Monday, March 22, 2010

Hati Ini Milikmu 28

Ketika dia sampai tadi Atikah yang kebetulan berada di tempat Suriati memberitahunya Faiz mahu berjumpanya dibilik mesyuarat. Dengan langkah teratur dia menuju ke bilik mesyuarat yang ditunjukkan oleh Atikah, sesekali dia menundukkan kepala dan melemparkan senyuman sebagai tanda hormat kepada staff-staff senior yang berselisih dengannya. Pintu bilik mesyuarat diketuk berhati-hati, suara Ayie yang masih disangkakan Faiz itu kedengaran sayup-sayup memintanya masuk dengan lafaz Bismillah dia menolak daun pintu. Sebaik sahaja pintu bilik ditolak perlahan mata mereka bertembung saling memandang bagaikan renjatan elektrik merentap seluruh anggota badannya Emy sedikit gugup. Getaran yang sama dirasainya ketika menghantar dokumen di KLIA mulai menyelubungi diri, wajahnya merona merah jelas kelihatan. Seberapa boleh dia mengawal rasa gugupnya yang mulai menggila. Bahang kepanasan akibat dari perasaan malu itu bagaikan membakar kulit wajahnya. Mata bertautan hati bergendangan. Masing-masing terpaku tanpa kata. Emy masih berdiri di hadapan Ayie yang turut kejang memandang. Tiba-tiba..

“Oppss! Maaf bos, saya tak perasan ada orang tadi.” Suara Maliki memohon maaf diatas keterlanjurannya masuk tanpa mengetuk pintu dahulu. Dia yang ternampak pintu yang sedikit terganga terus merempuh masuk tanpa menjangkakan apa-apa. Disangkanya Ayie sudah keluar selepas berjumpa dengannya tadi. Sebaik sahaja mendengar suara Maliki meminta maaf berkali-kali Ayie bagaikan tersedar dia masih dibilik mesyuarat. Emy tertunduk malu manakala Ayie hanya berkelakuan selamba menutup rasa malunya yang menerajang dinding jantungnya.
“Yea ada apa Maliki..” Ayie dapat mengawal suaranya yang sedikit gugup dengan baik.
“Saya datang nak ambil dokumen yang tertinggal tadi” Beritahunya sopan menyedari kesilapannya.Ayie mencari dokumen yang dimaksudkan Maliki. Dia membelek-belek dokumen yang masih berbaki diatas meja, peluh dingin mulai merenek, penghawa dingin yang terpasang bagaikan tidak terasa sejuknya.
“Yang ini bos.” Ujar Maliki yang melihat dokumennya berada dia ditengah-tengah meja Ayie. Dia pasti bosnya berada dalam keadaan yang belum stabil akibat rempuhannya tak sengajanya tadi.

“Oh!..” hanya itu yang mampu dijawab Ayie.
“Terima kasih Encik Fariz.” Maliki mencapai dokumen itu lalu meminta diri untuk berlalu, dia hanya mampu tersenyum didalam hati. Maliki pasti bosnya sudah terpaut pada gadis yang berada dihadapannya kini. Dia tahu bukan sahaja bosnya yang terpikat boleh dikatakan seluruh departmentnya yang mana namanya lelaki pasti bercerita tentang gadis ini. Cuma kadang-kadang mereka takut untuk mendekati kerana mereka tahu gadis itu pasti mempunyai pertalian dengan bosnya.
“Ehem..” Emy berdehem kecil. Dia tidak sanggup berdiri lama disitu untuk menjadi perhatian bakal abang iparnya. Kenapa perasaan segan mula menular setiap kali mata mereka bertentangan. Emy cuba menepis perasaan itu jauh-jauh. Dia tidak mahu perkara yang ditakutinya benar-benar terjadi.
“Eh!..duduk Emy, kenapa berdiri kat situ pula..”Ayie mempersilakan Emy duduk dihadapannya. Dia berusaha sekuat mungkin menahan debar yang mulai bergetar. Hai nak duduk macam mana tak disuruhnya duduk, tak kan nak memandai aja pergi duduk.” ayat itu hanya bergema dihatinya mana mungkin dia meluahkan nanti tak pasal-pasal pula kena buang kerja dan dicop kurang ajar.
“Ada apa Encik Faiz nak jumpa Emy?” Soalnya sebaik sahaja dia duduk dihadapan Ayie.
Ayie tersenyum mesra suara Emy yang dirinduinya bagaikan halwa merdu menusuk dilubang telinganya hilang segala rasa malunya tadi. Suara itu bukan dapat menghilang rindu bahkan bagaikan menambahkan lagi rasa rindu yang mulai tersimpan didadanya.
“Macam mana keadaan Suriati?” Soal Ayie dia tidak mahu Emy mengesyaki sesuatu melalui pandangan matanya tadi.
“Dia bagitahu Emy abang Wan masih di ICU, mungkin kak Ati ambil cuti seminggu. Emy rasa dia dah bagitahu bahagian pentadbiran semalam.”
“Ooo..teruk juga keadaan tunang Suriati tu, abang ingat nak ajak Emy temankan abang pergi melawat tunangnya petang nanti, lepas kerja kita terus pergi ke sana. Elok la Emy bagitahu Nadia dulu nanti takde la dia nak bimbang sangat.” Tiba-tiba Ayie mendapat idea. Bukan itu rancangan sebenarnya tadi tapi Tuhan telah mengilhamkan jalan buatnya.
“Err..” Emy termati kata. Semakin dia ingin berlari jauh dari Faiz semakin laju pula pula lelaki itu mendapat peluang. Tapi ajakan Faiz tidak patut juga ditolak lagipun dia belum lagi menjenguk tunang Suriati.
“Kalau Emy ajak Mona sekali boleh tak?” Pintanya mendapat idea yang bernas. Dia tidak mahu berdua-duaan dengan Faiz didalam kereta. Ayie terdiam. Peluang yang hadir bagaikan tertutup buatnya. Dengan lemah dia mengiyakan permintaan gadis itu. Emy tersenyum puas. Dia terpandangkan akan Ayie. Wajah yang ceria tadi menjadi serius. “Ada satu lagi hal yang abang nak bagitahu Emy....” Seketika ayatnya dimatikan Ayie melihat riaksi Emy yang jelas keresahan sedang menantikan kata-kata seterusnya dari Ayie membuatkannya lelaki itu hampir tergelak, dia tahu Emy semakin resah, setiap kali pandangan mereka bertembung pasti gadis itu melarikan anak matanya. “Abang ingat sementara Suriati bercuti abang nak Emy gantikan tempatnya seketika.”
“Eh! kenapa Emy pula Encik Faiz, Emy tak layak lah gantikan tempat kak Ati, lagipun ramai lagi staff yang dah lama kerja kat sini layak gantikan, Mona pun boleh..ujarnya menolak secara lembut permintaan Ayie.
“Masing-masing dah ada kerja Emy. Lagipun kalau takde orang nak gantikan tempat Suriati bermakna abang kena buat semua kerja, nak kemas lagi, nak catat lagi tak terbuat nanti. Kerjanya tak susah lebih kurang sama aja dengan kerja Emy buat sekarang. Ambil panggilan macam biasa lepas tu chek dokumen yang perlu, kalaua ada meeting Emy catat aja, kalau tak faham boleh tanya Atikah. Ambil peluang ni untuk belajar.” Pujuk Ayie bersahaja.

Emy hanya diam membisu. Bagaimana dia mahu menerima tawarana Ayie, bertembung dengannya pun boleh membuatkan dirinya tak tentu arah inikan pula setiap hari mengadap Ayie. Dia mahu lari dari situasi seperti sekarang, dia tidak mahu menjerat diri hanya kerana rasa kasihan.
“Emy rasa baik Encik Faiz tawar kan pada Mona. Tentu dia lebih arif lagi tentang hal-hal berkaitan kerja setiausaha.” Emy menolak lembut jawatan yang baru sahaja ditawarkan kepadanya. Ayie diam seketika meneliti jawapan penolakan secara lembut gadis itu. Dia mahu Emy menerima tawarannya. Lagipun dia perlu pembantu seperti Suriati. Along pun tidak lama lagi akan pulang. Sudah pasti Suriati akan berkhidmat dengan Alongnya, masakan gadis itu berupaya menguruskan dua bos sekaligus.
“Macam ni lah Emy. Abang nak Emy fikirkan tawaran ni dulu, dan kalau boleh abang nak Emy setuju dengan tawaran ni.” ujar Ayie tidak mahu gadis itu menolak mentah-mentah tawarannya. Emy hanya mendiam kan diri wajahnya berkerut menandakan dirinya seperti sukar untuk membuat keputusan. Bagai dijangka apa jawapan Emy tanpa membuang masa Ayie merangka strategi.
“Esok Emy naik atas, kemaskan meja abang, lepas tu tengok-tengokkan dokumen yang patut abang tandatangan. Rasanya takde apa-apa lagi Emy boleh ke tempat Emy sekarang.” Arahnya tanpa sempat Emy membuka mulut. Emy merenung wajah Ayie yang selamba badak melalukan kerja-kerjanya. Hendak dibantah ibarat manusia tak mengenang jasa hendak menerima apa pula kata-kata teman-teman yang lain jika ada yang tahu dia nanti bakal adik ipar bos besar, tidak ke haru jadinya menumpang kesenangan bakal abang ipar. Emy hnaya mampu memandang. Tadi bukan main lagi dia menyuruhnya berfikir dahulu sebelum menolak. Tapi belum pun sempat dia membuat apa-apa keputusan Ayie telebih dahulu membuat keputusan utunknya. Dengan berat hati Emy melangkah. Bukan dia tidak mahu mencuba tetapi kalau boleh dia tidak mahu selalu dekat dengan Faiz nanti apa pula kata sesetangah pekerja yang lain. Bimbang rakan sekerja tersalah faham. Dan yang penting dia tidak mahu hati yang mula mengisyaratkan sesuatu mula berkembang mekar. Dia tidak mahu menjadi duri dalam daging kepada saudaranya sendiri. Bertentang mata dengan insan dihadapannya kini bagai terkena renjatan elektrik sahaja lagaknya. “Jangan lupa petang nanti tunggu abang kat bawah.” Pesan Ayie mengingatkan Emy untuk pergi melawat bersama petang nanti.
Sebelum Emy berlalu Ayie sempat melihat riak suram yang terpamer diwajah Emy bagaikan menerima satu kemenangan sulong buatnya. Bagaimana dia mahu menawan hati Emy jika gadis itu menolak apa yang dirangkanya. Dia berharap sangat apa yang dirancangkannya nanti akan dipersetujui oleh alongnya. Dan sudah pasti dia mengharapkan apa yang dirancangkannya membuahkan hasil. ’Ya Allah jika ada jodoh diantara kami Kau satukanlah dua hati ini.’ Pintanya perlahan.

“Hoit.masam aja ni, kenapa bos panggil kau... kena marah ke?...”Belum pun sempat dia duduk Mona sudahpun memulakan sesi beroal jawab. Emy memandang kosong wajah temannya. Berat juga mulutnya memberitahu kepada Mona bimbang teman kerjanya itu tersalah sangka atau terasa hati, yea lah Mona boleh dikatakan pekerja senior juga, tapi dia masih baru disini, kenapa abang Faiz memilih dia untuk menggantikan Suriati. Mona masih merenung wajah Emy masih lagi dengan sikap menyibuk yang sudah sebati dengan dirinya. “Cakaplah Emy, bos marah kau ke?”
Dia belum berpuas hati apabila soalannya belum terjawab.
Emy membelek-belek dokumen yang berada diatas meja. Dia tahu Mona telah menyusun semuanya dokumen-dokumen itu semasa dia berjumpa dengan Faiz.
“Hoit..termenung pulak dia. Kita tanya dia diam pulak.” Sergah Mona membuatkan Emy terkejut.
“Emy..Emy kena gantikan tempat Suriati semetara waktu.” Emy memandang Mona yang diam seketika.
“Dah tu..”tiba-tiba Mona bersuara kuat.
Emy tercengang tidak faham dengan maksud ayat yang dinyatakan oleh Mona..
“Dah tu kau terima tak.. peluang baik ni Emy bos dah minta gantikan tempat Suriati tu takkan kau nak tolak, bukan lama pun kan..nanti Suriati balik dia ambil lah balik tempat dia tu. Mona bersuara kuat dek kerana syok mendengar tawaran bosnya kepada Emy dia tanpa sengaja menguatkan suaranya.
“Encik Faiz kata esok Emy dah kena kerja kat atas tu.” Terang Emy lalu menundukkan wajahnya. Mona ketawa kecil.
“Ha baguslah macam tu. Tak payah la bos tu tunggu jawapan kau yang sememangnya dah tahu jawapan terbalik dari jawapan yang dimahunya. Ala tak payah fikir lagi lah, terima aja. Kat Office ni bukan kau tak tahu semua kakitangan boleh buat kerja tak kiralah kerja apa sekalipun. Tak kisah punya.” Mona memberi semangat. Emy tersenyum kelat kalau temannya sendiri yang menyokongnya tentu dia tiada pilihan lain.
“Ha tadi tersenyum ni kenapa kelat semacam aja ni. Pasti ada benda lagi yang kau tak ceritakan pada aku kan.”
“Ermm..bos ajak kita pergi lawat tunang Suriati petang ni dihospital.”
“Petang ni..ermm..di hospital?” Soal Mona lambat-lambat.
“Kenapa.. ”Emy memandang wajah Mona ada kelainan diwajah itu.
“Soryy la Emy, kau cakap kat bos aku tak boleh pergi la, aku minta maaf banyak-banyak Aku ni jenis takut nak masuk hospital. Bau ubat aja aku dah nak pitam inikan nak tengok keadaan orang dalam hospital tu, tak sanggup aku silap-silap aku pulak yang kena usung nanti. Aku nak bagitahu kau ni hospital tu la tempat aku paling nak elak, tapi kalau kau nak ajak aku ke shopping complek aku takde masalah. Anytime..anywhere” Jawab Mona tersengih
“Ala..Bukan kita tidur kat sana pun kita pergi sekejap aja lah. temankan la Emy.” Pujuk Emy mengharap. Dia tidak mahu berdua didalam kereta bersama Faiz.

Emy cuba menghubungi Nadia, dia ingin memaklumkan kepulangannya petang nanti. Talian Nadia agak terganggu kerana sekarang ini dia berada diluar kawasan. Mungkin ke tapak projek yang bermasalah agak Emy. Dia meinggalkan pesanan peti suara sahaja untuk makluman Nadia tentang kelewatan pulangnya petang nanti.
Masuk aja ke perut kereta perdana milik Ayie terasa menggigil kepala lutut Emy. Dia memandang Ayie yang bersahaja disebelahnya. ’Dia tenang aja kenapa aku pulak mengelabah.’ Emy cuba memujuk hati yang tidak keruan
“Emy dah maklumkan pada Nadia.” Soal Ayie sebaik sahaja keretanya bergerak menuju ke jalan raya.
Emy hanya mengangguk seraya berpaling ke kiri. Tidak sanggup berlama di dalam kereta yang hanya dihuni mereka berdua sahaja.
“Balik nanti abang hantarkan, tak payah risau. Nadia dengan abang pun bukan siapa.” Jelas Ayie bagi mewujudkan keselesaan pada Emy. Dia tahu gadis disebelahnya itu kurang selesa.

Nadia meneruskan perjalannya sebaik sahaja mendapat pesanan peti suara dari Emy. Dari tapak projek dia terus menuju ke KLIA untuk menjemput tunangnya Faiz.
Sampai sahaja di KLIA Faiz sudah pun menunggunya. Tanpa berlengah Nadia mendapatkan Faiz yang tersenyum panjang melihatnya. Segala rindu bagaikan terlerai sebaik sahaja mereka bersua.
“Wah makin hensem I tengok you balik dari China ni. Ada apa-apa ke..” Soal Nadia bergurau mereka berjalan beringan menuju ke kereta.
“Mestilah dah dapat jumpa buah hati. Hilang semua rindu tau.”
“Kalau hilang rindu tinggal apa pulak.”
“Hilang rindu tinggal lah sayang..” Faiz ketawa apabila berjaya membuat Nadia membutangkan mata..
“Amboi ramontisnya, ni mesti ada apa-apa kan. Kalau tak awak takkan pelik macam ni.”
“Pelik ke saya ni...” Soal Faiz sambil memandang Nadia yang sedang memandu. Nadia berpaling menatap tunangnya. Dia tahu Faiz mahukan penjelasan dari nadanya.
“Yea la..biasanya awak serius aja nak bergurau pun susah.” Jawab Nadia selamba.
“Yea ke..” Soalnya inginkan kepastian. Selama ini begitukah dia hanya serius memanjang.
“I think you kena selalu pergi China la baru mood you ok..”
“Ooo..you nak I selalu berjauhan dengan you ke..” Soal Faiz kurang puas hati dengan jawapan Nadia.
“Takde la, saya rasa awak ni masuk dengan angin China. So kalau awak ada masalah baik awak ke China saya comfirm balik sini awak dah ok.” ujar Nadia sengaja mahu mengusik Faiz. Lain benar dia melihat perangai Faiz yang baru tida dari China tapi ternyata dia cukup senang dengan perubahan Faiz yang semakin menyenangkan.
“Huh! tak sayang I langsung.” Faiz sengaja merajukan diri.
“Eh merajuk pulak.. ala bucuk-bucuk tenyum cikit..” usik Nadia lalu meletus ketawa dari bibir Faiz. Sebaik sahaja sampai ke destinasi yang dituju kereta dipakirkan dikawasan lapang. Mereka sama-sama menuju ke restoran yang selalu menjadi tempat persinggahan mereka.
“Macam mana dengan Emy, dia dapat sesuaikan diri dengan kerjanya tak..” Soal Faiz ketika mereka baru menghabiskan makan malam bersama.
Nadia mengangguk perlahan. “Ermm..saya rasa ok la tu kot, setakat ni dia takde merungut atau minta saya cari kerja lain untuk dia.” Jawab Nadia sambil meneguk orange jus.
Faiz hanya mendiam kan diri beberapa ketika. Nadia menaikkan keningnya sebagai isyarat bertanyakan kenapa.
“I rasa nak naik kan pangkat dia lah, I nak dia jadi setiausaha adik I si Fariz tu. Yea la Fariz tu mana ada setiausaha asyik kongsi dengan I aja setiausaha yang sorang tu kesian pulak si Suriati nanti makin bertambah kerjanya.”
“Ermm..awak cuba la tanya dia, saya tak boleh nak kata apa. Tengok pada keupayaan dia,”
“Esok I try bincang dengan Fariz dulu macam mana...” ujar Faiz.
“Dah jom kita balik...”

6 comments:

epy elina said...

hohohoho....
hrp2 emy thu ayie 2 bkn bkal abg ipar dia...
x sbr la nak thu paRT 2....
brlah emy ngn ayie lak memadu asmara...
kehkehkeh...

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..
ayie da pk dulu sblm faiz pk..
die da amik emy jd stiausaha die..
hehe..
best2..
xsabar nk tau reaksi emy, bile tau ayie bkn abg ipar die..

aqilah said...

kesian amy.....kena tipu dgn ayie tau!!!! agaknyakan....camne reaksi amy bila tahu yg itu kembar abg ipar dia???????tak sabar nak tunggu part tu!!!!!

Che Sue said...

ayie lg advance dpd faiz...

nk tau gak camner reaksi emy bila tau fariz tu bukan faiz..

tak sabar la...

Che Sue said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bestnye cter nie..
cpt2 la smbg k..
gud luck:)

 
Copyright 2009 Diari Hati