Aku melabuhkan dudukku diatas sebatang pokok kelapa yang semakin mereput. Keriuhan hilai tawa angsa dan ayam Opah membuatkan aku terbuai oleh kenangan lama. Disinilah arwah atuk selalu mengajar aku mengayuh basikal tuanya waktu petang. Walaupun aku agak penakut tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar dari atuk aku berjaya juga membawa basikal tuanya ke sekeliling kampung pada usia 8 tahun. Oleh kerana basikal atuk ada palang ditengah aku sering mengayuh basikalnya dengan memasukkan kaki dibawah palang dan mengayuhnya dengan badan yang sedikit senget. Seringkali juga aku dimarahi oleh emak dan Opah tetapi keseronokan mengayuh basikal menjadikan aku seorang yang degil.
“Hah! kak maira…”
“Oh! Pocot…”sergahan dari adik bongsuku menyetak tangkai hati. Aku berpaling dengan mata mencerlang. Dia ketawa kegelian. Memang itulah kerjanya jika melihat sesiapa sahaja termenung atau dalam bahasa halusnya melayan perasaan.
“Bukan salah orang kak Maira terkejut..itu salah diri sendiri, siapa suruh awak duk termenung macam orang mati laki.. haaa..ini mesti kepala duk kat sini hati duk kat sana kan..kak Maira kena bagitahu Acu siapa yang duk melekat kat hati kak sekarang ni…” pandai pula dia main serkap jarang yea..
“Dah! jangan nak mengarut lah Acu, awak tu budak lagi awak apa tahu pasal cintan cintun ni, kak Maira pun belum terjatuh cintan lagi awak dah tahu semua ni yea. Jangan sampai awak kahwin dulu dari kak…”
“Uwekk!..orang cakap kat dia..dia cakap kat kita pulak…dah la malas layan kak Maira ni. Mak mana..”
“Ha nak ngelat lah tu. Mak ada kat dalam entah dari tadi buat apa tak tahu.”
“Opah..”
“Pergi lah tengok sendiri kalau nak tahu…” Aku menolak badan adik bongsuku yang mulai menyendeng, badannya yang sedikit berisi terasa berat untuk ditolak.
“Tanya sikit pun tak boleh..”
“Memang la tanya sikit tapi Acu kira tak, dah berapa soalan Acu tanya kak.”
Adikku hanya ketawa lalu dia segera berlari naik ke rumah Aku kembali menyambung aktiviti mengelamunku yang terganggu sebentar tadi.
“Assalamualaikum…tegur satu suara yang amat aku kenali. Ada lagi yang menganggu, baru nak feeling sikit ada pulak yang memberi salam. Kelembutan suaranya amat terserlah Aku berkalih pandang melihat batang tubuh Imah terpacak dihadapanku. “Wa’alaikummussalam..Imah!.” jeritku seperti orang lupa ingatan. Badannya yang sedikit berisi mengejutkanku namun aku tahu dia sekarang sedang diulit bahagia. Tunangnya dikhabarkan telah kembali ke tanah air setelah 3 tahun menyambung pelajaran di London.
“Makin berisi akak tengok Imah. Apa rahsianya.” Usikku sembil mencucuk pingannya. Imah tidak sempat mengelak nasib baik dia tidak tersungkur dengan gurauanku yang sedikit kasar.
“Apa lah kak long ni balik tak bagitahu Imah ni nasib baik Imah tergerak hati nak balik awal tau kalau tak hmmm..raya baru jumpa muka kak long ni.”
“Wah dah pandai main gerak hati sekarang ni..ada kuasa piskik ke..”
“Ngada-ngada la kak long ni. Apa mimpi kak long balik ni, ini mesti tak lain tak bukan nak bagitahu mak yang pakwe kak long nak masuk meminangkan..alahai seronoknya Imah.”
“Amboi-amboi dia pulak melebih..iyalah kalau kak long kahwin Imah pun dapat kahwin jugak kan bukan ini yang Imah nanti-nantikan dari dulu. Dah tak sabar rupanya dia al maklumlah buah hati pengarang jantung ada kat sini.” usikku
Imah hanya ketawa wajahnya bertukar kemerahan mungkin malu dengan gurauan lebihku pun begitu kata-kataku tidak dibangkang tidak pula diiakan.
“Hoi minah pinggitan dah puas bergelak ketawa kat situ, tak nak naik rumah, ketawa tak ingat adik..”terjahan suara yang sengaja menyakitkan hati kami dari adik bongsuku membuatkan aku dan Imah berlari mandapatkannya. Entah bila dia berdiri disitu memerhatikan kami.Beg pakaian Imah masih berada di tanah. Acu ketawa sakan melihat kami berkejaran menangkapnya.
Halaman rumah menjadi ruih dengan suara kami ditambah pula itik dan ayam Opah yang turut serta memeriahkan acara menangkap Acu. Memandangkan Acu merupakan atlit di sekolahnya kami akur dengan kelebihan yang ada padanya. Ku lihat Imah menyandar pada pokok kelapa meredakan lelah yang berusaha bertungkus lumus menangkap Acu. Aku juga hampir tersungkur apabila terlanggar pelepah kelapa ketika hampir berjaya menangkapnya. Terjengul kepala emak dah Opah sambil mulut masing-masing sama rancak dengan kebisingan suara kami mengejar Acu. Adik bongsuku yang sememangnya licik berjaya melepaskan diri sambil ketawa kegelian. Akhirnya kami mengalah. Senyuman masih mekar dibibir masing-masing. Sudah lama kami tidak bermesra begini. Aku semakin seronok menghabiskan cutiku yang jarang sekali bercuti.
“Apa lah kak Maira ngan kak Imah ni, baru berlari sikit dah pancit, itulah malas sangat bersenam ha tengok sekarang siapa yang susah diri sendiri juga yang susahkan..hahaha..” Acu masih ketawa melihat kami berdua keletihan dan lebih menambah geram aku dan imah dia masih sempat berbangga diri. Memang nak kena betul adikku yang seorang ini. Tunggu ada ubi ada batas ada hari boleh ku balas.
“Mana acinya Acu berlari pakai kasut sukan tengok akak ni pakai seliper aja kak Imah tu cuba Acu tengok tumitnya dua inci macam mana nak kejar.”
“Kalau dah tak mampu nak kejar orang tu jangan cipta banyak alasan la kak. Nak tahu tak ramai orang yang tak berjaya bersikap macam akak ni lah, berbagai-bagai alasan yang diberikan..”
“Amboi-amboi sedapnya mulut dia kalau boleh bercakap, baik akak nak tengok keputusan PMR acu nanti macam mana, hebat tak boleh kalahkan kami berdua ke tidak, jangan sampainya masanya nanti macam-macam alasan Acu berikan..” aku mencabar Acu dengan cara lain. Ha baru dia tahu saipa Maira ni..
“Okey!..orang sahut cabaran akak..alamak! Acu menundukkan wajahnya, kakinya sedang menguis tanah yang dipijaknya. Imah dan aku saling berpandangan.
“Hah! Apa pulak kali ni.. nak cipta alasan ke…”tegur Imah yang sedari tadi hanya menjadi pendengar perbualan kami.
Acu masih memandang ke bawah..diam lalu mengelengkan kepalanya.
“Dah tu kenapa tunduk aja..”aku dan Imah saling berpandangan. Hairan juga dengan sikap Acu yang tiba-tiba menjadi pendiam.
“Kak..kasut acu dah koyak…”lalu kakinya diangkat separas lutut, ternampak jelas ibu jari kakinya tersembul.
Aku dan Imah tidak dapat menahan ketawa sebaik sahaja di beritahu keadaan kasutnya.
“Ha padan dengan muka awak tu, tadi berlagak bukan main lagi. Tengok Tuhan balas cash punya..” Acu masih diamkan diri, perlahan-lahan dia meninggalkan kami yang masih lagi ketawa kegelian melihat keadaan kasutnya.
Ruang dapur yang dulunya sepi kini riuh apabila kami bertemu, ada sahaja perkara yang hendak dibualkan seskali bebelan Opah hanya menjadi bahan lucu bagi kami.
“Imah kita nak masak apa hari ni..” Aku mula bertanya setelah tersedar bawang yang ku kupas sudah melebihi dari yang sepatutnya.
“Kenapa tanya Imah pulak..kak long yang nak masak kan..”
“Alamak giliran kak long ke..” Aku menggaru kepala menu apa pula hendak ku masak bawang bukan main lagi banyak aku kupas macam nak buat kenduri. Imah ketawa kecil melhat wajahku yang berkerut. Opah hanya menjeling sengaja menambahkan takut ku.
“Kak long mana reti masak.. Imah la yang masak erk..dah lama akak tak makan masakan Imah. Teringin la..Aku cuba memancing simpati pada Imah.
“Ha dah jangan nak cari alasan, banyak la kamu punya cekadak. Kalau tak nak belajar dari sekarang bila lagi nak belajar. Makan aja tau, nanti kalau berlaki hari-hari nak makan luar ke. Jangan sampai laki cari lain sudah.” Opah mula berpidato. Imah dan emak hanya tersengih sambil mejugkitkan bahu tanda tidak mahu masuk campur urusanku dengan Opah.
“Acu mana mak..”soalku sebaik sahaja menyedari adik bongsuku tidak turut serta kali ini. selalunya pantang nampak orang berborak atau melakukan kerja bersama pasti tersembul mukanya. Kedatangannya bukan untuk menolong tetapi untuk melambatkna segala kerja orang dengan celotehnya yang tak pernah kering air liur. Keletahnya yang bermulut satu tapi banyak cakap itu sekurang-kurangnya menambahkan kemeriahan suasanan yang jarang dapat aku nikmatinya.
“Entah la tadi ada kat depan tu, bising mulutnya cari jarum tak jumpa, bila mak tanya nak buat apa dia diam aja.”
“Ada lah benda dia nak buat tu, budak tu bukan minat sangat nak menjahit pun. Kalau yang penting aja baru la dia terhegeh-hegeh mencari.” Nah bebelan Opah berjangkit pada Acu pulak. Aku menyambung memotong kangkung yang berlonggok diatas meja.
“Kak!” Laung suara Acu kedengaran sedikit keras. Terperanjat kami dibuatnya.
Aku segera berlari mendapatkan Acu. Difikiranku hanya terlintas apa yang telah terjadi pada adikku itu. Sampai sahaja dihadapannya aku melihat dia tersengih kelucuan memerhatikan keadaanku yang masih tercungap-cungap,
“Itulah akibatnya kalau dah malas nak menjaga kesihatan berlari sikit pun dah lelah. Aku terpinga dengan kata-kata adikku. Gemuk sangat ke aku ni sampai nampak sangat tercungap-cungap. Ku raba badanku mencari kalau-kalua ada lemak yang bertempel. Jelas memang tiada.
“Kenapa jerit panggil akak tadi.” Aku memarahi Acu sebaik sahaja mendapati tiada apa-apa yang berlaku keatasnya. Malah gadis bawah umur itu masih sempat mengenakan aku. Acu menyambung kerjanya. Kasut yang dipakainya ketika dikejar kami berada ditangannya. Jarum yang telah berisi benang itu dicucuk berhati-hati ke atas permukaan kasut. Aku memerhatikan caranya. Seakan ku kenali kasut yang berada diatas ribanya setahuku itu adalah kasut pemberianku sempena menyambut hari lahirnya 3 tahun lepas. Terharu dengan sifat kasih sayangnya pada barang pemberian orang. Aku sebak.
“Kak tak dengar ke telefon kak duk terjerit dari tadi..Acu bersuara tapi tangannya masih lincah menjahit kasutnya yang terkoyak itu. Aku segara dapat menagkap bunyinya sebaik Acu memeberitahuku. Sayup-sayup aku mendengar ringgin tone dealova lagu kegemaranku.
“Kanapa tak cakap dari tadi..”aku segera mendapatkan telefonku
Sebaik sahaja telefonku berada di gengaman nada deringnya terus diam. Tak sempat aku menyambut panggilan yang entah dari siapa. bimbang juga aku andai panggilan itu dari Naziah atau dari pejabatku. 10 miss call tertera di skrin segi empat itu aku menekan scroll lalu nama Kamil Hakim terpapar jelas ke permukaan. Tiba-tiba perasaan kecewa menjerut hati. Kecewa kerana tidak sempat menyambut panggilannya. Aku menanti beberapa saat kemudian kalau-kalau dia akan membuat panggilan sekali lagi. Ternyata hampa. Tidak menyangka perbuatanku diperhatikan oleh Acu.
“Itulah kak, lain kali bawak telefon tu jangan suka tinggal merata-rata kan dah melepas. Ini mesti bakal abang ipar orang kan akak.” Aku berkalih memandang adikku. Malu juga dengan telahannya yang tepat mengena. tapi… betul ke kami bercinta. Aku tanyakan pada diriku sendiri. Aku tidak berani meletakkan nama pada perhubungan kami ini. Kamil Hakim juga tidak pernah menyatakan isi hatinya padaku setelah perhubungan yang suatu ketika dulu hambar menjadi semesra ini. aku merenung wajah Acu yang leka menyambung jahitannya.
“Maira kenapa dengan adik kamu tu..”jeritan emak dari dapur menyedarkanku. Aku tahu emak juga berasa bimbang dengan laungan adikku yang tak cukup akal tu.
“Takde apa-apa mak. Acu ni saja nak kenakan Maira.” Acu ketawa kecil dengan jawapanku.
“Buang ajalah kasut tu buat apa lagi jahit. Beli baru aja. Acu kan banyak duit. Tu dalam tabung dah penuh bila lagi nak kempiskan.”
Acu hanya menjuihkn bibirnya. Aku kenali adikku ini sangat penjimat orangnya. Barang-barangnya juga dijaga elok. Aku senang dengan sikapnya begitu.
“Orang takkan buang hadiah pemberian kak , kasut ni boleh pakai lagi bukan koyak teruk pun. Akak intip tabung orang erk..orang bukan tak nak belanja duit tu, banyak keperluannya nanti kalau orang nak masuk U. orang tak nak susahkan mak, kak imah..Opah.” tutur adikku petah. Aku kagum dengan sikapnya, kecil lagi dah pandai memikirkan masa depannya.
“Akak..”soalku setelah namaku tidak disebutnya.
“Akak adalah orang yang Acu nak susahkan..” Acu ketawa dihujung katanya.
“Hmm…”aku sengaja membulatkan mata, berlagak seperti berada dalam kemarahan.
“Maira kamu buat apa lagi kat situ, nak curi tulang ke, baru sikit aja suruh dia masak, mula lah tu cari alasan nak larikan diri. Alamak suara Opah mula kedengaran. Aku segera berlalu meninggalkan acu keseorangan bertemankan kasut kesayangannya. Kembali menyambung tugas yang belum selesai. Ingatkan bolehla curi tulang tapi nampak gayanya terpaksalah aku tunjukkan skil memasakku yang dah lama tak pakai ni. Entah sedap entahkan tidak tawakal ajalah.
Friday, August 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment