Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

ucapan ini khas buat lelaki yang bergelar AYAH, ABAH, WALID, PAPA, DADY dan juga lelaki yang menunggu saat bergelar bapa. hari ini seluruh dunia menyambut harimu. Bertapa besarnya tanggugjawab dan amanah yang terpikul dibahumu demi membesarkan kamu yang bergelar anak. Tulang empat keratmu menjadi berkerat-kerat, keringat yang mengalir membasahi seluruh tubumu sebagai bukti dirmu tidak megabaikan kami.

Wahai lelaki yang bergelar bapa jagalah amanah dengan sebaik-baiknya dunia sekarang penuh dusta dan pancaroba anadai terleka anak menjadi mangsa, jika berlembut engkau akan terluka, oleh itu wahai lelaki yang bergelar bapa bekallah anakmu dengan ilmu, bukan sahaja ilmu dunia malah juga ilmu disana

Wahai bapa tugasmu bukan hanya mneyemai benih tetapi juga menjadi kayu penyokong untuk anak membesar, sebagai tongkat jika anakmu tercedera dan sebagai penyuluh disaat anakmu tersesat.

wahai anak baik lelaki mahupun perempuan, jangan kau kasari ibu dan bapamu, kenangkanlah segala jasanya mereka betapa perit dan jerihnya dia berusaha membentukmu menjadi manusia. Masanya sudah terlalu singkat menemani hidup kita, bahagiakan mereka sebelum menutup mata.

Al-Fatiha buat arwah ayah Abdullah @ Abd Ghani Bin Abd Rahman yang telah lama bersemadi disana. Terima kasih AYAH kerana berjaya menjadikan aku manusia. dan aku berbangga menjadi anakmu.. Moga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin..

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati