Monday, October 5, 2009

Pion oh Pion...

Sekadar menambah beban fikiran yang sering kekeringan idea...cerita yang lahir dari perasaan geram sebenarnya..."Datanglah ilhamku agar aku bisa menari semula menghiasi diari hati ini yang semakin suram...."


“Ala lembab lah dia ni. Siot betul, ingat bapak dia punya jalan ke, sekejap ke kiri sekejap ke kanan macamlah JKR tu dia punya.
”Pinnnnnnnnnnn!!!.. Aku mula naik geram dengan telatah pemandu kereta yang tidak berhemah itu. Keretanya dah la rupa macam roti ada hati pulak nak cronker jalan sesorang, ingat orang lain tak nak guna jalan agaknya. Dengan wajah merah membara aku memandang tepat ke wajah pemandu yang sedikit kelam kabut itu. Mulanya aku ingatkan perempuan yang memandu.
“La jantan rupanya dia ni, sewel betul lah mamat ni.” aku mula menyumpah dalam hati.. Mamat yang berkacamata hitam itu mula ketepi memberi laluan kepadaku setelah melihat rupa aku yang sedikit bengang. Dan dengan kuasa laluan yang diberikan aku mula memulas minyak motor beberapa kali sebagai tanda kebengangan yang aku rasai. Apa ditunggu lagi mengaum lah kapcai aku yang baru ni. Aku tak pedulikan beberapa pasang mata pengguna jalan raya yang sedang memerhati tingkahku, yang penting hatiku lega apabila mempamerkan rasa marahku tadi. Sebelum aku memecut laju sempat aku mengangkat tangan yang tergengam erat kepadanya, sebiji macam penyangak jalanan. Aku tengok mamat tu mengangkat tangan dan sedikit terangguk-angguk mungkin sebagai tanda minta maaf agaknya. Dengan kuasa pecutan aku kerahkan kapcai kesayangan mendesup pergi seperti lipas kudung meninggalkan mamat yang terkial-kial memandu keretanya.Dapat lesen terbang agaknya dia ni.Terlalu sangat melayan perasaan geram akhirnya sampai juga aku dengan selamat ke tempat kerja.

“Ni kenapa lambat?..”En. Ahmad muncul ketika aku baru aja menyimpan helmet di tempat biasa. Terkejut juga sebenarnya dengan kemuculannya secara tiba-tiba, selalunya dia yang masuk lambat hari ni awal pula. Aku tersengih-sengih.
”Sorry bos tadi ada mamat sorang tu terhegeh-hegeh bawa kereta. Macam mak dia punya jalan pulak lagaknya”. Aku bagi alasan yang sememangnya benar-benar alasan.
“Awak ni ada-ada saja jawapannya, kalau nak memonteng ada-ada saja kan, itu lah ini lah.” En. Ahmad memandang tepat ke arahku kecut juga perut seketika tapi aku buat muka seposen aja.
”Dah bos tanya.”
“Ha tengok tu..”
“Opss!..Sorry bos..” Aku mengangkat tangan tanda hormat seperti tentera. En. Ahmad berlalu dengan hadiah gelengan kepala. Aku mematikan sengihan. Mengamuk pula oarng tua tu hari ni. Datang bulan agaknya. Walaupun garang En. Ahmad ni hensem juga orangnya, tengah mencari calon isteri. Jangan tersilap na, dia tengah duk mencari calon isteri kedua tu. Miangnya boleh tahan juga. Tapi hati dia manyak baik..aku suka kerja dengan dia. Tak pilih kasih macam rancangan pilih kasih tu..haha.sempat lagi mengutuk.
“Awat hang duk tersengih kat situ, takde kerja!..”En Ahmad berpatah semula apabila melihat aku masih lagi tercegah ditengah-tengah ruang pejabat.
Aisey sempat lagi aku mengelamun ditengah-tengah ruang pejabat tu. Suzana, Helmi, Salmah dan beberapa lagi kakitangan tersengih memandang. Aku buat muka poyo kembali ke meja yang dikhaskan untuk aku, mak aii meja aku aku dah macam stor lah, sana sini dipenuhi dengan kotak kosong. Diorang ni memang suka campakkan kotak-kotak kosong atas meja aku, mentang-mentang lah aku ni despatch sesuka hati diaorang aja nak sepahkan meja aku. ”Menyampah betul lah aku.” Dalam pada menyumpah-nyumpah sempat lagi aku mencapai coklat Sal yang terbuka luas dia atas meja lalu aku ngap masuk ke mulut. Sal menjeling geram. Tapi aku tahu dia halalkan sebab aku pernah bagitahu dia kalau biskut dia hilang ke dah habis ke maknanya aku yang ngap dan aku minta dia halalkan. Hik..hik..
“Ada surat nak kena hantar tak ni..kalau ada cepat.” Teriak aku apabila gelak-gelak kecil tadi bertambah besar. Mereka yang mendengar teriakan aku yanga ada iras-iras serupa suara singa mengaum mula menyambung keja semula. Sepi!
“Ada...ada.. nanti kejap kak tengah nak siapkan sikit aja ni. tunggu sekejap yea.” Suara Kak Munah yang terkocoh-kocoh membawa mug berisi air. Mungkin tak sempat keluar makan agaknya tadi itu pasal Kak Munah makan kat pantry mungkin terdengar suara aku yang bagaikan halilintar, dia tak sempat nak minum kat situ. Aku tersenyum menghampiri Kak Munah.
“Takpe Kak Munah, buat pelan-pelan yea. Kita tunggu Kak Munah.” Kak Munah yang berbadan gempal itu tersenyum sambil mencubit pipiku.
“Adoiii!..Kak Munah ni sakit lah.” Marah aku pada Kak Munah walaupun dia hanya bergurau.
”Sorry..sorry akak tak sengaja.” suranya sedikit kalut.
Aku mula mundar mandir di dalam pejabat. Apa kerja aku nak buat petang ni, nak hantar surat, tukang buatnya tak siap-siap lagi, nak keluar minum kat kedai bawah takut kantoi dengan bos pulak, baru tadi dapat ceramah percuma, tak nak aku diceramah lagi. Aku menghampiri komputer lama yang masih boleh dipakai. Lalu suisnya aku hidupkan tapi kenapa tak keluar apa-apa, kosong aja nampak muka aku aja kat screen tu. Sebenarnya aku ni buta IT. Tak tahu langsung nak guna komputer kekadang seronok juga tengok diaorang duk ketuk mengetuk pada sekeping papan leper, alih-alih dah jadi ayat kat screen komputer. Nak juga pandai macam diorang. Tapi pelik juga diaorang ni bila time blackout semua menjerit macam histeria sebab tak boleh nak tekan papan-papan tu. Selalu aku dengar dioarang merungut tak sempat nak save. Nak selamatkan apa. Dah api takde balik aja lah. Aku mula mengelengkan kepala apabila mengingati kembali insiden yang berlaku beberapa bulan lepas. Sal yang paling kuat menjerit siap menangis lagi. Bila aku tanya dia kenapa dia jawab “kau apa tahu” memang lah aku tak tahu sebab dia tak nak kasi tahu. Apa punya cerdik jurutera tu. Sekolah tinggi-tinggi tapi tak berapa nak cerdik. En. Ahmad pun tension semacam aja bila blackout. Yang happynya akulah terus cabut balik rumah tak payah nak keluar pergi mana-mana, surat tak sempat nak siap. En. Ahmad tak boleh nak kata apa lagi dah. Dia tengok aku cuma geleng kepala aja dah tak boleh nak cakap
“Macam mana nak buka ni.”
“Psst!..”aku panggil Suzana perlahan yang kebetulan lalu hendak ke bilik air agaknya.
“Pastttt!..”semakin kuat pula aku panggil tak pasal-pasal semua mata memandang aku. Suzana berpaling.
“Kau pangil aku ke?”..tanya Suzana seperti orang kebingungan.
“Yea lah..”
“Habis tu kenapa tak pangil nama aku, ni kau duk psstt..pstt tu kenapa datang bulan erk nak pinjam kotek erk”..semburnya perlahan. Nasib baik perlahan tak sayang betul mulut dia yang kecil molek tu, boleh pulak keluar ayat macam tu. Kalau adik aku dah lama kau sepak.
“Apa..”
“Ni ha..”
“Ni ha apa?..”
“Ni macam mana nak buka benda alah ni..” Suzana mengelengkan kepalanya. Dia tahu sememangnya buta IT.
“Suis dah hidup belum?..”
“Dah..”
“Kau tekan butang ni..” arahnya lalu aku tekan perlahan butang power yang ditunjukanya.
“Kau nak buat apa?..” wajahnya sedikit hairan
“Aku saja nak belek-belek..”
“Ohh..”
“Tunggu 5 saat dia tengah run tu..”
“Nak lari ke mana pulak..”
“Apa lah kau ni..jap lagi keluar lah tu..”
“Dah arr aku nak ke tandas jap. Dah nak terkucir ni.” jawab Suzana selamba.
“Thank” kataku perlahan. Suzana hanya tersengih dan terus berlalu.
Screen komputer yang berwajah hitam tadi mula bertukar wajah. Macam-macam tertera di screen komputer, aku sudah mula tersenyum panjang. Apa aku nak buat ni. Aku hanya memerhatikan beberapa minit tidak tahu nak buat apa lagi. Sesekali aku menjenguk melihat Sal yang sedang leka menaip dan sesekali dia memegang sesuatu lalu digerak-gerakan. ”Apa benda pulak ni.” Aku cuba memegang benda kecil yang boleh digerakkan itu. aku cuba gerakkan selaju yang mungkin.
“Oh! ada roda lah..aku cuba mengangkat benda kecil yang entah dipanggil apa.”
“Hei kau buat apa tu?”
“Apa benda ni? Aku mula bertanya sambil tersengih busuk”
“La kau tak tahu ke?...”Suzana sedikit hairan.
Ah lantaklah dia nak kata apa pun yang penting aku memang tak tahu dan sekarang aku nak tahu.
Aku gelengkan kepala. Suzana mula menerangkan kepadaku apa benda kecil yang beroda yang selalu digunakan.
“Ni mause atau dalam bahasa melayunya tetikus. Kau nampak tak anak panah tu..” Suzana mengerakkan mause dan jejari kirinya ditunjukkan ke arah anak panah yang kelihatan di screen monitor.
“Kau guna ni, kau boleh klik mana-mana kau suka. Kau cuma gerakkan aja. Ala budak darjah satu reti lah guna ni takkan kau tak reti..”
Aku angguk faham dengan ajaran Suzana. Aku mula mengerakkan tetikus itu ke my komputer. Apa sahaja yang ada didalamnya aku klik lepas tu aku buka yang lain pula sehingalah komputer itu jem dengan sendirinya. Berasak-asak dengan fail yang aku buka. Aku panggil Suzana yang sedang leka berbual dengan Helmi.
”Apa lagi kau ni..”
”Aku nak buka yang lain tapi entah la. Langsung tak boleh la..”
”La kau buka banyak-banyak buat apa dol..kalau dah tak guna tutup lah, ni ha pangkah kan aja.” terang Suzana.
”kau buka banyak sangat sebab tu lah lembab. Faham!..”sambung Suzana lagi yang aku rasa sudah mula naik angin.
”Aku anguk laju. Aku pangkah semua sekali. Last sekali aku off kan aja suisnya.


”Muka monyok aja ni banyak kerja ke? Biasanya balik senyum aja memanjang.” Tegur kak Ayu yang tinggal bersama denganku.
Aku mencampakkan beg sandang di atas kerusi, dengan lagak ala superman aku terbang merebahkan badanku ke kerusi empuk. Kak Ayu menjeling geram dengan gelagatku hari ini.
”Kau ni apa kena, perangai tu eloklah sikit macam jantan lah.”marah kak Ayu. Aku hanya memekakkan telinga, memang itulah yang selalu dileterinya jika aku melakukan aksi-aksi kurang sopan.
”Kau masak apa kak, laparlah..” leterannya tidak bersambut, malah terus aku bertanya kerana perutku mula berdendang.
”Ha itu ajalah kau tahu..makan..makan..aja. Masaknya tak nak..”
”Ala kak kalu aku tahu masak dah lama aku masak..”
”Nak tahu macam mana kalau kau tu memeng cari asalan aja bila aku suruh ke dapur.” Kak Ayu mula membebel.
”Kak..lauk apa kau masak...dengan lemah aku bertanya.
”Ayam masak merah.” jawan kak Ayu selamba.
”Hah!..ayam kak..woww! bestnya.” Aku menjerit riang sambil membalingkan bantal kecil ke arahnya. Kepalanya tertunduk ke bawah akbibat hentak bantal yang ku baling tadi. Dia membesarkan biji mata yang sudah tersedia besarnya.
”Terima kasih kak...”aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur.
”Eee..tak senonoh punya anak dara.” Biarlah kak Ayu nak kata apa pun aku anak dara ke anak kena dera ke janji aku dapat makan masakan kegemaranku .
”Kakkkkk!....kenapa kaki ayam aja yang tinggal.kau jahat lah kak”. Aku menjerit nyaring apabila melihat lauk dibawah tudung saji hanya tinggal sebelah kaki ayam tak perasan pula kaki sebelh kanan atau kiri..
”La tadi kau tanya aku masak apa kan..Aku jawab aja masak apa yang aku masak tak pulak aku cakap ada lagi...” kak Ayu membalas pertanyaanku dengan suara selamba. Aku menutup tudung saji dengan persaan geram. Dah la perut lapar balik-balik tiada lauk.
”Kau ni teruklah kak...”
”Teruk tak teruk mulai hari ni kau kena belajar memasak.” Kak Ayu tersengih mengenakan aku. Dengan muka cemberut aku masuk ke bilik. Airmata macam dah nak terkeluar tapi cepat-cepat aku sapu nanti kalau kak Ayu nampak dia kata apa pula gadis brutal tapi cenging. Dengan malas aku mencapai tuala mandi. Usai aja mandi aku keluar ke ruang tamu, siaran tv yang sedang ditonton kak Ayu aku tukar sesuka hati. Mengamuk kak Ayu marahkan aku. Aku hanya tayang muka selamba.
”Kau ni kenapa dik merajuk erk..”
”Ee perangai macam jantan tapi cenging.” Aku tak peduli apa kata kak Ayu yang penting aku berjaya menyakiti hatinya. Sampai hati dia masak tak tinggalkan untuk aku.
”Kau merajuk ke..”sindir kak Ayu sambil ketawa kecil setelah aku diam membisu.
”Lauk kau tu aku taruk kat dalam periuk lah. Aku dah panaskan. Patik dah siap hidang pun, pergilah makan wahai puteriku.” Kak Ayu datang memujuk ku. Agaknya dia siap hidangkan untuk aku masa aku mandi tadi kot. Mula-mula nak juga aku merajuk lama-lama tapi bila difikirkan rugi betul nanti ayam masak merah masakan kegemaranku terlepas pulak. Aku bangun lambat-lambat saja nak tunjuk protes. Kak Ayu datang mencucuk pingganku apa lagi gamat lah satu rumah dengar suara aku menjerit kegelian. Akhirnya aku dapat juga makan ayam masak merah dari air tangan kak Ayu. Ermm best!.

2 comments:

Anonymous said...

ni novel ke,mini novel..

anais said...

”Pinnnnnnnnnnn!!!.. Aku mula naik geram dengan telatah pemandu kereta yang tidak berhemah itu. Keretanya dah la rupa macam roti ada hati pulak nak cronker jalan sesorang

cronker? or conquer

 
Copyright 2009 Diari Hati