang pejabat.
Aisey sempat lagi aku mengelamun ditengah-tengah ruang pejabat tu. Suzana, Helmi, Salmah dan beberapa lagi kakitangan tersengih memandang. Aku buat muka poyo kembali ke meja yang dikhaskan untuk aku, mak aii meja aku aku dah macam stor lah, sana sini dipenuhi dengan kotak kosong. Diorang ni memang suka campakkan kotak-kotak kosong atas meja aku, mentang-mentang lah aku ni despatch sesuka hati diaorang aja nak sepahkan meja aku. ”Menyampah betul lah aku.” Dalam pada menyumpah-nyumpah sempat lagi aku mencapai coklat Sal yang terbuka luas dia atas meja lalu aku ngap masuk ke mulut. Sal menjeling geram. Tapi aku tahu dia halalkan sebab aku pernah bagitahu dia kalau biskut dia hilang ke dah habis ke maknanya aku yang ngap dan aku minta dia halalkan. Hik..hik..
“Ada surat nak kena hantar tak ni..kalau ada cepat.” Teriak aku apabila gelak-gelak kecil tadi bertambah besar. Mereka yang mendengar teriakan aku yanga ada iras-iras serupa suara singa mengaum mula menyambung keja semula. Sepi!
“Ada...ada.. nanti kejap kak tengah nak siapkan sikit aja ni. tunggu sekejap yea.” Suara Kak Munah yang terkocoh-kocoh membawa mug berisi air. Mungkin tak sempat keluar makan agaknya tadi itu pasal Kak Munah makan kat pantry mungkin terdengar suara aku yang bagaikan halilintar, dia tak sempat nak minum kat situ. Aku tersenyum menghampiri Kak Munah.
“Takpe Kak Munah, buat pelan-pelan yea. Kita tunggu Kak Munah.” Kak Munah yang berbadan gempal itu tersenyum sambil mencubit pipiku.
“Adoiii!..Kak Munah ni sakit lah.” Marah aku pada Kak Munah walaupun dia hanya bergurau.
”Sorry..sorry akak tak sengaja.” suranya sedikit kalut.
Aku mula mundar mandir di dalam pejabat. Apa kerja aku nak buat petang ni, nak hantar surat, tukang buatnya tak siap-siap lagi, nak keluar minum kat kedai bawah takut kantoi dengan bos pulak, baru tadi dapat ceramah percuma, tak nak aku diceramah lagi. Aku menghampiri komputer lama yang masih boleh dipakai. Lalu suisnya aku hidupkan tapi kenapa tak keluar apa-apa, kosong aja nampak muka aku aja kat screen tu. Sebenarnya aku ni buta IT. Tak tahu langsung nak guna komputer kekadang seronok juga tengok diaorang duk ketuk mengetuk pada sekeping papan leper, alih-alih dah jadi ayat kat screen komputer. Nak juga pandai macam diorang. Tapi pelik juga diaorang ni bila time blackout semua menjerit macam histeria sebab tak boleh nak tekan papan-papan tu. Selalu aku dengar dioarang merungut tak sempat nak save. Nak selamatkan apa. Dah api takde balik aja lah. Aku mula mengelengkan kepala apabila mengingati kembali insiden yang berlaku beberapa bulan lepas. Sal yang paling kuat menjerit siap menangis lagi. Bila aku tanya dia kenapa dia jawab “kau apa tahu” memang lah aku tak tahu sebab dia tak nak kasi tahu. Apa punya cerdik jurutera tu. Sekolah tinggi-tinggi tapi tak berapa nak cerdik. En. Ahmad pun tension semacam aja bila blackout. Yang happynya akulah terus cabut balik rumah tak payah nak keluar pergi mana-mana, surat tak sempat nak siap. En. Ahmad tak boleh nak kata apa lagi dah. Dia tengok aku cuma geleng kepala aja dah tak boleh nak cakap
“Macam mana nak buka ni.”
“Psst!..”aku panggil Suzana perlahan yang kebetulan lalu hendak ke bilik air agaknya.
“Pastttt!..”semakin kuat pula aku panggil tak pasal-pasal semua mata memandang aku. Suzana berpaling.
“Kau pangil aku ke?”..tanya Suzana seperti orang kebingungan.
“Yea lah..”
“Habis tu kenapa tak pangil nama aku, ni kau duk psstt..pstt tu kenapa datang bulan erk nak pinjam kotek erk”..semburnya perlahan. Nasib baik perlahan tak sayang betul mulut dia yang kecil molek tu, boleh pulak keluar ayat macam tu. Kalau adik aku dah lama kau sepak.
“Apa..”
“Ni ha..”
“Ni ha apa?..”
“Ni macam mana nak buka benda alah ni..” Suzana mengelengkan kepalanya. Dia tahu sememangnya buta IT.
“Suis dah hidup belum?..”
“Dah..”
“Kau tekan butang ni..” arahnya lalu aku tekan perlahan butang power yang ditunjukanya.
“Kau nak buat apa?..” wajahnya sedikit hairan
“Aku saja nak belek-belek..”
“Ohh..”
“Tunggu 5 saat dia tengah run tu..”
“Nak lari ke mana pulak..”
“Apa lah kau ni..jap lagi keluar lah tu..”
“Dah arr aku nak ke tandas jap. Dah nak terkucir ni.” jawab Suzana selamba.
“Thank” kataku perlahan. Suzana hanya tersengih dan terus berlalu.
Screen komputer yang berwajah hitam tadi mula bertukar wajah. Macam-macam tertera di screen komputer, aku sudah mula tersenyum panjang. Apa aku nak buat ni. Aku hanya memerhatikan beberapa minit tidak tahu nak buat apa lagi. Sesekali aku menjenguk melihat Sal yang sedang leka menaip dan sesekali dia memegang sesuatu lalu digerak-gerakan. ”Apa benda pulak ni.” Aku cuba memegang benda kecil yang boleh digerakkan itu. aku cuba gerakkan selaju yang mungkin.
“Oh! ada roda lah..aku cuba mengangkat benda kecil yang entah dipanggil apa.”
“Hei kau buat apa tu?”
“Apa benda ni? Aku mula bertanya sambil tersengih busuk”
“La kau tak tahu ke?...”Suzana sedikit hairan.
Ah lantaklah dia nak kata apa pun yang penting aku memang tak tahu dan sekarang aku nak tahu.
Aku gelengkan kepala. Suzana mula menerangkan kepadaku apa benda kecil yang beroda yang selalu digunakan.
“Ni mause atau dalam bahasa melayunya tetikus. Kau nampak tak anak panah tu..” Suzana mengerakkan mause dan jejari kirinya ditunjukkan ke arah anak panah yang kelihatan di screen monitor.
“Kau guna ni, kau boleh klik mana-mana kau suka. Kau cuma gerakkan aja. Ala budak darjah satu reti lah guna ni takkan kau tak reti..”
Aku angguk faham dengan ajaran Suzana. Aku mula mengerakkan tetikus itu ke my komputer. Apa sahaja yang ada didalamnya aku klik lepas tu aku buka yang lain pula sehingalah komputer itu jem dengan sendirinya. Berasak-asak dengan fail yang aku buka. Aku panggil Suzana yang sedang leka berbual dengan Helmi.
”Apa lagi kau ni..”
”Aku nak buka yang lain tapi entah la. Langsung tak boleh la..”
”La kau buka banyak-banyak buat apa dol..kalau dah tak guna tutup lah, ni ha pangkah kan aja.” terang Suzana.
”kau buka banyak sangat sebab tu lah lembab. Faham!..”sambung Suzana lagi yang aku rasa sudah mula naik angin.
”Aku anguk laju. Aku pangkah semua sekali. Last sekali aku off kan aja suisnya.


”Muka monyok aja ni banyak kerja ke? Biasanya balik senyum aja memanjang.” Tegur kak Ayu yang tinggal bersama denganku.
Aku mencampakkan beg sandang di atas kerusi, dengan lagak ala superman aku terbang merebahkan badanku ke kerusi empuk. Kak Ayu menjeling geram dengan gelagatku hari ini.
”Kau ni apa kena, perangai tu eloklah sikit macam jantan lah.”marah kak Ayu. Aku hanya memekakkan telinga, memang itulah yang selalu dileterinya jika aku melakukan aksi-aksi kurang sopan.
”Kau masak apa kak, laparlah..” leterannya tidak bersambut, malah terus aku bertanya kerana perutku mula berdendang.
”Ha itu ajalah kau tahu..makan..makan..aja. Masaknya tak nak..”
”Ala kak kalu aku tahu masak dah lama aku masak..”
”Nak tahu macam mana kalau kau tu memeng cari asalan aja bila aku suruh ke dapur.” Kak Ayu mula membebel.
”Kak..lauk apa kau masak...dengan lemah aku bertanya.
”Ayam masak merah.” jawan kak Ayu selamba.
”Hah!..ayam kak..woww! bestnya.” Aku menjerit riang sambil membalingkan bantal kecil ke arahnya. Kepalanya tertunduk ke bawah akbibat hentak bantal yang ku baling tadi. Dia membesarkan biji mata yang sudah tersedia besarnya.
”Terima kasih kak...”aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur.
”Eee..tak senonoh punya anak dara.” Biarlah kak Ayu nak kata apa pun aku anak dara ke anak kena dera ke janji aku dapat makan masakan kegemaranku .
”Kakkkkk!....kenapa kaki ayam aja yang tinggal.kau jahat lah kak”. Aku menjerit nyaring apabila melihat lauk dibawah tudung saji hanya tinggal sebelah kaki ayam tak perasan pula kaki sebelh kanan atau kiri..
”La tadi kau tanya aku masak apa kan..Aku jawab aja masak apa yang aku masak tak pulak aku cakap ada lagi...” kak Ayu membalas pertanyaanku dengan suara selamba. Aku menutup tudung saji dengan persaan geram. Dah la perut lapar balik-balik tiada lauk.
”Kau ni teruklah kak...”
”Teruk tak teruk mulai hari ni kau kena belajar memasak.” Kak Ayu tersengih mengenakan aku. Dengan muka cemberut aku masuk ke bilik. Airmata macam dah nak terkeluar tapi cepat-cepat aku sapu nanti kalau kak Ayu nampak dia kata apa pula gadis brutal tapi cenging. Dengan malas aku mencapai tuala mandi. Usai aja mandi aku keluar ke ruang tamu, siaran tv yang sedang ditonton kak Ayu aku tukar sesuka hati. Mengamuk kak Ayu marahkan aku. Aku hanya tayang muka selamba.
”Kau ni kenapa dik merajuk erk..”
”Ee perangai macam jantan tapi cenging.” Aku tak peduli apa kata kak Ayu yang penting aku berjaya menyakiti hatinya. Sampai hati dia masak tak tinggalkan untuk aku.
”Kau merajuk ke..”sindir kak Ayu sambil ketawa kecil setelah aku diam membisu.
”Lauk kau tu aku taruk kat dalam periuk lah. Aku dah panaskan. Patik dah siap hidang pun, pergilah makan wahai puteriku.” Kak Ayu datang memujuk ku. Agaknya dia siap hidangkan untuk aku masa aku mandi tadi kot. Mula-mula nak juga aku merajuk lama-lama tapi bila difikirkan rugi betul nanti ayam masak merah masakan kegemaranku terlepas pulak. Aku bangun lambat-lambat saja nak tunjuk protes. Kak Ayu datang mencucuk pingganku apa lagi gamat lah satu rumah dengar suara aku menjerit kegelian. Akhirnya aku dapat juga makan ayam masak merah dari air tangan kak Ayu. Ermm best!.

Read More..

Hati Ini Milikmu 17

Emy memandang halaman rumahnya yang telah dibersihkan dengan senyuman setelah berpuas hati dengan kerjanya dia menyimpan penyapu lidi di bawah rumah. Mak Jah ke rumah makcik Senah sebentar tadi belum pulang lagi. Lama benar emaknya berkunjung ke rumah makcik Senah. Pun begitu dia merasa sedikit senang dengan ketiadaan emaknya yang garang. Sambil menyanyi kecil Emy melangkah perlahan-lahan menuju ke parit dibelakang rumah. Disinilah dia menghabiskan masa sambil menguis-nguis anak ikan yang baru mengenal dunia. Dan disinilah tempatnya meluahkan segala kesedihannya atau kegembiraan. Anak-anak ikan mula berlari kencang apabila tangan mulus milik Emy cuba menangkapnya. Sesekali kedengan suara Emy ketawa riang melihat gelagat anak-anak ikan yang sedang ketakutan melarikan diri apabila tangannya hampir-hampir dapat menangkapnya. Kicauan burung yang terbang rendah menabahkan irama yang sedia ada.

Emy merasa tenang dengan nikmat alam yang tiada galang gantinya. Seketika matanya dipejamkam untuk menghirup udara petang yang semakin terasa kelembutannya. Dan ketika itulah bayangan wajah Faiz terbayang dimatanya. Emy cepat-cepat membuka matanya. Bukan itu yang dimahunya. Dia sedikit tertegun kenapa bayang wajah abang Faiz yang ditemui ketika mengambil motorsikalnya itu berulang lagi. Ah kalut!. Emy mengelengkan kepalanya beberapa kali jantung mula bergendangan tidak menentu. Tapi kenapa? Emy bingkas bangun dari duduknya dia ingin beredar segera dari tempat yang sering mendamaikan hatinya. Dia berlari lari anak menuju ke rumah.
”Kau ni dari mana hah.” Pertanyaan dengan nada sedikit tinggi dari Mak Jah mengejutkannya. Pantas jantung yang baru sahaja stabil tadi kembali ke aras kritikal. Emy hanya menunduk. Langkahnya dimatikan dihadapan Mak Jah yang tajam memandangnya Kau buat apa kat belakang tu? Aku keluar aja kau pun ambil pelaung merayap lah yea.”
”Emy ke parit tu mak.”
”Kau buat apa kat situ? Ada jantan ke kat situ.” Soalan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Mak Jah mengejutkan Emy. Mana mungkin dia melakukan hal itu. Dia masih tahu akan hukum-hakam agama. Emy mengelengkan kepala tidak betah dia menjawab bimbang nanti akan lebih menambahkan lagi kemarahan emaknya.
”Geleng-geleng kau dah takde suara yea.” Herdik Mak Jah.
”Emy cuma ke belakang ambil angin mak.” Jawabnya perlahan.
”Huh macamlah kat rumah takde angin kau nak angin apa? angin puting beliung.. angin satu badan..angin kuskus.. cakap!..”Emy hanya tunduk dan mengeleng.
”Dah pergi masuk dalam..bercakap dengan kau ni menyakitkan hati aja.” Marah Mak Jah sedikit mengendur. Emy cepat-cepat beredar dari situ. Emaknya mula bersikap seperti dulu.

”Hello..Assalamualikum..” satu suara dihujung talian yang sangat dirinduinya kertika ini seakan-akan mengerti rintihan hatinya.
”W’alaukumussalam. Akak...” Jawabnya gembira.
”Emy buat apa tu. Mak ada?” Sol Nadia
”Ada.. akak nak cakap dengan mak ke? Nanti Emy panggilkan yea kak.” Emy sedikit terasa apabila Nadia terus menyoal emaknya.
”Eh..jangan!.. cepat-cepat Nadia memintas. Dia sememangnya mahu bercakap dengan Emy kali ini. Emy sedkit hairan baru tadi akaknya menyoal tentang emak, bila dia mahu memanggil emaknya Nadia menegah pula.
”Kenapa kak?”
”Ala akak dah lama tak cakap dengan Emy. Selalunya bila akak telefon asyik mak aja yang angkat. Bila dah dapat peluang macam ni takkan akak nak Emy panggilkan mak pula.” Terang Nadia membuatkan seyuman dibibir Emy mekar dia tersalah sangka rupanya.
”Emy sihat?...”
”Sihat. Akak macam mana?”
”Akak sihat lah ni dik oii..” katanya gembira. Ermm. ”Mak sihat?”
”Mak pun sihat..”
”Pakwe Emy sihat..”
”Pakwe..pakwe apa ni.. Akak mimpi agaknya ni tetiba aja tanya pasal orang yang tak pernah wujud dalam hidup Emy.” Emy cuba menutup debaran didadanya. Dia sedikit terkejut sebenarnya dengan pertanyaan Nadia. Tapi nasib baiklah dia masih mampu mengawalny. Sebenarnya dia keliru dengan perasaannya sendiri. Kenapa wajah abang Faiz yang sering bermain dibalik tabir matanya. Nadia ketawa kecil apabila mendengar omelan adiknya. Dia tahu Emy belum berpunya tapi sengaja dia mahu menyakatnya.
”Bila akak nak balik kampung?”
”Hai baru akak balik dah suruh balik lagi..kenapa ni? Mesti ada yang tak kena ni, gaduh ngan mak lagi yea...?” teka Nadia
”Takde lah kak. Emy bosan lah takde kawan nak aja berbual. Kawan-kawan Emy yang ada pun semuanya berlainan bahasa....”
”Berlaian bahasa? Emy kawan dengan bangsa apa sampai tak faham apa diaorang cakap? India, Cina, Kadazan? Emy tak cerita pun kat akak Emy ada kawan berlainan bangsa. Soal Nadia tanpa sempat memberi peluang kepada Emy menjelaskannya. Sudahnya Emya ketawa kecil.
”Memang belainan bangsa, berlainan bahasa dan berlaian keturunan. Kawan- kawan Emy burung, ikan, kucing. Bila Emy cakap diaorang mana faham bila diaorang cakap Emy pula bingung..”luah Emy seperti kanak kanak yang baru pandai bercakap.
Nadia hampir mengehemburkan ketawanya. Tapi ditahan agar adiknya tidak terasa hati. Seketika hatinyanya menjadi sayu. Memnag benar adiknya tiada kawan. Emak telalu mengonkong kehidupan adiknya. Langsung tiada kebebesan diberikan kepada Emy sepertinya.
”Akak..hello!.. Emy memanggil Nadia yang senyap dihujung talian.
”Yea..yea akak dengar ni.”
”La ingatan talian dah putus..”
”Hmm..Emy nak duduk ngan kakak tak?” Soal Nadia kepada Emy. Memang sudah lama dia mahu mengajak adiknya tinggal bersamanya, hasrat nya itu sering terhalang dan kali ini dia berharap benar agar emaknya mahu mengikutnya.
Emy diam seketika? Dia sendiri tidak berani membuat keputusan walapun hatinya memberontak ingin keluar dari kehidupan terkurung seperti ini. Dia juga ada hati dan perasaan ingin kebebesan dalam meniti kehidupan.
”Erm..tapi kak, macam mana dengan mak tentu mak tak bagi Emy ikut akak.”
”Tentang tu Emy jangan risau tahulah akak nak pujuk mak nanti... Macam mana?”
”Emy ikut aja, tapi kalau mak tak bagi Emy ikut akak Emy akan teruskan kehidupan Emy disini.” Katanya sayu.
”Ok. Nanti akak pujuk mak. Dah jangan sedih-sedih. Banyakkan berdoa agar mak lembut hati lepaskan Emy kali ni.” Pujuk Nadia
”Kirim salam pada mak yea.”
”Baik lah kak. Assalamualaikum..” Emy meletakkan gangang telefon dnegan berhati-hati. Seketika dia memikirkan cadangan kakanya sebentar tadi. Kalau emaknya bersetuju dia mengikuti Nadia peluangnya cerah untuk mendapatkan pekerjaan dan hasrat hatinya ingin menyambung pelajaran seperti kakak dan abangnya.

******
”Hai cepatlah angah, langkah tu laju lah sikit, takkan hari pertama kerja kau dah nak tunjukan sikap macam ni.”
”Aku dah cepat lah ni long, kau tu terkejar-kejar. Kan kita masih ada masa lagi ni. jangan gopoh-gopoh steady lah sikit kau ke aku yang masuk kerja hari ni, kau pulak yang terlebih gabra ni kenapa?” Faiz ketawa kecil dengan tingkah lakunya yang sedikit kelam kabut pagi ini, memang betul kata Ayie dia pulak yang terlebih gabra. Keterujaannya untuk berganding bahu bersama Ayie untuk memajukan syarikat papa mereka adalah impiannya selama ini, dan hari ini bakal menjadi sejarah peribadi buatnya adik kembarnya akan menjadi salah seorang yang terpenting didalam syarikat Jaya Sepakat.
”Sorry bos..” katanya dalam gurauan. Ayie hanya mengelengkan kepala.
”Long kat syarikat papa tu ramai awek tak?” Soal Ayie bersahaja lalu memandang abangnya yang kelihatan membutangkan mata.
”Kau jangan nak rosakkan imej kau ngah. Jangan nak naik taraf hidup kau jadi buaya tembaga pulak kat syarikat tu, nanti engkau kemana kerja kemana pulak. Jangan nak bawak perangai kau masa kat kampung dulu, kau ingat along tak tahu erk apa kau buat kat kampung waktu petan, habis satu kampung anak dara kau ngorat kan. kalau kau betul-betul nak nanti along kenalkan...”
Ayie ketawa mendengar bebelan Faiz yang seakan-akan memberi amaran kepadanya. kenakalannya langsung tidak dapat disembunyikan. Pun begitu tidak bermakna dia suka mempermainkan perasaan wanita. Pasti suatu hari nanti ada seoarang wanita yang berjaya menawan hatinya. Dan pasti dia akan kalah. Siapa wanita itu..ia tetap menjadi misteri.
”Kau gelak ni kenapa?”
”Salah ke aku gelak. Aku ni nak ceriakan suasana long. Eh awek yang kat depan kauter tu masih kerja kat situ lagi tak? Comel kan budak tu. dah berpunya..... ayat Ayie tergantung disitu apabila alongnya mengangkat tangan memintanya diam. Faiz menjawab panggilan telefonnya.
”Jom cepat papa dan tunggu kita ngah. Ni semua kau punya pasal lah ngah.”
Ayie ketawa melihat keadaan kelam kabut abangnya yang melangkah laju meninggalkan dia dibelakang. Bagunan yang tersergam indah itu seakan mengamit Ayie turut berada di dalamnya. Ayie mengejar Faiz yang semakin menjauh meninggalkanya.

Okey semua saya kenalkan anak kedua saya salah seorang pengurus operasi yang akan mengurus cawangan baru kita di Johor nanti. Dia akan traning disini selama 6 bulan. Dan saya harap anda semua dapat bekerjasama dengan baik kelak. Datuk Kamal memperkenalkan Ayie kepada semua staff yang ada. Selepas Datuk Kamal memberikan ucapan Ayie pula diberi peluang untuk menyampaikan ucapannya serba ringkas. Semua staff yang ada menyambut baik kedatangnya di dalam syarikat Jaya Sepakat. Dan oarang yang paling gembira sekalaia adalah datuk Kamal. Habis sahaja training Ayie nanti dia akan mengumumkan persaraannya.
Read More..
Sunday, September 27, 2009

Hati Ini Milikmu 16

”Suriati pangilkan Faiz masuk, katakan saya nak jumpa..”arah Datuk Kamal kepada setiausahanya.
”Baik datuk..”
Seketika kemudian pintu bilik Datuk Kamal diketuk.
” Assalamualaikum ..Ada apa pa, macam penting aja” Faiz menyoasl sebaik sahaja dia memasuki bilik papanya.
”Duduk dulu Faiz papa ada perkara nak bincang dan tanya pendapat Faiz.” Datuk Kamal mengarahkan anaknya duduk. Faiz menarik kerusi dihadapan papanya lalu duduk mendenpangi lelaki berusia 53 tahun itu. Walaupun usianya separuh abad tetapi Datuk Kamal masih lagi kelihatan muda. Dan jika papanya ingin beristeri muda pun rasanya masih ramai lagi yang sanggup menjadi isterinya. Faiz sedikit tersenyum apabila fikiran nakalnya memikirkan ke arah yang bukan-bukan.
”Hai belum papa cakap apa-apa pun lagi dah senyum ni kenapa? Ada yang lucu.”
Faiz tersedar dari perbuatannya tak sangka pula Datuk Kamal boleh perasan dengan senyumannya tadi.
”Takdelah pa, Faiz terfikir kalau-kalau papa jumpa Faiz ni pasal nak tanya pendapat Faiz papa nak kahwin lagi satu..lambat-lambat dia menutukan katanya. Tapi Faiz tahu papanya bukan mahu membincangkan hal-hal pejabat. Papanya tidka kelihatan serius malah masih boleh tersenyum lebar.
”Isk budak ni kamu ni takde benda lain ke. ingat sikit tahun depan papa dah nak timang cucu takkan kamu nak adik kamu sama umur dengan anak kamu.” Tegur Datuk Kamal apabila anak sulongnya berfikir yang bukan-bukan. Faiz cepat-cepat mengelengkan kepalanya. Datuk Kamal tersenyum melihat gelagat anak lelaki pertamanya.
”Ada hal apa papa nak bincangkan ni...” Faiz tidak sabar untuk mengetahui perbincangan mereka ini.

Datuk Kamal menekan interkom dia meminta setiuasahanya membawakan air untuk mereka berdua. Begitulah seringkali dilakukan apabila dia ingin membincangkan sesuatu hal yang mengambil masa yang lama. Datuk Kamal menaggalkan kotnya lalu membuka kancing lengannya, dengan cara begitu dia terasa selesa. Dia melipat beberapa kali lengan kemejanya. Faiz hanya memerhatikan sahaja papanya berbuat demikian. Papanya seorang usahawan yang berjaya. Dan dia mahu mengikuti jejak langkah papanya dalam selok belok dunia perniagaan.
Suriati masuk dengan membawa dua cawan kopi, setiausahanya tahu kegemaran Datuk Kamal apabila terlibat dengan meeting tidak rasminya. Dua botol air mineral turut tersedia. Gadis itu tersenyum mesra apabila matanya bertembung dengan Faiz yang memang tampak lebih tanpan dari dulu maklum lah seri bakal pengantin.
”Letak kata situ, Terima kasih.” ujar Datuk Kamal sejurus Suriati meletakkan air yang dipintanya.
”Ada apa-apa lagi datuk..” soal Suraiti lembut.
”Takde..terima kasih”
”Saya keluar dulu ye datuk.”
”Yea baiklah.”
Datuk Kamal bangun lalu melangkah ke arah sofa hitam dikuti Faiz. Dua bingkai gambar pemandangan bersaiz sederhana tergantung cantik di ruang pejabatnya. Bunga-bungaan plastik yang pelbagai warna terletak elok di beberapa sudut. Sebaik sahaja Faiz melabuhkan punggungnya Datuk Kamal mula menyatakan kenapa dia dipanggil untuk berjumpa dengannya.
”Papa nak bincangkan sesutu dengan kamu...” Faiz tekun mendengar ayat seterusnya dari Datuk Kamal, sesekali dia meraup wajahnya beberapa kali. Sesekali dia kelihatan terangguk-angguk
”Tapi pa macam mana kalau dia tak setuju...” Setelah memahami dan mendengar usulan papanya Faiz kurang yakin dengan cadangan papanya.
”Kamu cubalah pujuknya dulu. Kamu kan kembarnya tentu kamu boleh lakukan.” Faiz hanya berdiam diri seketika memikirkan cadangan papanya yang ingin menambah cawangan baru dan yang akan menerajuinya nanti adalah Ayie, kembarnya. Dia cukup kenal dengan adik kembarnya yang ingin hidup berdikari.
”Hmm..papa dah takde orang lain lagi Faiz, Cuma kamu berdua sahaja anak lelaki papa. Lagipun papa dah lama dalam perniagaan ni, dah masanya papa bersara. Mama kamu pun sering leterkan papa makin tua makin kuat berkerja katanya. Kesian mama kamu dah lama papa tak melaungkan masa dengannya. Sekarang anak-anak papa dah besar, masa ni lah paling sesuai untuk papa bersara. Lagipun dah tiba masanya papa nak tumpukan pada ibadah dah lama benar papa dalam bidang ni.” Luah Datuk Kamal dengan hati yang lega. Dia mahu anaknya pertimbakan usulannya tadi. Faiz turut simpati pada papanya. Terlalu lama papanya bekerja dan kini tibalah masanya dia membalas segala pengorbanan papa dan mamanya. Faiz juga sering mendengar mamanya berleter apabila papa terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan mengabaikannya.
”Baik lah pa Faiz akan cuba pujuk Ayie.” Datuk Kamal tersenyum memandang anaknya yang semakin dewasa ini dia menepuk bahu anaknya beberapa kali.
”Tapi macam dengan nenek dan atuk kat kampung pa. kalau Ayie kerja kat sini dah tentu nenek dan atuk takde orang jaga.”
”Yang tu Faiz jangan risau, ayah dah bincang dengan mama kamu, dia akan pujuk nenek dan atuk tinggal dengan kita, tapi kalau nenek dengan atuk kamu tak nak duduk dengan kita, papa cadang nak buat sebuah rumah kat kampung. Kami akan menetap kat sana pula.” Faiz sedikit terkejut dengan cadangan papanya. Sudah nekadkah papanya ingin melepaskan perniagannya kepada mereka berdua. ”Setinggi manapun si bangau terbang akhirnya pulang ke sarang juga.” Datuk Kamal faham apa yang bermain di fikiran anaknya seraya tersenyum.
”Kalau takde apa-apa lagi Faiz keluar dulu yea papa.”
”Baik lah tapi jangan lupa pujuk Ayie.” Faiz mengagguk seraya tersenyum melihat papanya timbul juga rasa kasihan apabila memandang wajah papanya yang terlalu berharap.


”Apa long, la kenapa aku pulak kan kat syarikat papa tu ramai yang layak. Suruh ajalah papa lantik mereka, lagipun aku mana tahu urus syarikat besar tu.” Ayie sedikit terkejut dengan permintaan papanya yang disampaikan oleh alongnya.
”Kau ni cuba lah dulu angah, lagipun kalau bukan kita yang ambil alih syarikat tu nanti siapa lagi.”
”Ala kau ajalah long uruskan syarikat papa tu, aku tak minat lah. Aku mana reti bergelumang dengan dunia korporat ni.” Ayie masih lagi menolak pujukan kembarnya.
”Kau ni kan angah, cuba lah dulu. Along dulu pun tak tahu juga pasal business ni tapi aku belajar dengan papa. Lagipun....”kata-katanya mati disitu. Ayie menanti ayat seterusnya dari Faiz yang diam dihujung talian. ”Lagipun papa berharap sangat ngah, dia dah lama sangat dalam bidang ni, papa nak bersara dah lama benar dia abaikan mama. Dalam usia macam nilah dia patut berehat dan banyak beribadah. Kau tak kesiankan mama ke. Dia pun dah banyak berkorban masa demi papa. Sangup dia ketepikan masa sunyinya. Dan sekarang kita sebagai anak patut balas jasa mereka. Along tahu kau tak dibesarkan oleh mereka, tapi setiap hari mama tak pernah lupa menyebut nama kau. Diam-diam papa dia masih juga merisik khabar tanyakan kau dari along.” Ayie hanya terdiam mendengar luahan alongnya. ”Papa bukan saja-saja mahu tinggalkan kau pada nenek tapi papa kasihan kan nenek, lagipun nenek yang nak sangat jaga kau.”
Ayie tekun mendengar pujukan Faiz. Memeng benar kata Faiz walaupun dia tinggal bersama nenek, papa dan mamanya tidak pernah mengabaikan tangungjawabnya, nenek sering juga menasihatinya agar layan papa dan mama dengan baik, tapi hati remajanya sering memberontak. Dia pernah menganggap mama dan papanya telah membuangnya jauh dari hidup mereka. Setelah terdiam seketika Ayie bersuara lemah.
”Bengkel aku tu siapa nak urus?”
”Kau suruh aja Bidin uruskan itu tak jadi masalah lah ngah, yang penting along nak tahu kau setuju atau tak itu saja.
”Nantilah aku fikirkan. Nenek ngan atuk nak kena bagitahu juga nanti kecil hati pulak mereka lagipun long bagi aku kalau nenek dan tok tak setuju aku tetap tak kan tinggalkan mereka. Itu keputusan aku.” Nada Ayie kembali tegas.
”Baiklah ngah. Tapi sebelum kau buat keputusan kau fikirlah masak-masak. Along harapkan jawapan yang positif dari kau.”

Ayie menggaru kepalanya buntu juga dengan permintaan papanya yang baru sahaja disampaikan along tadi.
”Eh apa menung ni malam- malam buta kat luar sesorang, nak kata teringat mata air rasanya takde lagi, nak kata bengkel tak operasi seingat nek tak pernah tutup..” sapaan nek Som memeranjat Ayie yang sedang leka memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan hajat papanya.
”Takde apa-apa lah nek, saja ambil angin malam.” Balas Ayie lalu melemparkan senyum.
”Ha iye lah tu, buang tebiat ke apa kamu ni, angin malam apa hujan-hujan macam ni. Tu adalah benda yang berserabut kat kepala ni sampai hujan kat depan mata pun tak nampak.”
”Alamak tak perasan la pulak.” Ayie bersuara lemah.
”Meh duk kat sini. Apa kena dengan kamu malam ni, cerita kat nenek anak dara mana yang tolak cinta kamu ni, sampai resah gelisah macam tu.” gurau nek Som apabila melihat cucunya resah gelisah.
”Eh.. kesitu pulak nenek ni. siapa yang nak kat Ayie ni nek, tak berharta, takde rupa...”
”Alasan kau tu dah lapuk la Ayie. Kalau dah ada yang berkenan tu cakap aja pada nenek ni, biar nenek pergi merisik.” Ujar nek Som bersunguh-sungguh.
”Bukan pasal mataair lah nek. Ni pasal....” ayatnya dimatikan berat terasa lidah untuk menyatakan permintaan papanya.
Ayie melangkah menghampiri nek Som yang duduk bersila menghadapnya. Wanita yang semakin diammah usia dan penuh ditumbuhi uban dikepala melemparkan senyum.
”Papa nek..” Ayie merebahkan kepalanya di atas peha nek Som. Begitulah keadaan Ayie jika dia berada dalam dilema. Dia suka meletakkan kepalanya di atas ribaan nek Som dengan cara itu dia mendapat ketenangan. Dia selesa berkeadaan begitu jika dia mempunyai isteri pasti perkara yang sama akan dilakukannya.
”Hai dah tua bangka pun nak bermanja lagi.” Nek Som sengaja menepuk Ayie dengan kuat.
”Saja nak buat atuk jeles tengok Ayie macam ni.” gurauan Ayie meyebabkan nek Som ketawa terbahak-bahak.
”Nak jeles apanya atuk kamu tu dah lama mimpikan Nanu lah.” Ayie hanya tersengih mendengar nama Nanu disebut neneknya.
”Nek..”panggil Ayie dengan lembut. Nek som menantikan kata-kata seterusnya dari Ayie. Dia melurut lembut rambut hitam cucunya.
”Nek tadi along telefon Ayie.. papa minta Ayie kerja dengannya. Ayie tak nak lah nek.”
”Eh elok lah tu Ayie kerja dengan along, tolong papa kamu tu..”
”Tapi nek kalau Ayie pergi nenek dengan atuk macam mana? Siapa nak jaga nenek, siapa nak jaga atuk...”
”Pasal nenek dengan atuk kamu jangan risau lah. Tahu lah nenek nanti. Lagipun bukannya jauh sangat bandar tu dengan kampung ni. Tiap-tiap minggu Ayie boleh jenguk nenek kat sini.” Ujar nek Som. Mereka sama-sama terdiam.
”Papa dan mama kamu dah bagitahu nenek minggu lepas. Nenek sengaja suruh dia bagitahu kamu sendiri. Papa dan mama kamu dah buat perancangan dia nak menetap kat sini bila kamu adik beradik dah boleh ambil alih perniagaannya.” Terang nek Som bersahaja. Ayie bangkit dari pembaringan lalu duduk bertentangan dengan nek Som, dia tercengang-cengang mendengar penjelasan nek Som yang selama ini telah mengetahui rancangan papanya. Patutlah neneknya tidak kisah jika dia berhijrah ke kota. Rupanya papa sudah memberitahu rancanganya pada nenek terlebih dahulu.
”Jadi nenek dah tahu dari awal rancangan papa.” Soalnya perlahan. Nek Som hanya mengangguk dan tersenyum.
”Kamu masih muda Ayie, peluang macam ni lah digunakan sebaik-baiknya. Bagi peluang pada papa dan mama kamu berehat pula. Papa dan mama kamu bercadang nak ke mekah nenek dan atuk pun ikut sekali. Jadi pasal nenek dan atuk kamu tu tak payah nak dirisaukan lah. Lagipun mereka cuma tunggu lampu hijau aja dari kamu. Pergilah Ayie.” Saran nek Som sambil menepuk bahu cucunya. Ayie hanya membisu. Sekilas bayangan gadis yang dituduh mencuri motorsikalnya terbayang. Hatinya terasa sesuatu.......
Read More..
Saturday, September 12, 2009

Hati Ini Milikmu 15

Emy menyanyi riang. Motorsikal kesayangannya telah pun dibaiki. Dia cukup senang hati hari ini. Dibawanya perlahan-lahan menyusuri jalan yang tidak berturap. Wajah abang fFiz terbayang dimindanya. Kenapa pulak aku tebayangkan abang faiz yea, mungkin perangai dia lain kot. Tak mesra macam kat rumah. Agaknya malu lah tu takde kak Nadia. Emy membuat telahan sendiri mengenai perangai Ayie yang disangaknya Faiz tadi. Ah biarlah asalkan dia bahagia. Emy memulas minyak seberapa laju yag mungkin dia ingin menguji break motorsikalnya yang baru manalah tahu nanti timbul masalah lagi. Dia lega apabila break barunya berfungsi dengan baik. Senyumannya mekar dihujung bibir.

”Assalamualaikum..Emy memberi salam sebaik sahaja menjejak kaki ke dapur. Pintu dapur adalah pintu utama baginya sejak dia bersekolah rendah. Tiap kali pulang dari sekolah dia akan dimarahi emaknya jika dia naik ke rumah melalui pintu utama. Sering kali juga dia terfikir kenapa kakaknya tidak pla dimarahi oleh emak jika dia masuk melalui pintu itu. Letih berfikir dia hanya membiarkan sahaja waktu meluputkan apa yang dirasa. Nadia muncul bersama sebuah senyuman.
”Dari mana Emy?” Soal Nadia mendapatkan adiknya.
Ni lagi sorang tadi dah dibagitahu ambil motor, apa penyakitlah psangan ni yea. Sempat lagi dia mengata kakaknya dalam hati. Bibrnya mengukir senyum. Dijawab juga soalan kakaknya waluapundirasakannya tidak perlu.
”Emy baru lepas ambil motor. Abang Faiz tak bagitahu ke dia jumpa Emy. Nadia sedikit hairan, bila masa pula tunangnya itu berjumpa Emy sedangkan mereka seharian berdua ke bandar. Mak Jah muncul sebaik sahaja Emy melangkah masuk.
”Emy hantarkan kueh ni ke rumah makcik Senah.”
”Baik mak. Emy membalas lembut. Dia mencapai sebekas kueh yang dihulurkan Mak Jah. Nadia tidak sempat menyoal dengan lebih lanjut lagi, Emy berlalu meningalkannya termanggu sendirian memikirkan kata-kata adiknya.
”Rabun agaknya si Emy tu.” dia mebuat telahan sendiri lalu mengelengkan kepalanya.
”Ha Nadia buat apa lagi tercegat kat situ.” Nadia menoleh apabila disapa oleh Mak Jah yang melihat tingkahnya tadi.
”Takde apa-apa lah mak.” Dia mengikuti langkah ibunya.
”Mari sini, mak nak tunjukkan sesuatu pada kamu.”
”Apa dia mak.”. Mak Jah membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Langkah kakinya sudahpun bertapak didalam biliknya. Mak Jah membuka pintu almari pakaiannya dia mengeluarkan sebuah kotak segiempat lalu duduk disisi katilnya bersama Nadia.
”Apa tu mak...”
”Ni barang kemas peningalan arwah nenek Nadia. Mak nak hadiahkan pada Nadia.” Mak Jah mengelurkan satu set barang kemas yang kelihatan masih baru walaupun barang kemas itu berukiran lama.
”Arwah nenek. Cantiknya mak. Tapi nampak macam baru aja ni..”
”Mak pergi cuci dengan makcik Senah minggu lepas.”
”Ooo..” Nadia memadankan rantai itu ke lehernya sambil kepalanya tertoleh-toleh ke arah cermin. Mak Jah tersenyum gembira dengan penerimaan anaknya.
”Takde apa lagi yang mak nak bagi pada Nadia hanya tu aja harta yang mak ada.”
”Ini pun dah cukup mak. Tapi...” Nadia mematikan kata-katanya, dia teringat akan adiknya Emy. Jika Emy berkahwin apa pula hadiah yang mak akan diberikan kepadanya. Atau adiknya itu langsung tidak dapat apa-apa.
”Kenapa Nadia.. tak suka hadiah ni ke?” soal Mak Jah, melihat anaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.
”Errr..kalau mak bagi pada Nadia semua ni, untuk Emy mak bagi apa pula.”
”Hai tak cukup lagi ke apa yang mak bagi selama ni pada dia.” Mak Jah berwajah kelat apabila soalan itu yang diberatlan oleh anaknya.
”Mak.. bukan ke Emy anak mak juga. Tak adil rasanya kalau Nadia dapat semua ni tapi emy tak dapat apa-apa.” nadia berintonasi lembut memujuk emaknya.
”Sudah lah kalau Nadia tak nak mak simpan aja barang kemas ni.” Mak Jah malas berketak dengan anaknya. Dia mengambil semula barang kemas dari tangan Nadia lalu memasukkan semula ke dalam kotak empat segi itu.
”Mak..Nadia tak bermaksud macam tu mak.. takpelah hadiah tu mak simpan dulu nanti tiba hari kahwin nanti, Nadia pakai yea mak.” Nadia memujuk Mak Jah yang kelihatan masam mencuka. Berkecil hati agaknya dengan kata-kata Nadia. Jika Nadia tahu kenapa dia bersikap begitu pada Emy tentu anaknya itu tidak berkata sebegitu.
”Mak..” panggil Nadia lembut sambil memegang bahu emkanya. Mak Jah membatu lagi. ”Nadia laparlah mak...” Nadia merengek manja bagi memulihkan keadaan yang tidak selesa tadi.
”Kueh yang mak buat tu mak dah letak bawah tudung saji, nak makan ambil aja.” Mak Jah bersuara, termakan juga dengan pujukan anaknya.
”Marilah kita makan sama-sama yea mak..” ajak Nadia mengambil hati emakanya semula.
”Erm..” Mak Jah hanya mengagguk kecil lalu mereka berlalu ke dapur.

*****

”Assalamualaikaum..makcik.” Emy tersenyum apabila kelibat makcik Senah sedang terbongkok-bongkok dibelakang rumahnya, entah apa dibuatnya perempuan sebaya emaknya itu sendirian disitu.
”Wa’alaukummussalam..eh Emy. Terkejut makcik ingatkan siapa lah datang petang-petang macam ni ke rumah makcik ni.” Makcik Senah tersenyum lebar menerima kujungan yang tidak disangka-sangkanya. Susah benar sekarang ini anak kawannya itu bertandang ke rumahnya.
”Ala makcik ni macam lah Emy tak pernah datang ke sini waktu-waktu macam ni.” Emy mencium tangan wanita yang kini berada dihadapannya.
”Ala itu dulu masa kamu kecik-kecik dulu, sekarang dah besar panjang mana ada datang rumah makcik lagi dah..” separuh merajuk suara makcik Senah menuturkannya. Emy tersenyum mesra. Dia tahu wanita ini terlalu baik denganya.
”Ala makcik, Emy tak datang pun Emy tetap sayangkan makcik.” Mesra benar mereka berdua. Hanya dibelakang Mak Jah sahaja Emy bersikap mesra dengan Makcik Senah. Dia takut menunjukkan kemesraan mereka berdua nanti menimbulkan sakit hati emaknya. Sesekali dia merasakan makcik Senah yang layak jadi emaknya. Perhatian yang diberikan oleh makcik Senah tidak pernah diberikan oleh emaknya. Separuh kasih sayang seorang ibu yang diperolehinya adalah melalui makcik Senah. Sejak kecil lagi dia sering dibela oleh makcik Senah jika emak sering memukulnya walaupun dia sendiri tidak tahu apa kesalahnya pada masa itu. Pernah dia dipukul tanpa sebab apabila dia baru pulang dari mengaji apabila kakaknya Nadia telah terjatuh dari basikalnya sendiri sedangkan Emy pada masa itu hanya berjalan kaki. Mak Jah terlalu marah lalu dia yang menjadi mangsa di atas kecuaikan kakaknya menungang basikal. Dia menangis minta dibelas nasib baik makcik Senah menolongnya.
”Eh termenung pulak dia ni, apa yang dimenungkan tu Emy” Suara makcik Senah yang hampir dengannya melantun semua ingatannya dizaman kanak-kanak.
”Er..takde apa-apa lah makcik, Emy teringat masa Emy kecil-kecil dulu, kan makcik selalu jamu Emy makan buah setiap kali tiba musim buah. Tapi sekarang dah tak dapat nak merasa macam dulu lagi dah.”
”Eh kenapa pulak.” Makcik Senah hairan dengan jawapan yang kelaur dari bibir manis itu.
”Iye lah mana nak dapatnya makcik, kan makcik dah tebang separuh dari pokok tu.” sambil matanya menghala ke halaman rumah yang sedikit gondol.
”Ala paa yang nak dirisaukan Emy, makcik dah tanam pokok buah-buahan kat kebun sana tu. Tahun depan kalau ada rezeki insyaallah boleh la merasa tahun ni baru nak belajar bebuah.” Bersinar mata Emy apabila makcik Senah menghabiskan ayatnya.
”Tak sabar lah Emy makcik, tentu seronok walaupun tak sama macam zaman kanak-kanak dulu tapi sekurang-kurangnya Emy dapat mengembalikan kenangan masa kecik-kecik dulu. Nanti bolehlah Emy ajak kak Nadia sekali yea makcik.”Mak cik sSenah hnaya mengangguk dan tersenyum kecil.
”Eh lupa pulak Emy makcik, mak kirimkan kueh untuk makcik, kak Nadia ada balik...”
”Bila kakak kamu balik.”
”Semalam makcik.”
”Tak nampak pun keretanya makcik lalu semalam.”
”Dia balik dengan abang Faiz. Katanya hendak hantar barang-barang kahwin.”
”La cepatnya buat persiapan.” Emy hanya tersenyum kecil. Dia menghulurkan bekas berisi keuh itu kepada makcik Senah.
”Emy bila lagi, Nadia dah nak kahwin takkan Emy nak membujang aja tak nak cari teman..”.hanya ketawa kecil sahaja yang menyambut pertanyaan makcik Senah.
”Orang macam Emy ni siapalah yang pandang makcik, lagipun Emy bukannya ada apa, wajah pun tak seberapa.” Emy merendah diri.
”Tak baik cakap macam tu Emy, syukurlah dengan apa yang Allah jadikan, tak baik kita merungut macam tu. Siapa kata Emy tak cantik. Buta agaknya orang tu, makcik tengok Emy ni banyak kelebihan. Dengan kesabaran yang ada pada Emy tu menjadikan Emy lebih cantik tau tak.” Makcik Senah meraih jari jemari Emy lalu dielusnya perlahan. Dia tahu apa yang dirasakan oleh gadis itu ketika ini.
”Pakcik mana? Tak nampak pun...” tidak mahu dibuai perasaan sayu Emy menukar topik.
”Pakcik kamu mana nak lekat duduk rumahnya, ke rumah kawan. Katanya nak menjerat burung, entah la makcik dengan perangai orang lelaki ni pening dibuat..”
”Makcik ni tadi baru aja suruh Emy cari teman, sekarang makcik kata pening pulak. Ni yang buat Emy rasa takut nak cari teman lelaki...”
Makcik Senah pecah tawa apabila Emy berkata demikian. Emy turut ketawa melihat makcik Senah ketawa.
”Dah! Jom... makcik nak buatkan air”
”Eh tak payah la susah-susah makcik, lagipun Emy datang sekejap aja ni.” Emy menolak lembut pelawaan makcik Senah. Wajah tua itu sedikit mendung.
”Takde susahnya lagipun rumah makcik ni mana ada sesiapa. Nak harapkan Bahar balik. Errmm.. berjangutlah makcik tunggunya.” Dalam pada membantah langkah kakinya turut mengekori makcik Senah ke dapur. Tidak sampai hati pula menghampakan pelawaan makcik Senah.
”Ala makcik ni abang Bahar tentu sibuk dengan studynya, nanti kalau ada kelapangan dia balik lah tu. Dia kan tengah berjuang tu, makcik kena sabar. Macam emy ni.” Dia sengaja menghiburkan hati tua milik makcik Senah. Makcik Senah mengelengkan kepalanya beberapa kali. Anak itu masih lagi mahu menghiburkan hatinya walaupun dia tahu gadis itu banyak menyimpan kedukaan.
”Makcik duduk kat sini yea, biar Emy yang buatkan air untuk makcik.” Sambungnya apabila makcik Senah kembali ceria. Makcik senah menganguk kecil, dengan kehadiran Emy hari ini, terubat juga kesunyiannya jika dia mempunyai naka perempuan sudah tentu dia tidak kesenyuian seperti sekarang. Bahar satu-satunya anak tunggal mereka. Rindunya pada Bahar sedikit berkurang apabila kehadiran Emy menceriakan harinya.
”Abang Bahar bila habis belajarnya makcik?” air yang dibancuhnya sudah sedia terhidang. Makcik Senah beredar ke meja makan dia mengambil beberapa keping biskut kering didalam tin.
”Awal tahun hadapan. Kenapa, Emy dah tak sabar nak jumpa abang Bahar yea..”usik makcik Senah. Dia tahu Bahar merupakan kawan Emy sejak kecil. Anaknya itulah selalu memujuk Emy jika gadis itu dalam kesedihan.
”Dah lama Emy tak jumpa abang Bahar makcik.” Dia senang berada disamping wanita yang kaya dengan senyuman itu. Alangkah bahagianya dirinya andai didepan mata kini adalah emaknya.
”Sabar lah tahun depan panjang umur, insyaAllah dapat jumpa dia.” Emy hanya menganguk kecil. Terbayang macam mana lah rupa abang Baharnya yang telah lama meninggalkan tanah air. Berjambangkah, bermisai lentikkah, atau berkulit gelap, akhirnya dia geleng kepala sendirian sambil tersenyum. Makcik Senah hanya memerhatikan sahaja gelagat Emy. Dia terut tersenyum. Dan di fikirannya terbayangkan sesuatu....

*****

”Lama adik kat rumah makcik Senah tu, ha buat apa?” usik Nadia dengan mata sengaja dibulatkan. Emy hanya membalas soalan kakaknya dengan sebuah senyuman. Dia membawa bekas yang telah kosong ke dapur. Setelah itu dia mendapatkan kakaknya yang berada dirunag tamu sambil menonton tv.
”Lama erk, tak sedar lah kak, Emy ingatkan baru aja perginya. Sembang punya sembang dengan makcik Senah sampai lupa nak balik rumah.” Mak Jah yang kebetulan lalu dihadapannya hanya memadang dengan jelingan. Emy menundukkan wajah. Takut dengan jelingan yang seakan mahu menerkamnya itu.
”Aku suruh pergi hantar kueh aja, yang kau pergi duduk bersembang tu dah macam takde kerja lagi kat rumah ni yea..” soal Mak Jah mula bersikap garang. Kecut perut Emy bila emaknya berkata begitu. Dia mula menikus. Nadia sedikit terperanjat dengan sergahan emaknya tadi. Kesalan Emy tidak lah sebesar mana, jika dia pun sudah tentu berlama juga jika disuruh menghantar apa-apa. baginya Makcik Senah terlalu baik orangnya malahna makcik Senah juga merupakan kawan baik emaknya. Apa yang menyebabkan emaknya suka mencari salah terhdapa adiknya. Bilalah adiknya itu akan hidup sepertinya.
”Mak..” Nadia menegah emaknya daripada berleter panjang. Emy mengambil peluang melarikan diri, bimbang juga dia jika berlama berdiri di situ dia aka terus dimarahi emaknya. Nadia hanya mampu memerhati kelibat adiknya menyusup ke bilik. Bila lah kemesraan mereka akan berputik. Sudah lama dirasakan hubugan mereka tidak sebulu.

”Emy..”boleh akak masuk
”Masuk lah kak, pintu tak kunci...”
”Emy buat apa ni? dilihatnya Emy sedang melipatkan telekung solatnya.
”Baru lepas mengaji kak, takde apa nak buat malam-malam macam ni. masuklah kak, apa lagi tercegat kat situ, dah tak sudi masuk ke bilik Emy yea..” usik emy apabila melihat Nadia masih lagi tercegat di pintu biliknya. Nadia melangkah perlahan. Dia kasihan dengan adiknya setelah lama dia berhijrah ke Kuala Lumpur tidak pernah dia membayangkan apa yang berlaku bila emak dan Emy hanya tinggal berdua. Masing-masing seperti orang asing pada pandangannya.
”Esok akak balik kan? Pukul berapa akak gerak?” Soal Emy sebaik sahaja Nadia melabuhkan pungungnya di atas tilam usang miliknya.
”Petang selepas makan tengah hari..kenapa?Emy nak ikut akak balik ke kl ke?”
Takde lah kak, Emy nak masak special untuk akak...” ujarnya penuh semangat. Nadia mencubit pipi gebu milik Emy.
Emy nak makak cekodok pisang untuk akak..hahaha” Nadia membulatkan matanya sempat lagi adiknya mengusik. Belumpun sempat Nadia mencubit pipinya kali kedua Emy cepat-cepat menepis tangan lembut kakaknya. Mereka berdua ketawa bersama. Suasa sepi seketika apabila masing-masing menghabiskan ketawa.
”Kenapa ni dik, macam orang ada masalah aja ni?” soal Nadia apabila Emy berwajah muram.
”Takde apa-apalah kak. Saja tanya. Kalau akak takde sunyilah Emy, takde teman nak bersembang, nak bercerita nak ketawa...” katanya perlahan
”Kalau macam tu Emy ikut akak lah, cari kerja kat KL nak?” Nadia memberi cadangan.
”Tak nak lah kak. Nanti mak tinggal sesorang lagipun siapa nak tolong mak pergi pasar, tolong mak basuh baju...”
”Hmmm...Nadia mengeluh kecil, dia yang sepatutnya mengalas tangungjawab itu selaku anak sulong, tapi tangungjawab itu dilepaskan sepenuhnya kepada adik yang sering menjadi mangsa emaknya.
”Kenapa mengeluh ni, akak yang ada masalah erk. Ceritalah kak manalah tahu Emy boleh tolong kali ni.. setulus hati dia akan memberikan pertolongan jika kakaknya memerlukan pertolongan. Hanya Nadialah satu-satunya ahli keluraga yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
”Takde lah, akak bukan mengeluh la dik, akak cuma tarik nafas panjang aja.” bohongnya.
“Hiss… ada pulak macam tu.” Nadia mula bebaring diatas tilam beradu adiknya, dia melihat disekeliling bilik adiknya yang kelihatan kemas dan teratur. Emy seorang yang rajin berkemas malah jika dibandingkan semua tugas rumah dia memang kalah. Dan yang paling tidak dapat disangkal lagi jika dibandinkan masakannya dengan emy sudah pasti dia kalah. Adiknya lebih arif tentang masakkan. Beruntung siapa yang menjadi suaminya nanti, alamaknya perut tak sempat nak kempis lah.
”Hei masuk bila kita mengelamun pulak dia, kenapa ni kak. Tadi dia tanya kita ni kita pulak tanya dia.” Emy mula membaringkan badannya disebelah kakaknya.
”Macam mana erk kalau akak kahwin nanti..”
”Macam mana apanya kak, macam orang lain kahwin lah ada khemah, ada nasi, ada mak andam ada tetamu ada pengantinya. Apa lah akak ni yang tu pun nak dirisaukan..”
”Maksud akak, macam mana akak lepas kahwin nanti tentu takde masa nak menyembang dengan Emy macam ni lagi.”
”Emy dah biasa lah kak, yang tu akak jangan risau lah yea. Kita tetap adik beradik walaupun akak dah kahwin dah beranak pinak. Sesekali akak balik bercuti Emy akan kidnap lah akak sekejap masuk bilik ni.” Nadia ketawa mendegar usikan adiknya, walapun hatinya begitu sayu.
”Ermm..macam mana kalau kita kahwin sama-sama nak, naik pelamin sama-sama..” cadang Nadia lalu bangun dari pembaringannya.
”Tak mahu lah kak, nanti orang pandang akak seoarang aja atas pelamin tu, Emy ni mana cantik kalau nak dibadingkan dengan akak ni. Lagipun manalah ada orang nak kan Emy kak..”
”Ala Emy tu yang jual mahal, abang Bahar kan ada, tadi pun Emy balik dari rumah bakal mentua kan..”Seloroh Nadia. Dia tahu sedari kecil adiknya itu tidak suka dipadankan dengan abang Bahar.
”Akakkkk!!!...” jerit Emy sambil membaling bantal miliknya. Dia tidak suka diusik begitu. Nadia suka memadankan Emy dengan Bahar, lelaki yang sering menjadi teman sepermainan mereka semasa kecil dulu, yang akan meredakan tangisannya setiap kali dimarahi Mak Jah.
”Emy anggap abang Bahar tu macam abang kandung lah kak, tak mau lah kenen-kenen macam tu.” Nadia ketawa besar apabila adiknya mula menarik muka masam.
“Emy dah ada pilihan sendiri erk...sabaik sahaja ketawanya reda dia terus bertanyakan adiknya. Umur sebegini Emy sepatutnya sudah mempunyai teman lelaki.
”Takde kak, belum ketemu lagi pilihan hati.” Sepintas lalu wajah abang Faiz yang ditemui siang tadi terbayang di mata. Emy mengelengkan kepalanya beberapa kali.
”Ha ni kenapa pulak tergeleng-geleng ni,mesti ada sesuatau kan. Baik bagitahu akak, siapa yang nak kan Emy sampai Emy mengeleng macam tu.” Serkap jarang Nadia hampir-hampir memutuskan tangkai jantungnya
”Takde lah kak..” Emy terasa berdebar, mati jika kakaknya tahu dia terbayang wajah abang faiz.nadia tidak berpuas hati dia mnegeletek adiknya supaya memberitahu apa yang ada didalam fikirannya ketika ini.
”Takde apa-apalah kak, Emy cuma bayangkan kalau kita sama-sama kahwin tentu mak tak setuju malah mak kejar Emy dengan batang penyapu.” bohong Emy hanya dengan cara itu sahaja kakaknya akan berhenti dari mengeleteknya.
”Hiss apa lah Emy ni, kesitu pulak difikirnya. Tapi kalau Emy dah ada calonnya bagitahu akak, jangan sorok-sorok pulak. Nadia tersenyum melihat adiknya buat-buat tidak tahu. Dia masak benar dengan sikapa Emy yang cukup perahsia orangnya.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati