Sunday, August 1, 2010

Semarak Cinta 20

*******
Pagi ini cuaca tidak berapa baik, hujan turun diawal pagi. Sudah lama hujan tidak menyirami bumi, Nur Alia memandang suaminya yang masih berlingkar diatas katil selepas menunaikan solat subuh tadi, ‘tidak bekerjakah dia hari ini.’ Dia cuba mengerakkan tubuh yang masih lagi berselimut.
“Bangun.. awak tak kerja ke hari ni.”
“Cuti..” balas Adi Hamidi pendek.
“Hai cuti lagi, senang benar dapat cuti dia ni.” bisik hatinya.
“Tolong hantarkan Murni ke sekolah erk.” Pinta Adi Hamidi, matanya masih lagi dipejamkan, mengantuk benar lagaknya. Hari ini dia terasa malas untuk menghantar adiknya ke sekolah lagipula cuaca begitu dingin, dia ingin menyambung lena.
“Erm..yea lah. Nanti kalau awak nak makan, pandai-pandai lah, saya dah masakkan nasi lemak tu.” Pesan Nur Alia sambil berlalu. Dia harus segera menyiapkan diri. Nasi lemak telah ditanaknya selepas solat subuh tadi. Hari hujan begini jalan raya bersesak-sesak. Dia cukup maklum hidup dikota. Semuanya serba serbi perlu pantas. Dia tidak suka lewat masuk ke pejabat melainkan ada hal yang penting sahaja.Murni sudah menantinya diruang dapur. Dengan berpakaian seragam sekolah, dia tersenyum memandang kakak iparnya. Melihat Nur Alia mengenakan baju kurung berbunga merah dan beratanah putih terserlah keayuaannya, tidak perlu mendedahkan aurat, kakak iparnya itu nampak cantik betudung, nampak sopan dimatanya. Murni mengkaguminya dalam diam.
“Abang mana kak, tak turun lagi ni.”sapanya
“Abang tidur lagi. Dia masih cuti.”
“Tidur…Hai lamanya cuti mengalahkan cuti kahwin la abang ni, tak puas lagi honeymoon lah tu.” gurau Murni lalu menjeling kakak iparnya yang sedang menuangkan air milo kedalam cawannya.
“Ha.. yea lah tu. dah cepat makan. Hari ni akak hantarkan Murni. Lambat… tinggal”. Katanya sambil menjeling pandang pada Murni.
“Ala akak ni sebijik macam abang la.” Bibirnya dijuihkan sedikit.
“Comelnya dia.” Usik Nur Alia. Murni ketawa mendengar usikan kakak iparnya. Selepas bersarapan pagi Nur Alia menghantar Murni ke sekolah.

Adi Hamidi bangkit dari tidurnya ketika jam di dinding berdentum sebanyak sembilan kali. Ini menandakan waktu sudahpun pukul 9 pagi, dia sedikit mengeliat diatas katil. Hujan juga sudah lama berhenti agaknya. Cuaca yang sejuk menyebabkan dia cepat mendapat selsema lebih-lebih lagi jika bangun lambat. Beberapa kali dia terbersin. Dia mencapai tuala dan berlalu kebilik air membersihkan diri. Selesai mengemas katilnya dia turun kebawah untuk bersapan. Satu bungkusan nasi lemak yang berbalut kertas coklat terletak elok didalam plastik merah yang berada ditepi pinggan.
“Kata masak nasi lemak. Masak apa maccam ni kalau berbungkus elok aja. Beli kat kedai lah tu. Beli pun beli lah Alia oii..” dia mencebik, Adi Hamidi menyediakan air Nescafe kegemarannya. Nasi lemak yang didalam bungkusan plastic itu diletakkan kedalam pinggan kosong. Perutnya yang kosong bertambah berkeroncong, Nasi lemak yang berada didalam bungkusan itu ditenungnya.
“Hai lain macam aja ni. Bedal aja lah labu banyak songeh pulak.” Kata hatinya. Adi Hamidi menyuapkan beberapa sudu nasi lemak itu kedalam mulut. Setelah menelan hampir separuh nasi lemak tadi perutnya seakan tidak dapat menerima lagi suapan berikutnya lalu nasi lemak yang hanya tinggal separuh itu dibuangnya.
“Tak sedap lansung la. Takkan lah nasi lemak kedai Mak Esah. Lain benar rasanya. Tapi bungkusan ni macam Mak Esah aja. Orang lain buat kot.” Dia bermonolog dengan dirinya sendiri. Dia mencapai air nescafenya yang dibancuhnya sendiri lalu diminumnya. Hari masih awal lagipun dia tidak bercadang untuk keluar rumah, mungkin sebelah petang hajatnya untuk keluar berjoging, menurunkan lemak yang mula menempel di dinding perutnya. Adi Hamidi mencapai remote Tv yang berada tidak jauh darinya. Siaran ASRO ceria menjadi pilihannya, menonton cerita kartun kegemerannya, jika ada masa lapang dia dan Murni selalu menonton cerita kartun adiknya suka menonton kartun kampong boy. Sedang keasyikan melayan kartun perut Adi Hamidi mulai memulas-mulas. Dia bergegas kebilik air. Setelah menunaikan hajat dia kembali ke ruang tamu menyambung semula siaran yang tertangguh akibat perutnya yang meragam tadi. Tidak sampai 10 minit perutnya kembali sakit.
“Aduh..sakit lagi la.” Perut yang berisi nasi lemak tadi telah dibuangnya kini mahu dibuang lagi. Adi Hamdi cepat-cepat berlari kebilik air. Dia cirit birit. Perutnya semakin memulas-mulas. Beberapa kali dia masuk ketandas akhirnya perut yang berisi tadi habis semua dikeluarkannya. Dia keletihan. Wajahnya semakin pucat. Oleh kerana sudah tidak tahan akhirnya Adi Hamidi mengagahkan diri ke klinik yang berhampiran. Semua sendi-sendinya menjadi lemah.Doctor membekalkanya beberapa plastik ubat. Kata doctor Adi Hamidi keracunan makanan. Mungkin nasi lemak yang dimakan pagi tadi sudah basi. Doktor menyarankan agar Adi Hamidi perbanyakkan meminum air masak dan makan ubat yang dibekalkan. Adi hamidi sedia mematuhi arahan doctor, lagipun dia memang tidak suka berulang alik ke tandas. Pulang dari klinik dia makan ubat yang diberikan oleh doctor lalu merebahkan dirinya ke sofa. Matanya sudah tidak larat lagi dibuka lalu dia tertidur disofa itu hingga ke petang.

********

“Kenapa monyok aja ni. pagi-pagi lagi dah termenung. Tak kerja ke hari ni.” soal Haslinda kepada adiknya yang sedang duduk termenung dikatilnya.
“Tak kak, Sha ambik mc hari ni. rasa macam nak demam aja. Badan pun rasa lemah aja ni kak.” Suaranya sedikit lemah. Mimie membetulkan baringannya. Bantal yang menyendal kepalanya diangkat sedikit untuk memberi ruang keselesaan kepalanya.“Nak akak hantar kan ke klinik.”
“Tak payah la kak. Nanti Sha pergi sendiri aja lagipun bukannya teruk sangat sakitnya.” Terangnya. Mimie kembali menyelimuti badannya. Terasa seram sejuk tubuhnya. Badanya betul-betul lemah. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Pagi ini matanya sedikit bengkak.
“Betul ni tak nak akak hantarkan.” tanyanya lagi.
“Iyea tak payah la kak. Terima kasih aja.”Haslinda mulai bangkit dari katil adiknya. Dia sudah pun bersiap untuk ke pejabat. Sudah dua hari Suaminya tiada dirumah kerana mengendalikan satu projek di luar Kuala Lumpur. Sharmimie atau panggilan manja dikalangan ahli keluarganya Sha manakala Mimie panggilan kawan-kawannya, adiknya tinggal bersama dengannya setelah ayah dan ibu mereka meninggal akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya lima tahun dahulu. Betapa siksanya hatinya ketika itu, melihat adiknya yang manja dengan orang tua mereka seperti kehilangan arah. Sentiasa murung dan sedih. Sedikit demi sedikit berbekalkan semangatnya dan juga pertolongan saudara mara akhirnya semangat Sharmimie dapat dipulihkan. Adiknya itu pernah mengusulkan mahu tinggal bersingan setelah dia berkahwin katanya dia tidak mahu menyusahkan kehidupannya, namun hatinya terasa berat untuk melepaskannya maklumlah mereka hanya dua beradik. Lagipun suaminya Johari tidak kisah. Bukan selalu dia ada dirumah. Kerjanya terlalu menuntut banyak pengorbanan. Sebagai projek manager di salah sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Kuala Lumpur suaminya itu selalu berulang alik ke tapak pembinaannya di Johor Bharu. Selalunya mereka dapat bertemu dihujung minggu. Itu pun jika suaminya tidak ada masalah ditapak projek.
“Kalau macam tu akak pergi kerja dulu, sarapan pagi akak dah sediakan, jangan tak makan pulak, nanti sakit lain pula datangnya. Sekejap lagi akak suruh Kak Teh hantarkan makanan kesini yea.”
“Yea lah kak.” Jawab Mimie lemah. Hari ini dia terasa tidak bermaya. Setelah memastikan kesihatan adiknya tidak membimbangkan Haslinda berlalu meninggalkan adiknya sendirian. Mimie menyambung menung setelah kelibat kakaknya hilang dari pandangan. Teringat kembali kata-kata Adi Hamidi semalam, jawapan yang diberikan melemahkan semua urat sarafnya. Bukan mudah untuk dia jatuh cinta. Dan bukan sesuka hati dia menyerahkan cintanya pada seorang lelaki. Kekecewaan ini amat berat dirasainya. Biarlah, dia akan menangungnya sendiri rasa kecewanya itu. Airmatanya yang sudah lama bertakung tumpah jua membasahi pipi. Dia perlu bangkit, perlu melupakan semua ini. Sakit kehilangan Adi Hamidi tidak sesakit kehilangan orangtuanya lima tahun dahulu. Walau apa cara sekali pun dia tidak perlu tunduk pada kekecewaan, dia tidak mahu menjadi seperti sesetengah wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang diinginkan walaupun terpaksa menghancurkan rumahtangga orang lain, dia buka begitu, fikiran warasnya masih barasa ditahap maksima. Bukankah cinta itu memerlukan pengorbanan. Mimie kembali tersenyum. Mencari seraut wajah cerianya dicermin solek itu.

*********

Setelah pulang dari kerja Nur Alia mengambil Murni di sekolah. Murni lewat pulang hari ini kerana dia dan kawan-kawannya mengulangkaji pelajaran maklum lah hanya tinggal seminggu sahaja lagi Murni akan menghadapi peperiksaan SPM. Peperiksaan yang menentukan masa depannya dan yang lebih teruja lagi jika dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang abangnya akan menghadiahkan tiket percutian ke Paris. Dia tersenyum sendirian.
“Kenapa abang tidur kat sini kak? Kita pergi sekolah dia tidur kita balik sekolah pun dia tidur, betul-betul nak membesarkan badanlah ni.” rungut Murni setelah ternampak batang tubuh abangnya tidur disofa seperti orang keletihan.
“Letih sangat lah tu, duduk termenung aja kat rumah ni sorang-sorang. Gurau Nur Alia. Adi hamidi terjaga ketika mendengar suara ketawa isteri dan adiknya. Dia menggeliat sambil bangkit dari sofa, Adi Hamidi merenung tajam ke arah mereka. Nur Alia dan Murni saling berpandangan.
“Apa kena abang tu kak, tak cukup tidur ke? Bisik Murni ketelinga Nur Alia ketika Adi Hamidi menghampiri mereka.
“Kenapa bang, muka abang pucat aja… tegur Nur Alia melihat wajah suaminya yang kelihatan pucat, rambutnya yang berserabai juga tidak dibetulkan.
“Buat-buat muka kasihan pulak. Kalau tak nak kasi aku makan lain kali jangan tunjuk baik.” Jerkahnya. Terjungkit sedikit nahu Nur Alia mendengar suara Adi Hamidi yang sedikit keras. Belum pernah dia Adi Hamidi meninggikan suaranya begitu. Murni juga terkejut melihat kelakuan abangnya yang berlainan dari hari biasa.
“Apa abang ni. Cakap la terus terang” Nur Alia meminta suaminya berterus terang apa kesalahannya sehinggakan dia dimarah sebegitu. Barang-barang dapur yang dibeli tadi dipegangnya kemas. Hatinya berdebar-debar.
“Pagi tadi bukan main lagi suruh aku makan nasi lemak kan. Kau nak kenakan aku. Sekarang aku dah kena puas hati kau.” Matanya tepat terarah ke wajah isterinya yang kehairanan.
“Apa abang merepek ni, saya nak kenakan apa pulak.” Nur Alia masih berlembut dengan suaminya. Sungguh dia tidak dapat menagkap semua maksud kata-kata suaminya.
“Tu, nasi lemak yang kau simpan untuk aku dah basi tau tak. Nasib baik aku tak masuk wad disebabkan keracunan makanan. Atau itu yang kau nak?”
“Nasi lemak basi. Biar betul…” Nur Alia memandang wajah kecut Murni. Murni disebelahnya hanya membatu. Dia sedikit pun tidak berkuak.Nur Alia pantas ke dapur. Dia ingin melihat sendiri nasi lemak yang ditanaknya padi tadi betulkah yang dikatakan suaminya nasi lemaknya sudah basi.
“Nak kemana tu. nak cari bukti ke, aku dah buang dalam tong sampah tu.”Kata-kata suaminya itu langsung tidak diendahkan, Nur Alia ke dapur diekorin Murni dia membuka tudung periuk yang berisi nasi lemak yang dimasaknya tadi. Masih elok, separuh lagi nasi tidak terusik. Sambal tumis ikan bilis pun masih lagi elok berada didalam bekasnya.
“Elok aja. Tak basi pun.” Bisiknya. Murni turut meihat nasi lemak itu. Sah memang elok lagi. Adi hamidi yang tercegat tadi sedikit cuak. Pagi tadi aku makan nasi lemak di dalam bungkusan kenapa pulak Alia buka periuk.
“Elok lagi nasi kak Alia masak bang. Boleh makan lagi la. Sambal bilis pun tak terusik.Abang makan nasi apa? Soal Murni kehairanan.
“Nasi lemak lah. Tapi……”
“Tapi apa…”
“Abang makan yang berbungkus tu. Pagi tadi abang ambik kat situ. Dia menunjukkan dimana tempat nasi lemak yang diambilnya pagi tadi.” Suaranya sudah kembali seperti biasa. Ada riak-riak serba salah diwajahnya.
“Alamak!.. nasi tu orang lupa buang la kak. Yang tu nasi semalam punya orang beli, tapi tak makan.” Terang Murni, dia hanya menundukkan kepala. Disebabkan kecuaiannya hari ini abangnya keracunan makanan dan disebabkan dia juga kakak iparnya dimarah teruk oleh abangnya. Dia rasa bersalah. Murni tidak berani merenung mata abangnya. Adi Hamidi memandang wajah mendung Nur Alia. dia pasti Nur Alia terasa dengan kata-katanya tadi. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Errr..” belum pun sempat Adi Hamidi meminta maaf Nur Alia memotong kata-katanya. “Malam ni kita makan luar ajalah Murni, akak malas nak masak. Nanti ada pulak yang keracunan makanan.” Sindir Nur Alia sambil berlalu meninggalkan Murni dan suaminya. Nur Alia sedikit berkecil hati dengan kata-kata suaminya, teruk benar kah dia dimata Adi Hamidi. Pagi-pagi lagi dia teruja untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka, namun bila balik dari kerja dia dituduh ingin meracuni suaminya. Tidak tahukah Adi Hamidi dia begitu menyanyangi suaminya itu sepenuh hati. Setitis airmata kesedihan jatuh ke pipinya.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati