Friday, June 18, 2010

Pion oh Pion 8

Masih terasa bengang apabila teringatkan gelak sakan Awang dan Encik Ahmad, kalau ikutkan hati mahu sahaja aku lingkupkan bakul sampah ke atas kepala Awang tapi tak mungkin ianya berlaku walaupun aku nampak ganas dimata teman-teman tapi dalam hati ada taman siapa yang tahu kelembutan yang ada didalam diriku tiada bandingannya, Cewah! masih mampu memuji diri sendiri aku ketawa sendirian. Nescafe 3 in 1 aku capai, lalu ku goncangkan plastiknya dengan kuat biar sejuk sedikit hati yang masih terasa panas sedang leka berada dalam duniaku tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara garau Encik Ahmad.
“Belum sejuk lagi panas kamu tu Ija kalau belum saya boleh tolong sejukkan..” aku terpinga-pinga melihat Encik Ahmad dan Awang masuk ke pantry, bila masa pulak dia mengekori aku, memang Encik Ahmad nak kena buli kali ni.
“Awak buat apa kat sini..Oh buat air, buatkan untuk kami sekali alang-alang awak dah ada kat sini tak payah la saya suruh Salmah.” Ujar Encik Ahmad lalu menarik kerusi bersama Awang duduk dimeja bulat yang sering menjadi tempat lepak aku dan Salmah, dah la pantry tu sempit ya amat boleh pulak diarong ni melepak kat sini, badan Encik Ahmad tu bukannya kecik tapi besarnya mengalahkan badak air, ada bilik selesa kat luar tu datang pula nak menyibuk kat sini. Aku lihat Awang tersengih-sengih macam kerang busuk memerhatikan sahaja rupaku yang seperti budak tak cukup tidur,. Meluat sungguh aku tengok caranya memandangku ditambah lagi dengan kacamatanya yang berbingkai hitam yang dipakainya, kalaulah si Awang ini abang kandungku agaknya dah lama telinganya berasap aku ganyang.
“Bijak abang cari pekerja yea dua dalam satu, boleh hantar surat boleh buat air semuanya dia pandai, hai untung la dapat pekerja macam ni, carikan Is sorang macam pekerja abang ni.” Aku membulatkan mata memandang Awang yang sesedap rasa sahaja memerli, kalau ada cili ni mahu aku ganyang sahaja mulutnya, biar menggelupur kat situ.

“Carikan pekerja apa Is kau patutnya cari isteri, duit banyak kerja dah bagus tapi kenapalah perempuan tak lekat dengan kau ni Is…Tengok macam abang ni ha, petik jari aja berduyung yang datang…” bangga sungguh Encik Ahmad dengan kebolehannya yea, kalau aku bocorkan rahsianya yang baru berjinak-jinak nak memikat kak Ani baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
“Is bukan apa bang belum jumpa yang sesuai la..nantilah kalau dah ada calonnya Is bagitahu abang.” Aku hanya mendengar sahaja percakapan dua lelaki yang semakin meluat aku tengok, ayat punyalah baik takde yang sesuai konon kalau dah kelek anak dara orang ke hulu ke hilir itu namanya tak sesuai lagi. Eh kejap-kejap bila pulak aku tengok si Awang ni kelek anak dara orang memandai aja aku ni erk tak baik memfitnah ni.
“Ha Ija berapa lama lagi awak nak kacau air tu, tak lenguh ke tangan asyik duk mengacau, macam buat dodol pulak awak ni.” Aisey men Encik Ahmad ni potong stim betullah, kalau ya pun nak menegur tegurlah cara baik.. ini tak, nak memerli aja kerjanya. Awang hanya tersengih. Aku menjengilkan biji mataku sebesar-sebesarnya ke arah Awang. Dia tergelak kuat. Encik Ahmad memandang aku dan Awang bersilih ganti, aku tahu pasti dia merasakan sesuatu antara kami. Aku hanya membalas pandangannya dengan sengihan bersahaja.
“Nah bos air yang bos minta tadi..kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu lagipun kat sini panas la.” Perliku dan terus berlalu. Sempat aku melihat wajah Encik Ahmad terpinga-pinga.

Keluar aja dari pantry perasaan legaku tidak dapat digambarkan lagi, aku menyanyi kecil berjaya juga melarikan diri dari mereka. Salmah berlari anak mendapatkan aku, dia ni kalau tak dapatkan berita sensasi tak senang duduk agaknya.
“Oit Ija siapa mamat hensem dengan bos kita tu..hensem giler la..”Miang Salmah kembali lagi. Aku dah tak kuasa nak melayan lagak miang-miang keladinya. Semua lelaki dikatakan hensem apa sangatlah hensemnya si Awang tu dah la cermin mata tebalnya 3 inci, memang takd taste langsung la si Salmah ni main tangkap muat aja.
“Manalah aku tahu Sal, yang kau ni duk menyibuk siapa dia tu kenapa..”
“Takde lah aku tanya aja itu pun tak boleh ke, tapi dari cara kau tu aku nampak macam dah kenal aja…”
Aku terdiam, takkan Salmah perasan semua tu, bukan main lagi aku cover. Alah Salmah meneka aja tu, jerangkap samar kata Awie..
“Boleh tu boleh Sal tapi yang jadi tak bolehnya semua hal kau nak korek dengan aku, aku ni bukannya tahu apa-apa pun lain lah kalau bos kesayangan kau tu nak ceritakan pada aku.” Salmah hanya menjeling geram dengan jawapanku.
“Ala kau ni nak main rahsia-rahsia pulak..”
“La rahsia apa ke benda kau merepek ni Sal..betul aku tak tahu hubungannya tu, yang aku tahu dokumen yang nak kena hantar tu dokumen dia. Itu aja yang lain-lain aku tak tahu. Noktah. Dah la aku nak keluar sekejap.”
“Eh kau nak ke mana Ija, nanti bos cari..”
“Aku nak ke warung kak Ani la..aku belum makan lagi ni..kalau aku pengsan kat sini siapa nak menjawab...”
“Ohh..okey..” aku berlalu meninggalkan Salmah yang masih terpinga-pinga.


“Assalamualaikum kak!..aku memberi salam kepada kak Ani yang sedang leka mengelap pinggan yang baru selesai dibasuhnya. Suaraku yang agak kuat mengejutkannya, nasib baik pinggan yang dilapkannya tidak melayang kalau tidak tentu cubitan percuma merayap dibahuku.
“Allahuakhbar!…budak bertuah, aku cubit juga karang, tak boleh bagi salma baik-baik sikit ke..” marahnya. Aku hanya ketawa kecil.
“Ala kak dah baik la tu orang bagi salam kalau main redah aja tentu kak Ani lagi terperanjatkan.” Bela diriku sendiri pasti ada sahaja jawapan yang ku berikan padanya.
“Memang la bagi salam tu dah baik tapi boleh tak kau berlajar lembut sikit dik..jantung akak ni dah low power hari-hari duk dengar suara kau meninggi macam tu.”
“La kenapa akak tak cakap…”
“Akak cakap lah ni..”
“Okey akak tunggu jap erk..mana akak letak benda tu..” Aku pura-pura menyibukkan diri dengan lagak seperti mencari sesuatu. Laci berdekatan ku buka bersunguh-sungguh.
“Benda apa kau cari tu…”
“Ala yang akak selalu duk pakai la..”
“Yer la benda apa, cuba kau cakap…”
“Charger..”
“Mana akak bawak, takkan la kat office kau tu takde charger..”
“Kat opis tu lain la kak, yang saya nak ni lain..”
“Kau pakai telefon jenis apa..”
“Bukan untuk saya la kak..”
“Habis tu untuk siapa, kawan kau”
“La saya carikan untuk akak la..tadi akak kata jantung akak dah low power, itu yang saya nak tolong caskan nak kasi tambah power sikit..” aku ketawa sakan kerana dapat mengenakan kak Ani yang turut sama-sama bersusah payah membantu aku mengenakannya.
“Kurang asam punya budak..dia kenakan kita plak, eeee geramnya aku!…” Kak Ani juga tidak dapat menahan ketawa melihat aku hamper tergolek kerana ketawakan dirinya akhirnya dia juga ketawa sama.

1 comments:

aqilah said...

ala.....bykkanlah part ija dgn awang

 
Copyright 2009 Diari Hati