Monday, August 9, 2010

Semarak Cinta 21

*******
Kedengaran suara keriuhan anak-anak Haslinda yang menganggu tidurnya. Dia melihat jam kecil yang berada dimeja lampu tidurnya.
“Alamak! dah pukul 6 petang, Ya Allah kenapa dengan aku ni.” Badannya kelesuan. Dia mengagahkan diri bangun dari katil sebelum Kakaknya datang menjengahnya. Nanti tidak semena-mena dia akan dibanjiri pertanyaan dan leteran. Dia tidak mahu kakaknya tahu apa yang sedang bergolak difikrannya sekarang. Mimie tidak mahu kakaknya turut sedih, sudah banyak dia menyusahkan Haslinda walaupun kakaknya sedikit pun tidak pernah mengatakannya. Setelah badannya segar disirami air. Dia mengenakan t-shirt kuning dan berseluar pendek turun menuju ke dapur, perutnya terasa lapar sehatian dia tidak menjamah makanan, hanya tidur sepanjang hari. Suara keriuhan anak-anak saudaranya sudah tidak kedengaran lagi. Tentu mereka sedang dimandikan oleh pembantu rumah meraka iaitu Kak Teh yang dianggap seperti saudara mereka sendiri.
“Eheemm.. baru bangun tidur ke ni, dah sihat Sha.” Suara Kakaknya yang baru terjengul dihadapan pintu ais amat memeranjatkannya.
“Akak ni terkejut Sha, lain kali bagi lah salam dulu, ini tak main sergah aja.” Marahya apabila muka kakaknya tersenyum memandang kelakuannya.
“Hik..hik yang awak tu macam orang mamai lagi tu kenapa, baru bangun tidur lah ni kan.” Telahan Haslinda mengena. Wajah adiknya yang sedang mencari makanan didalam peti ais ditatap lama. Dia terkenangkan arwah emak dan ayah mereka. Tentu adiknya lebih bahagia sekarang ini.
“A’aa.. Sha lapar lah kak..” lamunan Haslinda terhenti disapa suara adiknya.
“Hai tak makan ke tengah hari tadi…” soal Haslinda.
“Tak…”
“Nanti akak masakkan sup ayam. cepat sikit badan tu sihat. Ni berapa hari kamu mc..”
“Esok Sha dah boleh pergi kerja lah kak. Dah ok ni.”
“Kalau tak sihat jangan paksa diri pergi kerja, nanti teruk siapa yang susah akak juga kan.”
“Dah ok lah kak, nanti makan sup ayam akak lagi bertambah ok. Lagipun Sha kan ada ubat.” Dia mencapai gelas kosong lalu menuagkan jus orange ke dalam gelasnya sambil diperhatikan oleh Haslinda.
“Ha yea lah tu degil.” Matanya dijegilkan.
“Ni kenapa termenung lagi ni. Sha ada masalah ke? Selalunya Sha tak macam ni.” Haslinda kehairanan pagi tadi sebelum pergi kerja adiknya itu duduk termenung, dan sekarang pantang terluang sikit masanya sempat juga dia teremenung didapur. Perubahan adiknya sedikit ketara, dia tahu adiknya susah untuk mencerita masalah kepadanya. Sharmimie lebih suka menyelesaikannya sendiri.
“Akak tu yang tak perasan selama ni.. usiknya. Diapandangnya wajah Haslinda yang sedikit terkejut. Dia tersenyum.
“Jadi selama ni Sha ada masalah ke?” suaranya sedikit kendur, terasa dia seperti tidak pernah m,engambil tahu akan hal adiknya.
“Hehehe..takdelah orang gurau ajalah kak. Itupun dah cuak! Terlebih tidur ni, tengok mata pun dah cantik ni kan…. Katanya sambil membulatkan matanya yang sedkit sembab kerana menangis dan telebih tidur.
“Kalau Sha ada masalah bagitahu akak jangan dipendam aja, kita ni dua beradik aja Sha kita dah takde orang lain, sakit demam Sha akak kena ambik berat tau.”
“Yea.. Sha tahu. Akak ni macam mak nenek la pulak. Lapar ni kak, perut ni dah lama berdondang sayang ni. tangannya sengaja digosokkan perutnya. Lagi lama bersembang engan kakaknya itu lagi lama lah perutnya akan mendendangkan irama inang.
“Yea lah..yea lah akak nak masak la ni.” Haslinda segera menyediakan bahan-bahan untuk dibuat sup. Ayam yang berada di belinya tadi dipotong kecil.Telefon bimbit adiknya berbunyi nyaring. Sharmimie tersengih memandangnya, Haslinda menyambung kerja tergendala sebentar tadi.
“Apa pulak la si minah ni nak..” tertera nama Ely di sreen telefon bimbitnya. Dia menjawab paggilan dari arakan baiknya itu.
“Hoi… kau tak kerja ke hari ni? Aku call office kau diaorag kata kau mc, kau kenapa?
“Amboi manjanya kau panggil aku…Apa hal kau cari aku?” pertanyaan Ely sengaja tidak dijawabnya.Ely ketawa mendengar sindiran rakannya itu, dia sedikit pun tidak terasa hati.
“Ala aku ingat nak ajak kau lepak rumah aku malam ni, lagipun Khaty balik kampung lah, mak dia sakit. Jadi aku tinggal sorang-sorang, nak ajak kau temankan aku, macam mana boleh?” terang Ely panjang lebar.
“Hai mana pergi kawan-kawan kau yang lain.” Soalnya inginkan kepastian. Bukan boleh percaya si Ely ni, katanya seorang nanti dia datang dah ada dua tiga orang.
“Biasalah macam tak tahu pulak. Macam mana. Boleh tak ..bolehla yea..boleh la” Ely berusaha memujuk Mimie.
“Yea lah. Yea lah nanti aku bagitahu akak aku dulu.”
“Dah besar panjang pun nak kena bagitahu kakak juga ke. Macam budak-budak lah kau ni.” sindir kawannya sambil ketawa kecil. Mimie sedikit berang, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mematikan taliannya.
“Kau nak aku temankan ke tidak ni.” suaranya sedikit tegas.
“Sorry…Yea lah kau mintak izin dulu dengan kakak kesayangan kau tu.” terang Ely.
“Ok.” Bye. Talian dimatikan. Kakaknya Haslinda sedang merenung tepat kearahnya.
“Siapa call.” Soal Haslinda setelah Mimie meletakkan talifonnya diatas meja.
“Ely kak, dia minta temankan dia malam ni. Kawan serumahnya balik kampong.” Terangnya. Dia tahu kakaknya tidak berapa suka dia berkawan dengan Ely, lagipula Ely satu pejabat dengannya Cuma berlainan department. Itu sahaja yang dia tahu.
“Hai kawan-kawannya yang lain mana..? takkan dia ada seoarang aja kawan. Soal kakaknya seperti seorang anggota polis.
“Entah lah kak.”
“Habis tu Sha nak pergi temankan juga ke?”
“A’aa kak, nanti kesian pulak dia tu tinggal sesorang.”
“Akak bukan apa Sha, akak tak berapa berkenan lah dengan kawan Sha si Ely tu. Akak tak nak nanti perangai dia tu tercalit sama pada kau.” Haslinda menghampiri adiknya yang sedang bermain-main dengan gelas kosong ditangannya.
“Dia tu kawan Sha kak. Lagipun kami dah lama berkawan. Mungkin perangai dia aja tak elok, tapi hati baik.” Mimie menyebelahi kawannya itu.
“Hati-hati Sha akak tak nak perkara buruk berlaku pada Sha. Pesan Haslinda.
“Akak jangan risau yea. Sha akan hati-hati.” Dia tersenyum memandang kakaknya yang tak ubah seperti emaknya.

******
Apartment Sri Impian direnung lama. Dia memakirkan keretanya ditepi jalan., memandang neon-neon yang menerangi malam yang semakin gelap. Akhirnya dia melangkah perlahan-lahan menuju ke lif ke tingkat 10. Kediaman Ely rakannya itu. Sampai sahaja didepan pintu rumah 1011 dia mengetuk pintu.
“Masuklah pintu tak kunci”. Suara didalam meminta dia masuk.Ely sedang baring menonton tv, “Hai berani nya kau tak kunci pintu tak takut ke pencuri masuk ke, perogol bersiri masuk ke?”
“Hai mulut tu, tak sayang langsung la kau ni.” marah kawannya. Sambil membaling bantal kecil yang dipeluknya ke arah Mimie.
“Habis tu engkau yang berani sangat tak kunci pintu, itu namanya menempah perogol atau perompak tu..” usiknya lagi. Mereka sama-sama gelak.
“Akak kau kata apa.” Soal Ely ketika melihat kawannya itu mengahampirinya.
“Dia tak kata apa-apa pun.”
“Kau nak minum apa? Kalau dahaga ambik sendiri yea.” Arah Ely dengan selamba dia masih belum berganjak dari menonton siri kegemarannya.
“Hisk… kau ni tak baik layan tetamu macam tu.”
“Ala macam tak biasa pulak kau ni.”
“Yea lah tu…” Mimie berlalu ke dapur, tekaknya terasa haus.Ely menghampiri Mimie yang duduk di sofa, siri kegemarannya baru sahaja berakhir. Die melihat ada perubahan pada wajah temannya itu. “Kenapa muka kau monyok aja ni, mata bengkak pulak tu, kau ada masalah dengan kakak kau ke? Soalnya. Mimie memandang renungan temannya itu, lalu tersenyum. “Takde lah. Aku dengan kakak aku ok jer, makin melimpah pulak sayang dia pada aku.” Terangnya tergelak kecil. Mimie tahu tidak selamanya dia dapat merahsiakannya daripada Ely, dia pasti kawannya itu tidak akan berpuas hati dengan jawapannya tadi. Ely.. teman yang akan mengorek segala rahsianya, dia memang memerlukan Ely ketika ini. Teman itulah yang sering menjadi pendengar setianya.
“Habis tu kalu bukan pasal kakak kau pasal apa erk..”jari jemarinya digerakkan ke bibir manisnya. Haaa..ini tentu pasal si jejaka hensem yang kau ceritakan pada aku tu kan.” Tekanya.“Kenapa dengan dia?”
“Kenapa apa pulak.?” Soal Mimie kembali. Temannya itu sudah dapat meneka.
“Yea lah kenapa dengan dia, kau orang gaduh ke apa?”
“Takde apa-apa lah..” tukasnya. Dia masih mahu melarikan diri dari menceritakan hal itu kepada temannya. Ely tidak putus-putus memintanya menceritakan apa sebenarnya yang belaku diantara dia dan Adi Hamidi.
“Kalau takde apa-apa takkan kau monyok macam ni. cuba kau cerita sikit pada aku.” Akhirnya Mimie mengalah setelah didesak.
“Dia dah kahwin…”
“What?” bukan kepalang lagi temannya itu tekejut. Ely tahu selama ini dia memang sudah lama jatuh hati pada Adi Hamidi walaupun temannya itu belum pernah bersemuka dengan Adi Hamidi.
“Dah!.. aku dah ceritakan sikit macam yang kau nak. Tak payah nak soal lebih-lebih.” Mimie mencapai remote lalu menukar siaran, cerita yang sedang ditontonnya itu tidak sedikit pun menarik minatnya. Jiwanya kosong.
“Kau ni!..” suara kawannya itu sedikit tegang. Ely seakan mendesak.
“Dia dah kahwin Cuma aku aja tak tahu. Aku ingatkan dia sukakan aku selama ni.” suara Mimie seakan tegang. Dia cuba mengawal perasaannya.
“Habis yang dia bawak kau ke hulu ke hilir dulu tu apa?” Ely mempersoalkan tingkah laku Adi hamidi yang selalu mengajak Mimie keluar.
“Entah la. Mungkin sebagai kawan cuma aku aja yang perasan lebih.” Suaranya sedikit sayu. Ely seperti cacing kepanasan. Dia pula yang terasa dipermain-mainkan.
“Hei kawan kalau dah kehulu ke hilir dia usung kau takkan dia takde hati langsung pada kau selama ni. tiap-tiap malam pula tu keluar.”
“Bukan salah dia Ely, aku aja yang perasan lebih.” Diulangnya lagi agar kawannya itu tidak tersalah sangka.
“Jangan jadi bodoh la mimie, kau kan cinta kan dia, kenapa kau tak rampas aja dia tu.” saran Ely. Sebagai kawan Ely juga turut terasa tempiasnya. Tapi kenapa Ely yang lebih-lebih terasa. Dia tidak mahu kawannya mencari jalan keluar yang salah untuknya.
“Ke situ pulak kau ni, dia dah kahwin takkan aku nak paksa dia terima aku pulak.”
“Kalau aku lah, tahu lah aku nak ajar dia macam mana.” Masih bersisa marah kawannya itu. “Dah la wei aku tengah sedih ni. sekurang-kurangnya bagi lah kata-kata semangat pada aku, cari pakwe lain ke, bersepah lagi lelaki kat kl ni ke, ini tidak kau suruh aku rampas hak orang pulak. Mimie mengelengkan kepala melihat Ely masih lagi mencuka.
“So, kau mc pasal ni lah yea. Jantan semuanya sama.” Getusnya
“Kau pasti ke dia tu dah kahwin. Atau dia cuma nak jauhkan diri dari kau. Sambungnya lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu tahu apa punca yang sebanarnya yang berlaku.
“Betul… dia dah kahwin nama isterinya pun dia sebut semalam.” Terang Mimie, dia tidak mahu memanjangkan lagi perbualannya tentang Adi Hamidi.
“Siapa perempuan tu…”
“Nur Alia binti Ismail. Itu ajalah yang aku tahu. Dah la jangan nak panjang cerita pulak. Aku nak releks aja kat sini.” Mimie berlalu kedapur memabasuh gelas yang diminumnya tadi. Lagi dia berlama mencerita hal dia dan Adi Hamidi makin terbakar pula kawannya itu.
“Ermm..Nur Alia Ismail, isk..takkan dia kot.” Ely memintal-mintal hujung rambutnya dengan jari jemarinya. Dia memikirkan sesuatu. Nama yang disebutkan Mimie sama dengan nama seseorang yang merampas jawatan yang hampir dipegangnya duhulu. Nur Alia pengurus bahagian sumber manusia.
“Takkan dia. Atau dia memang dasar perampas.” Bantal yang ditangannya dipulas-pulas. Bertambah geram hatinya bila teringat kembali jawatan pengurus bahagian sumber manusia yang hampir disandangnya tiga tahun dahulu telah dirampas oleh Nur Alia.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati