Wednesday, October 28, 2009

Hati Ini Milikmu 19

*************
”Habis mak ni macam mana?” Mak Jah memandang sekilas ke arah Nadia yang sedang berusa memujuk emaknya.
”Itulah mak, kalau boleh Nadia nak ajak mak tinggal bersama lagipun kat kampung ni bukanya ada apa nak kena jaga..” Nadia menggosok perlahan tangan emaknya begitulah kelakuaannya apabila mahukan sesuatu dan senjata itulah melemahkan Mak Jah. Mak Jah hanya mendiamkan diri. Dia perlu pertimbangkan sebaiknya jika dia melepaskan Emy pergi siapa yang akan menjaganya kalau dia sakit pening. Tapi jika dia menahan kehendak Nadia kesian pula anaknya tidak berteman di sana, lagi susah kalau terjadi apa-apa lagipula zaman sekarang macam-macam boleh jadi tinggal seorang di bandar besar begitu. Jika dia tinggal dikampung sendirian dia masih boleh meminta tolong jiran mereka jika terjadi apa-apa yang berjiran dengannya pun masih ada pertalian saudara..

”Ermmm..”Mak Jah menarik nafas perlahan. Memerhati seraut wajah anak yang dikasihaninya.
”Macam ni lah mak, kalau mak tak nak ikut, Nadia akan pastikan setiap hujung bulan Nadia dan Emy akan pulang jenguk mak. Macam mana? Nadia bukannya apa mak.. Mak kan tahu Nadia tinggal sesorang kat sana, nak cari teman yang boleh tinggal bersama takut Nadia tersalah pilih kawan sebab itulah Nadia ajak Emy. Lagipun Nadia kesiankan adik. Boleh yea mak...Nadia cuba berdiplomasi.
”Kenapa kat kampung ni dah takde kerja lagi ke? berlambak kalau dia nak..” Mak Jah belum mahu mnegalah.
”Mak..biarlah Emy sambung belajarnya. Dia pun teringin juga nak masuk Universiti. Nadia kan dah habis belajar dah kerja pun, mak jangan risau perbelajaannya nanti Nadia tanggung.”
”Huh kalau berjaya nanti dah tentu lupakan jasa aku besarkannya...” Nadia sedikit terkejut dengan apa yang diperkatakan emaknya
”Mak..kenapa mak cakap macam tu, Emy kan anak mak juga, adik Nadia takkan dia nak lupakan kita mak. Nadia memeluk Mak Jah erat. Kenapa dia berkata begitu hanya dia sahaja yang tahu. Emy yang berada di sebalik dinding biliknya duduk terjelupuk apabila mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut seoarang ibu. Begitu sangkaan emaknya selama ini. Apa masih kurangkah lagi kebaikannya selama ini atau emaknya langsung tidak pernah menghargainya. Air mata yang ditahan itu akhirnya gugur juga. Suara Nadia yang masih memujuk Mak Jah masih kedengaran jelas. Emy menutup kedua-dua belah telinganya tidak sanggup dia ingin mendengar. Semakin perit pula menelan kata-kata yang lahir dari seorang ibu. Dia merebahkan diri di tilam usang miliknya.. tengelam didalam emosinya sendiri.

Seawal jam 5.30 pagi Emy telah membersihkan diri, air telaga yang sebati dengan tubuhnya menyentuh lembut kulitnya, terasa kesejukan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam. Sesekali Emy mengetap bibir apabila tanganya mencelup air perigi yang terisi di dalam timba. Sesekali tubuhnya bergetar. Kabus pagi sedikit mengaburkan pandangan matanya kesejukan makin terasa. Air telaga tetap menjadi pilihannya walaupun rumahnya telah lama dipasang air paip. Emy lebih menyukai air perigi kesegarannya lebih terasa berbanding air paip.

Usai menghadap Ilahi Emy meneruskan tugas sehariannya sebelum Mak Jah dan Nadia bangun. Dia mengemas rumah seadanya. Sarapan pagi juga tetap dilakukan walaupun Mak Jah tidak pernah menghargainya.
”Wah!..awalnya Emy bangun siap dengan mee goreng lagi. Rajin betul adik akak ni yea.” Nadia mengahampiri adiknya yang sedang menghidang mee goreng lalu bahu adiknya dipaut mesra. Emy hanya tersengih.
”Apa ni kak busuknya, kalau yea pun nak peluk orang pergilah mandi dulu. Tak tahan lah emy dengan bau masam akak tu.” Guraunya menyebabkan Nadia semakin erat memeluk.
”Dah..dah..cepat nanti mak nak mandi pula tu.” arah Emy seperti mengarah budak kecil mandi.
”Yea lah..yea lah. Akak pergi mandi lah ni.” Nadia mengemaskan kain tualanya di atas bahunya, sesekali dia mengangkat tinggi sengaja mahu menyakat adiknya yang sedang leka menyediakan sarapan. Sejurus Nadia masuk ke bilik air Mak Jah menuruni tangga dapur dengan perlahan. Tangannya ligat menyanggul rambutnya yang mulai terburai. Emy memandang emaknya lalu menghadiahkan senyuman walaupun senyuman yang dihulurkan tidak pernah berbalas. Sebagai anak yang telah banyak memakan jasa emaknya dia sebolehnya mahu mengembirakan hati orang tuanya. Hanya emak lah satu-satunya yang dia ada di dunia ini. Baik atau buruk emak tetap emak.

”Aduh!..jerit Mak Jah mematikan khayalan Emy yang sedang leka dengan lamunannya tadi. Dia berpaling memandang emaknya yang sudah pun terjelupuk di atas lantai dapur. Emy berlari mendapakan Mak Jah.
”Kenapa mak..” soal Emy lalu membantu Mak Jah yang sedang memegang kakinya.
Mak jah mengurut kakinya beberapa kali. Pertanyaan Emy langsung tidak berjawab.
Nadia muncul dari bilik air. Dia terkejut kehairanan melihat emaknya duduk dilantai dapur. Dia meluru menghampiri emaknya dan Emy.
”Kenapa ni mak..mak tak apa-apa?”
”Takde apa-apa. Mak tersadung sikit aja tadi.” Jawab Mak Jah tersenyum pahit.
”La mak ni buat terkejutkan Nadia aja. Sakit tak ni.” Naida menarik nafas lega.
”Mak tak apa-apa lah Nadia sikit aja ni.” Mak Jah memaut bahu Nadia untuk bangun Emy disisi yang paling hampir hanya dipadang sepi. Kedinginan yang ditunjukan Mak Jah menjentik tangkai hatinya. Perasaan sebak mula bermain dihatinya sepantas kilat ditepis dia tidak mahu perasaan itu mengaggu keceriannya hari ini. Biar apa pun yang diakukan emak dia menerimnya walaupun kelakuan dan kata-kata emak begitu menghiris hati.
”Boleh jalan tak mak...”
”Mak tak apa-apa lah. Jangan lah kau risau.” Mah Jah berjalan menuju ke bilik air sambil Nadia menghantar dengan pandangan matanya.
”Adik..apa lagi tercegat kat situ...” tegur Nadia apabila melaihat Emy masih kaku ditempat tadi. Emy tersedar. Dia bergegas ke meja makan dan menyambung kembali tugasnya yang tergendala.


”Jauhnya adik akak ni termenung, teringat kat siapa tu....” Lamunan Emy serta merta berkecai. Jantungnya berdegup laju apabila suara Nadia begitu hampir dengan telinganya. Dia berkalih menghadap Nadia yang tersenyum mengejek.
”Akak ni betul-betul nak bagi orang mati muda lah.” Marah Emy memuncungkan wajahnya. Nadia ketawa kecil.
“Habis tu tuan puteri termenung sampai guruh berdentum pun tak sedar..” balas Nadia bersahaja.
”Hei mana ada guruh la. Raksasa ada arr dalam bilik Emy ni.” Nadia ketawa besar apabila raksasa yang disebutkan Emy itu ditujukan buatnya.
”Kalau akak raksaksa dah tentu kat depan akak ni ultraman kan. Tapi tak nampak macam ultraman pun. Nampak macam Doremon adalah.” Makin galak pula Nadia menyakat adiknya. Emy sedikit terhibur.
”Ah melalut aja akak ni. Kartun budak-budak itu juga yang dia ingat.” Jelas sekali Nadia belum mampu menghentikan ketawanya. Suasana sunyi seketika apabila Nadia memadang dikehijuan bendang yang terbentang luas. Dia memejamkan matanya seketika sambil menyedut udara segar. Sesekali nafasnya kedengaran dihembus kuat. Emy hanya memerhatikan sahaja tingkah laku kakaknya. Dia senang apabila kakaknya tidak pernah membiarkan dirinya sendirian ada sahaja kenakalan kakaknya mencuit hati. Hanya Nadia yang setia sebagai teman dan juga orang yang banyak memberinya semangat setiap kali dia marahi Mak Jah, dia lah penyelamat dari kesakitan setiap kali batang lidi menjamah tubuhnya. Dia sanggup korbankan apa sahaja demi mengembirakan hati kakaknya hanya dia yang memahami hatinya. Perasaan takut akan kehilangan Nadia apabila Nadia mempunyai keluarga sendiri juga sering menerjah, apakah kemesraan ini akan berulang lagi. Emy menepis jauh kembara khayalannya yang mengjangkau jauh dari kenyataan. Dia masih menatap wajah mulus Nadia lalu sama-sama merenung dan menikmati panorama yang terbentang di mata.
”Emy..” panggil Nadia lembut membuatkan dia berpaling merenung pandangan mata kakaknya. Nadia menundukkan wajahnya. Mendung menyelubungi wajahnya.
”Kenapa kak, macam ada sesuatu aja akak nak bagitahu Emy.
”Akak nak minta maaf...”
”Minta maaf, pasal apa kak..”
”Pasal pelawaan akak untuk bawa Emy ke Kuala Lumpur...”
”Emy faham kak, akak tak perlu minta maaf dengan Emy. Lagipun akak dah banyak tolong Emy. Emy dah agak kak mak takkan benarkan Emy tinggalkan kampung ni. Lagipun siapa nak jaga mak kalau Emy ikut akak.” Nadia hanya diam tidak bersuara. Dia hanya mendengar luahan adiknya. Dia berjaya memainkan emosi adiknya. Tapi dia tahu tutur kata adiknya sememangnya ikhlas walaupun emak telah banyak menyakitinya.
”Lagipun Emy sayanglah nak tinggalkan kampung ni, kat KL mana ada sawah bendang, mana ada tali air. Mana ada ayam itik...” selorohnya menutupi rasa kecewanya.
”Maafkan akak dik..” Emy hanya diam. Sebelum ini hatinya berbunga untuk mengikuti kakaknya bekerja di Kuala Lumpur. Hajatnya terus mati apabila dia mendengar perbincangan emak dan kakaknya malam tadi.
”Nampaknya akak terpaksalah balik KL sesorang esok. Maklum lah ada orang tak sudi nak tinggalkan sawah padi, tak sanggup lupakan ayam itik dan tak boleh tak kalau sehari tak bercakap dengan teman baiknya ikan di parit tu..” Nadia sengaja melangkah satu tapak ke hadapan seolah-olah mahu meninggalkan adiknya. Emy membiarkan Nadia berlalu dan tiba-tiba dia menjerit sebelum dapat menagkap apa yang dimaksud dengan ucapan kakaknya..
”Akakkkkkkkkk....” Emy menjerit keriangan dan dengan pantas dia memeluk Nadia.
”Eeee..akak jahatlah mainkan Emy.”
”Bila akak mainkan Emy. Takde kan. Tadi akak minta maaf pasal esok lusa Emy dah tak boleh nak tengok sawah padi, tak boleh nak bercakap dengan ikan lagi tapi Emy dah menyampuk sebelum akak habis cakap. Salah siapa?” Emy hanya memeluk kakaknya dengan erat. Hatinya berbunga riang. Wajahnya bertukar ceria.
”Tapi macam mana akak pujuk mak. Kan mak tak....” kata-katanya mati disitu. Nadia menguntum senyum, membiarkan soalan Emy tidak berjawab
”Ermm!..kalau Emy nak tahu kena menuntut ilmu dengan akak dulu. Sebelum tu kena sediakan pulut kuning tiga periuk, Strawbery bersalut coklat empat kotak besar, ayam panggang lima ekor...” seloroh Nadia. Emy membulatkan mata, dia terkena lagi sekali dengan kakaknya.
”Ha kan dah betul Emy kata.. Emy belum mahu mengalah..
Nadia mengerutkan dahinya tanda kurang memahami maksud Emy.
”Apa yang betulnya.”
”Betullah bilik Emy ni ada raksaksa. Kalau tak, tak kan lah akak mintak banyak sampai macam tu sekali...”Eemy melepaskan pelukannya dia sudah bersiap sedia melarikan diri jika kakaknya mahu bertindak mahu mengeleteknya.
”Hei..akak bukan nak makan sesorang. Akak nak buat kenduri lah..” ideanya tidak juga kurang. Ada sahaja yang sampai ke otaknya. Dia tidak mahu kalah dengan Emy. Emy ketawa besar apabila Nadia mula tidak tentu arah. Jawapan kakanya dirasakan lucu. Dia tersenyum gembira. Apa benar perkhabaran kakaknya atau sekdar mimpi yang datang seketika untuk membagiakan harinya sebelum bertukar duka.
”So apa tunggu lagi tak nak bawak apa-apa ke?”
”Bawa apa kak..” Emy sedikit keliru
”La budak ni boleh tanya kita bawa apa pulak. Awak tak nak bawak pakian awak ke atau nak bawa tubuh aja erk..” Nadia mencuit hidung adiknya.
”Ohh!...Emy baru teringat yang dia perlu berkemas. Dia tiada masa lagi untuk bermenung Nadia mahu bertolak awal pagi. Soal macam mana Mak Jah bersetuju membenarkannya mengikuti Nadia juga tidak sempat dia bertanya. Ah masih banyak masa lagi. Yang penting dia harus menemui rakan-rakanya. Sebelum dia meninggalkan kampung halamannya. Dia tidak sabar mahu menyampaikan berita gembira kepada ’mereka’ walaupun dia pasti ’mereka’ yang dimaksudkannya itu langsung tidak memahaminya.
”Hei nak ke mana tu.” Nadia menjerit apabila Emy meluru keluar. Dek kerana terlalu Emy meninggalkan Nadia terpinga-pinga.
”Nak jumpa kawan Emy sekejap kak.” Balasnya lalu menghilang. Nadia hanya mampu mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tahu benar siapa teman-teman yang dimaksudkan oleh adiknya tadi.


Akhirnya tiba juga Emy di kota metropolitan yang diketahui penuh dengan cabaran dan pancaroba. Bangunan-bangunan disekeliling tingi-tingi belaka hingga mampu mencakar langit.
”Macam mana lah diaorang boleh duduk kat tempat tinggi macam ni kan kak tak gayat ke? Tentu lenguh kan kak diaorang tu duk panjat tangga hari-hari.” Soal Emy seperti lagak rusa masuk kampung. Nadia hampir tergelak mendengar celoteh Emy. Dia tahu ini adalah pertama kali adiknya menjejak kaki ke kota besar itu. Sudah tentu adiknya perlu banyak belajar. Persoalan Emy hanya dibirkan sepi, lama-lama nanti tahu lah dia. Kepala Emy tidak betah diam. Sesekali kepalanya ke depan hampir-hampir hidungnya mahu mencecah cermin kereta depan. Nadia hanya memerhati kan sahaja gelagat adiknya. Biarlah dia melihat puas-puas, benda baru baginya. Esok luas puas lah dia tu.
Telefon bimbit Nadia berdering beberapa kali. Dia menjawab panggilan dari tunangnya. Nadia bercakap beberapa minit dengan Faiz. Sesekali dia tergelak apabila menceritakan hal Emy. Adiknya disebelah hanya menjeling geram.
”Jom dik abang Faiz ajak kita makan tengah hari. Nak tak.” Soal Nadia.
”Emy tak kisah. Emy ikut aja kak.” Jawab Emy bersahaja. Lagipun dia belum puas menatap pemandangan kota. Kesesakan jalan raya dirasakan seperti pesta. Emy memerhatikan kereta di atas jalan berderetan apabila lampu isyarat bertukar merah. Sesekali dia tersenyum memerhati gelagat warga kota. Pantas mengejar masa. Hanya dia agaknya seorang yang masih lagi terleka dengan dunianya sendiri. Cabaran menanti didepan mata. Dia mahu membuktikan kedatangannya ke Kuala Lumpur bukan sia-sia, dalam diam dia menanam azam mahu membuktikan kepada Emaknya dia bukannya seorang anak yang cepat lupa jasa ibu yang melahir dan membesarkannya. Emy tersentak apabila Nadia bersuara.
”Kat sini memang macam tu Emy. Berkejar ke sana kemari. Jalan pulak asyik jem aja memanjang, ha... tengok sekarang ni, lebih-lebih lagi waktu puncak macam ni...” seperti memahami apa yang bermain difikiran adiknya, Nadia meluahkan pengalamanya yang sudah lama tinggal dikota.
”Agaknya makan pun tak sempat kan kak..”
”Ala kalau yang kuat kerja memang macam tu lah. Makan pun fast food aja.”
”Ooo..” Emy hanya mengia – ia kan kata-kata Nadia. Dia tahu Nadia terlebih dahulu makan garam tinggal di kota besar ini.
”Tapi hidup di KL ni kena hati-hati dik, kena bijak jangan sampai kita ditipu...”
”Kena tipu? Maksud akak..”
”Kita kena hati-hati, kena pandai pilih kawan kalau tak kita yang hanyut. Ramai yang terkena penyakit kejutan budaya kat sini.”
”Kejutan budaya...”
”Yea lah datang dari kampung tapi bila dah sampai ke kota ni tersalah pilih kawan dan tak kuat iman teruslah lupa diri, lupa asal usul tewas dengan godaan kota.” Terang Nadia panjang lebar. Emy hanya mengangguk.
”Ok dik kita dah sampai ni. Jom perut akak pun dah lapar sangat ni.”
Faiz sudah pun menunggu di tempat biasa. Dia menyambut kedatangan dua gadis itu dengan senyuman. Sudah di ajak Ayie makan sekali tapi adiknya menolak dengan alasan streotaipnya banyak kerja.
”Jom kita makan dulu. lagipun Faiz tahu Nadia dan Emy tentu dah lapar ni. sebaik sahaja Nadia mengangguk Faiz terus sahaja memanggil pelayan mengambil order mereka. 15 minit kemudian segala pesanannya sampai. Mereka bertiga menjamu selera. Sesekali kedengaran suara Nadia dan Faiz ketawa kecil.
”Ha macam mana Emy. Seronok dapat keluar dari kampung...”soal Faiz sebaik sahaja mereka menjamu selera.. Memandang wajah Faiz membuatkan Emy diburu sesuatu. Yea rasa yang telah lama terpadam. Tapi kenapa dia....
”Apa tak seronoknya, dalam kereta tadi bukan main lagi dia tengok KLCC macam bangunan tu nak roboh jerk, tak berkelip langsung.” Seloroh Nadia membuatkan Faiz ketawa kecil, Emy hanya tersipu malu.
”So apa perancangan Emy. Nak belajar atau berkerja...”
“Emy ingat nak kerja sambil belajar lah kak, abang Faiz.. sekurang-kurangnya ada juga pengalam kerja” Dia sudah memikirkan itu sejak dia diberitahu dapat keizinan dari emaknya mengikuti Nadia ke Kuala Lumpur.
”Ok kalau macam tu bila boleh mula.” Ujar Faiz sambil memerhatikan bakal adik iparnya yang kelihatan terpinga-pinga. Nadia hanya tergelak kecil.
”Kalua yea pun sabar lah dulu. bagilah Emy ni rehat dua tiga hari nanti dia dah serasi dengan agin KL ni barulah Nadia bagitahu.” Emy hanya tersenyum kelat. Faiz menggaru kepalanya yang sedikit gatal. Biarlah Nadia yang uruskan lagipun dia lebih tahu tentang adiknya.
”So Emy dah pilih nak belajar kat mana?
”Belum lagilah abang Faiz. Lagipun kak Nadia dah ada cadangan tapi dia belum bagitahu Emy lagi. Emy ikut aja mana yang baik..” ujarnya lalu memandang Nadia di sebelahnya.
Usai makan bersama Nadia membawa Emy ke rumah milik Faiz yang bakal dihadiahkan pada hari perkahwinannya nanti. Pada mulanya Nadia keberatan untuk tinggal di sana tapi memandangkan Faiz yang beria-ria menyuruhnya berpindah ke Kondominium Damai itu dia hanya menurut. Rumah itu bakal menjadi miliknya juga nanti.


”Suriati pasal temuduga sebagai penyambut tetamu tu awak tolong batalkan, saya dah ada calonnya tapi sementara menunggu dia masuk awak minta tolong Mona gantikan dulu tempatnya. Bila Emy dah start kerja awak tunjuk ajarlah mana yang patut. Suriati hanya mencatat apabila perlu.
”Oh ya sebelum saya lupa berkemungkinan minggu ni saya tak masuk ke pejabat esok ada beberapa hal saya nak kena setle kan di tapak projek.” Suriati hanya mengangguk faham dengan arahan yang diberikan oleh bos nya.
”Okey itu sahaja. Nanti kalau ada apa-apa saya akan bagitahu awak.” Fariz memandang wajah setiausahanya seakan-akan ada soalan yang hendak di tanya.
”Kenapa Suriati? Dahi awak berkerut macam ada soalan aja nak tanya...” Soal Faiz matanya ralit melihat kerutan diwajah setiausahanya yang telah lama berkhidmat di syarikat bapanya.
”Err..maafkan saya jika saya tersalah soalan En. Faiz..” Suriati mahu bertanya tetapi dia sedikit takut.
”Tersalah soalan. Macam pelik aja bunyinya tu..” membuatkan dahi Faiz pula yang berkerut. Suriati ketawa halus melihat riaksi bosnya pula kehairanan.
”Boleh saya tahu siapa yang akan gantikan tempat Meggie tu. Satahu saya kita tak ada temudaga sesiapa pun lagi..”
”Oh itu yang menyebabkan dahi awak bergaris lima tu yea...” Guraun Faiz membuatkan wajah Suriati kemerahan menahan malu. Pandai juga bosnya membuat lawak nampak selama ni macam kayu aja. Sungutnya dalam hati.
”Dia tu saudara saya.” Jawab Faiz pendek. Suriati hanya mengangguk kecil
”Bila dia mula kerja encik..”
”Minggu depan. Tapi kalau saya tak sempat denganya awak tentu tahu apa nak buat kan.”
”Maksud En Faiz?”
”Minggu depan saya mungkin saya ke Beijing ada urusan yang saya perlu selesaikan disana. Awak Tolong ingatkan saya yea dan tolong tempahkan tiket flight saya sekali, tarikhnya nanti saya bagitahu kemudian Ada apa-apa soalan lagi ke Suriati. Kalau tak ada apa-apa saya nak minta tolong awak ambilkan fail yang berkaitan sebutharga Syarikat Menara Sdn Bhd. Suriti dengan pantas mencatatnya. Dan megeleng kepalany beberapa kali sebagai jawapan yang dia tidak mempunyai soalan lagi.
”Baik En. Faiz saya ambilkan sekarang.”
”Terima kasih.” Balas Faiz lalu mengiringi Suriati dengan ekor matanya hingga ke pintu.

Ayie baru sahaja pulang dari KLIA selepas menghantar alongnya dia telah dimaklumkan oleh Faiz yang dia akan mengantikan meeting yang perlu dihadiri Faiz pada minggu ini di Johor Baharu. Ayie tidak membantah. Dia bernyanyi kecil ketika sampai dipejabatnya tapi sebelum itu dia masih sempat melilau mencari kelibat seseorang, gadis genit yang sering menjadi penyeri lobi hari ini tidak keliahtan Ayie tercari-cari kepalanya ligat mencari bayangan Meggie Agg, sudah menjadi kebiasaan nya dia kan menyakat amoi yang suka bersolek cantik itu. Penyambut tetamu itu mempunyai sepasang mata yang sepet, berlesung pipit dan berkulit cerah gadis itu diatara staff yang menjadi perhatian kaum lelaki di pejabatnya. Hanya Meggie Agg sahaja yang mengetahui perbezaan Faiz dan Ayie sebab itulah Ayie menyenangi Meggie Ngg gadis berbangsa Tionghwa berusia 23 tahun itu. Pun begitu bukan bermaksud dia sudah jauh hati pada gadis yang mempunyai pakej yang menarik dan boleh menarik mana-mana lelaki untuk jatuh hati kepadanya. Hatinya telah dimiliki tapi siapakah gadis yang berjaya mencuri hatinya langsung tidak diketahui. Masih samar-samar dan entah sampai bilakah dia akan temui jawpannya.
”Aik tak nampak pulak amoi kat depan ni mana pergi takkan hilang kot. Ayie mengomel sendirian apabila Meggie Agg yang menjadi penyeri kaunter depan tidak kelihatan, hanya seorang wanita yang dikenali sebagai Mona sahaja sibuk melayan panggilan. Ayie meninggalkan kauter depan setelah puas dia menunggu gadis yang sedang leka dengan tugasnya. Dia sebenarnya singgah untuk mengambil dokumen yang ditinggalkan untuknya oleh Faiz pagi tadi. Dokumen yang perlu diuruskan sementara Faiz menghadiri seminar di Beijing selama dua minggu. Ketika Ayie sampai ke pejabatnya dia terserempak Suriati yang sedang melaluinya.
”Su..”panggil Ayie membuatkan langkah gadis manis itu terhenti.
”Eh En. Faiz tak pergi lagi ke, kan flight pukul 9.30 pagi. Ni dah pukul berapa, jangan bagitahu saya En. Faiz terlepas flight sudah..ini dan tentu En. Faiz terlamat bangun kan...” belum pun Ayie membuka mulut Suraiti sudah pun berjela-jela membebel dan membuat telahan sendiri.
”A’aa..saya terlepas flight la Su. boleh tolong booking kan yang lain untuk saya.” Usik Ayie tanpa Suriati menyedari dirinya telah tersilap orang. Suraiti mengerutkan dahi, jarang sekali bossnya itu cuai dalam kerja. Mungkin dia mneghadapi masalah sebab itulah dia sekarang terlupa.
”Ermm..pukul berapa pula En. Faiz nak kali ni..”soalnya lalu membuka buku catatannya.
”Pukul 8.30 malam nanti..”jawab Ayie makin panjang pula sakatnya
”Malam..okey saya tempahkan..” Suriati membalasnya sambil senyum.
“Tapi..flight ke JB ok.” Jawabnya serta merta mematikan senyuman di bibir Suriati.
“Pergi balik.” Tambahnya menyebabkan mata Suriati mengecil. Setahunya hanya En. Fariz yang akan ke JB. Gelagat Suriati memandangnya menyebabkan Ayie pecah tawa.
”Saya Fariz la Suriati. Awak ni dah lama saya kerja kat sini masih confius lagi saya atau abang saya.” Kata-kata Ayie menyebabkan Suriati tersipu malu. Mati-matian dia sangkakan En Faiz tadi. Buat malu aja dia menuduh Faiz terlepas flight,padahal bosnya sedang terlena di atas kapal terbang. Dia segera berlalu menutupi rasa malunya tadi.
”Eh! nak kemana pulak tu saya belum habis cakap lagi awak dah nak pergi”. Suriati berpatah balik ke arah Ayie yang masih tercegat di tempat yang sama.
”Maafkan saya En Fariz saya ingatkan dah sudah tadi.” tutur Suriati sopan menutupi kebiadapannya tadi.
”Memang lah tadi kita dah sudah ..Suriati mengerutkan dahinya.
”Jangan fikir lain pulak. tadi sudah bergurau.. kerjanya belum mula pun lagi nak sudah macam mana..” masih sempat lagi Ayie mengenakan Suriati yang masih merah wajahnya menahan malu. Nanti awak tolong panggilkan Kak Nida masuk ke bilik saya yea.
”Kak Nida cuti sakit hari ni En. Fariz..”balas Suriati
”Ooo..Fariz mengangguk.. kalau macam tu awaklah tolong uruskan beberapa kertas kerja yang saya suruh dia buatkan semalam, saya nak bawa ke sana esok ada meeting.” Arah Ayie kepada Suriati yang masih setia mendengar arahanya.
”Baiklah En. Fariz. Suariti hanya menurut tidak sanggup dia mahu membantah walaupun dia berhak. Tapi memandangkan Ayie telah meminta tolong dengan cara baik tidak elok rasanya dia menolak. Lagipun dia tidak banyak kerja hari ini.
”Lagi satu Suriati jangan lupa booking kan tiket flight saya malam ni ke JB. Pesan Ayie mengingati Suriati yang mula meninggalkannya. Suriti hanya mengangguk.
”Tiket pergi dan balik En Fariz. .?Soal Suriti untuk kepastian
”Pergi aja lagipun saya mungkin dua hari disana.”
”Baik en Fariz. Sebelum berlalu Ayie manghadiahkan senyuman kepada setiausaha yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya. Untung syarikat mempunyai pekerja seperti Suriati.

Emy memandang sepi alat-alat makeup nadia yang terletak di hadapan matanya. Apa yang perlu dilakukannya , mana dia tahu menggunakan alat-alat solek yang enath apa namanya yang dia tahu hanya bedak sejuk dan bedak compact itu sahaja. Debaran di dadanya mula terasa. Semangatnya sedikt goyah apabila mengingati dirinya yang seba tidak tahu. Nadia mengetuk pintu bilik adiknya setelah dia merasakan dia perlu melihat adiknya.
”Hei kenapa duduk mengelamun lagi tu. Tak nak pergi kerja ke?” Nadia menghampiri adiknya. Emy tersengih malu. Selepas mengenakan baju kurung putih berbunga pink dia terus duduk memandang makeup kakaknya sesekali dia membukanya dan seketika itu juga dia menutupnya.
”La kenapa tak bersolek lagi, nanti kita lambat lah dik.”
”Seganlah kak..Emy tak biasa la pakai benda-benda ni semua.”
”Memang la tak biasa nanti dah lama biasa la. Mekup muka tu sikit nanti tak lah orang nampak macam mayat berjalan aja. Hari pertama mestilah kita kena kemas, cantik nampak sikit berkarisma.” Nadia memberi semangat kepada Emy yang sedikit liat mengenakan alat solek dimukanya. Akhirnya Nadia yang menyolekkan untuk Emy yang duduk macam patung
”Haaa dah siap...nampak cantik pun..cuba Emy tengok kat cermin tu.” Nadia mengarahkan Emy melihat wajahnya dicermin hias.
”Eh! muka Emy ke ni kak..”
”Yea lah..takkan muka akak pulak....”Emy ketawa dengan keterlanjuran katanya.
”Macam tak caya aja kak....tapi tak nak lah pakai macam ni..”
”Hei budak ni..Takkan Emy nak tempek bedak sejuk pula kat muka tu, nak suruh semua pekerja kat situ lari bertempiaran.” Emy tergelak kecik dengan sindiran merangkap lawak baginya. Dia memebelek wajahnya seketika dan sejurus itu dia tersenyum melihat dirinya sendiri. Yea aku perlu berubah. Itu azamnya lalu tudung bawal berwarna merah jambu digapainya. Nadia tersenyum melihat perubahan adiknya.
”Ingat pesan abang Faiz tu Emy kena jumpa siapa...”
”Emy ingat kak, dia suruh Emy jumpa Suriati...”
”Good girl.” Nadia memperlakukan Emy seperti budak kecil. Emy memuncungkan wajahnya geram dengan gurauan kakaknya yang tiada berkesudahan.

”Mona mana amoi cantik tu pergi, saya tak nampak pun hari ni, dia tak datang kerja yea” Sapa Ayie apabila dia melewati lobi.
Mona yang sedang menggantikan tempat Meggie Agg yang telah berhenti kerja berpaling kehairan. Sudah nyanyukkah bosnya itu, dia yang menyuruhnya gantikan tempat Meggie dia pulak yang tanya mana perginya si Meggie.
”En. Faiz dah lupe erk. Kan Meggie dah berhenti kerja...” Terang Mona lalu memberikan beberapa dokumen kepada Ayie. Ayie yang tidak tahu menahu tentang pemberhentian Meggie Ngg mengerutkan keningnya.
”Kenapa En. Faiz..” Panggilan Mona itu menyebabbkan dia mahu tergelak, baru dia perasan Mona pun sama menghidap penyakit macam sesetengah staffnya yang lain. Sah mereka sedang mengalami krisis kekeliruan identity. Ha padam muka.
”Kenapa En. Faiz senyum pulak ni. ada apa-apa yang lucu ke?”
”Eh takde. Maaf saya terlupa selalu sangat kacau si amoi tu pagi-pagi bila dia takde ni terasa lain pulak...”
”Hai dah jatuh hati ke En Faiz ni, tunang kat sana tu mana nak letak.” Soal Mona tersengih kecil.
”Ala yang tu saya letak kat sini….”dia meletakkan tangannya didadanya, Mona hanya tersenyumm mengejek. Ayie terus pada tujuan asalnya ke situ.
”Hai senang hati betulah bos ni, dulu tak macam ni asyik serius jerk sekarang bila adiknya kerja kat sini semuanya berubah.” Omelnya sendirian sambil tangannya lincah menyelesaikan kerjanya.
”Saya datang nak ambil dokumen yang ditinggalkan untuk saya.”
”Dokumen yang ditinggalkan untuk Encik. Setahu saya En Faiz yang tinggalkan dokumen untuk adik En. Faiz kan. Dokumen untuk en.Fiaz sendiri takde pula.
”Ha yang tu lah...” Malas Ayie ingin berlama disitu. Dia tahu masalah kekeliruan identiti ini akan berlanjutan selagi dia tidak ditukarkan ke cawangan lain.
Usai dokumen yang dikehendaki diperolehi dia mengucapkan terima kasih kepada Mona.

Emy yang telah diberikan taklimat serba ringkas oleh Suriati tentang kerjanya tersenyum lebar walaupun debaran didadanya semakin mengganas, beberapa mata juga tidak lepas memandangnya maklumlah dia orang baru di situ. Suriati membawa Emy ke ruang menyambut tetamu. Mona sedang tersenyum memandang dia tahu kerjanya sebagai gadis penyambut tetamu akan berakhir sebentar nanti.
”Ok saya kenalkan ini Mona..” Suriati memperkenalkan diri Emy kepada Mona.
”Saya Nur Amelia panggil saja Emy. Lalu menghulurkan salamnya kepada Mona. Salam bersambut dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibir masing-masing, mereka sudah berjumpa pagi tadi.
”Kerjanya tak susah Emy, senang aja duduk goyang kaki aja kat sini.” Seloroh Mona mrmbuatkan mereka ketawa kecil. Cepat benar gadis itu mesra. Emy hanya mengangguk. Dia sudah faham kerjanya kerana Suriati sudah menerangkanya tadi. Mona tidak dibernakan meninggalkan tempatnya dia masih diperlukan disitu untuk mengajar Emy hanya untuk dua atau tiga hari sahaja. Mona akur lagipun dia sudah mula seronok berekrja dibahagian hadapan.
Waktu berjalan dengan pantas, Emy seronok dengan tugsanya, dia tidak kekok bergaul dengan Mona sesekali mereka berlawak.
”Eh kau tak nak makan ke Emy...” Emy mengerling jam tangannya pemberian Nadia tempoh hari.
”Emy puasa lah Mona..kalau Mona nak pergi makan takpe, pergi lah...”
”Kau puasa ganti erk..” Emy hanya tersenyum. Cukuplah sekadar mengatakan dia berpuasa walaupun puasa gantinya telah lama berganti.
”Aku pergi dulu lah yea, kalau kau nak ke surau naik ke tingkat lima kat situ ada surau. Kalau kau nak tidur kat situ pun boleh.” Ujar Mona tanpa segan silu. Emy hanya mengangguk kecil. Menyambung kembali tugasnya apabila kelibat Mona hilang bersama teman-temannya.

Ayie bersama beberapa rakan sekerja lain sedang leka bersembang dan sesekali disulami ketawa sambil menuju ke cafe, dan tanpa sengaja dia terpandang ke arah kaunter panyambut tetamu. Sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya begitu menarik perhatiannya. Gadis bertudung merah jambu itu dengan perlahan melangkah ke arah bertentangan dengannya menuju ke lift. Dia tidak sempat melihat wajah gadis yang itu kerana sesekali bayangan gadis itu terlindung dek pergerakan rakan-rakannya. Dan akhirnya bayang gadis itu hilang dari pandangannya. Hatinya tidak keruan. Siapa gadis yang mempunyai aura yang sama seperti gadis kampung yang ditemuinya dulu.

4 comments:

Anonymous said...

best best cepat sambung

Anonymous said...

tak sabar rasanya nak tau sambungan nextttt

::cHeeSeCaKe:: said...

wa..bile nk jmpe ni..?
xsabar2..ehehe

epy elina said...

btul2...
x sbr emy ngn ayie nak brjmp...
kat ati mrk msing2 ada cnta tp x brkmbng lg hehhehe...

 
Copyright 2009 Diari Hati