Tuesday, January 26, 2010

Hati Ini Milikmu 25

”Abang..jangan macam ni bang..tolonglah, tak kesian ke abang pada akak yang terlalu menyayangi abang sepenuh hatinya. Emy tak sanggup lukakan hati kak Nadia semata-mata untuk mengecapi bahagia yang belum tentu lagi milik Emy. Abang kena faham perasaan abang sendiri. Sanggup abang kecewakan kak Nadia. Emy tak sanggup biar pun Emy terpaksakan gadaikan cinta Emy. Kak Nadia dah banyak berkorban untuk Emy...” Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Sungguh dia rasa dirinya sedang diketawakan oleh Emy, dia tidak mampu mempertahankan cintanya gara-gara jatuh hati pada gadis yang baru bekerja dengannya malahan gadis itu juga merupakan bakal adik iparnya. Emy merenung bakal abang iparnya yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Lelaki itu hanya menundukan wajah sedari tadi, mungkin apa yang dikatakan Emy sedikit sebanyak telah memberi keinsafan di atas keterlanjuran perasaan lelakinya itu terhadapnya. Beberapa pasangan yang sedang beriringan melintasi mereka di pandang kosong. Emy mengetap bibirnya apabila Faiz masih mendiamkan diri.

”Emy juga harus faham perasaan abang, abang tak boleh hidup tanpa Emy.” Tutur lelaki itu tegas seraya mengangkat wajahnya merenung ke dalam anak mata Emy yang berwarna coklat. Ya Allah mahu sahaja gugur jantungnya mengenangkan lelaki dihadapannya itu yang tidak pernah faham bahasa dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sungguh dia tidak sanggup menjadi orang ketiga dalam perhubungan diantara lelaki ini dan kakaknya. Entah... perasaannya juga berlainan sekali adakalanya dia rasa getaran halus melanda jiwanya apabila berdepan dengan lelaki itu dan adakalanya langsung tidak memberi apa-apa riakasi apabila bertentang mata.
”Abang Faiz tolonglah jangan macam ni, tak boleh ke abang ubah perasaan kasih abang pada Emy tu kepada kasih abang kepada seorang adik.” Emy memandang dikejauhan apabila lelaki itu masih tidak memberi respon positif pada kata-katanya. Nafasnya turun naik mencari kekuatan berdepan dengan Faiz.
”Hati dan perasaan bukan mainan Emy..abang sendiri pun tak tahu bila abang ada perasaan pada Emy. Bersama Nadia abang tak pernah rasa macam ni. Rasa getarannya tapi bila abang bersama Emy getaran itu mula membuat abang jadi tak menentu..” payah sekali dia menuturkannya.
”Faiz!....Emy!.. apa semua ni..” Nadia muncul tiba-tiba membuatkan mereka berdua tercengang-cengang. Wajah Emy sedikit pucat apabila Nadia merenungnya dengan satu renungan yang cukup membuatkan jantungnya bagaikan berhenti berdenyut. Faiz mula mengelabah. Dia sama sekali tidak menyangka sesi meluah perasaan itu dapat dihidu oleh Nadia tunangnya sendiri. Silapnya juga kerana tempat terbuka itu memang senang dihidu oleh sesiapa sahaja. Nadia mencerlung ke arah tunangnya dia bagaikan singa lapar menanti mangsa untuk diterkam.
”Nadia...”Faiz bersuara setelah lama berfikir. Nadia sudah basah dengan air mata. Tidak sangka dirinya dicurangi orang yang sangat dicintainya dan lebih terasa sakitnya apabila adik sendiri yang menikamnya dari belakang.
”Apa yang you all nak jelaskan pada I...you nak bagitahu I ini semua salah faham..macam tu..” tengking Nadia apabila Faiz kembali diam.
”Akak...Emy takde niat pun nak rampas abang dari akak...” Emy bersuara gugup air matanya mula berjujuran. Sungguh dia tidak sanggup berada dalam situasi begini. Ketegangan semakin memuncak..
”Ooo..takde niat..senangnya kau cakap, habis semua ni apa Emy...apa!..sandiwara apa yang sedang kau orang mainkan ni.” Emy mengeleng laju. Bagaimana mahu diterangkan semuanya jika segalanya telah didengari oleh Nadia. Dia tidak sanggup membela diri sedangkan dia tahu akan memakan dirinya sendiri.
”Mulai daripada hari ini you bukan tunang I lagi Faiz..”Nadia menuturnya dengan lancar, sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi dia tidak mahu menagih cinta pada orang yang tak sudi menerima dan memberi cinta kepadanya.
”Nah cincin pertunangan kita I kembalikan..”Faiz terkedu. Dia tidak mampu berkata-kata di atas tindakan Nadia secara spontan itu. Cincin ditelapak tangannya direnung sepi.
”Dan kau Emy...bukan lagi sebahagian dari hidup aku..aku tidak ada adik yang sanggup merampas hak kakaknya sendiri.” Sesudah menyudahkan kata-katanya Nadia berlalu meninggalkan mereka berdua. Emy menangis pilu...dia memanggil-manggil kakaknya berulang kali..
”Akak..akak..tunggu Emy.. Kak Nadia....”laungannya semakin kuat apabila Nadia semakin laju melangkah apabila dia mengejarnya. Emy tersadung batu lalu terjatuh kakinya luka. Nadia langsung tidak berpaling ke arahnya. Faiz datang membantu Emy yang masih berusaha untuk bangun dan mengejar Nadia.
”Kak Nadia.....”jerit Emy pilu.

”Emy..Emy.. bangun dik..kenapa ni...Nadia mengoncang bahu adiknya yang sedang teresak-esak menangis dan memanggil namanya. Emy membuka matanya apabila terasa bahunya digoncang hebat, sejurus itu dia melihat Nadia dihadapannya lantas memeluk kakaknya dengan erat mimpi itu bagiakn realiti baginya..
”Akak jangan tinggalkan Emy...”katanya yang masih teresak-esak..terbawa-bawa oleh mimpi yang ditayangkan dalam tidurnya.
”Kenapa ni dik..akak tak ke mana-mana lah.. ada ni.. ”pujuk Nadia sambil tersengih kecil. Lucu melihat adiknya menangis dalam tidur. Dia menggosok-gosok badan adiknya beberapa kali. Tentu adiknya bermimpi buruk sehinggakan dia masih menangis didalam jaga.
”Janji akak takkan tinggalkan Emy yea..” Emy melepaskan pelukanya dan merenung ke dalam anak mata Nadia mencari kepstian yang jitu. Nadia mengeleng kecil dengan gelagat yang mengundang lucu dihatinya lalu mengangguk sebagai mempersetujui permintaan Emy yang dirasakan pelik. Emy merasa lega lalu tersenyum pada Nadia.
”Apa mengigau ni sampai nangis-nangis...tak malu..macam budak kecil. Lap airmata tu.” Nadia mengarahkan Emy menyapu airmata yang masih berbaki. Emy ketawa kecil dengan usikan Nadia. Mimpinya tadi betul-betul menakutkan dirinya. Tentu mimpi tadi berkaitan dengan perasaannya semasa bertemu dengan bakal abang iparnya di KLIA malam tadi.
”Dah..pergi sambung tidur masih awal lagi ni.” Arah Nadia serasa menarik selimut yang hampir terjatuh dihujung katil. Emy mengeleng laju.
“Emy nak solat sunat tahajut dulu kak. Akak pergi lah sambung tidur..” pujuk Emy. Dia rasa bersalah kerana menganggu tidur kakaknya. Nadia mengangguk kecil lalu berlalu meninggalkan Emy yang masih berteleku diatas katil. Perasaan takutnya mula menyelinap, dia tidak sanggup hadapi jika mimpi itu menjadi kenyataan. Emy menunjal kepalanya sendiri lalu ketawa lucu. Diraba pipinya yang masih terasa sejuk, airmatanya hampir kering. Dia bergegas ke bilik air untuk menunaikan solat sunat tahajut, menyerah diri kepada Yang Maha berkuasa agar dihindari mimpinya itu.

Emy menyediakan sarapan nasi lemak seawal pagi, santan kelapa yang dibeli Nadia semalam masih belum terusik. Selepas solat sunat tahajut dinihari tadi dia tidak dapat melelapkan mata lantas dengan matanya yang masih segar dia membaca Qur’an sementara menunggu waktu subuh menjelang. Jiwanya terasa tenang dengan mengalunkan Kalamullah, menyedari dirinya terlalu daif dengan ilmu agama Emy menanam azam untuk mendalami ilmu agama dan dia juga berusaha untuk menjinakkan diri dengan menyertai aktivi-aktivi anjuran kariah masjid yang berhampiran dengan taman perumahan yang didudukinya kini.
”Morning dik..ermm...sedapnya bau..” sapa Nadia lalu menarik kerusi duduk tanpa menghiraukan Emy yang memandangnya. dia sudah tidak sabar untuk menjamah masakan Emy yang sentiasa kena dengan seleranya. Emy hanya tersengih melihat gelagat kakaknya. Begitulah Nadia jika setiap kali giliran dia menyediakan sarapan.
”Memang pun..Emy masak mestilah sedap, tak macam akak tu asyik roti aja memanjang...kalu hari ni roti telur, esok roti celup milo..muka Emy pun dah macam tepung roti jadinya.” Nadia ketawa gelihati dengan rungutan adiknya, biarlah adiknya nak cakap apa pun memang apa yang dikatakannya semuanya betul. Emy sengaja mengenakan kakaknya yang sememangnya kurang pandai dalam bidang masakan. Yea lah setiap kali Nadia hendak masuk dapur mak siang-siang lagi dah menghalangnya yang menjadi mangsanya Emy. Dan kerana sifat mak pilih ksih itulah secara tidak langsung dia menjadi pandai dalam bidang masakan walaupun dia sebenarnya sudah muak masuk ke dapur menyediakan perkara yang sama setiap hari. Dia patut berterima kasih kepada Mak Jah. Emy merenung Nadia yang sedang leka menyuapkan nasi ke mulutnya ingatannya kembali kepada peritiwa dalam mimpinya malam tadi.
”Eh apasal tenung akak macam nak telan aja...nasi lemak ni sedap tau..” Nadia menyuakan sesudu nasi ke arah Emy sambil memuji melihat adiknya merenungnya tadi.
”Emy teringatkan mak lah kak. Apa mak buat kat kampung sesorang tu yea. Bohong Emy menutupi rasa kalutnya
”Erm..Emy tak payah risau tentang mak…akak dah bincang ngan mak nak bawa dia datang duduk ngan kita, nanti tak payah la kita balik kampung setipa minggu. Lagipun akak penat lah drive balik kampung tu. Emy tu bukan kesiankan akak...suruh ambil lesen pun tak mahu...Nadia mencebik apabila Emy ketawa mengingati peristiwa mereka balik kampung dua minggu lepas.

3 comments:

epy elina said...

hohohoh...
ingtkan btul la rupanya mimpi jer...
bila la emy thu yanf ayie 2 bkn faiz tnang kak dia...
best2x...
smbng2x...

khasyikelvin_ said...

sedih lak
kalau betul2 terjadi
seperti dalam mimpi.

aqilah said...

yh hairan tu, takkan la kedua2 pasangan beradikni, takkan tak pernah bertemu??/bertembung????? kesian emy....musykil ada, geram pun ada. heheeee apapun, akak follow...............

 
Copyright 2009 Diari Hati