Emy menyusuri jalan kampung yang sedikit sunyi, kesunyian jalan itu langsung tidak mematahkan semangatnya. Dikepalanya Cuma memikirkan batang apa bula yang akan hinggap dibadannya sebentar nanti, sampai ke rumah dia pasti emak akan menghadiahkan beberapa jalur merah dibadannya.
”Alang-alang nak kena bedal biarlah lambat sedikit pun.” Katanya sambil tersenyum, sedikit pun tidak risau akan dirinya akan dibalun. Dia sudah dapat menerima kenyataan, baik macam mana sekalipun dia pada Mak Jah, Emy tetap akan kena marah. Emy sengaja memlilih jalan kampung selain sunyi dan tidak terasa bahang kepanasan dia juga tidak perlu melalui jalan raya yang banyak terpacaknya lampu isyarat,bimbang nanti dia tidak sempat membreak motosikalnya jika lampu isyarat tiba-tiba bertukar menjadi merah. Dia masih sayangkan nyawanya. Lopak-lopak air yang bertaburan dijalan tanah merah yang belum berturap itu menyukarkan pergerakan motornya, kekadang dia ke kanan kekadang ke kiri. Terhuyung hayang mengimbangi badan agar tidak terjatuh. Kotak ajaibnya masih tetap teguh dibelakang. Jirannya Pak Jusuh sudah mengikatnya dengan kemas. Emy tidak perlu risau akan itu.
Tiba dipersimpangan kelihatan beberapa orang anak muda sedang melepak sambil memetik gitar. Emy mula berdebar, bimbang dirinya diapa-apakan oleh beberapa orang anak muda yang sedang berkumpul itu. Bunyi bising yang terhasil dari exzos motor cabuknya mengudang kesemua mata anak muda itu tertumpu kepadanya, seperti melihat artis jelita lagaknya. Emy seakan mahu tergelak walaupun didadanya berdebar hebat. Sempat lagi dia berangan dalam keadaan macam itu. Budak lelaki yang leka memetik gitar tadi dengan sendirinya terhenti.
”Eh itu Emy budak sekelas aku dulu tu.” Suara lelaki itu mengingatkan Emy pada Syafiq.
”Itu macam suara Syafiq, alamak mati aku..” kata hatinya. Tiba sahaja dihadapan anak-anak muda itu, Shafiq dan rakan-rakannya menghalang laluannya,nasib baik sempat dibreaknya dengan kaki jika tidak pasti dia akan terjatuh disebabkan tangan-tangan anak muda itu sudah memegang motornya supaya berhenti.
”Eh..Eh.. nanti dulu cik Emy manis, nak kemana ni tergesa-gesa aja, kalau yea pun nak cepat borak-borak lah dengan kami ni dulu sepatah dua.” Syafiq yang berkulit hitam manis itu tersengih merapatinya.
”Eh! apa ni Shafiq, aku nak cepat ni nanti mak aku marah pulak balik lambat...” sanggah Emy.
”Kau dari mana ni bawa tong ajaib ke hulu ke hilir, apa dalam ni erk..” tanya Kadir sambil tanganya cuba membuka tong yang tersedia dibelakang motornya.
”Eh! jangan usik la. Itu ikan dan sayur lah. Aku nak cepat ni mak aku dah tunggu.” Marah Emy melihat tangan gatal Kadir mula membuka tongnya. Dia menyelongkar satu persatu seperti kastam memeriksa barangan yang hendak dicukai lagaknya.
”Oh!.. ikan dengan sayur, kau jual ikan pulak ke?..” soal Syafiq diikuti dengan hilai tawa rakan-rakanya yang lain.
”Isk..isk..kesiannya,orang cantik macam kau ni jual ikan, daripada kau jual benda-benda mecam ni baik kau kahwin aja ngan aku ni hari-hari kau dapat makan ayam.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepada Emy yang memadang rakannya itu dnegan hati yang sebal. Rakan-rakan Shafiq yang lain menyambung gelak. Emy mendengus kecil sakit hati dia dengan kerenah nakal bekas rakan sekelasnya itu.
”Eh! tepi lah Syafiq aku nak balik ni...” ditolak motornya beberapa kali namun tidak berjaya melepasi kekuatan tangan Syafiq dan Kadir yang sedia memegangnya.
”Kau nak balik awal buat apa bukan ada laki pun nak kena kau layan, baik kau layan aku ni.” Sarannya lagi langsung tidak takut dengan muka bengis Emy yang mula menampakkan laharnya.
”Hoi tepilah aku nak balik!!.” Jerkah Emy dia mula mahu menjerit. Shafiq yang masih dalam sisa ketawaya masih galak ketawa.
”Hoi cik Emy dah marah ni takut aku..” Kadir sengaja mengejeknya dengan gaya seperti anak kecil ketakutan. Rakan-rakan yang lain seramai tiga orang itu masih tidak henti-henti menyambung ketawa.
”Eh! dia dah nak nangis tu..”suara rakannya mencelah, sengaja mahu mencetuskan gelak yang seakan tidak mahu berhenti itu.
”Kawan-kawan kita nak buat apa dengan dia ni nak tunggu dia nangis ke nak lepaskan..” laung Kadir bertanyakan pendapat rakan-rakannya. Gitar ditangan Shafiq masih lagi terpegang kemas.
”Ermm...kita lepaskan aja lah tapi......”
”Tapi apa?..”soal Emy yang semakin geram dengan kerenah nakal Syafiq.
”Tapi...ermmm..”Shafiq sengaja berlagak seakan-akan sedang berfikir, dia sengaja membiarkan Emy dalam keadaan tertanya-tanya...
”Cepatlah aku nak balik lah bongok..”kata Emy geram..
Syafiq tersengih-sengih, langsung tidak terasa hati dengan kata-kata Emy tadi.
”Kau kena nyanyi dulu..”
”Hah!..” Emy terjerit kecil dengan permintaan Shafiq itu..
”Macam mana rakan-rakan kau nak dengar Emy nyanyi tak..”
”Nak..” Serentak suara mereka bersetuju dengan cadangan Shafiq itu.. ”Aku petik gitar kau nyanyi ok..” arahnya
”Hey! aku dah banyak buang masa kat sini tahu tak! kau jangan nak naikkan darah aku Shafiq aku jerit karang..”suaranya sedikit meninggi.
”Kau jerit pun siapa nak dengar Emy,bukan ada orang selalu lalu jalan ni pun, kalau kami nak apa-apakan kau pun orang tak tahu tau tak!..”jawapan Kadir itu terus dapat mencantas rasa beraninya tadi. Kecut perut Emy bila memikirkan tiada siapa-siapa yang melalui jalan ini. Ada benar juga kata-kata Kadir itu. Dikiri kanannya banyak juga semak yang terbiar meliar, tadi dia bertawakal melalui jalan ini. Dan kini ujian pertamanya sedang dilaluinya.
”Macam mana kau nak nyanyi ke atau nak kami...”ayat itu sengaja digantungkan Syafiq untuk menimbulkan rasa takut dihati Emy. Sepantas kilat Emy menjawab..
”Aku nyanyi....” beberapa rakan Sahfiq bertepuk tangan, cabaran Shafiq disambut dengan tenang oleh Emy.
”Ok kami nak dengar kau nyanyi ni..”
”Aku nak kau nyanyi lagu paling senang ok..lagu..Doremon..” ketawa rakan-rakanya memecah sunyi. Itu permintaan Shafiq, mentang-mentanglah si Emy membawa tong ajaibnya lagu itu yang ada dikepalanya. Beberapa rakan Shafiq sedang menekan kan perut kerana telalu asyik ketawa. Mungkin terlalu lawak dengan permintaan Syafiq
”Mana aku reti..”jawab Emy perlahan
”Kau reti ke kau tak reti kau balun aja, dah aku tak nak alasan, kalau kau tak nak nyanyi kau duduklah terpacak kat sini sampai ke petang, kau nak yang mana satu..?” Ugut Shafiq.
Emy mengangguk tanda bersetuju untuk menyanyi..”lagu ni yang kau mintak, kalau lagu Siti Nurhaliza takpelah juga, boleh aku perdengarkan suara emas aku ni pada kau barulah terlopong nanti” bisik hati Emy. Sempat lagi dia demand.
”Satu..dua..tiga..” ucap Kadir. Syafiq mula memetik gitar kapoknya. Emy yang sudah kehilangan daya untuk melawan hanya menurut, dengan diiringi alunan petikan gitar Shafiq dia mula menyanyi...
”konno koto ii na..
dekitara ii na...,
anna yume konna yume ippai aru kedo..
minna minna minna..
fushigina Pokke de kanaete kureru..
sora wo jiyuu ni tobitai na..
ann..ann..ann
tottemo daisuki
Doraemon...”
Melopong semua mata yang memandang apabila mendengar Emy menyanyikan lagu Doremon itu. Hajat hati mereka hanya untuk mengenakan Emy, tidak disangka pula gadis itu mampu menyahut cabaran Shafiq. Shafiq yang memetik gitar juga terloggo mendengar suara Emy yang langsung tidak ada cacat celanya dipendengaranya, walaupun dia sendiri tidak memahami bahasa itu.
“Ok aku dah nyanyi sekarang aku nak balik..” Emy menghidupkan motornya lalu memecut laju meningalkan anak muda yang masih terdiam tadi.
“Ha..baru kau tahu siapa aku..” katanya sambil tersenyum manis, menyedari akan sifat riaknya dia mula beristifar mengingatkan diri. Sememangnya Emy seoarang gadis yang kuat ingatan, dia hanya mendengar beberapa kali sahaja lagu dan dia boleh menghafalnya dengan baik. Surah Yassin juga begitu sejak kecil dia memiliki anugerah ingatan yang kuat. Dia bersyukur dengan kelebihan yang dikurniakan Ilahi buatnya.
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ehehe..comel la emy ni..sean die..xpernh dihargai oleh mak sndiri..mne hero xkuar2 lg ni..?hehe..xkn syafiq kot hero..!
Post a Comment