Monday, August 10, 2009

Lima Bersaudara

PROLOG

”Apa Abang menungkan tu hari dah nak senja ni, jom lah masuk Kak Long pun tengah duk cari abang dari tadi katanya Anis merengek cari ayahnya.” Ain tersenyum memandang abangnya yang termenung panjang menghadap ke Gunung Simpul entah apa yang mengusik hati abangnya ketika itu.
”Ain..” panggil Zaidi tanpa menoleh ke arah adiknya. Ain yang baru sahaja hendak melangkah bekalih kembali ke arah abangnya yang masih lagi belum berganjak dari tempatnya berdiri sambil berpeluk tubuh. Ain menghampiri abangnya
“Kenapa bang.” Zaidi masih membisu, Ain kehairanan. “Betul ke abang panggil akua tadi…”omel hati kecilnya. Lama membisu Zaidi bersuara
“Cuba Ain renung gunung disana tu. Ain masih ingat zaman kita kecil-kecil dulu.” bibirnya dimuncungkan ke arah gunung yang masih utuh berdiri.
“Oh.. abang mengimbas zaman kecil kami rupanya.” Ain ketawa kecil.
“Mestilah ingat, kenapa bang, ha ni mesti abang ingat peristiwa tu lagi kan..” matanya dihalakan ke arah gunung yang jelas kelihatan disulami senyuman yang menguntum kecil dibibir manisnya.
”Setiap kali abang balik ke sini pasti abang akan tengok gunung tu..kat situlah kita lima beradik bermain sampailah tak sedar hari makin gelap kan. Abang masih ingat lagi arwah mak menangis bila nampak kita. Terus aja dia peluk kita tanpa marah-marah.” Ada genangan airmata diwajah sayu abangnyan tutur nadanya semakin perlahan. Ain menunduk terasa sebak didada mengenangkan kembali peristiwa itu, dia juga seperti abangnya, setiap kali memandang ke arah sana terbayang wajah emak yang menangis dalam pelukan. Mereka telah tersesat ke dalam hutan semasa ralit mengejar ayam hutan. Tok ketua geleng kepala melihat mereka yang kelihatan keletihan, hampir 5 jam mereka tersesat nasib baiklah mereka dapat diselamatkan. Kerana kedegilan mereka lah menyebabkan arwah ayahnya diam tidak bercakap selama 3 hari. Arwah Pak Lah terlalu marah diatas kenakalan mereka berlima.

”La apa dibuatnya dua beradik kat situ agaknya..”
”Bang..” panggil Salwa dengan lembut. Zaidi menoleh seketika itu juga kenangannya berkecai, dia mengerdipkan matanya beberapa kali bagi menghilangkan air jernih yang mula bertakung kecil di kelopak matanya. Ain juga cepat-cepat menyapu lembut air jernih itu dari terus membasahi pipinya.
”Apa lagi abang buat kat situ sekejap lagi nak masuk waktu, kata tadi nak ke surau..” Zaidi hanya menghadiahkan sebuah senyuamn untuk isterinya yang setia menanti. Ain beredar dari situ lalu turut menghadiah senyuman kecil buat kakak iparnya yang kini mengalas tangungjawab sebagai ibunya.
”Pak Ngah jahat!..Pak Ngah jahat!.. jerit Zakuan yang tiba-tiba muncul. Mereka berdua menoleh ke arah Pie yang masih lagi ketawa mengusik anak saudaranya. Sesekali jeritan Zakuan menenggelamkan ketawanya.
”Zakuan dah nak senja ni pergi mandi.” Arah Aaidi apabila anaknya semakin galak menjerit. Salwa mendaki anak tangga kayu jati perlahan-lahan, tangga kayu yang dulunya tempat aksi terjunam mereka suami dan adik-adik iparnya ketika setiap kali tiba musim bah(banjir). Zakuan yang berusia 11 tahun akur dengan teguran ayahnya lalu dia berlari meninggalkan bapa saudaranya Pie sambil mengejar ibunya.
”Kau buat apa kat situ bang..”
”Takde buat apa pun..” jawabnya sambil melangkah tangga perlahan-lahan. Pie di beranda hanya memerhatikan sahaja abangnya.
”Semua dah siap ke..”
”Apa?..” tanya Pie kembali kurang mengerti dengan soalan Zaidi
”La semuanya dah siap ke, lauk pauk, pinggan mangkuk..”
Balas Zaidi menanti jawapan dari adiknya.
”Oh.. dah siap, semuanya orang perempuan yang sediakan kita ni tunggu orang kampung datang aja nanti.” Bala Pie faham dengan soalan abangnya tadi.
”Kau tak nak ke surau ke, jemaah bersama..”
”Nak lah, aku tunggu Ariff mandi dulu. Takkan kau tak tahu Arif tu bila jumpa air..” balas Pie bersahaja. Zaidi tersengih kecil. Faham benar dia jika Arif mandi. Kalau tidak sampai setengah jam duduk dibilik air jangan haraplah dia akan keluar dari bilik air itu, jika bilik air tu boleh tidur mahu sahaja dia menyuruh Ariff tidur sahaja dalam bilik kecil tu.
”Budak-budak dah mandi...”
”Dah..tunggu bapak budak aja tak mandi-mandi lagi.” jawab Pie dalam sengihan.

2 comments:

LiNa said...

best2..

Anonymous said...

saya suka karya cik diarihati,
kebanyakan yer mst citer
keakraban adk beradik dalam
family..der pengajaran kat c2..
suker!!!!
sambung lagi yer..

 
Copyright 2009 Diari Hati