Tuesday, August 25, 2009

Lima Bersaudara 1

Riuh rendah suara katak memanggil hujan mengamit alam. Hari semakin gelap. Awan kelabu mula menutupi sebahagian langit biru yang indah disulami corak tompokan awan putih sebentar tadi. Sudah lama mereka menanti turunnya hujan. Tanah yang gersang selama beberapa bulan ini menambahkan lagi keresahan dihati mereka yang mula merindui titisan jernih itu. Musim cuti sekolah juga hampir bermula hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tirai persekolahn tahun ini berakhir. Lima bersaudara yang sedang bergelak ketawa tidak sedikit pun menunjukkan rasa risau dihati mereka jika tibanya musim tengkujuh. Mereka masih tidak mengenal erti jerit perihnya mencari sesuap nasi pada musim bah(banjir). Suara keriangan anak-anak Pak Lah mengamatkan suasana, mereka sudah tidak sabar membasahkan tubuh mereka dengan mutiara dari langit. Sesekali mereka merenung langit yang semakin kelam itu yang bagaikan sengaja mahu menguji setiap kesabaran yang semakin terhakis menantikan awan hitam itu memuntahkan mutiara-mutiara jernih. Seorang budak lelaki berusia lingkungan 10 tahun sedang duduk menghayunkan kaki, kepalanya mendongak ke atas beberapa ketika, sebentar kemudian tangannya diangkat separas dada.
“Ya Allah Ya Tuhan kami turunkan lah hujan kepada kami agar kami dapat mandi hujan.” suara budak lelaki itu mematikan kebisingan yang ada. Lima bersaudara itu saling berpandangan sesama sendiri apabila telinga mereka menjamah doa yang dibacakan oleh saudara mereka lalu sepakat berdoa yang sama, meminta hajat kepada Yang Maha Pencipta moga diturunkan hujan. Doa diaminkan lagak seperti tok imam membaca doa selepas solat berjemaah. Dipondok kecil itulah markas mereka merangka segala perancangan serta pelbagai agenda permainan diwaktu petang. Pondok kecil itu didirikan oleh ayah mereka untuk dijadikan sebagai tempat melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja.

Usai sahaja mengaminkan doa, suara keriuhan mereka kembali bergema berpadu dengan kerancakan suara katak yang juga seperti mereka menantikan mutiara jernih itu menimpa bumi. Daun daun kering yang sudah tiba ajalnya telah banyak berguguran ditiup angin yang sedikit kencang lalu bertebaran menyembah bumi sesekali mencipta sejarah memenuhi ruang udara. Ibarat berada di luar negara yang mempunyai salji, cuma disini bezanya yang turunnya hanyalah dedaunan kering yang akan mereput bila bermukim di tanah. Ribut kecil yang datang menyapa menjadikan bumi penuh dengan hamparan warna-warna coklat kekuningan, pokok-pokok mula melentok bak inang menarikan tarian tradisioanal. Mata lima bersaudara itu galak memerhati daun-daun berterbangan, sesekali mereka mencuit satu sama lain untuk menunjukkan kepada yang lain daun yang paling tinggi dibawa angin ke udara. Gamat satu pondok dengan suara jerit pekik mereka.

”Buat apa lagi kat situ. Dah nak hujan ni mari naik...” Laung satu suara yang sedikit tegas memandang mereka. Tangannya bercekak dipingang memandang ke arah pondok yang dihuni meraka. Lima bersaudara itu berpandangn serentak. Namun tingkahnya belum lagi berganjak. Masih lagi dengan situasi yang sama, duduk mencangkung, ada yang terjulur kaki, ada yang berbaring dan pelbagai aksi lagi.
”Ala.. mak dah panggil balik la.” budak lelaki berusia 12 tahun mula mengerutkan wajahnya memandang abangnya yang tua.
”Tunggu apa lagi tu, mari naik dah gelap ni.. esok nak sekolah kan.?” Suara wanita lingkungan umur 40 tahun belum lagi berganjak mengarahkan mereka berlima naik ke rumah.
”Baiklah mak.” jawab remaja lelaki selaku abang sulong dan juga merupakan ketua kumpulan lima bersaudara itu. Mereka melangkah perlahan-lahan. Dari yang besar sehingga lah yang kecil. Muka masing-masing cemberut. Hujan yang ditunggu tidak juga menimpa bumi, akhirnya airmata sendiri yang tumpah membasahi pipi.

Langkahan mereka perlahan-lahan memang disengajakan agar hujan sempat membasahi meraka. Masing-masing tidak putus berdoa didalam hati. Dan Akhirnya doa meraka dikabulkan. Tidak kurang selangkah sahaja lagi kaki mereka menapak ke tangga rumah rintik-rintik hujan mulai turun.
”Yahoooo…!!hujan dah turun!…hujan dah turun! Mereka keriangan menyambut sang mutiara itu membasi seluruh tubuh. Semakin lama semakin lebat.
”Mak kami dah basah, nak mandi lah mak. Arif anggota kumpulan yang paling nakal menjerit kepada ibunya yang sedang bercekak pinggang itu.
”Kamu sengaja basahkan tadi.”
”Tak lah. Dah basah sebelum kami sempat naik tadi.”
”Kamu tak berlari pun bila hujan turun tadi.”
”Dah basah ni mak. Kami mandi yea.”
”Esok kan sekolah nanti demam.”
”Jangan lah mak sebut, nanti masin pulak mulut mak tu.”
Akhirnya ibu itu mengalah juga.
”Yahoo!!… dapat mandi..” kanak-kanak itu bukan main seronok lagi, Zaidi abang Sulong mengetuai acara mandi hujan, Pie yang kedua selaku assistantnya. Dan ahli jawatankuasanya ialah Awie, Arif dan sekuntum bunga iaitu adik perempuan mereka Ain. Selaku ketuanya Zaidi telah merencanakan pelbagai permainan yang akan mereka lakukan semasa acara mandi hujan nanti, dimulai dengan acara bermain bola sepak ala-ala tinju, bola tampar dan akhir sekali permainan polis entry. Beberapa orang kanak-kanak dari kampung sebelah melewati perkarangan rumah mereka. Zaidi yang mengejar adiknya Ariff memberhentikan lariannya. Kanak-kanak yang sebaya dengannya melaung memanggil namanya.
”Hoi apa barang main macam tu, tengok kami ni siap boleh pecut lagi. Main macam budak kampung la kau orang ni..
”Eh! budak ni tak sedar diri betul lah kau pun budak kampung jugak la..”jerit Awie yang berdesing telinganya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut budak lelaki yang tidak berbaju itu.
”Hahaha..”gelak rakan-rakan Seng mula menaikan marah Awie.
”Kau tengok kitaorang ni macam-macam aksi boleh buat dengan basikal ni, kau nak aksi apa, meniarap, tayar depan ke atas, tayar belakang ke kebawah..” kata budak nakal itu yang dikenali sebagai Seng bangga dengan basikal yang dimilikinya. Seng nama sebenarnya Hussen anak imam Sidan yang mengajar mereka mengaji. Oleh kerana perangainya macam samseng mereka gelarkan Hussen sebagai samseng kampung, sebab itulah nama Seng singkatan dari perkataan samseng terus melekat sehingga kini. Elok benar dengan perangainya tu.
”Dah tak payah layan lah dia tu. Pie menegah apabila Awie ingin melangkah menghampiri Seng.
”Jom kita main nanti mak jerit naik kang.” Sambung Pie apabila Seng dan rakan-rakannya mula memekik dan mengejek mereka.
Ssssss…… satu cahaya cerah dan berakar diawan yang gelap itu memancar cerah seketika dan sekali itu juga kedengaran satu dentuman yang kuat seperti gegendang mahu pecah. Guruh mula mengambil tempat. Seng dan kawan-kawannya bertempiarn lari menyelamatkan diri. Mereka liam beradik juga seperti lipas kudung berlari ke arah rumah. Adik mereka Ain menangis ketakutan. Arif sempat menyambar tangan adiknya yang mulai ketakutan itu.
”Sudah semua naik rumah. Sebelum tu pergi bilas dulu dengan air paip.” Arah Makcik Jarah.
Zaidi dan adik-adiknya berlari berebut memasuki bilik air. Adiknya Ain dipimpin oleh Arif berlari terkedek-kedek mengikut kelajuan larian abang-abangnya.
”Dah la jangan nangis nanti kapal korek ambik adik...” Arif sengaja menakut-nakutkan adiknya. Akhirnya Ain diam juga bila perkatan kapal korek singgah ditelinganya. Arif hanya tersengih-sengih, dia berjaya juga meredakan tangisan Ain. Mak Jarah di atas rumah sedang membebel, tidak henti-henti marahnya apabila anak-anaknya mulai masuk kebilik air dengan pakaian kotor bersepah-sepah. Anak-anaknya 4 lelaki dan seoarang perempuan, yang permpuan itu pun sudah berperangai macam lelaki, semua permainan digasaknya, mengalahkan abang-abangnya, rambutnya juga dipotong pendek.

”Mak laparlah..nak nasi” Awie mengosokkan perutnya beberapa kali minta diisi, hujan yang mencurah dan keseronokan bermain menyebabkan perut terasa begitu lapar.
”Mak baju orang mana, takde pun kat sini..”jerit Pie
”Tengok abang ni mak tarik rambut orang.” Suara anak-anak memanggilnya begitu rimas sekali di pendengaranya. Sudah la penat melipat kain belum reda lagi kini suara anak-anaknya memekik dan bergaduh membuatkannya semakin tegang.
”Korang ni tak bergaduh sehari tak boleh ke hah!. Zaidi kenapa tak tengok adik kamu tu. Ain salin baju tu kan dah lenjun tu, tengok lantai ni dah basah nak kena lap lagi.” Bebel Makcik Jarah tidak tahan melayan kerenah anak-anaknya yang semakin membesar dan nakal. Anak-anaknya yang lain diam seketika pun begitu seminit kemudia kembali berantakan.
”Zaidi tolong mak kat dapur hidangkan nasi, nanti ayah kamu balik.” arah Makcik Jarah. Zaidi merenung wajah adiknya Pie yang sedari tadi tersengih memandangnya.
”Pie kau tolong mak, aku nak berak sekejap.” Alasan itu diberikan untuk mengenakan Pie.
”Mak orang nak ke tandas sekejap sementara tu Pie gantikan orang.” Zaidi memberi alasan. Dia tersengih memandang wajah kelat adiknya itu.
”Hahaha.. padan muka kau tadi tersengih sangat pada aku kan.” Zaidi mula memprovok adiknya. Pie melangkah dengan wajah kelat, bukan dia malas membantu Makcik Jarah menghidangkan makan malam mereka, tapi dia takut akan memecahkan pinggan mangkuk emaknya lagi. Sudah banyak kali pinggan emaknya berkecai diatas lantai gara-gara kecuaiannya.
”Eh.. Pie kau tolong tengokkan adik kau aja. Biar mak hidangkan nanti banyak pula pinggan magkuk aku pecah.” Kata emaknya melegakan perasaannya. Pie tersengih mendapatkan adiknya Ain yang terkial-kila memakai baju. Zaidi yang mendengar kata-kata Makcik Jarah tadi cepat-cepat keluar dari bilik air. Dia perlu menolong emaknya, plannya untuk mengenakan Pie tidka menjadi.Betul juga kata emaknya jika Pie yang membatu alamaknya makan nasi dalam tempurung lah mereka tidak lama lagi. Sudah lah emak seharian membasuh, mengemas rumah sekarang inilah masanya dia berbakti kepada emak walaupun baktinya tidak sebesar manapun. Nak diharapkan.
”Biar orag tolong mak..”lalu Zaidi menghampiri Makcik Jarah yang sudah pun sedia untuk menghidangkan nasi.
”Cepatnya kau buang.” Soal Makcik Jarah memandang sekilas kepada anak sulongnya.
”Tak terasa pulak mak.” Bohongnya

1 comments:

Anonymous said...

best la
nak lagi..

 
Copyright 2009 Diari Hati