Saturday, June 27, 2009

Hati Ini Milikmu 5

******
Usai mengemas, dia berlalu kebiliknya melihat rupanya setelah rambutnya dipotong pendek. Emy meraba kepalanya apabila berada dihadapan cermin, terasa rambut-rambut pendek mula mencucuk-cucuk telapak tangannya. Dengan tak semena-mena airmatanya bertambah laju menitis dipipi bersama dengan irama badannya yang mula terhinjut-hinjut menahan tangisan takut didengari emaknya. Mukanya kelihatan hodoh bersama mahkotanya yang bertompok-tompok sehingga menampakkan kulit kepala.Emy!...Emy! jerit Mak Jah beberapa kali. Emy terkocoh-kocoh keluar dari bilik, matanya bengkak kerana menangis diatas perlakuan emaknya tadi.”Apa lagi kau ni hah!. Aku suruh kau tukar langsir tu kan...Mak Jah mencampakkan langsir yang baru diambilnya dari kedai jahit Ramlah. Dia perlu tukar langsir baru itu agar nampak berseri ruang rumahnya kerana tidak lama lagi anak perempuannya Nadia akan dirisik dan mereka dan langsung ditunangkan. Balik dari mengambil langsir dirumah Ramlah dilihatnya langsir lama masih bergantungan, sudah tentu menaikkan suhu darahnya.”Suka sangat nak naik darah aku kan! kau nak aku mati cepat ke hah!...” Jerkah Mak Jah. Emy menikus. Dia tidak berani memandang wajah emaknya ketika ini. Bimbang ada saja idea emaknya menyakitinya nanti. ”Sudah! pergi tukar langsir tu.” Arah Mak Jah sambil menundingkan jarinya ke kapala Emy.Emy cepat-cepat bergegas, dia mengambil kerusi lalu diletakkan hampir dengan jendela dan mula membuang penyangkut pada langsir tersebut. Mak Jah belalu meninggalkannya dia sedirian melakukan kerja-kerja itu. Malas dia memandang wajah anak bonsunya.Deruman kereta Nadia mengerakkan hatinya untuk menjengah ke luar. Dilihat kakaknya tersenyum girang bersama barang-barang yang tidak menang tangan untuk dibawanya ke atas. Abangnya Azhar pula memakirkan keretanya di bawah pohon rambutan. Nadia terjengul dimuka pintu, barangan yang dibawanya terlalu banyak lalu menutupi separuh dari wajahnya. Emy tersenyum melihat kakaknya itu berjalan seperti orang buta mencari meja untuk diletakkan barang-barang itu.Setelah Nadia meletakkan barang-barangnya dia berkalih ke belakang apabila terasa seperti ada orang yang memeehatikannya. ”Huh! adik, bukan nak tolong akak tadi.” Nadia sengaja memarahkan adiknya yang tergelak melihat aksinya tadi. Nadia menghampiri adiknya dia ingin berkongsi kegembiraan bersama Emy yang dirinya akan disunting dua hari lagi.”Eh! kenapa rambut Emy ni.” Nadia menyentuh rambut adiknya dengan padangan terperanjat, dia beristifar beberapa kali. ”Kenapa ni Emy siapa yang lakukan ni..” soalnya tanpa menyedari Mak Jah sudah pun berdiri dibelakangnya, Emy hanya menunduk, dia tidak mampu menjawab soalan kakaknya bimbang akan menjadi lebih parah.”Mak yang buat…” Selamba sahaja Mak Jah mengaku dirinya yang melakukan itu semua. Nadia berkalih ke arah emaknya dengan pandangan tidak mengerti.”Tapi kenapa..” soal Nadia tidak berpuas hati. Mak Jah hanya membiarkan soalan anaknya itu malas dia hendak memanjangkan cerita. Dia menuju ke meja di tempat Nadia meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi. Nadia mengosok kepala adiknya beberapa kali. ”Sabarlah dik…” Nadia memujuk adiknya, Emy hanya tunduk merenung lantai dia tidak mampu berkata apa-apa. ”Jom Emy kakak ada belikan baju untuk Emy.” Katanya sambil menarik lengan Emy supaya mengikutinya ke meja itu. Emy tidak berganjak dari tempatnya. ”Emy tak siapkan lagi gantung langsir ni kak nantilah.” Matanya dipandang ke arah Mak Jah yang sedang leka membelek barang-barang yang akan dijadikan hantaran pertunangnanya nanti. Nadia mengerti akan padangan mata adiknya. Dia tersenyum dan mengangguk, barang-barang yang dibelikan untuk adiknya nanti akan diberikannya malam nanti. Emy menyudahkan kerjanya yang masih berbaki.Malam mula mengambil tempatnya, bunyi-bunyian unggas mengiramakan suasana yang sepi itu dijadikan sebagai penyeri hatinya. Emy menghampiri jendela matanya ditadahkan ke langit mengintai bulan yang sudah lama menyembunyikan diri. Sedang leka dengan dunianya sendiri dia terdengar deruman kereta abangnya mula meninggalkan rumah. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak tersembul wajah kakaknya yang manis tersenyum memandang. Tanpa salam tanpa minta kebenaran dia bersuara ”Adik akak ada belikan ini untuk adik.” Nadia meletakkan beg-beg kertas yang mengandungi beberapa pasang baju kurung serta tudung baru untuk adiknya. Emy membalas senyuman kakaknya, tekejut juga dia tadi. ”Akak ni lain kali ketuk lah pintu tu dulu ini tak main rempuh aja,” Emy sengaja memarahkan kakaknya. Nadia cuma tersengih sambil tangannya diangkatkan sebagai tanda hormat. Emy ketawa dengan gelagat kakaknya. ”Nah...” ”Banyaknya kak. Untuk Emy ke ni...” soalnya Emy teruja dengan empat beg kertas yang baru sahaja diletakkan oleh kakaknya.”A’aa... lah untuk adiklah takkan untuk abang Har pulak.” Nadia mencuit hidung adiknya, Emy mengekek kegeliaan. Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan kakaknya itu sejak kakaknya berkerja di Kuala Lumpur. ”Cubalah apa duk tilik-tilik lagi tu...” Nadia mengarahkan Emy mencuba pakaian yang dibelinya. Dia cukup senang hati melihat senyuman yang mekar dibibir adiknya. Emy bingkas bangun lalu dia berpusing-pusing beberapa kali dihadapan cermin dengan baju barunya. Bila terpadang akan rambut barunya itu hatinya sebak. Airmata yang mula bertakung cepat-cepat dihapuskannya. Dia senyum melebar menutupi rasa duka dihati. ”La yang awak duk pusing-pusing tu kenapa pakailah. Akak pun nak tengok juga ni.” Emy malu dengan kakaknya dia hanya mnegelengkan kepala. ”Cantik lah kak, terima kasih. Emy takde apa untuk diberikan pada akak, sepatutnya akak yang dapat hadiah bukannya Emy.emy hanya mampu mendoakan kebahagiaan akak.” Katanya lirih. Nadia memeluk adiknya dia terharu mendengar kata-kata adiknya. Akak cuma mahukan senyuman dibibir Emy aja, itu lebih membahagiakan kakak dik.” penuh lembut dia menuturkannya sambil mengosokkan badan adiknya. Hampir menitik airmata Emy namun dia mampu menahanya agar kakaknya tidak perasaan akan sebak yang bertahta dihati, apa yang dirasanya ketika ini dia tidak mahu Nadia bersedih. Emy melepaskan pelukan mereka.”Senyuman macam mana macam ni erk..” dia mula tersenyum dengan mata yang bulat mulut yang lebar. ”Atau macam ni kak...” digayakan pula dengan mata juling mulut tersenyum kecil. Nadia kegelian dengan keletah adiknya dia ketawa besar. Dalam sedih Emy mampu mengembirakannya, mampu menyembunyikan kedukaan memendam sendirian segala duka laranya.”Macam badut lah adik ni.” Jerit Nadia sambil membaling bantal kecil ke arah adiknya yang sedang menghadapnya. Emy sempat mengelak lalu memeluk kakaknya.Nadia membaringkan tubuhnya diatas tilam milik emy. Jari jemarikanya bertaut dengan senyuman dibibir. Emy tahu kakaknya sempat berangan, dari raut wajah putihnya itu pasti kakaknya kegembiraan kerana tidak lama lagi Nadia akan menjadi tunangan orang. Emy cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Dia juga turut membaringkan diri disebalah kakaknya beralasakan satu bantal. ”Ha senyum sorang-sorang ni ingatkan cik abang la tu, akak jangan risau cik abang akak tu pun tengah duk rindu akak juga, nanti tengok lah tak lama lagi hp akak berbunyi?” Usik Emy sambil menarik tangan kakaknya dari bercantum dia mencamtumkan pula jari jemarinya bersama jari jemari Nadia. Nadia ketawa kecil. ”Macam tahu-tahu aja adik ni kan. Ilmu apa erk Emy pakai ni yea.” Sengaja dia ingin mengusik adiknya lagi. ”Ermm...akak nak ilmu tu ke?” Soalnya sengaja suaranya diseriuskan.”Eh! Emy pakai ilmu ke ni?” Nadia mulai cuak.”A’aa.. kenapa akak takut ke, segala rahsia akak ada dalam gengaman Emy.” Katanya bersungguh.”Ilmu apa yang adik tuntut tu...?””Ilmu hisab, ilmu alam..semua ilmu Emy dah belajar kak cuma ilmu rumahtangga aja belum. Katanya bersahaja. Nadia membulatkan mata, dia terkena dengan usikan adiknya itu, ketawa meletus dari kedua-dua gadis itu. Sungguh bahagia saat itu. ”Eh! kak kita ketawa besar ni mak tak marah ke?” Emy mulai teringatkan emaknya jarang sekali emaknya membiarkan Emy bersama Nadia bergurau senda, ada sahaja yang tidak kena dimata tuanya itu.”Mak keluar dengan abang Har, pergi ke rumah pakcik Osman nak jemput datang ke rumah masa hari bertunang la tu.” Terang Nadia. Emy hanya mengangguk dan tersenyum terasa tenang seketika dirinya apabila mengetahui emaknya sudah keluar. Puas berbaring Emy meniarap wajahnya masih lagi bertentangan dengan Nadia. Dia merenung wajah kakaknya itu, melihat kebahagiaan yang bakal terbentang tidak lama lagi.”Ermm... siapa bakal tunang akak nanti yea, kacak tak kak?.” ”Eh! mestilah kacak kalau tak takkan kakak boleh jatuh hati pada dia...””Mana gambarnya kak, nak tengok..””Nah..hensem kan. Dia menghulurkan hpnya yang tertera didepan screen gambar seorang jejaka yang boleh tahan hensemnya.”Boleh la..” katanya sengaja mengusik kakaknya. ”Mesti akak sayang giler kat dia kan..”sambungnya lagi.”Ermm...tak pun! sayang tu memnag lah sayang tapi tak gila lagilah dik oii..waras lagi ni.” Katanya berseloroh. ”Akak ni orang tanya serius dia bergurau pulak.””Yea lah, betul apa akak cakap.” Mereka diam seketika. Emy masih merenung wajah bakal abang iparnya. “Moga dia akan membahagiakan akak.”katanya perlahan. Dia menyerahkan kembali hp itu pada kakaknya. Nadia mengambi huluran itu lalu tersengih.”Siapa namanya kak?...” ”Mohamat Faiz bin Datuk Kamal.” jawabnya ringkas”Wow! anak datuk rupanya akak tawan. Macam manalah lelaki ni boleh sangkut pada akak erk, dia mula memegang dagunya dan matany di arahkan ke batang tubuh kakaknya seperti orang sedang menilik sesuatu. ”Kalau Emy tengok akak ni bukannya lawa sangat pun.” Sambungnya lagi, dia masih mahu mengusik kakaknya. Nadia terjerit kecil mendengar ulasan adiknya, dia menampar lembut bahu adiknya. ”Ermm...Best kan kak, bila ada orang sayangkan kita. Mesti selalu ambil berat pasal kita dalam duka dalam gembira. Macam mana perasan tu yea kak.” Soalnya bersahaja suaranya kedengaran kendur seakan hiba tanpa sedar Nadia terkesima.”Akak!..panggil Emy beberapa kali setelah Nadia diam tidak menjawab.”A’a..yea...” ”La.. orang tanya dia diam pulak.” bebel Emy ”Macam mana perasaan bila orang sayang kita kak?...””Adik..rasa sayang tu macam akak sayang adik, macam mak sayang adik juga lah. Hanya itu yang mampu diterangnya.”Macam mak sayang Emy..” Emy ketawa bila kakaknya mengatakan Mak Jah sayangkannya. Jauh benar tersasar anggapan kakaknya itu.”Emy tak rasa mak sayangkan Emy kak. Siapalah Emy jika nak dibandingkan akak, kenapa mak begitu bencikan Emy kak...?”Adik... mak marah bukan kerana mak bencikan adik, dia marah kerana dia sayangkan adik.” Balas Nadia cuba menutupi rasa tersisih adiknya.”kalau marah mak itu tandanya sayang, habis tu kenapa akak tak kena marah pun.””Siapa kata akak tak kena marah. Kan Emy juga selalu nampak selalu juga dengar mak marahkan akak...” ”Marah mak pada akak sebab akak pertahankan Emy. Hal-hal lain takde pun..”Ketukan dipintu menyebabkan bicara mereka terhenti. Emy berpaling pada kakaknya Nadia.”Ermm..mak dah balik agaknya. Sambung Emy. Nadia bingkas bangun apabila ketukan dipintu semakin kuat.”Akak pergi bukakan pintu dulu yea...” Emy hanya mengangguk kecil.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati