Perjalanan dari KL sentral ke KLIA dengan menaiki ERT hanya mengambil masa 28 minit sahaja. Emy melangkah perlahan menaiki perngangkutan yang tidak diketahui dimana tayarnya pun begitu dengan perasaan takut-takut dia melangkah juga ke perut pengangkutan awam antara yang tercanggih di Malaysia. Hatinya berbolak balik untuk berpatah balik tetapi bila terpandang akan dokumen yang berada kemas digengamannya dia nekad hati, dia perlu menghantar dokumne ini kepada Ayie yang disangka Faiz. Emy memandang sekeliling. Orang-orang dikelilingnya ada yang membawa beg besar ada yang biasa-biasa sahaja. Pasti destinasi mereka juga sama sepertinya. Dia beralih pula memandang persekitarannya dengan perasaan tidak menentu. Beberapa mata memandangnya dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan, dia bagaikan warga asing yang baru pertama kali datang ke Malaysia walaupun dia adalah anak jati kampung Sepat. Kecut juga perutnya apabila melihat beberapa orang penumpang tidak berganjak dari memandangnya. Emy melangkah dengan berhati-hati mencari tempat yang sesuai untuknya berlabuh. Inilah kali pertama dia menaiki keretapi yang begitu canggih..
Emy sudah tidak sabar untuk keluar dari perut keretapi yang bergerak terlalu laju, tekaknya terasa loya, belum pernah dia merasa hendak muntah ketika menaiki kenderaan. Kepalanya berdenyut kecil pun begitu dia kuatkan semangat, perlahan matanya dipejamkan. ERL yang baru dinaikinya membuatkan dirinya berfikir sepuluh kali untuk menaikinya kali yang kedua. Emy mengikut beberapa orang penumpang berjalan laju dihadapannya meninggalkan train. Tiba diperkarangan KLIA dia mencari kelibat Ayie. Pertama kali melangkah ke tempat yang begitu asing dia merasakan dirinya seperti berada di dunia lain. Selama dia berada di kampung dia hanya mendengar cerita dari mulut pak Mat yang suka bercerita tentang KLIA semasa menghantar anaknya dilapangan terbang dahulu sehinggakan dia memasang angan-angan untuk ke sana jua suatu hari nanti. Hari yang diimpikan itu ternyata menjadi kenyataan hari ini. Apa yang diceritakan oleh pak Mat kepadanya dahulu kini dapat dirasainya sendiri. Dan paling membuatkan dia gembira dia datang sendirian tanpa ditemani sesiapa. Bolehlah dia bercerita pada pak Mat bila balik ke kampung nanti sudah pasti tidak akan melupakan pengalaman menaiki keretapi laju tadi. Emy ketawa kecil dengan kejakunannya. Dia kagum dengan kecanggihan yang ada di KLIA. Terasa diri bagaikan seekor rusa yang tersesat jalan dirinya kini sedang berdiri terpingga-pingga diruang menunggu sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang lalu lalang.
Perasaan gembiranya berbaur debaran. Debaran kecil semakin lama semakin kuat berdendang. Melihat pemandangan yang begitu indah didalam KLIA yang penuh bergemerlapan dengan lampu-lampu bercahaya sesekali bertingkah dengan amanat yang belum terlaksana membuat dirinya serba salah. Bagaimana dia hendak mencari Ayie jika begini keadaannya. Hanya doa mengiringinya supaya Allah permudahkan pertemuannya dengan Ayie. Dalam kelam kabut mencari batang tubuh Ayie tanpa sengaja Emy terlangar seseorang yang tidak dikenalinya barang-barang yang dibawa oleh penumpang yang baru tiba itu bertaburan dilantai. Rempuhan itu hampir-hampir mengakibatkan Emy tersungkur nasib baik dirinya sempat mengimbangi dirinya jika tidak sudah tentu dia akan menjadi bahan tontonan manusia-manusia yang ada disitu. Lelaki berbadan kurus dan panas baran itu mencerlungnya lalu tanpa sempat Emy memohan maaf dia terlebih dahulu ditengking. Akibat dari tenkingan itu Emy menjadi perhatian beberapa orang yang berada disekitarnya. Beberapa kali Emy memohon maaf diatas tidak kesengajaannya pun begitu lelaki yang kurang budi bahasa itu mendengus perlahan lalu meninggalkan Emy yang masih dengan rasa terkejutnya apabila ditengking begitu. Terasa bagaikan ingin menangis tetapi dicekalkan hatinya lalu melemparkan senyum kepada mata yang memandang, mata yang bersinar tadi kini redup, airmatanya hampir menitis. Lelaki kurang bahasa itu langusng tidak menoleh kepadanya. Salah seorang yang menyaksikan kejadian itu adalah Ayie sendiri. Dia hanya memandang dari jauh kejadian itu, disangkanya itu hanya pergaduahan antara pasangan kekasih tapi bila diamati wajahnya yang sayu itu Ayie terkaku, gadis itu..gadis yang sama berjaya mengocak hatinya. Dia bergerak ke arah Emy sebaik sahaja dia pasti gadis itulah yang berjaya memberi getaran didadanya. Dibenaknya bermain dengan pelbagai soalan. Apa dia buat kat sini, siapa lelaki tadi, Buah hatinya? Ayie menghampiri Emy tanpa disedari ternyata gadis itu seperti mencari seseorang.
“Awak buat apa kat sini...” Pertanyaan Ayie secara spontan itu mengakibatkan wajah Emy bertukar pucat. Emy menyangkakan lelaki yang menengkingnya tadi datang kembali untuk memakinya ternyata dia silap, lelaki dihadapannya kini itulah lelaki yang dicarinya. Dokumen penting masih barada didalam pelukannya. Dia tersenyum lega. Sekurang-kurangnya amanat Suriati hampir selesai untuk dilaksanakan.
“Abang!... terkejut Emy. Ingatkan siapa lah tadi.” Wajah pucat itu kembali normal sebaik sahaaj dia terpandangkan akan wajah Ayie yang disangkanya Faiz.
“Err..Emy buat apa kat sini.” Soalnya untuk kali kedua sebaik sahaja Emy kembali reda.
“Kak Atie minta Emy tolong hantarkan dokumen ni pada abang, puas Emy cari abang nasib baik jumpa.” Ayie mengerutkan dahinya. Setahunya dia menyuruh Suriati yang menghantarkannya dan setiausahanya itu tidak sepatutnya memberi tugas kepada orang lain walaupun dia adalah staff disyarikatnya sendiri. Kenapa Suriati tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu, nasib baik dia ternampak kejadian tadi. Emy menyerahkan dokumen yang diamanahkan oleh Suriti tadi kepada Ayie. Ayie menyambut huluran dari Emy dengan wajah yang masih mengharapkan penjelasan. Emy faham maksud renungan pada wajah Ayie. “Kak Atie tak dapat datang tunangnya kemalangan bang. Kebetulan Emy pun tak balik lagi tunggu kak Nadia datang jemput tapi kak Nadia lambat sikit hari ni, jadi Emy tolong lah.” jelas Emy bagi pihak Suriati dia tahu pasti Ayie merasa hairan dengan keberadaannya di situ.
Ayie masih terpaku pada gadis dihadapannya, hatinya gembira apabila dapat merenung seraut wajah yang seringkali menganggu difikirannya. Penjelasan Emy yang bersungguh-sungguh itu bagaikan angin lalu singgah ditelinganya. Dia bagaikan dipukau dengan seraut wajah mulusnya. “Err.. Teruk ke tunang Suriati tu. Ayie berbasa basi, sekadar menutupi rasa bersalahnya merenung Emy. Dia tahu Emy tidak selesa direnung begitu gadis itu kelihatan melarikan pandangannya apabila dia merenungnya.
“Emy tak pastilah bang, tak sampai hati nak tanya dalam keadaan kak Atie macam tu...tapi tengok dari cara kak Atie tu nampak macam serius aja. Emy harap abang Wan tu tak apa-apa lah. Kesian kak atie.” Mendengar sahja Emy menyebut nama tunang Suriati dengan panggilan abang Wan. Hatinya diregut cemburu. Apa pulak masalah aku ni itu memang panggilan tunang Suriati yang kau jeles lebih-lebih ni kenapa.. hatinya bertingkah
“Patutlah abang call Suriati tak dapat-dapat...” Ayie turut simpati atas apa yang berlaku pada tunang Suriati pun begitu dia patut berterima kasih pada Suriati kerana dia menyerahkan dokumen itu kepada Emy jadi tidak perlu lah dia bersusah payah menunggu 2 hari lagi untuk bertemu dengannya. Ayie tersenyum kecil. Emy yang melihat Ayie tersenyum semacam mengerutkan dahi. Peliknya abang Faiz ni orang lain dalam kesusahan dia boleh tersenyum pulak.
“Abang..ermm..Emy nak minta tolong sikit boleh...” Emy serba salah,dia merenung lantai yang berkilat yang dipijaknya kalau boleh dia tidak mahu termakan budi sesiapa walaupun dengan bakal abang iparnya sendiri, tapi keadaan darurat dia tidak mahu kakaknya risau tentang keselamantannya. Kalau dia meminta Faiz yang menelefonnya tidaklah kakaknya itu risau tak tentu hala dan yang pasti dia tidak akan dileteri oleh kakaknya nanti.
“Boleh... Emy lapar ke, nak abang belikan makanan?” Soal Ayie apabila Emy bagaikan berfikir sesuatu.
“Eh tak lah bang...bukan itu.” Cepat-cepat Emy membantah walaupun tawaran Ayie bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal Emy menolaknya dengan baik. Perutnya yang steady tadi tiba-tiba berkeroncong apabila Ayie menyebut perkataan lapar.
“Habis tu Emy nak abang tolong apa…” Ayie berkerut. Dia menantikan jawapan Emy yang masih melarikan pandangannya apabila direnung. Kenapa setiap kali aku renung dia pasti dia berusaha melarikan pandangannya. Ayie mencari jawapan kepada soalan yang diberikan untuk dirinya sendiri. Atau mungkin dia....
“Abang boleh call kak Nadia, bagitahu dia Emy ada dengan abang. Emy bukan apa bang takut-takut kak Nadia risau pulak maklumlah sebelum ni Emy mana pernah balik lambat macam ni, keluar sorang-sorang pulak tu.”
“Ohh..macam tu takpe abang call kak Nadia.. sekejap yea. Emy tunggu kat sini. Ayie berdiri menjauh sedikit dari Emy, tidak disangka pemintaan Emy tadi hampir-hampir membongkar rahsianya. Mustahil Nadia akan mempercayainya jika dia mengakui dirinya adalah Along. Ayie menelefon Tina supaya memaklumkan kepada Nadia Emy berada bersamanya. Sempat juga dia meminta Tina SMS kan nombor telefon bakal kakak iparnya. Dia akan menyuruh pemandunya hantarkan Emy pulang nanti.
“Ok abang dah bagitahu kak Nadia..nanti abang minta pak Samad hantarkan Emy yea.
“Jom kita pergi makan dulu tentu Emy belum makan lagi kan. Lagipun abang ada masa lagi ni.” Ayie tidak akan melepaskan peluang untuk mengenali gadis dihadapannya ini. Dia ingin tahu kejadian yang baru disaksikan sebentar tadi. Siapa lelaki tadi, dan apa hubungan Nadia dengan Emy, setahunya Suriati memberitahu Emy merupakan saudaranya sedangkan dia tidak pernah melihat Emy sebelum ini, walaupun dia tinggal bersama nenek masakan dia lupa berapa orang saudara mara dan sepupu-sepupunya.
Emy mengeleng laju apabila dipelawa. Dia tidak mahu berlama di situ hari makin gelap. Solat maghribnya pun belum tertunai lagi. Dia tidak mahu melengah-lengahkan solat yang hanya tinggal beberapa waktu sahaja. Berdiri bersama abang Faiz bagaikan menjerut hatinya. Sungguh dia tidak selesa dengan perasaan ini.
“Takpelah bang Emy rasa baik Emy balik sekarang lagipun dah lama sangat kak Nadia tunggu Emy dirumah tu. Maghrib pun Emy belum lagi ni. Rasanya kalau takde apa-apa Emy minta diri dulu.” Emy lembut memohon. Dia tidak sanggup berlama dengan lelaki dihadapannnya ini bimbang perasaan aneh yang mulai mengocak jiwanya akan memudaratkan dirinya. Dia tidak sanggup jatuh cinta pada tunang kakaknya sendiri.
“Kalau macam tu Emy pergi solat dulu. Lepas solat baru kita pergi makan yea. Jom abang tunjukkan tempat solat.”
“Tapi bang Emy tak bawa telekung solat.” Bukan dia mencipta alasan tetapi memang itulah kenyataannya masakan dia sempat menyambar telekungnya ditingakat sepuluh tadi bila melihat keadaan Suriati yang menangis seperti kanak-kanak.
“Takpe Emy jangan risau kat dalam tu pun ada telekung. Emy pakai aja.” Emy menurut dia cepat-cepat berjalan supaya sempat dia mengerjakan solat mahgrib. Ayie hanya tersenyum melihat gadis lembut yang ayu mengenakan tudung wardinanya berjalan dalam keadaan kalut.
“Abang tunggu kat sini, Emy masuk dalam surau tu.. abang dah solat tadi, lain kali lah abang jadi imam Emy yea.” Sempat Ayie bergurau sebelum Emy menghilangkan diri ke dalam surau. Gurauan Ayie tadi menghadirkan satu perasaan halus dihatinya. Emy cepat-cepat beristifar tidak mahu memikirkan hal yang menakutkan terjadi antara dia dan Faiz.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hohohoho...
ayie ngn emy sling jtuh cnta..
nak emy thu 2 ayie adik faiz..
best2 smbg2...
ahaha..comel la ayie ni..
bile la emy nk tau ni ayie bkn bakal abg ipar die..?
yeah!!! syok2... bila la ayie nk bagitau yg dia bkn faiz... amy mmg dah jatuh hati kt ayie... ayie pun sama... ada kuch kuch hota hai la... smbg2... mkn best la pulak citer nih... hehehe... bila faiz nk blk ofis blk... cam lama jer...
best la, ayie fall in love with emy. teruskan usaha
Post a Comment